Jia3002-Seni Suara Dan Muzik

You might also like

Download as pdf or txt
Download as pdf or txt
You are on page 1of 13

SEMESTER/SESI

SEMESTER 1, SESI 2021/2022

KOD DAN NAMA KURSUS:


JIA 3002 ISLAM DAN KESENIAN MELAYU

TAJUK:
SENI MUZIK DAN SUARA

DISEDIAKAN OLEH:
HANIS AINAA MOHD UZIR 17204572/1
NURIHANDAIYANI BINTI MUHAMAD NOR 17205857/1
KEVEIN EDDY 17205685/1
KATHERINA ERIKA ANAK GADIAN 17205940/1

DISEDIAKAN UNTUK:
DR. MOHAMMAD NAZZRI BIN AHMAD
1.0 PENGENALAN

Seni merupakan sesuatu yang indah, menarik dan boleh diterima masyarakat.
Seni dapat dibahagikan kepada dua iaitu seni tampak dan seni tidak tampak. Seni
tampak dikategorikan sebagai seni yang nampak pada zahirnya dan dapat dirasa dan
dilihat. Manakala seni tidak tampak merupakan seni yang dapat dirasa tetapi tidak
dapat dilihat dan disentuh. Seni persembahan dikategorikan dalam seni tampak keran
ia dapat dilihat, dialami melalui penyampaian dan persembahan daripada seseorang
individu atau kumpulan kepada individu yang lain. Seni persembahan adalah salah
satu aktiviti kesenian yang diiliki oleh seseorang dan merka berupaya untuk
menyampaikan kepada orang lain sama ada dalam bentuk tarian, persembahan dan
sebagainya.

Seni persembahan merupakan karya seni yang memerlukan kreativiti, seni,


kecekalan, dan kemantapan dalam berkarya. Seni persembahan terdiri daripada
pelbagai jenis seperti tarian, nyanyian, teater, lakonan dan segala bentuk karya seni
yang dapat dinukilkan melalui persembahan secara langsung atau tidak langsung.
Seni persembahan ada waktunya mengetuk pintu yang dalam lubuk sanubari untuk
mengajak kita merenung dan berfikir lebih jauh dari apa yang kita selalu alami. Seni
persembahan pada asasnya mempunyai tiga elemen penting iaitu persembahan,
pentas dan sasaran khalayak. Dalam pengertian ini, ia adalah seni hidup dan
sementara.

Muzik merupakan seni yang menggabungkan dan mengatur sekumpulan


suara dan senyap mengikut prinsip asas melodi, harmoni dan irama, utuk
menyampaikan perasaan dan sensasi kepada pendengar dan memberikan
pengalaman estetik. Walaubagaimanapun, pada masa kini, muzik sebagai
pengalaman indah telah diubah ukurannya. Hal ini keranaterdapat terdiri daripada
pertunjukan langsung yang tenang hingga pertunjukkan besar-besaran. Pada
hakikatnya, muzik dapat disimpulkan sebagai hiburan kerana ianya dapat memberikan
keseronokan. Dalam tamadun Islam juga terdapat hiburan seperti ini malah ketika
zaman nabi juga berlaku beberapa kisah tentang kesenian berkaitan muzik atau
hiburan.
Seni suara merujuk kepada bidang nyanyian. Sesuatu lagu dinyanyikan
biasanya akan diiringi oleh beberapa alat bunyian atau muzik. Terdapat beberapa
fungsi nyanyian dalam masyarakat Melayu ialah untuk mendodoikan bayi, di samping
untuk menghiburkan hati setelah penat bekerja. Setiap manusia secara fitrah semula
jadi cenderung kepada hiburan, terutamanya terhadap seni suara.
Walaubagaimanapun tidak semua seni suara dibenarkan oleh syariat Islam. Para
ilmuan Islam telah mengutarakan seni suara dan muzik mengikut acuan Islam yang
berlandaskan syariat Islam. Seni suara dalam Islam telah menjadi saksi kepada
lambing kegemilangan tamadun Islam. Sebahagian besar kesenian suara pada hari
ini adalah hasil sumbangan awal kegemilangan ilmuan Islam terutamanya dalam
bidang tilawah al-Quran.

2.0 PEMBOLEHAN SENI MUZIK DAN SUARA DALAM ISLAM

Islam mengharuskan hukum untuk mendengarkan muzik dan memainkan alat


muzik. Islam juga membolehkan untuk menyanyi dan mendengarkan nyanyian
berdasarkan hadis ini:

:‫ت‬ ْ َ‫ قَال‬، ‫َّللاُ َع ْن َها‬ َّ ‫ي‬ َ ‫ض‬ َ ِ‫ َع ْن َعائ‬، ‫ َع ْن أ َ ِبي ِه‬، ‫ َع ْن ِهش ٍَام‬، َ‫سا َمة‬
ِ ‫شةَ َر‬ َ ُ ‫ َح َّدثَنَا أَبُو أ‬: ‫ قَا َل‬، ‫عبَ ْي ُد ْبنُ ِإ ْس َما ِعي َل‬
ُ ‫َح َّدثَنَا‬
َ ‫ َولَ ْي‬: ‫ت‬
‫ست َا ِب ُمغ َِن َيتَي ِْن‬ ْ َ‫ قَال‬، ‫اث‬
َ ‫ار َي ْو َم بُ َع‬
ُ ‫ص‬َ ‫ت األ َ ْن‬
ِ َ‫ان ِب َما تَقَ َاول‬
ِ ‫ار تُغ َِن َي‬
ِ ‫ص‬َ ‫َان ِم ْن َج َو ِاري األ َ ْن‬ ِ ‫َد َخ َل أَبُو َب ْك ٍر َو ِع ْندِي َج‬
ِ ‫ار َيت‬
َّ ‫سو ُل‬
ِ‫َّللا‬ ُ ‫ فَقَا َل َر‬، ‫سلَّ َم َوذَلِكَ فِي يَ ْو ِم ِعي ٍد‬ َّ ‫صلَّى‬
َ ‫َّللاُ َعلَ ْي ِه َو‬ َ ِ‫َّللا‬
َّ ‫سو ِل‬
ُ ‫ت َر‬
ِ ‫ان فِي بَ ْي‬
ِ ‫ط‬َ ‫ش ْي‬ ُ ‫ أ َ َمزَ ِام‬: ‫ فَقَا َل أَبُو َب ْك ٍر‬،
َّ ‫ير ال‬
‫ إِ َّن ِل ُك ِل قَ ْو ٍم ِعيدًا َو َهذَا ِعي ُدنَا‬، ‫ يَا أَبَا بَ ْك ٍر‬: ‫سلَّ َم‬
َ ‫علَ ْي ِه َو‬ َّ ‫صلَّى‬
َ ُ‫َّللا‬ َ

Dalam hadis ini menyatakan bahawa, telah menceritakan kepada kami ‘Ubaid
bin Isma’il, dia berkata; Telah menceritakan kepada kami Abu Usamah, daripada
Hisyam, daripada ayahnya, daripada ‘Aisyah RA, dia berkata, “Abu Bakr masuk ke
rumah yang ada dua kanak-kanak daripada kanak-kanak Ansar di sisiku menyanyikan
tentang yang disebut-sebut oleh Ansar pada hari Bu’ats”. ‘Aisyah berkata; Mereka
bukanlah penyanyi. Lantas Abu Bakr berkata, “Adakah seruling syaitan berada di
rumah Rasulullah SAW?”. Ketika itu berlaku pada hari raya. Rasulullah SAW
menjawab, “Wahai Abu Bakar. Sesungguhnya setiap kaum mempunyai hari raya dan
ini adalah hari raya kita”. (Sahih al-Bukhari, no. 923).
Berdasarkan hadis ini, jelas lah bahawa dibolehkan untuk menyanyi dan
mendengarkan nyanyian. Dalam hal ini, mereka yang mengkhususkan keharusan ini
hanya pada hari raya, kanak-kanak dan bukan penyanyi adalah sama sekali tidak
memiliki hujah. Asal ‘ibrah diambil pada keumumannya, bukan pada
pengkhususannya. Walaupun, lafaz hadis menyebutkan tentang hari raya belum tentu
hal tersebut pengkhususan pada hari raya semata-mata.

3.0 ASPEK PERUBAHAN PADA SENI SUARA DAN MUZIK MELAYU

Seni suara dan muzik secara umumnya bekait apabila kita sebagai manusa
mendengar keindahan suara atau bunyi yang dikeluarkan sama ada dari aspek
nyanyian mahupun muzik adalah salah satu daripada naluri manusia. Sejak zaman
dahulu lagi, seni suara dan muzik merupakan tradisi manusia sepanjang zaman dan
semua tempat, masing-masing mempunyai alunan irama tertentu yang dihasilkan
secara spontan contohnya seorang ibu mendodoikan anaknya. Seni suara sama ada
bunyi-bunyian, muzik dan nyanyian adalah sebahagian daripada budaya hidup
manusia termasuk kita yang berada di Malaysia. Di Malaysia yang kaya dengan
pelbagai budaya dan kaum mempunyai seni suaranya yang tersendiri. Pada asalnya
seni suara bertujuan untuk mendapat hiburan dan keseronokan tetapi seni suara dan
muzik di Malaysia telah berkembang dan memainkan peranan istimewa dalam
kehidupan manusia, sejak zaman purba, bunyi telah menarik perhatian orang,
menjatuhkan mereka ke dalam penglihatan, membantu mengekspresikan emosi dan
mengembangkan imaginasi mereka sehinggakan terdapat ahli muzik yang memanggil
muzik adalah cermin jiwa. Oleh itu, seni suara dan muzik di Malaysia mula terbentuk
pada awal kemunculan kemanusiaan yang mengiringi tamadun kita dari awal lagi dan
berlaku pelbagai perubahan.

Sejak zaman berzaman, bermula dengan pengaruh yang dibawa oleh


pendatang dan pedagang Wilayah Timur Tengah, Arab, India dan Persia dan penjajah,
bermula dengan Portugis ; kemudian Belanda dan Inggeris, seni suara dan muzik
Melayu di Malaysia telah berkembang hingga mewujudkan muzik tradisi orang Melayu.
Perkembangan seni suara dan muzik Melayu di Malaysia ini telah mulai sejak lama.
Dahulu, seni ini dikenali dengan adanya muzik Okestra Melayu yang masih
menggunakan gitar akustik, akordeon, rebana, gambus dan suling sebagai instrument
utamanya. Pada abad ke-50 dan 60-an, okestra Melayu ini telah memainkan lagu-lagu
Melayu Deli asal Sumatera. Seiringnya perkembangan waktu unsur India mulai juga
masuk ke dalam muzik Melayu. Ellya Khadam dengan hits “Boneka India”-nya
merupakan salah satu contoh seni suara dan muzik yang menerima unsur India. Selain
itu masih ada penyanyi lain seperti P.Ramlee (Malaysia), Said Effendi (dengan lagu
Seroja) dan lainnya yang mempopularkan genre muzik ini.

Dengan melihat ke belakang, seni suara dan muzik Melayu ini telah berakar
dari Qasidah yang berasal sebagai kedatangan dan penyebaran Agama Islam di
Nusantara pada tahun 635 - 1600 dari Arab, Gujarat dan Persia, sifatnya pembacaan
syair dan kemudian dinyanyikan. Oleh sebab itu, awalnya syair yang dipakai adalah
semula dari Gurindam yang dinyanyikan, dan secara beransur kemudian dipakai juga
untuk mengiringi tarian. Kemudian sekitar tahun 1940 lahir Muzik Melayu Deli, tentu
sahaja gaya permainan muzik ini sudah jauh berbeza dengan asalnya
sebagai Qasidah, karena perkembangan masa ini tidak hanya menyanyikan
syair Gurindam, tetapi sudah jauh berkembang sebagai muzik hiburan nyanyian dan
pengiring tarian khas Orang Melayu pesisir timur Sumatera dan Semenanjung
Malaysia.

Perubahan lain yang belaku pada seni suara dan muzik di Malaysia ialah seni
ini telah mulai terlibat dalam indusri perfileman khususnya filem Melayu. Salah satu
filem yang telah mennunjukkan perubahan pada seni suara dan muzik ialan Filem Laila
Majnun kerana filem cereka Melayu yang pertama ini dibuat di Malaya oleh seorang
pengarah berbangsa India yang bernama B.S. Rajhans pada tahun 1933 dan telah
mendapat sokongan dalam Industri Muzik di Malaysia. Perubahan ini telah
memberikan sokongan dalam bahagian yang penting dalam perkembangan dan
kemajuan industri muzik dan industri ini mewakili golongan yang terlibat secara artistik
dalam penghasilan produk yang berasaskan muzik. Golongan ini juga digelar
karyawan iaitu pencipta lagu, penulis lirik, penggubah muzik, pemuzik dan jurutera
bunyi. Daripada sudut ekonomi karyawan juga memperoleh pendapatan melalui hasil
karya mereka melalui kutipan royalti mekanikal (hardcopy), persembahan dan
penyiaran awam. Oleh itu dengan jelas sekali perubahan seni suara dan muzik melalui
penglibatan dalam industri perfileman Melayu amatlah penting berhubung peruabahn
yang berlaku pada seni ini.
Selain itu terdapat perubahan lain yang berkait dengan pelbagai seni suara
dan muzik yang dipraktis oleh komuniti bukan Melayu pada zaman ini. Ada yang patuh
dengan amalan budaya tradisi atau agama negeri asal, sementara yang lain pula
mengadaptasi mahupun mengangkat penuh seni-seni muzik Melayu tempatan, seperti
seni ronggeng di atas. Misalnya amalan seni persembahan tarian singa mempunyai
sejarah lama di Malaysia setelah dibawa masuk oleh komuniti Cina daripada rantauan
asalnya di Asia Timur. Seni ini secara kukuh dipraktis oleh persatuan-persatuan tarian
singa Malaysia dari 1920an hingga ke hari ini dan juga mempunyai sejarah
perkembangan yang unik kepada Malaysia berbanding dengan negara berbudaya
Cina yang lain seperti Taiwan, Hong Kong dan Singapura. Malahan, kumpulan-
kumpulan tarian singa Malaysia telah menjadi juara tersohor dalam pertandingan
bertahap antarabangsa. Lagipun, persatuan-persatuan ini juga terbuka kepada dan
dianggotai oleh ahli-ahli bukan beretnik.

Di samping itu, perkembangan seni suara dan muzik yang berasal di India
Selatan sangat aktif di Malaysia, dan aktiviti pengajaran pembelajaran, promosi dan
persembahan telah diterajui oleh organisasi seperti Temple of Fine Arts (TFA) di
Brickfields, Kuala Lumpur. Di samping itu, TFA juga telah mementasi beberapa
persembahan tarian dan muzik ‘fusion’ yang mempamerkan budaya seni multietnik
Malaysia. Lagipun penggiat seni karnatik bukan sahaja terdiri daripada warganegara
etnik India. Salah satu tokoh seni tarian klasik India di Malaysia yang sangat terkenal
dan termasyur ialah Datuk Ramli Ibrahim. Beliau baru sahaja menerima anugerah
terhormat Padmi Shri daripada kerajaan India pada 2 April 2018 sebagai menghargai
kariernya selama 40 tahun sebagai penari dan guru seni tarian klasik Oddisi,
persembahan-persembahan Bharatanatyam dan penubuhan organisasi Sutra Dance
Teater di Malaysia (The Star Online, 3 April 2018). Walaupun dihormati di persada
antarabangsa, seni tarian Datuk Ramli amat sukar mendapat sokongan luas daripada
masyarakat etnik Melayu tempatan, meskipun penakrifan ataupun sumbangan dana
dari pihak kerajaan untuk projek-projek pementasannya; beliau lebih bergantung
kepada anjuran syarikat-syarikat swasta dan pertubuhan-pertubuhan antarabangsa.

Sejarah perkembangan seni suara dan muzik di Malaysia melalui pelbagai


peringkat perkembangan yang akhirnya membawa kepada identiti masyarakat Melayu
di Malaysia dan sebahagiannya adalah daripada seni suara dan muzik dalam budaya
masyarakat berbilang bangsa dan etnik. Ia terkait dalam fabrik budaya, sehingga dari
satu segi, muzik tidak boleh dipisahkan dalam kehidupan masyarakat sejak kewujudan
masyarakat dan etnik berkenaan. Oleh itu, muzik yang salah satu fungsinya sebagai
hiburan, sangat mudah diketengahkan dalam arus pembangunan industri media di
Malaysia. Seni suara dan muzik jug adalah termasuk dalam perkara tabi’iy (asasi) di
sisi fitrah manusia. Ia juga termasuk bab urf iaitu adat resam sesuatu bangsa. Malah,
ada bangsa yang amat suka kepada muzik dan nyanyian. Islam tidak menghalang
sesuatu yang selari dengan fitrah dan diterima oleh urf (adat) atau cara hidup budaya
setempat. Jika seni khat merupakan keindahan dalam penulisan untuk santapan mata
manusia, seni bina merupakan keindahan dalam pembinaan untuk santapan mata dan
fizikal manusia dan seni sastera merupakan keindahan dalam berkarya untuk
santapan minda dan intelektual manusia yang kesemuanya menduduki tempat yang
penting dalam Islam sebagai mekanisme dakwah dan keimanan kepada Allah. Begitu
juga seni suara atau muzik yang merupakan keindahan dalam bunyi dan suara untuk
santapan telinga manusia. Ini bermakna seni suara dan muzik juga boleh digunakan
sebaik mungkin untuk manfaat manusia bagi berdakwah dan mengukuhkan keimanan
kepada Allah S.W.T.

4.0 SENI PERSEMBAHAN SUARA ATAU MUZIK YANG DITUNTUT DALAM ISLAM

Seni persembahan suara dan muzik merupakan satu bidang seni yang
digemari oleh masyarakat di Malaysia. Ia sudah menjadi sebati dalam kehidupan dan
budaya manusia daripada zaman dahulu sehinggalah kini. Lazimnya, seni suara dan
muzik dihasilkan adalah untuk menghiburkan orang ramai disamping memberikan
keseronokan. Naluri manusia juga cenderung kepada benda-benda yang indah
termasuklah keindahan terhadap bunyi atau suara yang dikenali sebagai seni suara
atau nyanyian dan muzik.

Islam tidak melarang kesenian kerana sebahagian kesenian itu menyahut


seruan keperluan asas masyarakatnya. Walaubagaimanapun, kesenian tersebut
perlulah dihasilkan dengan mengikut tuntutan dalam agama Islam. Para seniman juga
bertanggungjawab untuk menterjemahkan idea Islam ke dalam bahasa seni supaya
karya seni tersebut merupakan suatu karya yang mempunyai makna yang baik serta
bermanfaat kepada masyarakat. Daya kreatif seni menurut pandangan atau perspektif
Islam adalah suatu dorongan atau galakan yang diberikan oleh Allah kepada manusia
yang perlu digunakan untuk memeriahkan kebesaran Allah. Kesenian Islam juga tidak
diskopkan kepada manusia secara individu sahaja, namun ia juga mempunyai
orientasi sosial atau masyarakat yang berpaksikan keperluan secara bersama.
Apabila membahaskan mengenai hal kesenian daripada sudut pandangan
Islam, sudah semestinya kesenian tersebut perlulah bertepatan dan selari dengan
ajaran yang telah disyariatkan. Hal ini bersamaan dengan konteks seni suara dan
muzik. Setiap manusia secara lazimnya cenderung kepada hiburan seni suara dan
muzik kerana kedua-duanya merupakan tuntutan yang menjadi fitrah manusia. Seni
suara dan muzik juga tidaklah dilarang dalam Islam namun tidak semua jenis muzik
dibenarkan. Hal ini demikian kerana terdapat beberapa perkara seperti prinsip dan ciri
yang membatasinya dan perlu diikuti sebagai memenuhi syarat pembolehan suatu
kesenian itu seperti yang ditetapkan dalam agama.

Menurut Muhammad Abdul Jabbar Beg (1981), seni Islam ialah kesenian yang
melambangkan peribadatan kepada Allah S.W.T yang dihasilkan oleh umat Islam dari
semua keturunan di lingkungan masyarakat Islam. Seni Islam disifatkan sebagai
kesenian yang seimbang antara bentuk dan isi. Ia juga merupakan pertemuan antara
al-Jamal iaitu keindahan dan al-haq iaitu kebenaran (Ismail Faruqi dan Lois Lamya,
1992). Para sarjana Islam memasukkan seni sebagai sebahagian dari Islam.
Walaubagaimanapun, seni mestilah mempunyai kriteria yang baik dan bersesuaian
dengan syariat Islam. Kriteria baik dan buruk menjadi penentu kepada kelahiran
hukum halal dan haram sesuatu seni. Seni yang terangkum dalam kriteria yang baik
dan bersesuaian dengan syariat Islam adalah halal dan yang sebaliknya adalah haram
(Abdul Ghani Shamsuddin, 2001).

4.1 PENDAPAT TOKOH

4.1.2 Al-Ghazali

Al-Ghazali menjelaskan mellaui kitabnya yang berjudul Ihya’


‘Ulum al-Din bahawa larangan mengenai penggunaan alat-alat muzik
tidak mempunyai keterangan yang jelas daripada sunnah Rasulullah
S.A.W. Menurut Al-Ghazali, jenis alat muzik yang tidak dilarang dalam
Islam ialah alat muzik yang mempunyai bunyi yang baik, malah ia tidak
lebih seperti kemerduan suara burung. Beliau mengatakan seni muzik
yang dilarang bagi umat Islam adalah apabila seni muzik dan suara itu
dilakukan di dalam keadaan yang bersubahat dengan kumpulan
peminum arak, penzinaan atau mana-mana perbuatan dosa.
Beliau turut menegaskan bahawa kaedah-kaedah tertentu perlu
diikuti apabila memainkan alat muzik bagi menghasilkan suatu bunyi
yang merdu. Beliau berpandangan orang yang memalu alat muzik
dengan tidak mengikut kaedah sehingga menghasilkan bunyi yang
tidak merdu dan tidak sedap didengari, maka hal tersebut dianggap
haram. Walaubagaimanapun, beliau menjelaskan bahawa kemerduan
itu bukanlah menjadi sebab atau punca pengharaman muzik dan seni
suara, malah qiyas terhadap kemerduan tersebut hendaklah dinilai
kebaikannya secara keseluruhan ataupun mengkaji kerosakan yang
ada padanya. Ini jelas menunjukan bahawa seni suara itu dibolehkan
bukan kerana faktor kemerduannya sahaja, namun ia tetap menjadi
haram sekiranya terdapat unsur-unsur haram yang lain bersamanya
(Al-Ghazali, 1998: 341).

4.1.2 Yusuf al-Qardhawi

Yusuf Al-Qrdhawi juga telah melontarkan pandangan beliau


terhadap seni suara dan muzik. Setelah banyak melakukan analisis
dengan berpandukan dalil-dalil naqli dan aqli serta mengambil kira
pandangan beberapa ulama, maka beliau menegaskan secara
umumnya bahawa hokum seni muzik dan suara pada asalnya adalah
harus tetapi ia boleh berubah kepada hukum-hukum yang lain. (Al-
Qardhawi 1993: 273-277; al-Qaradawi 2000: 264-265).

Berdasarkan pandangan para ulama yang mengharuskan seni


muzik secara bersyarat, umat Islam mempunyai ruang yang cukup
besar untuk memanfaatkan seni suara dan muzik. Hal ini demikian
kerana ia bukan sahaja hiburan semata-mata, malah ianya mempunyai
tujuan-tujuan lain seperti mengeratkan hubungan dengan pencipta,
penyampaian mesej bercorak kemanusiaan, nasihat, jati diri,
ketuhanan, ketamadunan, patriotisme, kebangsaan, kekeluargaan, isu
semasa dan sebagainya. Oleh sebab itulah, umat Islam pada asasnya
tidak dihalang untuk bermain muzik dan menceburkan diri di dalam
arena muzik. Menurut Yusuf Qardhawi hal-hal yang harus diperhatikan
dalam hal nyanyian adalah seperti:
 Tidak semua nyanyian hukumnya dibolehkan kerana isinya harus
sesuai dengan etika serta ajaran dalam Islam.

 Penampilan dan gaya menyanyikannya juga perlu dilihat.


Penampilan mestilah sopan dan tidak menjolok mata serta gaya
yang tidak menimbulkan fitnah dan menaikkan nafsu syahwat.

 Nyanyian tersebut tidak disertai dengan sesuatu yang haram


seperti minum khamar, menampakkan aurat, atau pergaulan bebas
lelaki dan perempuan tanpa batas.

 Nyanyian yang dibatasi dengan sikap tidak berlebih-lebihan.

4.2 CIRI ATAU PRINSIP ISLAM

Secara zatnya, seni suara dan muzik itu tidak haram.


Walaubagaimanapun, seni suara dan muzik boleh jatuh kepada hukum haram
sekiranya terdapat faktor-faktor yang mendorong ke arahnya. Oleh hal yang
demikian, penghasilan seni suara dan muzik itu perlulah didasari oleh prinsip
dan ciri yang telah ditetapkan oleh agama Islam. Secara umumnya terdapat
beberapa prinsip terdapat dalam kesenian Islam itu sendiri. Prinsip-prinsip ini
menjadikan sesuatu seni itu berada di landasan untuk pengiktirafan
sebagai seni yang dikelaskan menepati kehendak atau tujuan seni dalam
Islam. Berikut merupakan prinsip-prinsip dalam kesenian Islam:

 Mengangkat martabat insan dengan tidak meninggalkan nilai-nilai


kemanusiaan, nilai persekitaran dan sejagat. Alam sekitar sebagai
galerinya manakala manusia menjadi seniman yang menggarap segala
unsur kesenian untuk tunduk serta patuh kepada keredaan Allah S.W.T.

 Mementingkan persoalan akhlak dan kebenaran yang menyentuh aspek-


aspek estetika, kemanusiaan, moral dan lain-lain.
 Kesenian Islam menghubungkan keindahan sebagai nilai yang
tergantung kepada keseluruhan kesahihan Islam itu sendiri. Kesenian
yang mempunyai nilai tertinggi ialah yang mendorong ke arah
ketakwaan, kemakrufan, kesahihan dan budi yang mantap.

 Kesenian Islam terpancar daripada wahyu Allah S.W.T sama seperti


undang-undang Allah S.W.T dan syariatnya. Oleh yang demikian, ia harus
berada di bawah lingkungan dan peraturan wahyu. Ini yang membezakan
kesenian Islam dengan kesenian yang lain.

 Kesenian Islam menghubungkan manusia dengan Tuhan, alam sekitar dan


sesama manusia dan makhluk yang lain (Amini Amir Abdullah, 1997).

Selain berpegang kepada prinsip-prinsip yang ditetapkan, seni suara dan


muzik juga haruslah mempunyai ciri-ciri yang tertentu iaitu:

 Memahami matlamat dan tujuan hanyalah untuk mendapat keredaan Allah


S.W.T.

 Mestilah tidak mengganggu dan membawa kepada pengabaian kewajipan


yang lebih utama misalnya sembahyang, tanggungjawab rumahtangga dan
lain-lain.

 Tema yang disampaikan mestilah tidak mengandungi unsur-unsur maksiat.

 Penampilan dan gaya penyampaian mestilah tidak dicemari dengan unsur-


unsur larangan seperti mendedahkan aurat, gaya yang memberahikan,
tempat yang tidak elok seperti bar, kabaret, kelab malam dan sebagainya.

 Membina batasan-batasan akhlak dan aurat.

 Tidak keterlaluan terlibat dalam seni suara dan muzik. Ia hanya dibolehkan
sekadar merehatkan fikiran seketika untuk meneruskan kerja-kerja yang
berfaedah dalam kehidupan.
5.0 KESIMPULAN

Kesimpulannya, karya seni boleh menjadi seni suatu bangsa. Seni juga
menjadi salah satu alat penanda pernyataan tingkatan budaya suatu bangsa. Secara
umumnya, seni muzik adalah sebuah cabang seni yang lebih fokus mengutamakan
penggunaan harmoni, melodi, irama, tempo, dan vokaal sebagai sarana untuk
menyampaikan nilai seni itu sendiri dari seniman atau pembuat seni kepada orang
lain. Muzik sebagai nyanyian merupakan suatu media yang dijadikan sebagai alat
penghibur oleh hampir setiap masyarakat pada masa kini kerana mempunyai nilai
keindahannya yang tersendiri. Keindahan adalah hakikat alam tercipta dan kebenaran
adalah puncak keindahan. Nilai estetika dalam kesenian Islam mestilah
bersepadu dan mengambil kira semua dimensi, peringkat dan manifestasi
kehidupan. Ia hendaklah bermula dengan keindahan jasmani dan berakhir
dengan Yang Maha Indah iaitu Allah S.W.T. Sehubungan dengan itu, keindahan
menurut Islam ialah keindahan yang terpancar dari nilai tauhid, syariat dan akhlak
yang membawa kepada kebaikan dan kebenaran.

Dari segi batasan syarak, adalah jelas dalam Islam bahawa semua seni suara
dan muzik yang mengandungi perkataan yang kotor, fasik atau mendorong kepada
maksiat adalah haram hukumnya. Oleh itu, seni suara dan muzik yang tidak melanggar
syariah dan akhlak Islam serta memberi manfaat kepada manusia secara keseluruhan
dibolehkan sebagai santapan jiwa yang menyumbang kepada keharmonian dan
kedamaian manusia sejagat. Memang para ulama berbeda pendapat antara yang
memakruhkan, menghalalkan dan mengharamkan mendengar nyanyian dan musik
sebaliknya nasjustru menunjukkan kebolehannya. Alasan para ulama yang
mengharamkan karena nyanyian dianggap sebagai ucapan yang tidak berguna
atau perbuatan yang tidak bermanfaat.
RUJUKAN

Analisis Hadis Tentang Larangan Muzik. (n.d.). Retrieved February 2, 2022, from
https://yukioharuaki.mystrikingly.com/blog/analisis-hadis-tentang-larangan-muzik

Cartell, F. (2015, August 8). Pengertian Seni Suara Dan Seni Musik. Academia.edu.
Retrieved February 2, 2022, from
https://www.academia.edu/14777684/PENGERTIAN_SENI_SUARA_DAN_SENI_M
USIK

Dasar Dan Strategi pembangunan Industri muzik Malaysia - KKMM. (n.d.). Retrieved
February 2, 2022, from https://www.kkmm.gov.my/pdf/buku/dasar_industri_muzik.pdf

University, W. O. (n.d.). Seni Suara Dan Muzik. Go to the cover page of WLA 104/03
Pengajian Islam. Retrieved February 2, 2022, from
https://pengajianislam.pressbooks.com/chapter/seni-suara-dan-muzik/

View of islamic arts in the civilization heritage. (n.d.). Retrieved February 2, 2022, from
http://www.al-qanatir.com/aq/article/view/81/73

View of Perspektif Hukum islam tentang seni. (n.d.). Retrieved February 2, 2022, from
https://lp2msasbabel.ac.id/jurnal/index.php/asy/article/view/589/62

Yusof, A., & Bidin, A. (n.d.). Perkembangan Seni Muzik Dalam Peradaban Islam di
nusantara. Journal of Al-Tamaddun. Retrieved February 2, 2022, from
https://juku.um.edu.my/index.php/JAT/article/view/7844

You might also like