Hbef3103 840317075484

You might also like

Download as doc, pdf, or txt
Download as doc, pdf, or txt
You are on page 1of 28

FAKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASA

PROGRAM SARJANA MUDA PENGAJARAN (PENDIDIKAN RENDAH)


DENGAN KEPUJIAN

SEMESTER JANUARI 2011

KOD KURSUS

HBEF 3103

TAJUK KURSUS

PRINSIP TEKNOLOGI PENGAJARAN

NAMA : YEW SHI YING

NO. MATRIKULASI : 840317075484001

NO. KAD PENGNEALAN : 840317075484

NO. TELEFON : 013-4866416


E-MEL : yew_sy84@yahoo.com
NAMA TUTOR : EN. HASNALEE BIN TUBAH

PUSAT PEMBELAJARAN : SARAWAK


YEW SHI YING 840317075484001 HBEF3103

Isi Kandungan
Bil Perkara Muka surat
1.0 Pengenalan.
1.1 Teknologi pengajaran. 1
1.2 Teknologi pengajaran dalam mata pelajaran Bahasa Melayu 2
2.0 Model ASSURE.
2.1 Model ASSURE dalam pengajaran dan pembelajaran Bahasa
4
Melayu Tahun 5
2.1.1 Perancangan dan persediaan 4
2.1.2 Pelaksanaan. 4
3.0 Kaedah pengajaran Bahasa Melayu mengikut Model ASSURE. 7
3.1 Kaedah Sumbang saran. 7
3.2 Keberkesanan kaedah sumbang saran dalam mencapai objektif
pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu
3.2.1. Persediaan guru 7
3.2.2 Kemahiran murid 7
4.0 Penggunaan media pengajaran dalam pengajaran Bahasa Melayu 8
4.1 Media kaset rakaman 9
4.2 Media lembaran kerja 9
5.0 Cadangan penambahbaikan media pengajaran dalam pengajaran
9
dan pembelajaran Bahasa Melayu
5.1 Kebergunaan Media 10
5.2 Keberkesanan media 11
5.3 Penyediaan dan perancangan media 12
5.4 Penyediaan dan penyesuaian 14
6.0 Kesimpulan 15
Rujukan 17
Lampiran A Rancangan Pengajaran Bahasa Melayu Tahun 5 18
Lampiran B - E 23

1.0 Pengenalan

1.1 Teknologi Pengajaran

Perkataan teknologi berasal daripada bahasa Yunani, “techne” yang bermakna


kemahiran. Berdasarkan erti asal perkataan Yunani ini, maka wajarlah jika Galbraith
(1967) mendefinisikan teknologi sebagai:
...the systematic application of scientific knowledge and other organised knowledge
to practical tasks.

i
YEW SHI YING 840317075484001 HBEF3103

Kemahiran yang dimaksudkan ialah kemahiran menggunakan pengetahuan yang


sistematik sehingga menjadi satu amalan yang praktikal bagi melaksanakan sesuatu
tugas. Dalam hal ini, ahli teori telah meletakkan diri mereka sebagai penyokong
kepada perspektif yang menjurus kepada efektifnya penggunaan teknologi. Ertmer
(1999) dan Hokanson & Hooper (2004) telah mengkaji penggunaan secara efektif
keperluan teknologi yang semakin bertambah dan ingin melihat cara guru
menggunakan teknologi dan sebab mereka menggunakannya. Mereka juga
memfokuskan peranan utama pendekatan pedagogi yang digunakan dalam pengajaran
di bilik darjah. Terdapat beberapa isu yang sering dikaitkan dalam pengajaran
menggunakan komputer. Stallard (1998) dalam kajiannya menyatakan bahawa
keadaan yang menjadikan pengajaran tersebut tidak berkesan ialah kurangnya
persediaan guru untuk membangunkan pengajaran yang berbantukan komputer.

Teknologi Pengajaran adalah cabang daripada teknologi pendidikan.  Heinich


(1982) menjelaskan bahawa teknologi pengajaran adalah teknologi yang bertanggung
jawab menggabungkan kesemua yang diketahui oleh guru ke dalam satu sistem
pengajaran.  …“Penggabungan berbagai-bagai teknologi dalam pengajaran ke dalam
satu sistem pengajaran manusia mesin adalah tugas utama teknologi pengajaran…” 
Laporan Suruhanjaya Teknologi Pengajaran, Amerika Syarikat (1970) menjelaskan
pengertian umum teknologi pengajaran bermaksud media yang wujud daripada
revolusi komunikasi yang boleh digunakan untuk mengajar seperti papan tulis dan
buku teks.  Peralatan yang terdapat di dalam teknologi pengajaran ialah seperti TV,
filem, projector, komputer dan bahan-bahan lain dianggap sebagai alat bersama
bahan.

Teknologi Pengajaran ialah bidang yang mengkaji aplikasi pembelajaran


manusia, media dan teknologi kepada perkembangan pengajaran. Bidang ini
merangkumi segala teknologi tradisional dan terkini dalam mempertingkatkan
penyampaian pengajaran. Teknologi pengajaran terbahagi kepada dua komponen
utama:
- reka bentuk pengajaran & media yang terlibat dengan aplikasi teori dan hasil
penyelidikan pembelajaran manusia kepada amalan perancangan pengajaran. Juga

i
YEW SHI YING 840317075484001 HBEF3103

ditekankan ialah penggunaan media dalam mempertingkatakan keberkesanan


pengajaran.
- komputer & telekomunikasi yang merupakan peralatan, kemudahan dan perisian
yang digunakan untuk mempertingkatkan keberkesanan penyampaian pengajaran.

Ini bermaksud bahawa teknologi pengajaran melibatkan ruang lingkup yang


lebih luas termasuk identifikasi, kurikulum, kaedah pengajaran dan pembelajaran dan
pengelolaan serta penggunaan alat dan bahan pengajaran.  Teknologi pengajaran lebih
tertumpu kepada penggunaan dan penyusunan secara sistematik terhadap berbagai
alat dan bahan teknologi yang boleh membantu aktiviti pengajaran dan pembelajaran.

Teknologi bukan sahaja alat tetapi proses yang melibatkan akal manusia
sebagai inputnya.  Akal ini bertindak menyatukan segala ilmu pengetahuan secara
sistematik dan terancang bagi menghasilkan alat dan bukan alat.  Peralatan yang
dimaksudkan seperti komputer, radio, TV, kaedah dan teknik.  Penyatuan antara alat
dan bukan alat digunakan oleh manusia untuk menyelesaikan beberapa masalah yang
boleh memberi kemudahan dan keselesaan dalam kehidupan. 

1.2 Teknologi Pengajaran Dalam Mata Pelajaran Bahasa Melayu.

Bahasa Melayu sedang mengalami zaman penuh cabaran terutama dari segi
pandangan umum terhadap kepentingannya dalam pengajaran (A. Aziz Deraman,
2007). Walaupun demikian, aspek pengajaran perlu diberikan perhatian dengan
menekankan penguasaan kemahiran bahasa yang diajarkan. Penggunaan komputer
dalam pengajaran Bahasa Melayu berupaya meningkatkan lagi keupayaan pelajar
dalam menguasai Bahasa Melayu dengan lebih baik. Oleh itu, aspek latihan dalam
perkhidmatan, penyediaan bahan pembelajaran interaktif, menggalakkan penggunaan
internet dalam pengajaran serta penyediaan teknologi yang sesuai dengan keperluan
semasa perlu diberikan perhatian.

Teknologi pengajaran dalam mata pelajaran Bahasa Melayu bertujuan untuk


memperbaiki pencapaian dan melicinkan proses pengajaran dan pembelajaran pelajar
di sesebuah bilik darjah. Oleh itu, dapat disimpulkan bahawa teknologi pengajaran
adalah suatu alat, prinsip dan pendekatan saintifik dalarn merancang dan
melaksanakan proses pengajaran dan pembelajaran berbantukan teknologi yang dapat
i
YEW SHI YING 840317075484001 HBEF3103

membuka jalan kepada pelajar untuk menguasai atau memperolehi matlarnat


pembelajaran yang telah dirancang oleh sesuatu kurikulum atau mata pelajaran.
Definisi ini juga tidak boleh meninggalkan keperluan terhadap peralatan tertentu
seperti bahan bercetak, bahan multimedia, bahan elektronik dan bukan elektronik
yang lain dalam membantu pendidik mencapai matlamatnya.

Sehubungan dengannya, guru Bahasa Melayu mempunyai tanggungjawab


besar dalam menerapkan penggunaan teknologi dalam proses pengajaran dan
pembelajaran literasi Bahasa Melayu di dalam bilik darjah. Mereka bertanggungjawab
dalam menentukan pelbagai objektif pengajaran mahupun memilih pendekatan dan
teknik yang sesuai untuk mencapai setiap objektif tersebut dengan menggunakan
teknologi. Guru perlu menentukan teknologi mana yang dapat membantu mereka
dalam langkah atau pelaksanaan pengajarannya supaya objektif yang telah dirancang
dapat dicapai. Dalam soal ini, guru berperanan dalam merancang, melaksana dan
menilai keberkesanan sesuatu sesi pengajaran berbantukan teknologi terkini.

Laporan Suruhanjaya Teknologi Pengajaran (AECT), Amerika Syarikat


(1970) menjelaskan pengertian umum teknologi pengajaran bermaksud media yang
wujud daripada revolusi komunikasi yang boleh digunakan untuk mengajar seperti
papan tulis dan buku teks. Peralatan yang terdapat di dalam teknologi pengajaran
ialah seperti TV, filem, projektor, komputer dan bahan-bahan lain dianggap sebagai
alat bersama bahan.

Guru perlu juga ingat bahawa peranan teknologi adalah untuk membantu
melicinkan proses pengajaran dan pembelajaran dan bukannya menjadi matlamat atau
objektif dalam melaksanakannya. Ini bermakna, walau secanggih mana pun sesuatu
teknologi itu Berjaya dihasilkan pada masa ini tetapi ia tidak dapat menggantikan
peranan guru dalam sesuatu proses pengajaran dan pembelajaran.

2.0 Model ASSURE (Umum)

2.1 Model ASSURE Dalam Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa Melayu


Tahun 1

2.1.1 Perancangan dan Persediaan.

i
YEW SHI YING 840317075484001 HBEF3103

Bagi melahirkan suasana pembelajaran yang berkesan, guru digalakkan


merancang instruksi secara sistematik supaya teknologi dan media (alat dan bahan
bantuan mengajar) yang digunakan benar-benar memberi kesan kepada proses
pengajaran dan pembelajaran. Sistematik bermaksud tiap-tiap langkah dalam model
ini akan menerima input daripada langkah-langkah sebelumnya dan akan memberi
output pula kepada langkah berikutnya. Model ASSURE boleh dijadikan panduan
untuk merancang penggunaan media dan teknologi dalam instruksi (Heinich,
Molenda, Russell dan Smaldino, 1982, 1996). ASSURE adalah perkataan Inggeris
yang direka daripada enam huruf yang membawa maksud sesuatu itu iaitu
pembelajaran pasti akan berlaku: Model ini mempunyai enam langkah:
A = Analyse learner (Analisis pelajar).
S= State objectives (Nyatakan objektif).
S = Select, modify or make media (Pilih, baiki atau buat media)
U = Use media (Gunakan media)
R = Require learner response (Perlukan tindak balas pelajar).
E = Evaluate materials (Menilai dan menyemak semula bahan).

2.1.2 Pelaksanaan

Penggunaan MODEL ASSURE dalam pengajaran dan pembelajaran

Menganalisis Pelajar

Sebahagian pelajar tahun 5 Cemerlang di sekolah SK Lumba Kuda adalah


anak pekerja kilang. Manakala yang selebihnya adalah dari anak golongan kakitangan
kerajaan, bekerja sendiri dan bekerja di kedai.

Menyatakan Objektif

Latar belakang keluarga yang berbeza telah mewujudkan gaya belajar yang
berbeza yakni tahap untuk menguasai sesuatu ilmu itu tidak sama antara satu sama
lain. Ada pelajar yang cepat menguasai ilmu yang disampaikan oleh guru dan ada
yang sebaliknya.

Memilih Kaedah, Media dan Bahan Sumber

i
YEW SHI YING 840317075484001 HBEF3103

Merujuk kepada tahap murid yang pelbagai maka kaedah menyoal akan
digunakan semasa set induksi. Kaedah ini digunakan agar murid dapat fokus terhadap
apa yang ingin disampaikan oleh guru, disamping membantu murid membayangkan
sesuatu mengikuti perancangan yang telah diatur oleh guru. Kaedah ini dapat
membantu guru melaksanakan sesi pengajaran dan pembelajaran (p&p) dengan lancar
dan mengikut perancangan.

Kaedah sumbang saran juga turut dipraktikkan semasa sesi pengajaran dan
pembelajaran. Ini kerana kaedah sumbang saran dapat menggalakkan murid lebih
terbuka untuk melontarkan idea dan aktiviti yang dilaksanakan adalah berpusatkan
murid. Murid lebih diberi peluang untuk melibatkan diri dalam aktiviti pengajaran dan
pembelajaran. Soalan-soalan yang diutarakan oleh guru juga bersifat bertumpu dan
bercampah. Situasi ini pasti akan memberi kefahaman yang lebih kepada murid-
murid kerana soalan yang ditanya oleh guru bertumpu kepada tajuk perbincangan.

Menggunakan Media dan Bahan

Selain itu penggunaan kaset rakaman syair ‘Sekolahku Selamat’ adalah


bertujuan memberi sedikit kelainan dan dapat mendengar dengan jelas cara
mendeklamasikan sajak dengan betul kepada murid. Manakala penggunaan lembaran
kerja adalah bertujuan untuk murid mengingat balik dan berkongsi idea mengenai
maklumat yang terkandung dalam bahan petikkan yang dibaca.

Memerlukan Penglibatan Pelajar

Bagi memastikan aktiviti p&p berpusatkan murid maka permilihan bahan


pengajaran adalah penting. Bahan-bahan pengajaran yang digunakan mestilah
dapat menggalakkan penglibatan murid, menarik minat dan mencetuskan motivasi
murid. Berpandukan pada rancangan pengajaran harian yang telah dibuat, penggunaan
rakaman kaset syair ‘Sekolahku Selamat’ adalah bertujuan untuk menarik minat
murid mengikuti apa yang bakal dipelajari pada hari tersebut. Manakala penggunaan
lembaran kerja secara adalah bertujuan untuk membimbing murid mengingat balik
dan menperkukuhkan pengajaran yang telah diajar.
i
YEW SHI YING 840317075484001 HBEF3103

Semua murid dapat dilibatkan dalam aktiviti p&p dengan melaksanakan


aktiviti berkumpulan. Dalam aktiviti berkumpulan, semua ahli kumpulan perlu
menyumbangkan idea untuk dipersembahan di hadapan kelas. Ahli kumpulan yang
pintar dan cerdas dapat membantu ahli lemah untuk turut serta dalam aktiviti
kumpulan. Manakala petikan cerpen dan latihan pemahaman yang diedarkan kepada
semua murid akan dapat memudahkan murid mengikuti aktiviti pengajaran dengan
teratur.

Melakukan Penilaian dan Pengubahsuaian

Latihan pemahaman yang diberikan kepada murid adalah sebagai pengukur


sejauh manakah kefahaman tentang apa yang dipelajari. Sekiranya jumlah murid
berjaya menjawab betul tiga soalan daripada lima soalan maka bolehlah dirumuskan
bahawa murid faham apa yang dipelajari pada hari ini. Aktiviti sumbang saran antara
murid dan dibantu oleh guru juga dapat membantu menilai sejauh mana murid-murid
faham mengenai tajuk yang sedang dibincangkan. Selainitu, pada akhir sesi
pengajaran dan pembelajaran soal jawab antara guru dan murid juga dapat
mengetahui sepenuhnya apa yang telah dipelajari. Sekiranya murid dapat menyatakan
semula tentang apa yang telah dipelajari maka jelaslah bahawa murid faham
mengenai pelajaran yang dipelajari pada hari ini.

3.0 Kaedah Pengajaran BM Mengikut Model ASSURE.

Seorang guru perlu mahir melaksanakan pelbagai strategi pengajaran semasa


melaksanakan pengajaran dan pembelajaran di bilik darjah. Profesionalisme
seseorang guru boleh diukur daripada kemahiran beliau menggunakan pelbagai
strategi atau keadah pengajaran semasa melakukan pengajaran. Semasa latihan
perguruan (pra perkhidmatan) di institusi latihan perguruan, semua bakal guru telah
didedahkan kepada ilmu pedagogi dan andragogi. Selain itu ilmu mengenai kaedah
mengajar bagi subjek tertentu juga didedahkan. Semua bakal guru dikehendaki
melaksanakan micro-teaching dan latihan mengajar sebelum diiktirafkan sebagai
seorang guru yang sebenar.
i
YEW SHI YING 840317075484001 HBEF3103

3.1 Kaedah Sumbang Saran

Dikenali sebagai percambahan fikiran (brainstorming) yang merupakan satu


sesi perbincangan yang membolehkan  setiap ahli kumpulan menyumbangkan
pendapat dan idea. Boleh didekati sebagai aktiviti permainan bahasa pada peringkat
sekolah rendah berkembang menjadi aktiviti perbincangan yang lebih serius dan
kompleks pada peringkat sekolah menengah, universiti dan latihan profesional.
Menekankan pengeluaran idea daripada pembelajaran yang kreatif dan bukan
pembelajaran secara analitis.

3.2 Keberkesanan Kaedah Sumbang Saran Dalam Mencapai Objektif P&P


Bahasa Melayu.
3.2.1 Persediaan Guru.

Untuk memastikan keberkesanan keadah sumbang saran dalam


mencapai objektif pengajaran dan pembelajaran Bahasa melayu, guru perlu
membuat persediaan yang rapi untuk mengetahui apakah masalah yang
dihadapi oleh murid-murid.

3.2.2 Kemahiran Murid

Kesempurnaan kesediaan seseorang dari segi mental, fizikal dan rohani


yang mampu mengahadapi peringkat pembelajaran yang baik. Persediaan
mental yang baik ialah persediaan tumpuan fikiran yang sepenuhnya terhadap
pelajaran. Pemikiran yang masih bercampur-aduk dengan perkara-perkara lain
akan mengakibatkan kebuntuan untuk memberi perhatian yang serius kepada
pelajaran. Seseorang pelajar hendaklah menghilangkan ingatannya kepada
perkara yang lain, sebaliknya ingatan hendaklah ditumpukan kepada pelajaran
sahaja. Berkhayal kepada perkara lain ialah penyakit yang paling besar bagi
seseorang pelajar yang sedang menghadapi pelajarannya. Oleh itu, pelajar
hendaklah mengelakkan diri daripada berkhayal semasa belajar.

Murid bukan hanya memerlukan satu pendekatan pengajaran yang


fleksibel dan inovatif yang dapat menarik perhatian mereka tetapi yang sama

i
YEW SHI YING 840317075484001 HBEF3103

penting ialah satu strategi yang dapat membantu mereka mengingat kembali
maklumat yang diajar agar proses P & P boleh dianggap berkesan. Walau
bagaimanapun, peruntukan masa yang panjang bagi sesuatu pembelajaran
diperlukan supaya mereka benar-benar dapat menguasai kemahiran tersebut.
Bahan yang diberi juga tidak boleh terlalu banyak memandangkan kumpulan
sasaran terdiri daripada mereka yang cepat merasa bosan. Semangat ingin
berjaya telah wujud dalam diri mereka, dengan sendirinya murid-murid ini
menggunakan masa terluang dengan aktiviti membaca bahan yang disediakan .

Kaedah sumbang saran dipraktikkan semasa sesi pengajaran dan


pembelajaran. Ini kerana kaedah sumbang saran dapat menggalakkan murid
lebih terbuka untuk melontarkan idea dan aktiviti yang dilaksanakan adalah
berpusatkan murid. Murid lebih diberi peluang untuk melibatkan diri dalam
aktiviti pengajaran dan pembelajaran. Soalan-soalan yang diutarakan oleh
guru juga bersifat bertumpu dan bercampah. Situasi ini pasti akan memberi
kefahaman yang lebih kepada murid-murid kerana soalan yang ditanya oleh
guru bertumpu kepada tajuk perbincangan.

4.0 Penggunaan Media Pengajaran Dalam Pengajaran dan Pembelajaran


Bahasa Melayu.

Media merupakan alat atau perkakasan yang digunakan bagi menyampaikan


maklumat kepada manusia. Media yang digunakan sebagai bahan bantu mengajar
terdiri daripada media cetak dan media elektronik. Media menurut Kamus Dewan
Edisi Keempat Cetakan Kedua 2007 didefinisikan sebagai pelbagai alat saluran atau
perantara komunikasi, alat atau saluran komunikasi amnya atau keseluruhannya yang
berupa bahan cetakan atau terbitan. Cetak pula ditakrifkan sebagai tanda, huruf pada
kertas atau kain. Berdasarkan definisi literal tersebut dapatlah dinyatakan secara
konseptualnya bahawa media cetak merujuk kepada segala jenis bahan yang bercetak.
Antara contoh bahan bercetak ialah gambar, keratan akhbar, poskad, risalah dan
sebagainya.

i
YEW SHI YING 840317075484001 HBEF3103

Manakala media elektronik pula adalah media yang menggunakan alat elektrik
dan komponen-komponennya seperti jaringan internet, televisyen, radio, cakera padat
(CD), video cakera padat (VCD) dan kaset.

4.1 Media Kaset Rakaman

Penggunaan kaset rakaman syair ‘sekolahku selamat’ semasa set


induksi adalah bertujuan memberi sedikit kelainan dan dapat mendengar
dengan jelas cara mendeklamasikan syair dengan betul kepada murid. Melalui
rakaman kaset, murid akan dapat mencapai objektif sepertti dapat membaca
lancar teks pelbagai laras bahasa dengan sebutan dan intonasi yang betul serta
gaya yang sesuai.

4.2 Media Lembaran Kerja

Penggunaan lembaran kerja semasa pengajaran dan pengajaran dalam


langkah penyampaian 3 adalah bertujuan untuk murid mengingat balik dan
berkongsi idea mengenai maklumat yang terkandung dalam bahan petikkan
yang dibaca.

5.0 Cadangan Penambahbaikan Media Pengajaran Dalam P&P Bahasa Melayu.

Bagi memastikan aktiviti pengajaran dan pebelajaran berpusatkan murid


maka permilihan bahan pengajaran adalah penting. Bahan-bahan pengajaran yang
digunakan mestilah dapat menggalakkan penglibatan murid, menarik minat dan
mencetuskan motivasi murid. Berpandukan pada rancangan pengajaran harian yan
telah dibuat,penggunaan rakaman kaset syair ‘sekolahku selamat’ adalah bertujuan
untuk menarik minat murid mengikuti apa yang bakal dipelajari pada hari tersebut.
Manakala penggunaan lembaran kerja secara adalah bertujuan untuk membimbing
murid mengingat balik dan menperkukuhkan pengajaran yang telah diajar.

5.1 Kebergunaan Media

i
YEW SHI YING 840317075484001 HBEF3103

Profesionalisme seseorang guru dapat dipertingkatkan dengan pelbagai


cara. Salah satu daripada caranya ialah dengan mempelbagaikan kaedah
pengajaran dengan menggunakan media pengajaran semasa melaksanakan
pengajaran dan pembelajaran di bilik darjah. Banyak kajian dan penyelidikan
telah dijalankan di dalam dan luar negara mengenai faedah dan kepentingan
media pengajaran dalam pendidikan. Dengan penggunaan media pengajaran,
guru akan dapat dilihat sebagai seorang yang sentiasa proaktif dan menitik
beratkan hasil akhir pengajaran yang mana akan dapat membantu murid
memahami dan mengingati sesuatu fakta dan ilmu. Menurut kajian, peratus
penerimaan semasa proses pengajaran pembelajaran berlaku adalah
dipengaruhi oleh penglibatan deria masing-masing.

Seseorang guru harus tahu dan bijak untuk memilih media pengajaran,
faktor-faktor berikut perlu diberikan perhatian:

a. Kesesuaian
b. Peringkat penerimaan/kefahaman
c. Pemerolehan
d. Harga
e. Mutu
f. Kesesuaian

Sebelum memilih sesuatu media pengajaran, guru perlu menetapkan


objektif yang hendak dicapai terlebih dahulu. Contohnya, kalau objektif guru
adalah supaya murid mengetahui tentang bunyi sebutan perkataan yang betul
di dalam pembelajaran bahasa kedua, dan disamping membetulkan bunyi
sebutannya, maka murid perlu mendengarnya sendiri. Oleh itu media yang
betul ialah alat perakam audio. Boleh juga alat perakam audio digabungkan
dengan carta dan sebagainya jika difikirkan mustahak. Sesuatu media
dianggap sesuai jika memenuhi syarat berikut:

 Memenuhi kehendak isi dan objektif murid


 Memudahkan kefahaman murid
 Memerlukan latihan yang minimum untuk menggunakannya

i
YEW SHI YING 840317075484001 HBEF3103

 Menimbulkan suasana pengajaran pembelajaran yang menyeronokkan


 Mudah diubahsuai dari segi penggunaan serta juga senang dipindahkan
dari satu tempat ke satu tempat yang lain
 Selamat digunakan oleh murid

5.2 Keberkesanan Media

Isi kandungan media yang dipilih itu harus sesuai, Ini adalah supaya
cara penyampaian atau peringkat penerimaan murid adalah setara dengan
keupayaan mereka. Keupayaan murid untuk menerima dan memahami isi
kandungan yang disampaikan oleh media perlu diutamakan. Ini sering berlaku
kepada media yang telah siap tersedia oleh pihak-pihak tertentu seperti
syarikat pengeluar media tersebut. Untuk mengelakkan perkara ini, media
perlulah dihasilkan sendiri oleh guru yang mengajar. Media yang dapat
memudahkan pemahaman murid terhadap konsep-konsep yang hendak
disampaikan hendaklah dipilih.
Harga Sesuatu media yang hendak digunakan hendaklah diperolehi dengan
mudah dan harga yang murah. Media elektronik tidak dapat dinafikan
mempunyai keupayaan yang lebih baik walaupun harganya mahal. Sekiranya
harga tidak menjadi masalah, pilihlah media yang dapat memberikan kesan
yang lebih baik. Kos adalah munasabah dan tidak terlalu membebankan.
Pemerolehan Seseorang guru yang merancang menggunakan media
pengajaran, perlu mengenal pasti pemerolehan sesuatu media itu. Adakah
media tersebut ada di pusat sumber atau sekolah masing-masing? Bolehkah
media tersebut disediakan dengan mudah? Sekiranya mudah diperolehi, akan
mendorongkan seseorang guru menggunakannya dengan lebih kerap.
Mutu Sekiranya faktor-faktor di atas sudah dipenuhi, apakah guru akan
menolak penggunaan media tersebut kerana mutu yang rendah? Sesuatu
objektif pembelajaran tidak akan tercapai sekiranya mutu media yang
digunakan itu tidak elok seperti warna, suara dan tulisan yang tidak jelas.
Penghasilan Media Kebanyakan media yang ada di pasaran adalah
dipasarkan untuk mencari keuntungan tanpa memenuhi kehendak dan
keperluan tertentu guru dan murid. Oleh itu untuk menyediakan media yang

i
YEW SHI YING 840317075484001 HBEF3103

sesuai, guru perlulah membuat sendiri. Banyak sekali faedah yang diperolehi
dari penghasilan media oleh guru seperti berikut:

 Isi kandungan yang sesuai dengan sukatan sekolah


 Objektif pengajaran pembelajaran disusun dengan lebih tepat
 Jika dilibatkan murid dalam penghasilan media, akan dapat mengukuhkan
lagi daya ingatan dan meberikan pengalaman yang berguna kepada murid
 Menambahkan koleksi pusat sumber sekolah di samping menjimatkan kos

5.3 Persediaan Dan Perancangan Media

Beberapa aspek yang perlu dititik beratkan dalam persediaan dan


perancangan media adalah seperti berikut:

 Pengetahuan mengenai bahan yang hendak dihasilkan (isi kandungan)


 Kemahiran untuk penghasilan
 Mempunyai daya kreatif
 Tenaga untuk penghasilan
 Alatan khas yang diperlukan
 Masa
 Kos

Untuk menyediakan sesuatu media, kita perlu memikirkan penghasilan


media pengajaran dalam dua kategori;

i. Media pengajaran yang akan digunakan untuk persembahan dalam bilik


darjah, perbincangan dengan murid, penilaian atau aktiviti yang diarahkan
oleh guru. Contohnya, bahan tayangan yang mudah seperti transparensi,
selaid, kaset audio, poster, grafik dan bahan pameran.

ii. Media pengajaran yang digunakan terus oleh murid untuk tujuan
pembelajaran. Contohnya, kit pelbagai media yang digunakan untuk
pembelajaran individu, bahan 3D dan 'mock-up' yang digunakan oleh
murid kejuruteraan

i
YEW SHI YING 840317075484001 HBEF3103

Objektif dan idea mengenai bagaimana menyusun program


pengajaran pembelajaran dengan lebih baik lagi harus dititikberatkan.
Murid juga terlibat dalam penghasilan media supaya mereka memperolehi
faedah daripada pengalaman mereka. Mereka boleh memberikan
sumbangan berupa idea yang kreatif untuk sesuatu penghasilan media.
Bakat murid dalam penghasilan media seperti bahan pameran, bahan
pembelajaran kendiri, transparensi, selaid, bahan 2D, poster dan
sebagainya tidak boleh diperkecilkan. Di sebalik khidmat penghasilan
media, murid juga boleh membantu guru untuk merekabentuk media
pengajaran supaya sesuai dan mencapai kehendak dan keperluan bilik
darjah. Beberapa perkara yang perlu diberikan perhatian sekiranya guru
ingin murid menghasilkan media:

 Ingat bahawa penghasilan akhir sesuatu media tidaklah begitu penting


berbanding proses dan pengalaman yang digunakan untuk mencapai
objektif
 Apabila murid menghabiskan masa dan tenaga dalam penghasilan
media, pastikan mereka memahami apa yang dibuat dan mereka
merasakan dihargai. Matlamat guru bukanlah untuk mempergunakan
murid atau memaksa mereka berkerja melampaui keupayaan, tetapi
memberikan peluang kepada mereka supaya produktif dan seronok
melakukan aktiviti penghasilan media
 Pastikan, sebelum projek dimulakan, murid menghasilkan perancangan
di atas kertas. Bantulah mereka belajar bagaimana membuat 'lay-out'
projek sebelum kerja sebenar dijalankan, untuk mempastikan dengan
jelas setiap langkah yang akan diambil akan mencapai kejayaan
 Bantu murid menghadapi kekecewaan jika terdapat kesilapan dan
mencuba semula. Kesilapan adalah perkara biasa dalam memmuridi
sesuatu yang baru

5.4 Penyediaan Dan Penyesuaian

a) Penghasilan Media Secara Tiruan

i
YEW SHI YING 840317075484001 HBEF3103

Penghasilan media secara tiruan boleh diilustrasikan seperti memotong


huruf berdasarkan bentuk, melukiskan peta dan gambar melalui surihan imej
tayangan atau menghasilkan terarium atau boneka berdasarkan arahan buku
atau gambar.

b) Penghasilan Media Secara Pengubahsuaian

Pengubahsuaian memerlukan penciptaan dalam bentuk baru atau cara


baru dalam penggunaan media sedia ada. Prototaip atau gambar prototaip yang
ada adalah sebagai panduan berguna, tetapi hasil akhir kelak akan memerlukan
individu terlibat dalam pelbagai masalah. Penghasilan media secara
pengubahsuaian memerlukan pertimbangan individu, arah kendiri dan inisiatif.

c) Rekaan Kreatif.

Melibatkan keupayaan mentafsir dan menyelesaikan masalah dengan


cara yang asli, tanpa bergantung kepada pengalaman atau penulisan.
Penghasilan filem slaid bersuara, fotografi, penggambaran video dan
sebagainya untuk digunakan dalam pengajaran pembelajaran adalah antara
contoh rekaan kreatif. Guru perlu menggalakkan murid membuat rekaan
kreatif dan asli.

d) Inovasi Dari Peniruan.

Meniru secara kreatif mengandungi dua unsur yang seolah-olah


bertentangan. Sesuatu yang kreatif tentulah bersifat asli. Sebaliknya sesuatu
yang dihasilkan secara meniru tentulah tidak asli, oleh itu tidak kreatif. Walau
bagaimana pun peniruan kreatif adalah penghasilan semula apa yang telah
dicipta oleh orang lain dalam bentuk yang tersendiri dan mempunyai keunikan
tersendiri dari segi fizikal dan fungsinya. Guru dan murid perlulah
menggunakan kaedah ini untuk menghasilkan media yang boleh digunakan
untuk tujuan pengajaran pembelajaran.

e) Media Kos Murah.


Definisi media kos murah adalah berdasarkan kepada ciri-ciri berikut:

i
YEW SHI YING 840317075484001 HBEF3103

 Media yang boleh disediakan oleh guru dan murid sendiri


 Media yang dibekalkan dan boleh menambahkan keberkesanan pengajaran
pembelajaran dalam bilik darjah tanpa memerlukan kos tambahan
 Proses yang terlibat dalam penghasilan media tersebut adalah mudah dan
murah
 Penghasilan media tersebut tidak memakan masa yang panjang
 Bahan mentah yang digunakan adalah percuma dan mudah diperolehi dari
persekitaran murid dan guru

6.0 Kesimpulan

Pembelajaran memerlukan rangsangan dan kecerdasan pemikiran. Rangsangan


yang diterima daripada alam sekeliling menjadi bahan untuk diproses oleh kecerdasan
dan yang kemudiannya akan lahir sebagai pengetahuan dan pengalaman. Sungguhpun
rangsangan dalam alam sekeliling ini amat banyak tetapi tidak semua rangsangan itu
dapat diterima atau ditanggapi oleh manusia. Rangsangan yang sukar ditanggap tidak
akan dapat diproses dan tidak akan menjadi pengalaman. Oleh yang demikian,
kecerdasan walau bagaimana baik pun , jika kurang mendapat rangsangan, ianya tidak
akan menghasilkan perkembangan kecerdasan dan pengalaman yang berkesan.

Berdasarkan hakikat inilah, peranan guru dalam menentukan bahan-bahan dan


media pengajaran dan pembelajaran sangat penting. Guru yang kreatif, dengan secara
bijaksana menggunakan teknologi yang ada untuk membantu mereka mencapai
objektif pembelajaran dengan lebih mudah. Pelbagai aplikasi teknologi boleh
digunakan secara meluas dalam pelbagai aktiviti dalam proses pengajaran dan
pembelajaran literasi bahasa. Di samping itu, guru juga perlu merancang penggunaan
teknologi dengan sebaiknya supaya faedah yang maksimum diperolehi daripada
bahan tersebut. Pengetahuan mengenai bahan teknologi dan cara penggunaannya
perlu dikuasai guru supaya mereka sentiasa peka terhadap perkembangan terkini
selain tidak ketinggalan dalam kemahiran teknologi yang setiap masa semakin maju.

i
YEW SHI YING 840317075484001 HBEF3103

Rujukan

Yusup Hashim (1998). Teknologi pengajaran. Shah Alam: Fajar Bakti.


CET. (1979). The contribution of educational technology to higher education in the
1990s. London: Council of Educational Technology.
Christensen, L. B. (1997). Experimental methodology (Cet. 7). Boston: Allyn.
Cowen, 1. (1980). Is system curriculum design always feasible? Programmed Learning
and Educational Technology, 17(2), 115-117.
Dewan Bahasa dan Pustaka. (1998). Dewan eja 98. Kuala Lumpur: DBP.

i
YEW SHI YING 840317075484001 HBEF3103

Dowling, C. .(1999). Writing and learning with computers. Melbourne, Victoria: Acer.
278 Masalah Pendidikan 2005, Universiti Malaya
Giesert, P., & Futrell, M. (1990). Teachers, computers and curriculum. Boston: Allyn.
Heinich, P. (Ed.). (1996). Instructional media and the new technologies of instruction.
New York: Macmillan.
Juriah Long et. al. (1992). Pengkaedahan Pengajaran Bahasa Malaysia.
Kuala Lumpur : Fajar Bakti.
Kementerian Pendidikan Malaysia. (1998). Buku Panduan Pelaksanaan
Program Pendidikan Pemulihan Khas (Masalah Penguasaan 3M). Kuala
Lumpur: Jabatan Pendidikan Khas, Kementerian Pendidikan Malaysia.
Mahzan Arshad (2003). Penggunaan kamera video bagi meningkat kemahiran berkomunikasi

dalam pengajaran Bahasa Melayu. Jurnal Pendidikan, 23,113-122.


Merrill, F. 1. (1996). Computer in education. Boston, MA: Allyn. Vygotsky, L. S. (1978).
Mind in society. Cambridge, MA: Harvard UP.
Seels, B., & Richey, R. (1994). Instructional technology: The definition and domains of the
field, Washington DC; AECT
Sulaiman Ngah Razali. (1997). Pedagogi: Teori dan praktik. Kuala Lumpur:
Dewan Bahasa dan Pustaka

Lampiran A
Rancangan Pengajaran Bahasa Melayu Tahun 5

Tarikh :22 Mac 2011


Masa : 8.00 pagi – 9.00 pagi.
Kelas : 5 Cermelang
Bilangan Pelajar: 28 Orang
Mata Pelajaran : Bahasa Melayu
Tajuk Pelajaran : Syair Sekolahku Selamat

i
YEW SHI YING 840317075484001 HBEF3103

Pengetahuan Sedia Ada :


1. Pernah membaca petikan mengenai keselamatan di sekolah.
2. Pernah melihat rancangan televisyen mengenai keselamatan sekolah.

Objektif Pelajaran: Pada akhir pelajaran murid dapat:


I. Menjawab soalan pemahaman yang bertumpu dan bercapah.
II. Membaca dan memahami bahan sastera yang berbentuk syair.
III. Menulis jawapan pemahaman dengan betul sekurang-kurangnya tiga dari lima soalan
berdasarkan syair ‘sekolahku selamat’ yang dibaca.

Isi Pelajaran:
Fokus Utama
5.2 Membaca kuat teks prosa dan puisi dengan sebutan dan intonasi yang betul dan lancar
serta .
Aras 2 (I). Membaca lancar teks pelbagai laras bahasa dengan sebutan dan intonasi yang
betul serta gaya yang sesuai.
(II). Menjawab soalan pemahaman berdasarkan teks yang dibaca.

Fokus Sampingan
1.2 Bertanya dan menjawab tentang sesuatu perkara secara bertatasusila.
Aras 1 (III). Menjawab untuk menjelaskan sesuatu perkara yang dikemukakan dengan
menggunakan bahasa yang santun.

Nilai-nilai Murni : Kasih sayang, berusaha, bekerjasama, kesyukuran, baik hati

Alat Bantu Mengajar :


Radio kaset, kaset rakaman syair ‘sekolahku selamat’, petikan syair ‘sekolahku selamat’ ,
muzik instrumental, , kertas sebak, lembaran kerja.

Bahan Rujukan :Buku Teks Bahasa Melayu Tahun 5, KBSR (2010) Kuala Lumpur, DBP
Buku Panduan Bahasa Melayu, KBSR. (2006). Kuala Lumpur: DBP, Huraian Sukatan
Bahasa Melayu Tahun 5

i
YEW SHI YING 840317075484001 HBEF3103

Langkah keselamatan :Memastikan kelas dalam keadaan amali. Murid-murid berhati-hati


semasa guru memasangkan radio kaset. Murid-murid juga diminta membuat perbincangan
dalam kumpulan secara teratur.

Langkah Penyampaian:

Masa/ Isi pelajaran Aktiviti P&P Catatan


Langkah
Set Induksi • Muzik iringan (muzik Teknik:Imaginasi Menggunakan
( 5 minit ) instrumental). Berpandu media & bahan :
• Rakaman kaset syair Kaedah menyoal Kaset Rakaman
“sekolahku selamat” syair ‘sekolahku
(Rujuk lampiran B). 1. Murid diminta selamat’ dan
• Soal jawab mengenai memejamkan mata Muzik
“Sekolahku Selamat”. perlahan-lahan dan Instrumental
senyap.
Contoh Soalan: 2. Murid dibawa Memerlukan
1. 1. Apakah yang dapat membayangkan Penglibatan
2. murid- murid faham keadaan sekolah dengan Pelajar
3. daripada rakaman cara imaginasi berpandu.
4. syair yang telah 3.Muzik instrunmental
5. diperdengarkan itu dimainkan dan serentak
6. tadi? dengan itu guru
7. memperdengarkan
2. Bagaimanakah rakaman kaset syair
keadaan ‘sekolah’ “sekolahku selamat”.
dalam sajak tersebut? 4. Murid bersoal jawab
dengan guru tentang syair
3. 3. Bagaimanakah “sekolahku selamat”
perasaan kamu yang telah
apabila sekolah kita diperdengarkan.
jadi tidak selamat? 5. Pengalaman sedia ada
murid diaktifkan
berdasarkan soalan-
i
YEW SHI YING 840317075484001 HBEF3103

soalan secara lisan.


6. Guru mengaitkan set
induksi dengan tajuk
pelajaran

Langkah 1 • Bacaan syair Teknik: Sumbang Saran, Menggunakan


( 15 minit ) “Sekolahku Selamat”. Menjawab Soalan media & bahan :
(Rujuk lampiran B) Bertumpu dan Bermapah Petikan Syair
‘Sekolahku
1. Murid diedarkan petikan Selamat ’
syair pendek bertajuk
“Sekolahku Selamat”.
2.Dua orang murid yang Memerlukan
sukarela diminta Penglibatan
membaca syair Pelajar
“Sekolahku Selamat”
secara mekanis dan kuat.
3.Murid membincangkan
maksud syair yang telah
dibaca dengan guru.
4. Murid menjelmakan nilai
yang terdapat dalam syair.
5. Murid merumuskan isi
pelajaran dan nilai murni.
Langkah 2 Contoh cara murid Teknik: Banding Beza Memerlukan
( 20 minit ) menghuraikan maksud 1.Murid dipecahkan kepada Penglibatan
syair rangkap demi empat kumpulan. Pelajar
rangkap : 2. Setiap kumpulan
1. Mencari maksud dikehendaki membincang
istilah. dan menghuraikan
2. Memahami maksud syair rangkap
maksud baris demi rangkap.
demi baris. 3.Guru membimbing
3. Mentafsirkan kumpulan murid yang
i
YEW SHI YING 840317075484001 HBEF3103

keseluruhan memerlukan pemulihan.


rangkap. 4. Wakil kumpulan
4. Menggunakan dikehendaki
ayat sendiri untuk membentangkan jawapan
membuat huraian. kumpulan.
5. Guru menilai kewajaran
Contoh maksud syair jawapan yang diberikan
( Rujuk lampiran 2 ) oleh murid.
6.Guru menyerapkan nilai
murni dalam kehidupan
Nilai murni diserap: seharian.
1. Rasa sayang akan
sekolah seperti
menyayangi
rumah sendiri
2. Sentiasa
memastikan
kebersihan
sekolah dijaga.
3. Menghormati
guru.
Langkah 3 Latihan Kefahaman Teknik: Latih Tubi Menggunakan
( 15 minit ) (Rujuk lampiran D) media & bahan :
1.Murid diedarkan lembaran Lembaran Kerja
Contoh jawapan kerja.
(Rujuk lampiran E) 2.Murid dikehendaki
menjawab soalan-soalan
kefahaman yang terdapat
dalam lembaran kerja.
3. Tiga orang murid yang
sukarela diminta
membacakan jawapan.
Penutup Penutup Kognitif Teknik: Melakukan
( 5 minit ) • Sentiasa menjaga Penerangan/Bersoal Jawab Penilaian dan
i
YEW SHI YING 840317075484001 HBEF3103

keselamatan dan Pengubahsuaian


keharmonian sekolah. 1.Guru meminta murid
menyatakan apa yang
Penutup Sosial telah dipelajari pada hari
• Sentiasa mengenang ini.
jasa sekolah. 2.Kita mesti menjaga
sekolah seperti harta benda
sendiri.

Refleksi:
___________________________________________________________________________
___________________________________________________________________________
___________________________________________________________________________

Lampiran B

(Muzik iringan dimainkan….


Murid memejamkan mata
Kaset rakaman : ‘Syair Sekolahku selamat’
Tersergam indah, kukuh dan megah,
Nampak bergaya anggun terserlah,
Tempat belajar berpenat lelah,
Rasa kasihku telah tertumpah.

Dindingnya bersih tiada berkarah,


Pagarnya teguh semua arah,

i
YEW SHI YING 840317075484001 HBEF3103

Dijaga rapi tak sudah-sudah,


Murid selamat umpama di rumah.

Mencurah rasa kepada guru,


Agar diri dapat dibantu,
Rajin belajar menuntut ilmu,
Hidup berjaya yang kami tuju.

Kalau sekolah selalu ceria,


Hati tidak gundah-gulana,
Rindu terasa amat membara,
Malam-malam teringat jua.

Pergi sekolah hati nan riang,


Semua kawan dikasih disayang,
Sentiasa bersama susah dan senang,
Walau banyak rintangan yang datang.

Lampiran C

Maksud Rangkap 1
Bangunan sekolah itu kelihatan kukuh dan indah. Murid-murid berasa gembira belajar di situ.
Semua orang menyayangi sekolah ini.

Maksud Rangkap 2
Selain bersih, sekolah ini dipagar dengan rapi. Kawasan sekolah juga tidak mudah diceroboh.
Oleh itu, keselamatan sekolah ini terkawal. Jika sekolah terkawal, murid-murid akan dapat
belajar dengan selamat.

Maksud Rangkap 3

i
YEW SHI YING 840317075484001 HBEF3103

Murid-murid menyayangi guru-guru di sekolah. Semua murid di sekolah itu belajar


bersungguh-sungguh keranan mereka ingin berjaya.

Maksud Rangkap 4
Sekolah yang disayangi terus dalam ingatan. Murid-murid tidak sabar-sabar untuk ke sekolah
pada keesokan harinya kerana mereka berasa gembira ketika berada di sekolah.

Maksud Rangkap 5
Hubungan antara murid juga baik. Murid-murid di sekolah ini bekerjasama dan saling
menyayangi. Jika wujud masalah, mereka akan menyelesaikannya bersama-sama.

Lampiran D
( Lembaran kerja )
Jawab Soalan

Jawab soalan ini berdasarkan syair yang telah kamu pelajari.


1. Nyatakan tiga ciri sekolah selamat.
I. ___________________________________________________________
II. ___________________________________________________________
III. ___________________________________________________________

2. Apakah yang kamu faham tentang baris syair “tersergam indah, kukuh dan megah”?

i
YEW SHI YING 840317075484001 HBEF3103

____________________________________________________________________
____________________________________________________________________

3. Bagaimanakah kejayaan dapat dicapai oleh murid?


____________________________________________________________________
____________________________________________________________________
____________________________________________________________________

4. Mengapakah murid pergi ke sekolah dengan hati yang riang?


____________________________________________________________________
____________________________________________________________________
____________________________________________________________________

5. Apakah pengajaran yang terdapat dalam syair tersebut? Naytakan pandangan kamu.
____________________________________________________________________
____________________________________________________________________
____________________________________________________________________

Lampiran E
( contoh jawapan )

1. I. Bangunan sekolah teguh.


II. Persekitaran sekolah bersih.
III. Pagar di sekeliling sekolah diselenggara atau dijaga
dengan baik dan tidak mudah dibolosi.

2. Bangunan sekolah cantik, kukuh dan kuat. Warga sekolah berbangga dapat belajar di
sekolah tersebut.

i
YEW SHI YING 840317075484001 HBEF3103

3. Faktor kejayaan :
 Faktor sekolah: Sekolah yang selesa dan selamat, guru yang rajin
membimbing.
 Faktor murid : Murid rajin belajar dan mengulang kaji pelajaran, semua murid
sentiasa bekerjasama.

4. Murid-murid pergi ke sekolah dengan hati yang riang kerana keadaan sekolah mereka
ceria. Selain itu, sekolah itu dapat mewujudkan keadaan yang hampir dengan suasana
yang ada di rumah mereka.

5. Kalau kita menjaga sekolah seperti harta benda sendiri, sekolah akan berada dalam
keadaan selamat. Tanggungjawab menjaga sekolah menjadi tanggungjawab semua
orang.

You might also like