Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 10

KOLEJ VOKASIONAL SANDAKAN

FUNDAMENTAL OF TOURISM
(DHC 1113)

TUGASAN INDIVIDU:

Laporan Kemahiran Kebolehpasaran

Disediakan untuk:

CIK NORSHAFAWANI BINTI ISDIANTO

Disediakan oleh:

MOHD HAIDIL AIZAT BIN K771HHPC009


OMARSAH

TARIKH PENGHANTARAN : 06 JULAI 2021


PENDAHULUAN

Kemahiran kebolehpasaran sangat penting bagi menjamin kualiti kerja dan


servis yang baik kepada pelancong. Kemahiran kebolehpasaran juga merupakan
terma yang selalu digunakan oleh majikan untuk menentukan kebolehpasaran
graduan. Kajian yang dijalankan memberi penekanan kepada emapt konstruk utama
meliputi kemahiran asas, kemahiran berfikir, kemahiran interpersonal dan kualiti
personal.

Mohammad Sattar Rasul (2014) telah membina 6 konstruk kemahiran


kebolehpasaran meliputi kemahiran asas, kemahiran berfikir, kemahiran sumber,
kemahiran interpersonal, kemahiran sistem teknologi maklumat,kualiti individu dan
kemahiran maklumat bagi mengukur element kemahiran kebolehpasaran dalam
kalangan pelajar.

Manakala Hapidah dan Mohd Sahandri (2011) pula telah mengutarakan


empat kemahiran kebolehpasaran yang sangat diperlukan oleh setiap graduan iaitu
kemahiran akademik, kemahiran perhubungan, kemahiran menguruskan personality
dan kemahiran meneroka. Beliau berpendapat, sekiranya pelajar mempunyai
keempat-empat kemahiran tersebut, mereka tidak akan mempunyai masalah
didalam pasaran kerja.

Oleh hal demikian, pada laporan ini saya memilih beberapa jenis kemahiran
kebolehpasaran yang akan saya kaitkan dengan satu kerjaya yang sesuai untuk
dikaitkan.
LATAR BELAKANG PERBINCANGAN

Pada folio ini, saya akan menjelaskan kaitan diantara kemahiran


kebolehpasaran dengan kerjaya pilihan kita. Hal ini kerana, kemahiran
kebolehpasaran ini bukan sahaja dapat membantu meningkatkan lagi keuntungan
dalam pasaran malah juga dapat menjamin kestabilan pasaran pada masa hadapan.
Oleh hal demikian, setiap majikan hendaklah mengambil berat perkara ini dalam
mengambil pekerja agar kestabilan pasaran syarikat akan terjamin.

Antara kaedah kemahiran kebolehpasaran yang perlu ada dalam diri pekerja
ialah kemahiran komunikasi, kerjasama berpasukan, kemahiran dalam
menyelesaikan masalah, kemahiran dalam perancangan dan kemahiran yang baik
seperti pengurusan diri serta mahir dalam mengunakan teknologi.

Hal ini jelas kita lihat melalui setiap kemahiran tersebut bahawa ianya mampu
menjamin syarikat daripada mengeluarkan belanja lebih seperti menghantar pekerja
mengambil kursus latihan ataupun risau akan masalah kekurangan lain yang bakal
dihadapi pekerja dalam menjalankan pemasaran atau melakukan khidmat
pelanggan mereka yang bakal mengakibatkan kerugian.

Tujuan utama kemahiran kebolehpasaran ini ialah untuk melahirkan pekerja


yang berkebolehan dalam menjalankan tugas atau khidmat pelanggan, kita sedia
maklum setiap kemahiran akan datang dengan kebaikkannya sendiri, tidak kira
kepada syarikat ataupun individu.
KEMAHIRAN KEBOLEHPASARAN

Kemahiran kebolehpasaran sangat penting bagi menjamin kualiti kerja dan servis
yang baik kepada pelancong. Berikut ialah empat jenis kemahiran kebolehpasaran
yang saya pilih untuk laporan ini. Antaranya ialah;

1. Kemahiran komunikasi

Kemahiran komunikasi merupakan kemahiran terpenting dalam kemahiran


kebolehpasaran, hal ini bertujuan untuk penyampaian maklumat daripada
satu individu kepada individu yang lain. Tanpa kemahiran komunikasi ini
segala produk atau perkhidmatan yang ditawarkan tidak akan sampai kepada
pelancong atau pelanggan kita. Oleh sebab itu, setiap pekerja hendaklah
memiliki kemahiran ini dalam diri masing-masing agar maklumat yang mereka
sampaikan akan sampai dengan jelas kepada pelanggan ataupun pelancong.

2. Penyelesaian masalah

Dalam membuat pemasaran, kemahiran menyelesaikan masalah sangat


penting untuk ada dalam diri pekerja. Hal ini kerana, jika berlaku sebarang
masalah diluar dugaan. Pekerja tersebutlah yang hendak begerak
menyelesaikannya. Perkara ini disebabkan, segala urusan jualan di lapangan
akan dilakukan oleh mereka sendiri. Maka segala urusan masalah yang
berlaku semasa mereka menjalankan jualan hendaklah diselesaikan oleh
mereka sendiri.
3. Perancangan dan kemahiran yang baik

Dalam membuat suatu pasaran juga, setiap pekerja haruslah memiliki


kemahiran dalam membuat perancangan tujuannya ialah jika mereka
menghadapi sebuah perkara yang diluar jangkaan. Mereka hendalah
merancang kaedah pembaikpulihan masalah tersebut. Perkara ini jelas
kerana mereka yang bertanggungjawab dalam menguruskan aktiviti pasaran
masa itu.. oleh sebab itu, kita hendaklah memastikan pekerja kita mahir
dalam merancang agar segala permasalahan yang berlaku di masa hadapan
dapat dicegah sendiri oleh mereka tanpa bantuan daripada atasan.

4. Mempunyai kemahiran mengunakan teknologi

Selain daripada tiga kemahiran di atas, kemahiran mengunakan teknologi


juga sangat penting pada era ini. Hal ini kerana,kebanyakan urusan
tempahan mahupun pengurusan perjalanan pelancong berjalan diatas talian.
Disebabkan hal demikian,para majikan hendaklah memastikan setiap pekerja
mempunyai pengetahuan asas berkenaan teknologi bagi memastikan urusan
syarikat di atas talian dapat dijalankan dengan lancar.
Begitulah kepentingan kemahiran kebolehpasaran dari segi umum, jelas kita lihat
setiap daripadanya menunjukkan kebaikannya tersendiri dari pelbagai aspek kerja.
Namun apa pula kepentingan kemahiran-kemahiran tersebut kepada bidang kerjaya
yang kita pilih nanti. berikut merupakan bidang kerjaya yang saya pilih;

1. Pengurus Penginapan

contoh gambar pengurus

Pengurus penginapan merupakan seorang yang menceburi perniagaan


hanya untuk mnedapatkan keuntungan tetapi tidak menunjukkan keinginan yang
tinggi dalam mengembangkan perniagaannya. Pengurus juga adalah seorang
individu yang menguruskan segala keperluan syarikat mengikut bidang tugas
masing-masing. Penguruslah yang akan mengendalikan pekerja dalam menjalankan
aktiviti pemasaran. Oleh sebab itu, setiap pengurus hendaklah mempunyai
kemahiran kebolehpasaran dalam diri masing-masing agar dapat memenuhi
kehendak syarikat dalam mencapai keuntungan.

Untuk aspek pertama pengurus penginapan hendaklah mempunyai


kemahiran komunikasi dalam diri mereka. Seperti yang dinyatakan tadi, Komunikasi
sangat penting dalam kita menyampaikan suatu maklumat tidak kira dalam satu hala
ataupun secara dua hala. Hal ini dapat menjamin keberkesanan dalam proses
pemasaran. Jika Kemahiran komunikasi ini tidak dipraktikkan maka maklumat yang
cuba disampaikan tidak akan sampai dengan baik.
Selain daripada kemahiran komunikasi, seorang pengurus juga hendaklah
mempunyai kemahiran dalam menyelesaikan masalah. Hal ini jelas kita ketahui
bahawa tugas pengurus adalah mengendalikan pekerja dibawahnya. Jika berlaku
sebarang perkara yang tidak diingini berlaku kepada pekerja tersebut,maka
penguruslah yang hendak bertindak menyelesaikannya. Maka bagi mengelakkan
perkara tersebut, majikan hendaklah memastikan setiap pengurusnya mempunyai
kemahiran asas tersebut agar dapat menjamin kesejahteraan syarikat dalam
pemasaran.

Seterusnya, ciri-ciri pengurus yang baik mestilah mampu membuat


perancangan dan kemahiran yang baik dalam segala tindakannya.Hal ini penting
kerana segala tingkah laku yang dilakukan oleh pengurus ialah contoh kepada para
pekerja. Jika pengurus tidak mahir dalam merancang mahupun tidak series dalam
kerjanya, maka pekerja juga akan bertindak sama seperti pengurus mereka kerana
beranggapan perkara tersebut tidak salah. Oleh itu, pihak yang bertanggungjawab
hendaklah mengambil berat perkara ini bagi mencegah keterbantutan proses
pemasaran.

Akhir sekali, seorang pengurus juga hendaklah memiliki kemahiran dalam


mengunakan komputer. Kemahiran ini merupakan perkara yang terpenting pada
abad ini. Jelas pada era ini, teknologi semakin pesat dalam perkembangan arus
zaman. Oleh hal demikian, untuk memastikan pemasaran syarikat pada masa kini
tidak jauh ketinggalan. Pihak majikan hendaklah memilih pekerja yang mempunyai
kelebihan dalam pengeditan,pengkomputeran,dan segala hal yang berkait
dengannya. Hal ini pasti dapat menjamin perkembangan syarikat kita di masa
hadapan.
KESIMPULAN

Secara keseluruhannya, untuk memastikan segala proses pemasaran


berjalan dengan lancar. Pihak majikan hendaklah bijak dalam memperkerjakan
pekerja. Setiap pekerja yang bakal dipekerjakan hendaklah memiliki kemahiran yang
telah dinyatakan sebelum ini iaitu Kemahiran Komunikasi, Kemahiran Dalam
Penyelesaian masalah, Kemahiran yang baik serta Mahir dalam mengunakan
Teknologi. Saya yakin, dengan memenuhi kemahiran-kemahiran tersebut. Sudah
pasti masalah seperti ketinggalan zaman ataupun kesalahfahaman maklumat dan
lain-lain masalah dapat dicegah. Hal ini jelas kerana syarikat sudah memiliki tenaga
kerja yang profesionalisme dan menjanjikan.

RUJUKAN

 Kemahiran kebolehpasaran dalam kalangan pelajar. (n.d.). Academia.edu -


Share
research. https://www.academia.edu/15067625/kemahiran_kebolehpasaran_
dalam_kalangan_pelajar
 Pengertian, Arti Dan Definisi Pasar. (n.d.).
carapedia.com. https://carapedia.com/pengertian_arti_definisi_pasar_info200
0.html
 Kepentingan Menguasai Kemahiran Teknologi Maklumat (ICT). (n.d.).
Berbakti selagi terdaya.... https://itaothman.weebly.com/kepentingan-
menguasai-kemahiran-teknologi-maklumat-ict.html
 Proses penyelesaian masalah diperolehi pada
http://web.usm.my/mentor//download/PROGRAM_MENTOR_MENTEE-
_PROSES_PENYELESAIAN_MASALAH_(Noriah_Mohamad_
%26_Azlinda_Azman).pdf
LAMPIRAN

Contoh rajah Komunikasi

Contoh rajah menyelesaikan masalah

Contoh rajah membuat perancangan


contoh rajah mahir megunkan teknologi

contoh rajah Pengurus penginapan

You might also like