Download as pdf or txt
Download as pdf or txt
You are on page 1of 2

Perang Kelang

Perang Kelang ataupun Perang Saudara Selangor berlaku dari tahun 1867 hingga 1874.[1] Ia
bermula dengan perbalahan antara Raja Abdullah bin Raja Jaafar dan Raja Mahadi bin Raja
Sulaiman.

Latar belakang …

Pada tahun 1849 atau 1850, sultan Selangor ketika itu, Sultan Muhammad Shah meletakkan
jajahan Kelang di bawah jagaan Raja Abdullah. Pada tahun 1866, Raja Abdullah kemudiannya
telah memajak Kelang kepada dua orang saudagar dari Negeri-Negeri Selat yang bernama W.H.
Read dan Tan Kim Cheng. Kedua-dua saudagar itu kemudiannya keluar memungut cukai
daripada penduduk-penduduk Kelang. Salah seorang penduduk tersebut ialah Raja Mahadi.
Sebelum Raja Abdullah dilantik sebagai ketua Kelang, ayah Raja Mahadi pernah menyandang
kedudukan Raja Abdullah. Keadaan ini memberi Raja Mahadi satu kedudukan yang tinggi di
kalangan orang Melayu di Kelang. Oleh itu, Raja Mahadi terasa terhina apabila orang luar datang
mengutip cukai daripadanya. Dengan perasaan marah, Raja Mahadi enggan membayar cukai
kepada dua saudagar dari Negeri-negeri Selat tersebut.
Pada tahun 1857, Sultan Muhammad mangkat dan Sultan Abdul Samad menaiki takhta
Selangor. Keluarga sultan yang baharu bersimpati dengan keadaan Raja Mahadi. Hal ini kerana
Raja Abdullah bukan orang Selangor; beliau berasal dari Riau dan keluarga diraja lebih senang
melihat orang Selangor memegang jawatan-jawatan tinggi di negeri sendiri. Bersama Raja
Abdullah pula ialah anaknya, Raja Ismail. Sementara itu, sebahagian kumpulan-kumpulan kongsi
gelap Cina memihak dengan Raja Abdullah dan sekumpulan lain berpihak kepada Raja Mahadi.

Raja Mahadi menewaskan Raja Abdullah di Kelang

Pertempuran ini bermula dengan kegagalan Raja Abdullah untuk menangani pertikaian yang
timbul antara pengikut Tok Bandar Yasih, wakil Raja Abdullah di Kuala Lumpur, dengan
masyarakat Batu Bara di Kuala Lumpur yang dipimpin oleh Mohamed Akib. Mohamed Akib yang
tidak berpuas hati dengan Raja Abdullah telah menukar sokongannya kepada Raja Mahadi untuk
menentang Raja Abdullah. Pada bulan Mac 1867, Raja Mahadi dengan bantuan orang orang
Melayu Sumatra termasuk orang orang Batu Bara telah berjaya menewaskan Raja Abdullah. Raja
Abdullah telah cuba untuk menawan semula Kelang tetapi tidak berjaya.[2]

Setelah menguasai Kelang, Raja Mahadi telah menghentikan bayaran $500 kepada Sultan Abdul
Samad sepertimana yang biasa dilakukan oleh Raja Abdullah. Penghentian ini telah
menyebabkan Sultan Abdul Samad memutuskan pertunangan Raja Mahadi dengan puteri
baginda, Raja Arfah.[3]. Sewaktu peperangan itu Muhamad Akib, ketua orang orang Batu Bara
telah mati ditembak dan adiknya Nonggok (juga dikenali sebagai Dato Dagang Muhamad Tahir)
telah menggantikan abangnya itu sebagai ketua orang orang Batu Bara.Muhamad Akib dan
beberapa orang pengikut nya yang terkorban telah dikuburkan didalam kawasan Kota Raja
Mahadi. Kubur kubur tersebut masih lagi ada disitu sehingga sekarang. Oleh kerana Raja Mahadi
gagal menunaikan janjinya untuk memberi kuasa kepada Muhamad Akib dan Muhamad Tahir
(sebagai pengganti abangnya yang telah mati) sebahagian besar daerah negeri Selangor
sebagai ganjaran atas sokongan kepada Raja Mahadi menewaskan Raja Abdullah di Klang,
berlaku pertelingkahan diantara Muhamad Tahir dan Raja Mahadi. Tambahan pula salah

You might also like