Download as pdf or txt
Download as pdf or txt
You are on page 1of 18

MCMC

SURAT PEKELILING
JAWATANKUASA KESELAMATAN DAN KESIHATAN PEKERJAAN (OSH)
SURUHAN3AYA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA MALAYSIA (MCMC)

BILANGAN 01 TAHUN 2021

PENGURUSAN KUARANTIN DAN VAKSINASI COVID-19

OB3EKTIF

1, Surat pekeliling ini (UPekeliling//) bertujuan untuk memberikan

penerangan secara terperinci mengenai prosedur dan garis panduan

bagi Pengurusan Kuarantin dan Vaksinasi Covid-19 kepada seluruh


warga Suruhanjaya. Pekeliling in menetapkan dan menjelaskan tugas

Suruhanjaya dan Kakitangan untuk meminimumkan penularan virus

Penyakit Berjangkit di tempat kerja dan mengurangkan risiko jangkitan


kepada Kakitangan dan pihak berkepentingan.

LATAR BELAKANG

2. Semenjak krisis pandemik COVID-19 melanda dunia/ pelbagai inisiatif


telah dibuat di peringkat global dan negara. Sebagai menyokong inisiatif

Muka surat 1 dari 17


Kerajaan dafam menangani krisis yang dihadapi dan sebagai langkah
ambil peduli/ pihak Suruhanjaya tidak terkecuali dalam melaksanakan
pelbagai inisiatif termasuklah bagi memasfcikan kelangsungan operasi
dan fungsi Suruhanjaya tidak terjejas di samping menjaga kebajikan
warga kerjanya seperti berikut:

2.1. Pelaksanaan Alternate Working Arrangement Solution (AWAS)

bagi membolehkan Kakitangan dapat meneruskan fcugasan

bekerja dan rumah. lanya juga disokong dengan penyediaan


laptop kepada Kakitangan yang menggunapakai desktop
termasuk akses kepada rangkaian pejabat melalui pemasangan

VPN kepada laptop Kakitangan.

2.2. Mewujudkan Elaun Digital bagi membolehkan Kakitangan


mendapat akses data yang diperlukan ketika bekerja dari rumah.

2.3. Menjalankan kerjasama dengan Jawatankuasa Khas Jaminan

Akses Bekalan Vaksin COVID-19 (JKJAV) bagi memastikan akses


awal kepada Vaksinasi dapat diberikan kepada Kakitangan
Suruhanjaya.

2.4. Memberikan cut! tanpa rekod kepada Kakitangan yang

mendapatkan Vaksinasi.

2,5. Menyelia prosedur operasi standard ("SOP") pengurusan

Covid-19 dan menyalurkan maklumat berkaitan secara

berterusan kepada Kakitangan dan memantau kehadiran

Kakitangan mengikut lokaliti premis pejabat berdasarkan arahan


pengawalan pergerakan yang dikeluarkan oleh Kerajaan melalui

Pasukan Pengurusan Krisis (CMT) Suruhanjaya.

Muka surat 2 dan 17


3. Sebagai sebuah badan pengawal selia dan dikategorikan sebagai
"Perkhidmatan Perlu" {Essential Service), Suruhanjaya komited dalam
memastikan keselamatan dan kesihatan Kakitangan serta kelangsungan

fungsi Suruhanjaya adalah selari dengan Akta-Akta berkaitan serta


arahan-arahan yang dikeluarkan oleh Kerajaan dan semasa ke semasa.

Justeru itu/ adalah menjadi satu keperiuan untuk seluruh warga

Suruhanjaya untuk mendapatkan vaksin untuk meminimumkan risiko


kebolehjangkitan virus di tempat kerja.

4, Rujukan utama di da!am pemakaian Pekeiiling ini adalah kepada Akta


Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan 1994, termasuk seksyen-

seksyen berikut:

4.1. Seksyen 15 - Kewajipan am majikan dan orang yang

bekerja sendiri kepada pekerja mereka.


Memperuntukkan mengenai kewajipan setiap majikan untuk
memastikan/ setakat yang praktik/ keselamatan/ kesihatan dan

kebajikan semasa bekerja semua pekerjanya.

Justeru itu/ Suruhanjaya mengambil pendekatan untuk

memastikan semua Kakitangan Suruhanjaya mengambil


Vaksinasi Covid-19 bagi mencapai maksud ini/ sebagai langkah
pencegahan/ meminimumkan risiko serfca membendung

penularan Penyakit Berjangkit di tempat kerja. Keperluan kepada


Vaksinasi lain juga akan dimaklumkan kelak mengikut keperluan
kepada keadaan semasa.

Muka surat 3 dari 17


4.2. Seksyen 16 - Kewajipan untuk membentuk dasar

keselamatan dan kesihatan.

Memperuntukkan mengenai kewajipan setiap majikan untuk


menyediakan dan seberapa kerap yang sesuai/ mengkaji semula,

pernyataan bertulis mengenai dasar amnya berkenaan dengan

keselamatan dan kesihatan pekerjanya semasa bekerja dan

organisasi, dan perkiraan yang sedang berkuat kuasa bagi

menjalankan dasar Etu/ dan membawa pernyataan dan apa-apa

kajian semulanya kepada perhatian kesemua pekerjanya,

Justeru itu/ Suruhanjaya mengambil pendekatan mengeluarkan

Pekeliling ini sebagai salah satu pernyataan bertulis mengenal


dasar am Suruhanjaya khusus mengenai kesihatan dan
keselamatan Kakitangan berhubung pengurusan kuarantin dan
Vaksinasi CovEd-19. Pekeliling ini juga hendaklah menjadi
rujukan utama Kakitangan berkenaan keperluan Vaksinasi
sebagai langkah pencegahan/ meminimumkan risiko serta

membendung penularan Penyakit Berjangkit di tempat kerja


untuk memastikan keselamatan/ kesihatan dan kebajikan
Kakitangan semasa bekerja serta mewujudkan persekitaran

kerja yang sihat dan selamat bagi Kakitangan.

Berdasarkan seksyen 19 Akta Keselamatan dan Kesihatan


Pekerjaan 1994, perlanggaran seksyen 15 dan 16 Akta
Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan 1994 mempakan suatu
kesalahan dan boleh apabila disabitkan, didenda tidak melebihi
RM50/000.00 atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi
dua tahun atau kedua-duanya.

Muka surat 4 dari 17


4.3. Seksyen 24 - Kewajipan am pekerja yang sedang bekerja.

Memperuntukkan mengenai keperluan pekerja untuk mematuhi


sebarang arahan atau pendekatan mengenai keselamatan dan

kesihatan pekerja yang teiah dikeluarkan oleh majikan masing-


masmg.

Justeru itu/ setiap Kakitangan perlu mematuhi apa-apa pekeliling

yang dikeluarkan o!eh Suruhanjaya berhubung keselamatan dan


keslhatan Kakitangan di tempat kerja.

Berdasarkan subseksyen 24(2) Akta Keselamatan dan


Kesihatan Pekerjaan 1994, kegagalan untuk mematuhi
seksyen 24 Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan 1994,
merupakan suatu kesalahan dan boleh/ apabila disabitkan,
didenda tidak melebihi RM1/000.00 atau dipenjarakan se!ama
tempoh tidak melebihi tiga bulan atau kedua-duanya.

5. Bagi maksud pemakaian Pekeliling ini/ berikut merupakan beberapa


terma penting yang digunakan:

5.1. "Kakitangan" bermaksud seseorang yang diambil berkhidmat

dan dibayar emolumen o!eh Suruhanjaya/ dan termasuklah

seseorang yang dipinjamkan kepada m^na-mana badan

berkanun lain atau mana-mana Kementerian/ jabatan atau

agensi Kerajaan Persekutuan atau mana-mana jabatan atau

agensi Kerajaan Negeri atau mana-mana syarikat yang dalamnya

Kerajaan Persekutuan atau Kerajaan Negeri mempunyai

Muka surat 5 dari 17


kepentingan, termasuk seseorang yang berkhidmat/bertugas di
premis Suruhanjaya di mana pembayaran emolumen bukan di

bawah Suruhanjaya.

5.2. "Suruhanjaya" bermaksud Suruhanjaya Komunikasi dan

Multimedia Malaysia (MCMC).

5.3. "Penyelia" bermaksud seseorang pegawai yang

bertanggungjawab bagi sesuatu


Sektor/Bahagian/Jabatan/Pejabat/Cawangan di Suruhanjaya
dan termasuklah mana-mana pegawai yang diberi kuasa secara

bertulis oleh Sumhanjaya untuk menjalankan fungsi-fungsi


seorang penyelia bagi apa-apa tempoh masa.

5.4. "Tindakan Tatatertib" bermaksud tindakan yang diambil

akibat perlanggaran tataterfcib mengikut Peraturan-Peraturan


Tatatertib Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia
2007.

5.5. "Penyakit Berjangkit" bermaksud apa-apa penyakit yang

digariskan dalam Jadual Pertama/ Akta Pencegahan dan

Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 serta memerlukan


Vaksinasi bagi tujuan pengawalannya.

5.6. "Vaksinasi" bermaksud pemasukan antigen atau antibodi

tertentu ke dalam tubuh manusia dengan tujuan memberikan


imuniti terhadap penyakit yang berkenaan.

Muka surat 6 dan 17


5.7. "MCMC OSH Committee" bermaksud Jawatankuasa

Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan Suruhanjaya yang


berfcanggungjawab ke atas polisi dan program berkaitan
Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan di Suruhanjaya.

5.8. "HRXS" bermaksud Sistem Maklumat Sumber Manysia

(Human Resource Information System) atas talian yang


digunakan oleh selumh Kakitangan Suruhanjaya untuk
transaksi-transaksi berkaitan dengan rekod maklumat peribadi/

cuti, kehadiran/ tuntutan manfaat dan sebagainya. Sistem HR

dalam talian yang digunakan buat masa ini adalah UHRConnect",

Sekiranya berlaku perfcukaran HRIS/ nama sistem barn

berkenaan adalah terpakai bagi maksud Pekeliling ini.

5.9. "Cuti Kuarantin" bermaksud peruntukan cuti yang dibenarkan

oleh Suruhanjaya seperti yang tertakluk di bawah klausa 5.11


di dalam Terma dan Syarat Perkhidmatan Suruhanjaya.

A. Tanggungjawab

6. Suruhanjaya adalah bertanggungjawab untuk melindungi semua


Kakitangan dan komuniti di mana pejabat Suruhanjaya beroperasi. Oleh
yang demikian/ adalah sangat penting untuk Suruhanjaya dan
Kakitangan mengambil semua langkah berjaga-jaga untuk meiindungi
diri daripada wabak Covid-19.

Muka surat 7 dari 17


7. Pekeliling ini ttdak menggantikan dasar atau amalan keselamatan

tempat kerja semasa berkaitan Covid-19 yang dikeluarkan oleh Pasukan


Pengurusan Krisis (CMT) atau Jabatan Pengurusan Risiko (RMD) (atau
mana-mana Bahagian/Jabatan yang berfcanggungjawab ke atas perihal

pengurusan krisis di Suruhanjaya). Pekeliling ini harus dibaca bersama


dengan polisi dan prosedur keselamatan lain yang relevan yang

ditetapkan atau dikeluarkan oleh Suruhanjaya melalui Jabatan atau


jawatankuasa yang diperfcanggungjawabkan.

8. Semua Kakitangan adalah diminta untuk melengkapkan Vaksinasi yang


ditetapkan atau digariskan oleh Kerajaan melalui pengambilan vaksin di
pusat Vaksinasi awam atau melalui program Vaksinasl yang diatur oleh

Suruhanjaya.

9. Semua Kakitangan wajib mematuhi SOP Covid-19 yang telah ditetapkan


walaupun setelah divaksinasi sepenuhnya.

10. Semua Kakitangan hendaklah memberikan Sijil Digital Vaksinasi Covid-


19 mereka setelah menerima dos lengkap vaksin Covid-19 sekiranya

diminta oleh Suruhanjaya. Semua maklumat yang diberikan adalah


dikawalselia di bawah Akta Perlindungan Data Peribadi 2010.

11. Kakitangan perlu mendaftar pengambilan Vaksinasi dengan kadar


segera dan tidak melengah-lengahkan temujanji Vaksinasi. Kakitangan
boleh dikenakan Tindakan Tatatertib sekiranya sengaja melengah-
lengahkan pendaftaran dan pengambilan Vaksinasi sehingga
menyebabkan kemudaratan kepada Kakitangan lain atau menyebabkan
operasi Suruhanjaya tergendala.

Muka surat 8 dari 17


12. Kakitangan perlu melaporkan kepada Penyelia dan jabatan yang
dipertanggungjawabkan di Suruhanjaya yang mengendalikan risiko
kesihatan sekiranya dijangkiti Penyakit Berjangkit sesegera yang
mungkln.

13. Penyelia perlu memantau dan menasihatkan Kakitangan di bawah


seliaan masing-masing untuk mendaftar dan mendapatkan Vakslnasi

dengan kadarsegera.

14. Kakitangan juga perlu melaporkan status Vaksinasi semasa sekiranya


diarahkan oleh Penyelia atau Suruhanjaya bagi tujuan perancangan
operasi dan penyimpanan rekod.

B. Cuti Vaksinasi (Cuti Tanpa Rekod)

15, Sebagai tanda sokongan kepada Program Imunisasi Nasional/ pihak

Suruhanjaya membenarkan kakitangan yang menerima Vaksinasi

menuntut cuti tanpa rekod 0.5 hari bagi temujanji suntikan setiap dos.

Permohonan cut! tersebut hendaklah dibuat melalui sistem atas talian

HRIS iaitu HRConnect dengan mengemukakan salinan temujanji


MySejahtera dengan kadar segera.

16. Sekiranya pihak Kerajaan memberi mandat untuk mendapatkan


suntikan dos tambahan atau booster, maka pemakaian cuti tanpa rekod

0.5 hari juga dibenarkan untuk tujuan tersebut.

17, Kakitangan hendaklah memaklumkan kepada Penyeiia mengenai


temujanji dan permohonan cuti tanpa rekod tersebut.

Muka surat 9 dan 17


18. Cuti tanpa rekod bagi tujuan Vaksinasi Covid-19 ini hanya terpakai
sekiranya tarikh temujanji Kakitangan jatuh pada hari bekerja.
Manakala sekiranya tarikh temujanji adaiah pada hari cufci rehat atau
cuti kelepasan am atau semasa dalam tempoh cuti sakit/kemasukan ke

hospital/ tiada cut! gantian diberikan kepada Kakitangan.

C. Cuti Kuarantin Disebabkan Covid-19

19. Pihak Suruhanjaya membenarkan Cuti Kuarantin disebabkan Covid-19


seperti berikut:

Kakitangan yang 1. Kakitangan dibenarkan menggunapakai


disahkan Positif Cuti Kuarantin (Quarantine for Medical
Covid-19 Reason).

2. Kakitangan perlu melampirkan surat rasmi

arahan kuaranfcin yang dikeluarkan o!eh


pihak Kementerian Kesihatan Malaysia
(UKKMT) atau laporan melalui MySejahtera
sekiranya diarahkan kuarantin kendirl d)
rumah.

3. Kakitangan perlu memaklumkan berkenaan

kes mereka kepada Jabatan Pengurusan

Risiko (atau mana-mana Bahagian/Jabatan

yang bertanggungjawab ke atas perihal


pengumsan krisis di Suruhanjaya) dengan
kadar segera (iaitu pada hari Kakitangan
disahkan positif).

Muka surat 10 dari 17


Kakitangan sebagai 1. Kakitangan perlu memaklumkan berkenaan

kontak rapat klasifikasi mereka sebagai kontak rapat


kepada orang yang kepada orang yang disahkan Positif Covid"
disahkan Positif 19 kepada Jabatan Pengurusan Risiko (atau
Covid-19 mana-mana Bahagian/Jabatan yang

bertanggungjawab ke atas perihal


pengurusan krisis di Suruhanjaya) dengan
kadar segera (iaitu pada hari Kakitangan
diisytlharkan sebagai kontak rapat daripada
mana-mana indivldu/agensi).

2. Kakitangan yang tidak mendapat surat

rasmi arahan kuarantin yang dikeluarkan

oleh pihak KKM perlu memohon "bekerja


dari rumah" di sepanjang tempoh kuarantin

yang dibenarkan oleh Jabatan Pengurusan


RJsiko (atau mana-mana Bahagian/Jabatan

yang berfcanggungjawab ke atas perihal


pengurusan krisis di Suruhanjaya).

D. Kesihatan Selepas Divaksinasi

20. Di dalam keadaan di mana Kakitangan mengalami kesan sampingan

selepas mendapatkan Vaksinasi Covid-19/ Kakitangan hendaklah


mendapat rawatan perubatan daripada pengamal perubatan dari panel
klinik/hospital berdaftar untuk mendapatkan cuti sakit.

Muka surat 11 dari 17


21. Manakala sekiranya Kaklfcangan perlu dimasukkan ke hospital
disebabkan oleh kesan sampingan selepas mendapatkan Vaksinasi

Covid-19/ Kakitangan layak menggunapakai kemudahan perubatan


kemasukan ke hospital dan cuti kemasukan ke hospital.

E. Pengecualian Dari Vaksinasi Covid-19

22. Semua Kakitangan periu mendapatkan Vaksinasi di bawah Program


Imunisasi Nasional COVID-19.

23. Kakitangan yang mempunyai masalah kesihatan yang tidak


membolehkan pengambilan vaksin mestilah memberikan
iaporan/surat sokongan dari pengamal perubatan yang berdaftar. Pihak

Suruhanjaya berhak memilih untuk meminta keadaan perubatan


Kakitangan diperiksa oleh doktor panel Suruhanjaya atau mana-mana

pengamai perubatan yang dilantik.

24. Kakitangan yang tidak layak untuk diberi vaksin WA3XB menjalani
ujian Antigen Covid-19 Real Time Kinematic (nRTK//) atau Polymerase

Chain Reaction (nPCR") secara mingguan/ sama ada Kakitangan hadir

atau tidak hadir ke pejabat/ dan boleh membuat tuntutan melalui


manfaat perubatan pesakit luar Suruhanjaya. Salinan laporan tersebut

perlu diserahkan kepada Bahagian Modal Insan (atau mana-mana

Bahagian/Jabatan yang berfcanggungjawab ke atas perihal modal insan


di Suruhanjaya) dan Jabatan Pengurusan Risiko (atau mana-mana

Bahagian/Jabatan yang bertanggungjawab ke atas perihal pengurusan


krisis di Suruhanjaya) setiap hari Isnin.

Muka surat 12 dari 17


25. Kakitangan yang enggan divaksin WAJIB menjalani ujian Antigen
Covid-19 RTK atau PCR secara mingguan/ sama ada Kakitangan hadir
atau tidak hadir ke pejabat/ dengan kos ditanggung sendiri di klinik
yang dilantik oleh Suruhanjaya. Salinan laporan tersebut perlu

diserahkan kepada Bahagian Modal Insan (atau mana-mana

Bahagian/Jabatan yang bertanggungjawab ke afcas perihal modal insan


di Sumhanjaya) dan Jabatan Pengurusan Risiko (atau mana-mana
Bahagian/Jabatan yang berfcanggungjawab ke atas perihal pengurusan
krisis di Suruhanjaya) setiap hari Isnin.

26. Sebagai langkah untuk memastikan keseiamatan/ kesihatan dan

kebajikan Kakitangan semasa bekerja serfca mewujudkan persekitaran


kerja yang sihat dan selamat bagi Kakitangan di Suruhanjaya secara
keseluruhannya/ mana-mana Kakitangan yang gagal menjalani ujian

Covid-19 secara mingguan seperti yang dinyatakan di perenggan 25


atau 26 di atas adalah dilarang untuk memasuki premis Suruhanjaya
dan akan dianggap tidak hadir untuk bertugas tanpa kebenaran.

27. Semua Kakitangan baru perlu mendapatkan Vaksinasi di bawah

Program Imunisasi Nasiona! dalam tempoh tiga (3) buian daripada


tarikh lapor diri di Suruhanjaya.

28. Sekiranya Kakitangan telah diberi vaksin sebelum lapor diri atau berjaya
menyempurnakan Vaksinasi mereka sebelum berakhirnya tempoh yang
diberikan di afcas/ Kakitangan tersebut hendaklah memberikan salinan
sijil digital Vaksinasi COVID-19 mereka kepada Bahagian Modal Insan
(atau mana-mana Bahagian/Jabatan yang bertanggungjawab ke atas
perihal modal insan di Suruhanjaya).

Muka surat 13 dari 17


29. Kegagalan untuk menyelesaikan Vaksinasi seperti yang dinyatakan di
perenggan 28 di atas akan mengakibatkan perkhidmatan Kakitangan
ditamatkan selepas berakhirnya tempoh yang diberikan di atas/ atau
selepas tamat tempoh percubaan {probation), yang mana yang lebih
lambat.

G. Pematuhan Mandatori Langkah Keselamatan dan Kesihatan

30. Semua Kakitangan wajib mematuhi dasar dan garis panduan


keselamatan dan kesihafcan yang ditetapkan oleh Suruhanjaya walaupun
telah diberi dos vaksin lengkap.

31. Semua Kakitangan dikehendaki melakukan pemeriksaan suhu badan

yang terietak di pintu masuk premis Suruhanjaya sebelum memasuki


ruang premis. Mana-mana individu yang mempunyai suhu badan 37.5

atau iebih tinggi adalah tidak dibenarkan memasuki ruang tempat kerja.
Laporkan kepada Suruhanjayajika suhu badan keka! pada 37.5 ke atas
dan segera dapatkan rawatan di panel klinik/hospita! atau fasiliti
Kerajaan yang terdekat.

32. Sebelum mengimbas MySejahtera QR Code di pintu masuk premis


Suruhanjaya/ semua Kakitangan diminta unfcuk mengemaskini status

COVID-19 di dalam aplikasi MySejahtera untuk mengenalpasti


klasifikasi kesihatan mereka dan untuk tujuan pengesanan kontak.
(contoh: risiko rendah, kontak kasual, kontak rapat/ orang yang

dibawah pengawasan, kes disyaki/ kes yang disahkan).

Muka surat 14 dari 17


33. Semua Kakitangan diwajibkan memakai topeng muka seperti yang
digariskan oleh KKM/ dan digalakkan memakai topeng muka berganda/
dan menggunakan sanitasi tangan yang tefah disediakan di ruangan
tempat kerja.

34. Semua Kakitangan dikehendaki mematuhi penjarakan fizikal dengan


ketat (jarak minimum satu (1) meter). Pematuhan jarak fizikal terpakai
diseluruh tempat kerja seperti lobi/ lif/ ruang mesyuarat/ pusat

pengurusan sumber pengetahuan, pantri/ ruang solat/ ruang rehat/

tandas dan/atau lokasi iain yang ditentukan di dalam premis


Suruhanjaya.

35. Elakkan berjabat tangan dan berkongsi makanan. Kakitangan


digalakkan untuk menggunakan barang-barang peribadi untuk solat
(seperti tikar sembahyang dan kain telekung bagi Kakitangan wanita).

36. Kakitangan digalakkan untuk melakukan perjumpaan secara maya dan


hanya mempertimbangkan pertemuan fizikal jika diperiukan/ namun/

mengikutl SOP yang ditetapkan.

37. Pihak Suruhanjaya akan sentiasa mematuhi dengan ketat semua SOP

Covid-19 yang telah ditetapkan oleh Kerajaan serta undang-undang

yang relevan termasuklah Akta Keselamatan dan Kesihatan


Pekerjaan 1994.

Muka surat 15 dari 17


KAWALAN TATATERTIB

38, Pekeliling ini adalah terpakai kepada semua Kakitangan Suruhanjaya,


Kegagalan untuk mematuhi prosedur yang digariskan di dalam
Pekeliling ini boleh mengakibatkan Kakitangan dikenakan tindakan
tatatertib di bawah Peraturan-Peraturan Tatatertib Suruhanjaya

Komunikasi dan Multimedia Malaysia 2007.

39. Kakitangan yang gagal/enggan untuk mendapatkan Vaksinasi dan tidak


melaksanakan arahan ujian saringan {swab test) seperti yang

diarahkan tanpa sebab yang munasabah dan mendatangkan

kemudaratan kepada rakan sekerja serta pihak berkepentingan lain

dengan Suruhanjaya juga boleh dianggap sebagai melanggar


peruntukan di dalam Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan
1994 dan boleh dikenakan tindakan tatatertib di bawah Peraturan-
Peraturan Tatatertib Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia
Malaysia 2007.

40. Penyelia adalah bertanggungjawab untuk m'enjalankan tugas kawalan

dan pengawasan tatatertib ke atas Kakitangan di bawah seliaan masing-

masing seperti yang tertakluk di bawah Peraturan 4, Peraturan-

Peraturan Tatatertib Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia


Malaysia.

RUJUKAN

41. Sebarang pertanyaan mengenai Pekeliling ini hendaklah dimjuk kepada


Jawatankuasa Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan Suruhanjaya

(MCMC OSH Committee) melalui emel osh.secretariat(amcmc,qov.mv

Muka surat 16 dari 17


PENGUATKUASAAN

42, Pekeliling ini adalah berkuatkuasa dengan serta-merta.

43. Pekeliling ini boleh dirujuk bagi kes-kes lain yang setara di masa-masa

akan datang.

44. Pekeliling ini akan dikaji dan disemak semula agar sesuai dengan SOP
yang diperbaharui oleh pihak Kerajaan.

45. Pihak Sumhanjaya berhak untuk menyemak atau menarik balik


Pekeiiling ini apabila dianggap perlu. Sebarang semakan semula
Pekeliling ini akan disampaikan kepada semua Kakitangan pada waktu
yang dirasakan perlu.

DR. FADHLULLAH SUHAIMI ABDUL MALEK


Pengerusi

Tarikh: ^5 ,10 f^/

Muka surat 17 dan 17

You might also like