Chapter 9 Speed and Acceleration

You might also like

Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 8

Chapter 9 Speed and Acceleration

Bab 9 Laju dan Pecutan

Question 1
The distance from town A to town B is 120 km. A car leaves town A for town B at 11.00 a.m. The average
speed is 80 km h-1 . At what time does the car arrive at town B.
Jarak dari bandar  A  ke bandar  B  ialah 120 km. Sebuah kereta bertolak dari bandar  A  pada pukul 11.00
a.m. menuju ke bandar  B  dengan purata laju 80 km j-1. Pada pukul berapakah kereta itu tiba di
bandar  B.

Question 2
Kenny drives his car from town P to town Q at a distance of 180 km in 3 hours. Faisal takes 30 minutes
less than Kenny for the same journey. Calculate the average speed, in km/h, of Faisal’s car.
Kenny memandu kereta dari bandar  P  ke bandar  Q  sejauh 180 km dalam masa 3 jam. Faizal mengambil
masa 30 minit kurang daripada Kenny bagi perjalanan yang sama. Hitung purata laju, dalam km/j,
kereta Faizal.

Question 3
Rafidah drives her car from town L to town M at an average speed of 90 km/h for 2 hours 40 minutes.
She continues her journey for a distance of 100 km from town M to town N and takes 1 hour 20
minutes. Calculate the average speed, in km/h, for the journey from L to M.
Rafidah memandu keretanya dari  L  ke  M  dengan purata laju 90 km/j selama 2 jam 40 minit. Dia
meneruskan perjalanannya sejauh 100 km dari  M  ke  N  dan mengambil masa 1 jam 20 minit.
Hitung purata laju, dalam km/j, perjalanan dari  L  ke  M.
Question 4
Table below shows the distances travelled and the average speeds for four vehicles.
Jadual di bawah menunjukkan jarak yang dilalui dan purata laju bagi empat buah kenderaan.

Vehicle Distance (km) Average speed (km/h)

A 230 115

B 250 100

C 170 85

D 245 70
Which vehicles took the same time to complete the journey?
Kenderaan manakah yang mengambil masa yang sama untuk menghabiskan perjalanan tersebut?

Question 5
Mei Ling drives her car from Kuantan to Kuala Terengganu for a distance of 170 km for 2 hours. She then
continues her journey to Kota Bahru and increases her speed to 100 kmh -1 for 45 minutes. Calculate the
acceleration, in kmh-2, of the car.
Mei Ling memandu kereta dari Kuantan ke Kuala Terengganu sejauh 170 km dalam masa 2 jam.
Kemudian dia meneruskan perjalanan ke Kota Bahru dan meningkatkan kelajuan keretanya kepada 100
kmj-1  selama 45 minit. Kira pecutan dalam kmj -2, bagi kereta itu.
Question 6
Diagram shows the distance between K and L.
Rajah menunjukkan jarak di antara K dan L.

A car moves from K to L with an average speed of 80 kmh-1. After rest for 1 hour 30 minutes, the car
then returns to K. The average speed of the car from L to K increases 20%. If the car reaches K at 5 p.m.,
calculate the time the car starts its journey from K.
Sebuah kereta bergerak dari  K  ke  L  dengan laju purata 80 kmj-1. Selepas berehat selama 1 jam 30 minit
di  L, kereta itu kemudian kembali ke  K.  Laju purata kereta itu dari  L  ke  K  bertambah 20%. Jika kereta
itu tiba di  K  pada 5 p.m., bilakah kereta itu memulakan perjalanannya dari  K.

Question 7
Karen drives her car from town P to town Q at an average speed of 80 km/h for 2 hours 15 minutes. She
continues her journey for a distance of 90 km from town Q to town  R and takes 45 minutes.
Calculate the average speed, in km/h, for the journey from P to R.
Karen memandu selama 2 jam 15 minit dari Bandar  P  ke Bandar  Q  dengan laju purata 80 km/j.
Kemudian, dia memandu sejauh 90 km dari Bandar  Q  ke Bandar  R  dalam masa 45 minit.
Hitung laju purata, dalam km/j, bagi perjalanannya dari  P  ke  R.
Question 8:
Diagram below shows the distance from Town P to Town Q and Town Q to Town R.
Rajah di bawah menunjukkan jarak di antara Bandar  P  ke bandar  Q  dan bandar  Q  ke Bandar  R.

(a) Rahim rode his bicycle from Town P at 9.00 a.m. and took 2 hours to reach Town Q.
What is the speed, in km/h, of the bicycle?
(b) Rahim took 30 minutes rest at Town  Q and continued his journey to Town  R three times faster than
his earlier speed.
State the time he reached Town R.
(a) Rahim berbasikal dari Bandar  P  pada pukul 9:00 a.m. dan mengambil masa 2 jam untuk tiba di
bandar  Q.  Apakah halaju, dalam km/j, basikal itu?
(b) Rahim berehat selama 30 minit di Bandar  Q  dan meneruskan perjalanannya ke Bandar  R    dengan
tiga kali ganda kelajuan sebelumnya.
Nyatakan masa dia tiba di Bandar  R.
Question 9
Mr Wong is going to watch a movie at 2.30 p.m at a cinema that is 60 km away from his house. He
leaves at 1.25 p.m and drives at an average speed of 70 km/h for half an hour. If he drives at an average
speed of 75 km/h for the remaining journey, will he arrive before the movie starts?
Give your reason with calculation.
Mr Wong akan menonton filem pada pukul 2.30 p.m di sebuah pawagam yang berjarak 60 km dari
rumahnya. Dia bertolak pada pukul 1.25 p.m dan memandu dengan laju purata 70 km/j dalam masa
setengah jam. Jikan dia memandu dengan laju purata 75 km/j untuk baki perjalanan, adakah dia akan
tiba sebelum filem itu bermula?
Beri alasan anda dengan pengiraan.
Question 10:
Diagram below shows travel information of Jason and Mary from Town A to Town B. Jason drives a lorry
while Mary drives a car.
Rajah di bawah menunjukkan maklumat perjalanan Jason dan Mary dari Bandar  A  ke Bandar  B. Jason
memandu lori manakala Mary memandu kereta.

(a) Jason started his journey from Town A at 7.00 a.m.


State the time, Jason reached at Town B.
(b) If both of them reached Town B at the same time, state the time Mary started her journey from
Town A.
(a) Jason memulakan perjalanannya dari Bandar  A  pada pukul 7.00 a.m.
Nyatakan waktu, Jason tiba di Bandar  B.
(b) Jika mereka tiba di Bandar  B  pada waktu yang sama, nyatakan waktu Mary memulakan
perjalanannya dari Bandar  A.
Question 11:
Susan drives at an average speed of 105 km/h from town F to town G. The journey takes 3 hours.
Susan takes 30 minutes longer for her return journey from town G to town F. Calculate the average
speed, in km/h, for the return journey.
Susan memandu kereta dengan purata laju 105 km/j dari bandar  F  ke bandar  G. Perjalanan itu
mengambil masa 3 jam. Susan mengambil masa 30 minit lebih lama dalam perjalanan pulang
dari  G  ke  F. Hitung purata laju, dalam km/j, perjalanan pulang.
Question 12:
Diagram below shows a trailer travelling from a factory to location P  and location P  to location Q. The
trailer departs at 8.00 a.m.
Rajah di bawah menunjukkan perjalanan sebuah treler dari sebuah kilang ke lokasi  P  dan dari
lokasi  P  ke lokasi  Q. Treler itu bertolak pada pukul 8.00 a.m.

(a) Based on the Table, calculate the total mass, in tonne, of the trailer and its load.
(b) The trailer arrived at location P at 10.00 a.m. and it stopped for 1½ hours to unload half of the
concrete pipes. The trailer then continued its journey to location Q  two times faster than its earlier
speed. State the time, the trailer reached at location Q.
(a) Berdasarkan Jadual, hitung jumlah jisim, dalam tan, bagi treler dan muatannya.
(b) Treler itu tiba di lokasi  P  pada pukul 10.00 a.m. dan berhenti 1½ jam untuk menurunkan separuh
daripada pembentung konkrit itu. Kemudian treler itu meneruskan perjalanan ke lokasi  Q  dengan dua
kali ganda kelajuan sebelumnya. Nyatakan waktu treler itu tiba di lokasi  Q.

You might also like