Download as pdf or txt
Download as pdf or txt
You are on page 1of 4

SYARAT-SYARAT PERTANDINGAN ROBOT PATHFINDER

PERTANDINGAN ROBOTIK SEKOLAH BERASRAMA PENUH


PERINGKAT KEBANGSAAN KALI KE-4, 2021, SBPRC4

Tarikh Pertandingan :
Fasa 1 : 24-30 September 2021(SBP-RVG Menengah Atas dan Rendah)
Fasa 2 : 14-17 Jan 2022, Jumaat-Isnin (Robot Line Follower, Robot Pathfinder & Inovasi)

1.0 Peraturan umum


1.1 Penganjur berhak mengubah atau menambah mana-mana bahagian peraturan dari masa
kesemasa mengikut kesesuaian.
1.2 Dalam pertandingan ini, peserta perlu memprogramkan robot yang boleh bergerak secara
autonomously melalui litar yang telah disediakan.
1.3 Robot perlu melalui checkpoint-checkpoint yang telah ditentukan oleh penganjur.
1.4 Kedudukan pemenang akan ditentukan daripada bilangan checkpoint dan masa yang diambil
untuk melalui kesemua checkpoint yang telah ditentukan tersebut.
1.5 Pertandingan akan diadili oleh juri pertandingan melalui google meet di mana peserta akan
mengendalikan robot di tempat masing-masing.

2.0 Ahli Kumpulan Peserta


2.1 Pelajar tingkatan 1 hingga tingkatan 4.
2.2 Terdiri daripada maksimum 2 orang pelajar dan seorang guru sebagai pengurus pasukan.
2.3 Guru dibenarkan untuk menguruskan google meet dan rakaman sepanjang pertandingan
berlangsung.
2.4 Guru TIDAK dibenarkan untuk menyentuh atau membaiki atau memprogram robot sepanjang
pertandingan dijalankan kecuali peserta sahaja.
2.5 Jika ada campurtangan daripada guru atau selaian daripada peserta, pihak juri berhak
membatalkan pertandingan tersebut.

3.0 Spesifikasi Robot


3.1 Cabaran
3.1.1 Programkan robot yang dapat mengikuti garis hitam (latar belakang putih).
3.1.2 Robot yang dapat melengkapkan perjalanan daripada garisan mula hingga garisan
tamat dengan melalui kesemua checkpoint yang ditetapkan dan mencatatkan masa
yang terpantas akan dikira sebagai pemenang.

3.2 Jenis robot, saiz dan berat


3.2.1 Boleh menggunakan apa-apa jenis robot.
3.2.2 Maksimum sensor yang digunakan adalah 8 sahaja.
3.2.3 Robot mestilah menggunakan kuasa bateri yang diletakkan pada badan robot.
3.2.4 Berat dan saiz adalah bebas.
3.2.5 Robot akan disemak melalui google meet.

3.3 Pengawalan robot(robot control)


3.4.1 Robot mesti bergerak secara autonomously.
3.4.2 Robot mesti diprogramkan oleh peserta.
3.4.3 Robot boleh menggunakan push button atau power button atau remote control untuk
memulakan pergerakan robot.
4.0 Litar Pertandingan
4.1 Litar pertandingan akan disediakan oleh penganjur dan dipos kepada peserta.
4.2 Garis hitam yang dilalui oleh robot mempunyai lebar 18mm hingga 20mm ( 10% tolorence)
4.3 Markah checkpoint A dan B diperoleh apabila robot melalui kawasan A dan B, manakala
C,D,E,F dan G robot menyentuh hujung garisan (kawasan putih).

timer

5.0 Konsep Pertandingan


5.1 Terdapat DUA pusingan pertandingan iaitu pusingan pertama, dan pusingan kedua.
5.2 Setiap pusingan pertandingan dijalankan pada hari yang berlainan mengikut masa yang
ditetapkan oleh pihak penganjur.
5.3 Setiap pusingan mempunyai DUA sesi iaitu pagi dan petang. Kedudukan ranking setiap
pusingan diambil daripada pencapaian terbaik bagi sesi pagi dan petang.
5.4 Contoh : Sesi pagi peserta A mendapat 4 markah (4 checkpoint) manakala sesi petang
mendapat 3 markah(3 checkpoint). Jadi untuk pusingan tersebut, Peserta A mendapat 4
markah (pencapaian terbaik pada pusingan tersebut).
5.5 Setiap pusingan, kedudukan peserta akan dirankingkan dan markah pusingan akan ditentukan
mengikut ranking tersebut.

Kedudukan ranking Markah Pusingan


1 100
2 96
3 93
4 91
5 90
6 89

5.6 Purata markah pusingan 1 dan 2 akan diambil untuk menentukan kedudukan pemenang.
5.7 Contoh: Peserta A mendapat kedudukan ranking 3 pada pusingan 1 dan mendapat ranking ke
5 pada pusingan kedua. Jadi purata markah pusingan adalah [(93+90)/2]=91.5 markah. Purata
markah yang paling tinggi akan dikira sebagai pemenang.
5.8 Setiap kumpulan peserta perlu melengkapkan perjalanan robot dari garisan mula litar
sehingga garis tamat.
5.9 Markah akan diberi untuk setiap checkpoint yang dilalui oleh robot. Jika markah adalah sama,
masa terpantas akan diambil kira untuk penentuan kedudukan.
5.10 Apabila robot melepasi kesemua checkpoint yang telah ditentukan dan dapat kembali ke garis
tamat, masa yang diambil adalah masa yang direkod. Jika robot tidak dapat kembali ke garis
tamat, masa yang akan direkod adalah 6 minit.
5.11 Checkpoint yang akan dilalui oleh robot untuk setiap pusingan akan ditentukan melalui
cabutan undian oleh pihak penganjur pada masa dan tarikh yang akan diberitahu kelak. Oleh
yang demikian, pusingan pertama dan pusingan kedua mempunyai checkpoint yang berlainan.
5.12 Untuk pusingan pertama, LIMA Checkpoint akan diundi dan robot tidak semestinya melalui
checkpoint tersebut mengikut turutan yang diundi.
5.13 Contoh pusingan pertama: Cabutan undian checkpoint pada pusingan pertama ialah C, E, F B
dan G. Oleh itu robot perlu melalui setiap checkpoint tersebut.Robot boleh melalui mana-
mana checkpoint tanpa mengikut turutan, asalkan melalui kesemua checkpoint tersebut dan
kembali ke garis tamat robot setelah selesai kesemua checkpoint.
5.14 Untuk pusingan kedua ENAM checkpoint akan diundi dan robot mesti melalui checkpoint
mengikut turutan checkpoint yang diundi.
5.15 Contoh pusingan kedua: Cabutan undian checkpoint pada pusingan kedua ialah C, E, F, B, A
dan D. Oleh itu robot perlu melalui checkpoint C, kemudian E, kemudian F, kemudian B,
kemudian A, dan kemudian D.Semasa robot ingin melengkapkan kesemua checkpoint
tersebut, robot boleh melalui mana-mana checkpoint secara berulang kali.
5.16 Setiap kumpulan perlu menggunakan apps mini 4wd lap timer yang boleh di download di
playstore pada smartphone masing-masing untuk catatan masa perjalanan.

Paparan timer pada smartphone


5.17 Pautan google meet akan diberi 30 minit sebelum pertandingan kepada kumpulan peserta
yang terlibat sahaja. Oleh itu, setiap kumpulan peserta perlu bersedia mengikut jadual yang
telah ditetapkan oleh pihak penganjur.
5.18 Masa 5 minit akan diberikan untuk kumpulan peserta melengkapkan perjalanan pada litar.
5.19 Peserta boleh mencuba seberapa banyak cubaan, dan hanya cubaan yang terakhir sekali akan
diambil kira.
5.20 Sekiranya peserta tidak hadir semasa panggilan ke google meet selepas 5 minit, kumpulan
tersebut akan dibatalkan penyertaan bagi pusingan itu sahaja.

6.0 Kronologi pertandingan


6.1 Satu raptai sebelum pertandingan akan dijalankan bagi memastikan pertandingan berjalan
dengan lancar. Ia akan dijalankan pada minggu sebelum pertandingan. Tarikh dan masa
akan dimaklumkan kemudian.
6.2 Setiap kumpulan peserta akan dipanggil mengikut jadual yang ditetapkan oleh penganjur
menggunakan medium telegram dimana link google meet akan diberikan. Hanya kumpulan
peserta yang dipanggil sahaja akan masuk ke google meet tersebut.
6.3 Tugas setiap kumpulan :
6.2.1 pengurus : mengendali google meet
6.2.2 pelajar 1 : rakaman
6.2.3 pelajar 2 : mengendali robot
6.4 Kumpulan peserta akan memperkenalkan diri iaitu nama peserta, sekolah dan pusingan
kepada juri melalui google meet.
6.5 Juri akan menyemak spesifikasi robot .
6.6 Kumpulan peserta meletakkan smartphone yang telah di install mini 4wd lap timer di garisan
yang telah ditetapkan oleh pihak penganjur dan menunjukkan kepada juri paparan skrin
smartphone tersebut.
6.7 Juri akan memberikan kebenaran untuk peserta memulakan pertandingan dalam masa 5
minit.
6.8 Peserta boleh meminta kebenaran juri untuk mengulang semula pertandingan dalam masa 5
minit ini sekiranya perjalanan tidak lengkap atau peserta tidak berpuas hati dengan masa yang
dicatatkan.
6.9 Google meet dan rakaman perlu menunjukkan timer pada permulaan garisan, perjalanan
robot dan timer pada penghabisan perjalanan.
6.10 Juri akan mencatat masa yang direkodkan pada mini 4wd lap timer.
6.11 Rakaman perlu dihantar sebaik sahaja tamat penilaian melalui channel khas telegram yang
akan diberikan.

PERATURAN PERTANDINGAN TAMAT

You might also like