Doa Solat Hajat

You might also like

Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 7

Pengenalan

Apakah maksud Solat Hajat?

Solat Hajat dikerjakan apabila kita memohon sesuatu hajat daripada Allah.

Sama ada memohon kebaikan atau pun menolak sesuatu keburukan.

Allah berfirman:

Berdoalah kamu kepadaKu nescaya Aku perkenankan doa permohonan kamu. 

— Surah Ghafir ayat 60

Tidak kira sama ada doa itu dalam keadaan terdesak atau semata-mata menunaikan kewajipan, setiap doa
pasti Allah akan beri perhatian.

Inilah yang dimaksudkan oleh Rasulullah menerusi sabdanya yang bermaksud:

Doa itu ialah senjata orang Mukmin, tiang agama dan cahaya langit dan bumi

Waktu Solat Hajat


Solat sunat hajat boleh dilakukan pada siang dan malam.

Terutama apabila ada suatu hajat yang baik untuk dipohon kepada Allah SWT.

Namun lebih afdhal jika:

— ia dilakukan pada waktu tengah malam sama ada pukul satu, dua atau tiga pagi.

Setelah bangun daripada tidur terlebih dahulu hendaklah Solat Tahajjud.

Kemudian dibacakan al-Fatihah sekali untuk dihadiahkan kepada Nabi Muhammad SAW, arwah kaum muslimin
muslimat dan arwah ibu bapa.

Selepas itu barulah dimulakan solat sunat hajat ini.

Niat Solat Hajat


Setelah bersedia dengah wuduk, mulakan solat sunat hajat dengan lafaz niatnya:

 Usolli sunnatal hajati rak’ataini lillahi taala 


Maksudnya:

Sahaja aku solat sunat hajat dua rakaat kerana Allah Taala

Rakaat Solat Hajat


Solat ini dilakukan sekurang-kurangnya dua rakaat dan sebanyak-sebanyaknya 12 rakaat.

Solat hajat paling afdal ialah 12 rakaat, 6 kali salam.

Terdapat pelbagai-bagai pendapat tentang bacaan dan cara solat hajat.

Tetapi walaupun begitu, kaedah atau rukun-rukun solat ini tetap sama sebagaimana dengan solat-solat sunat
yang lain.

Panduan ini merupakan salah satu cara yang boleh diikuti:

Nota:
Tiada penetapan khusus mengenai bacaan surah selepas al-Fatihah. Anda boleh baca mana-mana surah atau
potongan ayat al-Quran yang diingati.

Rakaat Pertama

Pada rakaat pertama, bacalah surah Al-Fatihah dan diikuti Ayatul Kursi (Al-Baqarah, ayat 255) sebanyak tujuh
(7) kali:

Rakaat Kedua

Pada rakaat kedua, bacalah surah Al-Fatihah dan diikuti surah Al-Ikhlas sebanyak 11 kali:

Transliterasi:

Qul huwallahu ahad. Allahus-samad. Lam yalid wa lam yuulad. Wa lam yakul lahuu
kufuwan ahad.
Maksudnya:

Katalah (wahai Muhammad): “(Tuhanku) ialah Allah Yang Maha Esa. Allah Yang menjadi tumpuan sekalian makhluk untuk memohon sebarang hajat. Ia tiada
beranak, dan Ia pula tidak diperanakkan. Dan tidak ada sesiapapun yang serupa denganNya.”

Bacaan Semasa Sujud Terakhir

Sebelum tahiyat terakhir, seeloknya bacalah tasbih sebagaimana di bawah sebanyak 40 kali:
 Laa ilaha illa anta subhanaka inni kuntu minazzo limin 

Maksudnya:

Tiada Tuhan melainkan Engkau Ya Allah! Maha Suci Engkau, sesungguhnya aku daripada
golongan orang-orang yang zalim.

Jika tidak dibaca tasbih tersebut, atau setelah cukup bilangan bacaan tasbih,  maka pohonlah sebarang hajat di
dalam hati sewaktu masih dalam keadaan sujud. 

Seterusnya bangkit daripada sujud, membaca Tahiyat Akhir dan memberi salam.

Doa Solat Hajat


Sesudah salam, bacalah doa semoga dimakbulkan hajat yang dipohon.

Boleh guna bahasa Melayu atau bahasa yang difahami, atau mengikut isi hati sendiri. InsyaaAllah Allah Maha
Memahami segala isi hati.

Jika buntu, anda boleh berdoa sebagaimana doa berikut:

Transliterasi Doa Solat Hajat:

Allahumma inna nas aluka maujibati rahmatika wa ‘azaa ‘ima


magfiratika wal ghonimata min kulli birrin wassalamat min kulli ismin
wal fauza bil jannati wannajati minannar.
Allahumma innaka tasma’u kalami, watara makani wataq lamu sirri
wa’ala niyati walaa yahfa alaika syai-unn min amri wa
analba’isulfakir wal mustaghi sul mustajir wal wajilul mushfiqul
muqirrul ma’tarifu ilaika bizanbihi as aluka mas alatal miskin wa
abtahilu ilaika ibtihal

Ilmuznibil zalili wa ad auka dua alkhoifil dhorir dua ‘aman khodhoatt


laka raqabatuhu wazalla laka jismuhu wara ghima laka anfuhu

Maksudnya:

Ya Allah, sesungguhnya kami memohon kepadaMu hal-hal yang dapat menentukan rahmatMu dan
menguatkan pengampunanMu, memperoleh segala kebaikan, menyelamatkan daripada kejahatan,
memperolehi syurga dan selamat daripada api neraka.

Ya Allah, sesungguhnya Engkau mendengar ucapanku, melihat tempat tinggalku, mengetahui lahir batinku, dan
tidak ada satu urusan pun daripada urusanku yang tersembunyi daripada pengetahuanMu.

Aku adalah hamba yang sengsara dan amat memerlukan, hamba yang memohon bantuan, hamba yang
penakut, yang meminta dikasihani, yang mengakui dan menyatakan semua dosa-dosanya kepadaMu.

Ya Allah, aku mohon kepadaMu sebagaimana memintanya si miskin dan aku berdoa kepadaMu seperti doanya
doa orang berdosa yang amat hina.

Aku mohon kepadaMu seperti orang penakut lagi buta, juga seperti berdoanya orang yang merendahkan
jiwanya, merendahkan raga, wajah, serta hidungnya kepadaMu.

Penutup: Mintalah Perkara Baik Yang


Berkekalan Hingga Akhirat
Sekadar panduan untuk hajat yang diminta:

Jika hajatnya mahu menjadi kaya, mintalah kaya yang beriman, dermawan lagi berkat.

Semoga harta menjadi bekalan di hari akhirat.

Jika mahukan zuriat, pohonlah zuriat yang soleh, sihat dan murah rezeki.

Doa anak soleh tidak putus walaupun selepas kematian.

You might also like