Kelantan 2020 Skema

You might also like

Download as pdf or txt
Download as pdf or txt
You are on page 1of 16

922/1 STPM 2020

KESUSASTERAAN MELAYU KOMUNIKATIF


KERTAS 1
(DUA JAM)

SKEMA PEMARKAHAN

JABATAN PENDIDIKAN NEGERI KELANTAN

SIJIL TINGGI PERSEKOLAHAN MALAYSIA


(MALAYSIA HIGHER SCHOOL CERTIFICATE)

Arahan kepada calon:


JANGAN BUKA KERTAS SOALAN INI SEHINGGA ANDA
DIBENARKAN BERBUAT DEMIKIAN.
Jawab tiga daripada enam soalan, iaitu satu soalan daripada Bahagian A, satu
soalan daripada Bahagian B, dan satu soalan daripada Bahagian C.
Anda boleh menjawab semua soalan daripada setiap bahagian tetapi hanya satu
jawapan pertama bagi setiap bahagian yang akan diperiksa.

Kertas soalan ini terdiri daripada halaman bercetak dan halaman


kosong.
BAHAGIAN A: PUISI [25 Markah]
1. Baca gurindam di bawah ini dan jawab soalan yang mengikutinya.

Taat Setia Raja dan Rakyat

Raja muafakat dengan Menteri,


Seperti kebun berpagarkan duri,

Betul hati kepada raja,


Tanda jadi sebarang kerja.

Hukum adil atas rakyat,


Tanda raja beroleh Inayat.

Kasihkan orang yang berilmu,


Tanda rahmat atas dirimu.

Hormat akan orang pandai,


Tanda mengenal kasa dan cindai.

(dipetik daripada Majlis Peperiksaan Malaysia[peny,], 2012.


Permata Sastera Melayu, Kuala Lumpur: DBP, hlm 13)

1. Bincangkan nilai-nilai yang dapat menjamin hubungan yang baik antara pemerintah dan rakyat.
[25]
CADANGAN SKEMA
Pengenalan [3]

F1. Sejenis puisi tradisional yang tidak tentu bentuknya, sama ada terikat ataupun tidak. Bentuk
terikat terdiri daripada dua baris serangkap. Mengandungi tiga hingga enam patah perkataan
sebaris. Manakala rima akhirnya ialah a a. Gurindam biasanya memerlukan beberapa rangkap
untuk melengkapkan satu keseluruhan idea.

F2. Mengandungi nasihat/pengajaran/sindiran/hiburan dan pendidikan, Gurindam juga


mencerminkan gambaran masyarakat zaman tradisional, Dijadikan media komunikasi antara ahli
masyarakat.

F3. Menyenaraikan isi- isi penting

ISI [20]
F1: Nilai adil/ telus.
H/C : Setiap pemerintah perlulah adil dan saksama sewaktu menjalankan tugas sebagai pemimpin.
Tanpa keadilan pastinya rakyat akan berasa tidak puashati terhadap pemerintah. Ini akan
menyebabkan hilang rasa hormat terhadap pemerintah, secara tidak langsung sedikit sebanyak
akan mengugat kestabilan negara. Jelaslah raja yang memerintah dengan adil akan dihormati oleh
rakyat dan mereka akan memberi taat setia sepenuhnya kepada raja.
Hukum adil atas rakyat,
Tanda raja beroleh Inayat.
F2. Nilai taat setia.
H/C: Sifat taat setia perlu ada dalam sanubari setiap rakyat yang mempunyai pemerintah demi
mengelakkan perpecahan berlaku dalam sesebuah negara. Tanpa memiliki sifat taat dan setia
kepada pemerintah, pastinya mudah bagi musuh menyelinap masuk dan melakukan kekacauan
dalam sesebuah negara. Jelaslah antara raja dan rakyat saling memerlukan sekiranya raja adil,
baginda akan dihormati dan disanjung oleh rakyat tanpa berbelah bagi.
Betul hati kepada raja
Tanda jadi sebarang kerja

F3. Nilai Prihatin.


H/C: Raja perlu mengambil berat tentang hal ehwal kebajikan rakyat. Keprihatinan raja dalam
menjatuhkan hukuman yang adil terhadap rakyat akan mewujudkan sebuah negara yang harmoni
Hukum adil atas rakyat
Tanda raja beroleh inayat

F4: Menhargai cendikiawan/ menghormati golongan bijak pandai.


H/C: seseorang pemerintah hendaklah menghormati golongan bijak pandai/ cendikiawan.
Menghormati , menghargai dan menyanjung golongan ilmuan agar kemajuan negara dapat
dicapai.
Hormat akan orang pandai,
Tanda mengenal cindai dan kasa.

F5. Nilai muafakat/ Kerjasama.


H/C: Jika raja bertindak sendirian , pastinya raja akan dilabelkan pemerintah yang kejam.
Secara tidak langsung akan membentuk sebuah negara yang stabil dan rakyat hidup dalam
keadaan aman.
Raja muafakat dengan Menteri,
Seperti kebun berpagar duri.

F6. Nilai amanah/ Bertanggungjawab


H/C: Amanah dalam semua tugasan agar semua tanggungjawab terlaksana. Rakyat akan
menghormati raja yang memiliki sifat amanah dalam melaksanakan tanggungjawab sebagai
pemerintah.
Betul kata hati raja,
Tanda raja beroleh Inayat.

F7: Nilai kasih sayang

Nota: Calon dikehendaki mengemukakan jawapan berbentuk perbincangan (pro dan konrta)
Huraian: perlu ada pro dan kontra 2 markah
Jika tidak ada perbincangan (pro dan kontra) 0 markah

Pilih 5 isi sahaja


1 isi = 4 markah ( 1m fakta, 2 m huraian [pro n kontra], 1m contoh )

C: Penutup [2]

Calon dikehendaki membuat rumusan/ kesimpulan/ pandangan/ cadangan


2. Baca sajak di bawah ini dan jawab soalan-soalan yang mengikutinya.

Pahlawan Ialah Dia


Abdul Ghafar Ibrahim

Pahlawan ialah warga yang mengalirkan keringat


demi menyuburkan ladang negara sayang
Pahlawan ialah warga yang menitiskan darah
demi menghidupkan simponi negara berbilang.

Dialah pahlawan yang mengumpulkan tenaga


siap sedia
atas nama negara yang tidak dibiarkan leka
Dialah pahlawan yang menghimpunkan setia
tahan uji
atas nama negara yang tak dibiarkan mati.

Siang-siang berjaga-jaga kerana tak rela


masa depan bangsanya lena
malam-malam waspada kerana tak sanggup
peluang bangsanya tertutup.

Khidmat cemerlangnya mengapung


pada permukaan bahang puji dan keji
Semangat wajarnya kental membara
di udara kaji dan uji.

Mentari waktu menyambar kasih-sayangnya


pada keluarga semasa bertugas jauh
Bulan masa merebut tidurnya
dari sisi dikasihi oleh jadual cemas.

Dialah laskar pelindung kota penyokong desa


warga yang tekadnya disimpulmatikan
oleh jawapan sejahtera aman
Dia nadi ketahanan industri
teknologi kembangan
memikul amanah tak berkesudahan
demi mencari jawapan makmur raya.

Tubuhnya perisai tembus peluru.


Bom-bom-boom-bamm
dia tak gentar
Tum-tam-tum-tammm
dia tunggu
tret-tet-tret –tettt
dia terus maju.
Baktinya bunga harum mewangi warna-warni
dia tak peduli
dia tak terpegun
dia terus tugas tekun.
Sebagai warga bangga bermaruah
dia terus gemakan gunung hasrat:
Selamat negara
Besar bangsa
Pelihara agama
Daulat bahasa
Cemerlang budaya

Kerana dialah anak watan pewaris keselamatan


Kerana dialah kelompok rakyat
penjunjung amat
yang bersandar pada sinar takwa
yang pernah mengalami erti sengsara:

Cedera di bukit
tangis di laut
jerit di udara

tempang di sempadan
buta di ladang
lemas di sungai
lesu di sawah
parah di lembah

Yang menjadikan kematian bukti hidupnya


pahlawan
bukti zaman yang pernah dilindungi
zaman yang menjadi saksi
kepada nilai kemanusiaan yang megah
dipertahankan

(Dipetik daripada Majlis Peperiksaan Malaysia. [peny.],


2012.Permata Sastera Melayu. Kuala Lumpur;
Dewan Bahasa dan Pustaka, halaman 29-31)

a) Dengan mengemukakan contoh, huraikan tiga unsur perulangan dan kesan pada nilai
estetik sajak di atas. [9]

b) Bincangkan empat sikap pahlawan yang dikemukakan oleh penyajak dalam sajak di atas.
[16]
CADANGAN SKEMA:
a). huraikan tiga unsur perulangan dan kesan pada nilai estetik sajak di atas.

F1: Asonansi
H/C: Perulangan / persamaan bunyi huruf vokal dalam satu-satu baris yang diulang-ulang
dalam deretan kata.
Pahlawan ialah warga yang mengalirkan keringat
Fungsi: berfungsi menimbulkan kemerduan bunyi

F2: Aliterasi
H/C: Perulangan / persamaan bunyi huruf konsonan dalam satu-satu baris yang diulang-ulang
dalam deretan kata
dari sisi dikasihi oleh jadual cemas
Fungsi: menimbulkan bunyi kelembutan, kemerduan/ nyaring/ lantang

F3: Anafora
H/C: Anafora-perulangan kata di awal baris dan sepatutnya secara berturutan
Contoh: dia tak terpegun
dia terus tugas tekun
Fungsi:menegaskan maksud yang hendak disampaikan

F4: Perulangan rangkaikata /ungkapan


H/C: frasa/rangkaikata yang sama diulang-ulang
Contoh: Pahlawan ialah warga yang mengalirkan keringat
demi menyuburkan ladang negara sayang
Pahlawan ialah warga yang menitiskan darah
Fungsi: menegaskan maksud yang hendak disampaikan

F5: Perulangan kata di tengah baris /responsi


Contoh: tempang di sempadan
buta di ladang
lemas di sungai
Fungsi: menegaskan maksud yang hendak disampaikan

Pilih 3 isi sahaja


1 isi = 3 markah ( 1 markah fakta, 1 markah contoh, 1 markah fungsi )
3 isi = 3 x 3 markah = 9 markah

b).Bincangkan empat sikap pahlawan yang dikemukakan oleh penyajak dalam sajak di atas. (16)

________________________________________________________________________

F1: Sikap pahlawan yang sanggup berkorban tenaga demi negara tercinta
H/C: Para tentera sanggup mencurahkan bakti biarpun terpaksa berdepan dengan kematian
demi memastikan negara aman sejahtera.

Pahlawan ialah warga yang mengalirkan keringat


Demi menyuburkan ladang negara sayang
F2: Sikap pahlawan yang sentiasa siap siaga/bersiap sedia dalam melaksanakan tugas
H/C: Para tentera selalu berada dalam keadaan siap sedia menjalankan tugas bagi memastikan
negera tercinta berada dalam keadaan selamat

Dialah pahlawan yang mengumpulkan tenaga


siap sedia
Atas nama negara yang tidak dibiarkan leka

F3: Sikap pahlawan yang setia kepada Negara


H/C: Ketaatan yang tidak berbelah bagi terhadap negara tercinta, sanggup menghadapi ujian
getir bagi mempertahankan negara.

Dialah pahlawan yang menghimpunkan setia


tahan uji

F4: Sikap pahlawan yang tabah dalam mengharungi ujian


H/C: Para tentera sanggup berdepan dengan apa jua cabaran yang mendatang malah sanggup
berkorban nyawa demi negara tercinta.

Dialah pahlawan yang menghimpunkan setia


tahan uji
atas nama negara yang tak dibiarkan mati.

F5: Sikap pahlawaan yang tahan ujian


H/C: mampu mendepani apa jua rintangan dalam melaksanakan tugas bagi memastikan negara
tercinta sentiasa selamat.
Dialah pahlawan yang menghimpunkan setia
tahan uji

lain-lain isi yang releven:


F6 Berani / bersemangat waja
F7 Bertanggungjawab /Amanah
F8 Rela mati demi Negara
F9 Berwaspada

Pilih 4 isi sahaja


1 isi = 4 markah ( 1 markah fakta, 2 markah huraian, 1 markah contoh )
4 isi = 4 x 4 markah = 16 markah
Nota: Calon dikehendaki mengemukakan jawapan berbentuk perbincangan (pro dan konrta)
Huraian: perlu ada pro dan kontra 2 markah
Jika tidak ada perbincangan (pro dan kontra) 0 markah
BAHAGIAN B: PROSA TRADISIONAL [25 Markah]

3. Bincangkan syarat-syarat yang perlu dipelihara oleh menteri yang boleh diterapkan dalam
kehidupan sebagaimana yang terdapat dalam “ Tajus Us- Salatin “ seperti yang termuat dalam
Permata Sastera Melayu [25]

CADANGAN SKEMA:

A. Pengenalan [3]

F1: Konsep/ Takrif kesusasteraan ketatanegaraan/sastera adab


F2: Kandungan Tajus Us- Salatain
F3: Menyatakan isi-isi perbincangan

B. Isi [20]

F1 : Memberi bakti yang baik kepada rakyat.


H/C: Menteri yang berbuat kebaktian kepada rakyat jelata akan mendapat rahmat dan
perlindungan dari Allah. Allah akan suka kepada pemerintah yang menjaga kebajikan rakyat.
Sekiranya menteri tidak menjalankan tanggung jawab yang dipikul dan tidak berbuat baik pada
rakyat, maka akan dating kemurkaan Allah. Kesannya kepada kehidupan, tentunya rakyat akan
taat kepada pemerintah dan mewujud keamanan kepada rakyat jelata.

F2: Bersyukur atas nikmat dan kurniaan raja.


H/C: Menteri seharusnya beryukur atas anugerah yang dikurniakan oleh raja. Sekiranya ada
menteri yang tidak menunjukkan rasa syukur dan gembira dengan kurniaan raja kepadanya, maka
ianya akan menimbulkan rasa tidak senang raja hati raja. Kesanya jika menteri bersyukur atas
pemberian raja dan berpuas hati atas anugerah raja tentunya akan wujud persefahaman antara raja
dengan menteri . Ini tentunya akan mewujudkan kemananan sesebuah negeri.

F3 : Membelanjakan wang negara secara berhemah


H/C: Perbelanjaan yang digunakan oleh menteri mesti mendapat kebenaran raja yang diambil
daripada perbendaharaan. Harta yang ada dalam perbendaharaan merupakan simpaman untuk
waktu berhadapan dengan kesukaran. Jika sekiranya menteri boros, ia boleh menyebabkan
pembaziran dan kerugian kepada negara. Kesan kepada kehidupan tentukan negara akan akan
aman dan rakyat dapat menikmati kehidupan yang sempurna.

F4: Berusaha mencari dan mengumpul kekayaan untuk negara.


H/C: Menteri yang amanah akan berusaha sendiri untuk mencari harta tanpa menggunakan
harta kerajaan untuk kepentingan sendiri. Sekiranya menteri tidak berusaha mencari sumber
pendapatan atau harta untuk diri sendiri, mungkin menteri itu akan terjebak dengan
penyelewengan dan salah guna kuasa. Kesannya kepada kehidupan negara akan aman rakyat
hidup harmoni demi kemakmuran dan keagungan serta menaikkan imej raja di mata umum.

F5: Bertanggungjawab menyediakan segala kelengkapan yang diperlukan oleh raja


H/C: Adalah menjadi tugas dan tanggungjawab menteri melaksanakan tugas yang dipikulnya.
Sekiranya menteri tidak menjalankan tugas yang dipikul sebagaimana yang dinyatakan di atas
menggambar kepada kita menteri yang tidak bertanggung jawab terhadap amanah yang diberikan.
Kesannya kepada kehidupan, negara akan maju dan aman, raja akan dapat mentadbir negara
dengan sempurna dan sudah pasti rakyat aman damai
F6: Menteri yang dipilih mestilah orang yang alim dan bijaksana
F7: Menteri hendaklah menasihati raja sekiranya raja tidak menjalankan hukum yang
diturunkan oleh Allah
F8: Menteri tidak boleh angkuh dengan pangkat/darjat yang dianugerah oleh raja
F9: Menteri hendaklah mencari sumber kekayaan dan mementingkan keselamatan negara.

Pilih 5 isi sahaja


1 isi = 4 markah ( 1 markah fakta, 1 markah huraian/contoh, 1 markah perbincangan,
1 markah kesan )
5 isi =5 x 4 markah = 20 markah

C. Penutup [3]
Calon dikehendaki membuat rumusan/ kesimpulan/ pandangan/ cadangan

4. Baca petikan di bawah ini dan jawab soalan-soalan yang mengikutinya.

”Hai segala sidang jumaah, maka katakan pada hamba jikalau ada cela hamba kepada
tuan hamba ini hampirkan pulang ke rahmatullah dan jika ada hamba mengambil harta
tuan hamba sekalian, maka tuan hamba dan jikalau ada hamba memukul tuan hamba
katakanlah, maka palulah hamba kembali kerana janganlah kita berkira-kira pada hari
kiamat di hadapan kadhi RabbulJalil kerana hamba hendak membayar hutang sekaranglah
hamba kira-kira.” Maka seorang daripada mereka itu tiadalah menjawab sabda
Rasullullah itu melainkan menundukkan kepalanya dengan masyghul dan nangis.
Maka sabda Rasullullah kepada sidang jumaah itu, “Kerana Allah apalah kiranya
tuan-tuan hendaklah berkata-kata dengan sebenarnya, janganlah tuan-tuan malu kepada
hamba ini, malu pada hari kiamat kelak di hadapan rabbul jalil.” Maka setelah sudah
Rasulullah bersabda yang demikian itu maka adalah seorang daripada penjuru masjid
yang bernama Akasyah.

(Dipetik dariapda Majlis Peperiksaan Malaysia [peny] 2012.


“Inilah Hikayat Peri Menyatalkan Nabi wafat” dalam Permata Sastera Melayu.
Kuala Lumpur:Dewan Bahasa dan Pustaka, hlm.93-94)

a). Berdasarkan petikan daripada Inilah Hikayat Peri Menyatakan Nabi Wafat,
huraikan peristiwa penting yang berlaku selepas petikan di atas. [16]

b). Huraikan tiga sikap Rasululah yang terdapat dalam petikan di atas. [9]

CADANGAN SKEMA:

a). huraikan peristiwa penting yang berlaku selepas petikan di atas

F1: Akasyah memberitahu /mengadu kepada Rasulullah tentang pertistiwa


perang Sabilillah
H/C: Akasyah memberitahu bahawa ketika pergi berperang, Rasulullah telah terpalu
tubuhnya dengan camti kuda. Peristiwa ini berlaku semasa Rasulullah naik ke atas kuda
semasa pergi berperang Sabilillah.
F2: Rasulullah menyuruh Bilal ke rumah Fatimah
H/C: Mendengar pengakuan daripada Akasyah, Rasullah telah menyuruh bilal ke rumah
Fatimah untuk mengammbil camti kudanya. Ini supaya baginda dapat membayar hutang
Akasyah. Rasulullah akan merasa malu sekiranya dipukul Akasyah di hadapan kadhi
Rabbul Jalil.

F3: Rasulullah melarang Abu Bakar menggantikan baginda.


H/C: Apabila Abu Bakar mendengar kata-kata Rasulullah, Abu Bakar sanggup
menggantikan tempat Rasulullah kerana Rasulullah sedang sakit. Namun Rasulullah
bertegas bahawa dia yang berhutang terpalu Akasyah.

F4: Fatimah tidak mahu memberi camti kepada Bilal


H/C: Rasulullah menyuruh Bilal ke rumah Fatimah untuk mengambil camti tetapi
Fatimah tidak mahu memberi camti kepada Bilal. Fatimah memberitahu bahawa
Rasulallah sakit. Namun Bilal berkata bahawa Rasulullah hendak membayar hutang
baginda dan barulah Fatimah memberikan camti tersebut kepada Bilal.

F5: Abu Bakar dan Ali sanggup mengganti Rasullullah


H/C: Rasululah mengambil camti kuda dan diberikan camti kepada Akasyah. Namun
Abu Bakar sekali lagi sanggup dipalu oleh Akasyah menggantikan Rasulullah. Namun
Akasyah tidak mahu memalu Abu Bakar kerana bukan Abu Bakar yang memalunya.
Selepas itu Ali pula sanggup mengantikan Rasulullah kerana Rasulullah sakit tetapi
ditegah oleh Rasulullah.

F6: Rasulullah membuka baju untuk dipalu Akasyah


H/C: Rasulullah memaklumkan bahawa baginda yang berhutang jadi bagindalah yang
perlu membayar hutang. Rasulullah membuka baju kerana semasa Akasyah terkena camti
dia tidak berbaju. Fatimah menangis dan merayu supaya Rasulullah tidak dipalu.

F7: Akasyah mencium pusat Rasulullah


H/C: Apabila Rasulullah membuka baju, berlari-lari ke arah Rasulullah dan Akasyah
mencium pusat Rasulullah. Maka tercapailah hajat Akasyah. Selepas mencium pusat
Rasulullah mukanya terus bercahaya seperti bulan purnama empat belas hari bulan dan
suara seperti burung di dalam syurga.

F8: Rasulullah memberitahu gambaran rupa orang-orang yang berada di dalam


syurga.
H/C: Rasululah memberitahu rupa orang di dalam syurga seperti rupa Akasyah. Apabila
Akasyah mencium pusat Rusullah, mukan ya bercahaya seperti bulan purnama empat
belas hari bulan dan suaranya seperti burung di dalam syurga.

4 isi X 4m= 16m


1F 3H[siapa, bagaimana, mengapa]
b). Huraikan tiga sikap Rasululah

F1: Melunaskan hutang


H/C: Hutang perlu dibayar oleh semua orang. Rasulullah meminta kepada para sidang
jumaah supaya memaklumkan kepadabaginda jikalau baginda terhutang dengan mereka
sama ada hutang harta atau terpalu. Baginda hendak membayar hutang sebelum baginda
wafat.

F2: Berani mengakui kesalahan


H/C : Sanggup menyatakan hal yang sebenar termasuk berkaitan dengan hutang, kerana
pasti di akhirat akan mendapat balasan daripada Allah. Rasulullah menyatakan perkara
yang sebenar tentang hutang. Baginda sanggup di palu oleh Akasyah walaupun sedang
sakit.

F3: Sentiasa mengingati Allah


H/C : Orang yang beriman sentiasa mengingati Allah dan balasan daripada Allah atas
setiap perbuatan. Rasulullah sedia dipukul oleh Akasyah kerana malu apabali berhadapan
dengan Allah nanti dalam keadaan berhutang.

F4: Merendah diri


H/C: Rasulullah merendah diri kerana sanggup mengakui kesalahannya walaupun
baginda seorang rasul Allah. Baginda juga sanggup dipukul oleh Akasyah sebagai
membalas kesalahan yang baginda lakukan iaitu terpalu Akasyah.

F5: Berterus terang

Pilih 3 isi sahaja


3 isi x 3 markah =9m
F 1m H/C 2m
BAHAGIAN C: PROSA MODEN [25 Markah]

5. Baca petikan di bawah dan jawab soalan yang mengikutinya.

Bebas lepas daripada tangisan kaum kerabat dan sahabat handai. Bebas lepas daripada kotoran
kaki para penghisap dadah yang mencari tempat terlindung dan terasing untuk hisap dadah. Bebas
lepas daripada najis para pasangan penzina yang takut hendak berzina di hotel dan di rumah atau
di taman rekreasi. Pasangan penzina ini tentu akan pilih tanah pekuburan untuk melakukan
penzinaan mereka supaya terlepas daripada Pegawai Pencegah Maksiat. Juga bebas lepas
daripada para penggemar nombor ekor yang datang ganggu daerah ini untuk meminta nombor
ekor. Tentu sekali tidak ada juga hantu jebalang yang mahu keluar dari kubur masing-masing di
sebelah menyebelah daerahku ini. Oh alangkan sejahteranya, ya Ilahi Rabbi-ku
Yang amat penting sekali,bebas lepas daripada para pemfitnah. Apabila para pemfitnah ini
sedar ak sudah tidak ada lagi di rumah tentu mereka akan mencari mangsa yang lain untuk
difitnahkan. Tidak tahu sampai bilakah para pemfitnah ini akan sedar bahawa dosa memfitnah itu
lebih berat daripada dosa membunuh manusia. Tidakkah mereka sedar bahawa membunuh
manusia itu kafir. Dan mengaibkan sesama Islam itu fasiq? Mereka tidak tahu,ya Ilahi Rabbi-ku!

(Dipetik daripada Majlis peperiksaan Malaysia(peny), 2012


Cerpen “Melankoli Atas Rumput” dalam Permata Sastera Melayu
Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka hal 151)

a). Jelaskan unsur negatif yang terdapat dalam cerpen di atas [ 9]

b). Huraikan mesej yang boleh dijadikan pedoman dalam kehidupan anda [16]

CADANGAN SKEMA:

a) Unsur negatif
F1: Terjebak dengan najis dadah.
H/C: Mereka yang terjebak dengan najis dadah akan hilang pertimbangan . Mereka juaka akan
hilang maruah diri dan menjadi sampah masyarakat.

F2: Melakukan zina.


H/C: Berzina merupakan satu dosa besar yang dapat meruntuhkan nilai-nilai kemanusiaan dan
maruah serta dipandang rendah dalam masyarakat.

F3: Penggemar nombor ekor .


H/C: Perbuatan bermain nombor ekor adalah satu bentuk judi yang akan merosakkan akhlak
seseorang. Perbuatan ini juga mengundang kepada pergaduhan , keretakkan rumah tangga dan
masalah-masalah social lain dalam masyarakat.

F4: Perbuatan memfitnah.


H/C : Perbuatan suka memfitnah akan mengucar-kacirkan masyarakat, menimbulkan salah
sangka. Mewujudkan sengketa, perpecahan masyarakat, hubungan renggang dan sebagainya.
Dosa memfitnah itu lebih besar daripada dosa membunuh manusia. Rasulullah bersabda:”Tidak
akan masuk syurga orang yang suka memfitnah.”(Riwayat Bukhari dan Muslim).
Lain-lain isi yang releven:

F5: Membunuh
F6: Mengaibkan sesama manusia

1 isi = 3 markah (1 markah fakta, 2 markah huraian/contoh)


3 isi x 3 markah = 9 markah

b) Huraikan mesej yang boleh dijadiakan pedoman dalam kehidupan anda

F1: Gambaran alam kubur.


H/C : Bagi orang-orang yang tidak beriman digambarkan akan berada di dalam kubur yang
sangat gelap, tiada tingkap, tiada pelita, sempit, menghimpit menindih, tulang-tulang rusuk
berselisih, tiada selimut, dan seorang diri. Manakal bagi mereka yang beriman, yakni yang
sentiasa menunaikan soalt, melaksanakan apa yang disuruh, meninggalkan apa yang ditegah,
digambarkan akan berada dalam keadaan lapang, diterangi cahaya terang bederang dan selesa.
Oleh yang demikian, saya akan merebut peluang untuk menjadi orang yang beriman iaitu
melaksankan suruhan Allah dan meninggalkan larangaNnya.

F2: Kehidupan di dunia ini hanyalah sementara dan kehidupan yang kekal abadi
adalah diakhirat.
H/C : Hidup di dunia ini hanyalah sementara waktu sahaja dan sebagai satu tempat
persinggahan untuk ke negeri akhirat yang kekal abadi. Kesementaraan hidup ini diumpamakan
dengan waktu pagi berganti petang , waktu siang berganti malam, yang hilang akan berganti
dating dan sampai waktunya manusia akan mati. Sesungguhnya tidak ada yang kekal selama-
lamnya. Yang kekal abadi selam-selamnya hanyalah Allah jua. Oleh yang demikian saya akan
memanfaatkan waktu hidup ini dengan pekara yang baik yang boleh dijadikan bekal kepada saya
diakhirat nanti.

F3: Bertanggungjawab/menunaikan amanah kepada Allah. Anak-anak adalah amanah


Allah.
H/C : Adalah menjadi tanggungjawab ibu bapa menunaikan amanah Allah dengan membesar
dan mendidik anak-anak sehingga Berjaya. Ibu bapa hendaklah memberi didikan yang sempurna
kepada anak-anak,sama ada hal yang berkaitan dengan duniawi atau akhirat. Seandainya saya
dikurniakan zuriat suatu hari nanti, saya tidak akan lupa amanah tersebut,dan saya akan
menjalankan tamggungjawab saya supaya tidak akan dilaknati oleh Allah.

F4: Bernyukur di atas kurniaan Allah.


H/C : Manusia wajar memanjatkan rasa syukur dan terima kasih dengan anugerah yang Allah
telah berikan dalam kehidupan ini. Segala rahmat dan hikmat yang melimpah ruah, yang
dianugerahi allah harus disyukuri.Orang yang tidak menyukuri nikmat Allah adalah orang yang
zalim. Pengarang amat besykur atas segala rahmat dan nikmat yang dikurnia oleh Allah kepanya.
Lantaran itu pengarang tidak menaruh rasa bimbang untuk menempuh saat kematian. Sifat
sentiasa bersyukur di atas kurnian Allah akan menjadikan diri saya redha akan Qada dan Qadar.

Lain-lain isi yang releven:

F5: Beribadat
F6.: Bersedekah
F7: Perihatin

4 isi x 4 markah = 16 markah


1 isi = 4 markah (1 markah fakta, 2 markah huraian, 1 markah contoh)
6. Baca petikan di bawah dan jawab soalan-soalan yang mengikutinya.

PAK LEH LAK LAK: Kami tak ada anak, Siah. Kau macam anak kami sendiri. Mujurlah kami
dapat tumpang berteduh di bawah rumah ayah dan mak kau. Kalau tidak entah di manalah kami
merempat. Ayah kau, Tuan Setiawan Tanjung, mahu kau mendapat segala-galanya. Nasib kau
baik, nak. Ingat Siah, dari entah beribu anak, kau seorang yang bernasib baik!
ASIAH SAMIAH MUDA: Ingat, Pak Leh.
SITI BUNIRAH: Kata orang, membela seorang anak dara lebih susah daripada menjaga kambing
sekandang. Kami sayang kau, Siah. Kami mahu kau bahagia. Nasib kita manusia, bukan kita yang
menentukan, Siah. Ada kuasa yang lebih besar. Kita hanya boleh berusaha, yang lainnya Allah
juga yang menentukan. Kauingat tu, Siah!
ASIAH SAMIAH MUDA: Ingat, Mak Rah.
PAK LEH LAK LAK: Memang banyak lelaki di sekeliling kau. Macam bunga yang sedang
mekar, banyaklah kumbang yang menghurung. Kumbang macam-macam kumbang, Siah. Ada
kumbang gatal. Ada kumbang miang. Kautahu itu,kan?
ASIAH SAMIAH MUDA: Saya tahu, Pak Leh.
SITI BUNIRAH: Pandai-pandailah membawa diri!
ASIAH SAMIAH MUDA: Saya ingat pesan Mak Rah dan Pak Leh. Saya semat dalam hati.
(Menyanyi)

(Dipetik daripada Majlis Peperiksaan Malaysia


[peny.],2012.Permata Sastera Melayu Kuala Lumpur:
Dewan Bahasa dan Pustaka, halaman 209)

a) Huraikan tiga citra positif masyarakat yang terdapat dalam petikan di atas. [9]

F1 Masyarakat yang mengenang budi


H/C: Citra masyarakat yang terdapat dalam petikan di atas ialah masyarakat yang mengenang
budi. Mengenang budi merupakan sikap mengingati dan menghargai segala jasa-jasa dan
berterima kasih seseorang terhadap pertolongan yang dihulurkan oleh orang lain. Contohnya, Pak
Leh Lak Lak bersyukur kerana dia dan isterinya, Siti Bunirah dapat menumpang teduh dan
mencari rezeki di rumah ibu bapa Asiah Samiah iaitu Tuan Setiawan Tanjung dan Puan Suari
Alimin. Oleh itu, kita haruslah sentiasa bersyukur dalam kehidupan ini supaya hidup kita
diberkati dan dirahmati oleh Allah.

F2 Masyarakat yang penyayang


H/C: Masyarakat penyayang merupakan masyarakat yang hidup dalam keadaan bermuafakat
yang sentiasa bertimbang rasa antara satu sama lain. Contohnya Siti Bunirah dan Pak Leh Lak Lak
menyayangi Asiah Samiah. Mereka sentiasa memberi nasihat agar Asiah Samiah sentiasa menjaga
diri. Tambahan pula mereka berdua tidak mempunyai anak. Mereka mahu Asiah Samiah dapat
hidup dengan bahagia. Oleh itu, masyarakat yang penyayang adalah penting bagi menjamin
keharmonian dan kesejahteraan dalam hidup bermasyarakat.

F3 Masyarakat yang menghormati orang lain


H/C : Sikap saling menghargai budi dan jasa orang lain. Ia merupakan sifat yang mencerminkan
seseorang insan yang berakhlak mulia. Contohnya, Asiah Samiah menghormati Pak Leh Lak Lak
dan Siti Bunirah dengan memberikan layanan yang baik dan mendengar nasihat mereka walaupun
mereka hanya orang gajinya sahaja. Mereka menasihati Asiah Samiah supaya menjaga pergaulan
agar tidak diganggu atau dikacau oleh lelaki-lelaki yang tidak mempunyai akhlak yang baik.
Jelaslah, sifat menghormati orang lain boleh mengeratkan hubungan silaturahim di samping
melahirkan masyarakat yang saling menyayangi antara satu sama lain.
F4 Masyarakat yang mengambil berat orang lain/prihatin
H/C : Masyarakat yang mengambil berat orang lain merupakan masyarakat yang prihatin
terhadap masalah yang dihadapi oleh orang lain. Sikap suka mengambil berat akan orang lain
akan melahirkan masyarakat yang penyayang. Contohnya Pak Leh Lak Lak mengambil berat akan
Asiah Samiah. Mereka sering menasihati Asiah Samiah agar sentiasa menjaga diri daripada
bergaul dengan orang lelaki yang berkelakuan tidak baik. Mereka juga menasihati supaya Asiah
Samiah sentiasa menerima takdir yang telah ditentukan oleh Allah S.W.T kerana manusia hanya
berusaha, namun Allah yang akan menentukan segala-galanya. Oleh itu, jelaslah masyarakat yang
mengambil berat orang lain akan melahirkan masyarakat yang prihatin yang saling bekerjasama
untuk menyelesaikan masalah.

F5 Masyarakat yang merendah diri


H/C: Sifat merendah diri dan bertutur dengan bahasa yang sopan agar tidak menyakiti hati
orang lain. Asiah Samiah sangat berbudi bahasa dan bertutur dengan bahasa yang lembut apabila
berkomunikasi dengan orang gajinya, Pak Leh Lak Lak dan Siti Bunirah. Walaupun mereka
hanyalah orang gajinya sahaja, namun Asiah Samiah mendengar segala nasihat yang dicurahkan
oleh mereka seperti menjaga diri dengan baik-baik terutamanya dalam soal pergaulan dengan
orang lelaki. Asiah Samiah mendengar nasihat tersebut dan menyemat dalam hatinya segala
nasihat yang diberikan oleh Pak Leh Lak Lak dan Sari Saribiru. Oleh itu, budi bahasa adalah
penting bagi mengeratkan jalinan ukhwah dalam masyarakat di samping melahirkan masyarakat
yang bersopan santun.

F6 Berakhlak mulia.

Pilih 3 isi
1 Isi x 3 m (1 Markah Fakta, 1 Markah Huraian, 1 Markah Contoh)
3 Isi x 3 m= 9 m

(b) Bincangkan empat citra negatif masyarakat dalam drama tersebut. [16]

F1 Masyarakat yang mementingkan kekayaan/wang/materialistik/kebendaan


H/C: Wang ringgit sangat berkuasa dan dianggap boleh membeli segala-galanya. Manusia akan
menjadi tidak bermaruah, buta mata dan hati seandainya terpengaruh dengan kekayaan dan wang
ringgit. Sekiranya kita tidak mementingkan wang dan harta kekayaan, kita akan dapat menjalani
kehidupan dengan tenang dan tidak akan timbul perasaan mementingkan diri sendiri. Contohnya
dengan wang ringgitlah Misa Sagaraga mendapat pengaruh dan kedudukan dalam masyarakat.
Dengan kekayaannya dia dapat memiliki Asiah Samiah walaupun Asiah Samiah tidak
mencintainya dan seterusnya dengan kekayaan juga dia telah memusnahkan cinta Anas Samanda
dan seluruh hidupnya.Oleh itu, kita janganlah menggunakan harta kekayaan yang dimiliki untuk
kepentingan diri sendiri yang akhirnya menyebabkan penderitaan kepada hidup orang lain.

F2 Masyarakat yang menyalahgunakan kuasa dan pengaruh


H/C :Pengaruh dan kuasa yang kita miliki adalah untuk membentuk institusi keluarga dan
masyarakat yang harmoni, saling menyayangi, bertoleransi dan menghormati hak orang lain. Jika
kita menyalahgunakan kuasa yang kita miliki untuk kepentingan diri kita sendiri, sudah pasti ia
akan memusnahkan institusi kekeluargaan dan masyarakat dan akhirnya akan menjejaskan
keamanan negara kita sendiri. Contohnya, Misa Sagaraga seorang yang amat berpengaruh dan
berkuasa. Dia telah menyalahgunakan pengaruh dan kuasa yang ada padanya untuk kepentingan
dirinya sendiri. Dengan pengaruh dan kuasa yang ada padanya menyebabkan hak Anas Samanda
dan Asiah Samiah dinafikan. Akhirnya, Anas Samanda dan Asiah Samiah telah memusuhi Misa
Sagaraga. Oleh itu, sebagai anggota masyarakat yang prihatin, sikap penyalahgunaan kuasa dan
pengaruh akan saya jadikan panduan agar dapat membentuk masyarakat yang bersatu padu, saling
menyayangi,saling bertolak ansur dan saling menghormati antara satu sama lain.
F3 Masyarakat yang suka mengagung-agungkan produk luar negara
H/C : Sikap mengagung-agungkan produk luar negara adalah sikap masyarakat yang tidak
bermaruah, boros dan merugikan diri sendiri. Seandainya kita tidak membazir dan menggunakan
atau menyokong produk keluaran tempatan, sudah pasti kegiatan perindustrian dalam negara akan
terus membangun dengan pesat dan tidak akan berlaku masalah pengaliran wang ke luar negara.
Contohnya, Misa Sagaraga dianggap tiada harga diri kerana gemar memakai pakaian dari luar
negara seperti jaket Brioni yang dibeli di New Bond Street, London, tie Steffano Richi, Kasut
Bruno Magli, Baju Versace yang dibeli di Harrods, London, Seluar dalam Armani, Stokin Gucci
(MS 238-239). Oleh itu, kita mestilah menyokong produk buatan tempatan supaya dapat
membantu perkembangan industri setempat dan seterusnya dapat mengurangkan masalah
kegawatan ekonomi dalam negara.

F4 Sikap masyarakat yang mementingkan diri sendiri


H/C : Masyarakat yang mementingkan diri sendiri menganggap bahawa kebahagiaan hanya
boleh diperoleh melalui pemilikan harta kekayaan. Sebaliknya kekayaan dan kebendaan bukanlah
penentu kebahagiaan kerana kekayaan tidak semestinya akan memberi ketenangan.
-Contohnya Misa Sagaraga dianggap bahagia oleh masyarakat setempat kerana memiliki
kekayaan yang membolehkannya memiliki apa sahaja yang dimahukannya.
- Sikap Tuan Setiawan Tanjung dan Puan Suari Alimin yang mementingkan dirinya sendiri telah
memusnahkan hidup anak dan cucunya sendiri. Asiah Samiah menjadi gila dan Laila Anurisah
menderita dibuang oleh Misa Sagaraga.

F5 Kahwin paksa
H/C : Kahwin paksa membawa kepada kekecewaan dalam hidup. Ianya akan menyebabkan
seseorang itu bersedih dan mungkin akan melakukan sesuatu perkara yang di luar kawalan.
Contohnya, Asiah Samiah yang mencintai Anas Samanda namun mereka gagal berkahwin kerana
Anas Samanda miskin dan tidak memiliki apa-apa hingga ditolak oleh keluarga Asiah Samiah.
Asiah Samiah telah dipaksa berkahwin dengan Misa Sagaraga oleh ibu bapanya iaitu Tuan
Setiawan Tanjung dan Puan Suari Alimin kerana mereka mementingkan kekayaan, pengaruh dan
kuasa.

F6 Memperalatkan/menindas golongan lemah/golongan miskin/golongan bawahan


F7 Tidak perikemanusiaan/kejam/rakus/zalim/tamak
F8 Masyarakat yang percaya kepada bomoh/tahyul
F9 Sikap angkuh segelintir masyarakat/manusia
F10 Masyarakat yang mengabaikan tanggungjawab
F11 Masyarakat yang suka membazir

Nota: Calon dikehendaki mengemukakan jawapan berbentuk perbincangan (pro dan kontra)
Huraian: Perlu ada pro dan kontra 2 Markah
Jika tidak ada perbincangan (pro dan kontra) 0 Markah

PILIH 4 ISI SAHAJA


1 isi = 4 markah (1 Markah Fakta, 2 Markah Huraian [pro dan kontra], 1 Markah Contoh)
4 isi x 4 markah=16 Markah.

You might also like