BM Set 1 Dan Set 2 Kertas PBD Akhir Tahun 2021 Bahasa Melayu Tahun 1

You might also like

Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 23

SULIT

BAHASA MELAYU
Tahun 1
Akhir Tahun 2021
1 jam

(Set 1)

PENTAKSIRAN BILIK DARJAH (PBD) 2021


(AKHIR TAHUN)
TAHUN 1

Nama: ………………………………………………………………. Kelas: ……………

BAHASA MELAYU
Kertas Pemahaman dan Penulisan

1 jam (60 minit)

JANGAN BUKA KERTAS SOALAN SEHINGGA DIBERITAHU


1. Kertas soalan ini mengandungi 2 bahagian iaitu Bahagian A dan Bahagian B.

2. Kamu dikehendaki menjawab semua soalan dalam kedua-dua bahagian ini.

Kertas ini mengandungi 9 halaman bercetak.

Bahagian Markah

A
20
B
30

Hakcipta@CikguHani2021 [Lihat halaman sebelah]


1

Bahagian A
(20 Markah)

Soalan 1 hingga Soalan 15


Bulatkan jawapan yang betul dengan jawapan yang paling sesuai.

Soalan 1 berdasarkan gambar di bawah. Soalan 5 berdasarkan gambar di bawah.

1. Pak Abu menambat _____________ di 5. Chef Zubir sedang _________ kek ke


bawah sepohon pokok. dalam sebuah ketuhar.

A. lembu C. arnab A. memasak C. membakarkan


B. kucing D. kambing B. memasukkan D. membuat

2. __________ yang sedang dibuat oleh 6. Suara penyanyi wanita itu sungguh
ibu? Ibu sedang memasak di dapur. ____________.

A. Siapakah C. Bilakah A. cantik C. enak


B. Apakah D. Di manakah B. lazat D. merdu

Soalan 3 berdasarkan gambar di bawah. Soalan 7 berdasarkan gambar di bawah.

7. Danial sedang ____________ longkang


3. Ini kasut kamu ___________ kasut
yang tersumbat di tepi rumahnya.
Amir?

A. dan C. tetapi A. membersihkan C. menggosok


B. atau D. kerana B. mengeluarkan D. menyapu

4. Arissa sedang makan sebiji epal manis 8. Tuan Guru Besar akan merasmikan majlis
yang berwarna ___________. Hari Guru. __________ akan memberikan
ucapan terlebih dahulu.

A. kuning C. merah A. Saya C. Dia


B. biru D. ungu B. Beliau D. Mereka

Hakcipta@CikguHani2021 Lihat Laman Sebelah


2

9. Makcik Asmah membeli se_________ 13. Azfar ialah seorang pelajar yang pandai
kangkung dari pasar tani. ________ malas.

A. keping C. buah A. dan C. sambil


B. ikat D. helai B. tetapi D. kerana

10. “___________ kamu tinggal,?” 14. Ibu berpesan agar kami tidak bermain
tanya Azri kepada murid baru. di dalam sungai yang ________ itu
kerana dibimbangi akan lemas.

A. Berapakah C. Di manakah A. cetek C. dalam


B. Bilakah D. Siapakah B. luas D. tohor

Soalan 11 berdasarkan gambar di bawah. Soalan 15 berdasarkan gambar di bawah.

11. Encik Azman________________ 15. Murid-murid membaca buku di


motosikal ke pejabatnya pada __________ sekolah pada waktu
setiap pagi. rehat.

A. menaiki C. menunggang A. padang C. kantin


B. memandu D. mengayuh B. perpustakaan D. dewan

Soalan 12 berdasarkan gambar di bawah. 16. Pilih jawapan yang betul bagi ayat
tanya di bawah.

Siapakah guru Matematik kamu?

A. Puan Wahida mengajar Tahun 1


Angklung.

B. Puan Wahida menyuruh kami


12. Puan Razila membeli se_________ membuka buku latihan.
di pasar tani.
C. Puan Wahida ialah seorang guru
A. biji C. tandan yang tegas ketika mengajar.
B. buah D. sikat
D. Puan Wahida ialah guru Matematik
saya.

Hakcipta@CikguHani2021 Lihat Laman Sebelah


3

Soalan 17 hingga Soalan 20


Baca petikan di bawah dan jawab soalan-soalan yang berikut.

Pada hari Sabtu yang lalu, Amira sekeluarga melawat datuk dan nenek di
kampung. Kampung mereka terletak di Banting. Mereka bertolak dari Kuala
Lumpur pada pukul 7.00 pagi dan sampai di kampung dua jam kemudian.
     Datuk Amira ialah seorang pesara. Hobinya ialah berkebun. Datuk
mengajak Amira ke kebun sayur – sayurannya yang terletak di belakang rumah.
Di dalam kebun datuk ada banyak sayur seperti kubis, cili, petola, kangkung dan
bendi. Amira menolong datuk mengutip sayur – sayuran dan memasukkan sayur
tersebut ke dalam bakul. Amira juga membantu datuk menabur baja. Amira
tersenyum puas apabila melihat sayur-sayuran di kebun datuknya hidup subur.

17. Apakah hobi datuk Amira? 19. Amira tersenyum puas kerana
____________________.
A. Membela ikan
B. Menjual buah A. dapat mengutip sayur-sayuran.
C. Berkebun B. menjual sayur-sayuran datuk.
D. Menoreh getah C. pulang ke kampung.
D. melihat sayur-sayuran datuknya
hidup subur.

18. Berikut ialah sayur-sayuran yang 20. Apakah pekerjaan datuk Amira
boleh ditemui di kebun datuk Amira sekarang?
kecuali

A. kangkung A. Tentera
B. bendi B. Pesara
C. petola C. Guru
D. tomato D. Polis

Hakcipta@CikguHani2021 Lihat Laman Sebelah


4

Bahagian B
(30 markah)

Soalan 21: Namakan haiwan-haiwan di bawah. ___ / 6

1. 4.

________ ________
2. 5.

________ ________
3. 6.

________ ________

Hakcipta@CikguHani2021 Lihat Laman Sebelah


5

Soalan 22: Isi tempat kosong dengan kata ganti nama diri di bawah. ___ / 5

Kami Mereka Beliau Dia Kita

1. Cikgu Amalia ialah guru kelas kami. _________

mengajar subjek Matematik.

2. _________ membersihkan bilik darjah pada

setiap pagi sebelum kelas bermula.

3. _________ perlulah sentiasa berhati-hati ketika

melintas jalan raya.

4. Azri, Aiman dan Amir berkawan baik.

__________sering berbasikal ke sekolah

bersama-sama.

5. Adib sedang melayari Internet. ________ mahu

mencari informasi tentang kerja kursus Sains.

Hakcipta@CikguHani2021 Lihat Laman Sebelah


6

Soalan 23: Padankan kata adjektif yang berlawanan. ___ / 9

1. Pandai Perlahan

2. Lebar Rajin

3. Malas Ringan

4. Tajam Sempit

5. Cetek Gemuk

6. Pantas Dalam

7. Kurus Tumpul

8. Rendah Bodoh

9. Berat Tinggi

Hakcipta@CikguHani2021 Lihat Laman Sebelah


7

Soalan 24:
___ / 5
Susun perkataan-perkataan di bawah menjadi ayat yang betul.

1. Arissa kesukaan Buah ialah rambutan.

___________________________________________________________________________

2. di atas Rumah milik itu bukit Dato Azhar.

___________________________________________________________________________

3. bermain sedang Idham di padang Adam bola dan sekolah.

___________________________________________________________________________

4. angin tinggi terbang ditiup Layang-layang apabila kuat itu.

___________________________________________________________________________

5. sakit Zahrah yang di hospital rakannya melawat terlantar.

___________________________________________________________________________

Hakcipta@CikguHani2021 Lihat Laman Sebelah


8

Soalan 25: Baca petikan dan jawab soalan-soalan berikut. ___ / 5

Ini ialah buah nenas. Jika durian digelar sebagai raja buah-buahan,
nenas pula digelar permaisuri buah-buahan. Nenas ialah antara buah
kegemaran saya. Selain rasanya yang manis dan sedap, nenas
sebenarnya mempunyai banyak khasiat. Tidak seperti durian, nenas
sentiasa berbuah sepanjang tahun. Rasanya yang manis apabila
sudah masak ranum menjadikannya buah yang digemari ramai.
Nenas yang sudah masak akan bertukar warna daripada warna
hijau menjadi warna kuning keemasan. Nenas banyak di tanam di
negeri Johor, Selangor dan Sarawak. Secara asasnya, buah nenas
mempunyai kandungan nutrisi Vitamin C, Vitamin B dan Bromelain.
Selain boleh dimakan secara mentah, nenas juga boleh dibuat
menjadi jem nenas, halwa, jeruk dan tat nenas. Saya sangat menyukai
jem nenas yang dimasak oleh nenek.

1. Apakah nama permaisuri buah-buahan?

Nama permaisuri buah-buahan ialah ________________________________.

2. Bagaimanakah kita boleh mengetahui yang buah nenas sudah masak?

Kita boleh mengetahui yang buah nenas sudah masak apabila ia__________

______________________________________________________________.

3. Di manakah nenas banyak ditanam?

Nenas banyak ditanam di _________________________________________

______________________________________________________________

4. Apakah yang boleh dibuat daripada buah nenas selain dimakan secara mentah?

Selain dimakan mentah, buah nenas juga boleh dibuat __________________

______________________________________________________________

5. Apakah kandungan nutrisi yang terdapat dalam buah nenas?

Buah nenas mengandungi ______________________________________

_________________________________________________________

Hakcipta@CikguHani2021 Lihat Laman Sebelah


9

JAWAPAN

BAHAGIAN A (20 Markah)

1. D 11. C
2. B 12. D
3. B 13. B
4. C 14. C
5. B 15. B
6. D 16. D
7. A 17. C
8. B 18. D
9. B 19 D
10. C 20. B

BAHAGIAN B (20 Markah)


Soalan 21:
1. gajah 3. singa 5. harimau
2. buaya 4. lebah 6. kambing

Soalan 22:

1. Beliau
2. Kami
3. Kita
4. Mereka
5. Dia

Soalan 23:

1. Pandai Perlahan
2. Lebar Rajin
3. Malas Ringan
4. Tajam Sempit
5. Cetek Gemuk
6. Pantas Dalam
7. Kurus Tumpul
8. Rendah Bodoh
9. Berat Tinggi

Hakcipta@CikguHani2021 Lihat Laman Sebelah


10

Soalan 24:

1. Buah kesukaan Arissa ialah rambutan.

2. Rumah di atas bukit itu milik Dato Azhar.

3. Idham dan Adam sedang bermain bola di padang sekolah.

4. Layang-layang itu terbang tinggi apabila ditiup angin kuat.

5. Zahrah melawat rakannya yang terlantar sakit di hospital.

Soalan 25:

1. Nama permaisuri buah-buahan ialan nenas.

2. Kita boleh mengetahui yang buah nenas sudah masak apabila ia bertukar
warna daripada warna hijau menjadi warna kuning keemasan

3. Nenas banyak ditanam di negeri Johor, Selangor dan Sarawak.

4. Selain dimakan mentah, nenas juga boleh dibuat menjadi jem nenas, halwa,
jeruk dan tat nenas.

5. Buah nenas mengandungi Vitamin C, Vitamin B dan Bromelain

Hakcipta@CikguHani2021 Lihat Laman Sebelah


11

SULIT
BAHASA MELAYU
Tahun 1
Akhir Tahun 2021
1 jam

(Set 2)

PENTAKSIRAN BILIK DARJAH (PBD) 2021


(AKHIR TAHUN)
TAHUN 1

Nama: ………………………………………………………………. Kelas: ……………

BAHASA MELAYU
Kertas Pemahaman dan Penulisan

1 jam (60 minit)

JANGAN BUKA KERTAS SOALAN SEHINGGA DIBERITAHU


3. Kertas soalan ini mengandungi 2 bahagian iaitu Bahagian A dan Bahagian B.

4. Kamu dikehendaki menjawab semua soalan dalam kedua-dua bahagian ini.

Kertas ini mengandungi 10 halaman bercetak.

Bahagian Markah

A
20
B
30

Hakcipta@CikguHani2021 Lihat Laman Sebelah


12

Bahagian A
(20 Markah)

Soalan 1 hingga Soalan 15


Bulatkan jawapan yang betul dengan jawapan yang paling sesuai.

Soalan 1 berdasarkan gambar di bawah. Soalan 4 berdasarkan gambar di bawah

4. Hakim menjatuhkan hukuman berat ke


2. Makcik Salmah membeli _______ di
atas pesalah di _______________.
pasar pagi.

A. daging C. sayur A. Mahkamah C. Balai Polis Sri Jaya


B. ikan D. ayam Persekutuan
B. Hospital D. Dewan Komuniti
Putrajaya Perdana

3. Zalikha sedang ___________ 5. “__________ hantar semua kerja rumah


halaman rumahnya yang dipenuhi kalian sekarang,” kata Cikgu Asmah
dengan daun-daun kering. kepada murid-murid 1 Rebana.

A. membersih C. mengemop A. Jangan C. Tolong


B. menyapu D. mengelap B. Minta D. Harap

Soalan 3 berdasarkan gambar di bawah. Soalan 6 berdasarkan gambar di bawah.

5. Amir menerima Anugerah Pelajar 6. Pak Abu menebas semak di belakang


Cemerlang di ________ pentas. rumahnya dengan menggunakan
________ sabit.

A. bawah C. tepi A. sepasang C. sebilah


B. tengah D. atas B. selaras D. sebatang

Hakcipta@CikguHani2021 Lihat Laman Sebelah


13

7. Pisau yang digunakan oleh Mak 11. “___________ kamu sekeluarga akan
Senah untuk menyiang ikan sangat akan bertolak ke Pulau Langkawi?” tanya
___________. Amira kepada rakannya Azri.

A. berkarat C. cantik A. Apakah C. Di manakah?


B. tajam D. cetek B. Bilakah D. Bagaimanakah?

Soalan 8 berdasarkan gambar di bawah. Soalan 12 berdasarkan gambar di bawah.

8. _________, sakitnya lutut saya!” kata 12. Encik Adam ____________ ikan di sungai
Aydin sambil melihat lututnya yang dengan menggunakan sebatang pancing
berdarah kerana terjatuh. ikan yang baru dibelinya semalam.

A. Oh C. Aduh A. menangkap C. menjala


B. Eh D. Aduhai B. memancing D. menjerat

9. “___________ kamu tinggal?”, 13. Ibu jari kakinya berdarah ________


tanya Azri kepada murid baru. tersepak batu.

A. Berapakah C. Di manakah A. dan C. kerana


B. Bilakah D. Siapakah B. tetapi D. atau

Soalan 10 berdasarkan gambar di Soalan 14 berdasarkan gambar di bawah.


bawah.

14. Murid-murid bergotong-royong


10. Penduduk kampung sedang membersihkan laman di ___________
membina sebuah titi kecil. sekolah.
_________ bekerja dengan
tekun sekali.

A. Kami C. Mereka A. atas C. hujung


B. Kalian D. Kita B. hadapan D. bawah

Hakcipta@CikguHani2021 Lihat Laman Sebelah


14

Soalan 15 berdasarkan gambar di Soalan 16 berdasarkan gambar di bawah.


bawah.

16. Pilih ayat seruan yang yang sesuai.

15. Puan Asheela membeli se________


di pasar tani. A. Oh, cantiknya kereta baru awak!

A. biji C. gugus B. Eh, cantiknya kereta baru awak!


B. buah D. ikat
C. Wah, cantiknya kereta baru awak!

D. Nah, cantiknya kereta baru awak!

Hakcipta@CikguHani2021 Lihat Laman Sebelah


15

Soalan 17 hingga Soalan 20


Baca petikan di bawah dan jawab soalan-soalan yang berikut.

Pada cuti sekolah baru-baru ini, Arissa dan keluarga makan angin ke Teluk
Kemang. Teluk Kemang terletak di negeri Melaka. Udara pantai di situ sungguh
nyaman dan mendamaikan.
     Arissa dan keluarganya menginap di sebuah hotel berhadapan
dengan pantai. Pada hari pertama, mereka menghabiskan masa bermain di tepi
pantai. Mereka dapat melihat anak-anak ikan berenang-renang di dalam air laut
biru yang jernih dan bersih. Mereka juga tidak melepaskan peluang untuk
bermandi-manda, membina istana pasir dan berkelah di tepi pantai.
Pada hari kedua, Arissa dan keluarganya berkunjung ke kampung
nelayan berdekatan. Mereka dapat melihat nelayan menjala ikan. Para nelayan
juga menjemur ikan-ikan yang ditangkap untuk dijadikan ikan masin. Ibu Arissa
membeli banyak produk ikan daripada mereka kerana harganya yang murah.
Mereka bertolak pulang ke Kuala Lumpur pada keesokan harinya dengan
harapan agar dapat kembali semula ke Teluk Kemang pada masa akan datang.

17. Arissa dan keluarga bercuti di 19. Mengapakah Ibu Arissa membeli banyak
Teluk Kemang selama produk ikan?
____________________.
A. 2 hari dan 1 malam
B. 3 hari dan 2 malam A. Nelayan bermurah hati memberikannya
C. Sehari semalam kepada ibu Arissa.
D. Seminggu B. Harga produk ikan di situ murah.
C. Untuk dijadikan cenderahati.
D. Ibu Arissa mempunyai duit yang banyak.

18. Berikut ialah aktiviti yang dijalankan 20. Apakah maksud makan angin di dalam
oleh Arissa sekeluarga kecuali petikan di atas?

A. memancing A. berkelah
B. bermandi-manda B. bercuti
C. membina istana pasir C. bergerak
D. berkelah D. bertolak

Hakcipta@CikguHani2021 Lihat Laman Sebelah


16

Bahagian B
(30 Markah)

Soalan 21:
___ / 5
Betulkan ejaan yang bergaris. Kemudian salin semula ayat yang betul.

1. Selepas makan malam, Amira akan membantu ibunya membasoh pinggan.

______________________________________________________________

2. Azri meminpin tangan orang buta yang mahu menyeberangi jalan.

______________________________________________________________

3. Pak Ali menimbak rusa dengan selaras senapang.

______________________________________________________________

4. Sebelum ke sekolah, Zahra akan menggosot baju seragam sekolahnya.

______________________________________________________________

5. Ayah mimendu kereta ke tempat kerja dengan berhati-hati.

______________________________________________________________

Hakcipta@CikguHani2021 Lihat Laman Sebelah


17

Soalan 22: Isi tempat kosong dengan kata kerja yang sesuai. ___ / 8

menggoreng menunggang mendayung menonton


menuntun membuang membela menyiram

1. Pak Ali ___________ sampan dengan tenang untuk mengail ikan.

2. Makcik Hasmah ___________ pokok bunganya pada setiap petang.

3. Ibu sedang ______________ ikan di dapur untuk sajian makan malam nanti.

4. Azri sedang _____________ televisyen bersama keluarganya.

5. Encik Danial ______________ motosikal ke tempat kerjanya.

6. Datuk _____________ sepuluh ekor lembu di belakang rumahnya.

7. Syara ______________ basikalnya kerana tayar basikalnya pancit.

8. Nani ______________ sampah ke dalam tong sampah di hadapan rumahnya.

Soalan 23: Padankan penjodoh bilangan yang betul. ___ / 7

1. parang sebuah

2. payung sebatang

3. cincin sebuku

4. sekolah sekeping

5. jalan raya sebilah

6. papan sekaki

7. roti sebentuk

Hakcipta@CikguHani2021 Lihat Laman Sebelah


18

Soalan 24: Gunakan huruf besar dan tanda noktah dengan betul. ___ / 5

6. pada cuti sekolah yang lalu, ayah membawa kami sekeluarga melawat muzium
negara dan menara kuala lumpur

___________________________________________________________________________

7. puan jamilah ialah seorang doktor yang bertugas di klinik kesihatan bandar baru
bangi

___________________________________________________________________________

8. setiap hari sabtu, aaron akan ke kelas latihan taekwondo di sekolahnya

___________________________________________________________________________

9. ayah akan bertolak ke langkawi pada hari esok dengan menaiki pesawat air asia

___________________________________________________________________________

10. zahrah dan nina belajar di sekolah yang sama iaitu di sekolah kebangsaan dato
onn jaafar, subang jaya

___________________________________________________________________________

Hakcipta@CikguHani2021 Lihat Laman Sebelah


19

Soalan 25: Baca petikan dan jawab soalan-soalan berikut. ___ / 5

Pada hari Sabtu yang lepas, sekolah Adib telah mengadakan acara sukan tahunan.
Padang sekolah telah dihias dengan cantik oleh guru-guru untuk memeriahkan acara
tahunan tersebut. Terdapat banyak acara pertandingan yang disertai oleh murid-murid.
Adib telah menyertai acara lompat tinggi, lumba lari 100 meter dan lempar cakera.
Acara sukan tahunan dimeriahkan lagi dengan pertandingan perbarisan. Lima
pasukan mengikut warna rumah masing-masing telah mengambil bahagian. Pasukan
rumah merah iaitu Rumah Bentara telah menjuarai acara perbarisan dan diikuti oleh
pasukan rumah hijau iaitu Rumah Laksamana ditempat kedua.
Ramai ibu bapa telah hadir untuk memberikan sokongan kepada murid-murid
yang menyertai pertandingan. Mereka memberikan tepukan yang gemuruh untuk
memberi semangat kepada para peserta. Adib juga telah memenangi tempat pertama
dalam acara lompat tinggi dan lempar cakera. Guru besar telah menyampaikan hadiah-
hadiah kepada para pemenang.

6. Apakah acara sukan yang telah Adib sertai?

Adib telah menyertai _____________________________________________

______________________________________________________________

7. Pasukan rumah yang manakah telah menjuarai acara perbarisan?

Pasukan rumah yang telah menjuarai acara perbarisan __________________

______________________________________________________________.

8. Apakah acara pertandingan yang telah Adib juarai?

Adib telah menjuarai dalam _______________________________________

______________________________________________________________

Hakcipta@CikguHani2021 Lihat Laman Sebelah


20

9. Mengapakah ibu bapa memberikan tepukan gemuruh kepada para peserta?

Ibu bapa memberikan tepukan gemuruh kepada para peserta ____________

______________________________________________________________

10. Siapakah yang telah menyampaikan hadiah-hadiah kepada para pemenang?

Hadiah-hadiah kepada para pemenang ______________________________

______________________________________________________________

Hakcipta@CikguHani2021 Lihat Laman Sebelah


21

JAWAPAN

Bahagian A
(20 Markah)

1. D 11. B
2. B 12. B
3. D 13. C
4. A 14. B
5. C 15. C
6. C 16. C
7. B 17. B
8. C 18. A
9. C 19 B
10. C 20. B

Bahagian B
(30 Markah)

Soalan 21:
1. membasuh
2. memimpin
3. menembak
4. menggosok
5. memandu

Soalan 22:

6. mendayung
7. menyiram
8. menggoreng
9. menonton
10. menunggang
11. membela
12. menuntun
13. membuang

Soalan 23:

1. parang – sebilah
2. payung – sekaki
3. cincin – sebentuk
4. sekolah – sebuah
5. jalan raya – sebatang
6. papan – sekeping
7. roti - sebuku

Hakcipta@CikguHani2021 Lihat Laman Sebelah


22

Soalan 24:

1. Pada cuti sekolah yang lalu, ayah membawa kami sekeluarga melawat Muzium
Negara dan Menara Kuala Lumpur.
2. Puan Jamilah ialah seorang doktor yang bertugas di Klinik Kesihatan Bandar
Baru Bangi.
3. Setiap hari Sabtu, Aaron akan ke kelas latihan taekwondo di sekolahnya.
4. Ayah akan bertolak ke Langkawi pada hari esok dengan menaiki pesawat Air
Asia.
5. Zahrah dan Nina belajar di sekolah yang sama iaitu di Sekolah Kebangsaan
Dato Onn Jaafar, Subang Jaya.

Soalan 25:

1. Adib telah menyertai acara lompat tinggi, lumba lari 100 meter dan lempar
cakera.

2. Pasukan rumah yang telah menjuarai acara perbarisan ialah pasukan rumah
merah iaitu Rumah Bentara.

3. Adib telah menjuarai dalam acara lompat tinggi dan lempar cakera.

4. Ibu bapa memberikan tepukan gemuruh kepada para peserta untuk memberi
semangat kepada para peserta.

5. Hadiah-hadiah kepada para pemenang telah disampaikan oleh guru besar.

Hakcipta@CikguHani2021 Lihat Laman Sebelah

You might also like