Download as pdf or txt
Download as pdf or txt
You are on page 1of 2

IKLAN KEKOSONGAN JAWATAN PENGURUSAN TERTINGGI

UNIVERSITI SELANGOR (UNISEL)

Universiti Selangor (UNISEL) merupakan Universiti swasta yang berdaftar dengan Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia
dan dimiliki sepenuhnya oleh Kerajaan Negeri Selangor. Kami menawarkan pelbagai program pengajian di Kampus Shah
Alam dan Bestari Jaya. Sesuai dengan perkembangan yang pesat, kami mempelawa warganegara Malaysia yang
berkelayakan untuk mengisi kekosongan jawatan berikut.
_______________________________________________________________________________________________

JAWATAN : BENDAHARI

GRED : W53 / W54

JABATAN : PEJABAT BENDAHARI

TEMPOH LANTIKAN : KONTRAK (1 TAHUN)

JADUAL GAJI W54 MINIMUM – MAKSIMUM

Gred Gaji Peringkat Gaji Minimum Gaji Maksimum


P1 RM5,881.89 RM7,980.29
W53/54
P2 RM6,402.35 RM8,681.58

Ringkasan jawatan :

Jawatan ini merupakan jawatan pengurusan tertinggi Universiti yang melapor terus kepada Presiden & Naib Canselor.
Penyandang jawatan ini terlibat dalam merangka dan membentuk dasar yang menentukan hala tuju dan strategi
berkaitan pengurusan kewangan dalam memastikan Universiti sentiasa berupaya beroperasi dengan berkesan dan
memuaskan.

SYARAT KELAYAKAN

1. Warganegara Malaysia;

2. Berumur tidak melebihi 50 tahun pada tarikh lantikan jawatan;

3. Mempunyai kelayakan Ijazah Sarjana atau Ijazah Sarjana Muda Perakaunan / Kewangan yang diiktiraf daripada
institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau luar negara atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya
serta kelayakan tambahan yang lain;

4. Ahli Penuh Institut Akauntan Malaysia (MIA);

5. Ahli Penuh Badan-badan Ikhtisas Perakaunan yang diiktiraf oleh Kerajaan;

6. Berpengalaman luas dalam pengurusan kewangan dan lain-lain pengalaman yang berkaitan;

7. Kepujian dalam Bahasa Malaysia I Bahasa Melayu (termasuk lulus Ujian Lisan) peringkat Sijil Pelajaran Malaysia
(SPM) atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan.
BIDANG TUGAS & TANGGUNGJAWAB

1. Membentangkan laporan kepada Presiden & Naib Canselor dan Ahli Mesyuarat Eksekutif berkaitan urusan dan
kedudukan kewangan Universiti.

2. Menyimpan rekod kewangan dan mengesahkan data perakaunan dan pengiraan; memainkan peranan
melaporkan kewangan Universiti kepada Ahli Lembaga Pengarah.

3. Menyediakan belanjawan, laporan kewangan dan penyata perakaunan Universiti secara teratur.

4. Menguruskan sistem pengurusan kewangan yang melibatkan kewangan pelajar, menyediakan inbois,
menyelenggara baki akaun dan berusaha memastikan pembayaran dibuat mengikut tempoh yang ditetapkan.

5. Menyediakan audit syarikat, pengurusan kewangan, dasar fiskal dan memastikan pematuhan Universiti, Negeri
dan Persekutuan berdasarkan standard perakaunan.

6. Memainkan peranan dalam pembangunan polisi dan prosedur Universiti; menjadi ahli dalam Mesyuarat –
Mesyuarat Utama Universiti;

7. Menyediakan secara berterusan laporan analisis kos dan produktiviti Universiti.

8. Menyimpan rekod kewangan dan perakaunan Universiti dengan baik dan teratur.

9. Mengemukakan cadangan bagi penjanaan pendapatan dan penjimatan.


____________________________________________________________________________________

TATACARA MEMOHON

a) Calon yang berminat hendaklah mengemukakan Borang Permohonan beserta gambar berukuran passport terkini,
sijil-sijil yang telah disahkan dan Curriculum Vitae (CV) yang mengandungi maklumat berikut :

i. Latar belakang peribadi (termasuk No. Kad Pengenalan), keluarga, alamat surat menyurat, nombor telefon dan
email untuk dihubungi;
ii. Latar belakang pendidikan dan kerjaya;
iii. Anugerah dan hadiah yang berprestij yang diterima di peringkat Kebangsaan dan Antarabangsa;
iv. Sumbangan-sumbangan besar dan bermakna kepada pembangunan Universiti dan Pendidikan Tinggi Negara;
v. Key Performance Indicators (KPI) dan ringkasan mengenai perancangan / hala tuju sekiranya dilantik sebagai
Bendahari.
vi. Gaji dipohon (bulanan)

b) Permohonan hendaklah dihantar terus ke alamat berikut :

Pn Ruhani Zakaria
Pengarah, Pejabat Pentadbiran & Sumber Manusia
Universiti Selangor, Jalan Timur Tambahan
Kampus Bestari Jaya
45600 Bestari Jaya
Selangor

Tel : 03-55223455

c) Sila tulis nama jawatan dipohon di bahagian atas sebelah kanan sampul surat.
d) Tarikh akhir penerimaan borang permohonan adalah pada atau sebelum 4 Februari 2022.
e) Lain-lain:
i) Hanya calon yang layak selepas tapisan sahaja akan dipanggil untuk temuduga.
ii) Permohonan yang tidak menerima sebarang jawapan selepas tiga (3) bulan pada tarikh tutup iklan hendaklah
menganggap permohonan mereka tidak berjaya.
iii) Permohonan yang tidak lengkap tidak akan diproses.

You might also like