Surat Kiriman Rasmi

You might also like

Download as doc, pdf, or txt
Download as doc, pdf, or txt
You are on page 1of 2

Susanti Indah binti Abdullah,

Setiausaha,

Persatuan Pertinam

Sekolah Menengah Kebangsaan Muar,

84000 Muar,

Johor

Yang Berusaha Encik Haji Marzuki Maaruf bin Haji Abi Manaff

Pengetua,

Sekolah Menengah Kebangsaan Muar,

84000 Muar,

Johor

11 September 2021

Tuan,

Memohon Kebenaran untuk Menggunakan Dewan Pahlawan Bersatu Sekolah Menengah


Kebangsaan Muar

Merujuk perkara di atas, dimaklumkan bahawa Persatuan Pertinam Sekolah Menengah Kebangsaan
Muar sekolah ini akan mengadakan program motivasi peringkat sekolah.

2. Program motivasi tersebut akan diadakan pada hari Sabtu, 11 September di Dewan Pahlawan
Bersatu. Sebanyak 115 orang murid yang terdiri dari 6 rendah dan 6 atas yang akan mengambil
bahagian. Pertandingan akan bermula pada pukul 8.30 pagi dan akan diselia oleh guru-guru
penasihat yang juga akan bertindak sebagai moderator.

3. Tujuan program motivasi ini diadakan adalah untuk menarik minat pelajar terhadap pembelajaran
dengan lebih mendalam, memberi semangat untuk belajar di dalam kelas dan di luar kelas.

4. Oleh hal yang demikian, kami ingin memohon kebenaran tuan untuk menggunakan dewan
sekolah dan kelengkapannya bagi tujuan tersebut.

5. Yang berikut ialah butiran tentang projek tersebut:

Tarikh:11 September 2021

Hari: Sabtu

Tempoh: 8.30 pagi – 2.00 petang

Bilangan peserta: 115 orang


6. Dengan ini saya berbesar hati sekiranya pihak tuan dapat memberikan kebenaran kepada
Persatuan Pertinam untuk menggunakan Dewan Pahlawan Bersatu bagi mengadakan program
motivasi peringkat sekolah.

7. Kami berjanji akan menjaga semua kelengkapan dengan sebaik-baiknya selain mengemaskan
dewan sebelum dan selepas program. Diharap permohonan kami ini mendapat pertimbangan yang
sewajarnya daripada pihak tuan.

Sekian, terima kasih.

Yang menjalankan tugas,

Susanti Indah bnti Abdullah

Setiausha

Persatuan Pertinam,

Sekolah Menengah Kebangsaan Muar

You might also like