Professional Documents
Culture Documents
Pendidikan Inklusif Tugasan 1
Pendidikan Inklusif Tugasan 1
Pendidikan Inklusif Tugasan 1
PBKK3132
PENDIDIKAN INKLUSIF
Nama : RUBAN UTHIRAPATHY
PENGESAHAN PELAJAR
Saya mengesahkan bahawa maklum balas yang diberikan oleh pensyarah telah saya rujuki dan
fahami.
1
PENGHARGAAN
Bersyukur saya pada hari ini kerana dapat menyiapkan tugasan yang telah diberikan
oleh pensyarah bimbingan. Sesungguhnya jasa baik yang telah diberikan oleh beliau sepanjang
membimbing kami dalam menyiapkan tugasan ini amat dihargai.Ucapan terima kasih diucapkan
kepada Encik Wan Kamarulzaman Bin Wan Yusoff telah banyak memberi tunjuk ajar dalam
mata pelajaran Pbkk 3132. Tanpa pertolongan beliau, kerja kursus ini tidak dapat disiapkan
dengan sempurna. Input-input yang bernas dan berguna daripada beliau banyak digunakan
sepanjang proses menyiapkan tugasan ini. Budi dan sikap tolak ansur beliau amat saya hargai.
Selain itu, setinggi-tinggi penghargaan juga ke atas kedua-dua ibu bapa saya yang
terlalu banyak memberi sokongan terhadap saya untuk saya terus berusaha menyiapkan
tugasan ini, tidak lupa juga kepada sahabat-sahabat yang banyak membantu saya ketika saya
perlukan bantuan. Banyak yang telah saya pelajari sepanjang proses penyiapan kerja kursus ini
dijayakan. Ianya memberikan saya seribu satu pengalaman yang amat bermakna.
Tambahan pula, saya mengucapkan terima kasih kepada mereka yang terlibat secara
langsung atau sebaliknya dalam pembikinan kerja kursus ini. Segala bantuan yang telah
mereka hulurkan amatlah saya hargai kerana tanpa bantuan dan sokongan mereka semua
tugasan ini mungkin tidak dapat dilaksanakan dengan baik.
Akhir madah, saya berharap semoga hasil tugasan saya ini sedikit sebanyak dapat
memberi manfaat kepada semua orang khususnya kepada saya sendiri sebagai bakal guru
kepada anak bangsa pada masa akan datang. Guru ialah pemacu bangsa.
2
TUGAS
AN 1
3
Pendidikan Inklusif ialah proses pendidikan kanak-kanak kurang upaya di kelas biasa atau
di sekolah-sekolah (Rafferty, Boettcher, Griffin, 2001) di dalam (Norizan, Mohd Hanafi &
Mohd Mokhtar, 2014). Kanak-kanak yang mengikuti inklusif perlulah dari kalangan pelajar
yang boleh mengikuti kurikulum aliran perdana selain mempunyai kecatatan yang minimum
(Posner, 2004) di dalam (Norizan, Mohd Hanafi & Mohd Mokhtar, 2014).
4
Dalam menjayakan Pendidikan Inklusif, semua pihak terutamanya Guru Besar dan guru-
guru perlu memainkan peranan dan tanggungjawab bersama-sama agar objektif dan
matlamat Pendidikan Inklusif dapat dicapai dengan baik. Guru Besar merupakan pentadbir
sekolah yang akan menguruskan pelaksanaan Pendidikan Inklusif. Guru Besar
bertanggungjawab untuk memberikan kata putus berkenaan pelaksanaan Pendidikan
Inklusif selain memupuk kepimpinan dalam diri individu lain. Guru Besar perlu
membangunkan komuniti pembelajaran profesional melalui bimbingan, nasihat, pendapat
dan maklum balas untuk meningkatkan pengajaran guru dalam Pendidikan Inklusif.
Menurut Zalizan Mohd Jelas (2012), guru tidak menerima hakikat bahawa semua
MBK boleh belajar. Buktinya, sebanyak 34.8% MBK dapat bersosial dengan baik di dalam
dan di luar kelas hasil daripada pelaksanaan inklusif yang lebih menyeluruh dan 34.7%
menyesuaikan diri dengan situasi di kelas aliran perdana. Hal ini demikian berpunca
daripada ketiadaan ahli keluarga yang berkeperluan khas. Menurut Norizan Saed Ahmad,
Mohd Hanafi Mohd Yasin & Mohd Mokhtar Tahar (2014), guru yang memiliki ahli keluarga
berkeperluan khas mempunyai pengetahuan yang lebih tinggi dari guru yang tidak memiliki
ahli keluarga yang berkeperluan khas. Kesukaran dalam penyediaan sumber yang
bersesuaian dengan MBK juga menjadi salah satu punca acuh tak acuhnya sikap Guru Arus
Perdana dalam Program Pendidikan Inklusif.
Selain itu, terdapat juga pentadbir yang langsung tidak membenarkan Program
Inklusif ini dijalankan. Pentadbir sering bersikap sebagai pemerhati dalam pelaksanaan
inklusif dimana mereka enggan campur tangan dalam pengurusan Program Pendidikan
Inklusif. Pentadbir beranggapan bahawa Program Pendidikan Inklusif ini mampu berjalan
dengan lancar walaupun tanpa sokongan secara langsung daripada pentadbir. Hal ini
terbukti di dalam kajian Muhamad Khairul Anuar & Abdul Rahim (2014) menyatakan
sebanyak 12.2% enggan terlibat dalam akademik MBK. Realitinya, guru amat berharap agar
Guru Besar dapat memberikan sokongan padu dalam Program Pendidikan Inklusif.
4.0 Kesimpulan
6
Secara kesimpulannya, Program Pendidikan Inklusif amat penting untuk memberikan ilmu
pengetahuan kepada MBK mengikut tahap masing-masing. Menurut Norizan Saed Ahmad,
Mohd Hanafi Mohd Yasin & Mohd Mokhtar Tahar (2014), kejayaan pendidikan inklusif di
Malaysia memerlukan penggemblingan tenaga dan kerjasama semua pihak untuk
kelangsungan Program Pendidikan Inklusif ini. Diharapkan Peraturan Pendidikan Khas 2013
yang diwartakan dapat dijalankan dengan baik untuk memperbaiki pencapaian pendidikan
untuk semua kumpulan termasuklah pelajar pendidikan khas.
7
Rujukan
Bahagian Pendidikan Khas. (2013). Garis Panduan Program Pendidikan Inklusif Murid
Berkeperluan Khas. Putrajaya: Kementerian Pendidikan Malaysia.
Muhamad Khairul Anuar bin Husin & Abdul Rahim bin Hamdan. (2014). Pelaksanaan Program
Pendidikan Inklusif Daripada Pandanan Pentadbir, Guru Aliran Perdana Dan Guru
Pendidikan Khas: Suatu Tinjauan Terhadap Peraturan-Peraturan Pendidikan
(Pendidikan Khas) 2013, Akademik Dan Sosial MAP Dan MBPK. Seminar Internasional
Pasca Siswazah Pendidikan Khas UKM-UPI-SEMEO SEN Siri 4/2014, 311.
Norizan Saed Ahmad, Mohd Hanafi Mohd Yasin & Mohd Mokhtar Tahar. (2014). Pengetahuan,
Sikap dan Persepsi Guru Terhadap Program Inklusif Pendidikan Khas. Seminar
Internasional Pasca Siswazah Pendidikan Khas UKM-UPI-SEMEO SEN Siri 4/2014,
245.
Saedah Siraj & Mohammed Sani Ibrahim. (2010). Standard Kompetensi Guru Malaysia. Jurnal
Pendidikan, 42.
Tai Chok Hau. (2014). Persepsi Ibu Bapa Terhadap Program Inklusif Di Malaysia. Seminar
Internasional Pasca Siswazah Pendidikan Khas UKM-UPI-SEMEO SEN Siri 4/2014,
299.