Visi Misi Dan Pengenalan APM

You might also like

Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 3

VISI

Menjadi Angkatan Pertahanan Awam Yang Kompeten

Dalam Kesiapsagaan Awam,

Perlindungan Rakyat Dan Pengurusan Bencana.

MISI

Memperkasa Kesiapsagaan Awam Untuk

Keselamatan Dan Kesejahteraan Negara

MOTO

“SEDIA PANTAS BERINTEGRITI”


PENGENALAN

Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) ialah agensi pertahanan awam


di Malaysia yang terletak di bawah kawalan Jabatan Perdana Menteri Negeri
Malaysia. Ia telah ditubuhkan pada 24 Mac 1952. Namun begitu, sebelum APM
ditubuhkan, Aktiviti Pertahanan Awam di Malaysia telah dimulakan oleh pihak British
Passive Defence yang telah dibentuk di bawah Emergency Regulation Enactment
Chapter 41 bagi mengadakan langkah – langkah untuk menghadapi peperangan
dunia kedua pada tahun 1939. Selepas daripada itu, The Civil Defence Ordinance
telah digubal pada tahun 1951 secara rasmi sebagai satu undang – undang dalam
sistem keselamatan Tanah Melayu dan pada tahun 1952, barulah Jabatan
Pertahanan Awam ditubuhkan pada 24 Mac secara rasmi bagi melaksanakan
peruntukan Ordinan. Malah, sehingga kini APM telah menjadi salah satu angkatan
yang terpenting di Malaysia.

Tambahan pula, sebelum tercetusnya nama ringkas APM ini, APM dipanggil
sebagai J.P.A.3 pada tahun 1994. Namun pada tahun 2008, nama ringkas J.P.A.3
ditukarkan kepada JPAM. Akhir sekali, pada tahun 2019, nama JPAM ditukarkan
kepada APM sehingga kini. Selain itu, APM mengandungi 6 seksyen iaitu Seksyen
Penyelamat, Syeksyen Ambulan, Syeksyen Bomba Tambahan, Syeksyen Warden,
Syeksyen Ibu Pejabat dan Seksyen Kebajikan.

Selain itu, pada logo APM juga telah memberikan banyak maksud tersendiri.
Seperti segitiga dan berwarna oren itu memberi maksud lambang dan warna
keselamatan iaitu berwaspada dan bersedia menghadapi sebarang kemungkinan.
Tambahan pula, warna dan corak yang berada di tengah segitiga adalah gabungan
warna dan corak bendera serta perlembagaan negara Malaysia yang sentiasa
dipertahankan. Di samping itu, perkataan ‘Sentiasa Siap Sedia’ yang di tulis dalam
segitiga tersebut adalah bagi menunjukan fungsi pertahanan awam melalui
gabungan perlembagaan pertahanan awam peringkat antarabangsa dan juga
tempatan. Malah, Warna biru di tengah - tengah segitiga tersebut pula
melambangkan kesuburan dan kemakmuran negara ini yang perlu dipertahankan
melalui keharmonian dan perpaduan yang kukuh seperti digambarkan oleh ikatan
yang kemas pada bunga padi. Akhir sekali, tapak logo yang berwarna oren dengan
perkataan Pertahanan Awam
Malaysia ini merupakan lambang keteguhan, kesediaan dan sokongan padu
terhadap organisasi Pertahanan Awam Malaysia untuk mendokong wawasan yang
diharapkan.

Seterusnya, bagi Ketua Pesuruhjaya Pertahanan Awam pada tahun 2022 ini
ialah KPj. (PA) Aminurrahim bin Mohamed. Manakala, di bawahnya terdapat sektor
pengurusan yang diketuai oleh Timbalan Persuruhjaya (pengurusan), Lokman
Effendi bin Ramli @ Zakaria. Selain itu, terdapat juga sektor operasi yang diketuai
oleh Timbalan Persuruhjaya (operasi), Pj. (PA) Dr. Haji Norhafifi bin Haji Ismail.
Tambahan pula, terdapat juga unit intergriti dan bahagian perhubungan awam dan
dokumentasi.

Akhir sekali, APM juga mempunyai 6 fungsi utama. Antaranya adalah untuk
menubuh, mengurus dan menyelenggarakan angkatan pertahanan awam. Selain itu,
APM merangka dan melaksanakan program latihan pengurusan bencana dan
kecemasan kepada orang awam. Tambahan pula, APM berfungsi untuk
melaksanakan perkhidmatan bantuan dan kecemasan. Malah, APM juga
menguruskan, menyelenggara dan menyediakan pusat pemindahan serta system
amaran bencana dan keselamatan. Seterusnya, APM berfungsi bagi merangcang
dan melaksanakan aktiviti menyelamat mangsa dan harta benda pada sebelum,
semasa dan selepas bencana. Malah, APM menggubal dan melaksanakan dasar-
dasar pertahanan awam.

You might also like