Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 7

Biodata Abu Bakar As Siddiq

Nama sebenar beliau Abdullah bin Usman bin Amir bin Amr bin Ka’ab bin Taim bin
Murrah bin Ka’ab bin lu’ai At-Tamimi al-Quraisyi. Beliau lebih dikenali dengan
panggilan Abu Bakar as-Siddiq dalam sejarah Islam. Rangkaian jurai keturunan
beliau bertemu dengan rangkaian jurai keturunan Nabi Muhammad s.a.w pada Murrah
bin Ka’ab sehingga keduanya sekeduanya seketurunan.

Ibu beliau iaitu Salma binti Shakhar bin Amir bin Ka’ab bin Saad bi Taim bin
Murrah. Beliau dilahirkan selepas dua tahun enam bulan Nabi Muhammad s.a.w
dillahirkan iaitu pada tahun Gajah. Ini bererti beliau lebih muda dua tahun lebih dari
Nabi Muhammad s.a.w. Beliau dilahirkan di Mekah. Dari kecil lagi beliau terkenal
dengan sifat yang terpuji antaranya budi pekerti yang baik, mulia, dan banyak lagi.

Saidina Abu Bakar as Siddiq, sahabat Nabi Muhamad saw yang begitu tinggi
darjatnya, dijamin masuk syurga dan imannya begitu teguh.

Abu Bakar as-Siddiq merupakan khalifah pertama bagi umat islam 632-634.
Beliau pada awalnya digelar Abdul Kaabah (hamba Kaabah) tetapi selepas beliau
memeluk islam beliau menukar nama kepada Abdullah ibni Abi Qahafah. Beliau
dilahirkan 2 tahun selepas kelahiran Rasulullah S.A.W.

Namun beliau sering digelar Abu Bakar ( yang bermaksud unta muda di didalam
bahasa arab) kerana beliau amat gemar membiak unta. Beliau amat terkenal dengan
gelaran As-Siddiq (yang membenarkan).

Saidina Abu Bakar As-Siddiq merupakan sahabat Nabi Muhammad s.a.w. yang
paling rapat sekali. Semasa Nabi Muhammad s.a.w. berhijrah dari Makkah ke
Madinah pada tahun 622, hanya beliau seorang yang mengikuti Rasulullah s.a.w.
tanpa ditemani oleh orang lain.
Rasulullah S.A.W mengahwini anak perempuan beliau iaitu Saidatina Aishah
tidak lama selepas penghijrahan ke Madinah berlaku. Beliau seorang yang jujur,
berbudi pekerti, adil, tegas dan memiliki sifat yang terpuji...

As-Siddiq

Beliau mendapat gelaran As-Siddiq kerana sentiasa membenarkan setiap


perkataan dan tindakan Rasulullah S.A.W. Peristiwa yang membawa kepada gelaran
ini ialah apabila berlakunya peristiwa Isra dan Mi'raj yang telah dialami oleh
Rasulullah S.A.W. Apabila orang ramai mengatakan baginda berdusta, malah ada
dikalangan sahabat yang ragu-ragu tentang peristiwa tersebut, Saidina Abu Bakar
menjadi pertama membenarkan dan mempercayai peristiwa tersebut dengan penuh
keyakinan tanpa ragu-ragu.

Khalifah Islam Pertama

Semasa Rasulullah s.a.w. sedang sakit tenat, baginda mengarahkan supaya


Saidina Abu Bakar mengimamkan solat orang Islam. Selepas kewafatan Nabi
Muhammad s.a.w., sebuah majlis yang dihadiri oleh golongan Ansar dan Muhajirin
ditubuhkan untuk melantik seorang khalifah bagi memimpin umat Islam. Hasil
daripada perjumpaan itu, Saidina Abu Bakar dilantik dan menjadi khalifah pertama
umat Islam.

Perlantikan Saidina Abu Bakar mendapat tentangan daripada beberapa orang


yang ingin melantik Saidina Ali Abi Talib sebagai khalifah kerana Saidina Ali
merupakan menantu dan anak saudara Rasulullah s.a.w. Golongan Syiah yang
merupakan golongan daripada keluarga Bani Hashim menentang perlantikan Saidina
Abu Bakar. Tentangan itu tamat selepas Saidina Ali Abi Talib membaihkan Saidina
Abu Bakar.

Kewafatan Saidina Abu Bakar


Saidina Abu Bakar wafat dua tahun selepas menjadi khalifah iaitu pada 23 Ogos
634 di Madinah . Sebelum kewafatannya, Saidina Abu Bakar mengesa masyarakat
menerima Saidina Umar Al-Khatab sebagai khalifah yang baru.

Saidina Abu Bakar dikebumikan di sebelah makam Nabi Muhammad s.a.w. di


Masjid an-Nabawi yang terletak di Madinah.

KEUTAMAAN SAIDINA ABU BAKAR AS-SIDDIQ

keistimewaan-keistimewaan yang begitu banyak yang dilakukan oleh Abu Bakar


semasa hayatnya dengan penuh keikhlasan terhadap Nabi Muhammad s.a.w. serta
agama Islam dan kaum muslimin, maka seluruh ahli Sunnah Waljamaah secara ijmak
mengakui bahawa Abu Bakar Siddiq adalah orang yang paling utama ataupun yang
paling afdal sesudah Nabi Muhammad s.a.w.

Liku-liku hidup Saidina Abu Bakar menunjukkan beliau adalah orang utama yang
mengatasi dan mendahului para sahabat yang lain dalam segala hal, baik dalam
urusan ibadat mahupun dan urusan menegakkan agama Allah s.w.t. Tidak ada suatu
hari pun yang dilalui oleh beliau tanpa mengerjakan seruan untuk berbuat baik dan
curahan bakti sama ada di minta ataupun tidak.

Kebiasaannya Nabi Muhammad s.a.w. bertanya kepada sahabatnya tentang kebaikan


yang dikerjakan oleh mereka. Mereka selalunya memberikan penjelasan kerana Nabi
Muhammad s.a.w. akan mendesak mereka memberi penjelasan apa yang ditanya.
Sesudah itu biasanya Nabi Muhammad s.a.w. akan memberikan pelajan kepada
mereka ataupun mengucapkan hadis yang akan diriwayatkan mereka.
KEBERANIAN SAIDINA ABU BAKAR AS-SIDDIQ

keberanian Abu Bakar dikatakan sepadan dengan kebenarannya dan kesetianya


menepati janji, baik di dalam memberi pendapat mahupun keberanian di medan
perang. Ketika dia telah masuk Islam, beliau berani menyatakan keislamannya dan
mengerjakan sembahyang serta berdoa secara terang-terangan tanpa mempedulikan
apa yang akan menimpa beliau.

Ketika perang diwajibkan ke atas umat Islam, beliaulah perajurit yang paling dekat
kepada Rasulullah dalam setiap peperangan dan setiap ada kesulitan atau bahaya.
Dalam sebahagian pertempuran yang sengit banyak perajurit-perajurit yang lari
mundur, tetapi beliau tidak pernah mundur walau bagaimana sulit dan gentingnya
keadaan.

KETAKWAAN SAIDINA ABU BAKAR AS-SIDDIQ

khalifah Abu Bakar terkenal sebagai orang yang kuat pegangan agama ketakwaannya
dalam menjalani proses hidup seharian di pentas dunia yang cuma sementara ini.
Sebagai seorang khalifah yang sangat takwa dan seorang pemimpin yang adil amanah,
beliau bersungguh-sungguh menjaga diri agar benar-benar bersih badan, pakaian,
rumah tangga, akal fikirannya, hati, batin dan darah dagingnya agar sedikit pun
jangan sampai dicampuri sesuatu barang yang diharamkan oleh Allah.
Peperangan Islam-Riddah

Masalah mula timbul apabila Saidina Abu Bakar dilantik menjadi khalifah. Masalah
ini mengugat kestabilan dan keamanan kerajaan Islam. Banyak puak-
puak Arab memberontak dan menentangkhalifah. Sesetengah daripada mereka enggan
membayar zakat manakala ada pula yang kembali kepada menyembah berhala dan
mengikut tradisi lama mereka. Puak-puak ini mendakwa bahawa mereka hanya
menurut perintah Rasulullah s.a.w. dan memandangkan Rasulullah s.a.w. telah wafat
maka mereka tidak perlu lagi mengikut ajaran Islam dan mereka telah bebas.

Saidina Abu Bakar menegaskan bahawa mereka bukan sahaja menyatakan taat
sembah kepada seorang pemimpin malah mereka kini tergolong dalam
golongan Muslim. Ada diantara mereka mendakwa bahawa mereka ialah nabi dan
rasul. Bagi menumpaskan penghinaan dan perbuatan murtad ini maka Saidina Abu
Bakar melancarkan perang terhadap golongan yang digelar golonganRiddah. Hal ini
merupakan permulaan siri Peperangan Islam-Riddah. Antara orang yang mengaku
menjadi nabi ialah Musailamah al-Kazzab. Khalid Al-Walid berjaya menumpaskan
Musailimah dalam suatu pertempuran.

Ekspedisi ke Utara

Selepas berjaya mengurangkan golongan riddah, Saidina Abu Bakar mula menghantar


panglima-panglima perang Islam ke utara untuk memerangi Byzantine (Rom Timur)
dan Empayar Parsi.Khalid Al-Walid berjaya menawan Iraq dalam hanya satu kempen
ketenteraan. Beliau juga menempuh kejayaan dalam beberapa ekspedisi ke Syria.
Menurut seorang orientalis Barat, kempen Saidina Abu Bakar hanyalah sebuah
lanjutan daripada Perang Riddah. Hal ini jelas salah memandangkan kebanyakan
golongan riddah terletak di selatan Semenanjung Arab dan bukannya di utara.
Pengumpulan al-Quran

Menurut ahli sejarah Islam, selepas siri Peperangan Islam-Riddah ramai orang yang


mahir menghafaz al-Quran terbunuh. Saidina Umar Al-Khatab (khalifah yang
berikutnya) meminta Saidina Abu Bakar untuk mula menjalankan aktviti
pengumpulan semula ayat-ayat al-Quran[3]. Saidina Uthman Affan kemudiannya
melengkapkan aktiviti pengumpulan al-Quran semasa beliau menjadi khalifah.

Kewafatan Saidina Abu Bakar

Saidina Abu Bakar wafat pada 23 Ogos 634 di Madinah iaitu dua tahun selepas


menjadi khalifah. Ada dua pendapat mengenai sebab kematian Saidina Abu Bakar.
Ada yang mengatakan disebabkan keracunan dan ada pula yang mengatakan Saidina
Abu Bakar meninggal dunia secara biasa. Sebelum kewafatannya, Saidina Abu Bakar
mengesa masyarakat menerima Saidina Umar Al-Khatab sebagai khalifah yang baru.

Saidina Abu Bakar dikebumikan di sebelah makam Nabi Muhammad s.a.w. di Masjid


an-Nabawi yang terletak di Madinah.

Sumbangan Saidina Abu Bakar

Saidina Abu Bakar banyak menyumbang terhadap perkembangan Islam


walaupun hanya memerintah selama dua tahun (632-634). Beliau berjaya
menumpaskan golongan Riddah yang ada diantaranya murtad dan ada diantaranya
mengaku sebagai nabi. Beliau juga mula mengumpulkan ayat-ayat al-Quran dan
beliau juga berjaya meluaskan pengaruh Islam.
Beliau pernah menjadi kaya, dia juga dikenang jasanya kerana membebaskan
beberapa hamba yang beragama Islam daripada tuan mereka yang kafir termasuklah
Bilal Bin Rabah.

You might also like