Download as pdf or txt
Download as pdf or txt
You are on page 1of 2

MUHAMMAD DANISH BIN ADDY AZHAR

6SEJ1

28/ 10/ 2021

DR SUN YAT SEN MERUPAKAN TOKOH YANG MEMAINKAN PERANAN PENTING DALAM REVOLUSI
1911 DI CHINA. SEJAUH MANAKAH KEBENARANYA.

Revolusi China, 1911 bertujuan untuk menggulikan Dinasti Manchu yang memerintah China sejak
tahun 1664. Menjelang pertengahan abad ke-19, wujud kepercayaan dalam kalangan orang Cina
bahawa dinasti Manchu telah kehilangan mandat untuk memerintah negara. Perkembangan ini
menyebabkan muncul Gerakan Revolusioner di bawah pimpinan Dr. Sun Yat Sen untuk menggulikan
kerajaan Manchu. Dr. Sun Yat Sen merupakan tokoh yang memainkan peranan penting dalam Gerakan
menentang kerajaan Manchu. Beliau dilahirkan pada 12 November 1866 di daerah Hsiang-shan,
Kwangtung di China Selatan. Namun pada itu, Dr. Sun Yat Sen memainkan peranan yang utama dan
amat penting dalam Revolusi 1911 di China.

Peranan Dr. Sun Yat Seng dalam memimpin dan menggerakkan pergerakan revolusi di China ialah
Menubuhkan Pertubuhan Revolusioner. Dr. Sun Yat Sen menubuhkan sebuah pertubuhan
revolusioner, iaitu Hsing Chung-hui di Honolulu, Hawaii pada tahun 1894. Matlamat utama
pertubuhan tersebut adalah untuk menggulikan kerajaan Manchu. Beliau mendapat sokongan
daripada orang Cina di seberang laut untuk melancarkan pemberontakan. Pada tahun 1895, golongan
revolusioner merancang untuk menawan dan menjadikan Canton sebagai ibu pejabat Hsing Chung-
Hui. Jelaslah bahawa, penubuhan Pertubuhan Revolusioner mempunyai matlamat yang penting
dalam menggulingka kerajaan Manchu.

Pengaruh Intelektual China turut memainkan peranan dalam perkembangan idea revolusi dalam
kalangan rakyat China. Antara tokoh yang menyemai benih pembaharuan di China adalah kalangan
Kang Yu-wei dan Liang Chi-chao. Kedua-dua tokoh menubuhkan Persatuan Pelindung Maharaja
(Emperor Protection Society). Antara pembaharuan yang disarankan termasuklah pemerintah
monarki berperlembagaan dan penubuhan institusi-institusi politik seperti parlimen dan
berperlembagaan. Kegiatan golongan intelektual telah menambahkan keinginan untuk melaksanakan
perubahan-perubahan politik di China. Jelaslah bahawa, pengaruh Intelektual China memberikan idea
yang bijak dalam pencetuan revolusi dalam kalangan rakyat China.

Selain itu, Pengaruh Gerakan Pembaharuan juga menjadi peranan dalam perkembangan
Revolusi1911 di China. Gerakan Pembaharuan seperti Gerakan Islah, 1898 meletakkan asas bagi
kebangkitan Revolusi China pada tahun 1911. Semasa Gerakan Islah, 1898, berapa rancangan telah
dilaksanakan oleh golongan reformis untuk menguatkan dan memajukan China. Idea yang
dikemukakan oleh golongan reformis seperti Wang Tao (1828-1897) dan Ho Kai (1858-1917) telah
memberi inspirasi kepada pemimpin-pemimpin Cina melancarkan revolusi terhadap kerajaan
Manchu.Jelaslah bahawa,rancangan Gerakan Islah 1898 telah menguatkan dan memajukan China.
Selepas itu, peranan penting yang juga meletakan perkembangan Revolusi 1911 di China ialah
Peranan Golongan Pelajar. Pelajar-pelajar China yang mendapat Pendidikan di luar negara turut
memainkan peranan dalam kemunculan Revolusi China. Menjelang pertengahan abad ke-19, kerajaan
Manchu telah menghantar banyak pelajar keluar negara. Pelajar-pelajar ini terdedah kepada ideologi
Barat seperti demokrasi, sosialisme, liberalism, dan kebebasan hak asasi manusia. Tambahan pula,
perubahan politik yang berlaku di luar negara turut memberi inspirasi kepada pelajar-pelajar untuk
melancarkan revolusi di China. Kejayaan Revolusi Perancis dan penyatuan negara bangsa di Itali dan
Jerman turut memberi dorongan kepada pelajar-pelajar untuk melancarkan revolusi.Jelaslah bahawa,
Golongan pelajar amat penting dalam Revolusi 1911 di China apabila pelajar-pelajar tersebut terdedah
kepada ideologi Barat.

Di samping itu, Kemajuan Sistem perhubungan turut memainkan peranan dalam pencetusan
Revolusi China. Antara contoh kemajuan Sistem Perhubungan ialah seperti jalan kereta api, telegraf,
dan pos. Kemajuan dalam sistem perhubungan membantu idea revolusioner disebarkan dengan
cepat. Selain itu, sistem perhubungan juga mengeratkan hubungan antara golongan nasionalis dan
seterusnya memudahkan mereka melakukan perancangan revolusi.Jelaslah bahawa, kemajuan sistem
Perhubungan telah meletakan asas dalam peranan yang penting dalam Revolusi 1911 di China.

Kesimpulanya, Revolusi China bermula dengan rasminya pada 10 Oktober 1911 dan Sun Yat Sen
tidak berada di China semasa meletusnya revolusi tersebut. Beliau hanya mengetahui mengenai
revolusi melalui akhbar semasa berada di Amerika. Beliau Kembali ke China pada 25 Disember 1911
dan dilantik sebagai presiden sementara pada 29 Disember 1911. Sun Yat Sen memegang jawatan
tersebut secara rasminya pada 1 Januari 1912. Akibat dari saingan Yuan Shih Kai, Sun Yat Sen telah
menyerahkan jawatan Presidenya Kepada Shih Kai pada 15 Februari 1912.

You might also like