Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 2

8.

0 TANGGUNGJAWAB GURU BERTUGAS


(GB)
1 Menerima pelantikan daripada Pengetua sekolah.
2 Menerima taklimat keselamatan mengenai peraturan peperiksaan, arahan dan amaran di
dewan/bilik peperiksaan daripada Pengetua.
3 Mengisi dan menandatangani Borang Akta Rahsia Rasmi 1972 (Lampiran D), Borang
Akuan Penerimaan Taklimat serta Pengisytiharan Diri (LP/Am 50) dan Borang Akuan
Integriti (LP/Am 124)
4 Memastikan keselamatan dan kerahsiaan kertas peperiksaan, bahan terperingkat dan
bahan am peperiksaan di pusat peperiksaan.
5 Memastikan calon peperiksaan mematuhi prosedur keselamatan dan pengurusan
peperiksaan dan tidak membawa masuk perkara- perkara yang dinyatakan pada pernyataan
Larangan Di Dewan/Bilik Peperiksaan di dalam jadual waktu peperiksaan dan pernyataan
Amaran Peperiksaan di dalam Borang Pengakuan Calon.
6 Memberi taklimat keselamatan mengenai peraturan peperiksaan, arahan dan amaran di
dewan/bilik peperiksaan kepada calon sebelum calon masuk ke dewan/bilik peperiksaan.
7 Mematuhi prosedur keselamatan dan pengurusan peperiksaan.
8 Menjalankan tugas dan tanggunggjawab yang diperuntukkan dalam dokumen
peperiksaan yang dikeluarkan oleh LP yang sedang berkuat kuasa.
9 Berada di pusat Ujian Bertutur sekurang-kurangnya setengah jam sebelum prosedur
peperiksaan bermula.
10 Menyerahkan Borang Markah Induk yang lengkap kepada Ketua Pentaksir Pusat Ujian
yang lengkap sebelum ujian bermula.
11 Memastikan tiada calon membawa masuk atau menggunakan sebarang alat peranti
elektronik dan barang larangan di bilik ujian.
12 Memastikan semua bahan dan peralatan yang dilarang hendaklah dikumpul setiap kali
sebelum calon masuk ke dewan/bilik peperiksaan bagi setiap sidang.
13 Pihak sekolah perlu menyediakan dua orang GB untuk membantu menguruskan ujian
bertutur di pusat peperiksaan:
I. Seorang GB akan menguruskan pergerakan calon dari bilik menunggu ke bilik
ujian;
II. GB perlu memastikan calon menandatangani borang kehadiran calon.
III. GB perlu memastikan pergerakan calon masuk ke bilik ujian berjalan lancar.
IV. GB tidak dibenarkan membantu calon semasa berada di dalam menunggu.
14. Menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh Pengarah Peperiksaan dan Pengarah
Pendidikan JPN dari semasa ke semasa.
15. Menurunkan tanda tangan pada Buku Rekod Pusat Peperiksaan bagi mengesahkan tiada
kesan pencerobohan pada karung bungkusan kertas peperiksaan.
16. Memastikan keselamatan dan kerahsiaan kertas peperiksaan di pusat peperiksaan dengan
menyemak sampul kertas peperiksaan di hadapan calon bagi memastikan tiada kesan
pencerobohan.
17. Menurunkan tanda tangan pada label sampul kertas peperiksaan bagi mengesahkan
tiadanya kesan pencerobohan pada sampul kertas peperiksaan dan memastikan mata
pelajaran, tarikh dan waktu peperiksaan adalah betul.
18. Mengumpulkan calon dan memastikan semua calon hadir mengikut waktu dan sidang
yang ditetapkan.
19. Memastikan semua calon membawa dokumen pengenalan diri.
20. Memaklumkan ketidakhadiran calon (jika ada) kepada KPA.
21. Menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh Pengetua dan KPA dari semasa ke
semasa.

You might also like