Download as pdf or txt
Download as pdf or txt
You are on page 1of 12

See discussions, stats, and author profiles for this publication at: https://www.researchgate.

net/publication/349365654

MUKHANNATH MENURUT FIQH DAN PERUBATAN: SATU KAJIAN LITERATUR

Article · August 2020

CITATIONS READS

0 81

3 authors:

Nur Fatin Halil Irwan Mohd Subri


USIM | Universiti Sains Islam Malaysia USIM | Universiti Sains Islam Malaysia
3 PUBLICATIONS   0 CITATIONS    84 PUBLICATIONS   35 CITATIONS   

SEE PROFILE SEE PROFILE

Rafidah Hanim Mokhtar


USIM | Universiti Sains Islam Malaysia
32 PUBLICATIONS   45 CITATIONS   

SEE PROFILE

Some of the authors of this publication are also working on these related projects:

Kedudukan dan Amalan Tanah Adat Menurut Perspektif Syariah View project

Blood Pressure Variability and pregnancy outcome View project

All content following this page was uploaded by Nur Fatin Halil on 17 February 2021.

The user has requested enhancement of the downloaded file.


Perdana: International Journal of Academic Research (Social Sciences & Humanities)
Vol. 8. No. 1 August Issue 2020 eISSN: 2600-9463

MUKHANNATH FROM THE PERSPECTIVE OF FIQH AND MEDICAL: A


LITERATURE STUDY

MUKHANNATH MENURUT FIQH DAN PERUBATAN: SATU KAJIAN LITERATUR

Mohd Nasir Abdul Majid1, Irwan Mohd Subri2, Rafidah Hanim Mokhtar3, Mohd Izwan Md Yusof4, Umi Adzlin
Silim5 & Nur Fatin Halil6

1 (Corresponding author). Penyelidik, Institut Pengurusan dan Penyelidikan Fatwa Sedunia (INFAD) &
Pensyarah Kanan, Fakulti Syariah dan Undang-Undang, Universiti Sains Islam Malaysia.
nasirmajid08@usim.edu.my
2 Pengarah Besar, International Fatwa and Halal Centre (iFFAH), Universiti Sains Islam Malaysia.
irwan@usim.edu.my
3 Pengarah, Pusat Libatsama Masyarakat dan Jaringan Industri (PLiMJI) Universiti Sains Islam Malaysia.
rafidahhanim@usim.edu.my
4 Penolong Pengarah Kanan, Bahagian Keluarga, Sosial dan Komuniti Jabatan Kemajuan Islam Malaysia
(JAKIM). izwanyusof@islam.gov.my
5 Pakar Psikiatri, Hospital Kuala Lumpur. umiadzlin@gmail.com
6 Pembantu Perunding, Institut Pengurusan dan Penyelidikan Fatwa Sedunia (INFAD), Universiti Sains
Islam Malaysia. fatinurhalil@gmail.com

Vol. 8. No. 1 Abstract


August Issue Mukhannath is not a new group of people which exists in our society.
2020 Discussions and debates about mukhannath have already been going on
by former Islamic scholars and medical practitioners. This study aims to
clarify the meaning and definition of mukhannath from the perspective of
fiqh and medical, based on the literature review or previous research. This
qualitative study applied document analysis methodology. Classical and
modern fiqh books are the main source of reference, alongside books,
journals and medical studies that address on the issue of mukhannath. The
finding shows that mukhannath was addressed on Al-Quran and Al-
Sunnah. Mukhannath was also defined as a male resembling a woman and
was divided into two groups namely mukhannath khalqiyy and
mukhannath ghayr khalqiyy. The clear meaning and definition of
mukhannath can avoid misunderstandings and confusions especially with
the other group which is khunsa. In addition, the understanding of the term
mukhannath from Islamic and medical perspective can explain the hukm
(Islamic law) related to this group and resolve their issues in the future.

Keywords: Mukhannath, Fiqh, Medical, Definition, Literature.

Abstrak
Golongan mukhannath bukanlah sesuatu kelompok masyarakat yang
baru wujud. Perbincangan dan perbahasan mengenainya telah pun
disentuh oleh para ulama silam dan pengamal perubatan. Kajian ini
bertujuan untuk menjelaskan pengertian atau definisi mukhannath
daripada perspektif fiqh dan perubatan berpandukan sorotan literatur
atau kajian lepas. Kajian berbentuk kualitatif ini menggunakan

10
Perdana: International Journal of Academic Research (Social Sciences & Humanities)
Vol. 8. No. 1 August Issue 2020 eISSN: 2600-9463

metodologi analisis dokumen. Kitab fiqh terdahulu dan terkini menjadi


sumber utama rujukan, di samping buku, jurnal dan kajian perubatan
yang membincangkan isu mukhannath. Hasil kajian menunjukkan
mukhannath telah disebut dalam Al-Quran dan Al-Sunnah. Mukhannath
didefinisikan sebagai lelaki yang menyerupai wanita dan terbahagi
kepada dua golongan iaitu mukhannath khalqiyy dan mukhannath ghayr
khalqiyy. Pengertian mukhannath yang jelas dapat mengelakkan salah
faham dan kekeliruan khususnya dengan golongan khunsa. Selain itu,
kefahaman tentang istilah mukhannath dari kaca mata Islam dan
perubatan dapat menjelaskan hukum-hakam serta menyelesaikan
permasalahan yang berhubungkait dengan golongan ini pada masa
hadapan.

Kata kunci: Mukhannath, Fiqh, Perubatan, Definisi, Literatur.

PENDAHULUAN Melayu, Pusat Rujukan Persuratan Melayu


Islam merupakan agama rahmat buat DBP).
seluruh lapisan masyarakat tanpa Dalam masyarakat kita,
bersikap prejudis terhadap sesetengah kewujudan lelaki lembut bukanlah
golongan kerana semua manusia sesuatu yang asing. Istilah pondan juga
diciptakan dengan sebaik-baik bukan suatu istilah yang asing dalam
penciptaan. Firman Allah SWT: masyarakat, begitu juga istilah mak nyah.
﴾‫َﺣ َﺴ ِﻦ ﺗَـ ْﻘ ِﻮ ٍﱘ‬
ْ ‫ﻧﺴﺎ َن ِﰲ أ‬ ِ Namun status lelaki lembut, pondan dan
َ ‫﴿ﻟََﻘ ْﺪ َﺧﻠَ ْﻘﻨَﺎ ْاﻹ‬ mak nyah seringkali menjadi tanda tanya
Maksudnya: “Sesungguhnya Kami telah kerana adakah golongan ini dikategorikan
menciptakan manusia dengan sebaik-baik sebagai mukhannath? Atau adakah
kejadian” (al-Quran. Al-Tin: 4). golongan ini sama kedudukannya dengan
khunsa dan diiktiraf dalam Islam atau
Berdasarkan ayat ini, Allah telah mereka adalah golongan yang dilaknat?
menciptakan manusia dengan penciptaan Justeru, kajian ini bertujuan untuk
yang terbaik dan sempurna. Walaupun menjelaskan pengertian mukhannath
secara asasnya manusia terbahagi kepada daripada kaca mata fiqh dan perubatan,
dua jantina iaitu lelaki dan wanita, dengan dengan berpandukan sorotan literatur
kekuasaan dan kehendak Allah juga, Dia atau kajian lepas.
telah menciptakan golongan yang digelar Penerangan yang jelas terhadap
khunsa di mana mereka menghadapi istilah mukhannath dapat mengelakkan
keadaan yang tidak jelas dalam salah faham dan kekeliruan serta
menentukan jantina. penyalahgunaan istilah ini, seterusnya
Terdapat juga golongan yang dapat merungkaikan persoalan
dilahirkan pada asalnya sebagai seorang berkenaan hukum-hakam serta
lelaki, namun mempunyai kelembutan permasalahan yang berhubungkait
seperti wanita dan golongan ini yang dengan golongan ini.
disebut sebagai mukhannath.
Khunsa ialah seseorang yang METODOLOGI KAJIAN
mempunyai dua alat kelamin lelaki dan Dalam memberi penjelasan terhadap
perempuan atau orang yang tiada maksud dan definisi mukhannath,
langsung mempunyai kedua-duanya dan penyelidik meneliti kajian-kajian lepas
hanya mempunyai lubang untuk yang berkaitan dengan tajuk ini. Kajian
membuang air kecil (Al-Mawsu at Al- c
lepas atau literature review adalah satu
Fiqhiyyah, 1983). Manakala mukhannath penelusuran dan penelitian kepustakaan
secara umum ditakrifkan sebagai lelaki dengan membaca pelbagai buku, jurnal,
yang lebih bersifat keperempuanan dan terbitan-terbitan lain yang berkaitan
ataupun pondan (Kamus Istilah Bahasa dengan topik penelitian, untuk

11
Perdana: International Journal of Academic Research (Social Sciences & Humanities)
Vol. 8. No. 1 August Issue 2020 eISSN: 2600-9463

menghasilkan satu tulisan berkenaan akar “‫ ”ﺧﻨﺚ‬yang bermaksud pecah dan


dengan satu topik atau isu tertentu (Amri bengkok (Ibnu Manzur, 1999).
Marzali, 2016). Kaedah yang digunakan Mukhannath juga bererti ‫اﻟﻤﺜﻨﻰ ﻟﻤﺴﺘﺮﺧﻰ‬
dalam penelitian bagi kajian ini adalah iaitu mempunyai dua sifat yang lembut,
melalui kaedah analisis dokumen. jamaknya (‫ )ﻣﺨﺎﻧﯿﺚ‬iaitu seseorang yang
Krippendorff (2004) dan White & memiliki banyak sifat kewanitaannya dan
Marsh (2006) mendefinisikan analisis lemah lembut. Menurut Mucjam Lughat al-
kandungan dokumen sebagai teknik Fuqaha’ (1988), mukhannath bermaksud
kajian yang diguna bagi membuat lelaki yang seperti wanita dalam cara
kesimpulan yang boleh diulang dan sah berjalannya, kata-katanya, emosinya dan
daripada teks (atau bahan lain yang kelembutannya.
bermakna) bagi konteks yang diguna. Dalam Bahasa Melayu,
Analisis kandungan dokumen mukhannath bermaksud lelaki yang lebih
adalah alat saintifik yang melibatkan bersifat keperempuanan (Laman Web
prosedur khusus bertujuan menyedia Pusat Rujukan Persuratan Melayu DBP).
pandangan baharu, meningkat Menurut Zaliha Tak (1998), istilah-istilah
kefahaman pengkaji berkaitan fenomena lain yang yang turut digunakan untuk
tertentu atau menjelaskan tindakan yang menggambarkan mukhannath adalah
praktikal. seperti mak nyah, pondan, bapok, adik-
Analisis dokumen bermaksud, adik, cik mek cik awang, darai, kerdil dan
penyelidik tidak perlu ke lapangan kerana khunsa.
data telahpun tersedia dan telah Mukhannath juga disebut sebagai
direkodkan oleh pihak lain. Bahan yang golongan transgender; melakukan
bersifat dokumentasi ini boleh didapati perbuatan yang menyerupai lain jenis,
dalam bentuk cetakan seperti jurnal, baik dalam berbicara, berbusana,
laporan tahunan dan buku (Fuad mahupun dalam bertingkahlaku,
Mohamed Berawi, 2017). termasuklah di dalam aktiviti seksual.
Menurut Krippendorff (2004) dan Golongan inilah yang dijelaskan dalam
White & Marsh (2006) lagi, penekanan hadis-hadis Nabi SAW sebagai orang yang
analisis dokumen adalah untuk menjawab dijauhi rahmat Allah SWT (Zaliha Tak,
persoalan kajian. Dalam proses analisis 1998).
dokumen bagi kajian ini, penyelidik
membaca dari satu teks ke teks yang lain Mukhhannath Menurut Al-Quran Dan
bagi menjawab persoalan kajian iaitu; Al-Sunnah
“apakah yang dimaksudkan dengan istilah Dalam al-Quran, tiada perkataan
mukhannath menurut fiqh dan mukhannath yang disebut secara
perubatan?” langsung atau terus.
Dalam kajian ini, penyelidik Walaubagaimanapun, terdapat ayat yang
menjadikan kitab-kitab fiqh klasik dan merujuk kepada istilah yang berkaitan
kontemporari yang membahaskan dengan mukhannath. Allah SWT
tentang mukhannath, disamping buku, berfirman:
jurnal dan kajian perubatan yang
membincangkan isu mukhannath sebagai
‫ﺼﺎ ِرِﻫ ﱠﻦ َوَْﳛ َﻔﻈْ َﻦ‬ ِ ْ ‫ﺎت ﻳـ ْﻐﻀ‬
َ ْ‫ﻀ َﻦ ﻣ ْﻦ أَﺑ‬
ِ ِ ِ
ُ َ َ‫﴿ َوﻗُ ْﻞ ﻟ ْﻠ ُﻤ ْﺆﻣﻨ‬
‫ﻳﻦ ِزﻳﻨَـﺘَـ ُﻬ ﱠﻦ إِﻻﱠ َﻣﺎ ﻇَ َﻬَﺮ ِﻣْﻨـ َﻬﺎ‬ ِ
َ ‫وﺟ ُﻬ ﱠﻦ َوﻻَ ﻳـُْﺒﺪ‬ َ ‫ﻓُـ ُﺮ‬
rujukan.

‫ﻳﻦ ِزﻳﻨَـﺘَـ ُﻬ ﱠﻦ‬ ِ ِِ ِ ِ ْ ‫وﻟْﻴ‬


DAPATAN KAJIAN
Berdasarkan penelitian terhadap kajian َ ‫ﻀ ِﺮﺑْ َﻦ ﲞُ ُﻤ ِﺮﻫ ﱠﻦ َﻋﻠَﻰ ُﺟﻴُﻮﻬﺑ ﱠﻦ َوﻻَ ﻳـُْﺒﺪ‬ ََ
ِ ِ ِ
‫آﺎﺑء ﺑـُﻌُﻮﻟَﺘ ِﻬ ﱠﻦ أ َْو أَﺑْـﻨَﺎﺋ ِﻬ ﱠﻦ‬ ِ ِ ِ ِ
lepas, pengertian mukhannath menurut
dapatan penyelidik adalah seperti
َ ‫آﺎﺑﺋ ِﻬ ﱠﻦ أ َْو‬
َ ‫إﻻﱠ ﻟﺒُـﻌُﻮﻟَﺘ ِﻬ ﱠﻦ أ َْو‬
berikut: ‫أ َْو أَﺑْـﻨَ ِﺎء ﺑـُﻌُﻮﻟَﺘِ ِﻬ ﱠﻦ أ َْو إِ ْﺧ َﻮا�ِِ ﱠﻦ أ َْو ﺑَِﲏ إِ ْﺧ َﻮا�ِِ ﱠﻦ أ َْو‬
ِ ِ ِِ ‫ﺑ ِﲏ أ‬
Mukhannath Menurut Bahasa ‫ﺖ أ َْﳝَﺎ ُ�ُ ﱠﻦ أ َْو‬ ْ ‫َﺧ َﻮاﻬﺗ ﱠﻦ أ َْو ﻧ َﺴﺎﺋ ِﻬ ﱠﻦ أ َْو َﻣﺎ َﻣﻠَ َﻜ‬ َ َ
Dari sudut Bahasa Arab, perkataan
mukhannath (‫ )ﻣﺨﻨﺚ‬berasal daripada kata
﴾‫اﻟﺮ َﺟﺎل‬ ِّ ‫ﲔ َﻏ ِْﲑ أ ُْوِﱄ ا ِﻹ ْرﺑَِﺔ ِﻣ ْﻦ‬ ِ
َ ‫اﻟﺘﱠﺎﺑِﻌ‬
12
Perdana: International Journal of Academic Research (Social Sciences & Humanities)
Vol. 8. No. 1 August Issue 2020 eISSN: 2600-9463

Maksudnya: “Dan katakanlah kepada Berdasarkan ayat ini juga, Ibnu


perempuan-perempuan yang beriman Kathir (1998) memetik sebuah hadis
supaya menyekat pandangan mereka berkenaan mukhannath yang
(daripada memandang yang haram), dan diriwayatkan oleh Ummu Salamah RA:

‫} َﻋ ْﻦ أُِّم َﺳﻠَ َﻤﺔَ أَ ﱠن اﻟﻨِ ﱠ‬


memelihara kehormatan mereka; dan ‫ﱠﱮ ﺻﻠﻰ ﷲ ﻋﻠﻴﻪ وﺳﻠﻢ َﻛﺎ َن‬
janganlah mereka memperlihatkan
perhiasan tubuh mereka kecuali yang ‫َﺧﻰ أُِّم‬ ِ ‫ﱠﺚ ﻷ‬ ُ ‫ﺎل اﻟْ ُﻤ َﺨﻨ‬
َ ‫ ﻓَـ َﻘ‬،‫ﱠﺚ‬
ٌ ‫ﺖ ُﳐَﻨ‬ ِ ‫ﻋِْﻨ َﺪﻫﺎ وِﰱ اﻟْﺒـﻴ‬
zahir daripadanya; dan hendaklah mereka َْ َ َ
menutup belahan leher bajunya dengan ‫اﻪﻠﻟِ ﺑْ ِﻦ أ َِﰉ أ َُﻣﻴﱠﺔَ إِ ْن ﻓَـﺘَ َﺢ ﱠ‬
‫اﻪﻠﻟُ َﻋﻠَْﻴ ُﻜ ُﻢ‬ ‫َﺳﻠَ َﻤﺔَ َﻋْﺒ ِﺪ ﱠ‬
tudung kepala mereka; dan janganlah
mereka memperlihatkan perhiasan tubuh ‫ ﻓَﺈِ ﱠ�َﺎ ﺗـُ ْﻘﺒِ ُﻞ‬،‫ﻚ َﻋﻠَﻰ اﺑْـﻨَ ِﺔ َﻏْﻴﻼَ َن‬ َ ‫ﻒ َﻏ ًﺪا أَ ُدﻟﱡ‬ ِ
َ ‫اﻟﻄﱠﺎﺋ‬
mereka melainkan kepada suami mereka,
‫ﱠﱮ ﺻﻠﻰ ﷲ ﻋﻠﻴﻪ وﺳﻠﻢ‬ ‫ﺎل اﻟﻨِ ﱡ‬ ٍ ‫ِﺄﺑَرﺑ ٍﻊ وﺗُ ْﺪﺑِﺮ ﺑِﺜَﻤ‬
َ ‫ ﻓَـ َﻘ‬.‫ﺎن‬
atau bapa mereka atau bapa mertua َ ُ َ َْ
mereka atau anak-anak mereka, atau
anak-anak tiri mereka, atau saudara- {‫ﻻَ ﻳَ ْﺪ ُﺧﻠَ ﱠﻦ َﻫ َﺬا َﻋﻠَْﻴ ُﻜ ﱠﻦ‬
saudara mereka, atau anak bagi saudara- Maksudnya, “Daripada Ummu Salamah
saudara mereka yang lelaki, atau anak bahawa Nabi SAW ada di sisinya.
bagi saudara-saudara mereka yang Sedangkan dalam rumah itu ada
perempuan, atau perempuan-perempuan mukhannath. Kata mukhannath tadi
Islam, atau hamba-hamba mereka, atau kepada Abdullah bin Abi Umayyah,
orang gaji dari orang-orang lelaki yang saudara Ummu Salamah, “Jika Allah
tidak berkeinginan kepada perempuan” membuka bagi kamu esok bumi Taif,
(al-Quran. Al-Nur: 31). nescaya aku tunjukkan kamu anak
perempuan Ghaylan, dia menghadap
Dalam ayat ini, Allah dengan empat dan membelakangimu
memerintahkan kepada para wanita dengan lapan (Mukhannath tersebut
beriman agar menundukkan pandangan menggambarkan perihal seorang wanita).
dan memelihara aurat mereka daripada Nabi SAW pun bersabda, “Jangan kamu
lelaki kecuali dibenarkan untuk membawa masuk ini ke atas kamu” (Hadis.
membukanya kepada golongan yang Al-Bukhariyy. Bab Ma Yunha Min Dukhul
dikecualikan. Turut serta dalam golongan al-Mutashabbihin bi al-Nisa’ Ala al-Mar’ah.
yang dikecualikan ini adalah: 5235).
ِّ ‫ﲔ َﻏ ِْﲑ أ ُْوِﱄ ا ِﻹ ْرﺑَِﺔ ِﻣ ْﻦ‬
﴾‫اﻟﺮ َﺟﺎل‬ ِ
َ ‫﴿اﻟﺘﱠﺎﺑِﻌ‬ Berdasarkan hadis ini, Nabi SAW
Maksudnya: “Orang-orang lelaki yang melarang mukhannath masuk ke rumah
tidak berkeinginan kepada perempuan”. bersama wanita kerana dianggap
mempunyai syahwat ketika mana ia
Ibnu Kathir (1998) menukilkan menceritakan tentang sifat tubuh wanita.
beberapa pandangan ulama yang berbeza Nabi SAW juga pernah
mengenai tafsiran ayat ini. Orang-orang memerintahkan supaya mukhannath
yang tidak berkeinginan terhadap dikeluarkan daripada rumah. Ibnu Abbas
perempuan menurut Ibnu Abbas adalah RA meriwayatkan:
lelaki dungu yang tidak mempunyai nafsu
syahwat. Mujahid mengatakan bahawa ‫}ﻟﻌﻦ اﻟﻨﱯ ﺻﻠﻰ ﷲ ﻋﻠﻴﻪ وﺳﻠﻢ اﳌﺨﻨﺜﲔ ﻣﻦ‬
yang dimaksudkan adalah lelaki yang
tolol, iaitu akalnya lemah.
‫ أﺧﺮﺟﻮﻫﻢ‬:‫ وﻗﺎل‬،‫اﻟﺮﺟﺎل واﳌﱰﺟﻼت ﻣﻦ اﻟﻨﺴﺎء‬
Manakala menurut Ikrimah dan
beberapa ulama salaf, yang dimaksudkan ً�‫ ﻓﺄﺧﺮج اﻟﻨﱯ ﺻﻠﻰ ﷲ ﻋﻠﻴﻪ وﺳﻠﻢ ﻓﻼ‬.‫ﻣﻦ ﺑﻴﻮﺗﻜﻢ‬
oleh ayat ini adalah mukhannath yang {‫وأﺧﺮج ﻋﻤﺮ ﻓﻼﻧﺔ‬
kemaluannya tidak dapat berereksi atau
berfungsi. Kesemua perselisihan Maksudnya, “Nabi SAW melaknat al-
pandangan ini mengandungi tafsiran yang mukhannathin (lelaki yang menyerupai
dekat maksudnya iaitu orang yang tidak wanita) dan melaknat al-mutarajjilat
berkeinginan terhadap wanita. (wanita yang menyerupai lelaki). Dan Nabi

13
Perdana: International Journal of Academic Research (Social Sciences & Humanities)
Vol. 8. No. 1 August Issue 2020 eISSN: 2600-9463

bersabda, “Keluarkan mereka dari rumah- Mukhannathin. 173).


rumahmu”. Kata Ibn Abbas, “Nabi SAW
telah mengeluarkan seorang lelaki dan Mukhannath Menurut Fiqh
Umar pernah mengeluarkan seorang Berikut dijelaskan pandangan mazhab
wanita” (Hadis. Al-Bukhariyy. Bab Ikhraj fiqh tentang istilah mukhannath:
al-Mutashabbihin bi al-Nisa’ Min al-Buyut.
333). 1. Mazhab Hanafi:
Mukhannath menurut mazhab Hanafi;
Dalam hadis lain, Abu Hurairah sekiranya seseorang itu bertingkah-laku
RA meriwayatkan: lembut dan perbuatan lembut itu
‫}أن اﻟﻨﱯ ﺻﻠﻰ ﷲ ﻋﻠﻴﻪ وﺳﻠﻢ أﰐ ﲟﺨﻨﺚ ﻗﺪ‬ merupakan penambahan serta dibuat-
buat oleh dirinya, maka ia masih dianggap
‫أي ﺻﺒﻐﻬﺎ ﺎﺑﳊﻨﺎء‬- ‫ﺧﻀﺐ ﻳﺪﻳﻪ ورﺟﻠﻴﻪ‬ sebagai lelaki, malah tergolong dalam
golongan fasiq (melakukan maksiat) serta
‫ ﻓﻘﻴﻞ � رﺳﻮل ﷲ! ﻫﺬا ﻳﺘﺸﺒﻪ‬،-‫ﻛﺎﻟﻨﺴﺎء‬ perlu dihindarkan daripada wanita.
Adapun seseorang lelaki yang
‫ﻋﻘﺎﺎﺑً ﻟﻪ ﰲ ﻣﻜﺎن ﻏﺮﺑﺔ‬- ‫ ﻓﻨﻔﺎﻩ إﱃ اﻟﺒﻘﻴﻊ‬،‫ﺎﺑﻟﻨﺴﺎء‬ mempunyai anggota badan yang lembut,
juga percakapannya yang lembut kerana
‫ إﱐ‬:‫ ﻓﻘﺎل‬،‫ ﻓﻘﻴﻞ أﻻ ﺗﻘﺘﻠﻪ‬-‫ وﲪﺎﻳﺔ ﻟﻐﲑﻩ‬،‫ووﺣﺸﺔ‬ asal kejadiannya sebegitu serta ia tidak
mempunyai nafsu syahwat terhadap
{‫�ﻴﺖ ﻋﻦ ﻗﺘﻞ اﳌﺼﻠﲔ‬ wanita; maka ia dianggap mukhannath
Maksudnya, “Seorang mukhannath telah semulajadi dan bukan dibuat-buat.
menginaikan tangan dan kakinya telah Sebahagian ulama mazhab Hanafi
dibawa berjumpa Rasulullah SAW. Baginda memberi keringanan bagi golongan
bertanya, “Apakah yang telah berlaku pada mukhannath yang kedua ini untuk berada
lelaki ini?” Baginda diberitahu, “Wahai bersama wanita (Al-Sarakhsiyy, 1993;
Rasulullah! Dia telah menyerupai wanita”. Ibnu Nujaym & Ibnu cAbidin, 1997).
Maka dia dibuang ke al-Naqi‘. Para
sahabat berkata, "Wahai Rasulullah! 2. Mazhab Maliki:
Mengapa kita tidak membunuhnya Mukhannath itu bukanlah orang yang
sahaja?” Baginda menjawab, “Aku telah dikenali melakukan perbuatan keji dan
diharamkan membunuh orang yang dikaitkan dengan perkara tersebut. Tetapi
bersolat” (Hadis. Abu Dawud. Kitab al- mukhannath adalah seorang lelaki yang
Adab. 4928; Sahih al-Jamic. 2502). memiliki ciri-ciri keperempuanan yang
sangat dominan dalam penciptaannya
Selain itu, terdapat riwayat dalam sehingga menyerupai wanita asli. Mereka
hadis mengenai mukhannath, namun memiliki kelembutan dalam segala aspek;
riwayatnya tidak mencapai martabat dalam percakapan, pandangan, nada
hadis sahih. Antaranya daripada Mujahid: suara, cara berfikir dan perbuatan, sama
ada mereka terlibat dengan aktiviti
{‫}إﻧﻪ ﻛﺮﻩ إﻣﺎﻣﺔ اﳌﺨﻨﺚ‬ maksiat yang keji ataupun tidak.
Maksudnya, “Sesungguhnya telah dibenci Sekiranya mereka tidak
imamah mukhannath” (Hadis Maqtuc. mempunyai keinginan terhadap wanita
Dhamm al-Malahiyy li Ibn Abi al-Dunya. dan lemah akalnya serta tidak memiliki
Bab fi al-Mukhannathin. 165). kefahaman dalam urusan manusia, maka
mereka tergolong dalam golongan yang
Dalam riwayat lain, daripada Abu disebut ‘ghayr uli al-irbah’ (dalam Surah
Salamah RA: al-Nur). Oleh itu, mereka diharuskan
{‫}أﻧﻪ ﻛﺮﻩ أن ﻳﺼﻠﻲ ﺧﻠﻒ ﳐﻨﺚ‬ untuk masuk dan bersama para wanita
(Ibnu cAbd al-Barr, 1967; al-
Maksudnya, “Sesungguhnya dibenci Kandahlawiyy, 2003).
sekiranya seseorang bersolat di belakang
mukhannath” (Hadis Maqtuc. Dhamm al- 3. Mazhab Shafie
Malahiyy li ibn Abi al-Dunya. Bab fi al- Mukhannath adalah golongan yang

14
Perdana: International Journal of Academic Research (Social Sciences & Humanities)
Vol. 8. No. 1 August Issue 2020 eISSN: 2600-9463

berperangai seperti wanita, terutama berbanding heteroseksual (5.5%).


dalam pergerakan dan tindak tanduk Sedgwik (1991) membincangkan
mereka. Sekiranya asal kejadian mereka bagaimana tingkahlaku ‘effeminate’ yang
sebegitu, maka tidaklah berdosa (al- semulajadi ini menimbulkan perdebatan
Khatib al-Sharbiniyy, 1994). mengenai etiologi homoseksualiti yang
dikatakan mempunyai punca biologi yang
4. Mazhab Hanbali kemudiannya berinteraksi dengan faktor
Mukhannath yang tidak memiliki nafsu persekitaran.
syahwat, maka hukumnya adalah seperti Kekeliruan dunia psikologi dan
bersama dengan mahram dalam bab psikiatri barat mengenai isu gender dan
melihat manakala mukhannath yang seksualiti dapat dilihat apabila
memiliki nafsu syahwat dan mengetahui homoseksualiti dikategorikan sebagai
perihal wanita maka hukumnya seperti normal dan dikeluarkan dari senarai
bersama bukan mahram (Ibnu Qudamah, penyakit mental mengikut ‘Diagnostic and
1997). Statistical Manual of Mental Disorders’
Al-Nawawiyy dalam Abdul (DSM) pada awal tahun 1970an.
Rahman al-Mubarakfuriyy (2010) telah Berikutan dengan itu, kategori baru yang
berkata, para ulama telah membahagikan dikenali sebagai ‘Gender Identity Disorder’
mukhannath kepada dua golongan:- (GID) pula diperkenalkan pada tahun
Pertama: Mukhannath yang 1980an melalui DSM-3 di mana lelaki
sememangnya diciptakan sebegitu effeminate mungkin termasuk dalam
sejak azali dan mereka tidak mengada- kategori ini.
adakan atau berpura-pura berperangai ‘Gender Dysphoria’ (GD) pula
seperti wanita, juga menyerupai diperkenalkan dalam DSM-5 bagi
wanita dalam berpakaian, percakapan menggantikan GID. GD didefinisikan
dan pergerakan mereka. Dalam sebagai kecelaruan gender atau
keadaan ini, mereka tidak ketidakserasian gender (gender
dipersalahkan, tidak berdosa, tiada aib incongruence) dan bukannya penyakit
serta tiada hukuman dikenakan kerana (disorder) seperti dalam GID. GD dicirikan
dimaafkan. dengan keadaan di mana seseorang
Kedua: Mukhannath yang berlagak dewasa itu mengalami perkara berikut:
seperti wanita dalam diam dan i. Mempunyai keinginan yang kuat
geraknya, juga sengaja menyerupai untuk menjadi gender yang
wanita dalam percakapan serta bertentangan dengan gender asal.
berpakaian, maka golongan ini dicela ii. Mahu dianggap dan dilayan sebagai
sepertimana yang disebut dalam hadis gender yang bertentangan dengan
bahawa laknat bagi mereka. gender asal.
iii. Menunjukkan ketidakserasian yang
Mukhannath Menurut Perubatan ketara antara bagaimana seseorang
Dari konteks psikologi, istilah mengalami dan mengekspresi diri
mukhannath boleh dikaitkan dengan berbanding ciri-ciri seksual asal.
effeminate iaitu istilah yang asalnya iv. Mempunyai keinginan yang kuat
digunakan untuk lelaki yang untuk mempunyai ciri-ciri seksual
menunjukkan tingkahlaku dan gaya yang yang bertentangan dengan ciri-ciri
lemah-lembut iaitu feminin dan bukannya asal.
maskulin seperti biasanya seorang lelaki. v. Keinginan yang kuat untuk
Lelaki lembut atau effeminate ini terdedah menghapuskan ciri-ciri seksual asal
kepada risiko dibuli dan mengalami kerana ketidakserasian dengan apa
konflik dan tekanan psikologi. gender yang dialami dan dirasai.
Bernard (1984) dalam satu kajian vi. Kepercayaan yang kuat bahawa
jangkamasa panjang terhadap 55 lelaki seseorang mempunyai reaksi dan
effeminate, mendapati mereka perasaan yang biasanya dialami
menunjukkan kecenderungan oleh gender yang bertentangan
homoseksual yang tinggi (63.6%) dengan gender asal.

15
Perdana: International Journal of Academic Research (Social Sciences & Humanities)
Vol. 8. No. 1 August Issue 2020 eISSN: 2600-9463

tingginya kadar kemurungan, keresahan


GD kanak-kanak mempunyai dan bunuh diri; dan kepada masyarakat
kriteria berlainan di mana kanak-kanak dalam isu pertentangan sosiobudaya,
didapati mempunyai keinginan yang kuat sistem kekeluargaan dan ketenteraman
atau sering menegaskan yang dia adalah awam.
gender yang berlainan; mempunyai
kecenderungan yang kuat untuk memakai Perbezaan Khunsa Dan Mukhannath
baju gender yang berlainan, bermain Khunsa berasal daripada perkataan Arab
seperti gender yang berlainan, yang membawa erti sebagai lembut.
menggemari barang permainan dan Kamus Dewan Edisi Keempat (2005)
aktiviti gender berlainan, bermain dengan mentafsirkannya sebagai orang yang
gender berlainan, enggan kepada barang mempunyai dua alat kelamin. Khunsa juga
permainan dan aktiviti gender asalnya, bermaksud seseorang yang tidak jelas
tidak menyukai anatomi seksual asalnya kedudukan jantinanya sebagai lelaki
dan keinginan kepada ciri seksual fizikal ataupun wanita ataupun seseorang yang
yang berlainan dengan asalnya. seperti lelaki dan wanita kedua-duanya.
Menurut DSM-5, seseorang Jika dia bersifat seperti wanita,
dikatakan mengalami GD jika mengalami maka dia adalah seorang wanita dan
dua daripada kriteria tersebut sekurang- namanya juga adalah nama seorang
kurangnya selama 6 bulan. wanita. Secara istilah pula, seseorang
Rawatan untuk GD boleh yang tidak langsung dapat dipastikan
diklasifikasikan kepada rawatan yang jantinanya kerana mereka dilahirkan
menjurus kepada gender yang dipilih atau tanpa sebarang alat kelamin secara asal
‘Gender Affirmative Therapy’ dan rawatan dan hanya mempunyai alat untuk
yang menjurus kepada gender asal atau membuang air kecil sahaja (Al-Mawsucah
‘Biological Sex Affirmative Therapy’. al-Fiqhiyyah, 1983).
‘Gender Affirmative Therapy’ Menurut Mobeen Vaid (2017),
menggunakan pelbagai kaedah seperti mukhannath berbeza dengan khunsa
hormon, pembedahan di samping kerana mukhannath tidak mempunyai
kauseling dan psikoterapi yang dipelopori kelainan dari segi anatomi atau
oleh professional kesihatan mental keabnormalan dalam perkembangan.
sekular. Mukhannath adalah lelaki yang jelas dan
Sementara ‘Biological Sex dikenali namun menampakkan kebiasaan
Affirmative Therapy’ melibatkan dan kecenderungan wanita yang tidak
‘conversion therapy’ dan ‘reparative dapat dielakkan. Ciri-ciri ini mungkin
therapy’ dipelopori oleh golongan agama termasuk nada suara, gaya hidup,
dan konservatif. Kedua-dua rawatan ini ketiadaan tanpa sengaja rambut muka,
sebenarnya tidak mempunyai bukti dan sifat berkaitan yang mungkin
saintifik yang kukuh sepertimana dianggap feminin.
standard yang biasanya diperlukan dalam Khunsa dari sudut perubatan
bidang perubatan moden. Kajian ke arah dikategorikan dalam Disorder of Sex
‘biological sex affirmative therapy’ pula Development (DSD). Terdahulu istilah
akan mendapat tentangan habis-habisan DSD dikenali sebagai “intersex disorder”
dan dihalang pelaksanaannya. atau “hermaphrodite”. Seseorang yang
Terlalu banyak kontroversi dalam mengalami DSD boleh dikatakan
bidang psikologi dan psikiatri moden mempunyai kelainan jantina semasa
yang masih tidak dapat dirungkai dilahirkan atau genetik (dalamannya)
mengenai isu gender dan seksualiti bertentangan dengan biologinya (tubuh
bermula dari isu klasifikasi diagnosis luaran) menyebabkan individu tersebut
hinggalah kepada isu rawatan. tidak boleh dianggap sebagai lelaki atau
Apa yang pasti isu berkait perempuan (Anisatul-qalbi Mohd
kekeliruan gender dan seksualiti ini Sofiyuddin, 2017).
mempunyai impak yang besar kepada Fatwa melalui Sheikh Muhammad
kesihatan mental individu seperti Saleh al-Munajjid (2008)

16
Perdana: International Journal of Academic Research (Social Sciences & Humanities)
Vol. 8. No. 1 August Issue 2020 eISSN: 2600-9463

mengklasifikasikan khunsa kepada dua sendiri dan tidak mengada-adakannya.


kategori, iaitu khunsa yang jelas (khunsa Tidak ada kesalahan padanya dan
wadih) dan khunsa yang kabur jantinanya tidak ada dosa jika mutlak keadaannya
(khunsa mushkil). seperti itu. Ia juga tidak dilaknat seperti
Berikut adalah jadual ringkasan yang disebut dalam hadis selagimana ia
bagi perbezaan antara mukhannath dan tidak melakukan perbuatan haram dan
khunsa: tidak terlibat dengan perbuatan maksiat
seperti pelacuran dan sebagainya.
Jadual 1: Perbezaan Mukhannath dan Adapun golongan kedua disebut sebagai
Khunsa mukhannath ghayr khalqiyy; golongan ini
Perbezaan Mukhannath Khunsa merupakan lelaki yang memiliki sifat
1. Definisi Seorang Seseorang lembut yang dibuat-buat sehingga
bahasa lelaki yang yang tidak menyerupai wanita.
menyerupai jelas Ia termasuklah menggayakan
wanita jantinanya pakaian wanita, melakukan pembedahan
atau pertukaran jantina atau terlibat dengan
mempunyai perlakuan sumbang atau seks songsang.
dua alat Mereka ini adalah golongan yang dicela
kelamin dan dilaknat oleh Allah.
2. Istilah Effeminate Intersex, Mukhannath juga sepertimana
perubatan hermaphrod yang telah diterangkan takrifannya tidak
ite sama dengan khunsa. Ini kerana
3. Gender Disorder Of mukhannath dan khusna berbeza dari
Klasifikasi Dysphoria Sex segi definisinya, istilah perubatan dan
diagnosis (GD) atau Development klasifikasi diagnosisnya serta
Gender (DSD) pembahagian golongannya. Dari sudut
Identity perubatan, khunsa dikategorikan sebagai
Disorder Disorder of Sex Development (DSD) atau
(GID)– gangguan perkembangan jantina.
istilah Manakala mukhannath atau lelaki
terdahulu ‘effeminate’ mungkin termasuk dalam
4. 1) 1) Khunsa kategori ‘Gender Identity Disorder’ (GID)
Pembahagi Mukhannath mushkil dan istilah terkini yang diperkenalkan
an khalqiyy 2) Khunsa adalah ‘Gender Dysphoria’ (GD) bagi
golongan 2) wadih menggantikan GID. Walaupun tidak
Mukhannath (ghayr dikatgorikan lagi sebagai penyakit
ghayr mushkil) (disorder), GD masih ditakrfifkan sebagai
khalqiyy kecelaruan gender atau ketidakserasian
gender (gender incongruence) yang
PERBINCANGAN memerlukan bantuan dan rawatan.
Berdasarkan dapatan kajian, penyelidik Kajian lanjut dari sudut perubatan
menyimpulkan istilah mukhannath dari juga perlu dilaksanakan bagi
sudut fiqh sebagai seorang ‘lelaki’ yang membuktikan sama ada kewujudan
dalam pergerakan, penampilan dan mukhannath berpunca daripada genetik
percakapannya membawa ciri-ciri atau gangguan perkembangan jantina
seorang wanita. seperti khunsa.
Dapat disimpulkan juga daripada Golongan mukhannath pada
pandangan ulama empat mazhab bahawa asalnya dilahirkan sebagai lelaki namun
mukhannath terbahagi kepada dua bersifat lembut seperti wanita.
golongan. Golongan pertama disebut Walaubagaimanapun, ada di antara
sebagai mukhannath khalqiyy iaitu lelaki mereka yang bersifat semulajadi
yang mempunyai ciri-ciri kewanitaan sedemikian dan ada yang mengada-
secara semula jadi. Ia tidak meletakkan adakan tingkah laku kewanitaan ini.
ciri-ciri tersebut pada diri mereka dengan Amat membimbangkan mutakhir

17
Perdana: International Journal of Academic Research (Social Sciences & Humanities)
Vol. 8. No. 1 August Issue 2020 eISSN: 2600-9463

ini wujud elemen tashabbuh terhadap Sebagai contoh, dalam Kes ‘State
kaum wanita oleh lelaki yang dikhuatiri Government Of Negeri Sembilan & Yl Lwn
daripada golongan mukhannath. Mereka Muhammad Juzaili Bin Mohd. Khamis & Yl
menyerupai wanita dari sudut (Mahkamah Persekutuan) [2015]’,
pemakaiannya, solekanya, tingkah Nurhafilah Musa (2018) telah
lakunya dan lain-lain lagi. Lebih menyatakan bahawa, dalam kes ini
mendukacitakan sehingga ada yang responden merupakan tiga orang lelaki,
melakukan pembedahan penukaran iaitu Muhammad Juzaili bin Mohd.
jantina, pengambilan hormon wanita dan Khamis dan dua orang rakannya
terlibat dengan usaha-usaha mengubah merupakan jurusolek pengantin dan telah
ciptaan Allah. Malah, terdapat segelintir ditahan beberapa kali oleh Penguatkuasa
di kalangan mereka yang melakukan Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri
pembedahan pertukaran jantina untuk Sembilan.
bekerja sebagai pekerja seks dan terlibat Mereka telah didakwa di
dengan pelacuran. Mahkamah Syariah atas kesalahan di
Golongan mukhannath jenis ini bawah seksyen 66 Enakmen Kesalahan
adalah golongan yang dilaknat kerana Jenayah Syariah (EKJS) yang
melakukan maksiat dan larangan Allah. memperuntukkan kesalahan dan
Tanggungjawab yang berat terbeban di hukuman terhadap mana-mana lelaki
bahu ibu bapa, pendidik dan masyarakat yang berpakaian seperti perempuan atau
sekiranya berhadapan dengan golongan berlagak seperti perempuan di khalayak
mukhannath ghayr khalqiyy ini agar dapat ramai.
memberi bantuan dari sudut dakwah dan Hakim telah menyatakan bahawa
kesedaran sehingga mereka kembali ke mereka menghidap penyakit kecelaruan
pangkal jalan. identiti gender atau ‘Gender Identity
Adapun golongan mukhannath Disorder’ (GID) yang menyebabkan
yang semulajadi berperwatakan lembut mereka berpakaian dan mempunyai
dan tidak dibuat-buat atau digelar tingkah laku seperti perempuan.
mukhannath khalqiyy, kita mendoakan Menurut Nurhafilah Musa (2018)
agar golongan ini terus dipandu oleh Allah lagi, keterangan yang diberikan
agar tidak terlibat dengan perbuatan yang menunjukkan bahawa GID merupakan
terkutuk dan dilaknat oleh Allah. suatu ‘penyakit’ yang berlaku terhadap
Boleh jadi terdapat tarikan dan Muhammad Juzaili dan rakannya yang
kecenderungan untuk golongan ini dikatakan tidak boleh diubati.
menjadi wanita, namun anggaplah ia satu Berpakaian dan mempunyai
ujian daripada Allah untuk melawan hawa tingkah laku seperti perempuan
nafsu dan meningkatkan keimanan. merupakan ciri-ciri seorang mukhannath
Masyarakat juga seharusnya tidak (al-Khatib al-Sharbiniyy, 1994).
memandang serong terhadap lelaki Perbuatan tashabbuh (menyerupai) juga
lembut daripada golongan ini kerana merupakan perbuatan yang dilaknat,
mereka adalah mukhannath yang diiktiraf namun sejauh manakah ia boleh
dan diraikan syarak. dimaafkan kerana mempunyai kondisi
Justeru, penerangan tentang dari sudut perubatan?
definisi mukhannath dan pembahagian Sekiranya dilihat dalam kajian
dua golongan mukhannath ini perlu literatur, golongan mukhannath tidak
disebarluaskan agar tidak berlaku mempunyai kelainan dari segi anatomi
kekeliruan dan salah faham dalam atau keabnormalan dalam perkembangan
masyarakat. fizikal tubuh badan.
Selain itu, antara kesan buruk Oleh kerana itu, alasan perubatan
sekiranya istilah mukhannath tidak jelas untuk membenarkan lelaki berpakaian
dari sudut fiqh dan perubatan adalah wanita pada hakikatnya tidak boleh
berlaku penyalahgunaan istilah ini untuk diterima kerana golongan ini bukanlah
menghalalkan perbuatan tashabbuh atau golongan cacat atau kurang upaya serta
perlakuan lelaki menyerupai wanita. tidak normal yang menjadikan mereka

18
Perdana: International Journal of Academic Research (Social Sciences & Humanities)
Vol. 8. No. 1 August Issue 2020 eISSN: 2600-9463

terlepas daripada taklif (menanggung RUJUKAN


kewajipan dan tanggungjawab hukum- al-Kandahlawiyy, Muhammad Zakariyya.
hakam Syariat). Mereka juga pada asalnya 2003. Awjaz al-Masalik Ila al-
telah dilahirkan sebagai seorang lelaki Muwattaa Malik. Dar al-Qalam.
tulen. al-Mubarakfuriyy, Muhammad Abdul
Justeru, definisi mukhannath yang Rahman bin Abdul Rahim. 2010.
jelas berdasarkan kajian ini serta Tuhfat al-Ahwaziyy Bi Sharh Jamic
pengkategorian golongan mukhannath al-Tirmidhiyy. Beirut: Dar al-Kutub
sama ada dalam golongan yang dimaafkan al-cIlmiyyah.
atau dilaknat dapat memberi panduan al-Sarkhasiyy, Muhammad bin Ahmad bin
agar penghakiman yang adil dapat Abi Sahl. 1993. al-Mabsut. Beirut:
dilaksanakan jika berhadapan dengan Dar al-Macrifah.
kes-kes sebegini pada masa akan datang. Fuad Mohamed Berawi. 2017. Metodologi
Penyelidikan Panduan Menulis Tesis.
PENUTUP Sintok: Penerbit UUM.
Penyelidik berharap dapatan kajian yang Ibnu Abi al-Dunya, Abdullah Muhammad
dibentangkan dapat memberi penjelasan Ubayd al-Baghdadiyy Abu Bakar.
yang tuntas mengenai pengertian 1995. Zamm al-Malahiyy. Maktabah
mukhannath dari sudut fiqh dan Ibnu Taimiyyah.
perubatan. Pengertian mukhannath yang Ibnu cAbd al-Barr, Abu Umar Yusuf bin
jelas dapat mengelakkan salah faham dan Abdullah bin Muhammad. 1967. Al-
kekeliruan khususnya dengan golongan Tamhid Lima Fi al-Muwattaa’ Min
khunsa. al-Maacniyy wa al-Asanid. Maghribi:
Kefahaman tentang pembahagian Wizarah cUmum al-Awqaf wa al-
mukhannath juga dapat mengubah sudut Shuun al-Islamiyyah.
pandang masyarakat terhadap golongan Ibnu Kathir, Abu al-Fidaa’ Ismail bin Umar
ini. Lelaki lembut atau mukhannath tidak bin Kathir al-Qarsyhiyy al-Basriyy.
seharusnya dipukul sama rata sebagai 1998. Tafsir al-Qur’an al-cAzim.
golongan yang dilaknat kerana terdapat di Beirut: Dar al-Kutub al-
antara mereka yang dilahirkan lembut cIlmiyyahTafsir

secara semulajadi dan tidak terlibat Ibnu Manzur. 1999. Lisanul Arab. Beirut:
dengan maksiat dan gejala songsang. Dar Ihya’ Turath A’rabi.
Namun, terdapat juga golongan Ibnu Nujaym, Zayn al-Din bin Ibrahim bin
yang tidak bertanggungjawab yang telah Muhammad. 1997. Bahr al-Raiq
mengambil kesempatan untuk Sharh Kanz al-Daqaiq. Dar al-Kutub
menyalahgunakan istilah mukhannath ini al-Islamiyy.
dari sudut perubatan demi menghalalkan Ibnu Qudamah, Abu Muhammad Mawfiq
perbuatan tasyabbuh yang terkutuk. al-Din Abdullah bin Ahmad bin
Justeru, definisi mukhannath yang jelas Muhammad. 1997. al-Mughniyy. Dal
dari sudut fiqh dan perubatan dapat al-cAlam al-Kutub.
mengelakkan sebarang Kamus Dewan Edisi Keempat. 2005.
penyalahgunaannya pada masa akan Kuala Lumpur: Dewan Bahasa Dan
datang. Pustaka.
Khatib al-Sharbiniyy, Muhammad bin
PENGHARGAAN Ahmad. 1994. Mughniyy al-Muhtaj
Sekalung penghargaan kepada Jabatan Ila Macrifah Macaniyy al-Alfaz al-
Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) yang Minhaj. Dar al-Kutub al-cIlmiyyah.
membiayai penyelidikan yang bertajuk Krippendorff, Klaus. 2004. Content
“Kajian Mukhannath Menurut Fiqh Dan Analysis: An Introduction To Its
Perubatan Serta Kaitannya Dengan Methodology. California: Sage.
Transgender”. Kumpulan Penerbit Ensiklopedia. 1983.
al-Mausucah al-Fiqhiyyah al-
Kuwaitiyah. Kementrian Wakaf dan
Urusan Agama Kuwait. Cet 2.

19
Perdana: International Journal of Academic Research (Social Sciences & Humanities)
Vol. 8. No. 1 August Issue 2020 eISSN: 2600-9463

Muhammad Rawwas Qalcaji & Hamid kebangsaan/anak-tak-sah-taraf


Sadiq Qunaibiyy. 1988. Mucjam (diakses pada 31 November 2012).
Lughah al-Fuqaha’. Dar al-Nafaes. Hukmu Zawaj al-Khunsa (Hukum
Sedgwick, Eve Kosofsky. 1991. Perkahwinan Khunsa).
Epistemology Of The Closet. https://islamqa.info/ar/114670
California: University of California (diakses pada 30 Julai 2019).
Press. Maksud Pondan.
Zaliha Tak. 1998. Khuntha Dan http://prpm.dbp.gov.my/Cari1?ke
Mukhannath Menurut Perspektif yword=pondan&d=69812&#LIHA
Islam. Kuala Lumpur: Jabatan TSINI
Kemajuan Islam Malaysia. (diakses pada 11 Ogos 2019).

Tesis Kes
Anisatul-qalbi Mohd Sofiyuddin. 2017. State Government Of Negeri Sembilan & Yl
Pengklasifikasian Disorder Of Sex Lwn Muhammad Juzaili Bin Mohd.
Development (DSD) Menurut Khamis & Yl (Mahkamah
Perspektif Islam Dan Perubatan. Persekutuan) [2015]
Tesis Sarjana. Fakulti Pengajian
Islam: Universiti Kebangsaan Penafian
Malaysia. Pandangan yang dinyatakan dalam artikel ini
adalah pandangan penulis. Perdana:
Jurnal International Journal of Academic Research
tidak akan bertanggungjawab atas apa-apa
Amri Marzali. 2016. Menulis Kajian
kerugian, kerosakan atau lain-lain liabiliti
Literatur. Vol. 1. No.2. Jurnal yang disebabkan oleh / timbul daripada
Etnografi Indonesia. penggunaan kandungan artikel ini.
Haneef, Sayed Sikandar Shah. 2011. Sex
Reassignment In Islamic Law: The
Dilemma of Transsexuals.
International Journal of Business,
Humanities and Technology. Vol. 1
No. 1. USA: Center for Promoting
Ideas (CPI).
Nurhafilah Musa. 2018. Kes ‘State
Government Of Negeri Sembilan & Yl
Lwn Muhammad Juzaili Bin Mohd.
Khamis & Yl (Mahkamah
Persekutuan) [2015]’. Ulasan Kes
19 Jan 2018.
White, M. D., & Marsh, E. E. 2006. Content
Analysis: A Flexible Methodology.
55(1), 22-45. Library Trends.
Zuger, Bernard. 1989. Homosexuality In
Families Of Boys With Early
Effeminate Behavior: An
Epidemiological Study. Volume 18,
Issue 2. Archives Of Sexual
Behavior.

Internet
Anak Tak Sah Taraf. http://www.e-
fatwa.gov.my/fatwa-

20

View publication stats

You might also like