Sej Rahim 4

You might also like

Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 8

TEMA : SEJARAH SUKAN

TAJUK :

MAJLIS SUKAN NEGARA BUKIT JALIL : PERKEMBANGAN BOLA


SEPAK DI MALAYSIA ( 1972 - 2015 )

PENGENALAN

Sukan merupakan salah satu aktiviti fizikal yang dilakukan untuk pelbagai

tujuan untuk pertandingan , keseronokan , pembangunan , kemahiran , kecemerlangan

dan sebagainya . Antaranya ialah sukan bola sepak . Sukan bola sepak ialah sukan

sepasukan yang paling banyak dimainkan dan dintonton di dunia . Sebelum abad ke-

21 , sukan ini telah dimainkan oleh lebih daripada 250 juta orang di 200 negara , yang

menjadikannya sebagai sukan paling popular . Oleh yang demikian Majlis Sukan

Negara Bukit Jalil telah beri banyak sumbangan kepada negara dalam acara sukan

bola sepak . Majlis Sukan Negara ditubuhkan dibawah Akta Majlis Sukan Negara

Malaysia 1971 dan Akta Majlis Sukan Negara Pindaan (1979). Pelancaran secara

rasmi telah dilakukan oleh Y.A.B Tun Abdul Razak b. Datuk Hussein, Perdana

Menteri Malaysia yang kedua pada 21 Februari 1972 .Pada peringkat awal

penubuhannya, program-program sukan prestasi tinggi dilaksanakan di bawah

kendalian Bahagian Sukan, Kementerian Kebudayaan Belia dan Sukan(nama

Kementerian Belia Dan Sukan ketika itu). Untuk mencapai matlamat penubuhan

Majlis, satu usaha kolektif melibatkan secara langsung semua agensi kerajaan dan

bukan kerajaan, pertubuhan-pertubuhan sukan tanahair, majlis-majlis sukan negeri,

institusi pengajian tinggi, badan-badan sukarela serta orang perseorangan telah

diusahakan supaya mutu sukan negara dapat mencapai prestasi yang terbaik. Selepas

organisasi Majlis disusun semula pada tahun 1981, Majlis mula mengorak langkah

dan seterusnya mengembangkan program dan aktiviti sehinggalah apa yang dapat

dilihat masa kini. Matlamat penubuhan Majlis Sukan Negara Malaysia adalah selaras
dengan Dasar Sukan Negara iaitu bertanggungjawab sepenuhnya ke arah

penggalakkan, pembangunan dan pencapaian cemerlang dalam sukan-sukan di

peringkat tertinggi. Contohnya seperti Sukan Sea , Sukan Asia dan Sukan olimpik .

Oleh itu kajian ini menumpukan kepada peranan Majlis Sukan Negara Bukit Jalil

terhadap perkembangan bola sepak di Malaysia ( 1972 - 2015 )

OBJEKTIF KAJIAN

Pada umumnya terdapat tiga objektif utama kajian ini. Secara dasarnya, kajian

ini bertujuan untuk menjelaskan latar belakang penubuhan Majlis Sukan Negara .

Sejarah penubuhan ini amat penting untuk dikaji bagi membantu untuk memahami

cara penubuhan perkembangan sukan bola sepak di Malaysia pada ( 1972 - 2015 )

Selain itu , kajian ini juga bertujuan untuk mengenalpasti sumbangan dan

perkembangan Majlis Sukan Negara dalam perkembangan bola sepak Malaysia

( 1972 - 2015 ) . Pengkajian aspek ini perlu bagi menjelaskan peranan Majlis Sukan

Negara dalam menjayakan atlet - atlet yang telah mengharumkan nama negara seperti

Hasan Sani , Faiz Subri dan lain-lain.

Malah dengan penghasilan kajian ini bertujuan untuk menjelaskan kejayaan

Majlis Sukan Negara dalam perkembangan sukan bola sepak di Malaysia dalam setiap

pertandingan sukan bola sepak dunia ( 1972 - 2015 ) . Aspek ini dikaji bagi

memahami usaha yang dilakukan oleh Majlis Sukan Negara dalam menjayakan acara

sukan bola sepak ini sebagai satu pencapaian kepada Malaysia .


PEMASALAHAN KAJIAN

Permasalahan kajian adalah fokus utama dalam penulisan ilmiah. Dalam

kajian ini terdapat tiga permasalahan yang ingin dikaji. Kajian ini cuba untuk

mengupas kepentingan penubuhan Majlis Sukan Negara . Justeru, kajian tentang latar

belakang adalah penting bagi membolehkan pemahaman tentang apakah tujuan dan

bagaimana perkembangan organisasi ini dalam perkembangan bola sepak di

Malaysia ( 1972-2015 ) .

Kajian ini juga untuk mengenalpasti sumbangan dan perkembangan Majlis

Sukan Negara dalam perkembangan sukan bola sepak di Malaysia pada tahun 1972 -

2015 . Aspek ini dikaji bagi memahami apakah dan bagaimana peranan yang diambil

oleh Majlis Sukan Negara dalam memilih atlet - atlet yang boleh mengharumkan

nama negara dalam sukan bola sepak .

Selain itu, kajian ini akan turut mengungkapkan persoalan tentang sejauh

manakah kejayaan Majlis Sukan Negara dalam perkembangan bola sepak di Malaysia

pada tahun (1972 - 2015 ) . Persoalan ini menarik untuk dikaji bagi membolehkan

masyarakat luar dapat memahami serta menilai peranan Majlis Sukan Negara dapat

membantu dalam pencapaian sukan bola sepak di Malaysia .

SKOP KAJIAN

Terdapat tiga aspek yang perlu dijelaskan dalam bahagian skop kajian. Skop

yang pertama adalah kawasan kajian (geografikal). Dalam aspek ini, kajian ini

berfokus kepada tempat Majlis Sukan Negara ditubuhkan di bawah bidang kuasa

kerajaan Malaysia . Ia adalah sebuah ibu pejabat yang terletak di Komples Sukan

Negara , Jalan Barat , Bukit Jalil , 57000 Kuala Lumpur . Terdapat beberapa agensi

eksekutif seperti Reezal Merican Naina Merican iaitu sebagai pengerusi , Ahmad
Shapawi Ismail , Ketua Pengarah dan Hazani Hashim sebagai Ketua Pegawai

Maklumat .

Dari segi tempoh masa kajian (kronologikal), ia melibatkan tempoh jangka

masa selama 43 tahun iaitu dari 1972 hingga tahun 2015 . Tempoh masa ini dipilih

memandangkan dalam tempoh tersebut berlaku perkembangan dan perubahan taraf

perkembangan Majlis Sukan Negara di Bukit Jalil . Malah dalam tempoh tersebut

juga dapat dilihat aktiviti dan bentuk Masjlis sukan Negara semakin maju dengan

penambahbaikan stadium bukit jalil .

Manakala dari segi aspek kajian (fungsional), terdapat tiga isu yang dikaji.

Kajian ini cuba untuk mengupas latar belakang penubuhan Majlis Sukan Negara

dalam perkembangan suka bola sepak di Malaysia pada tahun ( 1972-2015 ) . Malah

ia juga mengupas . Aspek ini dipilih memandangkan sumbangan dan perkembangan

majlis sukan negara dalam memilih atlet-atlet yang boleh mengharumkan nama

negara dan membawa pencapaian kepada Malaysia . Isu ketiga ialah melihat

kejayaan yang dicapai oleh Majlis Sukan Negara dalam perkembangan sukan bola

sepak di Malaysia pada tahun ( 1972 - 2015 ) .

SOROTAN KAJIAN LEPAS

Terdapat banyak kajian ilmiah yang berkaitan dengan perkembangan Majlis

Sukan Negara telah dihasilkan . Antara kajian yang pernah dikaji oleh pengkaji

terdahulu ialah : Jemaah Penggila , Bola Sepak Malaysia , Dubook : Taman Setapak

Indah , Kuala Lumpur , buku ini menceritakan tentang latar belakang pasukan yang

ada di Malaysia termasuk juga tentang bagaimana bermulanya kewujudan pasukan

Johor Fc dan perkembangannya . ulasan…..


Selain itu , Rahmad Zainuddin , October 2001 , Resam bola sepak , Safwan

Books Holdings SDN BHD : Setapak , Kuala Lumpur , buku ini mencoretkan tentang

liku-liku kehidupan sebagai seorang pemain bola sepak . Ia juga menjukkan

bagaimana mereka menghadapi kesukaran tersebut demi menggapai cita-cita sebagai

pemain professional . ulasann…….

Seterusnya , Hussin Saad , 2007 , Teknik Bermain Sepak , Minda Mega SDN

BHD : Kajang , Selangor , buku ini merupakan buku yang mengisahkan tentang

teknik-teknik asas dalam permainan bola sepak. Buku ini banyak menunujukkan

kaedah yang betul semasa bermain seperti cara membuat hantaran , cara menanduk

dan cara menendang . Buku ini bertujuan membimbing pemain yang baru melibatkan

diri dalam sukan ini . Ulasannnnnn……….

KAEDAH KAJIAN

Dalam menghasilkan karya ilmiah, pengkaji menggunakan tiga kaedah bagi

mendapatkan maklumat. Pengkaji menggunakan sumber lisan pada awalnya. Dalam

kaedah ini, pengkaji menemubual beberapa orang yang memainkan peranan penting

dalam Majlis Sukan Negara . Antara tokoh yang ditemubual adalah pengerusi dan

setiausaha Majlis sukan Negara , Bukit Jalil .

Pengkaji juga menggunakan kaedah kajian kepustakaan. Kaedah ini

digunakan bagi mendapat maklumat dari sumber primer dan sumber sekunder. Antara

sumber yang digunakan adalah Laporan Tahunan, Minit Mesyuarat, majalah dan

surat khabar. Sumber ini diperolehi sama ada dari perpustakaan dan organisasi Majlis

Sukan Negara sendiri.


Pengkaji akan menjalankan temu ramah dan pemerhatian bagi mendapatkan

maklumat berkaitan latar belakang penubuhan majlis sukan negara , sumbangan serta

kejayaan Majlis Sukan Negara bersama staff yang bekerja di Majlis Sukan Negara .

PEMBAHAGIAN STRUKTUR ESEI

Secara umumnya penulisan kajian ini terbahagi kepada tiga bahagian utama.

Dalam bahagian pengenalan, pengkaji akan menjelaskan secara umum peranan

Majlis Sukan Negara di Bukit Jalil dalam perkembangan sukan bola sepak di

Malaysia pada tahun ( 1972 - 2015 ) .

Pada bahagian isi pula, ia merungkaikan tiga persoalan yang dikaji. Aspek

pertama yang dikaji adalah latar belakang penubuhan Majlis sukan Negara yang telah

menjayakan sukan bola sepak sebagai sumber untuk mengharumkan nama negara .

Selain itu pengkaji juga merungkaikan peranan yang dilakukan oleh Majlis Sukan

Negara dalam perkembangan sukan bola sepak Malaysia .

Aspek seterusnya yang dikaji ialah Kejayan Majlis Sukan Negara . Aspek ini

dikaji bagi memahami usaha yang dilakukan oleh Majlis Sukan Negara dalam

menjayakan acara sukan bola sepak ini sebagai satu pencapaian kepada Malaysia .

Manakala di bahagian kesimpulan pula, pengkaji akan membuat rumusan

berdasarkan hasil kajian yang telah dibuat.

PENUTUP

Pada keseluruhannya , kajian yang dijalankan terhadap Majlis Sukan Negara

dapat membuka mata msyarakat tentang usaha Majlis Sukan Negara bagi

menjalankan aktiviti untuk mengembangkan sukan bola sepak di Malaysia .


Diharapkan dengan adanya kajian seperti ini akan dapat menambahkan lagi minat

masyarakat tentang perkembangan sukan bola sepak di Malaysia .

BIBLIOGRAFI

Sumber Primer

https://www.mhttps://bebasnews.my/?p=25749

star.com.my/sukan/2014/12/31/sorotan-2014

Sumber Sekunder

https://educalingo.com/ms/dic-ms/sukan

tmlhttps://budakkacamata.weebly.com/apa-itu-bola-sepak.h

https://www.nsc.gov.my/

http://ohhuien.blogspot.com/2013/02/majlis-sukan-negara-msn.html

Rahmad Zainuddin , October 2001 , Resam bola sepak , Safwan Books Holdings SDN

BHD : Setapak , Kuala Lumpur , hlm 45-60

Sumber Lisan

Nor Azfariza Bt Mohd Adnan , selaku pejabat ketua pengarah (pejKP)(Audit) dalam

cawangan unit dalam audit .

You might also like