BPP2019-0568 Hess Test 3

You might also like

Download as pdf or txt
Download as pdf or txt
You are on page 1of 8

PENGENALAN

Ujian hess atau Torniquet Test dan juga dikenali sebagai Rumpel - Leede Test ialah satu
ujian yang dijalankan menggunakan sphygmomanometer untuk mengesan pendarahan di
bawah kulit (petechiae).Petechiae merupakan bintik bintik kecil, pipih dan berwarna merah
tua yang boleh dikesan di permukaan kulit yang disebabkan oleh pendarahan di bawah kulit
atau di bawah membran mukus.

Tujuan ujian ini dilakukan ialah untuk mengesan keadaan keadaan yang berkaitan dengan
pendarahan di bawah kulit. Ujian hess ini akan menjadi positif sekiranya terdapat lebih
daripada 20 bintik petechiae di dalam bulatan 5 sentimeter diameter manakala ujian hess
akan negatif jika tiada atau kurang daripada 5 bintik petechiae di dalam bulatan lebih kurang
5 sentimeter diameter.

Ujian hess ini biasanya dilakukan kepada orang yang mempunyai simptom demam denggi
atau denggi berdarah, golongan yang mempunyai thrombositopenia iaitu keadaan di mana
seseorang itu mempunyai jumlah platelet yang rendah. Selain itu, ujian hess juga biasanya
dilakukan kepada pesakit yang mempunyai simptom skurvi.
PENCARIAN LITERATURE

Menurut Metz CE(1978), sesungguhnya, hasil kajian mereka menunjukkan bahawa


Torniquet Test adalah ujian diagnostik yang agak buruk untuk denggi yang teruk.Ketika
dinilai dengan analisis ROC, AUC rendah (< 0.70) menunjukkan bahawa Torniquet Test
sebagai ujian terpencil dan dibandingkan dengan ELISA, harus diklasifikasikan sebagai
ujian agak buruk. Kesimpulannya, Torniquet Test adalah satu ujian yang tidak begitu tepat
untuk mendiagnos denggi.

Menurut World Health Organization(2009), diagnosis denggi sangat mencabar kerana


gejalanya tidak spesifik dan biasa untuk banyak jangkitan lain terutamanya malaria dan
jangkitan arboviral lain. Untuk membantu diagnosis, terutama pada fasa awal, akut, demam
yang mungkin berlangsung 2 hingga 7 hari setelah demam, WHO mengesyorkan
penggunaan Torniquet Test untuk menyokong pembuatan keputusan diagnostik. Ujian ini
dapat membantu dalam mendapatkan diagnosis kerana kebanyakkan penyakit mempunyai
simptom yang lebih kurang sama.

Menurut Alice Costa Antunes et al.(2013), torniquet test positif boleh menjadi alat yang
menyokong diagnosis denggi di mana tiada ujian makmal yang dapat dijalankan. Walau
bagaimanapun, ketiadaan ujian positif tidak boleh dibaca kerana ketiadaan jangkitan. Selain
itu, torniquet test ditunjukkan sebagai petunjuk keparahan denggi.

Kesimpulannya, ujian hess atau torniquet test boleh digunakan namun ketepatan
keputusan yang diterima boleh menjadi tidak begitu tepat dan perlu menjalankan beberapa
ujian yang lain seperti ELISA.
PERBINCANGAN

TANGGUNGJAWAB SEBELUM MELAKUKAN UJIAN HESS :


1. Sediakan peralatan yang diperlukan sebelum melakukan ujian hess
2. Pastikan peralatan yang hendak digunakan dalam keadaan bersih dan selamat
3. Memberikan penerangan kepada pesakit mengenai prosedur supaya pesakit dapat
memberikan kerjasama
4. Arahkan pesakit supaya mendedahkan bahagian yang hendak dijalankan ujian
5. Pastikan pesakit berada dalam keadaan baring atau duduk

TANGGUNGJAWAB SEMASA MELAKUKAN UJIAN HESS:


1. Letakkan sphygmomanometer separas dengan lengan yang hendak dilakukan ujian
2. Pasangkan kuf tidak terlalu ketat dan tidak terlalu longgar
3. Kuf mestilah 2.5 sentimeter dari fossa kubital
4. Lepaskan kuf dengan perlahan untuk mendapatkan bacaan sistolik dan diastolik.
Tambahkan kedua dua bacaan dan bahagi dua.
5. Periksa kehadiran petechiae

TANGGUNGJAWAB SELEPAS MELAKUKAN UJIAN HESS:


1. Memberitahu pesakit akan keputusan ujian hess sama ada positif atau negatif
2. Selesakan pesakit
3. Kemaskan peralatan
4. Ucapkan terima kasih kerana memberikan kerjasama
5. Dokumentasi dan rujuk kepada doktor jika terdapat abnormal
PROSEDUR

1. Beri salam dan terangkan prosedur kepada pesakit


2. Sediakan peralatan dan dedahkan bahagian lengan yang hendak dipasang kuff
3. Letakkan set sphygmomanometer sama paras dengan lengan tangan pesakit
4. Pasangkan kuff di tangan pesakit dengan tidak terlalu ketat dan tidak terlalu longgar
5. Kembangkan kutf dengan pam sehingga paras raksa mencecah 200mmHg dan lepaskan
kuff perlahan lahan untuk mendapatkan bacaan sistolik dan diastolik
6. Setelah mendapat bacan sistolik dan diastolik, bacaan tersebut akan ditambah kemudian
dibahagi dua. Contohnya tekanan pesakit 120mmHg + 80 mmHg = 200mmHg. 200mmHg
dibahagi kepada 2 menjadi 100mmHg.
7. Campurkan 100mmHg dengan 10mmHg bersamaan 110mmHg ( tekanan ini yang akan
digunakan untuk mengepam kuff semasa ujian hess)
8. Pam sphygmomanometer sehingga 110mmHg dan biarkan selama 5 minit.Setelah 5 minit
deflate kan kuff dan lihat jika terdapat sebarang petechiae
9. Beritahu pesakit tentang keputusannya dan ucapkan terima kasih
10. Dokumentasi dan kemaskan peralatan
RUMUSAN

Kesimpulannya ,ujian hess, torniquet test atau rumpel leede test merupakan satu ujian yang
digunakan secara meluas ketika tiadanya makmal. Ujian ini digunakan secara meluas untuk
mengesan penyakit denggi atau penyakit yang berkaitan dengan platelet rendah. Namun
ketepatan keputusan yang diperolehi daripada ujian ini tidak begitu tepat berbanding
dengan ujian makmal. Disebabkan oleh itu, ujian ini tidak lagi digunakan secara meluas
kecuali di tempat yang masih tidak mempunyai kemudahan seperti makmal untuk
menganalisis sampel.
SUMBER RUJUKAN

1. Atunes A, Oliveira G, Nunes L, Guedes Filho L, Prado R,et al.(2013), Evaluation of the
diagnostic value of the torniquet test in predicting severe dengue cases in a population from
Belo Horizonte, State of Minas Gerais, Brazil

2. Grande,A.J, Reid,H.,Thomas,E.,Foster,C.,&Darton T.C.(2016). Torniquet test for dengue


diagnosis:Systematic review and meta- analysis of diagnostic test accuracy.PLOS
Neglected Tropical Diseases,10(8). https://doi.org/10.371/journal.pntd.0004888

3. Metz CE(1978), Basic Principles of ROC analysis. Semin Nucl Med

4. Nasrullah,M.(2016).Ujian hess. Retrieved from https://www.slideshare.net/nassruto/ujian-


hess

5. (WHO).WHO (2009)Dengue: Guildelines for Diagnosis , Treatment,Prevention and


Control:WHO 2009
LAMPIRAN

You might also like