Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 11

Mata pelajaran Sejarah Sasaran Tingkatan 2

Tajuk Bab 10 : Sarawak dan Sabah


Standard 6.4 Sarawak dan Sabah
kandungan
Standard 6.4.1 Menjelaskan sejarah Sarawak dan Sabah sebagai
pembelajaran sebahagian daripada kerajaan Alam Melayu.
( Nota Lampiran 1)
6.4.2 Menerangkan pemerintahan tempatan di Sarawak
dan Sabah. ( Nota Lampiran 2 dan 3)
K6.4.7 Menerangkan kepentingan sikap bijaksana untuk
meneruskan kelangsungan hidup.
(Latihan : Lampiran 4)
K6.4.8 Menilai kepentingan semangat kekitaan
dalam sebuah negara.( Latihan : Lampiran 5)
Objektif Pada akhir pembelajaran anda akan dapat:
pembelajaran a) Menyenaraikan sekurang-kurangnya tiga bukti hubungan
Sarawak dan Sabah dalam Alam Melayu .
b) Menghuraikan sekurang-kurangnya dua bentuk
pemerintahan di Sarawak dan Sabah.
c) Menjelaskan tiga kepentingan sikap bijaksana untuk
meneruskan kehidupan.
d) Menerangkan tiga kepentingan semangat kekitaan dalam
sebuah Negara.
Tempoh masa 2 jam nota dan latihan
Nota Rujuk lampiran 1, 2 dan 3
Aktiviti 1. Pelajar perlu membaca dan memahami nota yang
diberikan dalam Lampiran 1 hingga 3.
2. Pelajar digalakkan untuk membina peta minda atau
peta i-Think berdasarkan nota.
3. Pelajar menjawab soalan pada lampiran 4 hingga 6
dengan merujuk nota atau bahan lain yang
bersesuaian seperti buku rujukan dan laman
sesawang.
Pentaksiran Pelajar akan dinilai berdasarkan tugasan yang diberikan
pada Lampiran 4 hingga 6.

STANDARD PRESTASI
TAHAP TAFSIRAN
PENGUASAAN
1 Mengetahui latar belakang bagi Sarawak dan Sabah
2 Mempamerkan kefahaman tentang latar belakang
Sarawak dan Sabah
3 Menggunakan pengetahuan sejarah tentang latar
belakang Sarawak dan Sabah dalam pelbagai situasi.
4 Menganalisis maklumat berkaitan latar belakang Sarawak
dan Sabah
5 Membuat penilaian terhadap latar belakang Sarawak dan
Sabah
6 Melahirkan idea yang rasional tentang latar belakang Sarawak
dan Sabah.
Nota perlu dibaca dan difahami Pentaksiran perlu diselesaikan

NOTA

Lampiran
1 Tarikh :

10.1 Hubungan Sarawak dan Sabah dalam Alam Melayu

 Sejak sebelum Masihi, penduduk di pesisir Sarawak dan Sabah


Mempunyai hubungan dengan Alam Melayu dan dunia luar.
 Seperti pembuatan tembikar Gua Niah ( Sarawak )
 dan di Bukit Tengkorak, Semporna, Sabah
 Peduduk di Bukit Tengkorak menjalankan kegiatan perdagangan dengan
kawasan di luar Sabah
 Pada abad ke 3 – muncul Chu-Po (Pelabuhan di utara Sabah)
 Pelabuhan ini menjadi tempat mengeksport besi ke Funan dan Champa

Abad Ketujuh

 Kemunculan Santubong sebagai sebuah kerajaan awal
 Mempunyai pelabuhan di lembah Sungai.Sarawak
 Penemuan barangan tembikar Zaman Dinasti T’ang dan Sung
 Membekalkan kapur barus, kayu laka, lilin lebah dan kulit penyu

Kulit Penyu Lilin Lebah Kayu Laka

 Abad ke-13
 Muncul industri peleburan bijih besi di Santubong
 Pusat perdagangan lain di Sarawak seperti Gedong, Bukit Sandong dan Kalka
 Menjalankan kegiatan perdagangan dengan kerajaan Siam dan China

 Kemajuan pesat perdagangan di Sarawak dan Sabah menjadi tarikan


kepada kerajaan di Alam Melayu untuk meluaskan pengaruhnya
 Beberapa kawasan di pesisir pantai barat laut yang merupakan merupakan
zon tamadun Melayu telah menerima pengaruh kerajaan Alam Melayu
 Srivijaya
 Telah meluaskan pengaruhnya ke selatan Sarawak
 Untuk mengawal perdagangan di Laut China Selatan
 Majapahit
 Mempunyai pengaruh di Sarawak dan utara Sabah
 Jumpaan gendang gangsa jenis Moko di Pulau Banggi, Sabah
menjadi bukti hubungan perdagangan kerajaan Majapahit dan
penduduk di Utara Sabah

Gendang Gangsa di Pulau


Banggi , Sabah

Kemerosotan Majapahit – membawa kepada perkembangan pengaruh



Kesultanan Melayu Brunei ( KMB ) & Kesultanan Sulu ( KS )
 Sarawak
 Pada abad ke-14 KMB menjalinkan hubungan persahabatan dengan
kerajaan Sambas
 Sambas serahkan wilayahnya di Sarawak kepada KMB
 KMB luaskan pengaruhnya ke utara Borneo
 Sabah
 Kesultanan Sulu muncul di Utara Borneo
 Sebarkan pengaruh ke pantai Timur laut Borneo

 Kebangkitan Kesultanan Melayu Brunei (KMB)


 Melemahkan Kerajaan Melayu Santubong, Kalka, Samadong dan Melano
 Kerana tumpuan perdagangan dialihkan ke Brunei
 Kebangkitan Kesultanan Sulu (KS)
 Muncul pada abad ke-15 telah meningkatkan kegiatan perdagangan di
utara Sabah
 Kawasan ini kaya dengan hasil laut dan hutan- sarang burung yang menjadi
tarikan pedagang China

* Namun, KMB dan KS Merosot menjelang abad ke 19 apabila bersaing


dengan kuasa Barat

 Pengaruh agama Hindu, Buddha dan Islam di Sabah dan Sarawak


 Penyebaran Agama Buddha
 Semasa kegemilangan Kerajaan Srivijaya, terdapat tinggalan objek agama
Buddha di Santubong
 Penemuan patung Ganesha di Limbang
 Penyebaran Islam
 Pengaruh KMB di Sarawak dan Sabah membawa penyebaran agama Islam
di pesisiran pantai Sarawak dan Sabah
 Diterima oleh kebanyakan penduduk kaum Melayu dan Melanau di
pesisiran pantai Sarawak dan Sabah
 KS pula sebarkan Islam di Pantai Timur Sabah
Objek-objek emas berkaitan
agama Buddha dijumpai di
Santubong

NOTA

2
Lampiran Tarikh :

10.2 Kemunculan Pemerintahan Tempatan (Sarawak)


Kaum Ketua
Iban Tuai Rumah  Kepimpinan Kesukuan
Kayan Kelunan Maren
 Di kawasan pedalaman
atau Hipun Uma
 Berbeza dengan pemerintahan di
Kenyah Peran Lepo
muara sungai
Kelabit Laih Rayeh
 Setiap kaum mempunya ketua yang
Contoh :
bebas daripada kawalan mana-mana
kuasa luar .

 Kepimpinan Lembah Sungai

 Kerajaan
 Terdapat kerajaan di Lembah Sungai iaitu
Sawaku, Samadong, Kalka, Saribas dan
Melano
 Ada interaksi dengan kerajaan luar
 Wujud sejak abad ketujuh
Batu Berhala ini dijumpai di
Samarahan yang dikaitkan Kerajaan Lokasi Masa Pengasas
dengan kerajaan Samadong
Samadong Samaraha Abad
n dan Ke 7
Sadong
Sawaku Santubong Abad Datu Merpati
dan Sekitar Ke 7
Sungai
Sarawak
Kalka Kuala Dayang Hubu
Sungai dan Dayang
Kalka Ruku
Batu Gambar di Santubong Melano Sungai Abad Tugau
membuktikan kewujudan Retus ke 11
kerajaan Sawaku
Saribas Lembah Abad Pengiran
Sungai ke 15 Temenggung
Saribas Abdul Kadir
dan Sungai
Rimbas Pusat :

Tandang Sari
Muara Sungai
Rimbas

 Wakil Raja
 Masyarakat sentiasa bergerak dan berhijrah
membentuk tamadun yang lebih tinggi
 Penduduk di Pesisir pantai Sarawak yang
terdiri dari orang Melayu dipengaruhi oleh
Kerajaan Srivijaya, Brunei dan Majapahit

Kerajaan Pusat Gelaran Raja


Sawaku Santubong
Samadong Lembah Datu
Sungai Datuk Abang
Samarahan Dayang
Kalka Kuala Sungai
Krian

 Kesultanan Melayu Brunei kemudiannya


mengekalkan sistem pemerintahan kerajaan
Melayu di Sarawak kecuali Kaum Dayak yang
diberi gelaran seperti Orang Kaya
NOTA

Lampiran
3 Tarikh :

10.2 Kemunculan Pemerintahan Tempatan (Sabah)

 Kepimpinan Kesukuan
 Masyarakat pedalaman mempunyai
kepimpinan kesukuan yang tersusun
 dan bebas daripada kawalan kuasa
luar .
 Contoh : Kaum Kadazandusun,
Murut dan Orang Sungai
 Mempunyai bentuk kepimpinan
yang sama .
 Mempunyai seorang ketua iaitu
Orang Tua
 Bobohizan/Bobolian (kaum
Kadazandusun) dan Babalian
(kaum Murut) menguruskan adat
istiadat dan pantang larang
 Kepimpinan Lembah Sungai

 Wakil Raja
 Pengaruh dari Brunei dan Sulu
adalah menerusi wakil-wakil raja.
 Kuasa pemerintah wakil raja adalah
dari aspek Kehakiman, menjaga
keamanan dan kebajikan penduduk,
mengutip cukai dari penduduk dan
aktiviti perdagangan

 Ketua Bebas
 Diketuai oleh seorang ketua Bebas
 Mentadbir wilayah di muara sungai
 seperti: Syarif Osman menguasai
Marudu
 Datu Kurunding menguasai kawasan
Tungku
 Mereka menegakkan kekuasaan dan
jalankan undang-undang sendiri.
 Mereka mempunyai pertalian dengan
keluarga diraja sama ada Brunei ,
Sulu atau keturunan Arab Syarif .

LATIHAN OBJEKTIF

Lampiran
4 Tarikh :

1. Apakah bukti yang menunjukkan Santubung muncul sebagai kerajaan


yang mempunyai pelabuhan di lembah sungai Sarawak?

A Jumpaan gendang jenis Moko di Santubung


B Penemuan artifak di Gua Niah
C Penemuan peralatan tembikar zaman Dinasti T’ang dan Sung
D Peralatan logam yang ditemui di Sungai Rajang

2. Siapakah yang memainkan peranan menyebarkan agama Islam di


pantai timur Sabah?

A Kerajaan Majapahit
B Kerajaan Sambas
C Kerajaan Srivijaya
D Kesultanan Sulu

3. Apakah peranan Bobohizan bagi kaum Kadazandusun dan Bobolian


bagi kaum Murut?
A Mengurus harta pusaka
B Mengurus adat istiadat
C Menjaga keamanan kampung
D Ketua angkatan perang

4. Maklumat berikut berkaitan dengan Kepimpinan Lembah Sungai di Sarawak

 Kaum Melayu di pesisir pantai dan lembah sungai


 Menerima pengaruh daripada kerajaan di Alam Melayu

Apakah bentuk kerajaan di kawasan tersebut?


I Kerajaan
II Ketua Kampung
III Pembesar
IV Wakil Raja

A I dan II
B I dan IV
C II dan III
D III dan IV

LATIHAN STRUKTUR

Lampiran 5 Tarikh :

BAB 10 : Sarawak dan Sabah

1 Sarawak dan Sabah merupakan sebahagian daripada Alam melayu.

Kedudukan Sarawak di sebelah barat daya Pulau Borneo dan kedudukan


Sabah di utara Pulau Borneo telah mendedahkannya dengan
perkembangan Alam Melayu khususnya aspek perdagangan dan agama.
(Buku teks m.s178- 179)
a Senaraikan tiga barang dagangan yang dibekalkan pelabuhan di
lembah sungai Sarawak.
Konstruk:
Mengingat
i .……………………………………………………………………………………
Aras:
Rendah
ii .……………………………………………………………………………………

iii
……………………………………………………………………………………… 
(3 markah)

b Terangkan hubungan Sarawak dan Sabah dalam Alam Melayu.

i. Sebelum Masihi
Konstruk:
Memahami

Aras:
.……………………………………………………………………………………
rendah

.……………………………………………………………………………………

(2 markah)

ii. Abad ketiga

………………………………………………………………………………………

………………………………………………………………………………………
(2 markah)
c Hubungan antara Sarawak dan Sabah dengan kerajaan Alam
Melayu dan pedagang luar menunjukkan sikap terbuka. Jelaskan
kebaikan sikap tersebut.

Konstruk:
K Menilai ……………………………………………………………………………………
B
A Aras:
T Tinggi ……………………………………………………………………………………

………………………………………………………………………………………

……………………………………………………………………………………

                                                                                                     (3 markah)

LATIHAN ESEI

Tarikh :
Lampiran
6
1 Peta berikut berkaitan dengan kedudukan pemerintahan tempatan di Sabah.
.

(a) Berdasarkan peta dan pengetahuan sejarah anda, jelaskan


sistem kepimpinan kesukuan di Sabah.
                                                                                                                    (4 Markah)
          Konstruk : Mengingat Aras : Rendah
(b) Di Sabah, kawasan lembah sungai menerima pengaruh
Kesultanan Melayu menerusi wakil Brunei, wakil Sulu dan ketua (8 Markah)
bebas. Buktikan penyataan tersebut.

Konstruk : Menganalisis Aras : Sederhana

(c) Pemerintahan yang muncul di Sarawak dan Sabah sangat unik


dan pelbagai. Namun ianya tidak menghalang untuk membentuk (8 Markah)
sebuah negara yang harmoni. Terangkan kepetingan memiliki
semangat kekitaan dalam sebuah negara.

Konstruk : Menilai Aras : Tinggi

You might also like