Download as pdf or txt
Download as pdf or txt
You are on page 1of 8

MENGENAI KAMI

Hajar Integrated (M) Sdn Bhd telah diperbadankan pada 12 haribulan

Disember 2012 sebagai sebuah syarikat berhad menurut syer. Aktiviti Utama

syarikat ini ialah melaksanakan program pekerjaan semula (rehiring) untuk

pekerja asing, permohonan permit, pembaharuan pas pekerja, restoran,

pembungkusan makanan, spa dan butik pakaian. Hasrat kami untuk

membentuk sebuah entiti perniagaan yang mampu menjana sumber

pendapatan sendiri di samping menyumbang kepada pertumbuhan

ekonomi negara melalui pembayaran cukai hasil daripada keuntungan yang

dijana. Kumpulan syarikat ini seterusnya berkembang dengan wujudnya

beberapa subsidiari syarikat seperti Hajar Sazrul (MM2H) Sdn Bhd dan Hajar

Sazrul Travel & Tours Sdn. Bhd.

MISI KAMI

Misi kami adalah untuk menjadi sebuah organisasi yang boleh dipercayai,

menawan hati pelanggan dan pantas dalam memenuhi kehendak

pelanggan dengan layanan yang mesra dan kondusif selain turut menjana

sumber kewangan sendiri menerusi beberapa cabang perniagaan dalam

beberapa sektor seperti pengeluaran makanan, pengurusan kemasukan

pelancong melalui program Malaysia My Second Home (MM2H),

pelancongan, pelancongan kesihatan, spa dan butik pakaian.


NILAI KAMI

Komunikasi

Kami berazam untuk mendengar segala permintaan dan membalas kepercayaan

anda dengan penuh kemesraan

Jujur dan Cekap

Kami beriltizam akan sentiasa jujur, bekerja dengan penuh ikhlas

dan menunaikan janji

Kepuasan Pelanggan

Kami akan memastikan setiap pelanggan memperolehi perkhidmatan berbaloi dan

diluar dugaan

Kualiti dan Tiada Perbandingan

Kami akan mempastikan perkhidmatan yang ditawarkan merupakan yang terbaik

dipasaran

Akauntabiliti dan Telus

Kami akan mempastikan setiap urusniaga dilakukan dengan penuh ketelusan dan

akauntabiliti

Bertanggungjawab dan Bebas

Kami akan mengamalkan sikap bertanggungjawab di atas kesilapan, kealpaan dan

kelalaian dalam profesion.Pelanggan bebas mengkritik dan menegur kesilapan

kami dengan profesional dan beretika.


STRUKTUR KORPORAT
CARTA ORGANISASI PENGURUSAN

Pengerusi Eksekutif
June Abdul Ghani

Pengarah Urusan
Sazrul Iqram Rozlan

Pengarah Operasi Pengarah Eksekutif


Fakhrolzaman Al Bahsar Sazrul Iqbal Rozlan

Pengurus Besar
Nor Nadia Qayyum

Pengurus Sumber Manusia Pengurus Akaun


Abdul Rahman Abdullah Norsuhaila Abd Ghani

Pengurus Projek Eksekutif Akaun


Rahmadshah Mohamad Nor Nabilla Qayyum

Eksekutif Pentadbiran Eksekutif Pentadbiran


Nor Azua Azlinda Mohamad Nayem
MAKLUMAT SYARIKAT

Nama Syarikat Hajar Integrated (M) Sdn. Bhd.


SSM : 1027517-H

Ibu Pejabat D8-1-G Block D8 Dana 1 Commercial Centre


Jalan PJU 1A/46, 47301 Petaling Jaya Selangor

Alamat Email E | hajarsazrul@hotmail.com


T | 603.7859.0418
No Telefon
F | 603.7832.7418

Setiausaha Tuan Nadierra binti Tuan Cob (LS0008021)


No 4, (PT327), Tingkat 1, Bangunan MPKB, Pasar Berek
Syarikat 12, Jalan Hospital, 15200 Kota Bharu Kelantan
T | 09.743.7076 F | 09.743.7076

Jurubank Public Bank Berhad


No akaun : 3-19667891-7
Cawangan
Bandar Baru Sungai Buluh
PENGALAMAN PELAKSANAAN KERJA

BIL NAMA KERJA/BEKALAN/PERKHIDMATAN NILAI KERJA MASA/TEMPOH

01. Membekal makanan untuk Seminar dan 34,500.00 Jan 2013


Kursus Motivasi Kolej Universiti Islam Kelantan
(KIAS)

02. Membekal Makanan untuk CIMB Group 15,000.00 Mac 2013


Kuala Lumpur (218 Peserta)

03. Membekal buah-buahan segar untuk Hotel 8,000.00 April -2013


Carlton Shah Alam

04. Membekal Makanan dan Minuman kepada 9,800.00 Ogos 2013


Peserta Kem Kecemerlangan Minda Kolej
Delima Universiti Teknologi MARA Shah Alam

05. Membersih, membuang sampah dan 400,000.00 2012-2014


Menjaga Blok C & H UITM Shah Alam
(Subcontract)

06. Mereka, menaip dan Membekalkan 300 18,000.00 Mei 2015


Naskah Buku Mesyuarat Agung MESS PDRM

07. Membekal dan Menguji Peralatan 19,000.00 Apr 2014


Perubatan Hospital Kota Bharu Kelantan

08. Membekalkan Makanan Peserta Seminar 4,500.00 Feb 2015


UITM Shah Alam
09. Menanam Pokok dan Memasukkan Tanah 11,000.00 Dec 2013
dalam Plastik Landskap UITM Shah Alam

10. Kerja-kerja Menanam Semula Getah Milik 8,000.00 Jan 2015


Samsuddin Ramli Kg Pengkalan Kubur, PT681
LEMBAGA PENGARAH

Pengerusi Eksekutif

Hajjah Nor Aidzun @ Norzalieza Abdul Ghani atau dikenali sebagai June Abd Ghani

memperolehi pendidikan awal di Sekolah Kebangsan Tumpat dan seterusnya menyambung

pelajaran di Sekolah Menengah Tumpat sehingga tingkatan 3. Seterusnya menyambung ke

sekolah berasrama penuh di Sekolah Menengah Hamzah Machang. Merupakan graduan

dari Universiti Of Leeds United Kingdom dalam Fakulti Perniagaan (Accounting dan Finance).

Beliau adalah Ahli Persatuan Akauntan Bertauliah Berkanun (ACCA). Pernah berkhidmat di

beberapa Bank di Switzerland dan England serta firma perakaunan. Turut menjawat jawatan

sebagai Pengurus Wilayah Asia Swiss Management Limited yang beribu pejabat di

Switzerland. Menyertai bidang perniagaan domestik dengan mengasaskan beberapa entiti

perniagaan seperti Hajar Integrated Sdn Bhd dan Hajar Beauty Sdn Bhd.

Pengarah Urusan
Mohamad Sazrul Iqram bin Rozlan

Mohamad Sazrul Iqram bin Rozlan menamatkan pelajaran dengan cemerlang di Maktab

Rendah Sains Mara Pendang Kedah. Seterusnya melanjutkan pelajaran di Universiti

Multimedia Kampus Cyberjaya dan memperolehi Ijazah Sarjana Muda Creative Multimedia

dengan Kepujian.
Pengarah
Mohamad Sazrul Iqbal Rozlan

Mohamad Sazrul Iqbal Rozlan telah menamatkan pengajian dengan cemerlang di Universiti

Malaysia Kelantan (UMK) dalam bidang Pengurusan Perniagaan

You might also like