Download as doc, pdf, or txt
Download as doc, pdf, or txt
You are on page 1of 5

JKDKMKMUAR JKDKMKMUAR JKDKMK JKDKMKMUAR JKDKMKMUAR JKDKMKMUAR JKDKMKMUAR

JKDKMKMUAR JKDKMKMUAR JKDKMK JKDKMKMUAR JKDKMKMUAR JKDKMKMUAR JKDKMKMUAR

922/1
JKDKMKMUAR JKDKMKMUAR JKDKMK JKDKMKMUAR JKDKMKMUAR JKDKMKMUAR JKDKMKMUAR
STPM 2020
JKDKMKMUAR JKDKMKMUAR JKDKMK JKDKMKMUAR JKDKMKMUAR JKDKMKMUAR JKDKMKMUAR
PEPERIKSAAN PERCUBAAN SEMESTER 1
JKDKMKMUAR JKDKMKMUAR JKDKMK JKDKMKMUAR JKDKMKMUAR JKDKMKMUAR JKDKMKMUAR
JKDKMKMUAR JKDKMKMUAR JKDKMK JKDKMKMUAR JKDKMKMUAR JKDKMKMUAR JKDKMKMUAR
KESUSASTERAAN MELAYU KOMUNIKATIF
JKDKMKMUAR JKDKMKMUAR JKDKMK JKDKMKMUAR JKDKMKMUAR JKDKMKMUAR JKDKMKMUAR
JKDKMKMUAR JKDKMKMUAR JKDKMK JKDKMKMUAR JKDKMKMUAR JKDKMKMUAR JKDKMKMUAR
KERTAS 1

DUA JAM

SIJIL TINGGI PERSEKOLAHAN MALAYSIA

(MALAYSIA HIGHER SCHOOL CERTIFICATE)

Arahan kepada calon:

JANGAN BUKA KERTAS SOALAN INI SEHINGGA ANDA DIBENARKAN BERBUAT DEMIKIAN.

Jawab tiga daripada enam soalan, iaitu satu soalan daripada Bahagian A, satu soalan daripada Bahagian B,
dan satu soalan daripada Bahagian C.

Anda boleh menjawab semua soalan daripada setiap bahagian tetapi hanya satu jawapan pertama bagi setiap
bahagian akan diperiksa.

Kertas soalan ini terdiri daripada 5 halaman bercetak.

© Majlis Peperiksaan Malaysia 2019

STPM 922/1 [Lihat sebelah

1
*Kertas soalan ini SULIT sehingga peperiksaan kertas ini tamat. SULIT*

Bahagian A: Puisi [25 markah]

Jawab satu soalan sahaja.

1.Baca puisi di bawah dan jawab soalan-soalan yang mengikutinya.

Taat Setia Raja dan Rakyat

Raja muafakat dengan menteri

Seperti kebun berpagarkan duri.

Betul hati kepada raja,

Tanda jadi sebarang kerja,

Hukum adil atas rakyat,

Tanda raja beroleh inayat.

Kasihkan orang yang berilmu,

Tanda rahmat atas dirimu.

Hormat akan orang pandai,

Tanda mengenal kasa dan cindai.

(a) Berdasarkan puisi, jelaskan ciri-ciri pemimpin yang dapat dijadikan teladan kepada rakyat.[9]
(b) Bincangkan empat kesan daripada ketaatsetiaan raja dan rakyat. [16]

2. Baca sajak di bawah ini dan jawab soalan-soalan yang mengikutinya.

Menyongsong Arus
(mengenang Bahaman dan Mat Kilau)
Kemala

Sesekali arus wajar kusongsong

kalau tidak aku akan tetap mendap di kuala
di hulu sungai ada negeri sejuta tahun
beribu pohon belum disentuh
sejuta erang cengkerik di liang-liangnya
aroma daun dibasahi embun
gadis sunti menjabat puyuh di kaki gunung
"tak kulihat bayang pengembara jauh
menyelam di jeram dugaan
tak kutatap sayang meranum
dan berahiku gigil sendiri"
selasih di genggaman
dan kasih di pautan.

Sesekali arus kusongsong

untuk kukenal wajah kilatan maut
ambil cemuh, simpan di peti-peti besi
menunda-nunda serapah tuk batin
jejak pendekar padam sudah
batu-batu dihakis sejarah
seribu kerikil dengan gigi tajamnya

2
menyeringai menepis gerimis
"dialah yang melandai tubuhku
dentum peluru sepoi Inggeris
meringgis kulit, hanya desis
menyibak kebal embun tuju subuh
dia berwajah meninggal bayang
tak berwajah, hanya dentuman

menerjah cengal, membalik

berdebur ke sungai
penuntun mata angin
taufan dalam diri
serigala mengilau di mata
"nyeberang kuala trenggan!"

Sesekali arus wajar kusongsong

merempuh jeram
batu-batu hidup, angin berdarah
membawa alamat
"masih belum kiamat, dik
kau tiba pada senja
lewat seribu musim
aku menggenggam keris lok tujuh
kau menggumam pantun
dan gurindam. Namun
masih kita punya satu ibu!"

Sesekali arus wajar kusongsong

untuk kembalikan kilat diri
ke padang sasar sejarah.
Untuk mencium bau merbau dan keruing
dan terjemahkan
rintih sejuta cengkerik
di liang-liang rumahnya
di hutan purbawi ini.

Ada cermin
di dasar kali
ada amin di dasar hati
menyongsong kali
menyongsong diri.

Kuala Tahan
Taman Negara
(Dipetik daripada Majlis Peperiksaan Malaysia [peny], 2012.
Permata Sastera Melayu, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka)

a) Huraikan pemikiran yang terdapat dalam sajak. [9]

b) Dengan mengemukakan contoh, huraikan empat gaya bahasa dan kesannya. [16]

3
Bahagian B: Prosa Tradisional [25 markah]

Jawab satu soalan sahaja.

3. Berdasarkan penyataan di atas, bincangkan syarat-syarat yang perlu dipatuhi oleh menteri
sebagai mana yang terdapat dalam teks “Taj Us-Salatin”. [25]

4. Berdasarkan inilah Hikayat Menyatakan Nabi Wafat”, jawab soalan yang berikut :

(a)Bincangan nilai kemasyarakatan yang terdapat dalam hikayat tersebut. [16]

(b)Huraikan perwatakkan Siti Fatimah. [9]

Bahagian C: Prosa Moden [25 markah]

Jawab satu soalan sahaja

5. Berdasarkan cerpen “Melankoli Diatas Rumput” yang termuat dalam teks Permata Sastera
Melayu, jawab soalan dibawah ini.

(a)Bincangan persoalan yang terdapat dalam cerpen ini. [16]

(b)Berdasarkan cerpen, huraikan tiga perwatakan “Aku” [9]

6.Teliti petikan berikut dan jawab soalan-soalan yang mengikutinya.

MARGA MUDA : Aku hanya menceritakan apa yang aku tahu, Anas. Apa yang aku faham
dan apa yang aku lihat. Ini kisah keluarga aku. Kisah malang yang menyebabkan ibu serba
salah, dan akhirnya adik-adikku menjadi anak terbuang. Aku faham perjuangan ayah. Tapi
ibuku? Adik-adikku? Pernah salah seorang adikku bertanya, mengapa ayah tidak akur kepada
pemaju, menerima ganti rugi dan hidup senang lenang sampai ke tua. Aku memeritahunya,
ayah ada harga diri. Ayah memberitahunya, ayah ada harga diri. Ayah ada maruah. Tapi kata
adikku, kita bagaimana? Nasib kita bagaimana? Mengapa ayah membiarkan kedegilannya
membinasakan kami sekeluarga? Aku mahu berdepan dengan ayah!
Aku mahu mendesaknya untuk melihat kami, bukan dirinya saja dalam perjuangannya. Tapi
setiap kali aku berdepan dengannya aku tidak tergamak setiap kali aku melawatnya di penjara dia
akan bertanya bagaimanakah tanah kita!tanah kita, anas! Dia menanyakan tanah kita! Apakah
yang boleh aku beritahu pada adik-adikku? Bahawa ayah hero? Ayah pejuang? Menegakkan
kebenaran? Kau tahu Anas, setiap malam, adikku yang paling kecil akan memanggil nama mak.
Tangisannya menyakitkan aku, Anas. Setiap malam aku tidak boleh tidur kerana racau dan
tangisannya kau mahu aku menberitahu ayah ? dia dengan wajah bangganya seolah-oalh berkata,
ini ayah kamu, pejuang sebenar, kalian harus bangga!
(Dipetik daripada Majlis Peperiksaan Malaysia [peny], 2012.
Permata Sastera Melayu, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka)

(a)Huraikan latar masyarakat yang tergambar dalam petikan di atas. [9]

(b)Berdasarkan drama, jelaskan perwatakan Marga Muda. [16]

*Kertas soalan ini SULIT sehingga peperiksaan kertas ini tamat. SULIT*

4
5

You might also like