Modul Geografi Semester 1

You might also like

Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 80

MODUL

GEOGRAFI
STPM
SEMESTER 1

Ditulis oleh Guru-Guru Geografi Tingkatan Enam Pulau Pinang


dengan kerjasama Sektor Pengurusan Akademik, Jabatan Pendidikan Negeri
Pulau Pinang

1
PANEL PENULIS

BIL NAMA SEKOLAH / JABATAN

CHANDER SEGAR PILLAY A/L PUSAT TINGKATAN ENAM SMK TELOK AIR TAWAR,
1.
RAMACHANDREN BUTTERWORTH.

KOLEJ TINGKATAN ENAM DESA MURNI,


2. MOHAMAD RASHID BIN HUSIN
BUTTERWORTH.

KOLEJ TINGKATAN ENAM DESA MURNI,


3. MANSOR BIN HAMAD
BUTTERWORTH.

KOLEJ TINGKATAN ENAM DESA MURNI,


4. NORAIDA BINTI HASHIM
BUTTERWORTH.

KOLEJ TINGKATAN ENAM DESA MURNI,


5. MOHAMAD SYAM BIN NAWI
BUTTERWORTH.

6. ANG SIEW CHIN KOLEJ TINGKATAN ENAM HJ. ZAINUL ABIDIN.

PUSAT TINGKATAN ENAM SMK TELOK AIR TAWAR,


7. LO MIN YIEN
BUTTERWORTH.

PUSAT TINGKATAN ENAM SMK TELOK AIR TAWAR,


8. KHAIRUL FADZILAH BT. MOHAMAD
BUTTERWORTH.

PUSAT TINGKATAN ENAM SMK DATUK HJ. AHMAD


9. MAIZATUL HUSNA BT. AHMAD
BADAWI, KEPALA BATAS

PUSAT TINGKATAN ENAM SMK DATUK HJ. AHMAD


10. SUZANNA BINTI SAFAR
BADAWI, KEPALA BATAS

PUSAT TINGKATAN ENAM SMK PENANTI,


11. LATIPAH BT. HJ. AHMAD
KUBANG SEMANG

PUSAT TINGKATAN ENAM SMK TUN SYED SHEH


12. LOW MOOI EE
BARAKBAH, SUNGAI JAWI

PUSAT TINGKATAN ENAM SMK TUNKU ABDUL


13. NIK RUSWATI BT. NIK MAN
RAHMAN, NIBONG TEBAL

PUSAT TINGKATAN ENAM SMK SUNGAI ARA,


14. SARAVANA SUNDARI A/P KRISHNASAMY
BAYAN LEPAS

2
BAHAGIAN A

ALAM SEKITAR FIZIKAL

1. SISTEM BUMI

2. SISTEM
GEOMORFOLOGI

3
ALAM SEKITAR FIZIKAL

SISTEM BUMI

1. (a) Jelaskan konsep sistem terbuka dalam konteks sebuah kawasan hutan tropika. [4]

Rangka Jawapan
i. Tenaga - tenaga masuk (tanaga matahari), tenaga keluar (bahang bumi)
ii. Bahan - bahan masuk (hujan / karbon dioksida), bahan keluar (wap air /
oksigen)

Cadangan Jawapan

Kawasan hutan tropika boleh dibuktikan sebagai sebuah sistem terbuka sebab adanya
kemasukan tenaga dalam bentuk tenaga matahari dan ada tenaga keluar dalam bentuk bahang
matahari.

Kawasan hutan juga membenarkan kemasukan bahan dalam bentuk gas karbon dioksida dan
membenarkan bahan keluar dalam bentuk oksigen melalui proses fotosintesis.

(b) Jelaskan kepentingan setiap komponen sistem bumi kepada aktiviti manusia di kawasan
tropika. [8]

Rangka Jawapan
i. Atmosfera - membekal hujan untuk aktiviti pertanian
ii. Litosfera - lapisan kandungan pelbagai mineral - perlombongan
iii. Hidrosfera - aliran sungai - aktiviti perhubungan dan pengangkutan
iv. Biosfera - bekalan kayu-kayan untuk aktiviti pembalakan

Cadangan Jawapan

Komponen Atmosfera mempengaruhi aktiviti manusia melalui unsur-unsur cuaca


seperti suhu dan hujan. Komponen atmosfera melalui proses pembentukan hujan
membekalkan hujan yang lebat di kawasan tropika. Hujan yang lebat ini menjadi bekalan air
yang menggalakkan aktiviti pertanian seperti penanaman padi sawah.

Komponen Litosfera yang menampung pelbagai mineral di lapisan kerak bumi pula
dapat menjana aktiviti perlombongan. Kawasan tropika yang kaya dengan pelbagai mineral
berbentuk bahan api fosil menggalakkan aktiviti perlombongan seperti petroleum dan gas

4
asli.

Komponen Hidrosfera yang menampung zon air pula membekalkan air di kawasan
tropika melalui proses-proses kitar hidrologi dan membentuk aliran sungai. Sungai-sungai
yang mengairi pelbagai pelusuk muka bumi di kawasan tropika lembap telah dimanfaatkan
oleh penduduk yang tinggal di sepanjang sungai sebagai jalan-jalan perhubungan untuk
bergerak ke kawasan-kawasan sekitar. Sungai-sungai juga menggalakkan kerja-kerja
pengangkutan barangan dari satu kawasan ke kawasan lain di sepanjang sungai dengan
menggunakan bot dan kapal.

Komponen Biosfera di kawasan tropika lembap menampung pelbagai hidupan liar


dan tumbuh-tumbuhan. Tumbuhan di kawasan tropika lembap adalah jenis berkayu keras
yang mempunyai permintaan yang tinggi daripada industri perabot dan kilang kayu. Bekalan
kayu keras yang banyak yang disediakan oleh komponen biosfera dan ditambah oleh
permintaan yang tinggi dari sektor industri berasaskan kayu telah menggalakkan aktiviti
pembalakan dijalankan dengan giat di kawasan hutan tropika.

(c) Bincangkan empat saling kebergantungan antara komponen persekitaran bumi. [13]

Rangka Jawapan
Isi Proses Kesan
i- Atmosfera - Hidrosfera Hujan - proses resapan simpanan air bawah tanah

ii - Atmosfera - Litosfera Hujan - proses hakisan / BMB hakisan sungai /


luluhawa luluhawa
iii - Atmosfera - Biosfera Bahangan matahari - Tumbesaran tumbuhan
proses fotosintesis
iv - Litosfera - Hidrosfera BMB curam - proses larian banjir / tanah runtuh
air permukaan
v- Litosfera - Biosfera tanah tinggi / tanah pamah habitat / rantaian makanan
beralun - pertumbuhan
tumbuhan
vi Biosfera - Hidrosfera Tumbuh-tumbuhan - simpanan air bawah tanah
proses resapan
vii Kesimpulan

5
Cadangan Jawapan

Saling kebergantungan antara atmosfera dengan hidrosfera berlaku apabila hujan dari
atmosfera apabila sampai ke permukaan bumi akan melalui proses resapan yang akhirnya
akan meningkatkan simpanan air bawah tanah.

Interaksi di antara atmosfera dengan biosfera berlaku apabila bahang matahari dari atmosfera
menggalakkan proses fotosintesis tumbuhan di biosfera. Hasilnya interaksi ini menggalakkan
tumbesaran tumbuhan.

Saling kebergantungan antara litosfera dengan biosfera berlaku apabila proses pembentukan
bentuk muka bumi seperti proses lipatan dan proses gelinciran dalam litosfera membentuk
pelbagai bentuk muka bumi seperti tanah tinggi dan tanah pamah. Kepelbagaian bentuk
muka bumi ini menggalakkan pertumbuhan pelbagai jenis pokok dan menghasilkan habitat
dan siratan makanan.

Interaksi di antara biosfera dengan hidrosfera berlaku apabila tumbuh-tumbuhan dari


atmosfera menggalakkan proses resapan air hujan dalam hidrosfera. Hasilnya interaksi ini
menggalakkan simpanan air bawah tanah.

2 (a) Jelaskan kesan peredaran bumi mengelilingi matahari di kawasan sederhana


dunia. [13]

Rangka Jawapan

i. mewujudkan Soltis Musim Panas


ii. mewujudkan Soltis Musim Sejuk
iii. mewujudkan Ekuinoks Musim Luruh
iv. mewujudkan Ekuinoks Musim Bunga
v. Siang lebih panjang di Hemisfera Utara
vi. Siang lebih panjang di Hemisfera Selatan
vii. Perubahan ketinggian matahari tengahari
viii. kesimpulan

6
Cadangan Jawapan

Pada 21 Jun berlakunya fenomena solstis musim panas. Pada waktu ini kawasan sederhana
dunia di hemisfera utara mengalami musim panas dan kawasan sederhana dunia hemisfera
selatan mengalami musim sejuk. Ketika ini matahari berada tegak di garisan Sartan.

Seterusnya ialah kejadian Soltis Musim Sejuk yang berlaku pada setiap 22 Disember. Pada
ketika ini matahari berada tegak tegak di Garisan Jadi dan menghasilkan fenomena musim
dingin di hemisfera utara, sebaliknya musim panas di hemisfera selatan.

Fenomena seterusnya ialah setiap 23 September akan berlaku Ekuinoks musim luruh di
hemisfera utara, sebaliknya musim bunga di hemisfera selatan. Kejadian ini akan berlaku
apabila matahari berada tegak di Garisan Khatulistiwa.

Kesan peredaran bumi mengelilingi matahari yang selanjutnya ialah mewujudkan fenomena
ekuinoks musim bunga. Kejadian musim ini berlaku pada setiap 21 Mac ketika matahari
tengahari berada tegak di garisan Khatulistiwa.

Selain itu, kesan peredaran bumi juga menyebabkan pada 21 Jun (soltis musim panas),
kawasan sederhana dunia di hemisfera utara mengalami siang lebih panjang daripada
malam dan kawasan sederhana dunia hemisfera selatan mengalami panjang malam
melebihi siang. Kutub utara mengalami panjang waktu siang hampir 24 jam dan kutub
selatan mengalami panjang waktu malam hampir 24 jam.

Sebaliknya pada 22 Disember (soltis musim sejuk), kawasan sederhana dunia di hemisfera
utara mengalami malam lebih panjang daripada siang dan kawasan sederhana dunia
hemisfera selatan mengalami panjang siang melebihi malam. Kutub utara mengalami
panjang waktu malam hampir 24 jam dan kutub selatan mengalami panjang waktu siang
hampir 24 jam.

Akhir sekali, kedudukan matahari tengah hari berubah ubah seiring dengan perubahan
musim. Pada 21 Jun ( solstis musim panas ) tergak, di atas garisan sartan. Pada 22

7
Disember (soltis musim dingin) tegak di atas garisan jadi. Pada 21 Mac dan 23 September
(ekuinoks) - tegak di atas garisan khatulistiwa.

Kesimpulannya, peredaran matahari mengelilingi bumi akan menyebabkan fenomena


kejadian empat musim yang berbeza iaitu soltis musim panas, soltis musim luruh, ekuinoks
musim bunga dan ekuinoks musim luruh yang berlaku di kawsan yang beriklim hawa
sederhana.

2 (b) Jelaskan bagaimana kejadian ekuinoks musim luruh mempengaruhi unsur fizikal di
permukaan bumi. [12]

Rangka Jawapan

Unsur Proses Kesan


i. Suhu semakin sejuk -kurang fotosintesis Pokok meluruhkan daun
ii. Fros malam -luluhawa giat runtuhan salji
iii. Salji banyak -jejas rantaian makanan haiwan hibernasi
iv. Siang malam -fotosintesis tak mencukupi rantaian makanan terjejas
tidak sama panjang
v. Perubahan suhu -daun berubah warna daun gugur

Cadangan Jawapan

Semasa terjadinya ekuinoks musim luruh, perubahan suhu yang ketara iaitu dari musim
panas kepada musim sejuk, telah menyebabkan pokok-pokok yang ada mengurangkan
aktiviti fotosintesis kerana cahaya matahari mulai berkurang. Ini menyebabkan pokok mulai
meluruhkan daunnya bagi mengurangkan penggunaan tenaga bagi proses pembesarannya.

Selain itu, semasa berlakunya musim luruh, suhu mulai menurun dan menyebabkan
terbentuknya fros pada waktu malam. Kehadiran fros ini menggalakkan lagi kejadian
luluhawa terutamanya luluhawa fizikal. Luluhawa yang giat ini boleh menyebabkan kejadian
runtuhan salji berlaku terutamanya di kawasan cerun dan pergunungan.

Di penghujung ekuinoks musim luruh juga, jumlah salji mulai bertambah kerana cuaca
mulai sejuk. Ini menyebabkan berkurangnya tumbuhan sebagai pengeluar, dan akan

8
menjejaskan rantaian makanan. Ini menyebabkan haiwan liar seperti tikus dan musang
mulai mengumpul makanan untuk digunakan semasa musim sejuk nanti. Haiwan seperti
beruang juga mula berhibernasi untuk mengurangkan metabolisme dan penggunaan tenaga
semasa musim sejuk nanti,

Akibat fenomena malam yang lebih panjang dari siang sewaktu musim luruh, maka pancaran
matahari juga berkurang dan menjejaskan jumlah tumbuhan sebagai pengeluar dan pastinya
mengurangkan proses fotosintesis. Maka rantaian makanan dalam sesebuah ekosistem hutan
turut akan terjejas kerana kekurangan tumbuhan sebagai pengeluar pastinya akan
menjejaskan juga rantaian dan siratan makanan dalam ekosistem berkenaan.

Disebabkan perubahan tempoh waktu siang dan suhu , daun berhenti proses membuat
makanan. Klorofil yang rosak, akan membuatkan daun berubah warna di mana warna hijau
mulai hilang dan bertukar kepada oren atau kemerahan. Dedaunan gugur beberapa pokok
menunjukkan hanya warna kuning. Lain-lain, seperti oak, kebanyakannya berwarna coklat.
Semua warna ini disebabkan oleh pencampuran jumlah sisa klorofil dan pigmen lain dalam
daun semasa musim gugur.

3. (a) Bincangkan enam perbezaan ciri-ciri yang terdapat di permukaan bumi semasa
terjadinya solstis pada 21 Jun di Hemisfera Utara dan Hemisfera Selatan. [13]

Rangka Jawapan

i. musim – musim panas di hemisfera utara – musim sejuk di hemisfera selatan.


ii. tempoh siang malam – siang lebih panjang di hemisfera utara; malam lebih panjang di
hemisfera selatan
iii. siang malam di kutub – 24 jam siang di hemisfera utara; 24 jam malam di hemisfera
selatan.
iv. tekanan udara – tekanan udara rendah di hemisfera utara; tekanan udara tinggi di
hemisfera selatan.
v. bahangan matahari – bahangan matahari tinggi di hemisfera utara; bahangan matahari
rendah di hemisfera selatan.
vi. kerpasan – kerpasan dalam bentuk hujan di hemisfera utara; kerpasan dalam bentuk
salji di hemisfera selatan.
vii. Kesimpulan.

Cadangan Jawapan

Enam ciri yang membezakan keadaan di permukaan bumi semasa terjadinya solstis

9
pada 21 Jun di hemisfera dapat dilihat melalui beberapa ciri iaitu keadaan musim. Ketika
solstis 21 Jun, hemisfera utara mengalami musim panas kerana jarak matahari dengan bumi
lebih dekat berbanding dengan jarak matahari di hemisera selatan, manakala di hemisfera
selatan mengalami musim sejuk.

Selain itu, disebabkan jarak matahari dengan bumi yang lebih dekat di hemisfera utara
berbanding dengan hemisfera selatan juga menyebabkan tempoh siang malam yang tidak
sama di kedua-dua hemisfera. Hemisfera utara mengalami waktu siang yang lebih panjang
berbanding dengan waktu malam manakala di hemisfera selatan pula waktu malam lebih
panjang daripada waktu siang.

Keadaan di kutub juga mengalami tempoh waktu siang dan malam berbeza. Di kutub
utara waktu siang adalah selama 24 jam manakala di hemisfera selatan pula waktu malam
adalah selama 24 jam. Hal ini juga berlaku disebabkan oleh kecondongan paksi bumi dan
kedudukan bumi dengan matahari.

Penerimaan sinaran matahari yang tinggi dan lebih lama menyebabkan suhu di
hemisfera utara meningkat tinggi, kejadian ini menyebabkan hemisfera utara mengalami
tekanan udara rendah. Di hemisfera selatan pula ketika solstis pada 21 Jun, suhu lebih rendah
kerana jarak matahari di hemisfera selatan lebih jauh. Kesannya hemisfera selatan mengalami
tekanan udara tinggi.

Bahangan matahari di hemisfera utara lebih tinggi ketika solstis musim panas 21 Jun
disebabkan sudut pancaran matahari di hemisfera ini lebih tepat dan keamatan cahaya
matahari juga lebih tinggi. Berbeza dengan keadaan di hemisfera selatan bahangan matahari
lebih rendah kerana sudut pancaran matahari lebih mencapah dan mengurangkan tahap
keamatan bahangan.

Kerpasan yang berlaku di hemisfera utara adalah dalam bentuk cecair iaitu hujan
kerana hablur-hablur ais yang berada di awan akan dicairkan oleh suhu yang panas. Di
hemisfera selatan pula, kerpasan yang berlaku adalah dalam bentuk pepejal iaitu salji kerana
suhu persekitaran yang rendah.

Kesimpulan yang boleh diberikan bahawa perbezaan ciri yang terdapat di permukaan
10
bumi ketika solstis 21 Jun di kedua-dua hemisfera ialah dari segi musim, panjang siang-
malam di hemisfera utara dan selatan serta di kutub, tekanan udara, bahangan matahari dan
bentuk kerpasan.

(b) Bandingkan enam aktiviti manusia ketika kejadian solstis di sesuatu kawasan. [12]

Rangka Jawapan

i. pertanian – giat dijalankan ketika solstis musim panas; musim sejuk - aktiviti terhad,
tempoh singkat, rumah kaca.
ii. aktiviti pengeringan ikan – musim panas giat dijalankan; musim sejuk – terhenti.
iii. pelancongan – musim panas –berenang/berjemur/snokerling; musim sejuk – luncr
salji.
iv. penternakan – ternakan dilepaskan di padang ragut ketika musim panas; musim sejuk
ternakan dikurung di dalam kandang, makanan diberi.
v. pembalakan – musim panas – sungai cair- mudah hanyut balak; musim sejuk – getah
beku - mudah dibalak, permukaan salji – mudah diangkut.
vi. perikanan – musim panas – giat dijalankan; musim sejuk -laut beku/kabus – aktiviti
tergendala.
vii. perburuan – musim panas – berburu unt dapatka daging; musim sejuk –giat/haiwan
tidak aktif / berburu unt dapatkan bulu.
viii. sukan/rekreasi – musim panas- sukan air / padang; musim sejuk – luncur salji.
ix. perlombongan – musim panas – giat dijalankan; musim sejuk – tergendala, suhu
sejuk, sukar.

Cadangan Jawapan

Aktiviti pertanian pertanian ang dijalankan ketika solstis berbeza mengikut musim.
Ketika musim panas , aktiviti pertanian dijalankan dengan giat kerana sinaran matahari yang
banyak meningkatkan tumbesaran tanaman seperti gandum dan oat. Ketika musim sejuk pula
aktiviti pertanian agak terhad kerana tempoh penerimaan sinaran matahari pendek dan suhu
sangat sejuk. Tanaman akan cepat rosak. Aktiviti pertanian ketika musim sejuk lebih
tertumpu di rumah-rumah kaca.

Pengeringan ikan giat dijalankan ketika musim panas kerana penerimaan cahaya
matahari yang tinggi dan lama tetapi aktiviti ini tidak dapat dijalankan ketika solstis musim
sejuk kerana suhu yang rendah dan sinaran matahari yang kurang.

Ketika musim panas cuaca yang cerah dan sederhana amat sesuai untuk kegiatan
pelancongan di kawasan peranginan pantai. Aktiviti seperti berenang, snokeling dan
menyelam dapat dilakukan. Walau bagaimanapun ketika musim sejuk lebih kepada aktiviti

11
luncur salji kerana banyak kawasan peranginan tinggi dilitupi dengan salji.

Aktiviti penternakan juga berbeza ketika musim panas dan sejuk. Ketika musim panas
haiwan ternakan akan dilepaskan di padang ragut dan halau ke tanah tinggi kerana air dan
salji yang mencair menggalakkan pertumbuhan rumput. Pada musim sejuk binatang ternakan
dikurung di dalam kandang dan diberi rumput kering.

Aktiviti pembalakan juga dipengaruhi oleh kejadian solstis. Ketika musim panas
balak-balak yang ditinggalkan di dalam sungai akan dihanyutkan oleh air sungai yang
mencair. Aktiviti penebangan pokok balak lebih giat dilakukan ketika solstis musim sejuk
kerana getah pokok balak yang kering memudahkan penebangan pokok balak. Permukaan
tanah bersalji dan licin memudahkan balak yang ditebang diheret ke sungai.

Aktiviti perikanan ketika musim sejuk giat dijalankan di laut kerana cuaca cerah.
Ketika musim sejuk aktiviti perikanan tergendala kerana laut membeku, permukaan laut
berkabus hingga menyebabkan jarak penglihatan terhad. Keadaan ini berbahaya kepada
nelayan. Hanya aktiviti perikanan secara kecil-kecilan dapat dijalankan.

Aktiviti perburuan juga dijalankan ketika solstis musim panas dan solstis musim
sejuk. Ketika musim panas aktiviti perburuan perburuan dilakukan untuk mendapatkan
daging. Manakala ketika musim sejuk aktiviti perburuan giat dilakukan kerana haian tidak
aktif dan mudah diburu. Ketika musim ini juga haiwan diburu untuk mendapatkan bulu.

Aktiviti sukan dan rekreasi juga berbeza mengikut musim. Ketika musim panas
aktiviti sukan air seperti perahu layar dipertandingkan kerana cuaca ang cerah dan angin yang
kencang. Acara sukan juga dapat dijalankan di kawasan padan dan terbuka. Ketika musim
sejuk pula sukan luncur salji dijalankan di kawasan tanah tinggi ang dipenuhi salji.

Aktiviti perlombongan giat dijalankan ketika musim panas kerana cuaca yang cerah
dan suhu yang tinggi memudahkan pergerakan dan aktiviti pengeluaran hasil lombong.
Ketika musim sejuk kegiatan perlombongan terganggu kerana suhu yang sejuk mengganggu
dan menyukarkan aktiviti perlombongan dilakukan.

12
4 (a) Terangkan maksud tenaga berikut : (6)
i) Tenaga keupayaan
ii) Tenaga kinetik
iii) Tenaga graviti

Cadangan Jawapan

i) Tenaga keupayaan –
Tenaga keupayaan yang dimiliki dan disimpan dalam sesuatu jasad kerana
kedudukan dan keadaannya contohnya semakin banyak isipadu air sungai , semakin
banyak tenaga potensi
ii) Tenaga kinetik-
Tenaga kinetik terhasil akibat pergerakan sesuatu jasad . semakin laju pergerakan
sesuatu jasad, semakin tinggi tenaga kinetik yang terhasil
iii) Tenaga graviti –
Tenaga graviti dimiliki oleh bumi untuk menarik jisim dari atas kebawah . Tenaga ini
bergantung kepada saiz dan kedudukan jisim pada ketinggian tertentu

(b) Jelaskan empat perbezaan antara tenaga endogenik dengan tenaga eksogenik [8]

Cadangan Jawapan

Tenaga endogenik
i. Punca -Tenaga dalaman dari perut bumi seperti tenga haba, tenaga radiogenik dan
tenaga graviti
ii. Bentuk mukabumi – lapolit, pakolit, tasek kawah, gunung lipat tua
iii. Proses – Proses metamorfosis, gempa bumi, aktiviti gunung berapi

Tenaga eksogenik
i. Punca - dari luar permukaan bumi iaitu sumber matahari dalam bentuk bahang
bumi.
ii. Bentuk mukabumi –stalakmit, stalaktit, gua batu kapur
iii. Proses – Proses luluhawa, proses hakisan, proses pengangkutan, proses gerakan
jisim

13
(c) Bincangkan mengapa terdapat perbezaan kadar penyerapan tenaga suria pada permukaan
bumi [11]

Cadangan Jawapan

Warna permukaan yang berbeza (pengaruh albedo)- permukaan berwarna gelap seperti hutan
dan batuan lebih banyak menyerap haba berbanding permukaan cerah seperti salji.
i. Tekstur- tekstur yang kasar seperti permukaan tar dan dinding kongkrit lebih banyak
menyerap haba berbanding permukaan yang licin dan rata.
ii. Struktur permukaan –permukaan bumi mendatar (horizontal) lebih banyak menyerap
haba berbanding permukaan yang menegak (vertikal )
iii. Kandungan mineral- mineral batuan seperti kuartza , silika dan mika lebigh banyak
membalikan haba berbanding mineral batuan seperti riolit
iv. Aspek – permukaan cerun yang mengadap matahari lebih banyak terdedah kepada
bahang solar dan menyerap lebih banyak haba berbanding permukaan yang
membelakang matahari.
v. kesimpulan

5 (a) Huraikan pengaruh tenaga suria terhadap proses-proses fizikal di permukaan bumi. [12]

Rangka Jawapan

i. Pancaran matahari terik sepanjang tahun.


ii. Jumlah cahaya matahari yang banyak.
iii. Bahangan suria yang tinggi.
iv. Suhu yang tinggi.
v. Bahangan suria yang mencukupi.
vi. Panas dan lembap sepanjang tahun.

Cadangan Jawapan

Pancaran matahari terik sepanjang tahun akan menggalakkan proses sejatan dan sejat
peluhan untuk pembentukan awan yang cepat berlaku. Hujan lebat akan akan menambahkan
isi padu air sungai dan menggalakan hakisan sungai di peringkat hilir.

Jumlah cahaya matahari yang banyak di kawasan tropika akan menyebabkan tekanan
udara yang rendah dan mengalir ke kutub manakala kawasan kutub jumlah cahaya matahari
sedikit akan menyebabkan tekanan udara tinggi. Semakin besar perbezaan tekanan udara
antara dua tempat akan menyebabkan semakin kencang angin bertiup. Ini akan menyebabkan
14
hakisan ombak di pinggir pantai.

Bahangan suria yang tinggi membekalkan tenaga yang cukup untuk membolehkan
proses sejatan dari permukaan tasik, sungai, laut dan sejat peluhan dari tumbuhan dan
lembapan tanih. Wap air ini akan terbebas ke atmosfera.

Suhu yang tinggi menyebabkan proses luluhawa fizikal giat berlaku di kawasan gurun
contohnya luluhawa fizikal iaitu proses pengembangan giat berlaku pada waktu siang dan
pengecutan pada waktu malam. Proses kembang kecut ini akan menyebabkan batuan retak
dan pecah dalam bentuk pengelupasan bawang.

Bahangan suria yang mencukupi akan menggalakkan proses fotosintesis untuk


tumbuh-tumbuhan memproses makanannya sendiri dalam bentuk daun dan buah. Seterusnya
makanan ini menjadi pengeluar kepada pengguna primer dalam rantaian makanan.
Panas dan lembap sepanjang tahun menyebabkan luluhawa kimia di kawasan tropika
lembap giat berlaku. Proses pengoksidaan tindak balas kimia antara air dalam batuan dan
oksigen yang menyebabkan batuan menjadi berkarat dan reput membentuk tanah laterit.
Proses tindak balas akan menyebabkan batuan akan retak dan hancur.

5 (b) Bincangkan kesan bahangan suria terhadap aktiviti manusia di kawasan tropika lembap.
[13]
Rangka Jawapan

i. Suhu yang tinggi.


ii. Panas dan lembap sepanjang tahun.
iii. Bahangan suria yang tinggi.
iv. Pancaran matahari terik sepanjang tahun.
v. Bahangan suria yang mencukupi.
vi. Jumlah cahaya matahari yang banyak.

Cadangan Jawapan

Suhu yang tinggi sepanjang tahun di kawasan tropika menggalakkan kedatangan


pelancong asing dari negara bermusim. Aktiviti yang menjadi tarikan pelancong seperti
aktiviti berjemur di tepi pantai, berkayak, berakit dan sebagainya.

15
Panas dan lembap sepanjang tahun di kawasan tropika lembap menggalakkan
tumbesaran pokok berkayu keras seperti cengal, meranti, keruing dan menggalakkan aktiviti
pembalakan di kawasa tropika lembap.

Bahangan suria yang tinggi sepanjang tahun menggalakkan aktiviti pertanian di


kawasan tropika lembap. Tumbesaran yang sempurna. Pengeluaran hasil tanaman seperti
padi, susu getah, tembakau, kelapa sawit yang amat baik.

Pancaran matahari terik sepanjang tahun menggalakkan aktiviti pengeringan dalam


industri kecil dan sederhana (IKS) seperti pengeringan ikan kering dan batik dapat
dilaksanakan.

Bahangan suria yang mencukupi pada musim panas aktiviti pertanian dapat dijalankan
dengan giat seperti tanaman bijirin gandum dapat dijalankan.
Jumlah cahaya matahari yang banyak menganggu aktiviti riadah penduduk. Penduduk
terpaksa mengehadkan pengerakan kerana boleh menyebabkan serangan strok haba, deman
panas dan penularan penyakit.

Kesimpulannya suhu yang tinggi, panas dan lembap sepanjang tahun, bahangan suria
yang tinggi dan pancaran matahari terik sepanjang tahun amat penting kepada manusia bagi
menjalani kehidupan seharian dan mendapat manfaat daripada kesan bahangan suria
khususnya di negara tropika lembap.

16
SISTEM GEOMORFOLOGI

6 (a) Apakah yang dimaksudkan dengan proses geomorfologi? [3]

Cadangan Jawapan

Proses perkembangan pembentukan bentuk muka bumi dan meliputi proses


proses semulajadi seperti luluhawa, hakisan dan pemendapan yang mengubah,
mengukir dan membentuk bentuk muka bumi.

(b) Bincangkan empat proses dalam sistem geomorfologi. [13]


Rangka Jawapan
Isi Proses Kesan
i Luluhawa penguraian batuan pandang darat karst
ii Hakisan proses penghausan atau penghasilan regolit
pengukiran batuan
iii Pergerakan jisim pegerakan bahan regolit perubahan landskap fizikal
iv Pengangkutan pemindahan sisa hakisan permukaan landai
v Pemendapan muatan menjadi tetambak/delta/dataran
pegun/terlonggok banjir
kesimpulan

Cadangan Jawapan

Salah satu proses geomorfologi adalah luluhawa. Luluhawa merupakan proses


penguraian dan pereputan batuan secara insitu. Luluhawa kimia jenis pengkarbonan akan
menghasilkan pandang darat karst seperti gua batu kapur, stalagmit dan stalatit.
Hakisan merupakan proses penghausan atau pengukiran batuan dan bentuk muka
bumi dengan bantuan agen geomorfologi seperti air mengalir, titisan hujan, ombak dan angin.
Hakisan yang berlaku secara berterusan akan menghasilkan regolit yang tebal.
Pergerakan jisim merupakan proses pergerakan regolit dari cerun atas ke bahagian
bawah cerun akibat tarikan graviti. Kejadian pergerakan jisim seperti tanah runtuh akan
menyebaban perubahan landskap fizikal seperti pembentukan cerun yang lebih curam.
Pemendapan pula merupakan proses yang berlaku apabila bahan muatan menjadi
pegun, terlonggok dan tidak diangkut lagi oleh agen seperti air mengalir. Proses pemendapan

17
bahan muatan seperti di sungai akan menghasilkan delta di muara sungai.
kesimpulannya, empat proses geomorfologi dalam sistem geomorfologi adalah seperti
luluhawa, hakisan, pergerakan jisim dan pemendapan.

(c) Jelaskan bagaimana aktiviti manusia boleh menganggu keseimbangan sistem


geomorfologi [9]

Rangka Jawapan

isi proses kesan


i. Pertanian di cerun pemotongan tanah hakisan tanah
ii. Kuari batuan/ kaedah letupan pergerakan jisim
perlombongan di cerun
iii. Pembalakan penebangan pokok luluhawa - pelepasan
tekanan

Cadangan Jawapan

Pertanian di cerun boleh menganggu keseimbangan sistem geomorfologi.


Pemotongan tanah di kawasan cerun untuk aktiviti pertanian seperti penanaman padi huma,
penanaman sayur-sayuran dan bijirin di cerun akan menyebabkan berlakunya struktur tanah
menjadi longgar dan terdedah kepada agen-agen hakisan seperti air hujan. Keadaan ini akan
menyebabkan kawasan cerun senang mengalami hakisan tanah.
Perlombongan di kawasan cerun turut menganggu keseimbangan sistem
geomorfologi. Penggunaan kaedah letupan dalam aktiviti perlombongan seperti kuari batuan
akan melonggarkan struktur tanah. Apabila hujan turun dengan lebat, pergerakan jisim seperti
tanah runtuh akan berlaku di kawasan cerun.
Pembinaan jaringan pengangkutan dan perhubungan akan menyebabkan tanah
terdedah kepada agen- agen geomorfologi seperti air hujan. Penebangan pokok secara besar-
besaran akan menyebabkan proses pintasan dan proses susupan tidak berlaku. kewujudan
larian air permukaan yang giat berlaku akan menyebabkan hakisan permukaan.

7. (a) Jelaskan empat proses kitaran batuan [12]

18
Rangka Jawapan

Kitaran Batuan Proses Hasil/Kesan


i Igneus kepada Enapan Hakisan dan sedimentasi Enapan klastik
ii Enapan kepada Metamorfik Suhu dan tekanan tinggi Metamorfik serantau
iii Metamorfik kepada Igenus Peleburan dan pembekuan Igneus jalar dalam
iv Igneus kepada Metamorfik Suhu dan tekanan tinggi Metamorfik serantau
v Metamorfik kepada Enapan Hakisan dan sedimentasi Enapan klastik
vi Enapan kepada Igenus Peleburan dan pembekuan Igneus jalar dalam

Cadangan Jawapan

Melibatkan batuan igneus menjadi batuan enapan. Proses perubahan ini melibatkan hakisan
dan proses sendimentari.melalui proses pemadatan dan penyimenan serpihan batuan. Kesan
daripada proses tersebut akan menghasilkan batuan enapan klastik.

Batuan enapan bertukar menjadi batuan metamorfik. Proses perubahan ini melibatkan
suhu dan tekanan yang tinggi. Tekanan dan suhu yang tinggi terhadap batuan asal semasa
gerakan tektonik berlaku. Di samping itu tindak balas kimia dan perubahan kandungan
mineral menjadikan batuan tersebut berubah menjadi batuan metamorfik serantau.

Batuan metamorfik bertukar kepada batuan igneus. Proses perubahan ini terjadi
disebabkan penyejukan dan pembekuan magma di dalam rekahan kerak bumi. Kesannya
terbentuknya igneus jalar dalam.

Batuan igneus bertukar kepada batuan metamorfik. Proses ini melibatkan suhu dan
tekanan tinggi menyebabkan batuan tersebut berubah bentuk, warna dan komposisi
mineralnya. Tindak balas kimia dan perubahan kandungan mineral menjadi batuan tersebut
menjadi metamorfik serantau.

(b) Bincangkan enam kepentingan batuan enapan terhadap aktivti manusia. [13]

Rangka Jawapan
19
i. Arang batu + bahan api = menggalakkan aktiviti perlombongan bahan api.
ii. Batu kapur + bahan binaan = menggalakkan perlombongan kuari
iii. Batu syal + sifat menakung air = aktiviti tanaman padi sawah
iv. Batu pasir mengandungi kuarzit = industri kaca
v. Kaolin bersifat lembut dan mudah dibentuk = industri tembikar
vi. Garam batu + mengawet makanan = industri pengeringan ikan dan membuat jeruk
x Kesimpulan

Cadangan Jawapan

Salah satu kepentingan batuan enapan ialah arang batu boleh digunakan sebagai
bahan api. Hal ini akan menggalakkan aktiviti perlombongan bahan api. Bahan ini api ini
digunakan untuk menggerakkan kenderaan atau mesin.

Batu kapur untuk kegunaan bahan binaan. Batu kapur dilombong untuk membuat
simen. Aktiviti membuat simen ini akan menggalakkan perlombongan kuari batu kapur dan
aktiviti perindustrian. Aktiviti perindustrian ini melibatkan kilang membuat simen dan bata
simen.

Batu syal atau tanah liat yang bersifat menakung air. Tanah liat amat sesuai untuk
aktiviti tanaman padi sawah. Hal ini kerana sifat tanah liat dapat menakung air dan membantu
tumbesaran pokok padi. Secara tidak langsung akan menarik lebih banyak penduduk
tertumpu di kawasan ini contohnya Jelapang Padi Malaysia di Kedah.

Batu pasir yang mengandungi kuarzit sesuai digunakan untuk industri membuat
barangan kaca. Sebagai contoh industri pembuatan kaca terdapat di Kawasan Perindustrian
Jelapang dan Lahat yang terdapat di negeri Perak.

Kaolin bersifat lembut dan mudah dibentuk. Batuan enapan jenis kaolin ini amat
sesuai untuk industri membuat tembikar dan plaster siling kerana kaolin merupakan simen
putih yang lembut dan mudah dibentuk.

Garam batu yang digunakan untuk pengawetan makanan. Garam batu digunakan
untuk industri pengeringan ikan dan membuat jeruk. Makanan akan menjadi tahan lama dan
tidak mudah rosak disamping sebagai penambah perasa dalam makanan.

20
Kesimpulannya, antara kepentingan batuan enapan ialah arang batu sabagai bahan api,
batu kapur untuk industri binaan, tanah liat untuk tanaman padi sawah, batu pasir untuk
industri membuat barangan kaca, kaolin untuk industri tembikar dan garam batu untuk
pengawetan makanan.

8. (a) Huraikan enam proses pembentukan muka bumi yang terhasil akibat pergerakan plat tektonik.
[12]
Cadangan Jawapan

Gunung lipat terhasil daripada proses pertembungan plat yang akan menghasilkan lipat lendut. Jurang
lautan terhasil daripada pencapahan plat yang berlaku di lautan. Seterusnya lurah gelinciran terhasil
daripada perselisihan atau pencapahan/pertembungan plat yang mana satu plat akan jatuh.
Pembentukan gunung bongkah terhasil daripada pertembungan dua plat. Satu plat akan naik dan satu
lagi akan kekal. Pantai timbul terhasil daripada pertembungan plat. Satu plat akan naik. Akhir sekali
sungai balik muda terhasil daripada pertembungan plat. Satu plat akan jatuh

(b) Bincangkan bagaimana proses-proses endogenik mempengaruhi pelbagai bentuk muka bumi
yang wujud sekarang.
[13]

Cadangan Jawapan

Proses lipatan kerak bumi membentuk gunung lipat atau banjaran gunung. Kerak bumi akan berlipat-
lipat akibat pergerakan plat secara bertembung. Seterusnya proses gelinciran kerak bumi membentuk
gunung bungkaah. Bahagian bumi yang kukuh dan tidak tersesar atau tergelincir akan tinggal tinggi
sebagai gunung bungkah. Bahagian bumi yang jatuh atau teratam ke bawah membentuk lurah
gelinciran yang dalam. Proses atau aktiviti magma gunung berapi membentuk bentuk muka bumi
gunung berapi seperti kun gunung berapi, dataran lava, tasik kawah, gizer dan mata air panas. Selain
itu, pembentukan batuan igneus juga terhasil daripada pembekuan dan penyejukan magma gunung
berapi. Proses metamorphosis membentuk batuan metamorphosis akibat haba panas dalam bumi,
bahang magma dan tekanan himpitan lapisan bumi seterusnya mengubah bentuk dan kandungan
kimia batuan enapan dan igneus dan membentuk batuan metamorphosis. Akhir sekali pergerakan plat
bumi akibat pertembungan plat akan membentuk gunung dan banjaran. Pencapahan plat bumi pula
membentuk jurang laut.

9 (a) Bincangkankan enam faktor yang mempengaruhi kepelbagaian bentuk gunung

21
berapi. [13]
Rangka Jawapan

i. jenis lava
ii. kekuatan letusan/letupan
iii. jenis/ciri/jumlah lohong
iv. kuantiti bahan letusan yang dikeluarkan
v. tindakan agen hakisan
vi. kekerapan letusan/letupan
vii. Usia gunung berapi
viii. kesimpulan

#calon perlu menyebut faktor dan bentuk gunung berapi yang terhasil, sekiranya calon
tidak menyebut faktor dan bentuk, maka markah adalah 0.

Cadangan Jawapan

Jenis lava akan mempengaruhi sesuatu bentuk bumi bumi gunung berapi. lava bes yang cair
dan lambat membeku akan membentuk cerun landai manakala lava asid lebih pekat
membentuk cerun curam

kekuatan letusan/letupan, letusan yang kuat akan membentuk kaldera/ krater/kawah besar.
sekiranya letusan perlahan akan membentuk kun tinggi/ kawah kecil

Jenis/ciri/jumlah lohong, Sekiranya terdapat lohong yang banyak termasuk rekahan sisi
gunung berapi maka magma akan keluar melalui pelbagai arah.  Akibatnya kon komposit
akan terbentuk.

kuantiti bahan letusan/letupan kuantiti lava dan bahan piroklastik yang dikeluarkan
banyak maka gunung berapi yang terbentuk lebih besar dan landai. kuantiti bahan yang
dikeluarkan sedikit maka bentuk gunung berapi yang terbentuk lebih kecil dan curam.
tindakan agen hakisan, hakisan yang berterusan oleh angina, air di cerun gunung berapi
akan meruntuhkan cerun dan mendedahkan magma akan menghasilkan bentuk landai / curam

kekerapan letusan/letupan. Letusan yang senyap dan berterusan akan mewujudkan


gunung berapi yang sekata. letusan yang kuat, lohong gunung berapi akan musnah dan
mewujudkan kawah yang besar. 

Usia gunung berapi ,gunung berapi tua akan menjadi semakin rendah/landai, gunung
berapi muda akan membentuk cerun yang tinggi/curam

(b) Jelaskan kepentingan bentuk muka bumi gunung berapi terhadap aktiviti
manusia. [12]

22
Rangka Jawapan

i. Tasik kawah – pelacongan, perikanan akuakultur


ii. Dataran lava – pertanian, perlancongan
iii. Geiser / mata air panas – Tenaga geoterma, pelancongan
iv. Batuan igneus – perlombongan,
v. Kaldera/ Kawah besar / krater – pelancongan
vi. Kolam lumpur di kawasan gunung berapi – industri kosmetik – spa/salun
kecantikan
vii. Kon lava bes - pertanian

Cadangan Jawapan

Tasik kawah mempunyai kawasan yang berpandangan yang menarik menggalakkan


aktiviti dijalankan, contohnya Danau Toba.

Dataran lava Letusan gunung berapi lava bes kaya dengan pelbagai mineral
membenuk dataran lava yang subur untuk kegiatan pertanian seperti tanaman  padi
dan kapas.

Geiser / mata air panas terdapat di kawasan gunung berapi. Terdiri daripada punca
air  dari dalam bumi yang dipanaskan oleh magma panas . Tekanan yang amat panas
menyebabkan airnya terpancut tinggi yang boleh dijanakan tenaga elektrik atau tenaga
geoterma

Batuan igneus Magma yang membeku di bawah tanah membentuk batuan keras
seperti granit. Apabila batuan ini terdedah ke permukaan bumi akibat aktiviti
gondolan batuan tersebut menjadikan aktiviti perlombongan dijalankan.

Kaldera/ Kawah besar amat unik dan menarik. Kawasan ini amat sesuai  dijadikan
sebagai  kawasan ekopelancongan  yang popular

Kolam lumpur di kawasan gunung berapi yang tidak aktif. Lumpur dijadikan bahan
industri kosmetik/spa/salun kecantikan atau mandi lumpur untuk merawat pelbagai
penyakit kulit.

Kon lava bes mempunyai cerun yang subur sesuai untuk aktiviti pertanian.

10. (a) Bincangkan enam bukti yang dapat menyokong teori hanyutan benua. [13]

Rangka Jawapan

23
i. Persamaan garis pantai benua
ii. Bukti geologi
iii. Bukti bahan fosil
iv. Bukti kajian batuan purba (paleomagnet)
v. Bukti oseanik
vi. Kajian iklim purba
vii. Persamaan ciri dan sifat gunung lipat
ax Kesimpulan

Cadangan Jawapan

Persamaan garis pantai benua- garis pantai benua boleh dicantumkan walaupun terletak
jauh /jigsaw puzzle. – garis pantai antara pantai timur Amerika Selatan dengan pantai barat
Afrika boleh dicantumkan, menunjukkan benua-benua ini pernah bercantum.

Geologi- jenis dan usia batuan di benua berlainan- contoh persamaan jenis dan usia batuan
dibenua Afrika dan Amerika selatan. Emas yang dilombong diKolar India sama usianya
(2,400juta tahun) dengan emas yang di Kalgoorlie Australia.

Bukti bahan fosil-fosil tumbuhan dan binatang purba dari jenis dan usia sama di benua
berlainan. Reptilia Trasik yang pernah hidup di Amerika Selatan sama keturunan dengan
yang hidup di Afrika. Fosil reptilia Mesosaurus yang hidup di air tawar pernah dijumpai di
kedua-dua benua.

Bukti kajian batuan purba (paleomagnet)-kedudukan magnet batuan yang mengarah


kearah kutub utara mengalami perubahan di antara benua-benua lain. Kedudukan kutub utara
sebenarnya tidak pernah berubah tetapi perubahan medan magnet batuan tersebut berlaku
disebabkan pergerakan benua-benua.

Bukti Oseanik- mendapan lautan paling tua dari jenis dan usia yang sama di temui di lautan
Pasifik dan Lautan Atlantik .

Kajian iklim purba –bukti mendapan glasier yang terdapat barat laut Afrika sama jenis
dengan di lavras Brazil.

Persamaan ciri dan sifat gunung lipat – Benua Amerika Utara pernah bercantum
dengan benua Eropah ( banjaran Kaledonia di selatan Green land mempunyai sifat yang

24
sama dengan tanah tinggi Scandinavia)

Kesimpulan

(b) Jelaskan proses-proses pembentukan muka bumi yang terhasil akibat pergerakan plat
tektonik. [12]

Rangka Jawapan

i. Pembentukan gunung lipat


ii. Pembentukan jurang lautan
iii. lurah gelinciran
iv. gunung bongkah
v. pantai timbul
vi. sungai balik muda

Cadangan Jawapan

Pembentukan gunung lipat- apabila dua plat bertembung- kedua-dua berkedut atau
berkisut dan mampat- batuan dibenua akan terkedut dan terlipat membentuk gunung
lipat – contoh pergunungan Himalaya dan banjaran Titiwangsa.

Pembentukan jurang lautan- percapahan plat dilautan – akan hasilakan jurang lautan
yang dalam .Contoh jurang Mariana di Filipina dan jurang Peru-Chile di Amerika Selatan
lurah gelinciran – pencapahan / pertembungan plat –sebahagian akan jatuh membentuk
lurah gelinciran.

Pembentukan gunung bongkah- Percapahan atau pertembungan plat – bahagian yang


menaik membentuk gunung bongkah

pantai timbul - proses pertembungan plat- bahagian yang menaik- membentuk pantai
timbul
Pembentukan sungai balik muda- Pergerakan plat berlaku sehingga menyebabkan
satu plat naik dan satu lagi menurun. Jika berlaku di aliran sebatang sungai, proses
hakisan giat semula walaupun kawasan itu bahagian hilir sungai- proses pembentukan
bentuk muka bumi mendapan digantikan dengan air terjun.
( calon perlu jelaskan 3 proses dengan lengkap iaitu bercapah, bertembung , berselisih )
25
11 (a) Sejauhmanakah faktor batuan mempengaruhi proses luluhawa di sesebuah kawasan
[13]
Rangka Jawapan

Faktor Batuan
i. Kandungan mineral batuan- feldspar & mika- luluhawa kimia jenis penghidratan;
besi- luluhawa kimia jenis pengoksidaan
ii. Warna Batuan- warna gelap- luluhawa giat; warna cerah- luluhawa kurang giat
iii. Struktur Rekahan – retakan dan rekahan- tindakan ibun, hidrolisis, pengoksidaan
iv. Kekerasan Batuan – Batuan keras contoh kuartzit- lebih tahan terhadap luluhawa;
batuan lembut contoh batu kapur- lebih mudah terluluhawa seperti luluhawa jenis
larutan

Faktor-Faktor Lain
v. Suhu - Julat suhu harian tinggi seperti gurun panas- luluhawa fizikal melalui
proses pengembangan dan pengecutan; Suhu sentiasa tinggi di kawasan tropika
lembap- luluhawa kimia aktif
vi. Hujan - Hujan lebat di kawasan tropika lembap menggalakkan luluhawa kimia
seperti larutan, pengkarbonan, penghidratan, pengoksidaan dan hidrolisis
vii. Fros - Kawasan tanah tinggi yg ketinggian melebihi tahap pembekuan, fros amat
berkesan memecahkan batuan- tindakan fros
viii. Tumbuh-tumbuhan- Bahan organik spt daun, ranting menjadi humus dan
menghasilkan humik- luluhawa biologi; Pembesaran akar-retak dan pecahkan
batuan- luluhawa fizikal
ix. Aktiviti Manusia - Pertanian, perlombongan, peperangan dan pembinaan- struktur
batuan longgar dan retak- luluhawa giat- hidrolisis, pelepasan tekanan dan
tindakan ibun
kesimpulan: penegasan

Cadangan Jawapan

Faktor batuan dari segi warna memang mempengaruhi proses luluhawa di


sesebuah kawasan iaitu batuan yang berwarna gelap mengalami tindakan luluhawa jenis
persuriaan yang lebih giat kerana lebih banyak menyerap dan menyimpan haba bahang
matahari berbanding batuan yang berwarna cerah yang kurang menyerap dan menyimpan
haba.

Walau bagaimanapun terdapat juga faktor lain iaitu faktor suhu. Suhu yang sentiasa
tinggi sepanjang tahun menyebabkan luluhawa kimia aktif sepanjang. Menurut Van Den Hof
setiap kenaikan suhu sebanyak 1C akan meningkatkan keberkesanan luluhawa kimia
sebanyak 10%.

26
Faktor hujan juga mempengaruhi proses luluhawa iaitu hujan yang lebat di kawasan
tropika lembap membekalkan sumber air untuk semua proses luluhawa kimia seperti larutan,
pengkarbonan dan penghidratan.

Selain itu, terdapat juga faktor tumbuh-tumbuhan yang mempengaruhi proses


luluhawa iaitu pembesaran akar-akar tumbuhan boleh meretak dan merekahkan sesuatu
batuan secara baji iaitu luluhawa fizikal akan menjadi giat.

Seterusnya ialah faktor fros atau ibun. Di kawasan tanah tinggi yang ketinggiannya
melepasi tahap pembekuan, fros amat berkesan untuk memecahkan batuan tersebut melalui
tindakan ibun. Proses beku dan cair akan berlaku secara berulangkali sehingga batuan
tersebut akhirnya pecah.

Aktiviti manusia juga mempengaruhi proses luluhawa iaitu aktiviti pertanian,


perlombongan dan pembinaan menyebabkan struktur batuan menjadi longgar dan meretak
seterusnya menggalakkan proses luluhawa seperti hidrolisis, pelepasan tekanan dan
sebagainya.

Kesimpulannya, berdasarkan huraian di atas, faktor seperti suhu, hujan, tindakan fros,
tumbuh-tumbuhan dan aktiviti manusia memang merupakan faktor yang sangat penting
mempengaruhi proses luluhawa berbanding faktor batuan itu sendiri.

(b) Jelaskan enam kesan luluhawa terhadap aktiviti manusia. [12]

Rangka Jawapan

i. Pembentukan Tanah Regolit – menggalakkan aktiviti pertanian


• Tanih aluvium- padi
• Tanih laterit- getah, kelapa sawit
• Tanih pasir- kelapa
ii. Pemandangan karst- gua batu kapur, stalagmit, stalatit – menggalakkan pelancongan
iii. Pembentukan tanah liat putih(kaolin) – pembinaan – siling bangunan
iv. Galian-menggalakkan aktiviti perindustrian
• kuartzit- seramik
• titanium- membuat aloi ringan
• fosfat- buat baja
v. Pemecahan Batuan- menggalakkan aktiviti perlombongan
• batuan pecah dan retak- memudahkan aktiviti perlombongan
vi. Pembentukan batu berlubang – menggalakkan aktiviti perikanan
• proses hidrolisis di pinggir pantai menghasilkan banyak batu berlubang- tempat
pembiakan ikan dan tempat persembunyian anak-anak ikan bekalan ikan banyak
untuk perikanan

Cadangan Jawapan

27
Kesan luluhawa terhadap aktiviti manusia ialah pembentukan tanah regolit,
pemandangan karst, pembentukan tanah liat putih(kaolin) , pembentukan galian, pemecahan
batuan dan pembentukan batu berlubang.

Kesan luluhawa terhadap aktiviti manusia ialah luluhawa menyebabkan pembentukan


tanah regolit yang kaya dengan pelbagai mineral dan menggalakkan aktiviti pertanian. Tanih
laterit yang terhasil akibat luluhawa sesuai untuk tanaman getah dan kelapa sawit.

Luluhawa juga membawa kesan pembentukan pemandangan karst di kawasan gua


batu kapur hasil proses pengkarbonan menarik pelancong. Aktiviti pelancongan giat di
kawasan ini kerana keunikan stalagmit dan stalagtit di dalam gua seperti di Gua Mulu,
Sarawak.

Selain itu, luluhawa juga menyebabkan pembentukan tanah liat putih (kaolin) untuk
aktiviti pembinaan. Kaolin terhasil akibat luluhawa banyak digunakan untuk membuat
kemasan siling bangunan.

Kesan seterusnya ialah kewujudan galian iaitu kuartzit. Aktiviti perindustrian


berkembang kerana galian ini digunakan untuk membuat barangan seramik.

Luluhawa juga membawa kesan seperti pemecahan batuan. Pemecahan batuan


boleh mempengaruhi aktiviti manusia dari segi perlombongan. Batuan pecah dan retak
memudahkan aktiviti perlombongan dijalankan.

Akhirnya ialah pembentukan batu berlubang. Proses hidrolisis di pinggir pantai


menghasilkan banyak batu berlubang, tempat pembiakan ikan dan tempat persembunyian.
Oleh itu, anak-anak ikan bekalan ikan banyak untuk perikanan Oleh itu aktiviti perikanan
adalah giat di kawasan ini.

12. (a) Jelaskan enam faktor berlakunya aliran lumpur di kawasan tropika lembap. [12]

Rangka Jawapan

i. Litupan tumbuh-tumbuhan

28
ii. Hujan yang lebat
iii. Kecuraman cerun
iv. Jenis tanih dan batuan
v. Gerakan Tektonik
vi. Aktiviti manusia

Cadangan Jawapan

Cerun bukit yang mengalami aktiviti pembalakan dan pembinaan hingga berkeadaan gondol
menyebabkan struktur tanah menjadi longgar dan terdedah kepada hakisan tanah dan
bergerak bersama-sama dengan air hujan membentuk aliran lumpur.

Turunan hujan yang lebat dalam tempoh yang lama menyebabkan lembapan tanah menjadi
tinggi. Air hujan yang banyak meresap masuk ke dalam tanah menyebabkan tanah menjadi
tepu dan bergerak turun ke bawah cerun bersama-sama air hujan.

Cerun yang mempunyai kecuraman lebih daripada 20% berisiko tinggi untuk berlakunya
aliran lumpur. Tarikan graviti yang kuat menyebabkan tanah bergerak bersama-sama dengan
air hujan menuruni cerun.

Kedudukan dan pembentukan tanih di atas batuan dasar yang tidak mantap menyebabkan
tanih di atas cerun menjadi tidak stabil bergerak bersama-sama dengan air hujan yang turun
membentuk aliran lumpur.

Gegaran seperti gempa bumi dan gunug berapi menjadikan struktur tanah menjadi renggang,
longgar dan sebahagiannya hancur. Apabila hujan turun dengan lebat, tanah yang hancur
bercampur dengan air yang banyak bergerak menuruni cerun.

Aktiviti pembinaan melibatkan pembangunan di kawasan tanah tinggi melibatkan aktiviti


pemotongan cerun yang tidak mengambil kira sudut cerun, kekuatan tanah dan jenis batuan
menyebabkan cerun menjadi tidak stabil.

(b) Bincangkan kesan aliran lumpur terhadap alam sekitar fizikal dan alam sekitar
manusia. [13]

Rangka Jawapan

i. Aliran lumpur
29
ii. Runtuhan batuan
iii. Gelangsaran tanah
iv. Kesotan tanih
v. Geluncuran tanih
vi. Banjir lumpur

Cadangan Jawapan

Aliran lumpur menyebabkan pencemaran air sungai. Lumpur yang masuk ke dalam sungai
menyebabkan air sungai menjadi keruh dan sedimen yang mendap di dasar sungai
menyebabkan dasar sungai menjadi cetek dan tidak mampu menampung jumlah air yang
banyak sewaktu huajn lebat. banjir sungai akan kerap berlaku.

Perubahan landskap akan berlaku apabila longgokan batuan yang banyak di bawah cerun
menyebabkan kawasan tanah tinggi menjadi rata. Contohnya runtuhan batuan di Gunung
Kinabalu akibat gempa bumi.

Penduduk mengalami trauma dan masalah psikologi bagi yang tinggal di lereng-lereng bukit
yang mengalami gelangsaran kerana kediaman mereka musnah dan boleh meragut nyawa
akan sentiasa dibayangi ketakutan setiap kali hujan turun dengan lebat menyebabkan emosi
mereka terganggu.

Kerosakan infrastruktur seperti tiang elektrik condong dan tumbang atau jalan raya menjadi
retak akibat pergerakan tanah secara perlahan-lahan.
Kehilangan dan kerosakan harta benda seperti kemusnahan bangunan, kawasan petempatan
atau kawasan pertanian akibat ditimbus oleh geluncuran tanih yang bergerak dengan laju.

Kemusnahan flora dan fauna kerana banjir lumpur secara besar-besar yang bergerak dengan
cepat menimbus kawasan hutan dengan luas menyebabkan flora dan fauna mati.

13 (a) Bincangkan enam faktor pemendapan sungai di kawasan lembangan saliran.


[13]
Rangka Jawapan

i. Isi padu air


ii. Halaju air
iii. Kecerunan

30
iv. Bentuk alur
v. Jenis batuan
vi. Bahan muatan
vii. Halangan
viii. kesimpulan

Cadangan Jawapan

Isipadu air merupakan faktor pemendapan sungai di kawasan lembangan saliran.


Peningkatan isipadu air mempengaruhi peningkatan kadar pemndapan di tebing sungai.
Isipadu air yang tinggi selalunya mempunyai bahan mendapan yang tinggi. Isipadu air
yang rendah akan menyebabkan bahan muatan yang dibawa rendah . Oleh itu , kadar
pemendapan adalah rendah.

Selain dari itu, halaju air juga merupakan faktor pemendapan sungai di kawasan
lembangan sungai. Semakin deras air mengalir akan menyebabkan kadar pemendapan
semakin kurang. Jika air sungai mengalir semakin perlahan akan menyebabkan semakin
tinggi kadar pemendapan.

Di samping itu, faktor kecerunan turut memainkan peranan sebagai faktor pemendapan
sungai di kawasan lembangan saliran. Kecerunan alur sungai menjadi faktor pemendapan.
Semakin curam alur sungai maka kadar pemendapan bahan sungai adalah rendah
manakala semakin semakin landai alur sugai maka semakin tinggi kadar pemendapan
bahan muatan di alur sungai tersebut.

Selain itu, faktor bentuk alur juga mempengaruhi kadar pemendapan sungai di kawasan
lembangan saliran. Alur sungai yang berbentuk cembung akan menyebabkan kadar
pemendapan yang tinggi berbanding dengan alur sungai yang berbentuk cekung. Alur
berbentuk cekung akan mengalami kadar pemendapan yang rendah. Jadi, alur sungai
memang mempengaruhi kadar pemendapan sungai di kawasan lembangan saliran.

Di samping itu, faktor jenis batuan juga mempengaruhi kadar pemendapan sungai di
lembangan sungai. Batu tongkol dan batu pecahan yang besar adalah berat dan susah
diangkut. Batu tongkol dan batu pecahan ini akan termendap di dasar alur sungai dengan
kadar yang cepat.

31
Faktor pemendapan yang seterusnya ialah bahan muatan. Bahan muatan yang banyak
dalam alur sungai akan menyebabkan keupayaan mengangkut berkurangan .Keadaan ini
akan meningkatkan kadar pemendapan. Bahan muatan yang sedikit akan meningkatkan
keupayaan mengangkut lalu kadar pemendapan menjadi rendah.

Faktor terakhir ialah faktor halangan. Halangan dalam alur sungai akan mempengaruhi
faktor pemendapan. Halangan seperti jambatan boleh menghalang aliran sungai. Semakin
banyak halangan maka kadar pemendapan akan meningkat.

Terdapat banyak faktor pemendapan sungai di kawasan lembangan saliran.Faktor


pemendapan seperti isipadu air, halaju air, faktor kecerunan, faktor bentuk alur, faktor
jenis batuan, bahan muatan dan faktor halangan. Faktor pemendapan ini akan
membentuk bentuk muka bumi hilir sungai.

(b) Jelaskan enam kepentingan bentuk muka bumi di hilir sungai terhadap aktiviti manusia.
[12]
Rangka Jawapan

i. Tasik Ladam
ii. Delta
iii. Dataran banjir
iv. Tetambak
v. Lurah berbentuk u
vi. Pulau

Cadangan Jawapan

Terdapat banyak jenis bentuk muka bumi di hilir sungai yang mempunyai kepentingan
terhadap aktiviti manusia. Bentuk muka bumi seperti tasik ladam merupakan bentuk
muka bumi di hilir sungai. Tasik ladam boleh dijadikan sebagai kawasan perikanan air
tawar. Akuakultur sabgat sesuai dijalankan kerana ada bekalan air tawar yang bersih.
Tasik ladam juga mempunyai kepentingan dalam aspek pelancongan. Kawasan tasik
ladam dikunjungi pelancong untuk melihat sensiri keunikan tasik ladam. Tasik ladam
juga dapat dijadikan sebagai kawasan pertanian.

Delta merupakan bentuk muka bumi di hilir sungai yang mempunyai kepentingan

32
terhadap aktiviti manusia. Delta merupakan satu kawasan yang subur. Ia sesuai dijadikan
sebagai kawasan perikanan air tawar. Pelbagai jenis ikan air tawar dapat dijalankan. Di
samping itu, tasik ladam juga boleh dijadikan sebagai kawasan pertanian dan
pelancongan. Tanaman di tanam di sekitar tasik ladam subur kerana tanih alluvium yang
subur. Kawasan pertanian dan perikanan air tawar boleh dijadikan sebagai agro
pelancongan ataupun tasik ladam dijadikan sebagai tasik untuk beriadah dan aktiviti
berkayak.

Selain dari itu, dataran banjir merupakan bentuk muka bumi hilir sungai. Kawasan
dataran banjir ini kaya dengan tanih alluvium yang subur. Tanih yang subir di sini
membolehkan aktiviti pertanian dijalankan khususnya padi sawah. Dataran banjir juga
dapat dijadikan kawasan pembinaan. Ia rata dan luas sesuai untuk aktiviti pembinaan
kawasan perumahan ataupun premis perniagaan.

Di samping itu, tetambak merupakan bentuk muka bumi di hilir sungai yang mempunyai
kepentingan terhadap aktiviti manusia. Tetambak sesuai digunkan untuk tujuan
pengangkutan dan perhubungan. Jalan raya sesuai dibina disepanjang tetambak tanpa
merisaukan fenomena banjir. Tetambak juga sesuai untuk tujuan petempatan. Kawasan
tetambak selamat dibina rumah petani.

Lurah bentuk U yang lebar merupakan bentuk muka bumi hilir sungai yang penting untuk
aktiviti manusia seperti perlombongan. Lurah bentuk U ini membolehkan aktiviti
perlombongan pasir dijalankan. Jentera perlombongan pasir serta lori pengangkut pasir
mudah sampai ke kawasan lurah U ini. Ia menggalakan perlombongan pasir sungai.

Selain dari itu, pulau merupakan salah satu bentuk muka bumi hilir sungai yang
mempunyai kepentingan terhadap aktiviti manusia. Pulau yang terbentuk di muara sungai
sesuai dijadikan sebagai kawasan petempatan dan pelancongan. pulau yang mempunyai
tanah pamah yang luas sesuai dijadikan kawasan perumahan dan juga boleh dijalankan
aktiviti pelancongan. Aktiviti berkayak, chalet terapung dan “ River Cruise” dapat
dijalankan.

14 (a) Sejauh manakah faktor fizikal mempengaruhi pemendapan di pinggir pantai. [13]

33
Rangka Jawapan
Faktor Fizikal
i. cerun pantai
ii. jenis ombak
iii. halangan semulajadi
iv. bahan muatan
v. saiz bahan
vi. tumbuhan
vii. arus pesisir pantai

Faktor Manusia
viii. pembinaan benteng pemecah ombak, jeti dan pelabuhan
ix. penambakan pantai
x. penanaman pantai

kesimpulan - Penegasan mesti lebih kepada faktor fizikal

Cadangan Jawapan

Pemendapan di pinggir pantai berlaku apabila bahan-bahan muatan menjadi pegun,


terlonggok dan tidak diangkut lagi oleh agen-agen seperti ombak, arus dan pasang surut.
Proses pemendapan di pinggir pantai bukan sahaja dipengaruhi oleh faktor fizikal tetapi juga
oleh faktor manusia.

Cerun pantai memainkan peranan yang penting. Pinggir pantai yang bercerun landai lebih
terdedah kepada tindakan ombak pembina yang giat mengumpulkan bahan-bahan
pemendapan.

Jenis ombak juga menentukan kadar pemendapan di pantai. Ombak pembinasa


menghasilkan damparan yang kuat dan unduran yang kuat oleh itu kadar pemendapan adalah
rendah. Manakala ombak pembina menghasilkan damparan yang kuat tetapi unduran yang
rendah oleh itu kadar pemendapan adalah tinggi.

Halangan semulajadi merujuk kepada halangan di hadapan pinggir pantai seperti pulau,
tanjung dan binaan manusia seperti benteng pemecah ombak dan pelabuhan. Kadar
pemendapan tinggi di pinggir pantai yang mempunyai halangan yang banyak oleh sebab
bahan-bahan yang diangkut oleh agen-agen pengangkuta biasanya tersekat pada halangan-
halangan tersebut.

34
Bahan muatan yang bersaiz besar dan berat lebih mudah dimendapkan berbanding dengan
bahan muatan kecil dan ringan yang mudah diangkut ke tempat lain. Bahan yang berbentuk
leper seperti kulit kerang dan bahan yang kecil yang tidak larut oleh air seperti pasir dan batu
kelikir lebih mudah dimendapkan. Bahan yang berbentuk bulat dan mudah larut oleh air
seperti batu kapur lebih mudah diangkut ke tempat lain dalam bentuk larutan.

Saiz bahan turut mempengaruhi pemendapan di pinggir pantai. Bahan muatan yang bersaiz
besar dan berat lebih mudah dimendapkan berbanding dengan bahan muatan kecil dan ringan
yang mudah diangkut ke tempat lain.

Tumbuhan seperti pokok rhu dan tumbuhan paya seperti pokok bakau boleh menjadi
penampan kepada serangan terus ombak dan memerangkap bahan yang diangkut oleh ombak
dan arus oleh itu kadar pemendapan tinggi. Kawasan pinggir pantai yang kurang litupan
tumbuh-tumbuhan tidak berupaya memerangkap bahan-bahan yang diangkut oleh ombak dan
kadar pemendapan rendah.

Arus pesisir pantai yang kuat mampu mengangkut bahan-bahan yang banyak. Jumlah bahan
yang banyak diangkut dan dikumpulkan dan meningkatkan pemendapan.
Faktor manusia yang mempengaruhi pemendapan di pinggir pantai adalah seperti pembinaan
benteng pemecah ombak, jeti dan pelabuhan, penambakan pantai dan penanaman semula
hutan pantai.
Pembinaan benteng pemecah ombak, jeti dan pelabuhan menyebabkan tenaga ombak
diperlahankan dan bahan yang diangkut tersekat dan dimendapkan. Tiang jeti dan pelabuhan
juga memperlahankan ombak dan menyebabkan pemendapan yang giat.

Penambakan pantai menyebabkan sebaran bahan mendapan merebak lebih jauh ke lautan.
Ombak akan membawa batu-batu dan tanah yang ditambak ke arah laut.

Penanaman semula hutan pantai akan menjadi penampan kepada serangan terus ombak
dan memerangkap bahan yang dibawa oleh ombak lalu dimendapkan.

(b) Huraikan kepentingan bentuk muka bumi pemendapan terhadap aktiviti manusia di
pinggir pantai. [12]

35
Rangka Jawapan

i. pantai- pelancongan/perlombongan pasir/industri IKS


ii. beting pasir- pelancongan/rekreasi/perlombongan pasir
iii. anak tanjung- rekreasi/petempatan
iv. tombolo- perhubungan/pelancongan/rekreasi/petempatan
v. delta- pertanian/petempatan
vi. permatang-petempatan/pengangkutan
vii. lagun- petempatan/penternakan ikan

Tiada bentuk muka bumi-Tiada markah

Cadangan Jawapan

Pantai ialah satu tarikan pelancongan. Pemandangan pantai yang indah dan pantai berpasir
yang luas sesuai untuk aktiviti berkelah, bersantai dan berjemur (sun-bathing). Aktiviti
seperti sukan rekreasi air, berenang, mengorek siput, pony ride, mengurut (massage), melihat
matahari terbenam (sunset) dan banana boat boleh dijalankan.

Beting pasir menggalakkan pelancongan. Aktiviti rekreasi seperti sukan air dan memancing
ikan dapat dijalankan. Pemandangan seperti ‘pulau’ berdekatan pantai menjadi lokasi
pengambilan foto dan penggambaran yang indah untuk pelancong. Pelancong juga boleh
menyusuri air laut yang cetek.

Anak tanjung menjadi kawasan petempatan penduduk. Penduduk membina rumah dan
menjalankan pelbagai kegiatan ekonomi di atasnya seperti perindustrian, pertanian dan
perniagaan.

Tombolo menjadi tarikan pelancong. Aktiviti rekreasi seperti sukan air, memancing dan
menyusuri air laut yang cetek dijalankan.

Delta merupakan kawasan rendah yang subur sesuai untuk pertanian seperti penanaman padi
di Delta Kelantan.

lagun sesuai untuk aktiviti akuakultur. Penduduk juga boleh menjalankan akuakultur
ternakan hidupan marin jenis dalam sangkar di kawasan lagun yang mempunyai air yang
tenang. Bentuk muka bumi lagun boleh melindungi kawasan akuakultur daripada ancaman
ombak.
36
BAHAGIAN B
37
ALAM SEKITAR
MANUSIA

3. PENDUDUK

4. TRANSFORMASI
DESA DAN
PEMBANDARAN

ALAM SEKITAR MANUSIA

PENDUDUK
38
15 (a) Jelaskan petunjuk pengukuran sumber manusia sesebuah negara. [12]

Rangka Jawapan

i. Umur penduduk:
a. Golongan muda
b. Golongan dewasa
c. Golongan tua
ii. Jantina:
a. Lelaki
b. Perempuan
iii. Kualiti:
a. taraf pendidikan
b. kemahiran
c. tahap kesihatan
d. sikap/nilai insaniah/kemenjadian

Cadangan Jawapan

Sumber manusia boleh diukur dari segi struktur umur dan jantina serta kualiti.
Umur penduduk dikelaskan berdasarkan penduduk dewasa yang merupakan golongan
produktif dan boleh menyumbang kepada ekonomi negara. Penduduk tua dan golongan muda
kurang produktif dan menjadi tanggungan kepada keluarga dan negara. Golongan muda
menjamin bekalan sumber manusia pada masa hadapan.

Jantina terbahagi kepada lelaki dan perempuan. Aktiviti ekonomi primer dan sekunder yang
berat dan kasar serta memerlukan kekuatan tenaga fizikal manusia akan mengupah lebih
ramai pekerja lelaki. Contohnya sektor perladangan, perikanan dan pembalakan. Industri
yang berintensif buruh yang memerlukan tahap ketekunan dan kehalusan tangan yang tinggi
serta kesopanan lazimnya akan mengupah pekerja wanita. Contohnya di kilang elektronik,
memetik daun teh dan sektor perkhidmatan seperti jururawat.

Kualiti penduduk merujuk kepada taraf pendidikan, kemahiran, tahap kesihatan dan sikap,
nilai insaniah dan kemenjadian.

Penduduk yang berpendidikan tinggi dari universiti dan kolej mahir dan mudah dilatih untuk
sesuatu pekerjaan. Pekerja yang berkemahiran teknologi dan maklumat (ICT), STEM dan

39
mahir dalam Bahasa Inggeris menjadi aset kepada sesebuah organisasi. Mereka menjadi
tenaga buruh yang penting dalam kerja-kerja penyelidikan dan kerja-kerja yang memerlukan
kemahiran teknikal yang tinggi dan berisiko tinggi.

Pekerja yang sihat menjamin produktiviti kerja yang tinggi. Pekerja yang mempunyai sikap
yang positif dan budaya kerja yang sihat seperti bekerjasama, berdisiplin tinggi dan
berinisiatif tinggi untuk belajar penting untuk menentukan kejayaan sesebuah organisasi.

(b) Bincangkan peranan penduduk sebagai agen perubahan alam sekitar fizikal di sesuatu
kawasan. [13]

Rangka Jawapan

i. Pertanian
ii. Perlombongan
iii. Perhutanan
iv. Perikanan
v. Perindustrian dan IKS
vi. Pembinaan
vii. Pengangkutan
viii. Pelancongan
ix. Penternakan
x Kesimpulan

Cadangan Jawapan

Aktiviti pertanian seperti pembukaan ladang yang melibatkan kerja penebangan pokok dan
pembersihan hutan, perataan tanah, pembajakan dan peneresan akan menyebabkan hakisan
tanah, tanah runtuh dan banjir. Penggunaan baja kimia, racun serangga dan membuang sisa
pertanian akan menyebabkan pencemaran air dan tanih. Aktiviti membakar sisa pertanian dan
pembakaran hutan akan menyebabkan pencemaran udara.

Aktiviti perlombongan yang melibatkan kerja-kerja menebuk, menggerudi, menggali dan


meletup menjadikan permukaan tanah gondol. Sumber alam akan haus setelah bahan galian
diterokai dan lubang kolam akan ditinggalkan seperti dalam aktiviti melombong bijih timah.
Pencemaran alam seperti air, tanah, udara dan sisa toksid akan berlaku.

40
Aktiviti perhutanan yang menebang pokok, mengheret kayu balak, penggunaan gergaji
berantai dan jalan lori balak akan menyebabkan tanah gondol, hakisan, mendakan dan tanah
runtuh. Orang asli yang mengambil hasil hutan seperti madu dan rotan akan menyebabkan
kepupusan flora dan fauna, kemusnahan habitat dan rantaian makanan.

Aktiviti perikanan yang memukat, menuba, mengebom, pembinaan kemudahan perikanan,


akuakultur akan menyebabkan pencemaran air, tanah dan bau. Terumbu karang akan rosak
dan sumber marin akan pupus.

Aktiviti perindustrian dan IKS seperti pembakaran bahan api fosil, pembakaran terbuka
dan pelepasan sisa akan meningkatkan suhu, pencemaran udara, bau, bunyi, tanih dan air.

Aktiviti pembinaan yang melibatkan penerokaan tanah, perataan tanah, peneresan tanah
tinggi, penggondolan, penebusgunaan paya dan laut juga menyebabkan hakisan tanah, tanah
runtuh, tanah gondol, kemusnahan habitat, peningkatan suhu dan pencemaran alam sekitar.
Pengangkutan. Pembinaan lebuh raya, landasan keretapi, lapangan terbang dan pelabuhan
menyebabkan tanah runtuh. Pembakaran bahan api fosil menyebabkan pelepasan asap yang
banyak. Pencemaran udara dan bunyi turut berlaku.

Pelancongan mengubah muka bumi dengan berlakunya penyahutanan dan perataan hutan
untuk membina hotel dan chalet. Hakisan dan tanah runtuh berlaku. Begitu juga peningkatan
suhu dan banjir.

Penternakan juga mengubah muka bumi. Penyahutanan, perataan tanah, hakisan, tanah
runtuh dan peningkatan suhu berlaku. Pelepasan sisa lading ternakan, najis dan bangkai
menyebabkan pencemaran air dan bau. Pengguna baja kimia juga menyebabkan pencemaran
air.

16 (a) Huraikan enam faktor yang mempengaruhi taburan penduduk di Malaysia.


[12]

Rangka Jawapan
41
i. Ciri fizikal
ii. Faktor demografi
iii. Faktor pembandaran
iv. Faktor pengangkutan dan perhubungan
v. Jenis kegiatan ekonomi
vi. Faktor Dasar kerajaan
vii. Faktor sejarah awal
viii. Universiti Awam dan IPTS
ix. Taburan sumber alam

Cadangan Jawapan

Ciri fizikal merupakan faktor yang mempengaruhi taburan penduduk di Malaysia. Malaysia
mempunyai pelbagai jenis bentuk muka bumi seperti tanah tinggi, tanah pamah dan kawasan
paya. Kawasan tanah tinggi seperi banjaran Crocker mempunyai taburan penduduk jarang
manakala kawasan tanah pamah seperti Delta Kelantan dan Dataran kedah perlis mempunyai
kawasan penduduk padat. Kawasan paya di Malaysia mempunyai taburan penduduk jarang.
Oleh itu. ciri fizikal merupakan faktor yang mempengaruhi taburan penduduk Di Malaysia.

Selain dari itu, faktor demografi penduduk turut mempengaruhi taburan penduduk di
Malaysia. Kadar kelahiran yang tinggi dan Kadar kematian yang rendah mempengaruhi
taburan penduduk yang padat terutamanya di pantai barat Semenanjung Malaysia. Golongan
lelaki peringkat dewasa lebih ramai bekerja di bandar bandar besar berbanding golongan
dewasa perempuan. Golongana lelaki mempunyai mobiliti yang tinggi. Oleh itu mereka
menjadikan taburan penduduk bandar bandar besar padat di Malaysia.

Di samping itu, faktor pembandaran turut mempengaruhi taburan penduduk di Malaysia.


Bandar bandar di Malaysia mengalami proses pertambahan penduduk akibat migrasi masuk.
Bandar raya Kuala Lumpur mengalami proses pembandaran yang tinggi. Ramai golongan
dewasa dari kawasan luar bandar mengambil peluang pekerjaan yang ditawarkan di bandar.
Seterusnya menyebabkan taburan penduduk padat di situ.

Faktor pengangkutan dan perhubungan memainkan peranan penting dalam


mempengaruhi taburan penduduk di Malaysia. Sistem pengangkutan moden yang cekap
seperti LRT, Monorel, MRT, Bas Rapid menyebabkan darjah ketersampaian yang tinggi.

42
Bandar yang mempunyai darjah ketersampaian tinggi mempunyai kepadatan penduduk
yang tinggi. manakala kawasan tanah tinggi seperti banjaran Tama Abu darjah
ketersampaian rendah mempunyai kepadatan penduduk yang tinggi.

Selain dari itu, jenis kegiatan ekonomi turut mempengaruhi taburan penduduk di
Malaysia. Kawasan perindustrian menjanjikan peluang pekerjaan yang tinggi. Kawasan
perindustrian FIZ Bayan lepas memberi peluang pekerjaan kepada beribu orang pekerja.
Maka kawasan ini mempunyai taburan penduduk padat. Kawasan pertanian ladang kelapa
sawit di bawah rancangan pembangunan wilayah mempunyai taburan penduduk
sederhana padat.

Di samping itu, faktor dasar kerajaan mempengaruhi taburan penduduk di Malaysia.


Tanah rancangan wilayah seperi FELDA dan FELCRA mempunyai kawasan sederhana
padat penduduk. Dasar Kependudukan 70 juta orang penduduk menggalakkan
pertumbuhan penduduk di Malaysia. Pelepasan cukai pendapatan bagi isikeluarga 5 orang
anak menjanjikan taburan penduduk yang tinggi.

Faktor sejarah awal mempengaruhi taburan penduduk di Malaysia. Petempatan awal di


Malaysia berlau di tepi sungai yang besar. Sungai ini menjanjikan kawasan tanah pamah
yang rata dan kawasan kegiatan ekonomi seperti pertaniandapat dijalankan. Kawasan
lembah Sugai Bujang di Kedah mempunyai sejarah awal petempatn manusia di sana.

Selain itu, pusat institusi seperti Universiti Awam dan IPTS serta kemuadahan kesihatan
merupakan faktor mempngaruhi taburan penduduk di Malaysia. Lembah Klang
menempatkan pusat institusi pendidikan awasm dan swasta yang menyebabkan taburan
penduduk padat di situ. Institusi kesihatan seperti IJN, hospital MATA di Lembang Klang
menyebabkan taburan penduduk padat di situ.

Taburan sumber alam turut memainkan peranan dalam taburan penduduk Malaysia.
Sumber alam menjanjikan peluang pekerjaan seperti sumber tanah untuk aktiviti
pertanian dan aktiviti perlombongan. Kawasan yang mempunyai aktiviti ekonomi ini
akan menyebabkan taburan penduduk padat seperti Dataran Kedah Perlis yang
mempunyai aktivit pertanian padi sawah.
43
(b) Bincangkan enam kesan ketakseimbangan taburan penduduk terhadap sosioekonomi
dan sumber alam di Malaysia. [ 13 ]

Rangka Jawapan

i. Kemajuan kawasan
ii. Ketakseimbangan saiz dan kuasa beli
iii. Ketakseimbangan darjah ketersampaian pengangkutan dan telekomunikasi
iv. Tekanan kepada sumber
v. Pencemaran alam
vi. Kemerosotan dan kepupusan sumber alam

Cadangan Jawapan

Kesan ketakseimbangan taburan penduduk terhadap sosioekonomi ialah ketidakseimbangan


kemajuan kawasan. Kawasan penduduk padat mempunyai kemajuan kawasan yang tinggi
manakala kawasan penduduk jarang mempunyai kemajuan kawasan yang sangat rendah.
Lembah Klang dan Lembah Kinta mempunyai kemajuan kawasan tinggi kerana mempunyai
taburan penduduk padat.

Kesan ketakseimbangan taburan penduduk terhadap sosioekonomi ialah ketakseimbangan


saiz dan kuasa beli pasaran antara kawasan. Kawasan yang mempunyai penduduk padat
mempunyai saiz dan kuasa beli pasaran yang tinggi kerana jumlah penduduk yang menetap di
kawasan ini adalah tinggi. Kawasan yang mempunyai penduduk jarang mempunyai saiz dan
kuasa beli pasaran yang sangat sedikit.

Selain dari itu, wujud kesan ketakseimbangan darjah ketersampaian pengangkutan dan
telekomunikasi. Kawasan berpenduduk padat akan mengwujudkan jaringan pengangkutan
yang cekap dan rangkaian telekomunikasi yang baik. Oleh itu semakin ramai penduduk ,
semakin banyak kemudahan sistem pengangkutan yang moden dan telekomunikasi yang laju.
Kawasan yang berpenduduk jarang akan mempunyai darjah ketersampaian yang sangat
rendah serta telekomunikasi yang kurang baik. Jadi wujud ketakseimbangan darjah
ketersampaian pengangkutan dan telekomunikasi

44
Selain dari itu, berlaku tekanan kepada sumber alam akibat ketakseimbangan taburan
penduduk. Tekanan kepada sumber alam seperti tanah banyak berlaku di kawasan penduduk
padat seperti Lembah Klang. Tanah akan dibangunkan untuk aktiviti pembinaan rumah,
premis perniagaan dan juga perindustrian. Sumber tanah juga akan mengalami persaingan
guna tanah di kawasan penduduk padat. Berbeza di kawasan penduduk jarang pembaziran
sumber alam seperti tanah berlaku.

Di samping itu,kesan ketakseimbanagn taburan penduduk menyebabkan pencemaran alam


berlaku. Aktiviti manusia seperti pertanian, perikanan, pelancongan dan perindustrian
menyebabkan pencemaran alam berlaku. Aktiviti manusia ini giat dijalankan di kawasan
penduduk padat. Oleh itu , kadar pencemaran alam tinggi berlaku. Sumber alam seperti air,
udara dan tanah boleh berlaku. Kawasan yang berpenduduk jarang pula, pencemaran
terhadap sumber alam adalah sangat rendah.

Selain dari itu, kesan ketakseimbangan taburan penduudk akan menyebabkan


kemerosotan dan kepupusan sumber alam. Taburan penduduk padat berlaku di kawasan
aktiviti perlombongan dan pertanian dijalankan. Oleh itu penduduk yang ramai akan
menyebabkan sumber hutan ,air dan mineral terpupusan atau merosot dari segi kuantiti
dan kualiti. Kawasan jarang penduduk biasanya kurang tumpuan aktiviti manusia dan
tidak menyebabkan kemerosotan dan kepupusan sumber alam.

Terdapat kesan ketakseimbangan taburan penduduk yang ketara terhadap sumber alam dan
juga sosisoekonomi. Taburan penduduk yang tidak seimbang menyebabkan ketakseimbangan
kemajuan kawasan, ketakseimbangan darjah ketakseimbangan pengangkutan dan
telekomunikasi dan ketakseimbangan saiz dan kuasa beli pasaran antara kawasan. Tambahan
lagi kesan ketakseimbangan taburan penduduk terhadap sumber alam ialah tekanan pada
sumber, pencemaran alam berlaku dan kepupusan dan kemorosotan sumber alam.

17. (a) Jelaskan enam sebab berlakunya penurunan kadar pertumbuhan penduduk di negara-
negara Asia Tenggara pada masa kini. [12]

45
Rangka Jawapan

a1 Kos hidup tinggi


a2 Usia perkahwinan
a3 Taraf pendidikan
a4 Status wanita
a5 Taraf kesihatan
a6 Dasar kerajaan

Cadangan Jawapan

Perbelanjaan harian yang perlu ditanggung oleh ketua keluarga untuk menampung keperluan
anak-anak tinggi kerana harga barang, pendidikan, kesihatan dan sewa rumah yang mahal
menyebabkan penduduk menghadkan bilangan kelahiran.
Trend wanita masa kini yang berkahwin pada usia yng lewat menyebabkan mereka berada
dalam tempoh kesuburan yang singkat sepanjang perkahwinan menyebabkan maka kelahiran
berkurang.

Kebanyakan penduduk Asia Tenggara melalui asas pendidikan menyebabkan mereka lebih
sedar keperluan untuk merancang keluarga dan lebih memahami kaedah perancang keluarga.
Hasilnya amalan perangan keluarga berjaya mengurangkan kadar kelahiran.

Wanita moden masa kini berpendidikan tinggi dan berkerjaya menyebabkan mereka
mementingkan kerjaya. Dengan ini bilangan kelahiran perlu dikurangkan kerana kekurangan
masa untuk diluangkan bersama keluarga di samping kos yang tinggi pada masa kini untuk
menghantar anak ke pusat asuhan.

Teknologi perubatan yang canggih pada masa kini menyebabkan penduduk mempunyai
pelbagai pilihan untuk mengelakkan kehamilan seperti penggunaan pil perancang keluarga,
implan, suntikan hormon, kondom dan IUCD.

Kerajaan mengehadkan bilangan anak yang boleh dimiliki oleh sesbuah keluarga seperti
Singapura menyebabkan rakyat terpaksa memiliki bilangan anak yang sedikit.

(b) Bincangkan enam kesan pertumbuhan penduduk terhadap sumber alam. [13]
Rangka Jawapan

46
b1 Pembangunan sumber alam
b2 Kemerosotan kesuburan tanah
b3 Tekanan terhadap sumber
b4 Kepupusan sumber
b5 Pencemaran sumber air
b6 Bekalan sumber makanan berkurangan
bx – kesimpulan

Cadangan Jawapan

Penduduk yang semakin ramai menyediakan banyak tenaga buruh untuk memajukan sumber
alam terutamanya sumber tanih untuk dijadikan kawasan pertanian, petempatan dan kawasan
peridustrian. Pembaziran sumber dapat dikurangkan.

Pertumbuhan penduduk yang pesat menyebabkan aktiviti pertanian dijalankan secara giat
bagi memenuhi keperluan sumber makanan yang semakin meningkat. Ini menyebabkan
tanah diguna secara optimum dan penggunaan baja kimia secara intensif. Kesannya tanah
akan mengalami kemerosotan kesuburan dan kerosakan dari segi imbangan nutrien.

Penduduk yang ramai dan bertumpu di sesuatu kawasan sahaja seperti di kawasan bandar
akan menyebabkan persaingan guna tanah untuk aktiviti perindustrian,petempatan dan
perniagaan menyebabkan harga tanah melambung tinggi.

Penyahutanan yang dilakukan untuk pembangunan petempatan dan pembukaan bandar-


bandar baru menyebabkan spesies flora dan fauna diancm kepupusan kerana fauna
kehilangan habitat. Contohnya tapir, badak sumatera, tenggiling.

Hakisan dan aliran lumpur mengalir ke dalam sistem saliran menyebabkan sungai menjadi
keruh. Manakala pembuangan sisa kumbahan oleh setinggan yang tinggal berhampiran
dengan sungai menyebabkan air sungai tercemar.

Keluasan tanah pertanian menjadi semakin sempit kerana tanah pertanian ditebusguna untuk
membina petempatan, kilang dan premis perniagaan menyebabkan pengeluaran sumber
makanan berkurang. Akibatnya harga bahan makanan menjadi mahal.

18 (a) Sejauh manakah kemajuan teknologi perubatan dan kesihatan mempengaruhi kadar

47
pertumbuhan penduduk sesebuah negara? [13]

Rangka Jawapan

Faktor kemajuan teknologi perubatan dan kesihatan


F1 Kemudahan fizikal seperti hospital dan klinik
 meningkatkan kemudahsampaian pesakit untuk mendapatkan rawatan
 prasarana kesihatan yang baik seperti hospital dan klinik – kadar kematian berkurang
F2 Ubat-ubatan
 penemuan ubat-ubatan dan penyediaan ubat-ubatan percuma kepada pendududk
dapat mengurangkan kadar kematian dan meningkatkan kadar kelahiran.
 Penemuan ubatan kuining pada 1970-an berjaya menyelamatkan berjuta-juta
penduduk Asia dari penyakit malaria.
F3 Teknologi dan Peralatan
 Peralatan canggih seperti MRI dan CT Scan- kadar kamatian berkurangan
F4 Kajian Perubatan
 Penemuan teknik-teknik baru memberikan pilihan dan alternative kepada pesakit.
 Peluang mendapat rawatan pakar- kadar kematian berkurangan
F5 Kawalan Penyakit
 Kawalan vector, program imunisasi dan kawalan wabak penyakit berjangkit-
kesihatan meningkat dan kadar kematian menurun.

Faktor Lain
F6 Amalan perancangan keluarga
 Kempen mengurang atau mencegah kelahiran seperti pil perancang keluarga,
kondom, teknik AUD
 Kadar kelahiran akan dikurangkan
F7 Dasar Kerajaan
 Dasar kependudukan 70 juta penduduk menjelang tahun 2100
 Insentif rebet cukai pendapatan kepada anak-anak dan ibu bapa
 Cuti bersalin yang lebih panjang (90 hari untuk ibu dan 7 hari untuk bapa)
 Rawatan ibu mengandung dan kemudahan bersalin percuma
F8 Umur Berkahwin Kaum Wanita
 Wanita berpendidikan tinggi, kahwin lewat, kadar kesuburan berkurangan… kadar
pertumbuhan penduduk menurun

F9 Peluang pekerjaan yang mudah, banyak dan meluas


 Meningkatkan taraf hidup penduduk dan penduduk berkemampuan untuk
mendapatkan rawatan yang terbaik.
 Menjadi tarikan kepada kedatangan migran dan meningkatkan pertumbuhan
penduduk
F10 Bencana Alam/Peperangan
 Tsunam dapat i, banjir besar, gempa bumi, letusan gunung berapi.. nyawa terkorban..
kadar pertumbuhan penduduk merosot
 Peperangan seperti perang dunia pertama, perang dunia kedua, perang Iraq….
Kematian, kadar pertumbuhan penduduk merosot
Kesimpulan: penegasan : 1

48
Cadangan Jawapan

Kemajuan teknologi perubatan dan kesihatan dari segi kemudahan fizikal seperti
hospital dan klinik memang mempengaruhi kadar pertumbuhan penduduk sesebuah negara.
Hal ini disebabkan prasarana kesihatan yang baik seperti hospital dan klinik yang mencukupi
serta sistem perubatan yang cekap dapat membantu mengurangkan kadar kematian.

Kemajuan teknologi dan kesihatan dari segi ubat-ubatan juga mempengruhi kadar
pertumbuhan penduduk iaitu penemuan ubat-ubatan dan penyediaan ubat-ubatan percuma
kepada penduduk dapat mengurangkan kadar kematian dan meningkatkan kadar kelahiran.
Misalnya penemuan ubatan kuining pada 1970-an berjaya menyelamatkan berjuta-juta
penduduk Asia dari penyakit malaria.

Teknologi dan peralatan juga mempengaruhi kadar pertumbuhan penduduk iaitu


peralatan canggih seperti MRI dan CT Scan dapat mengesan penyakit manusia dengan lebih
berkesan dan dapat merawat seterusnya mengurangkan kadar kamatian.

Selain itu, kajian perubatan juga boleh mempengaruhi kadar pertumbuhan penduduk
kerana penemuan teknik-teknik baru memberikan pilihan dan alternatif kepada pesakit.
Pesakit mempunyai peluang mendapat rawatan pakar. Oleh itu kadar kematian berkurangan

Seterusnya ialah kawalan penyakit juga mampu mempengaruhi kadar pertumbuhan


penduduk. Misalnya kawalan vektor, program imunisasi dan kawalan wabak penyakit
berjangkit dapat meningkatkan penjagaan kesihatan meningkat dan mengurangkan kadar
kematian.

Walau bagaimanapun, kadar pertumbuhan penduduk juga dipengaruhi oleh faktor


amalan perancangan keluarga. Amalan perancangan keluarga ialah kempen mengurang atau
mencegah kelahiran seperti pil perancang keluarga, kondom, teknik AUD. Oleh itu kadar
kelahiran akan menurun.

Kesimpulannya, kadar pertumbuhan penduduk memang banyak dipengaruhi oleh


faktor kemajuan teknologi perubatan dan kesihatan berbanding faktor-faktor lain.

49
18 (b) Jelaskan enam kesan pertumbuhan penduduk yang pesat terhadap sosioekonomi
sesebuah negara.
[12]
Rangka Jawapan

Kesan Positf
F1 Sumber tenaga buruh
 Asset dalam pembangunan ekonomi negara
 Sektor perindustrian, pembinaan, pertanian, perlombongan dan dll
F2 Meluaskan Pasaran Domestik
 Pasaran domestik meningkat
 China.. jumlah penduduk 1.3 bilion, kuasa pasaran yang paling besar di rantau Asia
Pasifik. Meningkatkan dominasi ekonomi rantau Asia pada abad ke -21
F3 Mengoptimumkan Penerokaan Sumber Alam
 Berupaya untuk diterokai dengan sepenuhnya terutama negara yang kurang penduduk.
 Ekonomi dapat ditingkatkan kerana sumber alam dapat diterokai .
F4 Menguatkan pertahanan negara
 Penduduk ramai dapat diserap ke unit angkatan tentera bagi menguatkan pertahanan
negara
 Indonesia, penduduk 250 juta orang – jumlah angkatan tentera terkuat dalam kalangan
negara membangun di rantau ASEAN

Kesan Negatif
F5 Pengangguran dalam kalangan penduduk meningkat
 Jumlah penduduk terlalu ramai akan meningkatkan persaingan dalam kalangan
penduduk utk dapat peluang pekerjaan
F6 Pendapatan penduduk rendah
 Jumlah penduduk ramai menyebabkan berlakunya persaingan dalam mendapatkan
pekerjaan yang terhad
 Persaingan tersebut menyebabkan terdapat individu yang sanggup menerima upah
yang rendah
F7 Kemiskinan & Kemunduran
 Persaingan bagi mendapatkan pekerjaan yang terhad
 Mewujudkan masalah pengangguran dan kemiskinan yang tinggi
F8 Masalah Setinggan
 Kesesakan dan masalah setinggan di bandar-bandar besar seperti Manila & Jakarta
F9 Kesihatan Terjejas
 Pertambahan sampah sarap dan persekitaran yang kotor
 Penyakit seperti denggi dan taun
F10 Jenayah
 Pertambahan kadar kemiskinan dan pengannguran di bandar-bandar mengakibatkan
peningkatan kadar jenayah seperti ragut, samun, pelacuran
Cadangan Jawapan

Pertumbuhan penduduk yang pesat boleh membawa kesan positif atau negatif

50
terhadap sesebuah negara. Antaranya ialah sumber tenaga buruh, meluaskan pasaran
domestik, mengoptimumkan penerokaan sumber alam, menguatkan pertahanan negara,
masalah setinggan dan kemiskinan serta kemunduran.

Antara kesan positif pertumbuhan penduduk yang pesat terhadap sesebuah negara
ialah sumber tenaga buruh. Penduduk ialah aset dalam pembangunan negara. Oleh itu,
penduduk yang banyak dapat dijadikan sumber tenaga buruh dalam sektor perindustrian,
pembinaan, pertanian, perlombongan dan sebagainya.

Selain itu, pertumbuhan penduduk yang pesat juga dapat meluaskan pasaran
domestik. Mislanya negara China mempunyai jumlah penduduk 1.3 bilion mempunyai kuasa
pasaran yang paling besar di rantau Asia Pasifik. Dijangka dapat meningkatkan dominasi
ekonomi rantau Asia pada abad ke-21.

Pertumbuha penduduk yang pesat juga dapat mengoptimumkan penerokaan sumber


alam. Pertumbuhan penduduk yang pesat berupaya menerokai sumber alam sepenuhnya
terutama negara yang kurang penduduk . Oleh itu, ekonomi dapat ditingkatkan kerana sumber
alam dapat diterokai sepenuhnya.

Seterusnya, pertumbuhan penduduk yang pesat juga dapat menguatkan pertahanan


negara. Penduduk ramai dapat diserap ke unit angkatan tentera bagi menguatkan pertahanan
negara. Contohnya Indonesia, penduduk 250 juta orang mempunyai jumlah angkatan
tentera terkuat dalam kalangan negara membangun di rantau ASEAN.

Namun begitu, pertumbuhan penduduk yang pesat juga membawa kesan negatif seperti
masalah setinggan. Misalnya kesesakan dan masalah setinggan di bandar-bandar besar
seperti Manila & Jakarta disebabkan pertumbuhan penduduk yang pesat di kawasan
berkenaan.
Pertumbuhan penduduk yang pesat di sesebuah negara juga membawa kesan kemiskinan
dan kemunduran kerana persaingan bagi mendapatkan pekerjaan yang terhad. Oleh itu,
masalah pengangguran dan kemiskinan akan tinggi di negara berkenaan.

19 (a) Sejauhmanakah dasar kerajaan mempengaruhi pertumbuhan penduduk di negara


sedang membangun? [13]

51
Rangka Jawapan
Dasar Kerajaan
i. dasar menggalakkan kelahiran
ii. dasar mengurangkan kelahiran
Faktor Lain

iii. kegagalan perancangan keluarga


iv. amalan/budaya kahwin awal/usia muda
v. keperluan tenaga buruh/tenaga manusia
vi. peningkatan kualiti hidup
vii. kestabilan politik
viii. migrasi antarabangsa
ax Kesimpulan

Cadangan Jawapan

Ai - Dasar kerajaan menggalakkan kelahiran --pemberian cuti bersalin bergaji penuh


3 bulan contohnya Malaysia ( 70 juta penduduk)- rebat cukai pendapatan bagi setiap
kelahiran – contohnya negara Singapura – Menyediakan kemudahan kesihatan moden
secara percuma dan doctor, kakitangan perubatan terlatih disamping ubat dan teknologi
perubatan moden.

Aii- Dasar mengurangkan kelahiran. Seperti dasar saiz keluarga kecil ( 1keluarga=1
anak)seperti diamalkan negara China.Mengenakan tambahan cukai pendapatan setiap
kelahiran/ denda/ menarik balik kemudahan bagi kelahiran melebihi had .

Selain faktor dasar kerajaan terdapat faktor-faktor lain

Aiii- Kegagalan/ kurang berkesan perancangan keluarga. Disebabkan taraf


pendidikan rendah- halangan agama,adat dan status quo.Kos tinggi seperti kos
pengguguran, ikatan Rahim, teknik IUD menyebabkan gagal untuk menjarakkan
kelahiran.

Aiv- Amalan/budaya kahwin awal/usia muda- meningkatkan kadar fertiliti -tahap


kesuburan wanita 15 – 45 tahun. Kecenderungan untuk kelahiran bertambah sebelum
tamat kesuburan. Contoh amalan kahwin awal di India.

52
Av- Keperluan tenaga buruh/tenaga manusia-- Di sesetengah negara seperti India,
Indonesia tenaga buruh untuk sektor pertanian datangnya dari ahli keluarga. Penduduk
ramai kos buruh rendah.

Avi- Peningkatan kualiti hidup-Pendapatan perkapita tinggi mampu memiliki dan


menyara keluarga ramai. Amalan pemakanan berzat seimbang/ berkhasiat dan
penjagaan kesihatan yang baik meningkatkan jangka hayat penduduk- kurang kematian -
Pertambahan sumber makanan meningkatkan kualiti hidup .

avii- Kestabilan politik- - Politik stabil- dasar kependudukan dapat dilaksana dengan
berkesan -ekonomi stabil – dapat memenuhi keperluan penduduk.

Aviii- Migrasi antarabangsa- - Migrasi masuk menyebabkan penduduk bertambah.-


didorong oleh tarikan peluang pekerjaan, nilai mata wang dan dasar kerajaan- migrasi
keluar menyebabkan penduduk berkurang
Penegasan

b) Jelaskan enam kesan pertumbuhan penduduk yang pesat terhadap sosioekonomi di


negara- negara Asia Tenggara. [12]

Rangka Jawapan

i. Menjamin bekalan tenaga buruh yang mencukupi


ii. Pasaran menjadi luas akibat pertambahan penduduk
iii. Golongan muda yang ramai, pelapis dan aset tenaga kerja pada masa hadapan
iv. Mengoptimumkan penerokaan sumber alam
v. Menjamin keselamatan negara – anggota keselamatan / polis/tentera
vi. kadar pengangguran tinggi, peluang pekerjaan terhad
vii. Kadar kemiskinan
viii. Kekurangan kemudahan asas
ix. Masalah sosial- kes jenayah dan moral
x. Kualiti hidup yang rendah seperti gelandangan
xi. Persaingan gunatanah / ruang
xii. Masalah rumah setinggan
xiii. Fenomena pencemaran alam/air/udara/bau/
( Kesan positif+kesan negatif)

Cadangan Jawapan

53
Kesan positif :
i. Menjamin bekalan tenaga buruh yang mencukupi. Penduduk merupakan asset yang
amat diperlukan dalam menjana pembangunan negara.Pertambahan penduduk yang pesat
berupaya menyediakan bekalan tenaga buruh yang mencukupi untuk menampung
keperluan.Bekalan buruh sangat diperlukan terutama dalam sektor pertanian, perindustrian,
pembinaan dan perkhidmatan.

ii- Meluaskan pasaran domestik – pertambahan penduduk menyebabkan permintaan


barangan keperluan penduduk.- meningkatkan saiz pasaran dan kuasa beli.Contoh Negara
China mempunyai penduduk 1.3 billion merupakan kuasa pasaran yang paling besar di rantau
Asia Pasifik.

iii. Golongan muda yang ramai, pelapis dan aset tenaga kerja pada masa hadapan.
Kumpulan muda produktif . Golongan brerpendidikan dan mempunyai kemahiran mampu
menjana pertumbuhan ekonomi negara. Golongan professional diperlukan negara.

iv. Mengoptimumkan penerokaan sumber alam- pertumbuhan penduduk di negara


kurangan penduduk akan memberi kesan positif kepada sumbr alam. Sumber yang ada
berupaya diterokai dengan sepenuhnya disebabkab penduduk ramai dan tenaga buruh
tempatan bertambah. Tenaga buruh yang ramai diperlukan untuk pembangunan sumber
seperti mineral, tanah, hutan dan perikanan.

v. Menjamin keselamatan negara – anggota keselamatan / polis/tentera- penduduk yang


ramai dapat diserap ke unit angkatan tentera bagi menguatkan pertahanan Negara, Contoh
Indonesia yang berpenduduk 250 jutaorang mempunyai jumlah tentera yang terkuat dalam
kalangan negara-negara membangun di rantau ASEAN.

Kesan negatif :
vi. Kadar pengangguran tinggi, peluang pekerjaan terhad- pertumbuhan penduduk yang
pesat akan meningkatkan persaingan , meningkatkan kadar pengangguran dalam kalangan
penduduk sesebuah negara. Keadaan ini bertambah hebat jika tiada peluang pekerjaan yang
mencukupi dalam kalangan masyarakat. Kadar kelahiran yang tinggi menyebabkan bilangan
penduduk meningkat dalam sesebuah Negara. Apabila bilangan penduduk banyak, peluang
pekerjaan akan berkurangan.
54
vii. Kadar kemiskinan dan kemunduran meningkat. Pertumbuhan penduduk yang tidak
selaras dengan pertumbuhan ekonomi mengakibatkan persaingan mendapatkan pekerjaan
yang terhad. Keadaan ini mewujudkan masalah pengangguran dan kemiskinan tinggi.

viii. Kekurangan kemudahan asas- Pertumbuhan penduduk yang pesat juga akan
menyebabkan kemudahan infrastuktur terhad. Peningkatan bilangan penduduk hasil daripada
kadar kelahiran yang meningkat dan kadar kematian yang berkurangan menyebabkan
peruntukan pihak berwajib untuk menyediakan kemudahan infrastuktur semakin meningkat
dan akhirnya tidak dapat disediakan secukupnya.

ix. Masalah sosial- Pertumbuhan penduduk yang pesat akan menyebabkan masalah gejala
sosial seperti keruntuhan moral dalam kalangan penduduk. Kadar kelahiran meningkat
menghasilkan bilangan yang banyak menyebabkan kemiskinan meningkat, desakan hidup
menyebabkan kadar jenayah dan rompakan semakin meningkat dalam kalangan masyarakat.

x. Kualiti hidup yang rendah seperti gelandangan –taraf pendidikan rendah,sukar


mendapatkan pekerjaan, kos hidup yang tinggi , pendapatan rena
dah, kuasa beli terhad- di belenggu kemiskinan tidak mampu memiliki rumah.

xi. Persaingan guna tanah/ ruang- pertambahan penduduk berlakunya persaingan


gunatanah untuk pelbagai –petempatan, pembinaan industri, pertanian dan jaringan
perhubungan. Harga tanah menjadi semakin mahal dan keluasan tanah semakin terhad. Kos
tanah menjadi tinggi terutamanya di bandar.

xii. Masalah rumah setinggan.-perumahan menjadi isu besar, pertambahan penduduk


meningkatkan permintaan terhadap perumahan. Harga rumah tinggi disebabkan persaingan
gunatanah. Bagi penghijrah yang tiada kelulusan tinggi mereka tidak mampu membeli dan
menyewa menyebabkan wujud petempatan haram di bina di tanah rezab kerajaan terutama di
bandar.

xiii. Fenomena pencemaran alam/air/udara/bau- pertambahan penduduk menyebab


pertambahan bilangan industri dan kenderaan. Pembuangan sisa industri, pelepasan gas
rumah hijau mencemarkan alam.
55
20 (a) Berdasarkan rajah di atas, jelaskan konsep Model Peralihan Demografi [3]

Cadangan Jawapan

1a Berdasarkan rajah di atas, jelaskan konsep dan ciri Model Peralihan Demografi [3]
satu bentuk graf garis/ yang menggambarkan transisi/perubahan kependudukan/ yang
dialami oleh sesebuah negara. Model ini menggambarkan sejarah kependudukan yang telah,
sedang dan akan/ dialami oleh sesebuah negara. Terdiri daripada komponen demografi iaitu
kadar kelahiran, kadar kematian dan pertumbuhan penduduk./ Terdapat 3 tahap iaitu Tahap
I, Tahap II dan Tahap III/.

b. Huraikan peringkat-peringkat yang terdapat dalam Model Peralihan Demografi [10]

Fakta Huraian

56
Tahap I – masyarakat pertanian
Peringkat I Negara Mundur – contoh negara
Kadar kelahiran dan Kadar kematian – tinggi
Kadar pertumbuhan penduduk – rendah

Kadar kelahiran tinggi kerana ketiadaan program perancangan keluarga

Kadar kematian tinggi – taraf kesihatan yang rendah, ancaman wabak


penyakit, kebuluran, peperangan.

Tahap 2 Tahap II – masyarakat peralihan


Negara Membangun– contoh negara

Kadar kelahiran – masih tinggi


Kadar kematian – menurun dengan cepat
Kadar pertumbuhan penduduk – menurun

Kadar kelahiran tinggi kerana ketiadaan program perancangan keluarga


dan keperluan tenaga manusia masih tinggi

Kadar kematian menurun – taraf kesihatan yang semakin meningkat


menyebabkan penurunan pertumbuhan penduduk kerana amalan
perancangan keluarga mula berkesan

Tahap 3 Tahap III – masyarakat perindustrian


Negara Maju – contoh negara

Kadar kelahiran dan Kadar kematian – rendah


Kadar pertumbuhan penduduk – rendah atau 0

Kadar kelahiran dan Kadar kematian rendah – kejayaan program


keluarga dan peningkatan kemudahan kesihatan

Cadangan Jawapan

Terdapat 3 peringkat dalam Model Peralihan Demografi iaitu peringkat I atau tahap I
mewakili masyarakat pertanian merujuk kepada Negara Mundur contohnya Negara
Nigeria.Kadar kelahiran dan Kadar kematian adalah tinggi dengan kadar pertumbuhan
penduduknya yang rendah. Kadar kelahiran tinggi kerana ketiadaan program perancangan
keluarga serta berlakunya perkahwinan pada usia muda dengan kadar kesuburan yang tinggi.
Manakala kadar kematian tinggi kerana taraf kesihatan yang rendah, ancaman wabak
penyakit berjangkit, kebuluran dalam kalangan golongan kanak-kanak serta peperangan.

Peringkat II atau tahap II mewakili masyarakat masyarakat peralihan (pertanian kepada

57
perindustrian). Kebanyakan terdapat Negara Membangun ,contohnya negara Indonesia, India.
Kadar kelahiran pada peringkat ini masih tinggi tetapi Kadar kematian menunjukkan
penurunan dengan cepat. Begitu juga kadar pertumbuhan penduduk adalah menurun. Kadar
kelahiran tinggi kerana ketiadaan program perancangan keluarga dan keperluan tenaga
manusia masih tinggi dalam sektor-sektor ekonomi tertentu seperti perindustrian. Kadar
kematian menurun kerana taraf kesihatan yang semakin meningkat kerana peningkatan
kemudahan perubatan menyebabkan penurunan pertumbuhan penduduk kerana amalan
perancangan keluarga mula berkesan.

Peringkat III atau tahap III mewakili masyarakat perindustrian atau maju, contohnya negara
Singapura.Kadar kelahiran dan Kadar kematian adalah rendah.Kadar pertumbuhan penduduk
adalah rendah atau sifar.Kadar kelahiran dan Kadar kematian rendah disebabkan oleh
kejayaan program perancangan keluarga dan peningkatan kemudahan kesihatan

(c) Jelaskan faktor yang mempengaruhi proses penuaan penduduk di Malaysia. [12]

Rangka Jawapan

c1 - kemajuan dalam bidang perubatan moden - mengawal penyakit golongan tua /penurunan
kadar kematian disebabkan oleh kemajuan yang dicapai
c2 - Keberkesanan kawalan penyakit /penguatkuasaan undang-undang - seperti penyakit
denggi, malaria, SARS, selsema burung dll yang boleh membawa maut.
c3 - Amalan Pemakanan berzat dan seimbang – termasuk makanan tambahan (suplimen)
c4 - Kesedaran penjagaan kesihatan – gaya hidup sihat.
c5 - Peningkatan kualiti hidup - memanjangkan jangka hayat penduduk.
c6 - Taraf pendidikan yang tinggi – mudah menerima /sikap terbukaan.
c7 - Taraf kesihatan yang tinggi – sukar mendapat penyakit berjangkit.

Rangka Jawapan

Kemajuan dalam bidang perubatan moden. Penemuan ubat-ubatan baru dan teknik
rawatan telah berjaya mengawal penyakit dalam kalangan golongan tua. Ini akan
menyebabkan penurunan kadar kematian disebabkan oleh kemajuan yang dicapai.

Keberkesanan kawalan penyakit /penguatkuasaan undang-undang. Pihak kerajan melalui


kementerian kesihatan telah menetapkan kawalan kepada penyakit berjangkit seperti penyakit
denggi,malaria, SARS, selsema burung dan lain-lain yang boleh membawa maut.

58
Amalan Pemakanan berzat dan seimbang. Kebanyakan rakyat Malaysia telah menitikberat
cara pemakanan seimbang seperti terdapat dalam piramid makanan, termasuk makanan
tambahan (suplimen) bagi mengekalkan kesihatan.
Kesedaran penjagaan kesihatan. Kempen telah dipergiatkan melalui pelbagai saluran
media untuk menyedarkan masyarakat pentingnya penjagaan kesihatan dengan mengamalkan
gaya hidup sihat seperti berjogging.

Peningkatan kualiti hidup dengan mempunyai pendapatan perkapita tinggi atau sumber
ekonomi yang mampu meningkat taraf hidup sekaligus akan memanjangkan jangka hayat
penduduk.

Taraf pendidikan yang tinggi. Masyarakat yang berpengetahuan akan lebih mudah
menerima /sikap terbukaan terhadap sesuatu pembaharuan.

Taraf kesihatan yang tinggi . Kepentingan penjagaan kesihatan serta peningkatan taraf
kemudahan kesihatan akan mengurangkan untuk mendapat penyakit berjangkit.

21. (a) Huraikan enam faktor yang mempengaruhi migrasi antarabangsa di Malaysia. (12)

Cadangan Jawapan

Faktor pertama ialah faktor ekonomi. Peluang pekerjaan yang banyak di negara Malaysia dalam
pelbagai sektor seperti pernigaan, pertanian, pembinaan dan lain-lain lagi menggalakkan migrasi
antarabangsa. Ditambah pula dengan upah yang tinggi yang ditawarkan di Malaysia berbanding
negara migran. Ini kerana nilai mata wang Malaysia yang lebih tinggi berbanding negara jiran seperti
Indonesia, Thailand, Bangladesh. Seterusnya faktor social. Kemudahan sosial yang lengkap seperti
perubatan, pendidikan , hiburan mempengaruhi kemasukan pendatang asing untuk mendapat rawatan
perubatan lebih baik serta menikmati kualiti hidup yang lebih baik. Seterusnya faktor budaya.
Kesamaan budaya yang telah wujud begitu lama antara Malaysia dengan negara jiran menggalakkan
lagi kemasukan migran dari negara jiran ke negara kita sebagai contoh daripada perkahwinan,
keturunan dan persaudaraan dan adat resam yang hampir sama. Selain itu, darjah ketersampaian yan
tinggi kerana negara Malaysia yang berhampiran/bersempadan dengan negara jiran memudahkan
migrasi antarabangsa berlaku. Seterusnya, faktor bencana alam. Negara Malaysia yang bebas daripada
bencana alam. Akhir sekali kestabilan politik di negara ini yang stabil berbanding negara jiran
menyebabkan berlaku migrasi antarabangsa kerana dapat menjamin kehidupan yang lebih stabil.

59
(b) Bincangkan enam kesan kemasukan migran antarabangsa terhadap negara destinasi.
(13)

Cadangan Jawapan

Kesan pertama ialah masalah sosial. Kemasukan pendatang asing dilihat akan membawa pelbagai
masalah sosial antaranya kegiatan jenayah seperti pengedaran dadah, rompakan, meragut, mencuri,
budaya liar, bergaduh, keldai dadah dan sebagainya. Akibat kurang pengawasan sosial juga
menyebabkan penduduk tempatan berkahwin secara tidak sah dengan warga asing. Ini juga banyak
mendatangkan masalah sosial di negara kita. Selain itu, berlaku persaingan peluang pekerjaan.
Kebanjiran pendatang asing menyebabkan berlaku persaingan dalam mendapatkan peluang pekerjaan
antara penduduk tempatan dan pendatang asing dalam sektor pernigaan, pertanian, pembinaan dan
perkhidmatan. Kesan lain ialah pengaliran keluar wang. Warga asing menghantar wang ke negara asal
menyebabkan wang tidak berkitar dalam negara. Ini akan merugikan negara. Seterusnya masalah
setinggan dan kemiskinan bandar. Warga asing sering mendirikan rumah haram/setinggan/kongsi di
tanah rizab kerajaan. Hal ini akan menyebabkan pencemaran air, udara dan bau. Kesan lain ialah
banyak penyakit berjangkit. Kemasukan warga asing menyebabkan berlakunya rebakan penyakit
seperti TB, AIDS, SARS. Terdapat juga kesan yang positif iaitu berlaku pembangunan ekonomi
Sektor pembinaan boleh berkembang dengan pesat. Akhir sekali berlaku perluasan pasaran Saiz
pasaran bertambah daripada migran antarabangsa. Ini menambahkan kuasa beli domestic.

22. (a) Bincangkan bagaimana komponen alam sekitar fizikal memainkan peranan yang
penting dalam aktiviti manusia. [13]

Rangka Jawapan

Isi Proses Kesan


i. Atmosfera - Bahangan matahari + - Meningkatkan
Pengeringan produk IKS pengeluaran IKS
ii. Hidrosfera - Sungai + tasik (menjadi - Meningkatkan
habitat/sumber makanan pengeluaran aktiviti
kepada hidupan akuatik) perikanan
iii. Biosfera - Fotosintesis - Menggalakkan
menggalakkan aktiviti perhutanan
pertumbuhan pokok
iv. Litosfera - Proses lipatan + gelinciran - Meningkatkan
mendedahkan sumber pengeluaran
mineral) perlombongan

60
- Sungai + hakisan - Air terjun untuk
aktiviti pelancongan

Cadangan Jawapan

Atmosfera membekalkan bahangan matahari. Bahangan matahari yang kuat akan


membolehkan aktiviti pengeringan produk IKS seperti menjemur ikan kering, batik dan
sebagainya. Hal ini secara tidak langsung akan meningkatkan pengeluaran produk IKS.

Hidrosfera seperti sungai dan tasik merupakan habitat atau sumber makanan kepada
hidupan akuatik. Jika sungai atau tasik mempunyai banyak makanan akan menjadi tarikan
kepada hidupan akuatik seperti ikan. Keadaan ini akan meningkatkan pengeluaran aktiviti
perikanan di kawasan tersebut.

Biosfera menggalakkan pertumbuhan pokok yang menjalankan aktiviti fotosintesis


berlaku. Kepelbagai tumbuhan pula akan meningkatkan aktiviti perhutanan di sesuatu
kawasan seperti aktiviti pembalakan, makanan, hasil hutan, perubatan, pelancongan,
penyelidikan dan pemburuan.

Litosfera melibatkan proses lipatan dan gelinciran. Hal ini akan mendedahkan
sumber mineral yang terdapat di kawasan tersebut. Sumber mineral yang banyak akan
meningkatkan pengeluaran aktiviti perlombongan.

(b) Cadangkan enam langkah-langkah untuk mengawal pencemaran alam sekitar akibat
daripada eksploitasi sumber alam di Malaysia. [12]

Rangka Jawapan

i. Meningkatkan penguatkuasaan undangan-undang– denda dan hukuman


ii. Memperkasakan pelaksanaan Akta Alam Sekitar 1984 – tindakan bagi pihak yang
melanggar peraturan
iii. Mempertingkatkan usaha pemuliharaan sumber yang telah rosak – merawat air
yang tercemar
iv. Mempertingkatkan R&D dan teknologi mesra alam – penggunaan sumber gentian
v. Mempertingkatkan kempen kesedaran alam sekitar – kempen Cintailah Sungai
Kita
vi. Memperluaskan pendidikan alam sekitar an – sekolah, universiti dan masyarakat

61
Cadangan Jawapan

Meningkatkan penguatkuasaan undang-undang. Pihak berkuasa perlu mengambil


tindakan undang-undang seperti denda dan hukuman kepada pihak yang tidak mematuhi
undang-undang misalnya tindakan kepada kilang-kilang yang tidak mematuhi syarat-syarat
yang telah ditetapkan.

Memperkasakan pelaksanaan akta seperti Akta Alam Sekitar 1974 yang akan
mengambil tindakan bagi pihak yang melanggar atau mematuhi syarat-syarat pembinaan atau
pelaksanaan di kawasan yang mempunyai sumber alam.

Mempertingkatkan usaha pemuliharaan sumber yang telah rosak. atau pupus.


Contohnya merawat air yang tercemar, menyediakan sistem pemerangkap sampah yang
berkesan untuk membersihkan sungai dari pencemaran..

Mempertingkatkan R&D dan teknologi mesra alam. Penggunaan sumber tenaga


alternatif kitar semula dan bahan pengganti dan lain-lain lagi yang boleh mengurangkan
risiko pencemaran alam.

Meningkatkan kempen kesedaran alam sekitar. Tujuannya untuk menyedarkan


masyarakat tentang pentingnya mengawal pencemaran. Kempen dilaksanakan melalui
pelbagai aktiviti melalaui media massa seperti kempen Cintailah Sungai Kita yang
melibatkan pelbagai aktiviti sosial seperti gotong royong membersihkan sungai.

Pendidikan alam sekitar dan kajian pengurusan risiko alam perlu diperluaskan dari
peringkat sekolah, universiti dan juga masyarakat. Pendidikan bertujuan untuk mendidik
pelajar atau masyarakat tentang kepentingan dan kesan aktiviti manusia terhadap alam sekitar
fizikal.

23. (a) Bincangkan lima faktor yang mempengaruhi daya tampung sumber alam di
Malaysia. [11]

Rangka Jawapan

62
i. Kualiti sumber alam semulajadi
ii. kemajuan teknologi yang lebih moden dan canggih
iii. Tahap pengurusan sumber yang cekap, sistematik dan berhemah
iv. jumlah penduduk
v. Penggunaan sumber tenaga alternatif
vi. Kesimpulannya

Cadangan Jawapan

Kualiti sumber alam semulajadi dapat mempengaruhi daya tampung sumber alam
di Malaysia. Malaysia mempunyai sumber alam yang banyak mampu menampung keperluan
penduduk untuk tempoh yang lama. Umpamanya sumber tanah, sumber hutan dan sumber
mineral yang banyak.
Selain itu, kemajuan teknologi yang lebih moden dan canggih juga dapat
mempengaruhi daya tampung sumber alam. Penggunaan teknologi moden membolehkan
pengeluaran sumber dengan lebih cepat dan banyak. Umpamanya penggunaan jentera
penggerudi berkuasa tinggi dapat menghasilkan pengeluaran yang banyak dan pada masa
yang sama dapat mengurangkan impak terhadap alam sekitar fizikal.
Tahap pengurusan sumber yang cekap, sistematik dan berhemah dalam
pengeluran sumber alam dapat mengurangkan pembaziran sumber dan menjamin daya
tampung sumber yang berterusan. Contohnya aktiviti penebangan pokok dalam mendapatkan
kayu balak boleh disusuli dengan aktiviti penanaman semula hutan untuk menjamin sumber
kayu balak pada masa akan datang.
Di samping itu, jumlah penduduk turut mempengaruhi daya tampung sumber alam
di Malaysia. Jumlah penduduk yang ramai akan menyebabkan daya tampung sumber alam
semakin rendah. Oleh itu, kawalan terhadap pertumbuhan penduduk haruslah dilakukan bagi
memastikan sumber alam dapat menampung keperluan penduduk.
Penggunaan sumber tenaga alternatif seperti tenaga solar, tenaga angin dan tenaga
ombak dalam menggantikan sumber alam yang tidak boleh diperbaharui dapat menjamin
daya tampung sumber alam yang berterusan. Umpamanya penggunaan tenaga solar dalam
kenderaan dapat mengelakkan perlombongan sumber petroleum dalam kuantiti yang banyak.
Kesimpulannya, faktor-faktor yang mempengaruhi daya tampung sumber alam di
Malaysia adalah seperti kualiti sumber alam semula jadi, kemajuan teknologi yang canggih
dan moden, tahap pengurusan sumber yang cekap, sistematik dan berhemah,jumlah penduduk
dan penggunaan sumber tenaga altenatif.

63
(b) Jelaskan usaha-usaha yang dapat dijalankan bagi mengurangkan masalah
kekurangan bekalan sumber alam pada masa kini. [14]

Rangka Jawapan

i. memperkasakan akta
ii. Penguatkuasaan undang-undang
iii. Pemantauan
iv. Pembangunan lestari
v. Pernerokaan sumber secara berhemah
vi. Kempen kesedaran
vii. Amalan kitar semula

Cadangan Jawapan

Kerajaan harus memperkasakan akta bagi mengurangkan masalah kekurangan


bekalan sumber. Akta seperti Akta Perhutanan Negara 1984 diperkasakan untuk mengawal
kegiatan pembalakan secara haram di kawasan hutan simpan.

Penguatkuasaan undang-undang juga haruslah dilaksanakan bagi mengurangkan


masalah kekurangan bekalan sumber alam. Denda, kompaun atau penjara haruslah diberikan
kepada pembalak haram dan pemaju perumahan yang telah melanggar peraturan dalam
menjalankan aktiviti ekonomi. Malah pihak berkuasa haruslah menyita premis dan
membatalkan lesen para pesalah sebagai satu pengajaran kepada mereka.

Pemantauan haruslah dijalankan oleh agensi kerajaan seperti Jabatan Alam Sekitar
dan Jabatan Perhilitan. Umpamanya renjer - renjer hutan haruslah meronda di kawasan hutan
bagi mengelakkan berlakunya pembalakan secara berlebihan atau pembalakan haram.

Pembangunan lestari yang mengambil kira keperluan generasi kini akan datang
haruslah dilaksanakan. Penerokaan sumber alam seharuslah selari dengan usaha
pemeliharaan dan pemuliharaan alam sekitar. Penggunaan baja organik dan kaedah
hidroponik dalam aktiviti pertanian dapat mengelakkan tanah kehilangan kesuburan malah
dapat mengelakkan hakisan tanah.

Pernerokaan sumber secara berhemah penting dalam mengurangkan masalah


kekurangan sumber. Amalan penerokaan sumber alam secara bertanggungjawab dan tidak
64
tamak haruslah diamalkan oleh semua pengusaha. Pengusaha sepatutnya menjalankan
pengeluaran sumber dengan mengambil kira jumlah sumber yang mencukupi untuk
penggunaan dan bukannya meneroka secara berlebihan untuk mengaut keuntungan.

Kempen kesedaran dapat memberikan pendedahan kepada manusia tentang


kepentingan sumber alam dan amalan pemeliharaan serta pemulihaan. Kempen melalui
media massa dan media elektronik serta badan bukan kerajaan dapat meningkatkan kesedaran
penduduk dalam menggunakan sumber alam secara berhemah.

Amalan kitar semula dipercayai dapat mengurangkan masalah kekurangan sumber.


Penggunaan bahan kitar semula seperti suratkhabar, kertas, botol air dan plastik dalam
kalangan masyarakat akan mengurangkan penerokaan sumber yang baru malah dapat
menjaga kelestarian alam sekitar fizikal dan seterusnya menjamin daya tampung sumber alam
secara berterusan.

TRANSFORMASI DESA DAN PEMBANDARAN

24 (a) jelaskan bukti sosioekonomi yang menunjukkan sesebuah desa mengalami


tranformasi.
(12 Markah)
Rangka Jawapan

65
i. Perubahan kemudahan utiliti kepada penduduk.
ii. Kemajuan sistem pengangkutan yang lebih baik kepada penduduk.
iii. Penambahbaikan sistem komunikasi di kawasan desa.
iv. Peluang Pekerjaan semakin bertambah
vi. Taraf kesihatan bertambah baik
v. Pendidikan yang baik.

Cadangan Jawapan

Perubahan kemudahan utiliti kepada penduduk telah mengalami tranformasi yang


pesat seperti kemudahan sistem bekalan air, bekalan air, sistem saliran dan pembuangan sisa
pepejal yang diperlukan dalam sesebuah desa. Ini kerana kemudahan tersebut dianggap
sebagai teras pembangunan sesebuah desa kepada penduduk.

Kemajuan sistem pengangkutan yang lebih baik di desa seperti jaringan jalan raya
merupakan medium yang penting kepada penduduk desa bagi menjadikan kawasan desa maju
seiring dengan kemajuan bandar. Malah darjah ketersampaian tinggi di desa akan membentuk
penduduk desa yang maju.

Penambahbaikan sistem komunikasi di desa telah dibaikpulih sistem telekomunikasi


yang terkini bagi memenuhi keperluan penduduk desa untuk menikmati kemudahan capaian
internet yang lebih cepat. Hal ini memastikan penduduk desa terdedah perkembangan isu
semasa negara.

Peluang pekerjaan di desa semakin bertambah kerana kerajaan menggalakkan petani


dan golongan bidang lain iaitu sektor penternakan dan perindustrian desa seperti industri kraf
tangan bagi meningkatkan taraf hidup penduduk dan kemajuan desa. Ini juga dapat
mempelbagaikan peluang pekerjaan di desa.

Taraf kesihatan bertambah baik kerana kerajaan telah menaik taraf pusat kesihatan di
desa seperti membina klinik kesihatan di setiap desa serta menyediakan pelbagai khidmat
rawatan kepada penduduk desa seperti rawatan asas penyakit kronik, darah tinggi, kencing
manis. Hal ini penting bagi memberi kemudahan yang terbaik kepada penduduk desa.

Pendidikan di desa telah mengalami tranformasi yang baik seiring kehendak kerajaan
iaitu mahukan memantapkan pendidikan kebangsaan. Kerajaan telah membina sekolah

66
rendah dan menengah di desa bagi membentuk masyarakat desa yang berkualiti.

24 (b) Bincangkan mengapa penyerakan kawasan industri perlu dilakukan ke kawasan luar
bandar di Malaysia. (13
Markah)

Rangka Jawapan

i. Meningkatkan kemudahan sosial


ii. Meningkatkan kemudahan infrastuktur
iii. Meningkatkan peluang pekerjaan luar bandar
iv. Mengurangkan penghijrahan penduduk dari kawasan luar bandar ke bandar
v. Mengurangkan pencemaran
vi.Mengurangkan kesesakan jalan raya

Cadangan Jawapan

Meningkatkan kemudahan sosial di kawasan desa seperti sekolah, klinik, hospital,


pusat membeli belah dan sebagainya. Kemudahan ini penting bagi pekerja-pekerja kilang di
kawasan luar bandar. Ini sekaligus memajukan kawasan luar bandar sekiranya penyerakan
industri dilaksanakan.

Meningkatkan kemudahan infrastuktur seperti jaringan jalan raya yg baik untuk


proses membawa dan memasarkan barangan kepada pengguna. Selain itu, ia juga telah
memajukan sistem pengangkutan di kawasan luar bandar dan meningkatkan darjah
ketersampaian di kawasan luar bandar tersebut.

Meningkatkan peluang pekerjaan luar bandar dengan mempelbagaikan ekonomi


penduduk dan dapat mengubah corak ekonomi tradisional kepada ekonomi moden dan
seterusnya dapat meningkatkan peluang pekerjaan dan pendapatan penduduk luar bandar.

Mengurangkan penghijrahan penduduk dari kawasan luar bandar ke bandar.


Pembinaan kilang-kilang di kawasan luar bandar penduduk tidak perlu lagi berhijrah ke
bandar untuk mencari peluang pekerjaan. Contohnya pembinaan kilang elektronik yang
memang memerlukan tenaga kerja yang ramai.

Mengurangkan pencemaran di kawasan bandar khususnya. Pencemaran udara, bunyi

67
di kawasan industri terutama di Shah Alam dan Petaling Jaya. Oleh itu, bagi mengurangkan
pemcemaran ini penyerakan industri ke kawasan luar bandar perlu dilaksanakan bagi
menbendung masalah tersebut.
Mengurangkan kesesakan jalan raya di bandar. Ini adalah kerana kawasan bandar
telah terlalu padat dan sesak dengan pertambahan jumlah penduduk dan kenderaan
menyebabkan keadaan kawasan bandar mengalami kesesakan jalan raya yang teruk semasa
waktu pagi dan puncak. Oleh itu, penyerakan industri ke luar bandar perlu dilaksanakan bagi
mengatasi masalah itu.

25. a) Bincangkan aspek saling kebergantungan antara desa dan bandar. (13)

Rangka Jawapan

i. Tenaga buruh
ii. Pasaran
iii. Bahan mentah
iv. Teknologi

Cadangan Jawapan

i. Tenaga buruh - Penduduk desa membekalkan tenaga buruh kepada bandar dengan adanya
migarsi belia dari desa ke bandar untuk mendapatkan peluang pekerjaan dan penduduk
bandar dapat bekalan tenaga buruh dari desa melalui migrasi tersebut.
ii. Pasaran - Penduduk desa dapat memasarkan hasil pertanian , ternakan dan perikanan
seperti sayur, buah-buahan, ikan dan ayam segar kepada bandar, penduduk bandar dapat
bekalan mentah sayur dan buah- buahan dari desa
iii. Bahan mentah- Penduduk desa membekalkan pelbagai bahan mentah seperti kelapa
sawit , getah, sayur- sayuran, buah-buahan dan padi kepada bandar, bandar memproses
bahan mentah dari desa dan dan bandar memasarkan barang siap diproses kepada desa.
iv. Teknologi -.Bandar membekalkan banyak teknologi moden dan terbaru kepada desa
contohnya jentera moden dan teknologi moden untuk iks diperolehi di bandar dan penduduk
desa menggunakan kemudahan teknologi moden dari bandar untuk mengusahakan produk
pertanian penternakan serta menjana industri iks di desa.
4 isi x 3 = 12

68
Kesimpulan tambah 1

b) Jelaskan kesan transformasi desa terhadap kemerosotan kualiti alam sekitar. [ 12 ]

Rangka Jawapan

i. Peningkatan suhu setempat-


ii. Hakisan, tanah runtuh dan tanah tandus –
iii. Ancaman kepupusan kepelbagaian biologi flora dan fauna .
iv. Kemusnahan habitat dan rantaian makanan flora dan fauna
v. Pemendapan
vi. Banjir
vii. Pencemaran

Cadangan Jawapan

penebangan hutan secara tidak terkawal untuk aktiviti pertanian lading secara besar-
besaran , pembinaan infrastruktur seperti Lebuhraya Utara Selatan, lebuhraya Timur Barat
telah menyebabkan banyak hutan diteroka tau pun di musnahkan . Ini menyebabkan berlaku
peningkatan suhu setempat kerana kekurangan proses sejatpeluhan pokok berlaku .

Aktiviti pertanian tanah tinggi seperti di Tanah Tinggi Cameron yang dijalankan di kawasan
cerun atau lereng bukit untuk tanaman sayur- sayuran, buah- buahan dan bunga-bungaan
telah menyebabkan berlaku hakisan yang teruk yang telah menyebabkan banyak kawasan
berlaku tananh runtuh ketika berlaku hujan lebat, .

Penerokaan yang berleluasa menyebabkan semua flora hutan seperti tumbuhan reflesia,
periuk kera orkid hutan dan fauna harimau, beruang, tapir , gajah, monyet , serangga,
reptelia dan pelbagai jenis burung yang terdapat di kawasan tersebut mati dan pupus .

Penebangan hutan untuk pertanian, pembinaan petempatan, kemudahan infrastruktur


menyebabkan habitat dan rantaian makanan flora hutan seperti tumbuhan reflesia, periuk
kera orkid hutan dan fauna harimau, beruang, tapir , gajah, monyet , serangga, reptelia dan
pelbagai jenis burung yang terdapat di kawasan musnah ataupun mereka berhijrah ke

69
kawasan baru untuk mendapatkan makanan

Kawasan hutan yang telah gondol terutama kawasan cerun bukit apabila berlaku hujan lebat
boleh menyebabkan berlaku hakisan tanah . hakisan tanah lumpur ini akan mengalir kedalam
sungai seterusnya menjadikan dasar sungai semakin cetek ekoran banyak lumpur yang
mendap di dasarnya.

Pemendapan lumpur di dasar sungai yang terlalu banyak berlaku ketika hujan lebat boleh
menyebabkan banjir berlaku kerana kuantiti air yang banyak tidak dapat di tamping oleh
sungai yang semakin cetek. Ini menyebabkan kawasan rendah dan berdekatan sungai
mengalami banjir.
Pembangunan yang pesat terutama untuk aktiviti pembandaran dan perindustrian telah
menyebabkan banyak gas rumah hijau di bebaskan seperti gas sulfur dioksida dan karbon
monoksida. Ini menyebabkan berlaku pencemaran udara,. Manakala pembuangan sampah
secara tidak sempurna oleh warga bandar juga menyebabkan berlaku pencemaran sampah
dan seterusnya pencemaran bau dan air.

26. a) Jelaskan enam faktor yang menyebabkan aras pembandaran negeri-negeri di Malaysia
berbeza. [12]

Rangka Jawapan

a1. Pembangunan ekonomi yang pesat


a2. Sejarah pembangunan – telah lama dimajukan.
a3. Lokasi yang strategi
a4. Pusat aktiviti – pusat pentadbiran, kebudayaan, pendidikan.
a5. Tanih yang subur
a6. Sumber asli yang banyak
a7. Dasar kerajaan/ governa
a8. Migrasi masuk penduduk
a9. Bentuk muka bumi – bergunung-ganang, beralun, tanah pamah, paya.

Cadangan Jawapan

Pembangunan ekonomi yang pesat menyebabkan aras pembandaran d Malaysia


berbeza. Aktiviti-aktiviti seperti perindustrian dan perkhidmatan di bandar-bandar di
Malaysia menyebabkan penduduk lebih tertumpu di sesuatu kawasan. Infrastruktur yang baik

70
seperti pengangkutan dan perhubungan menyebabkan pembangunan ekonomi menjadi lebih
pesat.

Sesetengah bandar merupakan bandar yang telah lama dimajukan. Sejarah penjajahan
British di Tanah Melayu seperti di Perak, Selangor, Negeri Sembilan dan Pahang untuk
mendapatkan hasil bijih timah menyebabkan bandar-bandar di negeri-negeri berkenaan telah
lama berkembang.

Negeri-negeri di pantai barat misalnya merupakan lokasi yang strategik. Keadaan ini
menyebabkan banyak bandar di pantai barat membangun dan berkembang. Hal ini demikian
negeri-negeri di pantai barat ini mempunyai darjah ketersampaian yang tinggi.

Aras pembandaran juga bergantung kepada pusat-pusat aktiviti yang wujud yang
mampu mengembangkan bandar-bandar berkenaan. Sesetengah bandar berperanan sebagai
pusat pentadbiran, misalnya ibu-ibu negeri, pusat kebudayaan dan juga pusat pendidikan
seperti wujudnya IPT di bandar.

Kawasan yang mempunyai tanah yang subur merupakan salah satu faktor yang
menyebabkan aras pembandaran negeri-negeri di Malaysia berbeza. Kawasan pertanian yang
dimajukan menjadi bandar. Aktiviti pertanian dijalankan secara meluas dan akhirna
membawa kepada urbanisasi yang pesat.

Aras pembandaran yang berbeza juga bergantung kepada sumber asli. Sumber asli
yang banyak meningkatkan proses pembandaran. Kawasan-kawasan yang kaya dengan
sumber asli seperti petroleum, mineral, perhutanan telah menyebabkan wujud bandar
berdasarkan aktiviti tersebut. Contohnya Kerteh dan Sandakan.

Dasar kerajaan atau governan juga menyebabkan aras pembandaran yang berbeza.
Adalah didapati kerajaan lebih menumpukan pembangunan di pantai barat telah menebabkan
wujudnya banyak bandar di negeri-negeri pantai barat. Pembangunan juga lebih tertumpu di
kawasan tertentu yang menjadai tumpuan pelabur. Pembukaan bandar baru telah
meningkatkan bilangan penduduk kerana tarikan penduduk luar bandar berhijrah ke bandar.

Terdapat juga faktor seperti penghijrahan masuk penduduk. Migrasi penduduk dari
71
paantai timur ke pantai barat seperti di Selangor, Kuala Lumpur dan Pulau Pinang
menyebabkan bandar-bandar di pantai barat menjadi tumpuan penduduk. Disebabkan tarikan
di bandar dengan pelbagai aktiviti ekonomi maka migrasi desa ke bandar berlaku dengan
pesat.

Bentuk muka bumi juga mempengaruhi aras pembandaran negeri-negeri di Malaysia.


Kawasan yang bergunung-ganang, berpaya misalnya mengehadkan pambangunan dan
perkembangan sesebuah bandar. Kawasan tanah pamah dan kawasan beralun menyebabkan
kawasan baru dapat dibuka dan dibangunkan. Kedudukan bandar di kawasan ini juga
meningkatkan berlakuna rebakan bandar dengan lebih pesat.

b) Bincangkan bagaimana proses perbandaran yang pesat terhadap persekitaran fizikal


bandar-bandar di Malaysia. [13]

Rangka Jawapan

i. Pertambahan penduduk - kenderaan bertambah - peningkatan pencemaran udara.


ii. Perubahan ekonomi - aktiviti perindustrian – pencemaran air
iii. Perubahan gaya hidup - penggunaan bahan buangan domestic – pencemaran
sampah sarap dan bau.
iv. Perluasan sempadan bandar – pembinaan kawasan perumahan baru – pencemaran
persekitaran.
v. Peningkatan kawasan pembangunan bandar – penerokaan kawasan tadahan air,
penimbusan paya/tasik, peningkatan kawasan berturap – kejadian banjir kilat.
vi. Pertambahan bangunan konkrit dan bangunan menegak – permintaan terhadap
ruang perniagaan dan perkhidmatan – penyerapan bahangan matahari dan
pemerangkapan bahangan bumi meningkat – kesan pulau haba bandar / kenaikan
suhu mikro.
vii. Peningkatan keperluan penduduk – aktiviti peneresan, perataan, pemotongan bukit
untuk dijadikan tapak bina – hakisan tanah, tanah runth, tanah mendap.

4 isi x 3m + 1 kesimpulan

Cadangan Jawapan

Proses pembandaran yang pesat menyebabkan pertambahan penduduk bagi memenuhi


keperluan tenaga kerja dan permintaan terhadap perkhidmatan dan perindustrian. Hal ini
menyebabkan pertambahan jumlah kenderaan dan pertambahan kilang sejajar dengan
permintaan terhadap tenaga kerja dari pertambahan penduduk bandar. Peningkatan jumlah

72
kenderaan dan kawasan kilang di bandar-bandar besar menyebabkan peningkatan
pembebasan gas karbon monoksida dan gas karbon dioksida. Hal ini akan menyebabkan
pencemaran udara berlaku.

Perubahan aktiviti ekonomi seperti sektor perkhidmatan kepada sektor perindustrian


akan menyebabkan pelepasan sisa toksid dari kilang ke sistem saliran di bandar meningkat.
Pembuangan sisa pepejal ke sumber air seperti sungai, tasik, kolam dalam bandar
menyebabkan berlakunya pencemaran air. Enfluen kilang juga menyebabkan air tercemar
dengan peningkatan BOD.

Proses pembandaran yang pesat dapat dilihat daripada perubahan gaya hidup
penduduk di bandar berkenaan. Kehidupan yang sibuk menyebabkan penggunaan bahan
buangan plastik yang digunakan untuk membungkus makanan dan minuman semakin
bertambah. Keadaan ini menyebabkan pencemaran sampah sarap dan pencemaran bau dari
sisa makanan yang dibuang.

Akibat permintaan terhadap guna tanah bandar meningkat, maka kawasan fizikal
bandar perlu diperluas. Perluasan sempadan bandar menyebabkan banyak pokok di kawasan
pinggir bandar ditebang untuk dibangunkan sebagai kawasan pembangunan seperti kawasan
perumahan, perkilangan dan kawasan premis perniagaan. Pembinaan kawasan baru ini akan
menyebabkan pencemaran persekitaran.

Peningkatan kawasan pembangunan bandar membawa kepada penerokaan kawasan


tadahan air, aktiviti penimbusan paya atau tasik dilakukan untuk membina petempatan, jalan
raya, perniagaan mengganggu kadar resapan. Selain itu peningkatan kawasan berturap
menyebabkan peningkatan larian air permukaan dan membawa kepada kejadian banjir kilat.

Pertambahan bangunan konkrit dan bangunan menegak akibat permintaan terhadap


ruang perniagaan dan perkhidmatan yang tinggi. Bangunan-bangunan meningkatkan
penyerapan bahangan matahari dan pemerangkapan bahangan bumi juga meningkat.
Kesannya berlaku pulau haba bandar atau kenaikan suhu mikro.

Peningkatan keperluan penduduk bagi memenuhi permintaan tempat tinggal


membawa kepada aktiviti peneresan, perataan dan pemotongan bukit untuk dijadikan tapak
73
bina. Aktiviti ini menyebabkan tanah terdedah kepada hakisan tanah dan tanah runtuh.
Perataan dan penimbusan kawasan rendah akan menyebabkan kejadian tanah mendap.

Kesimpulannya proses pembandaran yang pesat menyebabkan pertambahan


penduduk yang membawa kepada perubahan persekitaran fizikal bandar seperti pencemaran
udara, pencemaran air, pencemaran persekitaran, hakisan tanah, tanah runtuh dan pulau haba
bandar.

27 (a) Jelaskan peranan bandar dalam menjalankan proses pembauran inovasi terhadap
kawasan pinggir bandarnya? [10]

Rangka jawapan

i. Pusat teknologi maklumat


ii. peranan pelbagai agensi kerajaan
iii. peranan golongan menegah
iv. menyediakan pelbagai kemudahan
v. pemodenan melalui pendidikan yang menggalakan perubahan sosial dan mental

Cadangan Jawapan

Peranan bandar sebagai pusat teknologi maklumat. Ini kerana bandar mempunyai
kemudahan dan akses ICT yang cukup seperti kemudahan jalur lebar 4G di pusat-pusat siber.
Kesanya idea dan teknologi baru mudah disalurkan kepada penduduk kawasan pinggir
bandar/luar bandar.

Peranan agensi kerajaan yang terletak di bandar. Agensi ini berperanan untuk
menyebarluaskan maklumat dan inovasi baru kepada penduduk kampung/mukim di
sekitarnya. Contoh agensi dan jabatan kerajaan yang terlibat seperti Jabatan Penerangan
Daerah, Pejabat Pelajaran Daerah/Gabungan, Pusat-Pusat Kesihatan. Jabatan Pertanian,
FAMA, dan Lembaga Pertubuhan Peladang.

Pembandaran dapat melahirkan golongan kelas menengah iaitu kumpulan penduduk yang
mempunyai pendapatan yang agak tinggi dan stabil, moden, terbuka dan berpendidikan tinggi

74
dengan amalan budaya/cara hidup yang berbeza dengan kumpulan penduduk miskin/luar
bandar. Golongan menengah menjadi pencipta dan pencetus inovasi baru kerana terlibat
dengan bidang Penyelidikan dan pembangunan (R&D). Oleh sebab itu, pemodenan dan
teknologi baru di bandar dapat dibawa dan dikembangluaskan oleh mereka ke kawasan
pinggi bandar. Golongan ini juga telah melahirkan pekerja profesional, pemimpin dan
korporat serta kumpulan pekerja yang lebih mudah menerima perubahan.

Selain itu bandar juga berperanan meluaskan inovasi melalui penyediaan pelbagai
kemudahan asas bagi mempercepatkan proses pemodenan serta pembangunan. Wujudnya
peluang pembelajaran, peluang berinteraksi yang luas, dalam pelbagai institusi sosial dan
ekonomi di bandar dapat melicinkan lagi proses perubahan tersebut. Dengan meningkatkan
tahap pembandaran, proses penularan pembangunan dapat berlaku dengan lebih cepat.
Pembandaran boleh berlaku melalui pembesaran saiz bandar, perpindahan penduduk,
penjalinan bandar dengan sistem pengangkutan yang cekap, peluasan rangkaian komunikasi
dan sebagainya

Pemodenan melalui pendidikan menggalakan perubahan sosial dan mental. Bandar adalah
arena dan tempat bermulanya proses perubahan. Peluang-peluang memajukan ekonomi yang
lebih luas boleh mendorong penduduk bandar membangun dengan pesat. Melalui
pembandaran juga muncul pemimpin politik dan pemimpin masyarakat yang berfikiran luas
dan berupaya mencabar kepimpinan negara supaya melakukan perubahan ke arah pembaikan.
Mereka juga cenderung untuk bertindak melakukan perubahan dalam masyarakat. Para
pentadbir, pengusaha, peniaga dan pemimpin masyarakat ini mempunyai berbagai-bagai idea
yang boleh membantu pembangunan negara. Pembauran inovasi oleh kerajaan membolehkan
minda penduduk kampung berkembang dan bersedia untuk menerima arus pemodenan yang
dibawa oleh kerajaan.

27 (b) Jelaskan Peranan bandar dalam pembangunan sesebuah negara. [10]

Rangka Jawapan:

i. Pusat pemasaran
ii. pusat perkhidmatan
iii. pusat perubahan
75
iv. Pusat pembauran inovasi
v. Pusat penularan pembangunan
vi. Pusat pendidikan
vii. Pusat peluang pekerjaan

Cadangan Jawapan

(i). Tempat pemasaran. Bandar terutama bandar-bandar kecil berperanan untuk menjadi
tempat memasarkan produk pertanian desa kerana bandar mudah didatangi dari mana-mana
tempat di seluruh kawasan pengaruhnya. Pelbagai kemudahan dan perkhidmatan yang
disediakan untuk tujuan pemasaran seperti pemasaran bergerak dan pasar mingguan. Selain
itu, institusi untuk pengumpulan, penyimpanan, pertukaran dan pengagihan bahan keluaran
pertanian juga disediakan. Misalnya bandar kecil menjadi pusat pengumpul dan memproses
bahan keluaran pertanian untuk dieksport ke tempat lain, mengeluarkan barangan melalui
perkilangan dan mengumpul serta memproses hasil lain seperti hasil hutan, hasil laut dan
perlombongan.

(ii). Bandar juga menyediakan kemudahan perkhidmatan untuk kepentingan penduduk


sekitarnya seperti institusi kewangan, pendidikan, pentadbiran, rawatan perubatan moden,
khidmat bantuan nasihat, guaman, pos, mengagih barangan makanan, pakaian dan barangan
lain. Penyediaan perkhidmatan tersebut dapat meninggikan kualiti kehidupan penduduk.

(iii). Bandar menyediakan suasana bagi perubahan. Masyarakat yang telah diperbandarkan
lebih mudah menerima perubahan ke arah kemajuan. Di bandar, halangan institusi sosial
tidak terpengaruh dalam menyekat masyarakat daripada mengalami perubahan. Oleh itu,
pemodenan lebih mudah berlaku.

(iv). Pembauran inovasi – penyebaran secara mengempur benih pembaharuan seperti idea
baru, teknik moden, peralatan, maklumat, pengetahuan, kaedah mengurus dan barangan
pengguna moden yang datang dari petempatan/bandar hierarki atasannya. Bandar adalah
pusat penyebaran idea pembangunan, penularan inovasi dan penyampaian teknologi dan
maklumat berguna bagi perubahan masyarakat. Wujudnya peluang pembelajaran, peluang
berinteraksi yang luas, konteks dan pendedahan kepada berbagai-bagai kemudahan
mempercepatkan proses pemodenan serta pembangunan. Institusi sosial dan ekonomi di
bandar dapat melicinkan lagi proses perubahan tersebut.
76
(v). Dengan meningkatkan tahap pembandaran, proses penularan pembangunan dapat
berlaku dengan lebih cepat. Pembandaran boleh berlaku melalui pembesaran saiz bandar,
perpindahan penduduk, penjalinan bandar dengan sistem pengangkutan yang cekap, peluasan
rangkaian komunikasi dan sebagainya. Di sesetengah negara peningkatan tahap primasi
bandar utama boleh membantu meningkatkan keluaran dalam negara kasar (KDNK) melalui
aglomerasi ekonomi. Pengangkutan yang cekap merendahkan kos pengeluaran dan
meningkatkan daya pengeluaran.

(vi). Pemodenan melalui pendidikan menggalakan perubahan sosial dan mental. Bandar
arena dan tempat bermulanya proses perubahan. Peluang-peluang memajukan ekonomi yang
lebih luas boleh mendorong penduduk bandar membangun dengan pesat. Pembandaran dapat
melahirkan golongan kelas menengah – kumpulan penduduk yang mempunyai pendapatan
yang agak tinggi dan stabil, moden, terbuka dan berpendidikan tinggi dengan amalan
budaya/cara hidup yang berbeza dengan kumpulan penduduk miskin/luar bandar. Golongan
ini yang melahirkan pekerja profesional, pemimpin dan korporat – atau kumpulan pekerja
yang lebih mudah menerima perubahan. Melalui pembandaran juga muncul pemimpin politik
dan pemimpin masyarakat yang berfikiran luas dan berupaya mencabar kepimpinan negara
supaya melakukan perubahan ke arah pembaikan. Mereka juga cenderung untuk bertindak
melakukan perubahan dalam masyarakat. Para pentadbir, pengusaha, peniaga dan pemimpin
masyarakat ini mempunyai berbagai-bagai idea yang boleh membantu pembangunan negara.

(vii). Bandar turut menyediakan peluang pekerjaan bukan pertanian seperti perindustrian
dan perkhidmatan kepada penduduk sekitarnya. Melalui pembandaran, bandar metropolitan
juga menyediakan keadaan yang paling sesuai bagi perkembangan ekonomi moden. Industri
pembuatan dapat berkembang di bandar kerana terdapat kemudahan asas, tenaga mahir,
pasaran dan sebagainya. Begitu juga, kegiatan perniagaan firma moden, institusi kewangan,
koperasi, perdagangan antarabangsa dan sebagainya hanya wujud di bandar besar. Melalui
aglomerasi ekonomi, peningkatan daya pengeluaran dapat dilakukan dan keadaan ini hanya
boleh wujud di bandar metropolitan.

77
28. (a) Bincangkan enam isu kemiskinan di kawasan bandar besar di Malaysia. [13]

Rangka Jawapan

i. pemilikan harta (kecil dan sempit)


ii. masalah gelandangan
iii. masalah rumah setinggan
iv. kesesakan di tempat-tempat awam
v. masalah pengemis
vi. kekurangan zat makanan
vii. kadar keciciran yang tinggi
viii. gejala sosial seperti meragut
ix. kesimpulan

Cadangan Jawapan

Antara isu kemiskinan bandar di kawasan bandar besar di Malaysia ialah masalah
gelandangan. Terdapat segelintir penduduk di bandar merempat di kawasan kaki lima,
perhentian bas atau di laluan jejantas di bandar. Tindakan golongan gelandangan ini boleh
menjejaskan keunikan tarikan pelancongan di bandar.

Masalah rumah setinggan juga sering berlaku di kawasan bandar-bandar besar. Kawasan
rumah setinggan yang tidak terurus tahap kebersihan mahupun sistem pembetungan biasanya
menjadi punya merebaknya penyakit seperti taun dan salmonella di bandar.

Kesesakan yang teruk juga berlaku di tempat-tempat kemudahan awam seperti hospital
kerajaan. Isu kemiskinan yang teruk di bandar menyebabkan ramai pesakit tidak mampu
mendapatkan rawatan doktor pakar di hospital swasta, sebaliknya berpusu-pusu mendapatkan
rawatan di hospital kerajaan.

Masalah pengemis juga semakin menjadi-jadi di bandar. Kemiskinan bandar yang ekstrem
juga menjadi punca kemunculan pengemis-pengemis di bandar.

Gejala sosial seperti meragut dan merompak juga boleh dikaitkan dengan kemiskinan bandar.
Kadar pengangguran yang tinggi di samping peningkatan kos hidup di bandar memaksa
segelintir penduduk bandar mendapatkan wang dengan cara merompak atau meragut di
bandar.

78
Harga rumah yang tinggi di bandar menyebabkan penduduk bandar golongan B40 hanya
mampu memiliki rumah-rumah yang kecil dan sempit di bandar. Rata-rata golongan ini
hanya mampu membeli rumah-rumah projek perumahan kos rendah oleh kerajaan yang
dibina dengan saiz yang kecil dan bahan binaan yang rendah kualiti.

(b) Jelaskan bagaimana proses pembandaran memberikan kesan kepada alam sekitar
fizikal. [12]

Rangka Jawapan

Isi Proses Kesan


i Pertambahan Pertambahan penggunaan kenderaan pencemaran udara / peningkatan
penduduk suhu
ii Peluasan penebangan pokok untuk pembinaan hakisan tanah, tanah runtuh,
sempadan bangunan / infrastruktur peningkatan suhu
iii Perubahan pelepasan asap kilang pencemaran udara
kegiatan ekonomi
iv Perubahan gaya Pertambahan penjualan makanan pencemaran sampah
hidup berbungkus
Pertambahan penggunaan barangan peningkatan suhu
elektrik
Pertambahan penggunaan kenderaan pencemaran udara peningkatan
suhu

Cadangan Jawapan

Pertambahan penduduk kawasan bandar membawa kepada pertambahan penggunaan


kenderaan di bandar. Pembakaran bahan api fosil yang tinggi daripada kenderaan
menyebabkan kadar pelepasan asap yang tinggi yang seterusnya mencemarkan udara di
bandar.

Peluasan sempadan bandar akibat proses pembandaran melibatkan kerja-kerja penebangan


pokok secara besar-besaran bertujuan memberi ruang untuk pembinaan projek perumahan
dan kemudahan inftastruktur bandar. Penebangan pokok menyebabkan kehilangan
cengkaman akar pokok dan tanah terdedah kepada masalah hakisan dan tanah runtuh.

Proses pembandaran juga menyebabkan perubahan kegiatan ekonomi kepada ekonomi


sekunder dan tertier. Pembinaan kilang-kilang yang banyak menyebabkan peningkatan
79
mendadak dalam pelepasan asap kilang. Ini seterusnya menyebabkan pencemaran udara di
bandar.

Proses pembandaran juga menyebabkan perubahan gaya hidup penduduk bandar.


Kebanyakan penduduk adalah bekerja dan tidak mempunyai masa untuk memasak sendiri di
rumah. Mereka akan sama ada makan di luar atau membeli makanan berbungkus dari gerai-
gerai. Ini membawa kepada lambakan plastik daripada bekas bungkusan makanan dan
pencemaran sampah sarap di sekitar gerai-gerai makanan.

80

You might also like