Pagar Museh Bandar Dan Pembandaran - Soalan Dan Skema Jawapan

You might also like

Download as pdf or txt
Download as pdf or txt
You are on page 1of 1

Pagar Museh

FOR GEOGRAPHY STPM STUDENT

PAPARAN UTAMA ▼

Sunday, September 11, 2016

BANDAR DAN PEMBANDARAN - SOALAN DAN SKEMA


JAWAPAN

BANDAR DAN PEMBANDARAN


Jawab semua soalan.

1 (a) Secara ringkas, huraikan ciri sebuah bandar di Malaysia. (3m)


(i) ………………………………………………………………………….………………………………………………………………………….………………………………………………………………………….
(ii) ………………………………………………………………………….………………………………………………………………………….………………………………………………………………………….
(iii) ………………………………………………………………………….………………………………………………………………………….………………………………………………………………………….

(b) Metropolis adalah sebuah bandar besar yang mempunyai bilangan penduduk melebihi sejuta orang’. Huraikan tiga masalah yang dihadapi oleh penduduk di bandar tersebut. (6m)

(i) ………………………………………………………………………….………………………………………………………………………….………………………………………………………………………….
(ii) ………………………………………………………………………….………………………………………………………………………….………………………………………………………………………….
(iii) ………………………………………………………………………….………………………………………………………………………….………………………………………………………………………….

(c) Proses pembandaran yang pesat turut menimbulkan kesan negatif kepada persekitaran manusia khususnya banjir dan banjir kilat’. Jelaskan pernyataan ini . (6)
………………………………………………………………………………...………………………………………………………………………………...………………………………………………………………………………...………………………………………………………………………………...………………………………………………………………………………...
………………………………………………………………………………...………………………………………………………………………………...
………………………………………………………………………………...………………………………………………………………………………...………………………………………………………………………………...………………………………………………………………………………...………………………………………………………………………………...

SKEMA JAWAPAN
1. (a) Tiga ciri sesebuah bandar di Malaysia: (3m)
i. Saiz dan kepadatan penduduk – Jumlah penduduk yang mendiami
kawasan bandar adalah melebihi 10 ribu orang dan taburan penduduk
sangat padat.
ii. Kegiatan ekonomi – menjalankan kegiatan ekonomi moden dan maju
seperti perkilangan,perniagaan, perdagangan dan pusat kemajuan.
iii. Fungsi atau peranan – ia sebagai pusat tumpuan ekonomi dan
pentadbiran.
iv. Guna tanah – zon guna tanah terbahagi kepada zon komersial di daerah
pernigaan pusat(CBD), zon industri, zon kediaman dan zon rekreasi.
v. Corak petempatan – terdapat bangunan yang tersusun, rapat dan rapi.
vi. Jaringan pengangkutan jalan raya atau rel bandar yang padat dan
sistematik.
vii. Penduduk mengamalkan gaya hidup moden yang bergantung kepada
teknologi, pengetahuan dan pengurusan masa masa serta
mementingkan status dan kebendaan

(b) Tiga masalah yang dihadapi oleh penduduk di bandar: (6m)


i. Masalah pengangguran yang tinggi dan kemiskinan penduduk bandar.
ii. Masalah kesesakan lalulintas
iii. Masalah perumahan dan setinggan
iv. Masalah sosial, masalah persaingan guna tanah dan masalah
pencemaran dan sampah.

(c) Banjir kilat yang berlaku di bandar memberi impak yang besar kepada (6m)
penghuni bandar:
i. Pencemaran air akan berlaku apabila sungai di bandar dipenuhi
sampah sarap menyebabkan bekalan air bersih terganggu.
ii. Pencemaran bau yang berpunca dari tempat pembuangan sampah dan
tong sampah.
iii. Air yang melimpah dan mengalir laju boleh menghakis tebing dan
cerun di kawasan
iv. petempatan berhampiran bukit menyebabkan tanah runtuh dan
merosakkan struktur rumah dan bangunan.
v. Jalan dan sistem pembentungan yang rosak akan mengganggu
kehidupan harian penduduk.
vi. Kemusnahan harta benda apabila rumah atau kediaman di kawasan
rendah ditenggelami air.

Soalan Esei

2. (a) Jelaskan ciri-ciri utama bandaraya global (12m)

(b) Bincangkan kesan pembandaran yang pesat terhadap alam sekitar (13m)
manusia di Bandar

SKEMA JAWAPAN (SOALAN ESEI)


2. (a) Jelaskan ciri-ciri utama bandaraya global . (12m)

Ciri utama bandaraya Huraian


global
Ciri penduduk - Penduduk melebihi 10 juta orang
- Dikenali megacity
- Menjadi tumpuan penduduk negara maju
- Taburan penduduknya padat dan tepubina
- Mengalami penduduk optimum seperti di
Tokyo
Ciri ekonomi - Ekonomi bersifat global
- Menjadi penentu keputusan ekonomi
dunia(New York) WTC
- Pusat kewangan dunia
- Pusat pelaburan, pasaran modal dan
saham global
Ciri Sosial - Pusat persidangan dunia-Persidangan
G8,EC, Pusat fesyen dunia
- Pusat NGO dunia
- Infrastruktur bersifat global,pusat
pendidikan dan hiburan
Ciri Kualiti hidup - Ciri social termaju dan kualiti hidup
tinggi-pendapatan perkapita dan taraf
hidup tinggi.
- Masyarakat cosmopolitan- gaya hidup
antarabangsa dan mementingkan status,
teknologi tinggi dan pengurusan masa
cekap.
Ciri Teknologi - Teknologi termaju dan ada R & D –
ICT,robotic,aeroangkasa
- Menjadi Pusat maklumat- info dan
infrastruktur bertaraf global seperti
Lembah Silikon di Amerika Syarikat.
- Bandar yang mengawal penyebaran
teknologi ke negara lain.
-
Ciri fizikal Bandar - Bandar terancang – bangunan padat dan
tepubina, bertingkat dan berkembang
secara vertical.
- Landskap Bandar – ada mercu tanda
global- WTC, Pejabat PBB.
- Nilai tanah yang sangat mahal.

(b) Bincangkan kesan pembandaran yang pesat terhadap alam sekitar (13m)
manusia di bandar

Kesan Negatif
Setinggan - Kekurangan perumahan kos rendah
dan sederhana/nilai hartanah mahal
ber kesan kepada penduduk miskin.
Kesesakan - Traffic jam – risiko kemalangan
meningkat
- Kesesakan bangunan – padat dan
tepu bina
Kemiskinan bandar - Masalah pengangguran dan
kemiskinan meningkat- persaingan
kerja meningkat
- Peluang kerja terhad
- Persaingan kerja dengan warga
asing.
- Wujud golongan miskin tegar di
Bandar.

Kos Hidup Tinggi - Peningkatan harga barang tidak


sepadan dgn pendapatan
- Kos pengangkutan bertambah
- Perbelanjaan bertambah
Masalah sosial - Kadar jenayah bertambah
- Nilai murni dan kekeluargaan
merosot
- Perebakan penyakit di kawasan
setinggan.

Kesan positif
Saiz pasaran bertambah - saiz pasaran barangan bertambah dan
perkhidmatan meningkat.
- Kuasa beli penduduk bertambah
- Sektor perkhidmatan, perniagaan
makin maju.
- Sektor pembinaan bertambah

Perkembangan ekonomi - Tahap pendidikan penduduk


moden dan pesat bertambah
- Tahap kesihatan penduduk
bertambah baik

HJ. ABDUL MALIK HJ. AHMED at 7:17 PM

Share

No comments:

Post a Comment

‹ Home ›
View web version

Powered by Blogger.

You might also like