Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 10

AK21103 PRINSIP PERHUBUNGAN AWAM

TAHUN 3 SEMESTER 1, SESI 2021/2022 (PLUMS)

TUGASAN KUMPULAN: PELAN PERHUBUNGAN AWAM MENGENAI KAJIAN TENTANG


OBESITI DI KALANGAN KANAK-KANAK DI SK LIKAS KOTA KINABALU, SABAH,
MALAYSIA.

NAMA AHLI KUMPULAN (KUMPULAN 3):

MUHAMAD AIZAL BIN AZIZIE (YA19110065)

IDZUAN DANIEL DZULKIFLY (YA19110025)

EVA NATASHAH BINTI JERRY (YA19110042)

NOOR IZZATI IBLEH @ ROSLEN (YA19110043)

ABDUL LATIF BIN ABD TAAT (YA20171313)

SAIRAH BINTI SAHAMID (YA20171310)

PROGRAM: HA02 (KOMUNIKASI)

NAMA PENSYARAH: DR. LAI CHE CHING @ ABDUL LATIF


1.0 Analisis Kajian

PENGENALAN DAN SEJARAH OBESITI KANAKKANAK DI LIKAS, KOTA KINABALU,


SABAH.

Pada masa kini, obesiti bukanlah sesuatu yang baru dalam masyarakat kita. Dalam senario
rakyat Malaysia, obesiti meningkat dari tahun ke tahun. Obesiti di kalangan kanak-kanak
merupakan satu masalah kesihatan yang agak serius di Malaysia. Kekerapan terjadinya
masalah obesiti dalam kalangan kanak-kanak adalah sangat membimbangkan ibu bapa dan
masyarakat untuk tempoh sedekad. Di seluruh dunia terdapat seramai 22 juta kanak-kanak di
bawah umur 5 tahun adalah mengalami berat badan yang berlebihan. Masalah kesihatan di
dunia ini kini mengalami revolusi. Jika dahulunya kebanyakan masyarakat mengalami masalah
kekurangan zat galian dan vitamin tetapi hakikatnya ada hari ini telah berubah di mana
masyarakat banyak mengalami masalah kesihatan disebabkan terlebih makan dan seterusnya
berlanjutan kepada masalah lebihan kolestrol, lebihan gula dan kegemukan. Selain itu, masalah
berat badan yang berlebihan juga seringkali terjadi pada kanak-kanak di bawah umur 3 tahun
adalah tidak dijangka akan berlakunya masalah obesity tersebut. Kebiasaannya masalah obesiti
ini berlaku terhadap golongan dewasa melainkan salah seorang daripada ibu atau bapa mereka
yang mengalami masalah obesiti itu. Disamping itu, corak aktiviti fizikal kanak-kanak juga
dipengaruhi oleh amalan atau gaya hidup ibu bapa dan persekitaran keluarga mereka. Obesiti
dalam kalangan kanak-kanak merupakan masalah kesihatan awam di Malaysia yang perlu
ditangani dengan segera. Tambahan pula, tabiat pemakanan yang dibentuk pada peringkat
awal kanak-kanak akan mempengaruhi status pemakanan dan kesihatan mereka dewasa kelak,
seterusnya tabiat pemakanan yang tidak seimbang akan meningkatkan risiko penyakit yang
berkaitan dengan obesiti.

1.1 Definisi
1.1.1 Obesiti

Menurut Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka Edisi Keempat (2007), “obesiti berlaku
akibat
daripada pengumpulan lemak yang berlebihan di bahagian tubuh badan sehingga
menyebabkan pertambahan berat badan yang tidak normal untuk sesuatu peringkat umur,
jantina dan ketinggian”. (hlm). Kadar pengumpulan lemak ini diukur mengikut tahap umur
dan BMI seseorang itu. Menurut Blair (2000), “obesiti adalah keadaan di mana tenaga-tenaga di
dalam badan yang di simpan, dibiarkan berkumpul dalam tisu-tisu lemak di dalam badan
sehinggamelebihi tahap kesihatan” (hlm. 84). Pengumpulan lemak yang berlebihan ini
akanmengakibatkan risiko kesihatan untuk mendapat penyakit berbahaya selain obesiti.
Selain itu, definisi obesiti menurut Myers (2004) ialah: “Lebihan lemak tubuh yang boleh
menyebabkan masalah kepada kesihatan. Obesiti berlaku apabila saiz atau bilangan sel lemak
di dalam tubuh meningkat”. (hlm. 1). Berdasarkan ketiga-tiga pandangan di atas, dapatlah
disimpulkan bahawa obesiti ini berlaku akibat daripada pengumpulan lemak yang berlebihan
dan boleh mendapatkan penyakit yang berbahaya.

1.1.2 Kanak-Kanak

Menurut subseksyen 2(1) Akta Kanak-Kanak (2001), “seseorang di bawah umur lapan
belas tahun dan berhubung dengan prosiding jenayah, ertinya seseorang yang sudah mencapai
umur bagi tanggungjawab jenayah sebagaimana yang ditetapkan dalam seksyen 82 Kanun
Keseksaan”. Kanak-kanak adalah individu yang berumur bawah lapan belas tahun, yang mana
bila melakukan jenayah tidak dikenakan tindakan Undang-undang. Bagi mereka yang sudah
mencapai umur lapan belas tahun dan ke atas, mereka dipertanggungjawabkan atas
keasalahan jenayah yang dilakukan. Sekiranya kanak-kanak itu berumur empat belas tahun ke
atas dan kesalahan itu boleh dihukum dengan hukuman pemenjaraan dan tertakluk kepada
subseksyen 96 (2) Akta 611, boleh mengenakan terhadapnya suatu tempoh penjara. Kanak-
kanak merupakan generasi yang akan mencorakkan masa depan sesebuah negara. Pada era
globalisasi ini, kanak-kanak merupakan aset negara yang terpenting kerana merekaini yang
akan meneruskan segala pembangunan dan rancangan yang telah diatur oleh kerajaan
(Norhuda & Dzurizah, 2015).
Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat (2007), perkataan kanak-kanak merupakan kataterbitan
dari istilah yang membawa maksud budak lelaki atau perempuan yang masih kecil yang
kebiasaannya berumur lebih dari tujuh atau lapan tahun (hlm. 668). Manakala istilah Budak
menurut Kamus Dewan Edisi Keempat (hlm. 211), membawa maksud, “anak atau kanak-kanak:
hamba sahaya, pembantu rumah”. Justeru dapat disimpulkan dari pengertian Kamus Dewan
Edisi Keempat (2007) bahawa kanak-kanak ataupun budak merupakan individu kecil yang
berusia lebih dari 7 atau 8 tahun dan masih tidak mencapai akil baligh. Kanak-kanak di Likas,
Kota Kinabalu Sabah mengalami masalah obesiti di sebabkan beberapa faktor iaitu dapat di
lihat pada masa kini, penyakit obesiti semakin berleluasa di negara kita khususnya dalam
kalangan kanak-kanak. Umumnya kebanyakan populasi dunia termasuk di Malaysia dan secara
amnya kanak-kanak di Likas, Kota Kinabalu, Sabah mengamalkan cara hidup yang tidak sihat
berpunca daripada faktor pembangunan yang pesat. Terdapat pelbagai faktor boleh
menyumbang kepada kejadian obesiti termasuk ketidakseimbangan pengambilan dan
penggunaan tenaga, amalan makanan tidak sihat di hadapan televisyen, cara hidup tidak aktif,
persekitaran makanan. Antaranya menurut Poh (2008), “masalah obesiti ini berpunca daripada
pembangunan yang pesat dan peningkatan penggunaan peralatan yang mengehadkan
penggunaan tenaga manusia” (hlm. 15). Hal ini demikian kerana perubahan teknologi yang
semakin canggih mengikut peredaran masa penggunaan tenaga manusia.

Faktor seterusnya, yang mengakibatkan penyakit obesiti dikalangan kanak-kanak di


Likas, Kota Kinabalu, Sabah adalah pengambilan makanan yang tidak sihat atau tidak seimbang
di hadapan televisyen. Pengambilan makanan yang tidak sihat ini akan menyumbang kepada
obesiti. Menurut Mayo (2006), “makanan yang kurang berkhasiat seperti makanan ringan
diketahui umum mengandungi pelbagai bahan kimia yang boleh menyebabkan penyakit dan
pengambilan berlebihan terutama ketika menonton televisyen akan menyumbang kepada
obesiti” (hlm 32). Di era ini, kebanyakan kanak-kanak telah menukar tabiat makan mereka
daripada makanan berkhasiat kepada makanan segera, makanan snek yang diproses dan
minuman yang tinggi dengan kandungan gula. Pengambilan makanan ini sering diambil ketika
berada di hadapan televisyen. Contoh makanan tersebut adalah seperti makanan segera dan
juga minuman ringan ataupun bergas. Selain itu, corak pemakanan juga merupakan penting
bagi yang mempengaruhi berlakunya obesiti di kalangan kanak-kanak ini. Menurut Ismail
(2002), amalan pemakanan tidak sihat juga adalah salah satu faktor yang menyebabkan
berlakunya penyakit obes., peningkatan taraf hidup dan kemodenan turut mengubah cara hidup
individu termasuk pilihan makanan dan tabiat makan. Kewujudan pasar raya dan premis
makanan yang semakin bertambah di kawasan Likas, Kota Kinabalu yang semakin membangun
ini telah membolehkan pilihan makanan yang banyak untuk individu. Sekarang ini telah menjadi
trend kebanyakkan restoran makanan menyediakan perkihdmatan penghantaran makanan
EHailing seperti Grab Food, Food Panda. Ini telah menggalakkan individu mengambil makanan
pada waktu yang dikhendaki pelanggan teutamanya ibu bapa yang membelikan kanak kanak ini
makanan tersebut. Makanan segera dan minuman ringan yang tinggi nilai kalori sama ada
daripada lemak atau gula juga lebih mudah diperolehi penyakit tersebut. Tabiat pengambilan
snek yang tidak sihat dan saiz sajian makanan yang terlalu besar juga semakin menjadi amalan
di kalangan kanak-kanak ini. Kanak-kanak ini juga kerap melangkau waktu makan terutamanya
sarapan pagi juga cenderung untuk makan secara berlebihan pada waktu makan yang lain.
Semua amalan ini merupakan amalan pemakanan tidak sihat yang menyebabkan pengambilan
kalori makanan yang berlebihan daripadakeperluan harian tubuh dan dengan itu akan
meyebabkan peningkatan berat badan dan obesiti.

Oleh itu, pendidikan pemakanan seharusnya diterapkan sejak kecil lagi dengan
menggunakan teknik dan pendekatan yang sesuai. Pendekatan ini mampu meningkatkan
pengetahuan, sikap dan amalan pemakanan seseorang seterusnya mampu memperbaiki taraf
kesihatan dan pemakanan kanak-kanak.
2.0 Objektif Kajian
Objektif kajian merupakan sasaran yang ingin dicapai oleh para pengkaji semasa menyediakan
plan tindakan untuk mengatasi masalah obesiti di kalangan pelajar Sekolah Kebangsaan Likas.
Berikut merupakan objektif kajian:
1) Memastikan pelajar di Sekolah Kebangsaan Likas mengambil pengambilan makanan
yang sesuai mengikuti sukatan yang disediakan oleh piramid makanan dalam
tempoh 1-3 bulan.
2) Membina masyarakat/komuniti yang menyokong aktiviti fizikal yang dijalankan bagi
meningkatkan taraf kesihatan pelajar Sekolah Kebangsaan Likas di dalam tempoh 1-
3 bulan.
3) Memastikan perubahan gaya hidup pelajar Sekolah Kebangsaan Likas dengan
membuatkan mereka mengikuti aktiviti-aktiviti yang disediakan oleh sekolah dan
kerajan, perubahan ini dianggarkan berlaku dalam tempoh 1-3 bulan.

3.0 Kumpulan Sasaran


Kumpulan sasaran yang disasarkan oleh para pengkaji ialah pelajar-pelajar Sekolah Kebangsaan
Likas kerana mereka merupakan masa depan dan generasi yang meneruskan legasi yang
ditinggalkan oleh generasi masa kini. Pelajar sekolah kebangsaan likas dipilih sebagai kumpulan
sasaran kerana mereka menetapi kriteria yang ditetapkan oleh para pengkaji.

4.0 Strategi
Strategi kempen ini ialah memberi pendedahan dan mendidik pelajar SK Likas untuk
mengamalkan pemakanan yang sihat dan seimbang berpandukan piramid makanan yang di
sediakan oleh pihak sekolah SK Likas selama 3 hari bermula pada 06.12.2021 sehingga
08.12.2021.
5.0Taktik
5.1 Memastikan pihak sekolah SK Likas melakukan kempen kepada ibu pelajar agar
mereka dapat maklumat yang secukupnya dalam membantu usaha pihak sekolah
tentang pengambilan makanan yang mengikut sukatan berjaya dilaksanakan.
5.2 Membantu pihak sekolah SK Likas dengan memperkukuhkan lagi program sedia
seperti program 1M1S yang telak dilaksanakan di peringkat sekolah bagi
mengalakkan pelajar SK Likas aktif melibatkan diri dalam aktiviti sukan yang
dianjurkan.
5.3 Mencadangkan kepada pihak sekolah SK Likas untuk bekerjasama dengan kantin
sekolah bagi mengubah cara permakanan pelajar melalui aktiviti pemberian
makanan mengikut piramid makanan supaya pelajar dapat sumber makanan yang
sihat.
6.0 Jadual Aktiviti Kempen

BIL TEMPOH MASA AKTIVITI PENERANGAN


1. Hari 1 08.00 pagi – - Sesi suai kenal
(06/12/2021) 10.00 pagi penyelidik bersama
pelajar Sk. Likas
- Sesi Ice-Breaking
bersama pelajar
- Sesi ceramah
kesihatan oleh KKM
Cawangan Likas
10.00 pagi – - Perjumpaan bersama - Bagi
11.30 pagi pihak sekolah dan menghasilkan satu
tender kantin set hidangan
makanan lengkap
mengikut sukatan
piramid makanan
seperti RMT
kepada pelajar.
11.30 pagi – - Makan Tengahari
12.00 pagi
2. Hari 2 08.00 pagi – -Melakukan
(07/12/2021) 10.00 pagi - Kempen Ceramah kempen untuk
bersama ibubapa dan mendapatkan
pelajar maklumat yang
secukupnya dalam
membantu usaha
pihak sekolah
tentang
pengambilan
makanan.
10.00 pagi – - Aktiviti Sukan
12.00 pagi
12.00 pagi – - Makan tengahari
12.30 pagi
3. Hari 3 08.00 pagi – - Taklimat kecil di -Aktiviti 1M1S
(08/12/2021) 09.00 pagi kalangan penganjur dilaksanakan bagi
09.00 pagi – - Aktiviti 1M1S menggalakkan
11.00 pagi pelajar SK Likas
11.00 pagi – - Sesi penyampaian untuk melibatkan
11.15 pagi cenderahati kepada diri dalam aktiviti
penceramah KKM sukan yang
Cawangan Likas dianjurkan
11.15 pagi – - Sesi penyampaian
12.00 pagi cenderahati
penghargaan kepada
Pihak Sekolah Sk
Likas
- Sesi bergambar
- Bersurai

7.0 Kewangan
7.1 SUMBANGAN DANA DARI NGO DEWAN PERNIAGAAN BUMIPUTRA
SABAH (SABAH BUMIPUTRA CHEMBER OF COMMERCE)

BIL PERKARA JUMLAH


1. Sumbangan NGO (DEWAN PERNIAGAAN BUMIPUTRA
SABAH)
 Dana RM 1000.00
 Perasmi RM 50.00
 Sumbangan RM 50.00
2. Kutipan Yuran Ahli (RM50x5) RM 150.00
JUMLAH KESELURUHAN RM 1,250 .00

7.2 ANGGARAN JUMLAH PERBELANJAAN KEMPEN

BIL PERKARA KOS PERBELANJAAN JUMLAH


1. Kos Pengangkutan RM150.00 RM150.00
2. Makanan Dan Minuman RM600.00 RM600.00
3. Cenderahati RM150.00 RM150.00
4. Alat tulis RM100.00 RM100.00
5. Banner/Bunting RM50.00 RM50.00
6. Lain-lain perbelanjaan RM150.00 RM150.00
JUMLAH KESELURUHAN 1,200.00

8.0 Penilaian

Beberapa soalan akan diberikan kepada kumpulan sasaran untuk melihat sama ada sebarang
perubahan ketara ataupun tiada semasa tempoh 1-3 bulan itu.

1) Adakah perubahan dalam pengambilan makanan pelajar Sekolah Kebangsaan Likas


yang mengikut piramid makanan sama ada dalam skala yang kecil ataupun skala
yang besar dalam tempoh 1-3 bulan.
2) Adakah pembinaan masyarakat yang menyokong aktiviti fizikal dikalangan pelajar
Sekolah Kebangsaan Likas dapat direalisasikan dalam tempoh 1-3 bulan.
3) Adakah perubahan dalam gaya hidup pelajar sekolah kebangasaan likas dalam
tempoh 1-3 bulan.

You might also like