Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 2

Dewasa ini kita sering dihambat dengan masalah disiplin yang berlaku dalam

kalangan remaja. Hal ini pastinya amat membimbangkan banyak pihak kerana
remaja merupakan tiang negara pada masa hadapan. Keruntuhan moral ini boleh
menjejaskan matlamat negara dalam melahirkan modal insan yang berkualiti dalam
memacu negara ke era negara maju. Jika diperhalusi, pelbagai faktor yang
mendorong kepada masalah disiplin dalam kalangan remaja.

Faktor utama yang dikenal pasti ialah berpunca daripada ibu bapa yang tidak
mendidik anak-anak dengan didikan yang betul. Jika ibu atau bapa tidak boleh
mendidik anak-anak mereka dengan baik, pada siapakah lagi tanggungjawab itu
harus dipikul? Sesetengah ibu bapa belakangan ini juga bersikap seperti ketam
mengajar anaknya berjalan dengan lurus. Jelas, ibu bapa perlu memainkan peranan
mereka dalam mencorak keperibadian remaja.

            

        Di samping itu, faktor yang mendorong kepada permasalahan ini ialah


berpunca daripada ibu bapa yang sibuk mencari nafkah sehinggakan anak-anak
terabai. Kesempitan hidup ini memang tidak boleh dinafikan dalam mencari sesuap
nasi untuk membesarkan anak-anak. Namun demikian, sering kali anak-anak yang
masih mentah ini mengambil peluang yang ada untuk berseronok dengan rakan-
rakan sehinggakan timbul masalah yang lain. Dalam hal ini ibu bapa perlu bijak
dalam membahagikan masa dengan anak-anak.

            
        Seterusnya, pengaruh rakan sebaya turut menjadi penyumbang utama dalam
peningkatan masalah disiplin pelajar. Masakan tidak kerana golongan remaja kini
banyak menghabiskan masa bersama-sama rakan sebaya berbanding ahli keluarga.
Didorong atas sifat ingin tahu, mereka pasti akan mencuba sesuatu yang baharu
dalam hidup mereka yang mungkin boleh menggelapkan masa depan sendiri. Sudah
terang lagi bersuluh, remaja atau pelajar perlu bijak dalam memilih rakan jika tidak
mahu terlibat dalam masalah ini.

            

        Selain itu, pengaruh media massa turut menjadi faktor utama dalam
meruncingkan lagi permasalahan disiplin ini. Lihat sahaja di layar perak mahupun di
kaca-kaca televisyen yang banyak menyiarkan aksi keganasan dan masalah sosial.
Contoh yang paling ketara seperti filem Bohsia, Adnan Sempit dan KL Gengster
yang memaparkan tema keganasan yang mendapat tempat dalam kalangan
masyarakat. Sedikit sebanyak remaja yang menebal sikap ingin tahunya itu pasti
akan mengikut aksi yang terpapar dalam filem yang berkenaan.

            Kesimpulannya, terdapat banyak faktor yang mendorong kepada


peningkatan masalah sosial dalam kalangan remaja. Namun demikian, perkara ini
boleh diatasi jika semua pihak memainkan peranan masing-masing serta saling
berganding bahu bagai aur dengan tebing. Secara tidak langsung, hasrat kerajaan
dalam melahirkan modal insan yang berkualiti tinggi pada tahun 2020 bakal
terlaksana.

You might also like