Download as pdf or txt
Download as pdf or txt
You are on page 1of 7

**** * RISALAH DATA KESELAMATAN AKZONOBEL PAINTS * ****

Dulux Supreme

Tarikh penyediaan: 19/07/2013

1. PENGENALPASTIAN PRODUK KIMIA DAN SYARIKAT

NOMBOR PRODUK: A933-LINE

NAMA PRODUK : Dulux Supreme

Dibekalkan oleh : ICI Paints (Malaysia) Sdn. Bhd.


Nilai Works
Lot 5827 Kawasan Perindustrian Nilai
Mukim Setul 71800 Nilai
Negeri Sembilan
Malaysia
Alamat e-mel:
Nombor Telefon Kecemasan : Malaysia (Nilai):(006) 06 799 4200
Pengurus Kesihatan, Keselamatan, Persekitaran & kesejahteraan,
Jabatan Kesihatan, Keselamatan, Persekitaran & kesejahteraan,.

TUJUAN KEGUNAAN
Produk dekoratif AkzoNobel digunakan untuk menghiasi permukaan bangunaan. Rujuk pada label produk untuk keterangan lanjut tentang
kawasan dan cara penggunaan.

2. PENGENALPASTIAN BAHAYA
Produk ini telah dinilai di bawah Peraturan-peraturan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (Pengelasan, Pembungkusan dan Pelabelan Bahan
Kimia Berbahaya) 1997 dan dikelaskan seperti yang berikut.
Tanda-tanda bahaya
Tiada
Huruf Simbol
Tiada
Kategori Bahaya
Tiada
Frasa Label Amaran
Tiada
Maklumat tentang Had Pendedahan Pekerjaan diberikan dalam Bahagian 8.

3. KOMPOSISI / MAKLUMAT BAHAN


Bahan-bahan yang berbahaya dari segi fizikal-kimia, kesihatan atau alam sekitar dalam maksud Arahan Bahan-bahan Berbahaya 67/548/EEC
atau had pendedahan pekerjaan yang diberikan.

EC No. CAS No. KANDUNGAN BERBAHAYA % KLASIFIKASI

Last printed :7/19/2013 1/7 PV A933-15425 BM-V4-MY-MY.docx


200-338-0 57-55-6 PROPILENA GLIKOL 1.0-2.5

6846-50-0 TRIMETHYLPENTANEDIOL 1.0-2.5


DIISOBUTYRATE

Nota : Teks bagi kod ungkapan R yang ditunjukkan di atas (jika ada) diberikan dalam Seksyen 16.
Nota: ‘Nombor EC’ jika disebut ialah nombor EINECS atau nombor ELINCS.

4. LANGKAH-LANGKAH PERTOLONGAN CEMAS


Dalam semua kes yang meragukan, atau apabila gejala berterusan, dapatkan rawatan perubatan. Jangan berikan apa-apa melalui mulut kepada
orang yang tidak sedar.
PENYEDUTAN : Beralih ke kawasan udara segar, pastikan pesakit dalam keadaan selesa dan rehat. Jika pernafasan tidak sekata atau terhenti,
berikan pernafasan buatan. Jangan berikan apa-apa melalui mulut. Jika pesakit tidak sedarkan diri, berikan bantuan pemulihan. Dapatkan rawatan
perubatan.
TERKENA MATA : Alihkan kanta lekap (contact lenses). Jirus dengan air yang banyak dan bersih sekurang-kurangnya selama 10 minit, sambil
membuka mata. Dapatkan rawatan doktor.
TERKENA KULIT : Tanggalkan pakaian yang tercemar, basuh kulit bersih-bersih dengan menggunakan sabun dan air, atau menggunakan
pembersih kulit yang bersesuaian. Jangan gunakan pelarut atau pencair. Dapatkan rawatan doktor jika gejala berteruskan.
PENELANAN : Jika tertelan secara tidak sengaja, JANGAN PAKSA MANGSA MUNTAH. Biarkan mangsa berehat dan dapatkan rawatan
doktor.

5. LANGKAH-LANGKAH PEMADAMAN KEBAKARAN


Bahan pemadam:
Dicadangkan - busa tahan alkohol, CO2, serbuk.
Tidak boleh digunakan - pancutan air.

Cadangan: Kebakaran akan menghasilkan asap hitam yang tebal. Pendedahan kepada produk penguraian boleh membahayakan kesihatan.
Pemadam kebakaran mestilah memakai a lat pernafasan yang lengkap. Bekas tertutup yang terdedah kepada kebakaran mestilah disejukkan
dengan air. Jangan biarkan air yang mengalir daripada kegiatan memadam kebakaran memasuki longkang atau saluran air.

6. LANGKAH-LANGKAH PENGAWALAN PELEPASAN TIDAK SENGAJA


Kakitangan yang tidak berkenaan dikecualikan.
Elakkan sumber pencucuhan dan pastikan pengudaraan kawasan tersebut dalam keadaan baik. Jangan sedut wap. Rujuk langkah perlindungan
yang tersenarai dalam Seksyen 8. Bendung dan kumpulkan tumpahan dengan bahan penyerap yang tidak mudah terbakar, seperti pasir, tanah,
tanah vermikulit atau diatom, dan masukkan tumpahan ke dalam bekas untuk dilupuskan mengikut peraturan tempatan (lihat Seksyen 13).
Elakkan bahan daripada memasuki longkang atau saluran air. Basuh sebaik-baiknya dengan menggunakan bahan pencuci; jangan gunakan
pelarut.
Jika produk mencemarkan tasik, sungai atau kumbahan, laporkan kepada pihak berkuasa yang berkenaan mengikuti peraturan tempatan.

Last printed :7/19/2013 2/7 PV A933-15425 BM-V4-MY-MY.docx


7. PENGENDALIAN DAN PENYIMPANAN
KEADAAN PENGENDALIAN: Elakkan kepekatan bawaan udara melebihi had pendedahan pekerjaan. Pastikan bekas sentiasa ditutup rapat.
Pastikan tiada sumber pemanasan, percikan api dan nyalaan api terbuka. Elakkan sentuhan dengan kulit dan mata. Jangan sedut wap. Merokok,
makan dan minum patut dilarang dalam kawasan penyimpanan dan penggunaan. Untuk perli ndungan diri, lihat Bahagian 8. Sentiasa simpan
dalam bekas yang dibuat daripada bahan yang sama dengan bekas pembekal, atau dalam bekas yang serasi dengan produk.
KEADAAN PENYIMPANAN: Perhatikan langkah berjaga-jaga pada label . Simpan di tempat yang sejuk, kering, mempunyai perudaraan baik
yang jauh dari sumber pemanasan, nyalaan api dan cahaya matahari secara terus.
Dilarang merokok. Cegah kemasukan yang tidak ada kebenaran. Bekas yang terbuka patut ditutup semula dengan rapat dan pastikan ia berdiri
tegak untuk mencegah kebocoran. Jangan guna atau simpan bekas cat dengan menggantungnya di penyangkut.
KEGUNAAN KHAS: Rujuk label produk dan hasil tulisan mengenai penggunaan dan arahan penggunaan.

8. KAWALAN PENDEDAHAN/ PERLINDUNGAN DIRI


NILAI HAD PENDEDAHAN

KANDUNGAN BERBAHAYA TLV-TWA TLV-TWA STEL (15 STEL (15 Nota


ppm mg/m3 minit) ppm minit) mg/m3

TIDAK ADA BAHAN YANG PERLU DISENARAIKAN DALAM BAHAGIAN INI


TLV-TWA - Had Pendedahan Pekerjaan Purata Pemberatan Masa
STEL - Had Pendedahan Jangka Pendek
C - Had Pendedahan Maksimum
SUP - Had yang dicadangkan pengilang
Sk - Risiko penyerapan melalui kulit yang tidak pecah
rd - sebagai habuk yang boleh direspirasi
id - sebagai habuk yang boleh disedut
rq - sebagai kuarza yang boleh direspirasi
Pb - sebagai Plumbum
Cr - sebagai Kromium
KAWALAN PENDEDAHAN
Semua peralatan perlindungan diri, termasuk peralatan perlindungan pernafasan yang digunakan untuk mengawal pendedahan terhadap bahan
berbahaya mesti dipilih untuk memenuhi syarat peraturan tempatan.
PERLINDUNGAN PERNAFASAN: Elakkan daripada menyedut wap, debu, dan kabus semburan. Apabila boleh diamalkan secara realistik, ini
seharusnya dicapai dengan menggunakan pengudaraan ekzos setempat dan pengudaraan umum yang baik. Jika ini tidak mencukupi untuk
mengekalkan kepekatan zarah dan wap pelarut di bawah had pendedahan pekerjaan, perlindungan pernafasan mestilah digunakan.
Pemilihan kelengkapan pernafasan mestilah mengikut peraturan tempatan.
Apabila semburan digunakan, kelengkapan pernafasan yang sesuai dengan bekalan udara yang positif mestilah digunakan sekiranya
pengudaraan tidak mencukupi atau jika prosedur pengendalian memerlukannya. Pastikan mematuhi peraturan tempatan.
PERLINDUNGAN TANGAN : Pakai sarung tangan yang sesuai untuk perlindungan terhadap bahan dalam Seksyen 3.
Apabila pendedahan pada kulit berlaku, dapatkan nasihat daripada pembekal sarung tangan tentang jenis yang sesuai dan masa penggunaan
untuk produk ini. Arahan dan maklumat tentang kegunaan, penyimpanan, penyelenggaraan dan penggantian mesti diikut.
PERLINDUNGAN MATA: Alat pelindung mata yang direka untuk melindungi mata daripada percikan cecair patut dipakai.
PERLINDUNGAN KULIT: Pakaian kerja luar (overalls atau coveralls) jenis kain kapas atau kapas/sintetik biasanya sesuai. Pakaian yang amat
tercemar patut ditanggalkan dan kulit dicuci dengan sabun dan air atau pencuci kulit yang sesuai.
"PERATAAN" : Sarung tangan pelindung mestilah dipakai untuk mengelakkan risiko kerengsaan pada kulit. Apabila sesuatu permukaan
disediakan untuk dicat, ambil kira usia bangunan dan kemungkinan adanya cat berpigmen plumbum. Kemungkinan tertelan atau tersedut cebisan
kikisan atau habuk akibat penyediaan kerja boleh menjejaskan kesihatan. Mengikut peraturan kerja, anda mestilah mengandaikan bahawa ini
mungkin t erjadi jika bangunan tersebut telah wujud sebelum 1960.
Jika boleh, kaedah "perataan basah" atau kaedah pengikisan bahan kimia mestilah digunakan pada permukaan jenis ini untuk mengelakkan
pembentukan habuk. Apabila perataan kering tidak boleh dielakkan, dan pengudaraan ekzos setempat yang berkesan tid

Last printed :7/19/2013 3/7 PV A933-15425 BM-V4-MY-MY.docx


Kod amalan 1998 UK Kawalan Plumbum di Tempat Kerja (ISBN 0 71 7615065) mesti dirujuk untuk mendapatkan maklumat tentang pakaian
pelindung dan langkah pencegahan bagi kebersihan diri.
Langkah berjaga-jaga juga harus diambil untuk menghalang pelawat, anggota keluarga dan, terutamanya kanak-kanak daripada memasuki
kawasan yang terjejas, semasa kerja dilakukan dan semasa proses pembersihan.
Semua bahan kikisan, habuk dan sebagainya mesti dibuang oleh kontraktor pengecat profesional sebagai Bahan Buangan (Berbahaya) Khas,
dengan dokumen yang berkaitan di bawah Peraturan Kualiti Alam Sekitar (Bahan Buangan Berjadual) 1989.
Penggunaan pasir kering, pemotongan nyala dan/atau pengimpalan saput cat kering mungkin menghasilkan habuk dan/atau wasap yang
berbahaya. Pasir basah mestilah digunakan jika boleh. Sekiranya pendedahan tidak boleh dielakkan melalui peruntukan pengudaraan ekzos
setempat, kelengkapan pelindung pernafasan yang sesuai mestilah digunakan.
PENGAWALAN PENDEDAHAN ALAM SEKITAR: Lihat Bahagian 12 untuk maklumat lanjut.

9. SIFAT-SIFAT FIZIKAL DAN KIMIA

Keadaan Fizikal : Cecair

Takat Kilat : NON FLASH °C

Graviti Tentu : 1.283

Kelarutan dalam air : Ya

pH : 8.5

Kepekatan : N/A (ISO 6mm Range)

10. KESTABILAN DAN KEREAKTIFAN


KEADAAN YANG HARUS DIELAKKAN : Suhu yang melampau.
BAHAN YANG MESTI DIELAKKAN: Jauhkan daripada agen pengoksidaan, bahan terlalu beralkali dan berasid untuk mengelakkan tindak
balas eksotermik.
PRODUK PENGURAIAN BERBAHAYA : Apabila terdedah kepada suhu yang tinggi boleh menghasilkan produk penguraian yang berbahaya
seperti karbon monoksida dan dioksida, asap dan oksida nitrogen.

11. MAKLUMAT TOKSIKOLOGI


Tidak ada data uji kaji tentang produk itu sendiri. Walau bagaimanapun, produk ini telah dinilai berdasarkar Peraturan-peraturan Keselamatan
dan Kesihatan Pekerjaan (Pengelasan, Pembungkusan dan Pelabelan Bahan Kimia Berbahaya) 1997 dan dikelaskan bagi bahaya toksikologi.
Lihat Seksyen 15 untuk maklumat ini, termasuk risiko dan langkah keselamatan yang berkaitan.
Terlalu terdedah bagi wap akan merengsakan mata dan sistem pernafasan. Terlalu pekat boleh menyebabkan kesan pada sistem saraf utama
termasuklah mengantuk. Dalam kes yang serius, pengsan boleh berlaku. Pendedahan jangka panjang terhadap kepekatan wap yang tinggi seperti
yang dipetik dalam OEL boleh menjejaskan kesihatan. Percikan yang terkena mata boleh menyebabkan keadaan tidak selesa dan mungkin
merosakkan m ata. Sentuhan yang terlalu lama dengan kulit boleh menyebabkan kesan menyahlemak yang mungkin menyebabkan kerengsaan
pada kulit dan dalam sesetengah kes dermatitis.

Last printed :7/19/2013 4/7 PV A933-15425 BM-V4-MY-MY.docx


12. MAKLUMAT EKOLOGI
Tidak terdapat data spesifik mengenai produk ini sendiri. Produk ini tidak harus dibiarkan masuk ke dalam longkang atau jalan air atau
termendap di tempat yang boleh menjejaskan air dalam tanah atau air di permukaan bumi. Peraturan Kawalan Pencemaran Udara yang dibuat di
bawah undang-undang Pengawalan Persekitaran mungkin dikenakan dalam penggunaan.
Produk-produk yang dikelaskan sebagai Bahan Pencemar Laut ada diseneraikan begitu di bawah Maklumat Pengangkutan (Seksyen 14).
Produk diklasifikasikan sebagai Bahaya kepada Alam Sekitar ditunjukkan seperti dalam Bahagian2 dan 15.
Apa-apa bahan dalam produk ini yang diklasifikasikan sebagai Bahaya kepada Alam Sekitar, wujud dalam kepekatan melebihi yang dikehendaki
untuk disenaraikan telah diberi dalam Bahagian 3.

13. MAKLUMAT PEMBUANGAN


Bahan buangan dan bekas mestilah dirawat sebagai bahaya kebakaran dan dibuang mengikut keperluan awam bagi Peraturan Akta Kualiti Alam
Sekitar 1974, pindaan 1996.
Akta Kualita Alam Sekitar 1974, pindaan 1996 memperkenalkan kawasan baru bagi pembuangan atau penyimpanan bahan buangan. Perhatian
mestilah diberikan terhadap "tanggungjawab penjagaan" yang diperlukan di bawah peratur an dan panduan yang diberikan di bawah akta ini.
Translation Statement no: 130021: Bahan buangan dan bekas pengisian mestilah diurus sebagai bahan mudah terbakar dan ditetapkan menurut
permintaan umum oleh Government Regulatory (PP) No. 85 Tahun 1999: Pengurusan Bahan Berbahaya Dan Bahan Buangan Toxic
memperkenalkan pengurusan baru cara untuk melupuskan atau memusnahkan bahan buangan berbahaya. Perhatian ini harus dilakukan sebagai
“Duty of Care” (Kewajipan Pemeliharaan) mewajibkan dibawah peraturan dan panduan atas tindakkan yang diberikan.

14. MAKLUMAT PENGANGKUTAN


Pengalihan product di dalam kawasan penggunaan.
Diangkut dalam bekas tegak dan selamat.Pastikan orang yang mengangkut produk tahu tindakan yang patut diambil sewaktu kemalangan atau
tumpahan.
Pengangkutan darat mematuhi ADR dan laut mematuhi IMDG. Klasifikasi pengangkutan di dalam seksyen ini tidak sah untuk pengangkutan
udara. Sila hubungi nombor di seksyen 1 SDS ini untuk maklumat lanjut.

Informasi Klassifikasi ADR Informasi Klassifikasi IMDG

Nombor UN : 0000 Nombor UN : 0000

Nama Pengangkutan Tepat: NOT APPLICABLE Nama Pengangkutan Tepat: NOT APPLICABLE

Kelas Bahaya : EX Kelas Bahaya : EX

Kelas Bahaya Kedua : Kelas Bahaya Kedua :

Kumpulan Pembungkusan : EX Kumpulan Pembungkusan : EX

Nama Teknikal (NOS sahaja): Nama Teknikal (NOS sahaja):

Kod Kuantiti Dihad : Maksimum Kuantiti Dihad :

Arahan Pembungkusan : Arahan Pembungkusan :

Adalah Pencemar Laut jika


dinyatakan di sini:

No Jadual Kecemasan :

Last printed :7/19/2013 5/7 PV A933-15425 BM-V4-MY-MY.docx


Takat Kilat : NON FLASH

15. MAKLUMAT PENGAWALAN


Produk ini telah dinilaikan di bawah Arahan Sediaan Berbahaya (1999/45/EC) dan diklasifikasikan seperti yang berikut:
BAHAN YANG DINAMAKAN
Mengandungi
Tidak ada bahan yang perlu dinamakan dalam bahagian ini
TANDA BAHAYA
Tiada
HURUF SIMBOL
Tiada
Ungkapan label amaran:

S2 Jauhi daripada kanak-kanak.

S23 Jangan menyedut wap/semburan.

S51 Gunakan hanya di tempat yang mempunyai pengalihan udara yang baik sahaja.

J17 Risalah data keselamatan boleh didapati untuk pengguna profesional atas permintaan.

Di mana ‘J’ dan/atau ‘P’ ditanda, ini adalah kod rujukan AkzoNobel Paints atau industri cat kepada ungkapan tambahan.

Last printed :7/19/2013 6/7 PV A933-15425 BM-V4-MY-MY.docx


16. MAKLUMAT LAIN
Teks bagi ungkapan R yang ditunjukkan dalam Seksyen3 menerangkan setiap kandungan :
- tidak ada frasa R dalam seksyen 3.
Maklumat yang diberikan dalam risalah data ini diperlukan semasa melaksanakan Peraturan-Peraturan Keselamatan dan Kesihatan
Pekerjaan (Pengelasan, Pembungkusan dan Pelabelan Bahan Kimia Berbahaya) 1997 - Peraturan 9
Rujukan lain: Peraturan-Peraturan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan(Penggunaan dan Standard Pendedahan Bahan Kimia Berbahaya
kepada Kesihatan) 2000.
Maklumat pada risalah ini bukanlah suatu spesifikasi : maklumat ini tidak menjaminkan ciri khusus. Maklumat ini khusus untuk
menyediakan panduan umum bagi kesihatan dan keselamatan berdasarkan pengetahuan kita bagi pengendalian, penyimpanan dan
penggunaan produk. Maklumat ini juga tidak boleh digunakan bagi penggunaan yang luar biasa atau tidak piawai bagi produk atau apabila
arahan dan cadangan tidak diikuti.
Kami amat berbangga untuk menjawab sebarang pertanyaan khusus berkenaan dengan keselamatan penggunaan, penyimpanan dan
pengendalian produk kami.
Sila hubungi:
Contact: Akzo Nobel Paints (Malaysia) Sdn. Bhd. (3393-v)
(formerly known as ICI Paints (Malaysia) Sdn. Bhd.)
Customer Care Center
A-10-01, Level 10, Block A,
PJ8 No.23 Jalan Barat,
Seksyen 8, Petaling Jaya,
Selangor Darul Ehsan.
Telephone: 1-800-88-9338
Email : customercare.my@akzonobel.com

Pejabat berdaftar : Akzo Nobel Paints (Malaysia) Sdn. Bhd.(3393-V) Nilai Works, Lot 5827 Kawasan Perindustrian Nilai, 71800 Nilai,
Negeri Sembilan DarulKhusus, MALAYSIA.

Last printed :7/19/2013 7/7 PV A933-15425 BM-V4-MY-MY.docx

You might also like