Download as pdf or txt
Download as pdf or txt
You are on page 1of 4

BAB 1: PERNIAGAAN DAN PERSEKITARAN

1. Perniagaan boleh didefinisikan sebagai aktiviti jual beli barang dan perkhidmatan
dengan menggunakan wang atau alatan lain bagi memenuhi keperluan dan kehendak
pelanggan pada harga, masa dan tempat yang sesuai bagi mendapatkan keuntungan, faedah
dan kepuasan.

2. Perbezaan di antara barang niaga dan perkhidmatan beserta contoh.


Barang Niaga Perkhidmatan
Merupakan produk fizikal yang boleh Merupakan produk ekonomi tidak ketara
disentuh,dipegang,dilihat dan dinikmati untuk yang disediakan oleh seseorang atas
tujuan dijual kepada pelanggan bagi permintaan orang lain. Ini adalah aktiviti
memenuhi keperluan dan kehendak pengguna yang dijalankan untuk orang lain.
secara fizikal tetapi boleh dirasai apabila
menggunakannya
Contoh: pakaian, makanan dan minuman Contoh: perkhidmatan hospital dan salon
kecantikan.
3. Kepentingan-kepentingan perniagaan kepada pihak berkepentingan berikut:

i) Memenuhi keperluan masyarakat


 Perniaga memenuhi keperluan dan kehendak masyarakat dengan
menyediakan pelbagai barangan dan perkhidmatan yang bermutu dengan
harga, masa dan tempat yang sesuai kepada pelanggan.
ii) Meningkatkan peluang pekerjaan
 Perniagaan mewujudkan peluang pekerjaan kepada masyarakat. Pelbagai
kemahiran dan pergetahuan digunakan dalam perniagaan. Ini memberi
peluang pekerjaan kepada ahli-ahli masyarakat yang mempunyai pelbagai
latar belakang dan pendidikan untuk mendapatkan pekerjaan.

4. Perbezaan Koperasi dan Milikan Tunggal dari aspek:


i) Sumber Modal
Koperasi Milikan Tunggal
disumbang oleh yuran ahli dan pinjaman dari disumbang oleh pemilik sendiri atau
institusi kewangan pinjaman dari saudara mara, rakan-rakan dan
institusi kewangan

ii) Pengurusan
Koperasi Milikan Tunggal
diurus oleh ahli koperasi aktif dan halatuju diurus oleh pemilik sendiri dan beliau bebas
koperasi ditentukan oleh Ahli Lembaga membuat keputusan berkaitan perniagaannya
Pengarah Koperasi
BAB 3 : PENGURUSAN SUMBER MANUSIA

1. Pengurusan Sumber Manusia (PSM) didefinasikan sebagai program pembangunan dan


pentadbiran sumber manusia untuk meningkatkan prestasi dan kualiti di samping memenuhi
keperluan dan kepuasan mereka.

2. Tiga kepentingan PSM dalam sesebuah organisasi ialah :


i. Menarik calon yang layak untuk memohon pekerjaan
ii. Membangunkan tahap kebolehan dan kepakaran pekerja bagi mendapatkan tingkat
prestasi yang tinggi
iii. Mengekalkan kakitangan yang berkualiti dan beroperasi

3. Perbezaan antara spesifikasi kerja dengan huraian kerja.


Spesifikasi Kerja Huraian Kerja
Merupakan dokumen formal yang Merupakan dokumen formal yang
menerangkan tentang kelayakan yang perlu menerangkan tentang kerja, tugas dan
dimiliki oleh seseorang individu untuk tanggungjawab yang perlu dilaksanakan oleh
melakukan sesuatu kerja dengan berkesan seseorang penjawat
Mengandungi maklumat berkenaan Mengandungi maklumat seperti tajuk kerja,
identifikasi kerja, kelulusan, ringkasan kerja, tanggungjawab dan
pengalaman,kemahiran dan ciri-ciri peribadi hubungan autoriti
yang perlu dimiliki oleh pekerja

4. Dua cara pengisian jawatan secara dalaman ialah melalui kaedah tertutup dan kaedah
terbuka.Bagi kaedah tertutup, pengurus akan memutuskan pekerja yang perlu dinaikkan
pangkat setelah mengambil kira pendangan dari penyelia yang berkaitan manakala bagi
kaedah terbuka pula maklumat tentang jawatan kosong akan dihebahkan melalui papan
buletin atau surat pekeliling organisasi.
BAB 4 : PENGURUSAN KEWANGAN

1. Pengurusan kewangan didefinasikan sebagai pengurusan sumber-sumber dana dan


penggunaannya untuk mencapai matlamat kewangan syarikat.

2. kepentingan pengurusan kewangan perniagaan dari aspek berikut:


a. Kecekapan keputusan pelaburan ialah mencari alternatif pelaburan yang
menjanjikan pulangan yang tinggi dan mengurangkan risiko kerugian.

b. Kecekapan keputusan pembiayaan ialah analisis mendalam yang perlu dibuat


dalam memilih sumber pembiayaan berdasarkan kos serta kesesuaian tempoh
pembiayaan.

3. Objektif pengurusan kewangan ialah memaksimumkan kekayaan pemegang saham


dengan memaksimumkan nilai pasaran harga saham.

4. Kaitan pengurusan kewangan dengan bidang perakaunan ialah akauntan lebih


menumpukan kepada penyediaan penyata kewangan.Pengurus kewangan menilai
penyata-penyata kewangan yang disediakan oleh akauntan dan membuat keputusan
kewangan berdasarkan analisis yang dilakukan.

You might also like