Elir Assignment 4 (Individu)

You might also like

Download as doc, pdf, or txt
Download as doc, pdf, or txt
You are on page 1of 6

NO.

MATRIK : 269756 NAMA : SITI AISHAH BINTI ZAINUDDIN

JAWAPAN :
Isu :
1. Sama ada Rani berhak untuk mendapat perlindungan daripada caruman PERKESO ?

2. Sama ada Rani layak untuk menuntut faedah hilang upaya sementara kerana kemalangan
yang berlaku terhadap beliau semasa menjalankan pekerjaannya ?

3. Sama ada Rani layak untuk menikmati faedah perubatan bencana pekerja disebabkan oleh
kemalangan tersebut ?

Isu 1: Sama ada Rani berhak untuk mendapat perlindungan daripada caruman PERKESO ?

Seksyen :
Dinyatakan dalam dalam Seksyen 2 (2) Akta Keselamatan Sosial Pekerja (AKSP) 1969,
“caruman” merupakan sejumlah wang yang harus dibayar oleh majikan utama kepada Pertubuhan
bagi seorang pekerja berinsurans dan termasuklah apa-apa wang yang kena dibayar oleh atau bagi
pihak pekerja mengikut peruntukan Akta ini.

Menurut Seksyen 3 (2) Akta Keselamatan Sosial Pekerja (AKSP) 1969 menyatakan bahawa
Akta ini hendaklah terpakai bagi pekerja yang meliputi mana-mana pekerja yang digaji oleh
majikan langsung.

Dalam Seksyen 5 (1) Akta Keselamatan Sosial Pekerjaan (AKSP) 1969 menyatakan bahawa
tertakluk kepada Akta ini semua pekerja dalam perusahaan yang terhadapnya Akta ini terpakai
tanpa mengira amaun gaji yang hendak diinsuranskan mengikut cara yang diperuntukkan oleh
Akta ini.

Kes :
Di dalam Kes Tan Ban Siong Kinta Flooring lawan Ketua Pengarah Pertubuhan
Keselamatan Sosial (PERKESO), dimana majikan syarikat tersebut telah tertuduh di bawah
Seksyen 5 Akta Keselamatan Sosial Pekerjaan (AKSP) 1969 kerana telah gagal mendaftarkan
pekerjanya sepertimana yang dikehendaki di bawah Peraturan 12 Peraturan-Peraturan (Am)
Keselamatan Pekerja 1971. Isu utama yang dibangkitkan oleh majikan yang tertuduh itu semasa
perbicaraan adalah berkenaan dengan status perkhidmatan pekerja mereka yang dianggap sebagai
kontraktor bebas dan bukan seorang pekerja, dengan itu mereka tidak diliputi oleh Akta. Pihak
PERKESO sebaliknya telah menghujahkan bahawa walaupun dengan kewujudan kontrak
perjanjian bertulis, mahkamah perlu mengaplikasikan dan menggunapakai ujian-ujian penentu
kontrak perkhidmatan mengikut garis panduan yang telah diputuskan melalui kes-kes mahkamah
yang terdahulu. Mahkamah mempunyai bidang kuasa untuk menilai dan meneliti keseluruhan
fakta melalui keterangan yang telah dikemukakan sebelum memutuskan status sebenar pekerja
tersebut. Pihak PERKESO telah menegaskan majikan syarikat yang dituduh tersebut yang telah
mentafsirkan pekerjanya sebagai kontraktor bebas mengikut kefahaman mereka sendiri lalu
berselindung disebalik kontrak perjanjian bertulis tidak menjadikan pekerja itu sebagai kontraktor
bebas di bawah Akta Keselamatan Sosial Pekerja (AKSP) 1969. Pada akhirnya, mahkamah telah
mensabitkan majikan syarikat tersebut dengan pertuduhan itu. Mahkamah telah memutuskan
untuk mengenakan denda kepada Tan Ban Siong sebanyak RM7500.00 atau penjara 6 bulan
penjara kerana telah gagal untuk mendaftrakan pekerjanya PERKESO dan telah menentukan
status pekerjanya mengikut kefahaman sendiri kerana tidak mahu menjaga kebajikan dan
melindungi pekerjanya.

Aplikasi :
Berdasarkan Seksyen Akta dan contoh kes yang telah dinyatakan dan dikaitkan untuk isu ini,
Rani berhak untuk mendapatkan perlindungan daripada caruman PERKESO yang telah
didaftarkan dan dibayar carumannya oleh majikan. Hal ini kerana di dalam isu tersebut, Rani
telah mengalami kemalangan di mana dia terjatuh di dalam tandas kerana mengalami simptom
sakit kepala yang teruk selepas beliau mengikuti program tersebut yang menjadi sebahagian
daripada pekerjaannya sebagai pekerja selama tiga hari dan dengan caruman PERKESO itu,
semestinya Rani berhak untuk dilindungi daripada kemalangan yang berlaku terhadapnya kerana
tujuan PERKESO itu adalah untuk memberi perlindungan daripada kejadian di luar jangkaan
yang boleh menyebabkan masalah dalam kehidupan seperti kemalangan, kematian, kecacatan
mahupun penyakit daripada pekerjaan yang boleh menimbulkan pelbagai kesulitan kepada
pekerja dan orang-orang tanggungan mereka.

Seperti yang dinyatakan di dalam Seksyen 3 (2) Akta Keselamatan Sosial Pekerja (AKSP) 1969,
semua pekerja yang diambil bekerja di bawah satu kontrak perkhidmatan di sektor swasta sama
ada kontrak atau sementara hendaklah didaftarkan dan dicarumkan untuk diinsuranskan bagi
mendapatkan perlindungan PERKESO yang meliputi rawatan perubatan, bayaran tunai, rawatan
pemulihan dan sebagainya. Berdasarkan contoh kes ini, adalah menjadi satu kesalahan untuk
seorang majikan untuk tidak mendaftarkan dan dicarumkan pekerjanya dengan PERKESO kerana
ianya adalah tanggungjawab utama kepada majikan untuk memastikan pekerja mereka dijaga
kebajikannya dan dilindungi agar nasib mereka termasuklah orang tanggungannya di bawah juga
terjaga dan terbela sekiranya terjadi perkara-perkara diluar jangkaan mereka seperti kemalangan,
kematian, penyakit daripada pekerjaan berlaku kepada mereka.

Kesimpulan :
Kesimpulannya, adalah menjadi satu tanggunggjawab utama majikan untuk mendaftarkan dan
mencarumkan bagi menginsuranskan pekerjanya dengan PERKESO agar kebajikan pekerjanya
dapat dijaga dan dilindungi sekaligus dapat membela nasib orang tanggungan di bawah mereka
terutamanya jika sesuatu perkara seperti kemalangan atau kematian menimpa pekerja yang boleh
menimbulkan kesusahan kepada mereka.

Isu 2: Sama ada Rani layak untuk menuntut faedah hilang upaya sementara kerana kemalangan
yang berlaku terhadap beliau semasa menjalankan pekerjaannya ?

Seksyen :
Seperti yang dinyatakan dalam Seksyen 6 (2) Akta Keselamatan Sosial Pekerja (AKSP) 1969
bahawa caruman terbahagi kepada dua jenis yang berikut iaitu caruman jenis pertama yang
merupakan caruman yang harus dibayar oleh atau bagi pihak pekerja yang diinsuranskan terhadap
kontingensi keilatan dan bencana kerja. Caruman pertama ini iaitu caruman untuk Skim Insurans
Pencet Ilat (SIPI) yang memberi perlindungan 24 jam kepada pekerja terhadap keilatan atau
kematian akibat daripada sebarang kemalangan yang berlaku diluar waktu kerja atau tidak
berkaitan dengan pekerjaan. Untuk jenis kedua pula, ianya merupakan caruman yang harus
dibayar oleh atau bagi pihak pekerja yang diinsuranskan hanya terhadap kontingensi bencana
kerja. Ianya adalah Skim Insurans Bencana Pekerjaan (SIBP) yang memberi perlindungan kepada
para pekerja daripada bencana pekerjaan termasuklah penyakit khidmat dan kemalangan yang
berlaku semasa dalam perjalanan berkaitan dengan pekerjaan.

Berdasarkan Seksyen 22 (a) Akta Keselamatan Sosial Pekerjaan (AKSP) 1969 telah
menyatakan tentang faedah yang dinikmati untuk orang yang hilang upaya untuk bekerja iaitu
mendapat faedah hilang upaya di mana ianya tertakluk kepada Akta ini dan peraturan jika ada
seseorang yang menghidap hilang upaya sementara adalah layak dan berhak untuk mendapatkan
bayaran berkala bagi tempoh hilang upaya itu mengikut Jadual Keempat dengan syarat jika
hilang upaya itu terus berlaku selama tempoh sekurang-kurangnya empat hari termasuk hari
kemalangan berlaku. Untuk pembayaran kepada pekerja yang disahkan oleh doktor tidak
berupaya bekerja sekurang-kurangnya empat hari termasuk hari kemalangannya akan dibayar
sepanjang cuti sakitnya.

Kes :
Kes Ketua Pengarah Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) lawan Nor Azian
Adnan, dimana responden mengalami kemalangan yang merupakan seorang pekerja kerani di
bank dan juga seorang yang berinsurans di bawah Akta Keselamatan Sosial Pekerjaan (AKSP)
1969 dan waktu bekerja biasa responden adalah dari pukul 9 pagi hingga 5 petang. Responden
mewakili pasukan majikan di dalam permainan bola jaring. Perlawanan bola jaring antara bank-
bank diadakan pada 31 Julai 1999 sehingga 1 Ogos 1999. Oleh itu, beliau menjalani latihan dan
akan digugurkan daripada mewakili majikan jika tidak menjalani latihan dan Pada 15 Jun 1999
semasa responden menjalani latihan bola jaring di padang bola jaring Taman Tasik Titiwangsa,
beliau telah terjatuh. Kejadian berlaku pada kira-kira pukul 6.45 petang. Berdasarkan kepada
siasatan dan butir yang diperolehi, Pertubuhan Keselamatan Sosial telah memutuskan bahawa
kemalangan yang berlaku ke atas responden bukan satu kes bencana kerja dalam lingkungan
maksud Seksyen 2 (6) Akta Keselamatan Sosial Pekerjaan (AKSP) 1969. Ini disebabkan
kemalangan berlaku tiada kaitan dengan pekerjaannya. Di dalam surat responden yang dihantar
kepada majikannya bertarikh 18 Ogos 1999, beliau telah menyebut bahawa kemalangan berlaku
bukan semasa carnival sukan cuma latihan biasa sahaja. Pihak responden tidak berpuas hati
terhadap keputusan Pertubuhan Keselamatan Sosial itu telah memfailkan rayuan kepada Jemaah
Rayuan Keselamatan Sosial dan telah membenarkan rayuan respondan pada 22 Julai 2002. Pihak
perayu tidak berpuashati dengan keputusan itu dan membuat rayuan ke mahkamah. Dari fakta kes
ini, latihan yang dijalankan oleh responden ini adalah diketahui dan dibenarkan oleh majikan
responden. Beliau memang sedang memberi perkhidmatan dan merupakan manfaat kepada pihak
majikan sehingga telah memberi waktu pelepasan untuk berlatih. Latihan bola jaring secara
lazimnya juga dijalankan pada dan selepas waktu pejabat.

Oleh itu, mahkamah berpendapat bahawa responden telah menjalani latihan bola jaring bukan
untuk dirinya sendiri dan kecederaan yang dialaminya terbit dalam masa menjalankan
pekerjaannya dan merupakan satu bencana kerja seperti yang diputuskan dalam Jemaah Rayuan
Keselamatan Sosial (JKRS). Tambahan pula keputusan yang dibuat oleh pihak jemaah lebih
merupakan peringkat jabatan maka tidak ada sebab kenapa mahkamah di peringkat ini perlu
menganggu keputusan tersebut. Dengan itu, rayuan pihak perayu adalah ditolak dengan kos.

Aplikasi :
Berdasarkan Seksyen Akta dan contoh kes yang telah dikaitkan dalam isu ini, Rani layak untuk
menuntut faedah hilang upaya sementara di bawah Skim Insurans bencana Pekerjaan (SIBP)
daripada caruman PERKESO. Hal ini kerana selepas tiga hari beliau mengikuti program latihan
yang diarahkan majikannya sebagai wakil majikan, beliau telah mengalami simptom sakit kepala
yang teruk sehingga mengakibatkan kemalangan terhadapnya iaitu terjatuh di tandas. Ianya
menyebabkan Rani terpaksa menjalani pembedahan kerana doktor telah mengesahkan beliau
mengalami pendarahan di otak dan sehingga kini, beliau masih tidak sedarkan diri menyebabkan
dia tidak dapat untuk hadir bekerja.

Mengikut kes Ketua Pengarah Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) lawan Nor Azian
Adnan, pihak responden telah mengalami kemalangan semasa beliau menjalani latihan bola jaring
yang bukan dari skop kerjanya dan perlu mewakili majikannya untuk pertandingan antara bank-
bank dan beliau juga telah diberi pelepasan kepada responden untuk menjalani latihan tersebut.
Tidak dapat dinafikan bahawa latihan tersebut adalah sebahagian daripada pekerjaannya kerana
beliau menjalani latihan tersebut bukan untuk diri sendiri tetapi untuk manfaat majikan dan juga
ia akan menjejaskan prestasi pekerjanya sebagai kerani jika dia tidak menjalani latihan tersebut
sekaligus hal ini menjadikan kedatangan beliau ke latihan itu sebagai kejadian pekerjaan.
Kemalangan yang dialami oleh responden tersebut telah diputuskan oleh Jemaah Rayuan
Keselamatan Sosial (JKRS).Untuk dikaitkan dengan isu Rani ini, beliau juga mengikuti program
latihan tersebut atas arahan untuk mewakili majikannya dan kemalangan yang menimpanya itu
juga boleh dikira sebagai bencana kerja kerana ketika itu beliau terjatuh di dalam tandas semasa
beliau menghadiri program tersebut yang merupakan sebahagian dari pekerjaannya. Dengan ini,
ia menjadikan Rani layak untuk menuntut faedah seperti yang dinyatakan dalam Seksyen 22 (a)
Akta Keselamatan Sosial Pekerjaan (AKSP) 1969 iaitu faedah hilang upaya sementara dengan
mendapat pembayaran sepanjang cuti sakitnya dengan kadar faedah 80% daripada purata gaji
harian dan dibayar secara pukal dan beliau boleh kembali bekerja setelah tamat cuti sakitnya
seperti yang dinyatakan dalam Seksyen 22 (a) Akta Keselamatan Sosial Pekerjaan (AKSP) 1969.

Kesimpulan :
Kesimpulannya, caruman PERKESO amatlah penting bagi pekerja jika berlakunya bencana
pekerjaan semasa menjalankan pekerjaan yang boleh menyebebkan kesulitan kepada pekerja,
pekerja dapat menikmati faedah-faedah yang disediakan di bawah Skim Insurans Bencana
Pekerjaan (SIBP) untuk memberi kemudahakan kepada pekerja beserta orang tanggunggannya
dengan syarat-syarat tertentu.

Isu 3: Sama ada Rani layak untuk menikmati faedah perubatan bencana pekerja disebabkan oleh
kemalangan tersebut ?

Seksyen :
Mengikut Seksyen 15 Akta Keselamatan Sosial Pekerja (AKSP) 1969 telah menyatakan
bahawa tertakluk kepada akta ini, orang berinsurans, orang tanggungan mereka atau orang lain
yang disebut di bawa akta ini, mengikut mana-mana yang berkenaan adalah berhak kepada faedah
yang iaitu, rawatan doktor dan layanan terhadap orang berinsurans yang menghidap hilang upaya
akibat bencana pekerja yang berlaku ke atasnya tatkala menjadi seorang pekerja mengikut Akta
ini (yang dirujuk sebagai faedah perubatan).

Dalam Seksyen 37 Akta Keselamatan Sosial Pekerja (AKSP) 1969 menyatakan bahawa orang
berinsurans yang keadaannya memerlukan, akibat bencana kerja atau menghidap penyakit
khidmat adalah berhak untuk mendapat faedah perubatan rawatan percuma di klinik panel
PERKESO atau hospital kerajaan. Rawatan di klinik PERKESO perlu diteruskan sehingga pulih
dan jika berpindah ke hospital kerajaan, perlu atas rujukan panel.

Kes :
Dalam Kes Alimah Md Som lawan Ketua Pengarah Pertubuhan Keselamatan Sosial
(PERKESO), dimana Puan Alimah bt Md Som berusia 58 tahun dirujuk orang berinsurans (OB)
terlibat dalam satu kemalangan dimana jalan raya pada 19 Oktober 2010 jam lebih kurang 10 pagi
ketika sedang menunggu bas hendak menuju ke Kampung Sungai Buluh, Senggarang, Batu
Pahat. Beliau telah dilanggar oleh sebuah motosikal dari arah belakang. OB telah membuat
laporan polis pada 25 Oktober 2010 melalui laporan NO. K010767/2010. OB telah
mengemukakan tuntutan bencana kerja daripada PERKESO dan telah ditolak. Permohonan OB
telah ditolak oleh pihak PERKESO atas alasan ianya bukan dikategorikan sebagai bencana kerja.
Pihak PERKESO setelah menerima permohoman OB yang dilakukan untuk faedah bencana kerja
telah melakukan penyiasatan di bawah Seksyen 12C (2) dan (3) Akta Keselamatan Sosial Pekerja
(AKSP) 1969 dengan merekodkan pernyataan OB yang dilakukan pada 2 Disember 2010 dan
dalam penyataan OB, merupakan seorang tukar cuci di suatu syarikat bersebelahan dengan rumah
OB. Waktu bekerja OB adalah dari 7 pagi hingga 6.30 petang hari Ahad hingga Jumaat dan Sabtu
adalah hari cutinya dan waktunya rehat dari pukul 1 hingga 2 petang. Beliau bekerja seperti biasa
dan masuk kerja pukul 7 pagi. OB pada hari kemalangan, beliau telah memohon kebenaran
majikannya untuk keluar lebih kurang satu jam pada pukul 10 pagi untuk melakukan hal peribadi
iaitu mengikuti bengkel jahitan yang diadakan setiap hari Selasa untuk diri OB. Maka rayuan ini
telah difailkan. Dalam kes ini, Jemaah Rayuan Keselamatan Sosial (JRKS) perlu meneliti tafsiran
yang diberikan oleh mahkamah berkenaan dengan pemakaian Seksyen 24 Akta Keselamatan
Sosial Pekerja (AKSP) 1969.

Berkenaan isu sama ada munasabah untuk OB meminta kebenaran untuk pergi ke bengkel untuk
tempoh satu jam yang dibenarkan majikannya, Jemaah Rayuan Keselamatan Sosial (JRKS)
berpendapat bahawa tempoh satu jam itu adalah munasabah dan tindakan beliau menjalankan
pemantauan kepada bengkel juga adalah munasabah dan berkenaan isu sama ada muhasabah
untuk OB tidak dilindungi oleh skim PERKESO semata-mata kerana beliau telah keluar dengan
izin majikannya untuk tempoh sejam dan akan kembali bekerja, Jemaah Rayuan Keselamatan
Sosial (JRKS) berpendapat ianya suatu yang tidak munasabah. Kebenaran majikan bukanlah
secara automatik mengolongkan pekerja sebagai mengalami bencana kerja. Apa yang harus
diambil kira adalah tempoh masa pekerja dibenarkan untuk keluar, tujuan pekerja itu keluar dan
sama ada kegiatan yang dilakukan oleh pekerja tersebut dalam tempoh masa dia keluar membawa
keuntungan kepada beliau. Dana yang dikumpul di bawah Skim Insurans Keselamatan Sosial
Pekerja merupakan caruman yang lahir dari titik peluh pekerja dan sumbangan majikan, dan
membenarkan bayaran dibuat kepada pihak-pihak yang tidak wajar dibayar seolah-olah
menghianati ahli-ahli PERKESO yang lain yang turut menyumbang kepada skim ini. Setelah
meneliti semua fakta, keterangan dan eksibit dalam kes ini, rayuan OB dibenarkan

Aplikasi :
Berikutan dengan Seksyen Akta dan contoh kes yang telah dikaitkan dalam isu ini, Rani layak
untuk menikmati faedah perubatan dari Skim Insurans Bencana Pekerja (SIBP) untuk
mendapatkan rawatan percuma sama ada di klinik panel PERKESO atau di hospital kerajaan dan
dirawat sehingga pulih berdasarkan daripada kes kemalangan beliau di mana beliau mengalami
kemalangan terjatuh di tandas semasa beliau mengikuti program latihan yang dikira sebagai wakil
majikannya itu sehingga terpaksa menjalani pembedahan terhadapnya kerana berlaku pendarahan
di otak. Untuk dikaitkan dalam kes Alimah Md Som lawan Ketua Pengarah Pertubuhan
Keselamatan Sosial (PERKESO), Jemaah Rayuan Keselamatan Sosial (JRKS) sangat meneliti
akan tuntutan faedah dari apa yang harus diambil kira adalah tempoh masa pekerja dibenarkan
untuk keluar, tujuan pekerja itu keluar dan sama ada kegiatan yang dilakukan oleh pekerja
tersebut dalam tempoh masa dia keluar membawa keuntungan kepada beliau. Dengan ini, Rani
layak untuk menuntut faedah perubatan daripada caruman PERKESO untuk menanggung segala
kos perubatannya seperti yang dinyatakan dalam Seksyen 37 Akta Keselamatan Sosial Pekerja
(AKSP) 1969. Hal ini kerana kemalangan tersebut berlaku dianggap sebagai bencana kerja kerana
ianya berlaku semasa beliau menjalankan pekerjaannya mengikuti latihan tersebut.

Kesimpulan :
Kesimpulannya, tidak mudah untuk orang berinsurans menuntut faedah bencana kerja dengan
PERKESO kerana pihak PERKESO akan meneliti setiap kenyataan yang diberikan oleh orang
berinsurans kerana dana yang dikumpul di bawah Skim Insurans ini adalah merupakan caruman
yang lahir daripada titik peluh pekerja dan sumbangan majikan bagi mengelakkan pihak yang
tidak wajar diberikan bayaran di bawah Skim Insurans Keselamatan Sosial Pekerja tidak
dibenarkan untuk dibuat pembayaran.

You might also like