1 Jam 45 Minit: Pejabat Pendidikan Daerah Muar Pentaksiran STPM Tahun 2021 Semester Satu

You might also like

Download as pdf or txt
Download as pdf or txt
You are on page 1of 4

SULIT*

946/1 Pentaksiran
Pengajian STPM
Perniagaan Tahun 2021
Kertas 1

KERTAS SATU

PEJABAT PENDIDIKAN DAERAH MUAR

PENTAKSIRAN STPM TAHUN 2021


SEMESTER SATU

1 jam 45 minit
Arahan kepada calon:

JANGAN BUKA KERTAS SOALAN INI SEHINGGA ANDA DIBENARKAN BERBUAT


DEMIKIAN.

Jawab SEMUA soalan dalam Bahagian A

Jawab soalan 11 dalam Bahagian B

Jawab soalan 12 atau 13 dalam Bahagian B

Kertas soalan ini terdiri daripada 4 halaman bercetak

Bahagian A [50 markah]


STPM 946/1 [Lihat sebelah
* Kertas soalan ini SULIT sehingga peperiksaan kertas ini tamat. SULIT*
2
SULIT*

Bahagian A [50 markah]

Jawab semua soalan.

1 (a) Berikan maksud keuntungan. [1]


(b) Nyatakan empat kepentingan untung kepada perniagaan. [4]

2 Nyatakan empat tahap perniagaan. [4]

3 Jelaskan jenis susun atur proses pengeluaran di bawah:


(a) Susun atur secara proses [3]
(b) Susun atur secara produk [3]

4 Nyatakan lima kepentingan kawalan inventori. [5]

5 Huraikan dua perbezaan sasaran pasaran dengan peletakan pasaran dari aspek
liputan dan penetapan strategi. [4]

6 Berikan empat peringkat dalam kitaran hayat produk. [4]

7 Huraikan tiga jenis sumber dana mengikut jangka masa pendek. [6]

8 (a) Berikan tiga jenis penyata kewangan. [3]


(b) Nyatakan kegunaan setiap jenis penyata kewangan. [3]

9 Senaraikan empat faedah yang berbentuk bukan wang. [4]

10 Huraikan tiga skim kemudahan penamatan perkhidmatan dalam sesebuah


organisasi. [6]

946/1
* Kertas soalan ini SULIT sehingga peperiksaan kertas ini tamat SULIT*
3
SULIT*
Bahagian B [50 markah]

GINTELL

11 GINTELL telah ditubuhkan pada 1996, adalah pengeluar yang terkemuka dalam
pasaran produk penjagaan kesihatan di Malaysia. GINTELL mempunyai lebih daripada
100 cawangan di seluruh negara dan dianugerahkan 'Rangkaian Produk Penjagaan
Kesihatan Terbesar' oleh Malaysia Book of Records. GINTELL telah mengukuhkan
penjenamaan di pasaran selama 20 tahun dengan prinsip utamanya yang menggalakkan
kesihatan, kasih sayang serta kehidupan. GINTELL berusaha untuk membina kehidupan
rakyat Malaysia yang lebih sihat melalui empat kategori produk penjagaan kesihatan iaitu
Relaxation, Reflexology, Beauty and Slimming dan Fitness. Kategori produk yang paling
popular ialah Relaxation yang menawarkan pelbagai rangkaian sofa dan kerusi urutan.
Pemasaran rangkaian sofa urutan GINTELL De'Vano S, GINTELL
memperkenalkan duta terbarunya iaitu pelakon dan penyanyi terkenal, Ayda Jebat.
Pemilihan artis berkenaan adalah inisiatif dan langkah strategik GINTELL untuk
mengukuhkan jenamanya kepada pasaran yang lebih muda. Ayda yang memegang watak
utama drama 'M.A.I.D' dan drama baharu 'Awak Sangat Nakal', memaklumkan moto
'Health Love Life' memang serasi dengan dirinya yang mengutamakan kesihatan, ikatan
kasih sayang keluarganya dan dirinya. Bagi Ayda, kesihatan adalah penting untuk
menikmati rasa cinta yang indah dan bermakna dalam kehidupan. Pemilihan Ayda Jebat
sebagai duta juga dilihat mampu membantu memperkenalkan rangkaian sofa urutan
GINTELL De'Vano S yang lebih bercita rasa muda.
Menurut Ayda, kerjayanya sebagai pelakon dan penyanyi menuntut masa yang
tidak menentu, ini memberinya tekanan dan kadang kala menjejaskan kesihatan.
Bagaimanapun, dengan adanya sofa urutan GINTELL De'Vano S di rumah, Ayda dapat
menghilangkan tekanan dan kepenatan kerja pada bila-bila masa sahaja. Beliau kagum
dengan lanjutan Trek V yang berukuran 105cm panjang dalam reka bentuk sofa itu yang
dapat melegakan kesakitan dan tekanan melalui urutan yang selesa pada bahagian leher
dan pelvic. Dengan meluangkan sedikit masa setiap hari bersama GINTELL De'Vano S,
Ayda dapat menenangkan diri dan berehat dengan sepenuhnya. Ayda juga yakin ciri beg
tekanan udara pada sofa urutan ini yang terdapat pada GINTELL De'Vano S dapat
membentuk dan membetulkan pinggul dan paha, agar terus tampil anggun dan segar.
Beliau turut memuji rupa bentuk sofa urutan ini yang bergaya moden dan ergonomik
serta diperkemaskan dengan fabrik yang berwarna ceria dan cerah. Sofa urutan itu
mempunyai 4 sistem kawalan mudah dan mesra pengguna. GINTELL De'Vano S
FUNtastic Sofa yang ringan dan bersaiz kecil ini adalah pilihan yang tepat dan sempurna
untuk kediaman dan juga pejabat kerana sofa ini sesuai untuk diletakkan di mana-mana
sahaja.

946/1
* Kertas soalan ini SULIT sehingga peperiksaan kertas ini tamat SULIT*
4
SULIT*
Sebagai duta terbaru GINTELL, Ayda membuat penampilan khas di AEON Mall
Bandaraya Melaka, untuk sesi temu salam dengan peminat dan pelanggan GINTELL
semasa Program SIHAT bersama GINTELL 2017. Pada hari berkenaan, Ayda
berpeluang untuk membuat persembahan nyanyian dan beramah mesra dengan orang
ramai, sekali gus mengeratkan lagi hubungan dengan peminat dan pelanggan GINTELL.
Bagi pelanggan yang hadir pada hari berkenaan juga, GINTELL menawarkan kombo
pakej terhebat bagi kedua-dua GINTELL De'Vano S dan mesin urut kaki G-Beetle Plus
dengan hanya RM3,988. GINTELL turut membuka kiosk yang dikendalikan oleh pakar
kesihatan agar pelanggan dapat menjalankan pemeriksaan sendi-sendi dan urat di badan
mereka dan mendapat khidmat nasihat tentang produk yang paling sesuai untuk mereka.

(Disesuaikan daripada http://galaksi-media.com.my yang dicapai pada 25 Januari 2021)

Berdasarkan kes pada petikan GINTELL,

(a) terangkan campuran promosi yang dilaksanakan oleh GINTELL dan, [18]
(b) jelaskan atribut produk GINTELL De'Vano S. yang dikeluarkan oleh
GINTELL. [12]

Jawab satu soalan sahaja.

12 Jelaskan lima aktiviti perniagaan berasaskan pengeluaran. [20]

13 Jelaskan empat prinsip takaful. [20]

946/1
* Kertas soalan ini SULIT sehingga peperiksaan kertas ini tamat SULIT*

You might also like