Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 3

SEKTOR PELANCONGAN YANG DIPILIH

Sektor pelancongan yang dipilih untuk tugasan ini ialah Sektor Tempat
Tarikan, seperti yang kita maklum, sektor tempat tarikan merupakan sektor yang
penting dalam menjamin keuntungan syarikat. Tempat tarikan ialah sebuah destinasi
yang menjadi tujuan pelancong datang ke negara kita. Tempat tarikan ini ialah
sebuah destinasi utama yang mempunyai ciri-ciri budaya dan tradisi masyarakat.
Tempat tarikan ini juga boleh datang dalam bentuk adventure, mistik, nature,
history,food dan culture di malaysia. Dalam sektor ini juga, penting untuk tempat
tarikan tersebut memenuhi keperluan lawatan pelancong,iaitu kemudahan asas
seperti tandas,tempat parking,tempat rehat, tempat makan dan minum, tempat
beriadah serta laluan jalan ketersampaian pelancong iaitu jalan raya dan pejalan
kaki. Perkara ini penting, kerana melalui sektor tempat tarikan ini. Syarikat boleh
mengaut keuntungan daripada kedatangan pelancong dan seterusnya dapat
menyumbang kepada pendapatan negara.

SEKTOR TEMPAT TARIKAN

Berikut merupakan contoh sektor tempat tarikan yang menjadi tujuan


kedatangan pelancong ke negara kita.

I. Taman Pertanian Dan Air Terjun Sekayu

Taman Rekreasi dan Air Terjun Sekayu terletak 15 km dari Bandar Kuala
Berang dan hanya 45 minit perjalanan dari Kuala Terengganu. Terdapat tujuh
tingkat air terjun dengan trek laluan kepada pengunjung yang ingin bersantai
di hujung minggu. Pelbagai kemudahan disediakan antaranya termasuk
tempat rehat,tapak perkhemahan,gerai-gerai makanan dan tempat parking.
II. Air Panas Kampung La

Air panas Kampung La terletak 140 km ke utara dari Kuala Terengganu.


Kolam air panas terhasil dari punca air yang meresap melalui rekahan di
celah-celah batu dengan suhu kepanasan antara 50-75 darjah. Kemudahan
yang disediakan di tempat ini ialah tandas, chalet, gerai-gerai makanan, kedai
cenderahi dan tapak perkhemahan

III. Pusat Penerangan Penyu Di Rantau Abang

Pantai Rantau Abang amat terkenal sebagai salah sebuah daripada enam
pesisir pantai di dunia yang menerima kehadiran penyu belimbing bertelur
dari bulan Mei hingga September setiap tahun. Pusat ini menyediakan
maklumat putaran kehidupan spesis penyu dan apakah langkah pemulihan
yang telah dibuat bagi memastikan kelangsungan hidup spesis terancam
tersebut.
IV. Hutan Rekreasi dan Air Terjun Chemerong

Air Terjun Chemerong ini setinggi 305 meter dan merupakan air Terjun
menegeak yang paling tinggi di Malaysia dan air terjun ini terletak 100 km ke
selatan dari Kuala Terengganu dan hanya 30 Km dari Bandar Al-Muktafi billah
Syah di daerah Dungun. Aktiviti yang tersedia di tempat menarik ini ialah
aktiviti mendaki. Pelancong yang berkunjung ke tempat ini juga akan
merasakan ketenangan dan kedinginan airnya.

You might also like