Download as pdf or txt
Download as pdf or txt
You are on page 1of 1

REFRLEKSI MAKROPENGAJARAN 1

Dalam Makro pengajaran 1, saya telah mengambil kelas Tingkatan 1, bab 2 iaitu, Perwakilan
Data dan standard pengajaran ialah Menukar nombor perduaan kepada nombor perpuluhan.
Objektif saya ialah menjelaskan nilai tempat dalam sistem perduaan dan mengenal pasti
langkah menukar nombor perduaan kepada nombor perpuluhan. Makro pengajaran
mempengaruhi saya untuk mengenalpasti kelemahan saya. Makro pengajaran 1 mendatangkan
pelbagai kebaikan. Saya juga menghadapi beberapa cabaran dalam melakukan makro
pengajaran 1.

Kelemahan

Dengan tujuan menjadi seorang guru yang mahir, saya perlu bijak dalam merancang aktiviti
yang sesuai dalam proses pengajaran. Namun, saya tidak beberapa mahir dalam merancang
aktiviti dan strategi yang sesuai. Saya berperasaan bahawa saya menggunakan teknik
pengajaran yang tidak teratur. Dalam kelas bukan semua pelajar melibatkan diri. Dengan ini
jelaslah bahawa, saya tidak mahir dalam membentuk kelas yang aktif disebabkan kelemahan
dalam perancangan aktiviti

Kebaikan

Melalui Makro pengajaran 1, saya telah merancang aktiviti yang sesuai dalam pengajaran dan
pembelajaran. Saya dapat menentukan pendekatan, strategi pengajaran dan teori pengajaran
yang sesuai dalam proses pengajaran. Saya telah menggunakan kit media powerpoint dan juga
menayang video yang berkaitan dengan topik yang diajar. Penggunaan video akan menarikh
perhatian pelajar. Gambar yang berwarna dan bergerak mempunyai keupayaan untuk menarik
tumpuan pelajar. Saya juga mewujudkan interaksi antara murid dengan guru, dan murid dengan
murid. Ketika melakukan aktivit kumpulan saya menjadi sebagai fasilitator sahaja.

Cabaran

Dalam makro pengajaran 1, saya menghadapi cabaran dalam mengawal pelajar. Mungkin
disebabkan saya tidak mempunyai pengalaman yang banyak dalam pengurusan sekolah dan
kelas, saya menghadapi kesukaran dalam mengurus kelas dengan baik. Pelajar juga tidak
berasa takut. Ketika proses pengajaran saya dengar banyak pelajar mengeluarkan suara mereka,
dan ini menunjukkan bahawa lebih dari 50 peratus melibatkan diri mereka dalam proses
pengajaran. Namun saya tidak dapat tahu siapa yang menjawap dengan betul sebab kelas
berkelihatan kucar-kacir. Ia membuktikan bahawa pengurusan kelas saya tidak baik.

You might also like