Pristiwa Dahagi India 1857

You might also like

Download as pdf or txt
Download as pdf or txt
You are on page 1of 2

MUHAMMAD DANISH BIN ADDY AZHAR

6SEJ1

25/ 10/ 2021

PRISTIWA DAHAGI YANG BERLAKU DI INDIA PADA TAHUN 1857 TELAH MENGUKUHKAN
CENGKAMAN KUASA BRITISH DI INDIA. BINCANGKAN.

Pada tahun 1857, berlaku penentangan terhadap pemerintahan British yang dikenali sebagai
Dahagi India. Dahagi India merupakan pemberontakan yang dilancarkan oleh sepoi-sepoi yang
menentang pemerintahan British di India dan menganggap Dahagi sebagai perjuangan untuk
membebaskan negara daripada pemerintahan British.Dahagi berlaku secara setempat dan hanya
melibatkan beberapa buah Kawasan tertentu sahaja.Sebahagian besar penduduk tidak terlibat dalam
pemberontakan tersebut.Dalam pada itu, bukan semua askar bangkit menentang British.Namun pada
itu, pristiwa Dahagi yang berlaku di India pada tahun 1857 telah mengukuhkan cangkaman kuasa
British di India.

Pristiwa perubahan dalam Sistem Pentadbiran telah mengukuhkan cengkaman kuasa British di
India. Kerajaan British telah menubuhkan Majlis Kerja dan Majlis Perwakilan bagi melicinkan sistem
pentadbiran. Akta majlis India 1861 menambah bilangan perwakilan dalam Majlis Kerja dan Majlis
Perundangan.Namun demikian, pada peringkat awal orang India tidak diberi peluang untuk menjadi
perwakilan dalam kerajaan.Mulai tahun 1862, perwakilan daripada kalangan orang-orang India
dilantik dalam Majlis Perundangan. Kebanyakan daripada perwakilan ini terdiri daripada golongan
bangsawan yang tidak memahami hasrat orang-orang India.Jelaslah bahawa, dengan penubuhan
majlis-majlis tersebut telah menguatkan lagi kuasa British di India.

Selain itu, pristiwa penghapusan Undang-undang Lesap Waris juga telah mengukuhkan
cengkaman kuasa British di India. Kerajaan British mengambil keputusan untuk menghapuskan
Undang-undang Lesap Waris yang menimbulkan perasaan tidak puas hati dalam kalangan tempatan.
Dalam hal ini, pemimpin yang tidak mempunyai waris dibenarkan mengambil anak angkat untuk
dijadikan waris yang sah terhadap semua harta dan peninggalan mereka.Tegasnya, penghapusan
Undang-undang Lesap Waris telah memberikan impak yang besar terhadap kalangan tempatan.

Selepas itu, cengkaman kuasa British dikukuhkan lagi dengan pristiwa Pemerintahan Mughal
Berakhir. Pada bulan September 1857, British Berjaya menawan semula Kota Delhi daripada
pemberontak. British bertindak menangkap Maharaja Bahadur Shah II dan baginda dibuang negeri ke
Myanmar. Hal tersebut menandakan Dahagi India dapat ditumpaskan oleh British.Jelaslah bahawa,
pristiwa Pemerintahan Mughal Berakhir telah menyaksikan British berkuasa di Kota Delhi.

Di samping itu, Tindakan Terhadap Pemimpin Dahagi turut menjadi pristiwa Dahagi yang
mengukuhkan kuasa British di India. British telah mengambil tindakan terhadap pemimpin-pemimpin
yang terlibat dalam gerakan penentangan. Dudu Mian yang merupakan pemimpin gerakan Fara’idi
telah ditangkap dan dipenjarakan. Ram Singh yang bertindak memboikot barangan buatan British dan
menentang sistem Pendidikan Barat dibuang negeri ke Myanmar. Ajit Singh dan Lala Lajpat Rai yang
terlibat dalam gerakan menentang Akta Penjajahan Punjab, 1907 ditangkap dan dipenjarakan di
Mandalay,Myanmar.Jelaslah bahawa, pristiwa tindakan terhadap pemimpin Dahagi telah
menguatkan lagi cengkaman kuasa British.

Diskriminasi dalam Perkhidmatan Awam turut menjadi Pristiwa Dahagi yang mengukuhkan
cengkaman kuasa British. Kerajaan British mengamalkan diskriminasi terhadap orang-orang India
dalam Jawatan Perkhidmatan Awam. Kerajaan menyekat orang-orang India daripada memasuki
jawatan-jawatan tinggi dalam Perkhidmatan Awam. Pada tahun 1879, hanya enam jawatan penting
dalam kerajaan dikhaskan kepada orang India. Manakala pada tahun 1868, hanya Sembilan biasiswa
ditawarkan kepada orang India bagi melanjutkan pelajaran ke England. Langkah-langkah ini dianggap
oleh orang India sebagai tindakan British untuk menutup pintu pentadbiran kepada orang-orang
India.Jelaslah bahawa, dengan amalan diskriminasi terhadap orang-orang India dalam Jawatan
Perkhidmatan Awam kerajaan British Berjaya menyekat orang-orang India daripada memasuki
jawatan-jawatan tinggi.

Kesimpulan,Dahagi merupakan pemberontakan sepoi bagi menentang pemerintahan British di


India. Pristiwa Dahagi bermula pada 10 Mei 1857 di meerut apabila British bertindak menjarakan
sepoi-sepoi. Pemberontakan 1858, pihak British Berjaya mengawal Dahagi daripada tersebar ke
seluruh benua kecil di India.

You might also like