Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 20

International Journal of Education and Pedagogy

e-ISSN: 2682-8464 | Vol. 2, No. 1, 216-234, 2020


http://myjms.moe.gov.my/index.php/ijeap

PENGHARGAAN KENDIRI DAN MOTIVASI PENCAPAIAN


TERHADAP PENCAPAIAN BAHASA INGGERIS MURID

Cheah Wei Hua1* and Ruslin Bin Amir2


1 2
Fakulti Pendidikan, University Kebangsaan Malaysia, Bangi, MALAYSIA

*Corresponding author: p94014@siswa.ukm.edu.my; ruslin@ukm.edu.my

Accepted 15 February 2020 | Published 5 March 2020

Abstrak: Mata Pelajaran Bahasa Inggeris merupakan salah satu mata pelajaran yang sangat
penting dalam penggunaan seharian atau keputusan murid-murid dalam masa persekolahan
mahupun masa depan mereka. Dengan itu, pencapaian Bahasa Inggeris adalah sangat penting
bagi murid-murid tahap dua. Perbezaan tahap pencapaian Bahasa Inggeris murid berdasarkan
jantina, bangsa dan lokasi sentiasa dijadikan faktor mempengaruhi pencapaian murid. Kajian
ini telah dijalankan untuk mengenalpasti perbezaan skor min penghargaan kendiri dan motivasi
pencapaian dan perkaitan antara penghargaan kendiri dan motivasi pencapaian terhadap
pencapaian Bahasa Inggeris murid. Murid-murid tahap dua daripada empat buah sekolah jenis
kebangsaan cina di negeri Pahang telah dipilih sebagai responden kajian. Teknik persampelan
rawak mudah telah digunakan dakam kajian ini. Kajian ini berbentuk kuantitatif dan
menggunakan instrumen yang diadaptasi daripada soal selidik Rosenberg Self-esteem Scale
(RSES) dan Achievement Motivation Inventory (AMI) Analisis data dilakukan dengan
menggunakan perisian SPSS versi 25.0 dan statistik deskriptif fan statistik inferensi digunakan
untuk menganalisis data. Perbezaan skor min antara penghargaan kendiri dan motivasi
pencapaian terhadap pencapaian Bahasa inggeris telah dianalisis dengan Ujian T dengan tahap
penghargaan kendiri murid berada pada sederhana (min=14.29), tahap motivasi pencapaian
murid berada pada tinggi., (min=15.21). Korelasi Pearson juga dijalankan dalam kajian ini dan
menunjukkan terdapat hubungan positif yang sederhana antara penghargaan kendiri, motivasi
pencapaian dan pencapaian Bahasa Inggeris murid dengan penghargaan kendiri nilai r=0.371,
sig=0.000 (p<0.05) dan motivasi pencapaian nilai r=0.405, sig= 0.000(p<0.05).
Kesimpulannya, tahap penghargaan kendiri dan tahap motivasi pencapaian murid saling
berhubung secara linear dengan pencapaian Bahasa Inggeris murid. Kajian ini diharapkan
dapat membantu pihak yang berkenaan.dan dapat memberi lebih perhatian untuk meningkatkan
tahap penghargan kendiri dan tahap motivasi pencapaian terhadap pencapaian Bahasa Inggeris
dalam kalangan murid.

Kata Kunci: Penghargaan Kendiri, Motivasi Pencapaian, Pencapaian, Bahasa Inggeris

1
Copyright © 2020 ACADEMIA INDUSTRY NETWORKS. All rights
International Journal of Education and Pedagogy
e-ISSN: 2682-8464 | Vol. 2, No. 1, 216-234, 2020
http://myjms.moe.gov.my/index.php/ijeap

Abstract: English is one of the most important subjects in the day-to-day or future use of
students. Therefore, achievement of English language is taken to be very important for upper
primary students. Different levels of students’ achievement in English language based on gender,
race and location have always been factors affecting students’achievement. This study was
conducted to identify the difference between the mean scores of self-esteem and achievement
motivation, and the relationship between the variables towards student English achievement.
Students of 4 SJKC in Pahang were selected as the study respondents. Simple random sampling
techniques have been used in this study. The study was quantitative and used an instrument
adapted from the Rosenberg Self-esteem Scale (RSES) and Achievement Motivation Inventory
(AMI) questionnaire. Data analysis using SPSS software version 25.0 and descriptive as well as
inference statistics were used to analyze the data. The difference in mean scores between self-
esteem and achievement motivation over English achievement was analyzed with T-test with
moderate students’ self-esteem level (m= 14.29), and high achievement motivation level, (m=
15.21). Pearson correlations were also conducted in this study and showed that there was a
moderate positive relationship between self-esteem, achievement motivation and student English
achievement with self-esteem r = 0.371, sig = 0.000 (p <0.05) and motivation achievement r =
0.405, sig = 0.000 (p <0.05). In conclusion, the level of self-esteem and motivation levels of
student achievement have a linear correlation with students' English achievement. This study is
expected to help the relevant parties and to focus more on improving the level of self-esteem and
the level of motivation for achievement in English among students.

Keywords: Self-esteem, Achievement Motivation, Student Achievement, English Language.

1. Pengenalan
Menurut berita utusan (7 Januari 2019), Tun Dr. Mahathir Mohamad hari itu telah menyeru para
warga pendidik agar meneruskan tanggungjawab sebagai seorang pendidik dalam merealisasikan
hasrat kerajaan untuk melahirkan generasi yang mampu menguasai bahasa Inggeris. Dengan itu,
subjek Bahasa Inggeris telah menjadi satu mata pelajaran yang sangat penting dalam keputusan
dan penggunaan seharian bagi murid tahap dua. Akan tetapi prestasi mata pelajaran Bahasa
Inggeris sentiasa merupakan subjek yang markahnya paling rendah sekali. Sekali lagi, perdana
menteri kita Tun Dr. Mahathir cuba mengembalikan Pembelajaran dan Pengajaran Sains dan
Matermatik dalam Bahasa English.

Di sini, pengkaji taksirkan motivasi pencapaian sebagai satu galakkan terhadap keinginan
individu untuk berjaya ataupun kehendak mencapai matlamat yang diinginkan. Secara nyata,
murid-murid langsung tidak mempunyai motivasi untuk belajar Bahasa Inggeris dan situasi ini
telah menunjukkan motivasi pencapaian yang agaknya rendah. Dalam kajian ini, pengkaji akan
mencari hubungan diantara penghargaan kendiri dan motivasi pencapaian murid dengan
pencapaian dalam Bahasa Inggeris.

2
Copyright © 2020 ACADEMIA INDUSTRY NETWORKS. All rights
International Journal of Education and Pedagogy
e-ISSN: 2682-8464 | Vol. 2, No. 1, 216-234, 2020
http://myjms.moe.gov.my/index.php/ijeap

Sebagai seorang guru bahasa Inggeris, pengkaji telah menemui beberapa perkara yang agak
rumit dan sering menjadi sebab murid tidak dapat pencapaian yang bagus dalam Bahasa Inggeris.
Pengkaji telah mengajar Bahasa Inggeris selama 4 tahun tetapi perkara yang sama asyik berlaku
dalam kalangan murid. Pengkaji telah menggunakan masa yang panjang untuk memerhatikan
keadaan ini. Pengkaji telah mendapati murid yang penghargaan kendiri dan motivasi pencapaian
yang rendah mereka biasanya tidak akan dapat pencapaian yang bagus malah mungkin gagal
dalam Bahasa Inggeris. Mulai saat itu, pengkaji telah berputus untuk menjalankan satu kajian
yang ingin menguji hubungan antara 3 perkara ini.

Perkara yang pertama yang adalah penghargaan kendiri. Dengan adanya pengalaman mengajar
selama 4 tahun, pengkaji telah mendapati penghargaan kendiri akan memberi impak yang agak
drastik terhadap pencapaian Bahasa Inggeris. Dalam kajian ini, pengkaji mendapati murid yang
mempunyai penghargaan kendiri yang rendah biasanya mempunyai pencapaian Bahasa Inggeris
yang rendah. Adakah hubungan antara dua faktor ini? Keadaan ini sama dengan apa yang terjadi
dalam kelas pengkaji bila seseorang guru telah abai seseorang murid secara tidak senjaga, murid
tersebut tidak akan memberi perhatian dalam kelas pengkaji. Kes ini telah berlaku dalam bilik
darjah pengkaji semasa PnP Bahasa Inggeris tahun 5 dijalankan. Ada sekumpulan murid telah
diabaikan secara tidak sengaja semasa pengajaran berlaku. Akibatnya, 4 orang murid tersebut
telah gagal dalam peperiksaan pertengahan tahun. Setelah pengkaji menyedari bahawa kesilapan
yang dilakukan oleh senkendiri, pengkaji telah meluangkan masa yang lebih untuk mengajar
mereka dan menggunakan cara motivasi supaya mereka akan lebih minat terhadap Bahasa
Inggeris.

Selain itu, motivasi pencapaian juga menjadi salah satu isu kajian. Motivasi pencapaian adalah
keinginan untuk mencapai sesuatu matlamat dan melakukan suatu usaha untuk mencapai apa
yang diinginkan. Menurut rencana dalam Dewan Siswa ( Oktober, 2015 ), sistem pendidikan di
Malaysia memandang serius tentang kepentingan murid untuk mempunyai kemahiran bebahasa
yang baik. Dalam konteks pendidikan di Malaysia, Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris
merupakan dua bahasa utama yang selalunya diberi penekanan. Bahasa Melayu telah dijadikan
bahasa kebangsaan dan mempunyai peranan sebagai alat penyatuan serta perpaduan dalam
kalangan rakyat Malaysia. Manakala bahasa Inggeris merupakan suatu alat berkomunikasi yang
boleh digunakan di pentas antarabangsa. Kedua-dua bahasa ini mempunyai peranan masing-
masing dalam sistem pendidikan di Malaysia.

Pengkaji telah mengenalpasti pelbagai isu telah menyebabkan murid tahun 5 tidak dapat
mencapai dalam mata pelajaran Bahasa Inggeris. Di antara isu-isu yang menyebabkan perkara ini
berlaku adalah guru-guru yang bukan major ospyen Bahasa Inggeris telah disuruh untuk
mengajar Bahasa Inggeris, murid-murid berasa tertekan semasa dalam kelas Bahasa Inggeris,
guru-guru hanya mementingkan markah keputusan ujian Bahasa Inggeris dan lain-lain. Bila
guru-guru hanya mementingkan pencapaian akademik sahaja dan murid-murid tidak dapat capai
prestasi yang telah ditetapkan oleh guru-guru, murid-murid tidak lagi mempunyai motivasi
pencapaian untuk teruskan pembelajaran. Bila mereka tiada motivasi pencapaian untuk belajar,
mereka tidak akan memberi tumpuan perhatian semasa pengajaran guru dalam kelas. Keadaan
ini akan menyebabkan pencapaian akademik terus menjunam dan penghargaan kendiri mereka
juga akan mengalami kerosakan.
3
Copyright © 2020 ACADEMIA INDUSTRY NETWORKS. All rights
International Journal of Education and Pedagogy
e-ISSN: 2682-8464 | Vol. 2, No. 1, 216-234, 2020
http://myjms.moe.gov.my/index.php/ijeap

Seterusnya, guru bahasa inggeris yang masih mengajar dengan menggunakan cara berpusatkan
guru. Cara mengajar berpusatkan guru hanya akan menyebabkan murid berasa bosan, hilang
minat terhadap subjek tersebut dan yang paling teruk sekali adalah mereka tidak lagi mempunyai
motivasi pencapaian terhadap subjek itu. Kesemua isu tersebut yang menjadi suatu pendorong
kepada pengkaji menjalankan kajian ke atas hubungan antara penghargaan kendiri dan motivasi
pencapaian dengan pencapaian Bahasa Inggeris.

2. Kajian Literatur
Menurut Rosenberg (1965), terdapat tiga jenis aspek penghargaan kendiri dalam penghargaan
kendiri. Aspek yang pertama adalah penghargaan kendiri fizikal. Aspek penghargaan ini
bekaitan dengan keadaan fizikal dirinya. Ini bermaksud keupayaan individu untuk menerima
keadaan fizikal diri sendiri, seperti saiz tubuh badan, ketinggian warna kulit, warna mata dan
sebagainya. Aspek peghargaan yang kedua adalah penghargaan kendiri sosial. Aspek
penghargaan ini berkaitan dengan kemahiran sosial individu. Ini bermaksud keupayaan individu
untuk bersosial dengan orang lain, sebagai contoh menerima dan bersosial dengan kepelbagaian
orang. Selain itu, aspek ini juga menekankan kebolehan untuk berkomunikasi dengan orang lain.
Aspek penghargaan terakhir ialah aspek prestasi harga diri. Aspek ini berkaitan dengan
kemampuan dan pencapaian individu. Ini bermaksud tahap kepuasaan individu terhadap dirinya
dan keyakinan individu terhadap kemampuan diri sendiri.

Pertama sekali, penghargaan kendiri ini berkaitan dengan keadaan fizikal dirinya. Ini bermaksud
keupayaan individu untuk menerima keadaan fizikal diri sendiri, seperti saiz tubuh badan,
ketinggian warna kulit, warna mata dan sebagainya. Seterusnya, penghargaan kendiri sosial yang
berkaitan dengan kemahiran sosial individu. Ini bermaksud keupayaan individu untuk bersosial
dengan orang lain, sebagai contoh menerima dan bersosial dengan kepelbagaian orang. Selain
itu, aspek ini juga menekankan kebolehan untuk berkomunikasi dengan orang lain. Akhirnya,
prestasi harga diri ini berkaitan dengan kemampuan dan pencapaian individu. Ini bermaksud
tahap kepuasaan individu terhadap dirinya dan keyakinan individu terhadap kemampuan diri
sendiri.

Menurut Mohd Hakimi (2014), kajian yang dilakukan oleh beliau untuk mengenalpasti kesan
penghargaan kendiri dalam menyederhanakan hubungan antara kesedaran keselamatan dan iklim
keselamatan. Melalui hasil kajian, terdapat kesan penghargaan kendiri dalam menyederhanakan
hubungan antara kesedaran keselamatan dan iklim keselamatan. Penghargaan kendiri bukan
sahaja memberi kesan kepada personaliti, akademik, dan juga kesedaran dan iklim keselamatan.

4
Copyright © 2020 ACADEMIA INDUSTRY NETWORKS. All rights
International Journal of Education and Pedagogy
e-ISSN: 2682-8464 | Vol. 2, No. 1, 216-234, 2020
http://myjms.moe.gov.my/index.php/ijeap

Mohd Fairuz dan Shahizan Hassan (2016) melaporkan bahawa penghargaan kendiri akan
mempengaruhi kepuasan hidup dalam kalangan remaja. Satu kajian tealah dijalankan untuk
mengkaji hubungan antara penghargaan kendiri dan kepuasan hidup remaja dan mendapat
hubungan positif yang sederhana (r=.505) sebagai keputusan kajian. Seterusnya, penghargaan
kendiri juga telah dikenalpasti sebagai faktor terkuat (β = .192) terhadap kepuasan hidup remaja
berbanding dengan sekolah dan keluarga. Berdasarkan kajian Rafidah (2017) hasil kajian
menunjukkan tahap penghargaan kendiri murid lelaki dan perempuan adalah pada tahap yang
tinggi (skor min murid lelaki = 27.9/40 dan skor min murid perempuan = 28.2/40). Ini
bermaksud tahap penghargaan kendiri kanak-kanak adalah pada tahap yang sama.

Menurut Atkinson (1964) motivasi pencapaian merupakan perasaan kepuasan bila sesuatu
objektif telah dicapai. Tetapi di sini telah wujudnya satu masalah iaitu setiap individu hanya suka
akan kejayaan dan tiada seorang pun yang suka akan kegagalan. Motivasi merupakan salah satu
elemen yang boleh meningkatkan kemahiran dan kepakarannya seseorang individu demi
mencapai kepuasan diri. Motivasi ini boleh dilahirkan dari dalam diri sendiri atau dari dorongan
luaran. Motivasi yang dimiliki oleh seseorang dapat menentukan tingkah lakunya, sama ada
dalam pembelajaran, bekerja dan juga kehidupannya. Seseorang yang mempunyai motivasi yang
tinggi dapat melakukan kerja dalam tempoh yang ditentukan. Di samping itu, motivasi
pencapaian juga didefinisikan sebagai motivasi yang mendorong seseorang untuk berbuat lebih
baik dari apa yang pernah dibuat (Djaali dan Murjono, 2004)

Berdasarkan kepada teori motivasi pencapaian yang dikemukan oleh David McClelland (1965),
beliau menyatakan motivasi pencapaian mempunyai hubungan padat dengan motivasi intrinstik,
bentuk tingkah laku manusia dan merupakan satu tingkah laku yang dibentuk untuk dirangsang
terhadap kejayaan. McClelland juga mengatakan bahawa motivasi seseorang dapat ditingkatkan
apabila dia dimotivasikan. Selepas dia dimotivasi, dia perlu memahami unsur-unsur motivasi
tersebut dan berusaha sedaya upaya demi motivasi tersebut. Teori Pencapaian McClelland
mempunyai tiga jenis keperluan. Antaranya ialah keperluan pencapaian, keperluan keperluan
kuasa dan keperluan hubungan kesan yang didorong oleh pengalaman hidup dan pendapat
daripada budaya individu.

Pengkaji akan memberi fokus kepada keperluan pertama iaitu keperluan untuk pencapaian
(nAch), keperluan ini merupakan dorongan untuk mencapai kejayaan, dan dorongan ini akan
membantu individu untuk berjuang dengan bersungguh-sungguh untuk mendapat kecemerlangan
tersebut. Individu yang mempunyai tahap keperluan pencapaian yang tinggi dan ingin mencapai
kejayan pada masa yang sama. Sebagai contoh, seseorang murid akan mempunyai ciri-ciri yang
dimana mereka lebih suka dicabar. Mereka juga lebih cenderung menetapkan matlamat ynag
sukar. Selain itu, dia juga lebih gemar memikul tanggungjawab peribadi untuk melaksanakan
sesuatu mereka.

5
Copyright © 2020 ACADEMIA INDUSTRY NETWORKS. All rights
International Journal of Education and Pedagogy
e-ISSN: 2682-8464 | Vol. 2, No. 1, 216-234, 2020
http://myjms.moe.gov.my/index.php/ijeap

Berdasarkan kepada Dictionary of Vacationak Psychology (2009), motivasi pencapaian


bermaksud seseorang individu yang menggunakan daya usahanya, menguasai kepakaran dan
kemahiran tersebut, mencari cara penyelesaian untuk mengatasi masalah yang dihadapi demi
mencapai matlamat, dan hasrat yang ditetapkan. Berdasarkan Robbins dan Judge (2015), demi
mencapai matlamat, seseorang individu akan memastikan dirinya mencuba sedaya upaya dengan
menentukan kekuatan, arah penentuan dan ketekunannya dalam proses tersebut. Demi mencapai
sesuatu tujuan, individu akan menitikberat dalam aspek kekuatan, arah tujuan dan ketekunan
dengan bersungguh-sungguh.

Selain itu, berdasarkan Teori Hierakki Keperluan Maslow yang dikemukakan oleh Abraham
Maslow (1943) motivasi adalah sesuatu tingkah laku yang dilakukan oleh individu secara
berterusan sehingga matlamat tercapai. Teori Hierarki Keperluan Maslow mempunyai lima
peringkat keperluan manusia, antaranya ialah peringkat pertama keperluan fisiologi, peringkat
kedua, keperluan keselamatan, peringkat ketiga, keperluan sosial, peringkat keempat, keperluan
penghormatan dan peringkat terakhir, keperluan kesempurnaan kendiri. Keperluan-keperluan
Maslow ini merupakan keperluan yang mengikut susunan secara hierarki. Keperluan di peringkat
rendah perlu dicapaikan terlebih dahulu sebelum individu dapat mencapai peringkat keperluan
yang lebih tinggi. Keperluan hierarki Maslow ini harus dipenuhi oleh orang dewasa dan juga
kanak-kanak. Jika keperluan ini tidak dapat dipenuhi, maka isu-isu negatif akan berlaku.

Dalam kajian ini, pengkaji memberi fokus kepada peringkat keperluan sosial yang dimana
individu yang memerlukan kasih sayang daripada orang lain dan mempunyai hubungan dengan
individu lain. Individu harus bersosial dengan orang lain, dan bukannya bersendirian. Sebagai
contoh, emosi murid-murid akan terjejas jika murid tersebut melakukan kesalahan yang telah
diajar dan dimarahi oleh guru. Dengan ini, hubungan erat dan mesra antara murid dan antara
murid dengan guru perlu dijaga. Murid-murid baru berani bertanya soalan yang tidak difahami
dan dapat meningkatakan kemahiran dan pencapaian mereka.

Peringkat seterusnya adalah keperluan penghormatan yang dimana individu memerlukan


tanggungjawab yang sesuai, pengiktirafan, kekuatan, kebolehan dan kepakaran. Pada peringkat
ini, individu akan cuba sedaya upaya untuk mencapai matlamat yang ditetapkan. Ini adalah
disebabkan mereka ingin menimbul perasaan dihormati, dihargai dan disanjungi oleh orang lain.
Akan tetapi, apabila individu tidak dapat mencapai apa yang diingin akan menjadi isu
kekurangan harga diri. Sebagai contoh, seorang murid ingin diterima oleh orang lain terutamanya
oleh rakan sebayanya. Guru haruslah menolong murid dalam membina keyakinan diri, guru-guru
boleh menyediakan aktiviti kumpulan yang memberi peluang kepada individu berinteraksi
dengan orang lain dan meningkatkan keyakinan diri.

6
Copyright © 2020 ACADEMIA INDUSTRY NETWORKS. All rights
International Journal of Education and Pedagogy
e-ISSN: 2682-8464 | Vol. 2, No. 1, 216-234, 2020
http://myjms.moe.gov.my/index.php/ijeap

Menurut kajian yang dijalankan oleh Ahmad Khairuddin Mohd Ghazi, Haikal Anuar Adnan,
Daniella Mokhtar, Najwa Afiqa Rohaizad dan Nazuha Shashuddin (2018) tentang kefungsian
keluarga dan perkaitannya dengan Motivasi Pencapaian. Dalam kajian ini telah membuktikan
bahawa kefungsian keluarga akan memberikan kesan terhadap motivasi pencapaian. Ahli
keluarga adalah merupakan orang yang paling erat dengan kita. Oleh itu, sokongan mereka
sangat penting kepada kita menjejaskan motivasi kita secara tidak langsung. Seterusnya kajian
yang telah dilakukan oleh Huzaifah dan Aizat (2018) tentang hubungan antara motivasi kendiri
dengan pencapaian matematik pelajar tingkatan 5 di daerah Rompin. Dapatan kajian ini telah
menunjukkan hubungan sederhana yang signifikan dan positif antara motivasi kendiri dengan
pencapaian pelajar dalam Matematik. Jika seseorang pelajar mempunyai motivasi yang tinggi
terhadap subjek tersebut, dia pasti akan berusah untuk belajar dan memahami subjek tersebut.

Berdasarkan kajian yang dilakukan oleh Lidia Lomu dan Sri Adi Widodo (2018) mengenai
pengaruh motivasi belajar dan sikap semasa pembelajaran terhadap pencapaian akademik dalam
subjek Matematik. Kajian ini telah menunjukkan hubungan yang signifikan diantara motivasi
serta sikap semasa pembelajaran terhadap pencapaian akademik. Di sini, pengkaji telah
merumuskan bahawa motivasi dan sikap merupakan sesuatu yang penting kerana tanpa mereka
murid tidak akan mempunyai kecenderungan untuk teruskan belajar. Maka, pencapaian
akademik mereka akan menjunam.

3. Penyataan Masalah
Pada mulanya, pengkaji mendapati murid tahun 5 tidak dapat pencapaian yang bagus dalam
kelas Bahasa Inggeris. Pelbagai isu telah menyebabkan murid tahun 5 tidak dapat mencapai
dalam mata pelajaran Bahasa Inggeris. Di antara isu-isu yang menyebabkan perkara ini berlaku
adalah guru- guru yang bukan major ospyen Bahasa Inggeris telah disuruh untuk mengajar
Bahasa Inggeris, murid-murid berasa tertekan semasa dalam kelas Bahasa Inggeris, guru-guru
hanya mementingkan markah keputusan ujian Bahasa Inggeris dan lain-lain. Bila guru-guru
hanya mementingkan pencapaian akademik sahaja dan murid-murid tidak dapat capai prestasi
yang telah ditetapkan oleh guru-guru, murid-murid tidak lagi mempunyai motivasi pencapaian
untuk teruskan pembelajaran. Bila mereka tiada motivasi pencapaian untuk belajar, mereka tidak
akan memberi tumpuan perhatian semasa pengajaran guru dalam kelas. Keadaan ini akan
menyebabkan pencapaian akademik terus menjunam dan penghargaan kendiri mereka juga akan
mengalami kerosakan.

Selain itu, murid berasa teramat tertekan semasa pembelajaran dan pengajaran Bahasa Inggeris
berlaku. Menurut kajian Grant Brecht (1996), penghargaan kendiri yang dimiliki merupakan satu
asas bagi sesebuah bangunan yang telah siap dibina. Penghargaan kendiri merupakan struktur
yang paling major. Sekiranya berlakunya kerosakan pada bahagian asasnya, bangunan tersebut
akan runtuh. Di sini Gran Brecht telah membuktikan bahawa murid berasa tertekan dalam kelas
Bahasa Inggeris kerana mereka mempunyai penghargaan kendiri yang rendah dan mereka
percaya bahawa mereka tidak dapat melakukan pencapaian dalam subjek tersebut. Berdasarkan
kajian yang dilakukan oleh Ridi (2008), beliau mendapati terdapat hubungan yang erat diantara
harga diri dengan pencapaian pelajar sekolah menengah di daerah Serian, Sarawak yang
mengambil mata pelajaran Kemahiran hidup. Disini, beliau telah menunjukkan pelajar

7
Copyright © 2020 ACADEMIA INDUSTRY NETWORKS. All rights
International Journal of Education and Pedagogy
e-ISSN: 2682-8464 | Vol. 2, No. 1, 216-234, 2020
http://myjms.moe.gov.my/index.php/ijeap
sekolah menengah yang

8
Copyright © 2020 ACADEMIA INDUSTRY NETWORKS. All rights
International Journal of Education and Pedagogy
e-ISSN: 2682-8464 | Vol. 2, No. 1, 216-234, 2020
http://myjms.moe.gov.my/index.php/ijeap

mendapat markah tinggi tahap harga dirinya tinggi. Manakala bagi murid yang markahnya
rendah, tahap harga dirinya rendah. Jika seseorang guru hanya mementingkan markah akademik
sahaja ini akan mendorongkan murid itu kehilangan harga dirinya.

Jika masalah ini tidak dibasmikan sehingga ke akar umbinya, pasti teruk akibatnya. Antara
perkara pertama yang akan berlaku adalah pegawai pendidikan daerah selalunya melawat ke
sekolah. Di samping itu, guru-guru yang mengajar kelas tersebut akan dipersalahkan atau dilabel
sebagai guru yang tidak tahu mengajar. Selain itu, murid mungkin kehilangan minat terhadap
Bahasa Inggeris selama-lamanya. Dia tidak lagi berupaya untuk menulis, membaca atau
bercakap dalam Bahasa Inggeris selepas tamat persekolahannya. Bukan itu sahaja, murid tersebut
juga mungkin akan mengalami penghargaan kendiri dan motivasi pencapaian yang rendah.

Dengan itu, kajian ini menjawab persoalan berikut:


1. Adakah terdapat perbezaan antara penghargaan kendiri dalam jantina terhadap mata pelajaran
Bahasa Inggeris?
2. Adakah terdapat perkaitan antara penghargaan kendiri dengan motivasi pencapaian murid
terhadap mata pelajaran Bahasa Inggeris?

4. Metodologi
Kajian ini bertujuan untuk mengkaji pengaruh penghargaan kendiri dan motivasi pencapaian
murid terhadap pencapaian mereka dalam Bahasa inggeris. Kajian ini dijalankan dengan
menggunakan kaedah kuantitatif yang menggunakan kajian tinjauan yang dilakukan secara
bancian kepada seluruh populasi untuk menguji hipotesis atau menjawab persoalan kajian. (Gay,
Mills 2011). Dengan itu, borang soal selidik telah digunakan sebagai instrumen kajian untuk
mendapatkan skor min, sisihan piawai, peratusan dan hubungan.

Responden kajian telah dijalankan teknik persampelan rawak mudah dengan memilih murid-
murid tahap dua dalam sekolah. Terdapat 120 orang responden yang telah dipilih daripada 4
buah SJKC, setiap sekolah hanya terbabit dengan 30 orang responden. Kajian ini telah dijalankan
ke atas 4 buah daripada 74 buah sekolah jenis kebangsaan cina di negeri Pahang. Lokasi kajian
ini telah dipilih oleh pengkaji disebabkan sekolah-sekolah ini berhampiran dengan tempat
bekerja pengkaji. Salah satu buah sekolah juga merupakan sekolah yang diajar oleh pengkaji
disebabkan pengkaji lebih memahami murid-murid di situ. Ini dapat memudahkan kajian
pengkaji.

9
Copyright © 2020 ACADEMIA INDUSTRY NETWORKS. All rights
International Journal of Education and Pedagogy
e-ISSN: 2682-8464 | Vol. 2, No. 1, 216-234, 2020
http://myjms.moe.gov.my/index.php/ijeap

4.1 Pengumpulan Data


Soal selidik terdiri daripada tiga bahagian yang akan dijawab oleh murid-murid. Bahagian A
merupakan profil demografi responden yang mengumpul data tentang diri sampel yang dikaji.
Bahagian B merupakan soal selidik yang berkaitan dengan penghargaan kendiri murid. Bahagian
ini merupakan soal selidik yang dibina oleh Morris Rosenberg (1965). Bahagian ini digunakan
untuk mengenalpasti penghargaan kendiri responden. Instrumen ini mengandungi 10 item yang
terdiri daripada dua subskala, iaitu penghargaan kendiri dan penerimaan kendiri. Bahagian C
pula merupakan inventori Motivasi Pencapaian yang diadaptasi dan diubahsuai daripada
Achievenebr Motivation Inventory oleh Schuler, Thornton, Frintrup et al (2004) dan Thematic
Apperception Test oleh McClelland, Atkinsin, Cloark & Lowell (1953). Inventori ini digunakan
untuk mengenalpasti motivasi pencapaian responden yang mempengaruhi pencapaian Bahasa
Inggeris. Instrumen ini mengandungi 42 item yang terdiri daripada tujuh subskala, iaitu
penetapan matlamat, kegigihan pelajar, keyakinan pelajar dalam kejayaan, tahap kebimbingan
pelajar, usaha kompentensi, sikap pelajar, dan kesungguhan untuk belajar. Kedua-dua bahagian
menggunakan Likert berskala 4, iaitu 1- sangat tidak setuju, 2- tidak setuju, 3 – setuju dan 4-
sangat setuju untuk mengenalpasti tahap pengaruhan penghargaan kendiri dan motivasi
pencapaian murid terhadap pencapaian Bahasa Inggeris.

4.1.1 Kesahan dan Kebolehpercayaan


Sebelum borang soal selidik diedarkan, pengkaji telah mendapatkan kesahan muka dan kesahan
kandungan terhadap kesahan soal selidik daripada pensyarah Psikologi Pendidikan. Seterusnya,
satu kajian rintas telah dijalankan untuk mendapatkan kebolehpercayaan soal selidik. Dapatan
kajian rintis untuk faktor penghargaan kendiri ada nilai Alpha Cronbach=0.937 manakala nilai
Alpha Cronbach untuk faktor motivasi pencapaian adalah 0.975. Kedua-dua nilai berada pada
tahap tinggi. Data yang dikumpul dianalisis dengan menggunakan perisian Statistic Package for
Social Science (SPSS) versi 25.0. Hasil dapatan dibuat secara analisis deskriptif dengan
peratusan, skor min dan kekerapan dan juga analisis inferensi dengan menggunakan ujian-T, dan
ujian Korelasi Pearson untuk menguji hubungan antara penghargaan kendiri, motivasi
pencapaian dengan pencapaian Bahasa Inggeris.

5. Dapatan dan Perbincangan


Jadual 1 menunjukkan demografi responden yang merangkumi jantina, bangsa, lokasi sekolah,
umur dan gred Bahasa Inggeris PKSR 2. Seramai 120 orang murid dari daerah Maran, Temerloh
dan Kuantan yang terlibat dalam kajian ini. Dari segi jantina, didapati murid perempuan lebih
banyak, iaitu terdapat 62 orang (51.7%) berbanding dengan murid lelaki iaitu 58 orang (48.3%) .
Kebanyakan murid adalah berbangsa cina iaitu 77 orang (64.2%) , terdapat 22 orang (18.3%)
berbangsa melayu dan 16 orang (13.3%) berbangsa india dan selebihnya 5 orang (4.2%)
berbangsa lain-lain. Bagi gred pemahaman, kebanyakan murid memperolehi gred B dalam
pencapaian mata pelajaran Bahasa Inggeris iaitu 38 orang (31.7%), diikuti gred C iaitu 35 orang
(29.2%), gred A iaitu 17 orang (14.2%) dan selebihnya 15 orang (12.5%) bagi gred D dan gred
E. Bagi gred pencapaian Bahasa Inggeris Penulisan, kebanyakan murid memperolehi gred C
iaitu 34 orang

10
Copyright © 2020 ACADEMIA INDUSTRY NETWORKS. All rights
International Journal of Education and Pedagogy
e-ISSN: 2682-8464 | Vol. 2, No. 1, 216-234, 2020
http://myjms.moe.gov.my/index.php/ijeap

(28.3%), bagi gred B iaitu 29 orang (24.2%) , terdapat 26 orang (21.7%) yang memperoleh gred
A, bagi gred E iaitu 16 orang (13.3%) dan selebihnya 15 orang (12.5%) yang memperoleh gred
D.

Jadual 1: Demografi responden


Bil Kategori Kekerapan Peratusan (%)
1. Jantina
1.1 Lelaki 58 48.3
1.2 Perempuan 62 51.7
2. Bangsa
2.1 Melayu 22 18.3
2.2 Cina 77 64.2
2.3 India 16 13.3
2.4 Lain-lain 5 4.2
3 3.1 Gred Pemahaman
3.1.1 A 17 14.2
3.1.2 B 38 31.7
3.1.3 C 35 29.2
3.1.4 D 15 12.5
3.1.5 E 15 12.5
3.2 Gred Penulisan

3.2.1 A 26 21.7

3.2.2 B 29 24.2

3.2.3 C 34 28.3

3.2.4 D 15 12.5

3.2.5 E 16 13.3

Dapatan analisis statistik ini telah dijalankan untuk menunjukan taburan peratusan, kekerapan,
skor min dan sisihan piawaian bagi 10 item penghargaan kendiri dan 42 item motivasi
pencapaian. Analisis statistik ini telah dijalankan demi mengenalpasti pencapaian mata pelajaran
Bahasa Inggeris murid dari segi Jantina, bangsa, dan lokasi tempat tinggal. Dengan adanya hasil
analisis, pengkaji dapat menjelas dan menjawab persoalan yang pertama, kedua dan ketiga dalam
kajian ini.

11
Copyright © 2020 ACADEMIA INDUSTRY NETWORKS. All rights
International Journal of Education and Pedagogy
e-ISSN: 2682-8464 | Vol. 2, No. 1, 216-234, 2020
http://myjms.moe.gov.my/index.php/ijeap

Berdasarkan Jadual 2 skor min dan sisihan piawai telah dijalankan dan dilaporkan untuk
mengenalpasti pengaruh penghargaan kendiri murid terhadapa pencapaian Bahasa Inggeris
dalam kalangan murid tahap dua. Pengkaji telah menganalisis penghargaan kendiri murid
berdasarkan kepada dua konstruk iaitu penghargaan kendiri dan penerimaan kendiri yang terdiri
daripada bahagian B dalam soal selidik. Hasil data dikategorikan kepada empat tahap ialah tahap
rendah, sederhana, tinggi dan sangat tinggi. Dapatan analisis menunjukkan bahawa penerimaan
kendiri mempunyai skor min yang lebih tinggi iaitu 14.36 dengan sisihan piawai 4.058
berbanding dengan konstruk penghargaan kendiri yang mempunyai skor min 14.22 dengan
sisihan piawai 2.895. Skor min keseluruhan untuk penghargaan kendiri adalah 14.29 dengan
sisihan piawai 3.290. Dapatan analisis deskriptif ini telah menunjukkan penerimaan kendiri lebih
mendominasi pengaruhnya terhadap pencapaian Bahasa Inggeris murid.

Pengkaji mendapati bahawa penghargaan kendiri adalah berada pada tahap sederhana dengan
skor min keseluruhan 14.29 (SP=3.290).

Jadual 2: Penghargaan Kendiri Murid terhadap pencapaian Bahasa Inggeris


Bil Konstruk Min Sisihan Piawai Interpretasi
(M) (SP)
1. Penghargaan Kendiri 14.22 2.895 Sederhana

2. Penerimaan Kendiri 14.36 4.058 Sederhana


Keseluruhan Penghargaan Kendiri 14.29 3.290 Sederhana

Seterusnya, pengkaji juga telah menjalankan analisis skor min dan sisihan piawai untuk
mengenalpasti pengaruh motivasi pencapaian murid terhadap pencapaian Bahasa Inggeris dalam
kalangan murid tahap dua. Pengkaji telah menganalisis motivasi pencapaian murid berdasarkan
kepada tujuh konstruk iaitu penetapan matlamat, kegigihan pelajar, keyakinan pelajar dalam
kejayaan, tahap kebimbingan pelajar, usaha kompentensi, sikap pelajar dan kesungguhan untuk
belajar. Hasil data juga telah dikategorikan kepada empat tahap iaitu dengan skor min 1 hingga 6,
tahap rendah; skor min 7 hingga 12, tahap sederhana, skor min 13 hingga 18, tahap tinggi dan
skor min 19 hingga 24 merupakan tahap sangat tinggi berdasarkan jadual 3.

Dapatan analisis menunjukkan bahawa penetapan matlamat mempunyai skor min yang paling
tinggi iaitu 17.72 dengan sisihan piawai 2.802 berbanding dengan konstruk kesungguhan untuk
belajar yang mempunyai skor min kedua tertinggi, iaitu skor min 15.56 dengan sisihan piawai
1.909, konstruk kegigihan pelajar mempunyai skor min ketiga tertinggi dengan skor min 15.34
dengan sishan piawai 3.487, diikuti dengan konstruk tahap kebimbingan pelajar yang
mempunyai skor min 14.93 dengan sisihan piawai 3.326, konstruk yang seterusnya ialah
keyakinan pelajar dalam kejayaan dengan skor min 14.60 dengan sisihan piawai 3. 030, konstruk
sikap pelajar yang mempunyai skor min yang keenam dengan skor min 14.25 dengan sisihan
piawai 2.342, dan skor min paling rendah iaitu konstruk usaha kompentensi dengan skor min
14.11 dengan sisihan piawai 1.828.

12
Copyright © 2020 ACADEMIA INDUSTRY NETWORKS. All rights
International Journal of Education and Pedagogy
e-ISSN: 2682-8464 | Vol. 2, No. 1, 216-234, 2020
http://myjms.moe.gov.my/index.php/ijeap

Berdasarkan jadual 3, dapatan analisis deskriptif ini telah menunjukkan penetapan matlamat
lebih mendominasi pengaruhnya terhadap pencapaian Bahasa Inggeris murid. Selain itu,
pengkaji mendapati bahawa motivasi pencapaian adalah berada pada tahap tinggi dengan skor
min keseluruhan 15.22 (SP=2.67).

Jadual 3: Motivasi pencapaian murid terhadap pencapaian Bahasa Inggeris


Bil Konstruk Min Sisihan Interpretasi
(M) Piawai (SP)
1. Penetapan Matlamat 17.72 2.802 Tinggi

2. Kegigihan Pelajar 15.34 3.487 Tinggi

3 Keyakinan Pelajar dalam Kejayaan 14.60 3.030 Tinggi

4 Tahap Kebimbingan Pelajar 14.93 3.326 Tinggi

5 Usaha Kompentensi 14.11 1.828 Tinggi

6 Sikap Pelajar 14.25 2.342 Tinggi

7 Kesungguhan Untuk Belajar 15.56 1.909 Tinggi

Keseluruhan Motivasi Pencapaian 15.22 2.67 Tinggi

Adakah terdapat perbezaan penghargaan kendiri, motivasi pencapaian terhadap


pencapaian Bahasa Inggeris berdasarkan jantina.?

Bagi menjawab persoalan kajian ini, analisis ujian T dijalankan. Berdasarkan jadual 4, skor min
tahap penghargaan kendiri perempuan (min=3.39, sp=1.18) lebih tinggi berbanding tahap
penghargaan kediri lelaki (min=3.05, sp=1.23). Hasil kajian menunjukkan Ho1 terdapat
perbezaan yang signifikan antara penghargaan kendiri dengan pencapaian Bahasa Inggeris
berdasarkan jantina dengan nilai t(118)=-1.523 dan nilai signifikan lebih kecil daripada p>0.05.
Oleh itu, Ho1 ditolak.

13
Copyright © 2020 ACADEMIA INDUSTRY NETWORKS. All rights
International Journal of Education and Pedagogy
e-ISSN: 2682-8464 | Vol. 2, No. 1, 216-234, 2020
http://myjms.moe.gov.my/index.php/ijeap

Selain itu, skor min tahap motivasi pencapaian perempuan (min=3.47, sp=1.33) juga lebih tinggi
berbanding tahap motivasi pencapaian lelaki (min=3.09, sp=1.25). Hasil kajian menunjukkan
Ho1 terdapat perbezaan yang signifikan antara motivasi pencapaian dengan pencapaian Bahasa
Inggeris berdasarkan jantina dengan nilai t(118)= -1.612 dan nilai signifikan lebih kecil daripada
p>0.05. Oleh itu, Ho1 ditolak.

Jadual 4: Perbezaan Penghargaan Kendiri, Motivasi pencapaian murid terhadap pencapaian


Bahasa Inggeris berdasarkan jantina.
Konstruk Lelaki Perempuan t sig.
min sisihan min sisihan piawaian
piawaian
Penghargaan 3.05 1.23 3.39 1.18 -1.523 0.000
Kendiri
Motivasi 3.09 1.25 3.47 1.33 -1.612 0.000
Pencapaian

Adakah terdapat perkaitan antara penghargaan kendiri dan motivasi pencapaian dengan
pencapaian Bahasa inggeris?
Bagi menjawab persoalan kajian ini, analisis ujian analisis korelasi pearson dijalankan.
Berdasarkan jadual 5, menunjukkan secara keseluruhan setiap konstruk mempunyai kekuatan
hubungan yang sederhana dengan pencapaian Bahasa Inggeris. Berdasarkan jadual ini, terdapat
hubungan yang signifikan antara penghargaan kendiri dengan pencapaian Bahasa Inggeris
dengan nilai r=0.371, sig. 0.000 (p<0.05) Hal ini menunjukkan Ho5, terdapat hubungan yang
siginidikan antara penghargaan kendiri dan pencapaian Bahasa Inggeris.Oleh itu, Ho5 ditolak.
Selian itu, jadual di atas menunjukkan terdapat hubungan yang signifikan antara motivasi
pencapaian dengan pencapaian Bahasa Inggeris dengan nilai r=0.405, sig. 0.000 (p<0.05) Hal ini
menunjukkan Ho6, terdapat hubungan yang siginidikan antara motivasi pencapaian dan
pencapaian Bahasa Inggeris.Oleh itu, Ho6 ditolak.

Jadual 5: Interpretasi kekuatan hubungan antara Penghargaan Kendiri dan Motivasi


pencapaian murid terhadap pencapaian Bahasa Inggeris.
Hubungan Pencapaian Bahasa Inggeris Intepretasi Kekuatan hubungan

r Sig.
Penghargaan 0.371 0.000 Sederhana
Kendiri,
Motivasi 0.405 0.000 Sederhana
Pencapaian

14
Copyright © 2020 ACADEMIA INDUSTRY NETWORKS. All rights
International Journal of Education and Pedagogy
e-ISSN: 2682-8464 | Vol. 2, No. 1, 216-234, 2020
http://myjms.moe.gov.my/index.php/ijeap

Hasil kajian menunujukkan pengaruh penghargaan kendiri terhadap pencapaian Bahasa inggeris
murid secara keseluruhannya. Pengaruh penghargaan kendiri yang telah dikaji dalam kajian ini
adalah antara faktor penghargaan kendiri dan penerimaan kendiri. Hasil kajian menunjukkan
skor min bagi setiap konstruk adalah 14.22 hingga 14.36. Hal ini menunjukkan penghargaan
kendiri dan penerimaan kendiri memberi pengaruh kepada pencapaian Bahasa Inggeris murid
pada tahao sederhana. Hasil kajian ini adalah sama dengan hasil kajian Yanti (2012) dan Elan,
Tabbye, Robert J dan Robert M (2013) yang menyatakan bahawa penghargaan kendiri akan
mempengaruhi pencapaian Akademik. Hasil kajian juga menunjukkan bahawa terdapat
hubungan yang signifikan antara penghargaan kendiri dan pencapaian akademi yang selari
dengan kajian Haitham dan Eiman (2014).

Selain itu, hasil kajian juga menunjukkan bahawa ibu bapa yang menolong dan membimbing
murid dalam penetapan matlamat mereka dapat meningkatkan motivasi pencapaian murid. Hal
ini selari dengan kajian yang dijalankan oleh Ahmad Khairuddin (2018) yang membuktikan
bahawa kefungsian keluarga akan memberikan kesan terhadap motivasi pencapaian. Ini
disebabkan sokongan ahli keluarga merupakan faktor yang akan menjejaskan motivasi murid
secara tidak langsung.

Dalam konstruk kegigihan pelajar yang merupakan salah satu pengaruh di bawah motivasi
pencapaian. Melalui hasil kajian dapat menunjukkan bahawa terdapat pengaruh tahap tinggi
murid terhadap pencapaian bahasa inggeris. Ini disebabkan apabila murid mempunyai kegigihan
untuk belajar, dia akan berusaha untuk memastikan markah pencapaiannya berada di tahap
cemerlang. Hai ini selari dengan kajian yang telah dilakukan oleh Siti Huzaifah (2018) yang
menyatakan terdapat hubungan positif sederhana yang signifikan antara motivasi pencapaian
dengan pencapaian pelajar dalam Matematik.

Hasil kajian telah menunjukkan bahawa murid-murid SJKC mempunyai skor min 14.25, tahap
tinggi dalam kajian ini. Hal ini menggambarkan sikap seseorang pelajar akan mempengaruhi
tahap motivasi pencapaiannya dan juga mempengaruhi pencapaian Bahasa Inggeris. Dengan
mempunyai sikap yang positif maka tahap motivasi pencapaian dapat berada pada tahap tinggi.
Hal ini selaras dengan kajian yang dijalankan oleh Lidia Lomu dan Sri Adi Widodo (2018) yang
menyatakan terdapat hubungan yang signifikan antara motivasi pencapaian dan sikap semasa
pembelajaran. Sikap pelajar akan mencetuskan bahawa murid mempunyai kecenderungan untuk
teruskan belajar.

15
Copyright © 2020 ACADEMIA INDUSTRY NETWORKS. All rights
International Journal of Education and Pedagogy
e-ISSN: 2682-8464 | Vol. 2, No. 1, 216-234, 2020
http://myjms.moe.gov.my/index.php/ijeap

5.1 Implikasi Kajian


Dalam kajian ini, teori perkembangan kanak-kanak merupakan panduan yang dikemukakan oleh
Erik Erikson (1963) Menurut Erikson, perkembangan kanak-kanak mempunyai lapan tahap.
Dalam kajian ini, responden yang digunakan adalah murid-murid tahap dua, iaitu umur 10
hingga
12. Berdasarkan tahap keempat iaitu konflik industri lawan rasa rendah diri. Dapatan kajian
menunjukkan bahawa terdapat hubungan yang signifikan antara penghargaan kendiri dan
motivasi pencapaian dengan pencapaian Bahasa Inggeris murid. Pada tahap ini, penghargaan
kendiri dan motivasi pencapaian akan mempengaruhi murid-murid dimana mereka akan
mencapai industri apabila mereka dapat mencapai kejayaan dalam menguasai Bahasa Inggeris
dan apabila mereka tidak dapat menguasai bahasa inggeris, individu akan rasa rendah diri. Oleh
itu, dapatan kajian menyokong teori perkembangan kanak-kanak yang menekankan kepentingan
murid menangani konflik industri lawan rasa rendah diri.

Hasil kajian turut meyokong teori hierarki keperluan yang dikemukakan oleh Maslow (1968).
Menurut Maslow, terdapat lima tahap keperluan dalam hierarki dalam kehidupan manusia.
Antaranya ialah keperluan fisiologi, keperluan keselamatan, kasih sayang, penghargaan kendiri
dan kesempurnaan kendiri. Dalam kajian ini, didapati terdapat hubungan yang signifikan antara
penghargaan kendiri dengan pencapaian bahasa inggeris. Penghargaan kendiri terdiri daripada
dua iaitu penerimaan kendiri dan penghargaan seperti pujian atau penghormatan yang diberikan
oleh orang lain. Apabila markah bahasa inggeris murid mencapai tahap yang cemerlang, peranan
guru dan ibu bapa adalah penting dalam memberikan pujian kepada murid-murid. Ini adalah
kerana setiap individu memerlukan penghargaan kendiri yang terdiri daripada kejayaan dan
keyakinan. Dengan adanya tahap penghargaan kendiri yang tinggi, maka pencapaian Bahasa
Inggeris juga dapat ditingkatkan.

Seterusnya merupakan implikasi kajian terhadap amalan. Hasil kajian menunjukkan terdapat
hubungan yang siginifikan antara motivasi pencapaian murid dengan pencapaian Bahasa
Inggeris. Sehubungan dengan itu, murid-murid akan lebih memahami dan sedar bahawa tahap
penghargaan kendiri dan tahap motivasi pencapaian individu akan mempengaruhi pencapaian
mereka dalam Bahasa Inggeris. Dengan itu, murid-murid akan mengambil alih dan mencari
ikhtiar untuk meningkatkan tahap penghargaan kendiri dan tahap motivasi pencapaian mereka.
Selain itu, rakan sebaya juga memainkan peranan penting dalam kelas. Rakan sebaya yang
mempunyai tahap pencapaian yang lebih bagus perlulah sentiasa menggalakkan murid-murid
yang lebih lemah agar mereka tekun belajar dan menyiapkan semua tugasan yang diagihkan oleh
guru.

16
Copyright © 2020 ACADEMIA INDUSTRY NETWORKS. All rights
International Journal of Education and Pedagogy
e-ISSN: 2682-8464 | Vol. 2, No. 1, 216-234, 2020
http://myjms.moe.gov.my/index.php/ijeap

Melalui hasil kajian ini, guru merupakan salah satu faktor dan panduan kepada murid-murid
dalam meningkatkan tahap penghargaan kendiri mereka. Sebagai contoh, bagi apabila guru
mengajar murid dengan penuh kesabaran, dengan dedikasi dan membimbing murid sampai
mereka menguasai bahasa inggeris dan bukan hanya memaksa murid dengan markah yang tinggi
yang akan menurunkan tahap penghargaan kendiri murid.Dalam kajian ini, tahap penghargaan
kendiri murid hanya berada pada tahap sederhana. Hal ini memberi gambaran bahawa guru-guru
Bahasa Inggeris perlu lebih membimbing dan menggalak murid semasa mengajar dalam kelas.

Melalui hasil kajian ini, satu implikasi telah diberikan kepada pihak sekolah agar pihak
pentadbiran boleh membuat perbincangan dan menambahbaikkan strategi untuk meningkatkan
pencapaian Bahasa Inggeris murid seperti mengadakan aktiviti pertandingan Public Speaking,
Poem Recitation, Word search dan sebagainya pada setiap bulan. Ini dapat memupuk minat
murid dalam bahasa inggeris. Selain itu, program program peningkatan penghargaan kendiri
murid dan motivasi pencapaian juga boleh dilaksanakan. Antaranya ialah kem motivasi, ceramah
penghargaan kendiri Seterusnya, program seperti program 5P dan program anak angkat boleh
dijalankan dalam sekolah bagi membantu murid-murid yang lemah dalam Bahasa Inggeris
supaya bimbingan dapat diberi kepada mereka.

5.2 Cadangan
Berdasarkan dapatan kajian yang telah dinyatakan, beberapa cadangan dapat diberikan perhatian
dalam kajian yang akan datang demi memperluaskan lagi skop kajian. Dengan itu, pengkaji telah
mencadangkan beberapa cadangan seperti berikut:

Dalam kajian ini, pengkaji hanya menjalankan kajian di empat buah SJKC di daerah Maran,
Temerloh dan Kuantan Pahang. Dengan itu, kajian lanjutan boleh dilaksanakan dalam skala yang
lebih luas dengan melibatkan lebih banyak sekolah rendah di bandar dan luar bandar supaya hasil
kajian dapat digeneralisasikan ke atas murid-murid seluruh Malaysia.

Cadangan yang kedua adalah pengkaji boleh melibatkan murid-murid daripada pelbagai jenis
sekolah seperti sekolah sukan, sekolah berasrama penuh, sekolah agama dan sekolah swasta.
Dengan ini, hasil dapatan boleh lebih melambangkan tahap penghargaan kendiri murid dan
motivasi pencapaian murid di seluruh Malaysia.

17
Copyright © 2020 ACADEMIA INDUSTRY NETWORKS. All rights
International Journal of Education and Pedagogy
e-ISSN: 2682-8464 | Vol. 2, No. 1, 216-234, 2020
http://myjms.moe.gov.my/index.php/ijeap

Selain itu, kajian ini hanya melibatkan pendekatan kuantitatif dengan penggunaan soal selidik.
Dengan itu, pengkaji mencadangkan agar kajian lanjutan boleh dilaksanakan dengan
menggunakan kaedah lain seperti temubual atau sesi pemerhatian agar memperoleh hasil kajian
yag lebih terperinci.

Kajian selanjutnya boleh juga melibatkan konstruk lain seperti tahap kognitif murid, sikap murid
dan teknik pengajaran guru dalam faktor penyebab untuk memperoleh dan mengenalpasti faktor
dominan yang mempengaruhi pencapaian Bahasa Inggeris murid SJKC.

Kajian ini juga hanya mengukur tahap pencapaian Bahasa Inggeris murid berdasarkan ujian
PKSR 2 dalam setahun. Dengan ini, pengkaji mencadangkan kajian lanjutan untuk menilai
pencapaian Bahasa Inggeris murid dari pelbagai aspek seperti kemahiran mendengar, lisan dan
membaca.

6. Kesimpulan
Secara keseluruhan, kajian ini merupakan satu tinjauan yang dijalankan ke atas murid-murid
tahap dua SJKC di negeri Pahang yang belajar Bahasa Inggeris sebagai Bahasa kedua. Kajian ini
bertujuan untuk mengenalpasti faktor-faktor penghargaan kendiri dan motivasi pencapaian yang
mempengaruhi pencapaian Bahasa Inggeris. Hasil daripada penganalisian data yang diperoleh,
mendapati perbezaan min yang siginifikan antara tahap penghargaan kendiri yang berada pada
tahap sederhana manakala min skor tahap motivasi pencapaian berada pada tahap tinggi. Ini
bermaksud faktor motivasi pencapaian seperti penetapan matlamat pelajar, kegigihan pelajar,
keyakinan pelajar dalam kejayaan, tahap kebimbingan pelajar, usaha kompensasi, sikap pelajar
dan kesungguhan murid untuk belajar yang lebih mempengaruhi pencapaian murid.

Selain itu, dapatan yang diperoleh melalui kajia ini juga telah menunjukkan dan membuktikan
pengaruh penghargaan kendiri dan motivasi pencapaian murid dalam pencapaian Bahasa
Inggeris murid. Dengan ini, diharaplah hasil dapatan kajian ini boleh dijadikan rujukan kepada
semua pihak yang terlibat secara langsung atau tidak langsung dalam usaha meningkatkan tahap
penghargaan kendiri dan tahap motivasi pencapaian dalam pencapaian Bahasa inggeris.

18
Copyright © 2020 ACADEMIA INDUSTRY NETWORKS. All rights
International Journal of Education and Pedagogy
e-ISSN: 2682-8464 | Vol. 2, No. 1, 216-234, 2020
http://myjms.moe.gov.my/index.php/ijeap

7. Penghargaan
Pertama sekali, saya ingin mendedikasikan ucapan penghargaan kepada penyelia saya, iaitu
Profesor Madya Dr. Ruslin Amir di atas kesabaran, sokongan, nasihat dan bimbingan yang
diberikan banyak membantu semasa saya menyiapkan projek ini.

Ribuan terima kasih dikhaskan kepada barisan pensyarah dan staf Pusat Sumber Universiti
Kebangsaan Malaysia yang sudi membantu, rakan seperjuangan yang selalu memberi galakan
dan peringatan sepanjang tempoh pengajian ini.

Jutaan terima kasih kepada kedua-dua ibu bapa saya yang sentiasa memberi kasih sayang,
didikan, doa, peringatan dan panduan hidup dalam memperoleh kejayaan ini. Buat adik- beradik
saya, saya ucapkan terima kasih atas kesabaran, sokongan, toleransi dan pengorbanan yang
diberikan. Akhir kata, ucapan terima kasih juga kepada semua yang terlibat secara langsung dan
tidak langsung dalam memberikan bantuan dan cadanagn semasa saya meyiapkan projek ini.
Semoga kertas projek ini dapat dijadikan wadah ilmu yang berguna kepada pengkaji akan
datang.

Rujukan
Atkinson, J.W. (1964). An introduction to motivation. Oxford, England: Van Nostrand.
Djaali dan Pudji Marjono, (2004). Pengukuran dalam Bidang Pendidikan. (Jakarta: Program
Pasca Sarjana UniversitasNegeri Jakarta)
Erik Erikson, H. (1963). Childhood and society (2nd Ed.). New York: Norton.
Ghazi.A.K.M, Adnan.H. A, Mokhtar.D, et.al. (2018) Kefungsian Keluarga dan Perkaitannya
dengan Motivasi Pencapaian: Satu Kajian di Kementerian Sumber Manusia. Jurnal
Psikologi Malaysia 32(3). UKM
Huzaifah, S dan Aizat, M (2018) Hubungan Antara Motivasi Kendiri dengan Pencapaian
Matematik Pelajar Tingkatan 5 di Daerah Rompin.
Lomu, L. dan S.A Widodo (2018) Pengaruh Motivasi Belajar dan Disiplin Belajar terhadap
Prestasi Belajar Matematika Siswa. In Prosiding Seminar Nasional Pendidikan Matematika
Etnomatnesia.
Maslow, A. (1968). Some Educational Implications of the Humanistic Psychologies. Harvard
Educational Review, 38(4), 685–696.
Maslow, A. (1943) A Theory of Human Motivation. Psychological Review, 50, 370-396.
McClelland, D. C. (1965). N achievement and entrepreneurship: A longitudinal study. Journal of
Personality and Social Psychology, 1(4), 389-392.
McClelland, D. C., Atkinson, J. W., & Clark, R. A. (4). R., & Lowell, E. (1953). The
achievement motive.
Robbins, S. P., & Judge, T. A. (2015). Organizational behavior (14th ed.). Upper Saddle River,
New Jersey: Prentice Hall, Inc
Rosenberg, M., Schooler, C., Schoenbach, C., & Rosenberg, F. (1995). Global Self-Esteem and
Specific Self-Esteem: Different Concepts, Different Outcomes. American Sociological
Review, 60(1), 141.

19
Copyright © 2020 ACADEMIA INDUSTRY NETWORKS. All rights
International Journal of Education and Pedagogy
e-ISSN: 2682-8464 | Vol. 2, No. 1, 216-234, 2020
http://myjms.moe.gov.my/index.php/ijeap

Schuler, H., Thornton, G. C. III, Frintrup, A., & Mueller-Hanson, R. (2004). AMI: Achievement
Motivation Inventory. Technical and User's Manual. Ashland, OH, US: Hogrefe & Huber
Publishers.
Shafiq.M dan Noraini (2018) Mengenalpasti faktor-faktir yang mempengaruhi pencapaian
akademik pelajara sarjana muda psikologi, kolej university islam Melaka (KUIM) . Jurnal
Sains Sosial: Jilid 3, 77-87
Suhaili, Rafidah. (2017) Hubungan Estim Kendiri dengan Pembelajaran Regulasi Kendiri Murid
di Kawasan Luar Bandar Sarawak.Seminar Penyelidiakan Pendidikan: Mac 20-22 Kuching,
Sarawak.
Yanti et al. (2012) Self-esteem and academic performance relationship amongst the second-year
undergraduate students of Universiti Kebangsaan Malaysia, Kuala Lumpur Campus.
Procedia-Social and Behavioral Sciences. Vol 60, 582-589

20
Copyright © 2020 ACADEMIA INDUSTRY NETWORKS. All rights

You might also like