Contoh Pengenalan Rancangan Perniagaan

You might also like

Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 1

1.

0 PENGENALAN

Kedai Naso Refleksologi merupakan sebuah perniagaan milikan tunggal yang dimiliki oleh
Qatrunnada Sofia Binti Zulhamdani. Kedai Naso Refleksologi ini ditubuhkan untuk menawarkan
khidmat mengurut menggunakan kaedah refleksologi. Urutan refleksologi adalah kaedah
dimana teknik urutan diberikan di titik-titik saraf yang tertentu, contohnya kaki, kepala, telinga
atau tangan. Urutan ini mampu menjadi penunjuk kepada masalah kesihatan pada tubuh
badan. Urutan reflesologi ini juga mampu menolong pelanggan untuk mengesan penyakit yang
dihadapi dengan lebih awal. Kedai Naso Refleksologi ini juga menawarkan khidmat peniaga ke
rumah pelanggan bagi memudahkan urusan pelanggan dan sekali gus menarik minat pelanggan
memilih kedai Naso Refleksologi.

Kedai Naso Refleksologi ini bertempat di alamat Lot 07, Jalan Hang Tuah, Ayer Keroh, 75350
Melaka. Kedai Naso Refleksologi ini telah ditetapkan untuk beroperasi pada 7 November 2022.
Kedai Naso refleksologi ini ditubuhkan di kawasan yang didiami oleh penduduk yang berumuran
sekitar 35-60 tahun ke atas. Disertakan itu kedai Naso Refleksologi telah mengedarkan borang
kaji selidik umur penduduk di kawasan tersebut. Ini bertujuan supaya perniagaan Naso
Refleksologi mendapat sambutan oleh pelanggan yang telah disasarkan untuk memajukan lagi
perniagaan tersebut.

Kedai Naso Refleksologi telah menyediakan rancangan perniagaan bertujuan untuk


mendapatkan bantuan pinjaman daripada institusi kewangan iaitu TEKUN Nasional untuk
memulakan perniagaan dan untuk memastikan proses perniagaan berjalan dengan lancar tanpa
berlakunya kekurangan dari segi kewangan yang dapat menyekat kegiatan perniagaan.

You might also like