Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 8

Pengenalan

Aktiviti Pembinaan merupakan satu cabang industri yang penting di Malaysia secara khususnya
kerana negara kita merupakan negara membangun dan seiring dengan dasar kerajaan
menjadikan negara Malaysia terus membangun secara mampan seiring dengan
pengagihan ekonomi yang adil, saksama dan inklusif pada semua peringkat kumpulan
etnik, wilayah dan rantaian bekalan selaras dengan dasar Wawasan Kemakmuran
Bersama 2030 dan kearah menuju kepada sebuah negara yang maju. Hasil daripada aktiviti
pembangunan pesat yang melibatkan industri pembinaan ini menyebabkan terhasil sisa binaan
yang menyumbang kepada pencemaran kepada alam sekitar. Menurut hasil kajian, sisa fizikal
menjadi penyumbang besar kepada sebahagian tapak pelupusan dan kajian menunjukkan bahawa
hamper 26% tapak pelupusan adalah dipenuhi sisa binaan (Bossink and Brouwers, 1996).
Industri pembinaan menghasilkan jumlah besar bahan buangan, iaitu kira-kira empat kali
daripada sisa yang terhasil daripada rumah dan lebih 50% dibuang di tapak pelupusan (Hwang &
Yeo 2011). Di dalam akhbar-akhbar kita seringkali disajikan dengan berita tentang pencemaran
yang berlaku di dalam negara contoh seperti yang dilaporkan di dalam akhbar Sinar Harian 05
Januari 2022 “Sisa kilang Bahan Binaan Punca Punca Pencemaran Sungai Selangor”.
Akhbar tersebut melaporkan bahawa kilang bahan binaan tersebut telah menyebabkan
tumpahan minyak berkapasiti 205 liter yang mengalir ke longkang dan seterusnya di bawa
ke Sungai Selangor dan memberi kesan kepada sumber air mentah.

Data Analisa

Kaedah kajian yang digunakan melalui temubual kepada dua kategori responden iaitu seorang
merupakan Pegawai Jabatan Alam Sekitar (JAS) dan Empat Individu wakil daripada syarikat
pembinaan.
Faktor utama yang menyumbang kepada pencemaran alam sekitar

Jabatan Alam Sekitar berpendapat aktiviti pembangunan dan pembinaan bukanlah faktor utama
yang menyumbang kepada pencemaran alam sekitar kerana banyak punca-punca lain yang pihak
Jabatan Alam Sekitar kenalpasti yang menjadi penyumbang utama kepada pencemaran alam
sekitar. Walaubagaimanapun, aktiviti pembinaan masih lagi menjadi salah satu punca tetap
kepada punca pencemaran.

Pembuangan sisa pembinaan di tempat pembuangan sampah haram

Secara umumnya pembuangan sampah haram ini berlaku di kawasan yang agak terpencil dan
pihak pemaju ingin mengurangkan kos pelupusan yang telah ditetapkan atau kelulusan yang
dibenarkan. Jadi kemungkinan disebabkan ini pemaju atau kontraktor membuat pembuangan
secara haram dia kawasan-kawasan yang lebih terpencil. Pihak Jabatan Alam Sekitar telah
melakukan pemantauan dan rondaan untung mengurang perkara ini berlaku tetapi masih ada
kawasan yang agak sukar untuk pihak Jabatan Alam Sekitar melakukan rondaan.

Pembuangan sisa pembinaan di tempat pembuangan sampah haram masih terjadi sehingga kini
tetapi tidak disemua tempat terdapat tempat pembuangan sampah haram contohnya di negeri
Perlis, Jabatan Alam Sekitar Perlis telah membuat pemantaun dan mendapati tidak ada kerana
pemaju atau kontraktor di Perlis yang melakukan pembuangan sisa binaan di tempat haram
kerana memang tahu bahawa di mana kawasan pembuangan yang patut dilupuskan seperti sisa-
sisa dari binaan dan sebagainya.

Pembakaran sisa binaan secara terbuka

Masih terdapat pembakaran sisa binaan secara terbuka sepertimana pemantauan Jabatan Alam
Sekitar dan lawatan secara berkala serta secara rondaan maknanya pihak Jabatan Alam Sekitar
membuat rondaan secara mengejut jadi yang ini memang Jabatan Alam Sekitar boleh kesan ada
berlaku juga di Perlis dan pihak Jabatan Alam Sekitar rasa di tempat-tempat lain juga banyak
yang berlaku dimana pembakaran sisa binaan secara terbuka dan biasanya pihak Jabatan Alam
Sekitar akan terus kenakan kompaun kepada pemaju atau kontraktor jika dapat kenal pasti awal.

Aduan daripada orang awam akibat pencemaran alam sekitar yang berpunca daripada
aktiviti pembinaan

Jabatan Alam Sekitar juga seringkali menerima aduan orang awam berkaitan pencemaran alam
sekitar sekiranya terdapat aktiviti pembinaan. Aduan berkaitan pencemaran udara seperti habuk
dan asap seringkali diterima terutamanya Ketika aktiviti awal pembinaan seperti kerja-kerja
tanah.

Jenis pencemaran yang berulang kali berlaku akibat aktiviti pembinaan

Biasanya kalau umtuk aktiviti pembinaan ini lebih kepada kawasan kelodakan tanah sebab jika
tidak dikendalikan dan diselenggara dengan baik dan apabila setiap kali hujan ia akan
menyebabkan kelodakan itu terus ke dalam sungai yang terdekat. Selain daripada itu, pihak
Jabatan Alam Sekitar juga melihat pencemaran berkenaan dengan debu dan habuk memang agak
tinggi.

Kesan jangka panjang akibat pencemaran yang dilakukan

Jika pencemaran yang melibatkan contohnya kelodakan tanah dan sebagainya sebenarnya
efeknya kepada sungai kita dan sungai ni adalah sumber minuman kita. Jika projek-projek
pembinaan biasanya lebih kepada kawalan produk maknanya ia akan mencemarkan air sungai
selepas itu pada masa pemaju atau kontarktor melakukan kerja pembinaan kadang kala ia berlaku
juga debu yang tidak terkawal walhal pihak Jabatan Alam Sekitar telah memberi peringatan agar
memasang penyembur di jalan dan mereka tidak melakukan jadi ia akan efek kepada kesihatan
orang ramai. Tambahan pula, kawasan itu berdekatan dengan kawasan yang perumahan yang ini
akan memberikan kesan kepada orang ramai dan kawasan persekitaran jadi pihak Jabatan Alam
Sekitar juga ada mendapat kes-kes yang tapak-tapak bina tidak membuat kawalan untuk debu
lagi-lagi jika musim panas jadi debu akan berlaku apbila lori selalu keluar masuk. Jadi ini akan
menjejaskan kesihatan orang ramai secara tidak langsung penduduk akan rasa tisak selesa dan
memang banyak kesan kepada orang ramai walaupun projek hanya sekejap tetapi kesannya
berpanjangan.

Kesan daripada aktiviti pembinaan ini menyebabkan berlakunya pencemaran alam


sekitar?

Setuju, kerana perkara ini memang boleh menyebabkan pencemaran sekiranya tidak dikawal
dengan baik tetapi sekiranya dari awal sudah diambil langkah kawalan seperti EMP yang telah
disediakan maka tidak akan menyebabkan pencemaran tetapi jika tidak dikawal ia boleh
menyebabkan pencemaran yang agak besar kepada alam sekitar.

Kadar denda bagi kesalahan bagi aktiviti pencemaran adalah terlalu rendah?

Pihak Jabatan Alam Sekitar tidak tahu sama ada untuk setuju ataupun tidak, mungkin jika
kompaun tu mungkin terlalu rendah kerana kompaun hanya RM2000 jadi mungkin syarikat-
syarikat merasakan RM2000 hanya murah. Tetapi disebabkan hukuman penalti pihak JAS bawah
syeksen 34( a)jika projek pembinaan dan hukuman mahkamah boleh mencecah RM500 000 atau
penjara 5 tahun.

Kekurangan anggota penguatkuasa menyebabkan pemantauan kurang berkesan

Terdapat kekurangan kakitangan penguatkuasa di dalam Jabatan Alam Sekitar. Jumlah pegawai
penguatkuasa tidak mencecah 1000 orang untuk satu Malaysia. Kekurangan kakitangan
penguatkuasa ini memberi kesan kepada aktiviti pemantauan dan penguatkuasan. Contohnya
industri di Selangor dan Johor cecah sehingga puluh ribu premis yang direkod dan yang luar dari
rekod mungkin banyak lagi. Jadi, dengan bilangan pegawai yang berkurang seperti di Selangor
tidak sampai 100 orang pegawai mungkin dalam 70 hingga 80 orang sahaja pegawai
penguatkuasa. Memang pihak JAS tidak mampu walaupun kami ada guna teknologi seperti
drone dan sebagainya tetapi pegawai-pegawai JAS memang kekurangan pegawai untuk dapat
memantau ke kawasan-kawasan yang berlakunya pencemaran lagi-lagi kawasan tapak bina yang
berskala besar ni dan agak luas.

Terdapat industri lain yang menyumbang kepada pencemaran alam sekitar

Aktiviti pencemaran ini bukan dari industri pembinaan sahaja antara aktiviti lain yang boleh
menyumbang kepada pencemaran seperti industri perkilangan, pelepasan asap daripada
kenderaan bermotor, sisa domestik dan kumbahan ini semua antara factor-faktor kepada
pencemaran alam sekitar tetapi sebenarnya penyumbang utama pada saya tapak bina adalah
antara pemyumbang tetapi bukan penyumbang utama. Boleh dikatakan bahawa industri
perkilangan adalah penyumbang utama.

Pengetahuan Berkaitan AKTA Kualiti Alam Sekeliling (AKAS) 1974

Pihak kontraktor mengetahui dan memahami tentang AKTA AKAS 1974 di mana ia digubal
bagi mencegah dan menghapus pencemaran dan bertujuan memelihara alam sekitar. AKAS 1974
juga sebagai panduan pengurusan alam sekitar bagi menghalang pencemaran dari punca tetap di
dalam menjaga kualiti alam sekitar. Pihak kontraktor faham berkenaan dengan Akta AKAS dan
mendapat nasihat daripada Pegawai Alam Sekitar yang dilantik.

Kawalan sisa berjadual di tapakk pembinaan oleh kontraktor

Pihak kontraktor telah menyediakan tempat bagi mengumpul sisa berjadual di tapak bina seperti
di dalam garis panduan sisa buangan berjadual 2005. Contoh sisa berjadual yang terdapat ditapak
adalah minyak hitam. Tempoh simpanan minyak hitam adalah 180 hari daripada ianya terhasil.
Kontraktor akan menyediakan Pelan Pengurusan Alam Sekitar (EMP) pada awal projek seperti
pengambilan sampel, ujian bagi sisa berjadual. Minyak hitam tersebut akan dilupuskan atau
diguna semula seperti untuk disapu di permukaan papan acuan. Bagi pelupusan minyak tersebut,
terdapat tempat pelupusan di bawah pengurusan Perbadangan Pengurusan Sisa Pepejal dan
Pembersihan Awam (SWCorp) di kawasan yang telah disediakan dan terdapat kos untuk
pelupusan sisa-sisa tersebut mengikut kategori.

Aktiviti pembakaran terbuka bagi sisa pembinaan

Kontraktor menjelaskan bahawa aktiviti pembakaran terbuka tidak dilaksanakan di tapak kerana
Pegawai Alam Sekitara Tapak (EO) akan sentiasa membuat pemantauan kepada aktiviti di dalam
tapak pembinaan dan kontraktor telah mempunyai kesedaran dengan tidak membenarkan pekerja
melaksanakan pembakaran terbuka. Pihak Jabatan Alam Sekitar sentiasa melaksanakan
pemantauan yang ketat seperti pengunaan drone dan peralatan untuk mengesan titik panas.

Lokasi tempat pembuangan sisa binaan dilupuskan

Sisa binaan telah diasingkan untuk dilupuskan atau digunakan semula. Sisa binaan akan dihantar
ke tempat perlupusan yang diuruskan oleh SWCORP dan perlu mengeluarkan kos yang
dikenakan untuk tujuan perlupusan. Selaian itu, terdapat juga sisa binaan yang dibeli oleh
penduduk setempat seperti batu bata, sisa konkrit untuk digunakan semula.

Amalan aktiviti kitar semula

Pihak kontraktor melaksanakan akitviti kitar semula seperti besi dan kayu. Terdapat pihak yang
akan membeli kayu-kayu palet dan keertas-kertas terpakai akan dijual untuk dikitar semula.

Kawalan sisa berjadual ke saliran longkang atau sungai, aktiviti pembakaran terbuka, dan
kawalan udara/habuk
Pihak kontraktor menjelaskan bahawa setiap aktiviti pembinaan akan terdapat pencemaran tetapi
mereka berusaha untuk mengawal pencemaran sebaik yang mungkin dengan melantik firma
konsultan alam sekitar bagi bagi pemantaun alam sekitar untuk lima (5) jenis kategori
pemantauan iaitu kualiti air, kualtiti udara, bunyi bising, getaran dan perangkap kelodak. Contoh
untuk peringkat awal pembinaan, kontraktor menyediakan pelan pengurusan perangkap kelodak
untuk memastikan hakisan dan mendapan tanah dapat dielakan. Bagi kawalan udara dan habuk,
pihak kontraktor menyediakan water browser dan water jet untuk mengawal habuk.

kesan pencemaran akan dirasai dalam jangka masa yang panjang

Pihak kontraktor berpendapat bahawa kesan jangka panjang akan dirasai pada masa akan datang
dan semua pihak perlu bersama-sama untuk mengawal pencemaran bukan hanya diletak di
bawah pihak kontraktor sahaja.

Peruntukan di dalam kontrak pembinaan bagi mengawal pencemaran alam sekitar

Di dalam kontrak hanya diperuntukkan kos pemantauan dan perlantikan EO sahaja. Bagi kos
perlupusan, ianya terpaksa ditanggung oleh pihak kontraktor sendiri.

Pelantikan perunding alam sekitar bagi membantu mengawal pencemaran

Kontraktor perlu melantik perunding sepertimana yang termaktub di dalam kontrak. Perunding
akan membantu memberi nasihat berkaitan pengurusan alam sekitar dan undang-undang
berkaitan. Kontraktor juga melantik auditor luar bagi melaksanakan audit alam sekitar.

Pihak kontraktor berpendapat pencemaran bukannya datang daripada satu industri sahaja,
industri-industri lain yang turut terlibat adalah seperti perkilangan dan industry kecil seperti
kedai-kedai makan yang tidak terkawal. Punca pencemaran air kebanyakan daripada kedai-kedai
makan yang tidak mematuhi garispanduan daripada pihak JAS.

Pandangan kontraktor tentang pemantaun dan peraturan Jabatan Alam Sekitar


Kontraktor berpendapat JAS cuma memantau di sektor pembinaan dan kilang tetapi kurang
memantau industri kecil seperti kedai makan dan individu-individu yang kurang kesedaran
seperti melakukan aktiviti pembakaran terbuka di Kawasan-kawasan persendirian terutamanya di
kampung-kampung. Pihak kontraktor berpendapat bahawa program kesedaran perlu diberikan
dan disampaikan kepada semua peringkat masyarakat.

https://www.astroawani.com/berita-malaysia/ekve-nafi-dakwaan-peka-pembinaan-lebuh-raya-punca-pencemaran-
161538

https://www.researchgate.net/publication/
258224304_Faktor_Penjanaan_Sisa_Pembinaan_Dari_Perspektif_Pakar_Industri_Pembinaan

https://www.sinarharian.com.my/article/76028/EDISI/Selangor-KL/Sisa-kilang-bahan-binaan-punca-pencemaran-
Sungai-Selangor

https://www.academia.edu/2046418/Sisa_Pembinaan_dan_Isu_Isu_yang_berkaitan_di_Malaysia?auto=download

Nagapan, Sasitharan & Abdul Rahman, Ismail & Asmi, Ade. (2012). Faktor Penjanaan Sisa Pembinaan Dari
Perspektif Pakar Industri Pembinaan.

Explanation on Classification of Waste Listed Under Environmental Quality (Scheduled Wastes)

Regulations 2005 | Department of Environment. (2021). Retrieved January 5, 2022, from

Department of Environment website:

https://www.doe.gov.my/portalv1/en/info-untuk-industri/garis-panduan-buangan-terjadual/

explanation-on-classification-of-waste-listed-under-environmental-quality-scheduled-wastes-

regulations-2005/5286

Jabatan Alam Sekitar Negeri Perlis

Pertabina Technical & Services Sdn. Bhd.

You might also like