Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 3

Ayat Penyata (Jenis, Maksud, Contoh Ayat Penyata)

Ayat penyata
- Ayat yang menerangkan dan dikenali sebagai ayat berita atau ayat
keterangan. Ayat penyata mesti mempunyai subjek, predikat dan tanda
noktah.
Contoh :
- Nurul membeli sebatang pensil.
- Ahmad menunggang basikal sambil menyanyi.
Jenis ayat penyata
- Ayat transitif dan ayat intransitive
- Ayat aktif dan ayat pasif
- Ayat songsang
- Ayat nafi
- Ayat inti dan ayat gabungan
Ayat Transitif
- kata kerja yang mesti diikuti oleh objek yang terdiri daripada frasa nama
sebagai predikat dalam ayat.
Contoh :
- Abang suka memancing ikan.
(Kata kerja “memancing mesti diikuti dengan objek, iaitu “ikan” supaya
maksud ayat yang disampaikan lengkap)
Ayat intransitif Tanpa Pelengkap
- kata kerja yang boleh berdiri sendiri tanpa objek atau penyambut.
Contoh Ayat : Ibu dan kakak asyik berbual.
- Ayat intransitif ini boleh diikuti oleh unsur keterangan yang berfungsi
memberi maklumat tambahan.
Contoh Ayat : Ibu dan kakak asyik berbual di dapur.
Ayat Intransitif Berpelengkap
- kata kerja yang mesti diikuti oleh pelengkap untuk menyempurnakan
maksud ayat tersebut.
- Perbezaan di antara pelengkap dengan objek atau penyambut ialah
pelengkap hadir selepas kata kerja tak transitif untuk menyempurnakan
maksud ayat manakala objek atau penyambut hanya hadir selepas kata
kerja transitif dan boleh dipasifkan.
Ayat Aktif
- ayat yang kata kerjanya berawalan men-
Contoh :
- Aminah mencuci pingan mangkuk.
- Siti perlu menguasai bahasa Bahasa Inggeris dengan baik sebelum pergi
ke luar negara.
Ayat pasif
- yat yang menekankan objek dan perbuatannya berbanding “ayat aktif”
yang menekankan si pelaku. Kedua-dua ayat tidak mempunyai kelainan
maksud kerana lawan ayat aktif ialah ayat pasif.
Contoh :
- Pinggan mangkuk dicuci oleh Aminah.
- Bahasa Inggeris yang baik perlu dikuasai oleh Siti sebelum pergi ke luar
negara.
Ayat songsang
- terbentuk daripada proses transformasi ayat biasa iaitu subjek +
predikat.
- Penyongsangan dapat dilakukan melalui proses pendepanan bertujuan
memberikan penegasan kepada predikat.
Contoh :
- Cikgu Hanif / berfikiran kreatif. [susunan biasa]
- Berfikiran kreatif / Cikgu Hanif. [susunan songsang]
Ayat nafi
- ditandai oleh adanya kata “bukan” dan “tidak“. Secara umumnya, ayat
nafi digunakan untuk menafikan atau menidakkan sesuatu.
Contoh :
- Juju bukan kakak kepada Mimi.
- Siti bukan pelajar yang terakhir masuk ke kelas.
Ayat inti
- ayat yang paling ringkas. Ayat ini boleh digunakan untuk menerangkan
sesuatu dengan ringkas dan tepat, tanpa menimbulkan sebarang
kesamaran makna.
Contoh :
- Itu buku.
- Kucing ini menangkap tikus.
- Pisau ini tajam.
- Kami ke Kuala Lumpur.
Ayat gabungan
- ayat yang terdiri daripada dua atau lebih ayat tunggal. Ayat gabungan
digabungkan dengan menggunakan kata hubung gabungan seperti dan,
serta, atau, tetapi, sambil dan sebagainya.
Contoh :
- Lili masuk ke dalam bilik. [Ayat komponen1]
- Lili tidur. [Ayat komponen2]
- Lili masuk ke bilik lalu tidur. [Ayat gabung]

You might also like