Influenza MACH

You might also like

Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 14

Pengenalan

Influenza ialah sejenis penyakit berjangkit yang disebabkan virus RNA dari

keluarga Orthomyxoviridae yang berkeupayaan menjangkiti burung dan mamalia.

Influenza akan menyebabkan penyakit akut pada sistem respiratori. Nama ‘Influenza’

berasal dari Italia yang bermaksud “Pengaruh”

Gejala yang paling umum daripada kesan jangkitan

Influenza ialah menggigil, demam, sakit kepala, batuk,

sakit otot, lemah dan pelbagai ketidakselesaan lagi.

Struktur influenza ialah Virion, ia mempunyai

Hemagglutinin (HA) dan Neuraminidase (NA) pada permukaan partikel. RNA virus yang

membentuk genom akan kelihatan seperti gumpalan merah di dalam partikel dan terikat

oleh Ribonuklear Protein (RNPs).

Jenis – Jenis Influenza

Diklasifikasikan berdasarkan virus RNA yang membentuk 3 daripada 5 genera keluarga

Orthomyxoviridae.

1. Influenza A
Burung air liar merupakan perumah yang kerap dijangkiti oleh kebanyakan

Influenza A.

Kadangkala virus menular kepada spesies lain dan mengakibatkan wabak yang parah

kepada unggas dan juga manusia

Influenza jenis ini merupakan Influenza yang paling merbahaya kepada manusia

berbanding dengan influenza yang lain.

Virus ini dapat dibahagikan kepada berbagai Serotype yang dapat dibezakan berdasarkan

antibodi pada virus ini. Iaitu;

 H1N1, Yang menyebabkan Flu Spanyol pada 1918, dan Pandemi k flu 2009

 H2N2, Yang menyebabkan Asian Flu tahun 1957

 H3N2, Yang menyebabkan Hong Kong Flu tahun 1968

 H5N1, Arus pandemi ancaman

 H7N7, Yang telah biasa zoonotik potensi

 H1N2, Endemik pada manusia dan babi

 H9N2

 H7N2

 H7N3

 H10N7

2. Influenza B
Satu jenis sahaja.

Hampir seratus peratus berkebolehan menjangkiti manusia.

Satu-satunya binatang yang rentan terhadap jangkitan Influenza B ialah musang.

Influenza jenis ini mengalami mutasi yang lebih sedikit berbanding Influenza A iaitu

hanya mempunyai 2 hingga 3 kali sahaja.

Imunisasi secara semulajadi akan diperolehi seseorang pada usia muda selepas dijangkiti

influenza B.

3. Influenza C

Boleh menjangkiti manusia, anjing dan babi.

Kadangkala mengakibatkan kesakitan teruk.

Bersifat epidemik.

Influenza C jarang berlaku, namun biasanya menyebabkan penyakit ringan kepada

kanak-kanak.

Patofisiologi

Influenza ialah infeksi akut penyakit yang disebabkan oleh RNA ( Ribonukleik

Asid ) yang mengandungi Myxovirus. Ianya dicirikan sebagai jangkitan pada trek

respiratori dan mempunyai kepelbagaian symptom.


Virus masuk dan menjangkiti trek respiratori atas, Upper Respiratory Trek

( URT ). Virus akan menjangkiti Nasal conchae, trakea, Bronkiol di permukaan sel

mukosa. Ia berkembang di dalam sel Epithelium membrane mukus dan lama-kelamaan

berlaku nekrosis di situ. Keadaan ini akan diikuti dengan struktur trakea, bronkiol dan

silia di permukaan epithelium musnah.

Jangkitan akan merebak ke sel-sel berdekatan melalui mukus ke salur pernafasan

bawah ( Secondary Infectious Develop ).Antara contoh virus penyebab ialah seperti

Pneumococci, Staphylococci, Streptococci, Haemophillus influenza dan lain-lain

organisma.

Tindakan virus terhadap kawasan jangkitan menyebabkan komplikasi seperti

trakeitis, Bronkopneumonia dan Bronkitis. Kardiomiopati ( pembesaran pada jantung )

toksik seperti perikarditis dan endokarditis.

Bagi kes infeksi yang disebabkan oleh virus-virus Avian Influenza boleh

menyebabkan kematian. Virus H5N1 adalah virus Influenza A subjenis H5 dan H7. Ia

mampu mutasi dan menyebabkan pendemik Flue yang lain. Manusia tidak mempunyai

keimunan terhadap H5N1 dan juga tidak terdapat vaksin yang sesuai buat masa ini.

Patogenesisnya pula pada masa ini adalah sukar untuk difahami.

Resevoir jangkitan adalah daripada unggas liar ( Itik, Angsa, Camar dan Unggas

pesisir ). Didapati pembawa berkemungkinan Hos untuk virus jenis ini. Transmisi virus

kepada orang lain jarang dilaporkan, sebaliknya individu mengendalikan konte degan

unggas, risiko jangkitan adalah tinggi. Virus H5N1 akan masuk melalui terk pernafasan
sama seperti influenza biasa, menyebabkan simptom – simptom yang teruk seperti Viral

Pneumonia dan Acute Respiratory Distress.

Kakitangan Hospital seperti Pegawai Perubatan, Penolong Pegawai Perubatan,

Jururawat, jururawat masyarakat dan anggota kesihatan yang lain adalah berisiko tinggi

untuk dijangkiti. Ahli keluarga, pelancong daripada luar yang berlaku wabak influenza

pendemik akan meningkatkan lagi risiko untuk menjankiti orang lain.

Simptom Dan Tanda – Tanda Klinikal

Virus Influenza akan menjangkiti manusia samaada secara langsung atau tidak

langsung. Jangkitan secara langsung contohnya melalui Droplets ( titisan ) daripada

individu yang +VE Virus Influenza kepada individu yang sihat.

Secara tidak langsung pula adalah melalui secara tidak langsung menyentuh objek,

formit ( Pakaian dan barang – barang kepunyaan pesakit ) secara tidak langsung

menimbulkan komplikasi Influenza apabila telah dijangkiti.

Antara Komplikasi yang dapat diperhatikan ialah :

Demam yang melebihi 39 – 40 ( Pireksia )


Sakit kepala

Malaise ( letih lesu dan lemah )

Batuk Kering

Dispnea ( sesak nafas )

Sianosis

Chill Shivering dan Rigor

Sakit Tekak

Nasal Disharge

Kesakitan Maskular ( bahagian belakang dan kaki )

Myalgia ( sakit-sakit otot )

Athergias ( sakit sendi )


Nausea ( loya )

Nadi cepat

Vomiting ( muntah )

Flushing

Anoreksia

Manifestasi Klinikal Influenza

Sindrom klasik influenza merupakan penyakit demam secara tiba-tiba, dicirikan

dari trakeitis dan myalgia. Sakit kepala, menggigil demam, malaise, anoreksia dan sakit

tekak wujud tuba-tiba. Demam secara cepat meningkat ke 101-104°F (38.3-40.0°C), dan

simptom respiratori berlaku. Batuk tidak produktif adalah ciri-cirinya. Bersin,

rhinorrhea dan penyekatan nasal biasanya berlaku. Pesakit juga akan mengadu

photofobia, suara parau, nausea, muntah, diarrhea dan kesakitan abdominal. Pesakit

menunjukkan kesakitan akut dan biasanya batuk. Penyekatan nasal minimum ke

sederhana, discaj nasal dan inflamasi faring. Pemeriksaan paru-paru biasanya negatif.

Kebanyakan orang dewasa yang menghidapi infeksi virus influenza tidak

menunjukkan sindrom klasik seperti yang dinyatakan di atas. Lebih dari itu, sindrom
influenza tidak biasa berlaku kepeda kanak-kanak dan tidak dilihat pada bayi. Pesakit

yang mempunyai penyakit tersebut mungkin mengalami simptom seperti bersin yang

kuat, penyekatan nasal, discaj nasal dan sakit tekak (penyakit respiratori bahagian atas);

sakit tekak bersama erythema (faringitis); suara parau (laryngitis); atau batuk

(trakeobronkitis). Demam mungkin tiada.

Simptom-simptom respiratori dan sistemik influenza biasanya berlaku 1-5 hari.

Terdapat banyak komplikasi influenza tetapi influenza pneumonia yang boleh mnenjadi

ekstensif dan pneumonia bacterial sekunder adalah paling kerap.

DIAGNOSIS

Perbandingan Influenza dan Demam Biasa

Ciri-ciri Influenza Demam biasa

Serta-meta* Terus-menerus Lebih berkala

Demam* Biasa berlaku: 37.7°C - 40.0°C (100°F - Jarang berlaku atau hanya 0.5°C

104°F) (1°F) peningkatan

Myalgia* Teruk, biasa berlaku Jarang berlaku

Arthralgia Teruk, biasa berlaku Jarang berlaku


Anorexia Biasa berlaku Jarang berlaku

Sakit kepala Teruk, biasa berlaku Kurang, jarang berlaku

Batuk Teruk, biasa berlaku Kurang ke sederhana

(Kering)*

Malaise Severe Kurang

Letih, lemah More common than with the common Sangat kurang, tidak lama

cold;lasts 2 to 3 weeks

Sakit dada Teruk, biasa berlaku Kurang ke sederhana

Hidung Sekali-sekala Biasa berlaku

tersumbat

Bersin Sekali-sekala Biasa berlaku

Sakit Sekali-sekala Biasa berlaku

kerongkong

*--Satu atau lebih ciri-ciri di atas mungkin menunjukkan seseorang itu menghidapi

influenza

Kaedah Penyiasatan Bagi Kes Influenza

Terdapat pelbagai kaedah yang digunakan bagi mengesan kes influenza. Selain daripada

mengesan tanda dan simptom, beberapa jenis ujian dilakukan bagi mengesah dan
menguatkan lagi diagnosis. Selain itu, ujian ini juga boleh membantu dalam mengesan

jenis virus yang menjadi punca utama. Berikut adalah ujian yang biasanya dilakukan bagi

menyiasat kes influenza:

(i) Throat swab : Sampel akan diambil dari bahagian dalam tekak pesakit dengan

menggunakan swab kapas yang steril. Sebelum mengambil sampel, pesakit tidak

dibenarkan untuk berkumuh dengan pencuci mulut antiseptik kerana dikhuatiri akan

membunuh kuman dan ini menyebabkan sampel yang diambil selepas itu tidak relevan.

Sampel yang diambil kemudiannya akan diuji di makmal untuk kultur dan sensitiviti

bagi mengesan jenis mikroorganisma penyebab dan rawatan yang sesuai.

(ii) Sputum untuk kultur dan sensitiviti : Sampel sputum atau kahak akan diambil dari

pesakit untuk ujian kultur dan sensitiviti. Sama seperti ujian throat swab, pesakit yang

mengalami tanda dan simptom selesema akan diminta untuk membuang kahak mereka ke

dalam bekas yang disediakan.

(iii) Ujian darah : Ujian darah yang lebih spesifik ialah Total White Blood Cell Differential

Count yang mana ianya dibuat untuk mengesan perubahan pada kuantiti sel darah putih.

Jika ada kehadiran virus, kuantiti limfosit akan meningkat.

Ujian-ujian yang dilakukan di atas adalah penting bagi mengesan punca penyebab

sebenar penyakit dan bagi memastikan ubat dan rawatan yang diberikan bersesuaian

dengan punca penyakit.

Rawatan dan Pengurusan Kes Influenza


Untuk demam selesema, rawatan simptomatik akan diberi sekiranya ada tanda seperti

batuk, bersin, berhingus dan panas badan. Jika pesakit mengalami demam panas yang

ringan, berikan 2 biji pil paracetamol atau acetaminophen 500mg setiap 6 jam untuk

mengurangkan pireksia. Jika pesakit batuk berkahak, doktor akan memberikan ubat

sirap Diphenhydramine Hcl atau Benadryl dengan dos 10mg/5ml , setiap 8 jam untuk

menggalakkan batuk.Selain itu, ia juga boleh mengurangkan rhinorrhea atupun hidung

berhingus. Jika pesakit batuk kering, ubat anithistamina seperti Promethazine Hcl (oral

25mg TDS) akan diberi untuk halang batuk. Jika pesakit mengalami reaksi alergi seperti

gatal-gatal hidung, Chlorpheniramine Maleate (oral 4mg TDS) akan diberi untuk

mengurangkan rasa gatal.

Pesakit yang mengalami selsema juga haruslah diberi rehat yang secukupnya supaya tidak

merasa letih kerana sistem pertahanan badan sedang bekerja keras untuk melawan

penyakit. Pesakit juga harus minum air dalam kuantiti yang banyak bagi mengganti

cecair yang hilang ketika hidung berhingus dan bersin. Jika minum air tidak mencukupi,

ORS akan dicampurkan ke dalam air untuk mengurangkan dehidrasi dan menggantikan

elektrolit yang hilang. Asid askorbik ataupun vitamin C juga biasany diberikan kepada

pesakit bagi menggalakkan proses penyembuhan berlaku dengan cepat.

Jika ada jangkitan bakteria, ubat antibiotik akan diberikan untuk mengelakkan jangkitan

penyakit sekunder. Contohnya pemberian Erythromycin 500mg QID (setiap 6 jam / 4 kali

sehari) untuk orang dewasa. Manakala, bagi kanak-kanak (sirap 62.5-125mg/5ml QID).

Sebenarnya tiada rawatan yang spesifik bagi selsema biasa. Rawatan dan pengurusan

adalah bagi meredakan simptom-simptom yang dialami pesakit. Demam biasanya pulih

selepas 2-3 hari.


PROFILAKSIS

a) Apakah rawatan bagi influenza?

Antaranya adalah

• Mengambil ubat demam seperti paracetamol untuk melegakan demam dan sakit kepala

• Minum banyak air bagi melegakan sakit tekak dan batuk

• Amalkan pemakanan seimbang dan tidur atau rehat yang secukupnya

• Hindarkan stres kerana ini akan melemahkan sistem pertahanan badan

• Jika tanda dan gejala berlarutan, dapatkan rawatan di klinik atau hospital berdekatan.

b)Bagaimana jangkitan influenza boleh dielakkan dari merebak?

i. Jika seorang bersin atau batuk:

• Tutup mulut dan hidung dengan tisu atau sapu tang an

• Buang tisu yang digunakan ke dalam tong sampah


• Jangan berkongsi sapu tangan

• Basuh tangan dengan sabun selepas batuk dan bersin. Juga basuh tangan dengan bersih

setelah menyentuh bahan mentah, permukaan tercemar, muka, hidung, telinga dan lain-

lain anggota badan

ii. Pakai penutup mulut dan hidung (mask) untuk mengelakkan jangkitan influenza.

iii. Elakkan dari berada di tempat-tempat awam jika anda dijangkiti influenza.

elakkan tempat sesak seperti ini

PERANAN PENOLONG PEGAWAI PERUBATAN DALAM MENANGANI

INFLUENZA

1)Membuat pengesanan awal

Penolong Pegawai Perubatan akan bertindak mengesan sebarang jangkitan influenza di

mana berlaku perebakan jangkitan tersebut.ini bertujuan adalah mengesahkan sekiranya

ada berlaku jangkitan influenza pada kawasan yang dikesan.

2)rawatan awal
Rawatan yang diberikan oleh Penolong Pegawai Perubatan adalah rawatan simptomatik

sahaja. Sekiranya ada tanda-tanda awal demam maka analgesik dan anti-piretik seperti

Paracetamol yang diberikan kepada pesakit untuk rawatan awal.

3)Pendidikan kesihatan

Penolong Pegawai Perubatan juga berperanan memberi ceramah kesihatan tentang

bahaya influenza kepada orang ramai agar mereka dipertanggungjawabkan untuk

menjaga kebersihan diri dan persekitaran.Di samping itu, promosi kesihatan diadakan

untuk mendedahkan pengetahuan kepada orang ramai tentang infkuenza

4)Notifikasi

Penolong Pegawai Perubatan juga bertanggungjawab untuk menghantar notifikasi dalam

masa 24 jam kepada Pengawai Kesihatan Daerah seterusnya ke Peringkat bahagian dan

kepada Pengarah.

5)berkerjasama dengan orang ramai.

Bukan itu sahaja,Penolong Pegawai Perubatan juga berkerjasama dengan jururawat dan

orang ramai untuk menangani jangkitan influenza dengan menggalakkan orang ramai

kerap mencuci tangan dengan sabun.Di samping itu, pembantu perubatan harus memberi

nasihat agar berkerjasama dan meminta orang ramai kurang menunjungi tempat sesak

dan penuh dengan orang ramai.Malahan juga menggalakan orang ramai memakai topeng

muka bagi mengelak dijangkiti.

You might also like