Ucapan BM KK

You might also like

Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 2

Terima kasih pengacara majlis.

Yang Berusaha Puan Norlia binti Ismail, Pengetua Sekolah


Menengah Kebangsaan Melati, Yang Dihormati Tuan Hassan Bin Maarof, Guru Penolong
Kanan Ko-Kurikulum, Encik Razak Bin Karim, Guru Penolong Kanan Hal Ehwal Murid,
Tuan Muzaffar Bin Sani , Guru Penolong Kanan Ko-Kurikulum, Yang Dihormati Guru-Guru,
serta rakan-rakan seperjuangan tingkatan 6. Assalamualaikum dan Salam Satu Malaysia.
Tajuk ucapan saya pada hari ini ialah “Elemen-elemen yang perlu ada dalam seseorang
pelajar untuk beroleh kecermerlangan”.

Hadirin sekalian yang dirahmati allah,

Menjadi seorang murid yang cemerlang adalah impian setiap pelajar. Hal ini kerana
pelajar yang cemerlang akan menjadi kebanggaan ibu bapa, guru dan pihak sekolah.
Kebiasaannya murid yang cemerlang dihormati oleh orang lain dan mempunyai masa depan
yang cerah. Menjadi pelajar yang cemerlang merupakan satu usaha yang tidak mustahil jika
mempunyai hati yang cekal. Tidak hairanlah banyak pelajar berlumba lumba untuk menjadi
pelajar cemerlang agar mempunyai nama dalam kalangan masyarakat.Namun, apakah elemen
elemen yang perlu ada dalam seseorang pelajar untuk beroleh kecermerlangan.?

Elemen utama yang perlu ada dalam diri seorang pelajar untuk beroleh kecemerlangan
ialah mempunyai sahsiah dan peribadi yang unggul. Seorang pelajar yang mempunyai
peribadi yang unggul akan sentiasa menjaga hubungan baik sesama manusia. Sifat sombong
dan angkuh tidak pernah wujud dalam kamus hidup seorang pelajar yang cemerlang. Mereka
juga sentiasa mengamalkan sikap bermurah hati dan tidak pilih kasih dalam pergaulan dengan
membeza-bezakan bangsa, agama dan kaum. Sahsiah dan peribadi pelajar yang cemerlang
yang unggul disenangi oleh orang di sekelilingnya kerana mereka tetap bergaul mesra kerana
tidak bersikap sombong .Oleh itu, jelaslah bahawa pelajar cemerlang mempunyai sahsiah dan
peribadi yang unggul.

Rakan-rakan yang saya sayangi,

Seterusnya, pelajar yang cemerlang sentiasa mengikut ajaran agama. Setiap agama di
dunia ini menganjurkan manusia melakukan kebaikan. Pelajar yang cemerlang sentiasa
menjadikan agama sebagai panduan hidup. Agama menjdi landasan yang paling ampuh
dalam membentuk diri pelajar yang cemerlang. Pelajar yang cemerlang akan sentiasa
mempunyai nawaitu yang suci dalam setiap tindakan yang dilakukan oleh mereka. Sebagai
contoh, seorang pelajar Islam yang cemerlang sentiasa menunaikan tanggungjawabnya
terhadap Allah iaitu dengan menunaikan solat serta sentiasa berdoa untuk mencapai kejayaan.
Oleh itu, jelaslah bahawa agama menjadi pegangan pelajar yang cemerlang agar mereka tidak
terpesong daripada matlamat sebenar hidup di dunia ini.

Selain itu, pelajar yang cemerlang sentiasa menyedari hakikat bahawa masa itu berharga
dan tidak mensia-siakan setiap saat yang dimilikinya. Mereka akan menyediakan jadual
aktiviti harian yang fleksibel agar aktiviti yang mereka lakukan seimbang daripada aspek
jasmani dan rohani. Pelajar yang cemerlang sentiasa berusaha menambah ilmu pengetahuan
mereka dengan membaca buku sekiranya mempunyai masa yang terluang. Hal ini demikian
kerana, mereka menyedari melalui pembacaan, mereka akan dapat meluaskan horizon
pemikiran mereka. Mereka juga sentiasa menyiapkan setiap tugasan yang diberi dan tidak
menangguhkannya.Oleh hal yang demikian, jelaslah kepada kita semua bahawa pelajar yang
cemerlang sentiasa bijak dalam mengisi setiap saat dan minit dalam kehidupan mereka.

Akhir sekali , elemen menjadi pelajar yang cemerlang ialah sentiasa memberikan
tumpuan ketika guru sedang mengajar. Hal ini demikian kerana, perhatian dan tumpuan yang
diberikan menjadi salah satu medium pembentukan pelajar yang cemerlang di samping
meningkatkan pemahaman mengenai subjek yang dipelajari. Sebagai contoh, seseorang
pelajar haruslah memberi sepenuh perhatian dan fokus ketika proses pengajaran dan
pembelajaran sedang dijalankan. Tumpuan dan perhatian pelajar di dalam kelas sahaja
menjadi salah satu ciri pelajar cemerlang malahan dapat meningkatkan ilmu pengetahuan
mereka dalam sesuatu subjek yang dipelajari. Oleh hal yang demikian, jelaslah bahawa
pelajar yang cemerlang sentiasa memberikan tumpuan semasa guru sedang megajar di dalam
kelas.

Hadirin hadirat yang saya hormati,

Intihanny, berikut merupakan elemen elemen yang perlu ada dalam seseorang pelejar
untuk beroleh kecemerlangan. Pelajar yang cemerlang mampu berfikir luar daripada kotak
pemikiran dan seterusnya mampu merealisasikan aspirasi negara. Oleh itu, generasi pelajar
yang cemerlang perlu dipupuk sejak kecil lagi bak kata peribahasa Melayu, melentur buluh
biarlah dari rebungnya.

Sempena Hari Motivasi pelajar Tingkatan Enam pada kali ini, saya mengucapkan ribuan
terima kasih kepada pihak sekolah kerana telah memberikan saya kesempatan untuk
memberikan ucapan. Sekian terima kasih.

You might also like