Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 20

PENGENALAN

Definisi pengangguran ialah keadaan apabila seseorang individu (14 – 64 tahun)

ingin bekerja dengan kadar upah tertentu di dalam pasaran tetapi tidak mendapat sebarang

pekerjaan. Jumlah pengangguran adalah semua individu yang tidak bekerja dan dalam

proses mencari pekerjaan manakala siswazah ialah seseorang lepasan universiti mendapat

ijazahnya melalui upacara konvokesyen. Pengangguran berlaku adalah disebabkan oleh

kekurangan perbelanjaan agregat. Di dalam masyarakat di mana kebanyakkan orang boleh

mencari nafkah dengan bekerja dengan orang lain, pengangguran adalah masalah yang

kritikal kerana membawa kesan negatif termasuk kehilangan, perasaan ditolak dan

kegagalan peribadi dan kerana itu pengangguran digunakan secara meluas untuk

mengukur kebajikan pekerja. Kadar pekerja yang menganggur juga menunjukkan tahap

kecekapan penggunaan sumber manusia sesebuah negara dan menjadi indeks bagi aktiviti

ekonomi.

Pengangguran juga boleh dihitung dengan menggunakan rumus berikut: kadar

pengangguran (%) = (jumlah pengangguran) × 100% ÷ (jumlah tenaga buruh), jumlah

pengangguran = jumlah tenaga buruh – jumlah guna tenaga, manakala untuk tenaga buruh

= jumlah guna tenaga +¿ jumlah penganggur.

Seterusnya terdapat 5 jenis pengangguran iaitu pengangguran geseran,

pengangguran teknologi, pengangguran struktur, pengangguran musim dan pengangguran

edaran. Pengangguran geseran atau normal berlaku apabila pekerja berhenti kerja dan

mencari pekerjaan tetapi tidak menjumpainya serta merta dan ketika itu mereka dikira

sebagai penganggur. Hal ini disebabkan oleh ketidaksempurnaan yang wujud dalam

pasaran buruh. Pengangguran jenis ini berlaku sementara sahaja sehingga pekerja

1
menjumpai pekerjaan yang mereka mahukan. Pengangguran teknologi berpunca daripada

pengantian input buruh kepada input modal dalam operasi pengeluaran yang dilakukan

untuk meningkatkan daya pengeluaran, taraf hidup dan upah. Pengangguran struktur yang

berpunca daripada perubahan struktur ekonomi iaitu apabila sesuatu sektor ekonomi

menjadi kurang penting berbanding dengan sektor lain, dua faktor utama ialah

kemerosotan permintaan dan kemajuan teknologi permintaan. Pengangguran kitaran

disebakan oleh kekurangan permintaan bagi buruh, apabila kitaran perniagaan menjunam

contohnya dalam kemelesetan ekonomi, permintaan bagi barang dan perkhidmatan jatuh

akibatnya pekerja diberhentikan. Contohnya apabila berlaku krisis kewangan negara pada

tahun 1997 dan 1998 dan kemelesetan ekonomi dunia pada tahun 2008. Akhir sekali

adalah pengangguran bermusim belaku apabila industri mengalami musim lembab seperti

dalam sektor pembinaan, pertanian dan perikanan. Pesawah tidak boleh turun ke bendang

apabila musim menuai dan nelayan tidak dapat turun ke laut untuk menangkap ikan pada

musim tengkujuh.

Kesan pengangguran yang berlaku di dalam sesebuah negara akan menimbulkan

masalah kepada ekonomi dan sosial. Kesan ke atas ekonomi termasuk mengurangkan

keluaran negara, menurunkan taraf hidup dan sekaligus melambatkan pembangunan

negara, dengan pengangguran yang tinggi juga boleh meningkatkan kadar kemiskinan

dalam sesebuah negara. Selain itu, kesan pengangguran terhadap sosial termasuk pengaruh

negatif dalam keluarga dan mewujudkan ketidaktenteraman yang boleh membawa kepada

pergaduhan dan penceraian. Ia juga boleh membawa kepada peningkatan jenayah akibat

masalah kewangan dan masalah tekanan jiwa dan tiada keyakinan diri.

Pengangguran dalam kalangan siswazah merupakan satu penyakit era globalisasi

yang semakin menular ke negara ini. Saban tahun universiti-universti awam dan swasta

telah menghasilkan beribu-ribu graduan apabila tamatnya upacara konvokesyen siswazah,

2
namun kegagalan siswazah mencari pekerjaan setelah tamatnya pengajian bertahun-tahun

hanyalah sia-sia kerana sesetengah daripada mereka menganggur tanpa sebarang

pekerjaan. Apakah punca terjadinya hal begini terhadap mereka antaranya ialah memilih

pekerjaan dan syarikat, memohon gaji tinggi dan faedah yang tidak realistik, lemah

penguasaan bahasa inggeris dan lemah dalam berkomunikasi.

IDEA DAN ANDAIAN 1: MEMILIH PEKERJAAN DAN SYARIKAT

Masih ramai graduan yang mengganggur setelah menamatkan pengajian dari

universiti awam dan swasta. Hal sebegini tidak seharusnya berlaku kerana siswazah

sekarang seharusnya lebih memacu kehadapan bagi membantu keadaan ekonomi negara.

Mereka tidak boleh terlalu lama mencari dan memilih pekerjaan dan syarikat yang ada

dengan alasan “tidak sesuai dengan bidang dan kos yang pernah mereka ikuti serta tidak

berminat dengan bidang tersebut”. (Saidi, 2015)

ANALISIS KEMUNGKINAN

Statistik menunjukkan bahawa masih banyak pekerjaan kosong yang ditawarkan

namun peratusan pengangguran setiap tahun masih meningkat disebabkan sikap graduan

sendiri. Mereka beranggapan bahawa lebih baik mengganggur selagi tidak jumpa kerja

yang bersesuaian dan syarikat yang terkemuka, secara tidak langsung menyumbang

kepada kenaikan peratusan pengangguran dalam kalangan rakyat Malaysia. Hal ini sangat

merisaukan kerana kecanggihan teknologi mampu untuk mengetepikan tenaga manusia

untuk berkerja. Seharusnya masyarakat yang ingin kerja perlu terus bekerja walaupun

bukan dengan pekerjaan yang diimpikan dan hanya syarikat biasa sahaja supaya dapat

membuat perubahan baru kepada negara agar ekonomi negara lebih stabil.

3
1. KESEDARAN BEKERJAYA

Jika dapat kita lihat graduan siswazah tidak mempunyai kematangan dari segi hal-

hal kerjaya. Unit kerjaya perlu ditubuhkan bagi setiap IPTA mahupun IPTS. Graduan

perlu tahu dan didedahkan dengan lebih terperinci tentang kesedaran kerjaya ini. Mereka

perlu dilatih dan berfikiran lebih terbuka untuk meneroka bidang pekerjaan baru. Para

graduan perlu meneroka dengan lebih proaktif dengan mencari peluang pekerjaan yang

ada melalui internet, media massa, menghadiri ekspo kerjaya, rakan yang bekerja di

organisasi-organisasi luar dan sebagainya.

Selain itu, gunakan peluang ketika menjalani latihan industri (LI) di organisasi yang

dipilih untuk membina jaringan dengan staf atau pegawai mereka khususnya individu yang

menyelia pelajar. Usaha itu mungkin membuka peluang kepada pelajar untuk memperoleh

pekerjaan di situ selepas menamatkan pengajian kelak.

2. KECENDERUNGAN KEMAHIRAN

Siswazah lebih cenderung terhadap kemahiran tertentu sahaja. Contohnya dalam aspek

pemikiran, siswazah lebih cenderung terhadap kemahiran yang bersifat spesifik. Dalam aspek

kemahiran komunikasi pula, majoriti siswazah lebih kepada aspek penulisan berbanding

dengan aspek percakapan terutamanya di khalayak ramai. Ketidaksamaan kemahiran yang

telah cenderung di IPT tidak sama dengan kemahiran yang perlu ada untuk dilakukan di

tempat kerja. (Saidi, 2015)

4
Seterusnya, sesetengah siswazah menyifatkan bahawa bidang yang dipelajari di IPT

itu adalah pilihan untuk masa depan mereka. Jadi mereka lebih mengharapkan pekerjaan

yang mengikut kemahiran yang mereka ada sewaktu belajar di universiti. Kebanyakan

daripada mereka juga menyifatkan bahawa kemahiran yang mereka miliki tersebut adalah

faktor yang boleh mereka meminta gaji setaraf kemahiran yang mereka ada. Sedangkan

kemahiran yang ada sewaktu di IPT tidak sama dengan kemahiran yang perlu mereka

miliki ketika di dalam pekerjaan dan lebih spesifik serta praktikal.

3. LEBIH PENTINGKAN AKADEMIK BERBANDING KEMAHIRAN DAN

AKTIVITI LUAR

Kebanyakan siswazah tidak tahu membawa diri dalam dunia realiti, mereka hanya

mementingkan akademik semata-mata. Pembelajaran tidak hanya tertumpu di dalam kelas

sahaja tetapi ianya merangkumi aktiviti luar. Aktivi-aktiviti ini yang memberikan kita

banyak pengalaman, dan mengajar kita bagaimana cara untuk berhadapan dengan

khalayak ramai, berorganisasi, menyelesaikan masalah serta melakukan tugas denan baik.”

Pihak swasta selalunya lebih mementingkan pengalaman berbanding dengan akademik, ini

kerana kos untuk mengadakan latihan etensif kepada pekerja baru akan membelanjakan

wang banyak dan memberi sedikit kerugian kepada sesebuah syarikat pada masa itu.

Selain itu juga, siswazah harus bijak dan aktif dalam berkomunikasi serta cemerlang

dalam pelajaran dan korikulum.

CADANGAN

1. Kontrak yang Sah dan Berterusan

5
Kadar pusing ganti pekerja merupakan ancaman yang terpaksa dihadapi oleh

organisasi. Ancaman ini boleh menjejaskan kecekapan sesuatu amalan pengambilan dan

pemilihan pekerja kerana melibatkan masa, kos dan usaha yang tinggi. Jadi, pihak industri

kini boleh meletakkan syarat atau kontrak terhadap pekerja yang bekerja dengan syarikat.

Para graduan perlu bekerja minimum setahun bersama dengan sesebuah syarikat itu untuk

mendapatkan pengalaman dan kestabilan jaatan serta keyakinan diri dalam bidang

pekerjaan ini. (HASUN, 2010)

Perkara sebegini sangat penting untuk meningkatkan prestasi pekerja. Kebanyakan

siswazah suka memilih dan melompat-lompat kerja dari satu kerja ke satu kerja yang lain

atas alasan yang tidak kukuh. Mereka lebih suka membanding-bandingkan pekerjaan

dengan syarikat dan lebih suka mencuba dalam jangka masa singkat. Mereka seharusnya

tetap dalam satu-satu pekerjaan dalam satu jangka masa yang panjang untuk lebih

memahami dan menyerap keadaan pekerjaan dan bidang yang mereka ceburi tersebut. Jika

mereka melakukan perkara sebegini, mereka akan lebih yakin berhadapan dengan orang

ramai dan situasi lain yang mungkin akan datang di hadapan kelak. (HASUN, 2010)

IDEA DAN ANDAIAN 2: MEMOHON GAJI TINGGI DAN FAEDAH YANG

TIDAK REALISTIK

Rakyat Malaysia yang ingin mencari pekerjaan terutamanya daripada golongan

siswazah sememangnya inginkan kehidupan yang stabil dan lengkap hasil daripada

pekerjaan yang ingin mereka cari. Ini mendorong mereka mencari pekerjaan yang setimpal

dengan kelayakan yang dimiliki oleh mereka. Contohnya, setiap graduan siswazah yang

telah menghabiskan pengajian dan latihan industri akan secara automatik mengisi jawatan

kosong, contohnya di laman sesawang Jobstreet untuk mencari pekerjaan yang sesuai

6
dengan bidang mereka ketika belajar di universiti. Graduan siswazah akan memohon gaji

yang tinggi bersesuaian dengan taraf mereka, boleh dianggarkan dalam lingkungan

Rm3500 sehingga RM6500. Lingkungan gaji yang diminta oleh mereka dianggap tinggi

kerana mereka masih baru dan tidak berpengalaman dan menyebabkan mereka

menganggur.

Selain itu, bukan gaji sahaja yang dimohon dibayar secara tinggi tetapi faedah

yang akan mereka dapat juga akan diteliti oleh mereka terhadap syarikat yang mereka

memohon pekerjaan. Antara faedah yang mereka akan teliti ialah tanggungan kesihatan

dan bonus tahunan. Mereka seharusnya sedar dan berfikir dahulu sebelum meletakkan

pemohonan gaji yang begitu tinggi kerana mereka masih baru dan tidak mempunyai

pengalaman. Majoriti majikan yang akan mengajikan pekerja dengan gaji yang tinggi

adalah berdasarkan pengalaman yang ada di dalam diri pekerja tersebut. Hal ini

mendorong berlakunya pengangguran golongan graduan siswazah yang tidak mahu gaji

yang kecil tetapi mahukan gaji yang besar tetapi tiada pengalaman dalam bidang

pekerjaan.

Pihak majikan enggan menerima pekerja yang tidak mempunyai pengalaman yang

inginkan gaji tinggi tanpa pengalaman. Jika mereka mengadakan temuduga untuk jawatan

kosong yang terdapat di syarikat mereka, sudah pasti pihak majikan akan mengambil yang

berpengalaman meskipun kekosongan tersebut pangkat bawahan kerana tidak mahu

menanggung risiko melatih pekerja baru yang inginkan gaji yang tinggi kerana tindakan

ini menelan kos yang besar bagi melatih mereka. Hal ini mengakibatkan pihak majikan

akan mengambil pekerja yang sudah mempunyai pengalaman kerja yang bertahun-tahun

untuk bekerja walaupun perlu mengajikan pekerja yang berpengalaman dengan gaji yang

tinggi. Jika dapat kita lihat, permintaan gaji yang tinggi ini akan menyebabkan individu

yang memohon pekerjaan tidak akan berjaya dalam temuduga kerja apabila mereka

7
sentiasa inginkan gaji yang tinggi. Sepatutnya, semasa ditemuduga untuk mendapatkan

pekerjaan tersebut mereka seharusnya akur dengan gaji yang bakal ditawarkan oleh pihak

majikan walaupun dengan permulaan RM1100. Hal ini mungkin akan menyebabkan

graduan tersebut diterima untuk bekerja oleh syarikat tersebut dan tidak lagi menganggur.

Rajah 1: Sumber Jabatan Perangkaan Malaysia.

Kadar penyertaan tenaga buruh 68.4%

Menurut Jabatan Perangkaan Malaysia (Malaysia, 2018), kadar penyertaan tenaga

buruh pada Ogos 2018 turun 0.2 mata peratus kepada 68.4 peratus berbanding bulan
8
sebelumnya. Perbandingan tahun ke tahun menunjukkan kadar penyertaan tenaga buruh

meningkat 0.6 mata peratus (Ogos 2017: 67.8%).Bilangan tenaga buruh pada bulan ini

naik 2.6 peratus berbanding Ogos 2017 kepada 15.42 juta orang. Pada tempoh yang sama,

penduduk bekerja turut meningkat 2.6 peratus kepada 14.90 juta orang.

Rajah 2: Sumber Jabatan Perangkaan Malaysia.

Seterusnya, boleh kita dilihat di bawah statistik umum pengangguran di Malaysia

pada bulan Ogos 2018. Menurut Jabatan Perangkaan Malaysia (Malaysia, 2018) Statistik

Pengangguran di Malaysia adalah kekal 3.4% dari Ogos 2017 sehingga Ogos 2018. Kadar

pengangguran pada Ogos 2018 kekal 3.4 peratus bagi tiga bulan berturut-turut. Pada bulan

tersebut, bilangan penganggur adalah seramai 525.0 ribu orang, naik 1.2 peratus

berbanding 0.5 peratus pada bulan sebelumnya. Perbandingan tahun ke tahun, bilangan

9
penganggur meningkat 1.6 peratus. Kadar pengangguran (pelarasan musim) pada Ogos

2018 kekal pada 3.4 peratus berbanding bulan sebelumnya.

Rajah 3: Sumber dari Jabatan Perangkaan Malaysia.

ANALISIS KEMUNGKINAN

1. MEMPUNYAI KEPAKARAN DALAM BIDANG TERTENTU

Analisis yang boleh dibuat kenapa graduan siswazah inginkan gaji yang tinggi

adalah mungkin kerana mereka sudah mempunyai kepakaran dalam bidang tertentu ketika

belajar. Jadi apabila adanya temuduga untuk jawatan kosong yang berkelayakan untuk

mereka pasti mereka akan melihat gaji yang ditawarkan atau memohon gaji yang setimpal

dengan ilmu yang mereka ada. Contohnya, graduan siswazah yang mempunyai kepakaran

10
dalam bidang pengkomputeran pasti mencari pekerjaan yang berkaitan dengan bidang

mereka. Hal ini juga tidak boleh disalahkan kepada graduan siswazah jika mereka memilih

pekerjaan dengan gaji yang tinggi, tidak mungkin mereka yang berkelayakan dalam

bidang pengkomputeran akan bekerja sebagai kerani pentadbiran. Selain itu, mereka

mungkin takut untuk memohon pekerjaan bawahan kerana lama kelamaan ilmu yang

mereka pelajari tidak digunakan akan menjadi ilmu yang tidak berguna.

2. MENAMPUNG KOS SARA HIDUP

Jika kita lihat permintaan gaji yang tinggi diminta oleh sesetengah graduan

siswazah adalah bukan untuk hidup dalam kemewahan sahaja tetapi setimpal dengan kos

sara hidup masa kini. Bagi mereka mungkin ingin membeli kereta, rumah dan membantu

kewangan ibu bapa mereka. Tambahan lagi jika graduan siswazah yang tinggal di bandar-

bandar besar sememangnya akan mengalami kekangan duit yang kritikal tetapi dengan

adanya gaji yang setimpal dengan permintaan, mereka akan dapat mengurangkan bebanan

yang ditanggung.

3. BUDAYA PEMIKIRAN PELAJAR-PELAJAR UNIVERSITI

Di samping itu, budaya pemikiran pelajar-pelajar universiti bahawa selepas tamat

pengajian ingin mencari pekerjaan di syarikat-syarikat terkemuka dengan dibayangi gaji

yang tinggi menyebabkan mereka sukar untuk mendapatkan pekerjaan. Bagi mereka

graduan siswazah seharusnya bekerja di syarikat terkemuka dengan gaji yang tinggi dan

tidak mahu untuk bermula dari bawah kerana itu bukan tempat sepatutnya mereka

memulakan kerja. Mereka lagi sanggup menganggur daripada bekerja sebagai kerani atau

11
jawatan lain yang dirasakan kurang setaraf walaupun lebih baik kerja daripada

menganggur. Pemikiran “lebih baik menganggur daripada dapat gaji yang sedikit” perlu

dibuang daripada minda setiap graduan kerana ia bukan sahaja merugikan mereka, malah

merugikan sektor yang memerlukan tenaga kerja.

4. INGIN KELUAR DARIPADA KELOMPOK KEMISKINAN

Selain itu, ada yang berpendapat tidak perlu pergi ke bandar-bandar besar untuk

mencari pekerjaan cukup sahaja mencari pekerjaan di kampung halaman, hal ini sangat

tidak membantu graduan untuk meningkatkan taraf hidupnya jika masih terikat dengan

kepompong kampung halaman. Anak muda seharusnya merantau untuk mencari pekerjaan

yang berkualiti supaya dapat meningkatkan taraf hidup ibu bapa di kampung dan dapat

keluar daripada kelompok kemiskinan. Oleh itu, pekerjaan yang bakal dicari oleh mereka

juga akan dinilai oleh mereka berdasarkan gaji yang bakal ditawarkan supaya dengan gaji

tersebut dapat mengubah kehidupan mereka.

CADANGAN

1. MENGUBAH SIKAP GRADUAN

Cadangan yang dapat dilakukan adalah dengan mengubah sikap graduan memilih

pekerjaan dengan gaji yang tinggi. Siswazah mahupun sesiapa yang sedang mencari kerja,

haruslah bersikap profesional dalam mencari pekerjaan, jika pekerjaan yang dicari tidak

ditawarkan gaji tinggi sekali pun, terima dengan ikhlas dan tidak perlu untuk bersikap

negatif terhadap sesuatu pekerjaan yang bergaji rendah daripada yang diimpikan. Pada

pendapat saya, jika peluang kerja setaraf yang diingini terhad maka perlu mencari

12
alternatif lain untuk bekerja contohnya memberanikan diri menceburi bidang perniagaan

atau bidang pertanian.

Sebagai contoh, dapat kita lihat Azarul Ahmad Puat, 28 tahun pemilik Ijazah

Sarjana Muda Kewangan dari Universiti Teknologi MARA (UiTM) bersama dua orang

sahabatnya yang juga merupakan graduan Universiti, telah mengusahakan pertanian

moden secara fertigasi menjadikan pelbagai tanaman diusahakan mereka seperti petola,

timun, cili kulai dan rock melon. Mereka mengushakan tanam di dua lokasi iaitu Bukit

Chandan dan Sungai Siput. Hasil berbakti mereka pada tanah berhasil membawakan

pendapatan belasan ribu ringgit selepas membayar gaji pekerja, membeli benih, baja dan

pengurusan lain. Hal ini terbukti, jika setiap manusia mempunyai usaha untuk memulakan

pekerjaan ia pasti membuahkan hasil yang tinggi bahkan mengalahkan permintaan gaji

minimum yang sering diminta.

IDEA DAN ANDAIAN 3: LEMAH PENGUASAAN BAHASA INGGERIS

Kebanyakan graduan siswazah lemah dalam penguasaan Bahasa Inggeris

menyebabkan mereka lebih suka menyendiri dan terasa lebih tersisih. Hal ini disebabkan

terdapat juga majikan yang mengadakan temuduga dalam Bahasa Inggeris. Hal ini tidak

menjadi pemangkin kepada siswazah kerana kurang keyakinan diri untuk menonjol dalam

bidang industri. Mereka lebih memilih untuk menganggur dan mencari pekerjaan yang

boleh dibuat dari rumah berbanding pekerjaan yang ada protokal dan melibatkan orang

ramai.

13
ANALISIS KEMUNGKINAN

1. KURANG AKTIVITI YANG MELIBATKAN BAHASA INGGERIS

Graduan siswazah daripada IPTA mahupun IPTS yang tidak boleh langsung

berkomunikasi dalam Bahasa Inggeris jarang melakukan dan melibatkan diri dengan

aktiviti yang dianjurkan oleh IPT mereka ketika belajar dahulu terutama aktiviti yang

melibatkan penggunaan Bahasa Inggeris kerana budaya pemikiran masyarakat Malaysia

“malu” ditertawakan oleh rakan-rakan menjadi penyebab utama mereka tidak mampu

menguasai Bahasa Inggeris walaupun bergelar siswazah. Para graduan lebih beranggapan

bahawa mereka hanya perlu belajar dari buku dan fokuskan pada akademik berbanding

dengan aktiviti luar dan aktiviti praktikal lain yang dianjurkan pihak IPT dan anjuran luar.

Justeru, hal ini adalah punca utama yang menyebabkan para graduan tidak

berkeyakinan dalam berbahasa Inggeris malah ada juga yang tidak langsung faham dan

tidak pandai untuk bercakap dalam penggunaan Bahasa Inggeris. Seharusnya, mereka

perlu lebih peka dengan perkara-perkara penting seperti ini.

2. KURANG CENDERUNG TERHADAP PEMBENTANGAN BAHASA INGGERIS

Setiap graduan tidak terlepas daripada melakukan aktiviti pembentangan di dalam

kelas kerana mereka sering didedahkan untuk lebih yakin berhadapan dengan orang ramai.

Namun, malangnya mereka lebih cenderung melakukan aktiviti pembentangan tersebut

dengan menggunakan bahasa Melayu. Bagi mereka, mereka lebih memahami dan lebih

14
yakin dengan Bahasa Melayu kerana mereka risau sebutan Bahasa Inggeris yang

dikeluarkan daripada mulut mereka itu sebutan yang tidak betul dan akan diketawakan

oleh rakan-rakan. (MAKHBUL, 2007)

CADANGAN

1. PROGRAM BAHASA INGGERIS

Mengadakan program bahasa Inggeris dan mengutamakan penubuhan institut kemahiran

dengan negara-negara luar seperti Jerman. Program ini mampu menyediakan satu sumber

manusia yang mampu berkomunikasi secara baik dalam bahasa pengantaran antarabangsa

iaitu bahasa Inggeris dan mempunyai kemahiran tinggi untuk bersaing dalam era

globalisasi. Kewujudan buruh yang berkemahiran tinggi ini turut menjadikan negara

sasaran utama pelabur asing kelak. (Naqeeuddin, 2017)

IDEA DAN ANDAIAN 4: LEMAH DALAM KOMUNIKASI

Kebanyakan negara termasuk Malaysia menghadapi masalah menghasilkan lebih

ramai pekerja berpengetahuan dan berkemahiran bagi menghadapi kemajuan abad 21.

Persaingan dunia kerjaya memperlihatkan sebilangan besar graduan menganggur adalah

dari aliran sains sosial dengan beberapa kelemahan ketara dikenal pasti sebagai punca

permasalahan. Antaranya kelemahan komunikasi berbentuk penulisan dan kerjasama

kumpulan.

ANALISIS KEMUNGKINAN

15
1. SEKTOR INDUSTRI DAN FAKTOR PENAWARAN TENAGA KERJA

Isu pengangguran ini boleh dilihat daripada pelbagai perspektif faktor permintaan

pekerjaan iaitu dari sektor industri itu sendiri dan juga faktor penawaran tenaga kerja iaitu

persediaan graduan mengisi tempat di sektor pekerjaan. Adalah tidak wajar menyalahkan

sektor industri sepenuhnya terhadap masalah pengangguran kerana itu adalah hak pihak

industri dan majikan menentukan kriteria bagi bakal pekerja. Oleh itu adalah

tanggungjawab graduan untuk memperlengkapkan diri dengan pengetahuan kepelbagaian

bahasa asing terutamanya bahasa inggeris dan kemahiran sewajarnya sejak daripada

pengajian peringkat universiti lagi. Namun begitu, warga pendidik universiti perlu turut

berperanan membantu pelajar (sebelum bergelar graduan) memperlengkapkan dan

mempertingkatkan pengetahuan dan kemahiran diperlukan dalam sektor pekerjaan.

2. KURANG KEYAKINAN DALAM BERKOMUNIKASI

Kurang keyakinan dalam berkomunikasi menyebabkan graduan gagal

memperolehi pekerjaan. Majikan memerlukan mereka yang mahir dalam komunikasi

untuk memastikan segala tugasan yang diberikan difahami dan mendapat maklum balas

yang baik. Sekiranya graduan tidak berupaya untuk berkomunikasi sukar untuk majikan

menawarkan pekerjaan. Tambahan pula, ketika sesi temu duga kriteria tersebut merupakan

faktor utama yang dilihat dan diambil kira oleh majikan sebelum menawarkan pekerjaan.

Faktor ini menyebabkan kesukaran untuk graduan bersaing bagi mendapatkan tempat di

sektor pekerjaan. Menurut IPPTN (2004) antara kemahiran pekerjaan yang masih kurang

di kalangan graduan ialah kemahiran komunikasi. Manakala dari segi pecahan dalam

kemahiran komunikasi itu sendiri, kemahiran komunikasi secara bertulis kurang diberi

tumpuan terutama oleh graduan menganggur (IPPTN, 2004). Berkait rapat dengan

16
kemahiran komunikasi ialah kemahiran kerjasama berkumpulan di mana amat diperlukan

dalam setiap organisasi sektor pekerjaan.

CADANGAN

1. MEMILIKI KEMAHIRAN KOMUNIKASI DALAM ORGANISASI

Komunikasi dalam organisasi sangat penting kerana dengan adanya komunikasi

maka seseorang boleh berhubungan dengan orang lain dan saling bertukar fikiran yang

boleh menambah wawasan seseorang dalam bekerja atau menjalani kehidupan sehari-hari.

Maka untuk membina hubungan kerja antara pegawai atasan dan bawahan perlulah

membicarakan komunikasi secara lebih terperinci.

Berdasarkan kajian IPPTN (2004) dan Sham Sani (2005) ialah keperluan latihan

industri, pakej latihan kemahiran, kursus Bahasa Inggeris, pengintegrasian TMK dalam

kurikulum dan pengintegrasian komponen kemahiran dalam kurikulum. Namun bagi

melaksanakan cadangan-cadangan tersebut, beberapa perkara perlu diambil kira

memandangkan mungkin melibatkan banyak pihak seperti sektor industri dan pihak

pentadbir universiti serta penggubalan kurikulum. Salah satu aktiviti yang dominan

dengan pengajian di universiti ialah proses pengajaran dan pembelajaran subjek di bilik

kuliah dengan penglibatan secara langsung oleh pelajar dan pensyarah. Jadi secara tidak

langsung boleh digunakan sebagai platform membantu meningkatkan kemahiran

pekerjaan di kalangan pelajar tanpa melibatkan pihak luar serta penggubalan kurikulum.

Hal Ini turut dicadangkan oleh Modul Pembangunan Kemahiran Insaniah (IPTM,

2006) iaitu pengintegrasian pembinaan Kemahiran Insaniah dengan aktiviti pengajaran

17
dan pembelajaran di bilik kuliah. Sesuai dengan cadangan berkenaan, perkembangan teori

dan kaedah pembelajaran boleh dijadikan panduan bagi meningkatkan keberkesanan

pembelajaran sebagai mana dalam konteks memenuhi keperluan dunia pekerjaan (Smith,

2003) iaitu penekanan kepada kemahiran berbahasa.

KESIMPULAN

Fenomena pengangguran yang sedang berlaku mampu membawa kesan negatif

terhadap ekonomi dan kehidupan masyarakat. Pengangguran yang melibatkan graduan

siswazah sememangnya merupakan satu kerugian yang amat besar kepada perkembangan

dan pertumbuhan ekonomi negara. Hal ini disebabkan, pulangan yang diharapkan tidak

dapat diperoleh berikutan dengan kegagalan rakyat Malaysia terutamanya golongan

siswazah untuk mencari pekerjaan. Perubahan dalam pembangunan ekonomi negara

ditentukan juga dengan penglibatan dalam dunia pekerjaan. Sektor yang memerlukan

penglibatan seperti pertanian, perladangan, perkilangan dan pembuatan kini masih kurang

dikuasai oleh masyarakat kerana masih mengharapkan penerimaan majikan di sektor

perniagaan, pengkeranian dan komunikasi. Namun sektor tersebut selalunya diisi oleh

pekerja yang mempunyai pengalaman. Masalah pengangguran dalam kalangan siswazah

bukanlah satu isu baharu. Oleh itu, mereka harus berfikiran positif dan cuba meninggikan

kemahiran diri mereka. Dunia pekerjaan sering berubah mengikut teknologi dan mereka

yang sering meningkatkan kemahiran sahaja mampu menikmati kesejahteraan hidup

sepanjang kehidupan mereka,

18
RUJUKAN

Amiruddin, Z. (23 Disember, 2016). Minta Gaji Tinggi Punca Siswazah Menganggur. Retrieved from

http://m.utusan.com.my/berita/nasional/minta-gaji-tinggi-punca-siswazah-menganggur-

1.423424

BHPlus. (2016). Tindakan Awal Meneroka Kerjaya. Selangor: Berita Harian Online.

HASUN, F. M. (2010). Sektor Pengilangan. Pemilihan Pekerjaan, 21.

Institut Penyelidikan Pendidikan Tinggi Negara. (IPPTN). (2004). Pencapaian akademik(konsep nilai

tambah) dan kebolehangunaan tenaga ( employability) siswazah.

Ismail, M. H. (2012). Kajian Mengenai Kebolehpasaran Siswazah Di Malaysia: Tinjauan Daripada

Perspektif majikan. Jurnal Ekonomi, 906-913.

MAKHBUL, Z. M. (2007). AMALAN PENGAMBILAN DAN PEMILIHAN. TINJAUAN KE ATAS FIRMA , 20.

Malaysia, J. P. (15 Oktober, 2018). Statistik Utama Tenaga Buruh Di Malaysia. Retrieved from

dosm.gov.my: https://www.gov.my/v1/uploads/files/1_articles

Naqeeuddin. (19 Ogos, 2017). Cadangan dan Cara-Cara Untuk Menangani Masalah Pengangguran.

Retrieved from https://naqeeuddin18.blogspot.com/2017/08/cadangan-dan-cara-cara-

untuk-menangani.html?m=1

Saidi, N. (2015). Siswazah terlalu memilih pekerjaan. Kuala Lumpur: Utusan.

19
sani, p. e. (2005). Nilai tambah dalam kurikulum sains sosial dan sastera: satu perspektif. Akademika

66, 115 - 125.

Zakariya, Z. (2009). Pertumbuhan Ekonomi Dan Keperluan Pendidikan Tinggi Di Malaysia. Jurnal

Ekonomi Malaysia, 43, 85-105.

20

You might also like