Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 24

SULIT*

JPNKJPNKJPNKJPNKJPNKJPNKJPNKJPNKJPNKJPNK
JPNKJPNKJPNKJPNKJPNKJPNKJPNKJPNKJPNKJPNK
JPNKJPNKJPNKJPNKJPNKJPNKJPNKJPNKJPNKJPNK
940/1(U1)2021
JPNKJPNKJPNKJPNKJPNKJPNKJPNKJPNKJPNKJPNK STPM
JPNKJPNKJPNKJPNKJPNKJPNKJPNKJPNKJPNKJPNK
940/1 2022
JPNKJPNKJPNKJPNKJPNKJPNKJPNKJPNKJPNKJPNK
SIJIL TINGGI PERSEKOLAHAN MALAYSIA
JPNKJPNKJPNKJPNKJPNKJPNKJPNKJPNKJPNKJPNK
SEJARAH SEJARAH DUNIA (1500-1955)
JPNKJPNKJPNKJPNKJPNKJPNKJPNKJPNKJPNKJPNK
KERTAS 1 (ULANGAN 1) 2021 DAN KERTAS 1 2022
JPNKJPNKJPNKJPNKJPNKJPNKJPNKJPNKJPNKJPNK
JPNKJPNKJPNKJPNKJPNKJPNKJPNKJPNKJPNKJPNK
JABATAN PENDIDIKAN NEGERI KELANTAN
(KELANTAN EDUCATION DEPARTMENT)

2 JAM
Arahan kepada calon:

JANGAN BUKA KERTAS SOALAN INI SEHINGGA ANDA DIBENARKAN BERBUAT


DEMIKIAN.

Jawab empat soalan daripada enam soalan. Anda boleh menjawab semua soalan, tetapi hanya
empat jawapan yang pertama yang akan diperiksa.

Tulis jawapan pada helaian jawapan yang disediakan. Mulakan setiap jawapan pada helaian
jawapan yang baharu.

__________________________________________________________________________________
@Jabatan Pendidikan Negeri Kelantan 2022

STPM - 940/1(U1)2021, 940/1 2022 [Lihat halamansebelah


*Kertas soalan ini SULIT sehingga peperiksaan kertas ini tamat. SULIT*
Jawab empat soalan sahaja.

1. Huraikan kesan kemajuan perindustrian kepada masyarakat England pada abad ke-18.
( 20M )

2. Bincangkan sumbangan Cardinal Duc De Richelieu dalam mengukuhkan sistem


pemerintahan monarki di Perancis semasa pemerintahan Raja Louis XIII. ( 20 M )

3. Huraikan kemajuan sistem pendidikan di Jerman pada abad ke-19 Masihi. ( 20 M )

4. Nilaikan sumbangan Adam Smith kepada perkembangan ekonomi di Eropah pada abad ke-
18 dan 19 Masihi. ( 20 M )

5. Bincangkan kesan-kesan Pemberontakan Boxer di China pada tahun 1899. ( 20 M )

6. United Kingdom dan Amerika Syarikat memainkan peranan penting dalam Pertubuhan
Perjanjian Atlantik Utara (NATO). Bincangkan pernyataan ini. ( 20 M )

STPM - 940/1(U1)2021, 940/1 2022


*Kertas soalan ini SULIT sehingga peperiksaan kertas ini tamat. SULIT*
SULIT*[SKEMA]
JPNKJPNKJPNKJPNKJPNKJPNKJPNKJPNKJPNKJPNK
JPNKJPNKJPNKJPNKJPNKJPNKJPNKJPNKJPNKJPNK
JPNKJPNKJPNKJPNKJPNKJPNKJPNKJPNKJPNKJPNK
940/1(U1)2021
JPNKJPNKJPNKJPNKJPNKJPNKJPNKJPNKJPNKJPNKSTPM
JPNKJPNKJPNKJPNKJPNKJPNKJPNKJPNKJPNKJPNK
940/1 2022
JPNKJPNKJPNKJPNKJPNKJPNKJPNKJPNKJPNKJPNK
SIJIL TINGGI PERSEKOLAHAN MALAYSIA
JPNKJPNKJPNKJPNKJPNKJPNKJPNKJPNKJPNKJPNK
SEJARAH SEJARAH DUNIA (1500-1955)
JPNKJPNKJPNKJPNKJPNKJPNKJPNKJPNKJPNKJPNK
KERTAS 1 (ULANGAN 1) 2021 DAN KERTAS 1 2022
JPNKJPNKJPNKJPNKJPNKJPNKJPNKJPNKJPNKJPNK
JPNKJPNKJPNKJPNKJPNKJPNKJPNKJPNKJPNKJPNK

JABATAN PENDIDIKAN NEGERI KELANTAN


(KELANTAN EDUCATION DEPARTMENT)

__________________________________________________________________________________
@Jabatan Pendidikan Negeri Kelantan 2022

STPM - 940/1(U1)2021, 940/1 2022 [Lihat


halamansebelah
*Kertas soalan ini SULIT sehingga peperiksaan kertas ini tamat.
SULIT*
Soalan : 1
Bincangkan Kesan Kemajuan Perindustrian Kepada Masyarakat England Pada Abad Ke-18
Hingga Abad Ke-19 Masihi. (20m)
A.Pengenalan

1. Kemajuan perindustrian bermaksud proses perubahan sebuah ekonomi yang mudah kepada satu
ekonomi yang kompleks. Kemajuan perindustrian berlaku dalam 2 tahap iaitu tahap pertama
berlaku di England pada tahun (1760 – 1860). Manakala tahap kedua pula kemajuan
perindustrian telah berkembang ke bahagian barat benua Eropah, Amerika Syarikat, Rusia dan
Jepun antara tahun (1860 – 1914).  Kemajuan perindustrian juga memperlihatkan England
berubah daripada negara agraria (pertanian) kepada negara perindustrian serta menyebabkan
berlakunya pertumbuhan kadar urbanisasi yang pesat dan pertambahan penduduk yang tinggi.
2. Kemajuan perindustrian yang berlaku di England telah mendatangkan pelbagai kesan      dalam
bidang ekonomi.  Antara kesan kemajuan perindustrian dalam bidang ekonomi ialah kemajuan
dalam pertanian, perkembangan dalam industri tekstil, kemunculan bandar perusahaan,
perdagangan, kemajuan dalam pengangkutan serta perkembangan dalam industri batu, besi, dan
keluli.   

B.Isi-isi Penting:

1. Kesan politik,.

Kesan kemajuan perindustrian telah membawa perkembangan idea politik baru.

i. Akibat daripada Revolusi perindustrian muncul beberapa golongan baru, iaitu golongan
pertengahan atau borjuis dan golongan pekerja atau proletariat pada zaman industri.
ii. Sehubungan itu, pemikiran masyarakat Eropah menjadi lebih terbuka yang akhirnya telah
mencambahkan idea-idea politik yang baru.

iii. Pada waktu itu juga, muncul tokoh yang memimpin golongan sosialisme untuk membela
nasib pekerja, seperti Saint Simon, Cabet dan Fourier.

iv. Dasar kerajaan England juga berubah, iaitu menitikberatkan sebuah masyarakat literasi dan
berpengetahuan untuk memudahkan mereka dilatih dan pandai menggunakan mesin.

v. Masyarakat industri England juga terdedah kepada unsur-unsur demokrasi dalam kehidupan
mereka. Mereka turut memperjuangkan hak asasi dan kebajikan golongan pekerja yang
berkerja di sektor perkilangan, seperti David Ricardo yang memperjuangkan hak golongan
pekerja di Parlimen England.
vi. Jelaslah pemikiran politik masyarakat England berubah kesan daripada kemajuan
perindustrian.

2. Kesan Ekonomi

a. Kemajuan Dalam Pertanian


i. Kemajuan perindustrian telah menyebabkan berlaku perubahan dalam sistem pemilikan tanah
perjanjian.  Sistem Pemagaran Tanah Pertanian diperkenalkan menggantikan Sistem Tanah
Terbuka.  Melalui Akta Pemagaran Tanah banyak tanah awam dijadikan tanah ladang yang
lebih luas. Sistem tanaman bergilir  diperkenalkan oleh Lord Townshed.  Dalam sistem
penggiliran tanaman, tanah rang tidak wujud.  Sebaliknya tanah rang ditanam dengan tanaman
rumput untuk mengekalkan kandungan nitrogen di dalam tanah. 
ii. Sistem pengurusan ladang yang teratur dan sistematik diperkenalkan oleh Coke of Holkham. 
Beliau member sumbangan dalam kaedah menebus guna tanah pertanian.  Beliau
memperkenalkan tanaman akar seperti lobak putih, parnsnip, Swedes, dan mangolds. Robert
Bakewell memperkenalkan kaedah baharu dalam penternakan biri-biri dan lembu.  Beliau
mempercepatkan pembesaran binatang ternakan dan menghasilkan baka biri-biri yang terbaik.
iii. Petani juga mengamalkan sistem pertanian campuran yang melibatkan aktiviti pertanian dan
penternakan. Petani juga terlibat dalam menanam rumput dalam kawasan pertanian yang sama.
Penglibatan dalam aktiviti pertanian dan penternakan menambahkan pendapatan petani.
Kemajuan dalam pertanian menyebabkan pelbagai kaedah baharu diperkenalkan. Jethro Tull
telah memperkenalkan alat penggali dan penabur benih. Alat ini digunakan untuk menggali
lubang dan menabur benih pada jarak tertentu.  Kaedah ini juga memudahkan petani kerja
menggemburkan dan membersihkan tanah pertanian.

b. Perkembangan Dalam Industri Tekstil


i. Kemajuan perindustrian telah menyebabkan berlaku kemajuan dalam industri tekstil. Penemuan
mesin baharu menyebabkan industri tekstil berkembang dengan pesat. Penciptaan mesin ini
telah meningkatkan pengeluaran kain kapas di England.  John Kay, James Hargreaves, Edmund
Cartwight, Sir Richard Arkwight, dan Samuel Crompton merupakan tokoh yang mencipta
mesin dalam industri tekstil.
c. Kemunculan Bandar Perusahaan
i. Kemajuan perindustrian menyebabkan penduduk berhijrah ke bandar untuk bekerja di kilang. 
Perkembangan ini menyebabkan muncul bandar perusahaan seperti Manchester dan
Birmingham.  Antara masalah yang dihadapi oleh penduduk bandar di England adalah seperti
sistem perparitan, sistem kumbahan, peredaran udara dan sistem bekalan air.

d. Perdagangan
i. Kemajuan perindustrian juga menyebabkan perdagangan antarabangsa berkembang dengan
pesat. Perdagangan antarabangsa menyebabkan negara industri menghasilkan pengeluaran
secara besar-besaran.  Bagi meningkatkan perdagangan antarabangsa, England melaksanakan
dasar perdagangan bebas sepenuhnya dalam sektor perindustrian dan pertanian.

e. Kemajuan Dalam Bidang Pengangkutan


i. Kemajuan perindustrian menyebabkan kemajuan dalam sistem pengangkutan. Sistem
pengangkutan yang baik disediakan bagi memudahkan pergerakan barangan dan pemasaran. 
Antara tokoh yang memberikan sumbangan dalam pembinaan jalan raya ialah John Metcalf,
Thomas Telford, dan John McAdam. Richard Trevithick mencipta lokomotif untuk menarik
gerabak pada tahun 1801. Lokomotif berkuasa wap direka oleh George Stephenson pada tahun
1825. Pada tahun 1761, James Bridley telah membina Terusan Worsley untuk mengangkut
arang batu ke bandar perusahaan Manchester.

f. Perkembangan Industri Arang Batu, Besi, Dan Keluli


i. Kemajuan peridustrian menyebabkan permintaan untuk besi dan keluli meningkat.
Perkenbangan ini menyebabkan permintaan untuk bekalan arang batu turut meningkat.
Menjelang tahun 1860, England mengungguli negara lain dalam pengeluaran arang batu.
Abraham Darby the Elder, Abraham Darby the Younger, Henry Cort, Benjamin Hunstmen, Sir
William Siemens, dan Sir Henry Bessemer merupakan tokoh dalam penghasilan bijih besi dan
keluli.

3. Kesan Sosial

a. Pertambahan Penduduk
i. Kemajuan perindustrian menyebabkan berlaku pertambahan penduduk di England.  Antara
tahun 1800 dan 1850, bilangan penduduk di England meningkat dua kali ganda. Antara faktor
yang menyebabkan pertambahan penduduk adalah seperti peningkatan taraf hidup, kemajuan
dalam kesihatan, pengurangan kadar kematian, penghijrahan penduduk, dan migrasi penduduk.
ii. Pertambahan penduduk menyebabkan berlaku penghijrahan penduduk ke luar negara seperti
India, Australia, dan China.

b. Perubahan Gaya Hidup


i. Kemajuan perindustrian menyebabkan berlaku perubahan gaya hidup masyarakat. Revolusi
ini menyebabkan ramai golongan muda berhijrah ke bandar untuk mencari peluang
pekerjaan. Suasana kehidupan di bandar telah menyebabkan ikatan kekeluargaan mula
merosot.
ii. Dalam pada itu, kejayaan seseorang individu ditentukan oleh bakat dan kekayaan yang
dimilikinya. Dalam konteks ini, status keturunan tidak menentukan kejayaan seseorang.

c. Kemunculan Golongan Kelas Menengah


i. Kemajuan perindustrian menyebabkan muncul golongan kelas menengah yang mempunyai
kuasa politik. Golongan ini berjuang untuk mendapatkan perwakilan di parlimen. Golongan ini
menuntut hak-hak ekonomi serta hak golongan pekerja dalam parlimen.  Antara tokoh yang
memperjuangkan hak golongan pekerja di Parlimen England ialah David Ricardo.  Pada abad
ke-18, ramai anggota parlimen England terdiri daripada golongan kelas menengah.

d. Kemunculan Golongan Proletariat


i. Kemajuan perindustrian menyebabkan muncul kelas pekerja yang dikenali sebagai golongan
proletariat.  Mereka terdiri daripada pekerja yang bekerja di kilang-kilang perindustrian.
Golongan pekerja melancarkan gerakan yang dikenali sebagai Gerakan Luddite bagi
membantah penggunaan jentera di kilang-kilang.

e. Kepupusan Industri Kecil


i. Kemajuan perindustrian menyebabkan ramai pekerja meninggalkan kampong halaman mereka
untuk bekerja di kilang perindustrian. Perkembangan ini menyebabkan industri kecil yang
dijalankan di kawasan luar bandar terjejas.

f. Kesesakan Di Bandar Perindustrian


i. Antara bandar perindustrian yang mengalami kesesakan ialah Manchester, Liverpool, Leeds,
dan Lyons.  Kesesakan yang berlaku di bandar perindustrian menyebabkan timbul masalah
perumahan, kesihatan, dan sanitasi.  Persekitaran yang kotor menyebabkan penduduk terdedah
kepada penyakit berjangkit seperti kolera, taun, dan batuk kering.

g. Pengkhususan Kerja Dan Pengeluaran Besar-Besaran


i. Menyebabkan berlaku pengkhususan pekerjaan dan pengeluaran secara besar-besaran. 
ii. Pengkhususan kerja telah mengurangkan kos operasi pengeluaran dan meningkatkan
pengeluaran.

h. Ekspoiltasi Terhadap Pekerja Wanita Dan Kanak-Kanak


i. Kaum wanita dan kanak-kanak sering diambil untuk bekerjadi kilang dan lombong arang batu.
Ekspoiltasi terhadap pekerja wanita dan kanak-kanak berlaku kerana tiada batasan had masa
kerja.  Umpamanya buruh kanak-kanak dipaksa bekerja di kilang selama 13 hingga 15 jam
sehari.  Pada tahun 1833, kerajaan meluluskan Akta Kilang yang mengehadkan masa bekerja
bagi kanak-kanak di bawah umur 13 tahun selama lapan jam sehari. 
ii. Pada tahun 1842, Parlimen meluluskan Akta Lombong yang melarang kanak-kanak dan wanita
bekerja di lombong arang batu. Pada tahun 1847, Akta Sepuluh Jam yang mengehadkan masa
bekerja bagi wanita dalam industri tekstil selama 10 jam sehari diperkenalkan.

C.Kesimpulan

1. Revolusi perindustrian menyebabkan England berubah daripada Negara agraria kepada Negara
perindustrian.
2. Revolusi perindustrian juga membawa kepada pengenalan kuasa jentera, pengumpulan modal
yang meningkatkan pemesatan ekonomi di England dan penambahan bilangan kelas pekerja
serta kelas pertengahan baru yang terdiri daripada pemilik kilang, saudagar, peniaga, ahli-ahli
bank, doctor, peguam, dan jurutera.

Catatan:

1. Jawapan calon seharusnya menghuraikan SATU kesan politik, SATU kesan ekonomi,
SATU kesan sosial dan SATU lagi dari mana- mana yang sesuai.
2. Huraian jawapan adalah kesan kesan REVOLUSI PERINDUSTRIAN KEPADA
MASYARAKAT DI ENGLAND.
Soalan : 2

Bincangkan Sumbangan Cardinal Duc De Richelieu Dalam Mengukuhkan Sistem


Pemerintahan Monarki Di Perancis Semasa Pemerintahan Raja Louis XIII. (20m)

A.Pendahuluan
1. Richelieu merupakan paderi besar gereja Katolik di Perancis.Beliau pernah menjadi Ketua
Menteri Perancis. Karya terkenal beliau adalah Wasiat Politik yang mengemukakan
pandangan tentang keperluan mengekalkan kuasa dan kemutlakan negara.

2. Beliau turut berpendapat kerajaan pusat yang kuat perlu untuk mengukuhkan pentadbiran.
Idea yang dikemukakan oleh Cardinal telah berjaya mengukuhkan pemerintahan monarki di
Perancis semasa Raja Louis ke 13.
B.Isi- Isi utama
1. Mewujudkan kerajaan Pusat yang kukuh

a. Richelieu mewujudkan sebuah kerajaan pusat yang kuat di Perancis di bawah


kawalan dan penguasaan penuh maharaja. Beliau berpendapat kerajaan pusat yang
kuat perlu untuk menghadapi ancaman sekiranya pentadbiran dijalankan oleh ramai
pihak.

b. Contohnya untuk mengukuhkan pentadbiran, pegawai-pegawai kerajaan yang setia


perlu dilantik untuk membantu maharaja menjalankan pentadbiran
c. Dengan adanya kerajaan pusat yang kuat Maharaja dapat menghadapi sebarang
ancaman dan sistem pemerintahan monarki mutlak dapat diperkukuhkan.
2.Menolak Pendidikan Rakyat

Richelieu menolak pendidikan yang diberikan kepada rakyat jelata kerana bimbang golongan
berpendidikan menjadi ancaman kepada kedudukan raja mutlak.

Contohnya golongan berpendidikan akan mempertikaikan segala dasar dan rancangan kerajaan.
Kesannya rakyat tidak setia kepada kerajaan dan kedudukan raja sebagai pemerintah mutlak
akan terjejas.

Tindakan Richelieu ini telah berjaya memperkukuhkan pemerintah monarki di Perancis dan
kepentingan negara mutlak dapat dibentuk.

3.Menolak peranan gereja

Cardinal menolak peranan gereja dalam politik yang mengancam kuasa mutlak yang dimiliki
oleh raja. Beliau telah menghapuskan kekacauan yang berlaku dalam Gereja Katolik.

Contohnya beliau mengambil langkah-langkah untuk menghapuskan peranan gereja dalam


politik. Usaha Cardinal ini telah berjaya menyekat kemaraan kuasa gereja dalam
pentadbiran negara.

4.Mengukuhkan pertahanan negara.

Cardinal mengambil langkah untuk mengukuhkan kedudukan Raja Louis ke 13 dengan


mewujudkan pasukan tentera laut yang kuat di Perancis.

Contohnya beliau melengkapkan pasukan tentera dengan kapal-kapal perang dan peralatan
moden agar raja dapat menghadapi sebarang ancaman baik dari dalam atau luar negara.

Tegasnya usaha beliau telah berjaya memperkukuhkan pemerintahan monarki mutlak di


Perancis.

5. Menghapuskan sentimen wilayah


• Cardinal berpendapat pemerintah harus mengambil langkah yang tegas bagi membendung
sentimen kewilayahan yang akan menjejaskan kestabilan politik dalam negara.

• Contohnya raja harus mengambil langkah bagi memastikan penduduk dan pemerintah di
wilayah dan jajahan takluk setia kepada kerajaan pusat.

• Langkah dan keperihatinan pemerintah terhadap wilayah ini akan dapat memperkukuhkan
kuasa mutlak kerajaan pusat.
C.Kesimpulan
• Cardinal Richelieu merupakan pemikir politik terunggul di Eropah pada abad ke 17.

• Idea beliau memainkan peranan penting dalam mengukuhkan sistem pemerintahan beraja
mutlak di negara Perancis. Pengukuhan kuasa raja ini diteruskan lagi oleh kebijaksanaan
Raja Louis ke XIV sehingga Perancis menjadi sebuah negara empayar yang amat kuat di
Eropah.

CATATAN :

1.Calon perlu menjelaskan EMPAT dasar dasar dan tindakan yang dilakukan oleh Cardinal dalam
mengukuhkan sistem pemerintahan beraja mutlak di Perancis.

Soalan 3

Huraikan Kemajuan Sistem Pendidikan Di Jerman Pada Abad Ke-19 Masihi. ( 20 markah )

A.Pengenalan

1. Pada abad ke 19 khususnya selepas penyatuan jerman pada tahun 1871, Jerman telah
membangunkan sistem pendidikannya dengan lebih sistematik dan idealistik mengikut keperluan
penduduknya.

2. Kemajuan sistem Pendidikan di Jerman pada abad ke 19 Masihi meliputi dasar pendidikan,
institusi pendidikan, kurikulum, keperluan yang diperlukan oleh guru dan sebagainya.

B.Isi-isi penting

1. Dasar Pendidikan

a. Pada abad ke 19 sistem pendidikan berada di bawah kawalan kerajaan sepenuhnya


iaitu di bawah menteri Pendidikan yang dibantu oleh Lembaga pengelola sekolah di
peringkat wilayah dan again.
b. Jabatan Pendidikan awam telah ditubuhkan untuk memudahkan lagi kawalan pusat
terhadap institusi Pendidikan khususnya dalam hal mata pelajaran, buku-buku teks,
perlantikan guru dan penyediaan sekolah.
c. Ini adalah kesinambungan sejak abad ke-18 lagi apabila raja Jerman telah
memperkenalkan kod undang-undang sekolah yang memwajibkan ibu bapa
menghantar anak-anak ke sekolah.
d. Lembaga sekolah (Obersshulcollegium) ditubuhkan untuk mengawal sekolah-
sekolah menengah dan sekolah tinggi di Jerman.
e. Segala perbelanjaan untuk sekolah dibantu oleh kerajaan termasuk tanah dan
peralatan.
f. Ini menyebabkan buta huruf di Jerman berkurangan.

2. Kurikulum

a. Kurikulum yang diperkenalkan di Jerman di semua peringkat sekolah adalah


bersifat saintifik berteraskan teori yang mempengaruhi perkembangan mental dan
bakat pelajar seperti teori pestalozi
b. Oleh itu, peringkat rendah diberi penekanan subjek Bahasa , geografi , sejarah,
musik,lukisan , Latihan jasmani dan mata pelajaran agama.
c. Peringkat menengah: kurikulum yang seragam sperti Bahasa latin ,Greek ,Jerman ,
matematik, geografi, agama , sains tabii dan mata pelajaran kemanusiaan
(Humanisme)
d. Di peringkat universiti pula terdapat pelbagai pengkhususan ilmu pengetahuan di
samping menjalankan kajian dan penyelidikan dalam bidang Philology, Egiptology,
Sejarah, Falsafah, Psikologi, Kimia, Fizik dan sebagainya.

3.Institusi Pendidikan

a. Menjelang abad ke-19, institusi Pendidikan terdiri daripada sekolah rendah, sekolah
menengah, sekolah Teknik dan universiti.
b. Sekolah rendah (Volksschulem) adalah terbuka dan wajib kepada kanak-kanak yang
berumur 7-14 tahun yang diajar agama, membaca, menulis, mengira, Geografi,
Sejarah dan gimnastik.
c. Sekolah menengah pula terdiri daripada 2 aliran iaitu Gymansium dan sekolah
awam (real school) yang mengambil masa salama 9 tahun dengan bayaran yuran
sebanyak 5-27 dollar.
d. Sekolah gymnasium adalah sekolah untuk pelajar melanjutkan pelajaran ke
universiti dan diberi penekanan pembelajaran Bahasa latin dan Greek.
e. Sekolah awam pula adalah bertujuan untuk melahirkan penduduk Jerman yang
mampu berdikari dalam kehidupan seharian. Di institusi ini ditetapkan pembelajaran
Bahasa ibunda, matematik, sains tabii dan Bahasa-bahasa moden.
f. Pada tahap menengah ini, peperiksaan akhir (abitur) diperkenalkan di seluruh
Jerman dan menjadi pra-syarat untuk menceburi prefesion yang dipelajari dan
perkhidmatan awam.
g. Sekolah menengah yang dikhaskan untuk pelajar perempuan juga ditubuhkan.
h. Pendidikan teknikal seperti politeknik dan sekolah perdagangan ditubuhkan untuk
menyediakan golongan mahir dalam teknologi, perdagangan dan sector industry.
i. Institus pengajian tinggi juga berkembang pesat sekitar abad ke-19 seperti Universiti
Berlin (1810), Munich (1826), Bonn (1818) dan sebagainya. Di institusi ini, terdapat
fakulti Teologi, undang-undang, perubatan dan falsafah. Setiap fakulti mempunyai
pelbagai jurusan pengajian.
j. Biasanya, institusi pengajian tinggi ditubuhkan oleh kerajaan negeri dengan bantuan
oleh kerajaan. Biasanya ia diuruskan oleh seorang reaktor atau professor. Tenaga
pengajar terdiri dari sarjana-sarjana dan melakukan penyelidikan dalam pelbagai
lapangan ilmu pengetahuan.

4. Tenaga Pengajar / Guru

a. Tenaga pengajar adalah terlatih dan berwibawa untuk berkhidmat di sekolah-


sekolah dan melepasi syarat-syarat yang ditetapkan.
b. Latihan kepada guru diberikan dan banyak seminar-seminar dianjurkan untuk
mengubah guru dari aliran keagamaan (teologi).
c. Kerajaan juga akan mneyumbangkan dan dan pengiktirafan diraja dianugerahkan
kepada pusat Latihan guru seperti weimer (1783), Saxony (1783) dan Austria
(1788).
d. Latihan perguruan ini dikendalikan oleh sarjana-sarjana yang pakar dalam bidang
Pendidikan seperti Johann Juliusn Hecker, Francke dan lain-lain.

5.Kewangan

a. Kerajaan memberi peruntukan untuk menyediakan buku-buku sekolah dan inisiatif


kepada guru-guru.
b. Raja Frederick I memberi sumbangan kewangan kepada sekolah-sekolah sebanyak
50000 Thaler untuk prasarana sekolah termasuk tanah.

C.Kesimpulan

1. Jerman menubuhkan sistem Pendidikan yang berperingkat dan dianggap saintifik pada abad
19M.
2. Ia dikawal oleh kerajaan dan menekankan kehadiran wajib, Latihan untuk guru, Latihan
khusus, ujian dan sebagainya.
3. Dianggap penting untuk menanam ketaatan sosial dalam kalangan masyarakat.

Catatan :
1. Calon perlu menghuraikan EMPAT ASPEK ELEMEN ( BIDANG ) yang dicapai dalam sistem
Pendidikan di JERMAN pada abad ke 19.

Soalan 4

Nilaikan Sumbangan Adam Smith Kepada Perkembangan Ekonomi Di Eropah Pada Abad
Ke-18 Dan Ke-19 Masihi. (20m)

A.Pendahuluan

1. Adam Smith merupakan seorang pakar ekonomi dan ahli falsafah dari Scotland. Adam terkenal
kerana pengaruh bukunya, The Wealth of Nations dan dianggap sebagai Bapa Ekonomi Moden.

2. Pada tahun 1751, Adam Smith dianugerahkan gelaran professor oleh Universiti Glasgow. Pada
tahun 1762, pihak Universiti Glasgow telah menganugerahkan beliau gelaran Doktor Undang-
undang. Pada tahun 1787 hingga 1789, beliau memegang jawatan sebagai Rektor Universiti
Glasgow.

3. Adam Smith merupakan pengasas kepada disiplin ekonomi moden. Beliau memperkenalkan
teori seseorang individu boleh membina kehidupan bermoral dan berekonomi tanpa bimbingan
atau arahan daripada negara

B.Isi
1. Pelopor Kepada Ekonomi Moden

• Sekitar abad ke-18, beliau telah memperkenalkan teori yang mengatakan seseorang
individu boleh membina kehidupan bermoral dan berekonomi tanpa bimbingan atau
arahan daripada negara. Sesebuah negara akan menjadi kuat apabila rakyatnya
bebas.

• Beliau juga mengetengahkan idea mengakhiri sistem feudal, polisi merkantilisme,


monopoli negara, dan memperkenalkan kerajaan laissez-faire, iaitu kerajaan
berasaskan pasaran bebas.

• Adam Smith merupakan pelopor kepada pemikiran ekonomi moden. Melalui buku
The Wealth of Nations, Adam Smith memperkenalkan teori bahawa individu boleh
membina kehidupan bermoral dan berekonomi tanpa bimbingan dan arahan daripada
kerajaan.

• Tambahan lagi, sesebuah negara akan menjadi kuat apabila rakyatnya bebas. Beliau
juga menyatakan bahawa pasaran di bawah satu syarat akan mengatur sistemnya
sendiri dan akan mengeluarkan lebih banyak barangan daripada pasaran terkawal.
• Oleh itu, kerajaan dibenarkan memegang tanggungjawab yang tidak dapat dilakukan
oleh badan yang hanya bergantung kepada keuntungan sahaja

• Maka, pengeluar akan mengeluarkan barangan yang diperlukan oleh masyarakat dan
permintaan terhadap barang tersebut akan meningkat.
2. Teori Percukaian

• Beliau menerangkan bahawa kerajaan hanya patut mengenakan cukai dengan cara
tidak mengugat kesejahteraan ekonomi setiap rakyat sesebuah negara. Rakyat patut
menyokong negara mengikut kebolehan sendiri.
• Malahan menurut Adam Smith, kekayaan negara dinilai dari segi simpanan emas dan
perak yang ada. Beliau menyatakan kerajaan yang mengimport barangan dari luar
negara akan dianggap merosakkan kerana kekayaan mesti dilepaskan untuk
membayar untuk barangan tersebut. Oleh itu, mengeksport barangan dianggap baik
kerana kekayaan akan kembali kepada negara.

• Oleh sebab itu, negara patut mengekalkan penguasaan ke atas emas dan perak serta
mengenakan cukai atas barangan import, memberikan subsidi kepada pengeksport
dan melindungi pekerja domestik.

• Pekerja-pekerja mahir pula tidak dibenarkan bergerak bebas ke bandar-bandar lain


untuk memasarkan barangan.

• Sumbangan Adam Smith dalam hal ini, jelas menunjukkan teori percukaian ekonomi
memberi kesan kepada negara dan juga rakyat.

3.Memperkenalkan Teori Ekonomi Yang Sistematik

• Menurutnya, teori percukaian ialah kerajaan hanya mengenakan cukai dengan cara
tidak menggugat kesejahteraan ekonomi dan rakyat sesebuah negara. Rakyat patut
menyokong negara yang memberi kebebasan mengikut kebolehan sendiri.

• Antara amalan ekonomi tersendiri yang dipercayainya ialah kekayaan negara dinilai
dari segi stok emas dan perak. Selain itu, negara patut mengekalkan penguasaan ke
atas emas dan perak serta mengenakan cukai ke atas barangan import, memberikan
subsidi kepada pengeksport, dan meindungi industri domestik.
• Beliau menentang teori ekonomi lama yang mana negara perlu memiliki jongkong
emas yang banyak dan menolak pandangan bahawa tanah merupakan sumber utama.
• Beliau turut menekankan kepada tenaga buruh bahawa peningkatan pengeluaran
dapat dicapai melalui pembahagian kerja

• Beliau turut menentang campur tangan pemerintah yang menghalang perkembangan


dan perluasan industri.

• Adam Smith menyatakan proses pertumbuhan ekonomi bersifat kumulatif. Ini


bermakna apabila wujud kemakmuran kesan daripada kemajuan dalam bidang
pertanian, industri pengeluaran dan perniagaan akan menarik pelaburan modal,
kemajuan teknologi, meningkatkan jumlah penduduk, perluasan pasaran
pembahagian kerja dan peningkatan keuntungan secara berterusan.
• Ini jelas menunjukkan sumbangan idea beliau dalam ekonomi sangat berkesan

4.Teori Ekonomi Pasaran Bebas (Laissez-faire)

• Laissez-faire ialah istilah Perancis yang membawa maksud “biarkan keadaan


seperti yang sedia ada”. Konsep ini merujuk kepada kehendak sekumpulan pedagang
Perancis yang mahukan urusan perdagangan mereka tidak diganggu oleh kerajaan

• Doktrin ini dikembangkan oleh Adam Smith di England dan beliau berpendapat
kerajaan tidak harus campur tangan dalam urusan ekonomi, sebaliknya membiarkan sistem
ekonomi berfungsi seperti biasa. Dengan cara ini, sistem ekonomi akan berfungsi dengan
lebih cekap dan memaksimumkan kebajikan umum.

• Pasaran bebas bergerak menurut mekanisme secara automatik yang mana pengeluar
akan mengeluarkan barangan yang diperlukan oleh masyarakat dan permintaan terhadap
barang tersebut akan meningkat

• Oleh itu, harga barangan akan meningkat sekiranya barang tersebut kurang dalam
pasaran dan akan menguntungkan pihak pengeluar. Peningkatan kepada pengeluaran akan
menghapuskan keadaan kekurangan barangan.

• Oleh itu harga barangan akan menjadi normal dengan sendirinya.

5.Proses Pengumpulan Modal

• Proses pengumpulan modal harus dilakukan lebih dahulu daripada pembahagian kerja.
Pengumpulan modal merupakan syarat utama terjadinya proses pembangunan ekonomi,
dengan demikian permasalahan pembangunan ekonomi secara luas adalah kemampuan
manusia untuk lebih banyak menabung dan menanam modal.
• Malahan, Smith menyatakan bahawa pelaburan dilakukan kerana pemilik modal
mengharapkan keuntungan. Keuntungan pula bergantung kepada iklim pelaburan pada hari
ini dan keuntungan nyata. Keuntungan cenderung menurun dengan wujudnya kemajuan
ekonomi. Keadaan ini dapat digambarkan bahawa pada waktu pengumpulan modal yang
cepat, maka persaingan meningkat antara pemilik modal dan dengan sendirinya akan
meningkatkan upah. Pada akhirnya, akan menurunkan keuntungan pemilik modal.

• Adam Smith menyatakan bahawa pengumpulan modal harus dilakukan terlebih


dahulu daripada pembahagian kerja yang mana modal merupakan syarat utama
terjadinya proses pembangunan ekonomi.
• Maka pelaburan dilakukan kerana pemilik modal mengharapkan keuntungan. Justeru
tiada siapa yang akan menjalankan perniagaan sekiranya mendapat kerugian. Ini
kerana pembeli dan peniaga perlu sama-sama mendapat keuntungan. Bukan itu sahaja,
modal juga boleh digunakan untuk perdagangan kelak.

• Pertumbuhan simpanan dalam modal pula akan membawa kepada persaingan antara
pengusaha. Apabila modal sudah berkembang maka terjadilah peningkatan dalam
kemakmuran.

6.Amalan perdagangan
• Adam Smith berpendapat pembeli dan peniaga perlu sama-sama mendapat keuntungan.
Mengimport dan mengeksport barangan hendaklah memberi keuntungan kepada kedua-dua
pihak.
• Faedah perdagangan perlu dinikmati oleh kedua-dua pihak. Semua pihak perlu
meningkatkan kemakmuran sama seperti pertanian atau pembuata. Kekayaan sesebuah
negara bukan dalam kuantiti emas dan perak di dalam bilik kebal, tetapi jumlah
pengeluaran dan perdagangan.

7.Mengkritik dasar merkantilisme

• Beliau mengkritik dasar merkantilisme, iaitu apabila tindakan kerajaan mengawal koloni.
Menurut beliau, koloni hanya akan berkembang pesat apabila diberi kebebasan
menjalankan aktiviti mengikut pilih
Tindakan mengawal koloni secara politik akan membebankan negara induk dari segi kewangan.
Kritikan ini turut ditujukan kepada monopoli yang dilakukan oleh Syarikat Hindia Timur
Inggeris.

C.Kesimpulan

1. Kesimpulannya, cetusan idea Adam Smith telah banyak mempengaruhi pemikiran ahli-
ahli ekonomi di Eropah.
2. Sumbangan beliau membawa kepada pembentukan ekonomi moden dan perdagangan
bebas.
3. Malahan, pandangan dan pemikiran Adam Smith telah mempercepatkan pertumbuhan
revolusi industri di Eropah.
4. Adam Smith percaya bahawa kerajaan cuma mempunyai tiga fungsi utama iaitu,
melindungi rakyat daripada penakluk tentera, melindungi warganegara daripada
ketidakadilan, menyediakan kemudahan seperti jalan raya dan sebagainya yang tidak
boleh disediakan oleh individu.
5. Adam Smith telah banyak memberi sumbangan dalm bidang ekonomi moden yang
digunapakai hingga hari ini dan doktrim yang diketengahkan beliau sesuai bagi
mengurus ekonomi Negara

Catatan :

1.Calon perlu menghuraikan EMPAT sumbangan Adam Smith dalam bidang ekonomi moden.
Soalan 5

Huraikan Kesan-Kesan Pemberontakan Boxer Terhadap Perluasan Kuasa Barat Di


China. (20m)

A.Pendahuluan
1. Menjelang tahun 1899,tercetus pemberontakan yang dikenali sebagai Pemberontakan Boxer
di China.Pemberontakan ini bertujuan untuk menghalau orang asing dari China dan
membunuh orang Cina yang beragama Kristian. Pemberontakan Boxer merupakan reaksi
orang Cina terhadap tekanan yang diberikan oleh kuasa-kuasa asing terhadap kerajaan
China.Malah anggota Gerakan Boxer menganggap orang asing bertanggungjawab terhadap
keruntuhan kerajaan Manchu.
2. Mereka menganggap orang asing sebagai punca kepada kepincangan yang berlaku dalam
bidang politik,ekonomi, dan sosial di China.

B.Isi

1. Kemerosotan Kerajaan Manchu


a. Kebangkitan Boxer mendedahkan kelemahan dan kepincangan yang berlaku dalam kerajaan
Manchu. Kebangkitan Boxer telah meletakkan asas bagi perubahan yang berlaku dalam
politik serta masa depan megara China.
b. Gerakan ini telah memberi peluang kepada Dr. Sun Yat Sen untuk melancarkan revolusi bagi
menunbangkan kerajaan Manchu dan menunbuhkan kerajaan republik di China.

2. Kemerosotan maruah Kerajaan Manchu


a. Protokol Boxer yang ditandatangani oleh kerajaan China dengan kuasa-kuasa Barat
menjejaskan maruah dan kedaulatan China. Kerajaan Manchu terpaksa tunduk dengan
pelbagai tekanan dan desakan yang diberikan oleh kuasa-kuasa Barat.
b. Antara syarat protocol Boxer yang menjejaskan maruah kerajaan China adalah: Kerajaan
China terpaksa membenarkan kuasa-kuasa asing menempatkan tentera di tempat-tempat yang
stategik, Kerajaan China diharamkan mengimport senjata dari luar selama dua tahun dan
Kerajaan China menaikkan taraf hubungan dengan kuasa-kuasa Barat ke taraf kedaulatan.
Protokal Boxer yang ditandatangani antara kerajaan China dengan kuasa-kuasa Barat
mengukuhkan kedudukan kuasa-kuasa Barat.

3. Masalah kewangan Kerajaan Manchu


a. Kerajaan China menghadapi masalah kewangan kerana terpaksa membayar ganti rugi kepada
kuasa-kuasa Barat. Tindakan kuasa-kuasa Barat yang mengenkan ganti rugi sebanyak 450
juta tael menambahkan beban kerajaan China. Tambahan pula kerajaan China dipaksa
membayar ganti rugi tersebut dalam tempoh 40 tahun dengan kadar faedah sebanyak 4
peratus.
b. Kesulitan yang dihadapi oleh China untuk membayar ganti rugi menyebabkan Rusia
menduduki Manchuria sehingga bayaran ganti rugi diselesaikan.

4. Perang Rusia-Jepun meletus


a. Pemberontakan Boxer telah meletakkan asas bagi perang antara Rusia dengan Jepun yang
tercetus pada tahun 1904. Semasa Pemberontakan Boxer, Rusia mengambil kesempatan
untuk meluaskan kuasa dan pengaruh di Manchuria.
b. Perkembangan ini membimbangkan Jepun kerana tindakan Rusia bertentangan dengan
kepentingan mereka. Hubungan antara Rusia dengan Jepun menjadi semakin tegang apabila
Rusia cuba meluaskan pengaruh di semenanjung Korea.

5. Muncul gerakan pembaharuan


a. Pemberontakan Boxer telah memberikan kesedaran kepada kerajaan Manchu tentang
kepentingan memperkenalkan Gerakan Pembaharuan. Golongan cerdik pandai mendesak
kerajaan Manchu melaksanakan pembaharuan yang menyeluruh seperti yang dianjurkan oleh
Kang Yu-Wei
b. Perkembangan ini menyebabkan kerajaan Manchu memulakan Gerakan Pembaharuan
sebagai langkah untuk menguatkan diri bagi menghadapi ancaman kuasa-kuasa Barat.

6. Kebangkitan semangat nasionalisme


a. Pemberontakan Boxer juga telah berjaya membangkitkan semangat nasionalisme orang
China. Peringkat awal, Gerakan nasionalisme bercorak anti-Barat tetapi kekalahan
kerajaan Manchu dalam beberapa siri peperangan serta kegagalan rancangan
pembaharuan melahirkan semangat anti-Manchu.

b. Masalah ekonomi dan kesengsaraan sosial menimbulkan perasaan tidak puas hati rakyat.
Rakyat telah menyokong Gerakan revolusioner di bawah Dr. Sun Yat Sen yang
kemudiannya Berjaya menggulingkan Dinasti Mancu melalui Revolusi 1911.

C.Kesimpulan

1. Pemberontakan Boxer meletakkan asas bagi kejatuhan kerajaan Manchu dan kemunculan
kerajaan republik di China.
2. Pemberontakan Boxer telah menyebabkan kemunculan Gerakan Pembaharuan.

Catatan :

1.Calon perlu menghuraikan EMPAT kesan Pemberontakan Boxer di China pada tahun 1899.
Soalan 6

United Kingdom dan Amerika Syarikat memainkan peranan penting dalam Pertubuhan
Perjanjian Atlantik Utara (NATO). Bincangkan pernyataan ini. (20m)

A.Pendahuluan

1. Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (NATO) ditubuhkan padsa tahun 1949 sebagai tindak
balas terhadap ancaman pencerobohan Soviet Union ke atas Eropah Barat selepas Perang
Dunia Kedua.

2. Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara merupakan sebuah gabungan pertahanan negara-


negara Eropah.

3. Anggotanya hingga hari ini bergabung dan berjanji untuk memastikan keselamatan dan
kebebasan negara-negara anggotanya.

4. Amerika Syarikat, United Kingdom dan sekutunya di Eropah bimbang Kesatuan Soviet akan
meluaskan pengaruhnya di Eropah timur dan seluruh dunia jika sesuatu tidak dibuat untuk
membendungnya.

B.Isi- isi utama

1. United Kingdom sebagai perancang utama pembentukan NATO


a. United Kingdom merupakan negara yang menyusun strategi dengan melibatkan
Amerika Syarikat dalam proses pembentukan NATO.

b. Hal ini dapat dibuktikan dengan koleksi surat-surat Ernest Bevin, Setiausaha Luar
Britain dari tahun 1946 hingga 1951.

c. Dokumen Foreign Office yang diterajui oleh Parti Buruh di British sememangnmya
menyusun strategi supaya pertubuhan eropah itu disertai oleh Amerika Syarikat.

d. Tambahan pula kegagalan Liga Bangsa yang tidak disertai oleh Amerika Syarikat
menyebabkan United Kingdom berusaha keras untuk membawa masuk Amerika
Syarikat ke dalam NATO.

e. Tegasnya, rancangan United Kingdom ini berjaya menyembunyikan peranan mereka


sebagai perancang utama penubuhan NATO.

2. United Kingdom tidak mampu menghadapi ancaman kuasa Soviet Union secara
bersendirian.

a. Presiden Hurry S. Truman belum bersedia menghadapi ancaman Soviet Union.


Beliau mengharapkan bantuan Amerika Syarikat untuk lebih bersedia menghadapi
ancaman Soviet Union.

b. United Kingdom menggunakan krisis antarabangsa antara Soviet Union dengan


Amerika Syarikat sebagai sandaran penglibatan Amerika Syarikat dalam
penubuhan NATO.

c. Rancangan Rusia untuk mengukuhkan kekuatan tentera di negara-negara Eropah


Timur yang pro komunis telah menimbulkan kebimbangan Amerika Syarikat

d. Tuntasnya, penyertaan Amerika Syarikat ke dalam NATO boleh menjamin


keberkesanan usaha mengekang kemaraan ideologi komunis di Eropah
3.Penglibatan Amerika Syarikat dalam NATO dilihat sebagai kuasa besar yang
memainkan peranan utama dalam soal pertahanan dan keselamatan di Eropah
Barat.

a. Tujuan penubuhan NATO adalah untuk menghalang kebangkitan semula


ketenteraan Jerman di Eropah dan menghalang penyebaran ideologi komunis dan
ketenteraan Rusia di Eropah.

b. NATO melibatkan Amerika Syarikat kerana Amerika Syarikat dilihat sebagai


sebuah kuasa besar yang mempunyai keupayaan untuk mengekang kemaraan
ideologi komunis dan ketenteraan Rusia di Eropah.

c. Keupayaan yang dimiliki oleh Amerika Syarikat dapat mengatasi ketidakyakinan


Eropah terhadap kemampuan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) dalam
menangani konflik dunia kerana PBB itu sendiri tidak memiliki pasukan tentera
sendiri.

d. Tegasnya, penyertaan Amerika Syarikat dalam NATO jelas bertujuan untuk


memastikan pertubuhan ini memainkan peranan dengan lebih efektif dan
berkesan.

4.Penglibatan Amerika Syarikat adalah sinonim kepada NATO dan NATO adalah
Amerika Syarikat.

• NATO yang didominasi oleh Amerika Syarikat menyebabkan Soviet Union


memandang pertubuhan itu sebagai Amerika Syarikat dan bukan sebagai kesatuan
negara-negara Eropah Barat.

• Amerika Syarikat menunjukkan kekuasaannya dalam NATO sewaktu terlibat dalam


Perang Dingin antara Amerika Syarikat dengan Soviet Union.

• Amerika Syarikat menggunakan negara-negara anggota NATO sebagai penampan


kepada penularan kuasa Soviet Union di Eropah Barat.
• Tegasnya, dominasi Amerika Syarikat jelas diperlihatkan dalam NATO terutama
dalam setiap operasi ketenteraan yang mereka jalankan.

C.Kesimpulan
1. Rancangan United Kingdom membawa masuk Amerika Syarikat ke dalam NATO telah
berjaya dan hasilnya NATO dilihat berkesan mengekang penularan ideologi komunis dan
ketenteraan Rusia.

2. United Kingdom dan Amerika Syarikat menunjukkan komitmen yang sangat kuat untuk
memastikan kesinambungan, keutuhan dan kestabilan NATO sebagai sebauh institusi
pertahanan di Eropah.

3. Peranan yang dimainkan kedua-duanya berhasil memastikan keamanan dan keselamatan di


Eropah dan NATO dilihat menjadi sebuah perjanjian pertubuhan keselamatan yang berjaya
bukan sahaja di Eropah tetapi juga di peringkat dunia.

Catatan :

1.Calon perlu menghuraikan DUA PERANAN UNITED KINGDOM DAN DUA PERANAN
AMERIKA SYARIKAT DALAM NATO

You might also like