Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 3

UNIVERSITI MALAYA

PENILAIAN AKHIR DIPLOMA PASCA SISWAZAH PENDIDIKAN

SESI AKADEMIK 2021/2022 : SEMESTER I

PQI6002 : Sosiologi Pendidikan

Jan/Feb 2022 Masa : 48 jam

ARAHAN KEPADA CALON :

Calon dikehendaki menjawab 2 (DUA) soalan Bahagian A dan 1(SATU) soalan


Bahagian B.

(Kertas soalan ini mengandungi 2 soalan dalam 3 halaman yang dicetak)


PQI6002

Bahagian A

RMK-12: TIGA FOKUS PERLU DIBERIKAN DALAM BIDANG PENDIDIKAN 

DR. ANUAR AHMAD


 Oleh MOHAMAD HAFIZ YUSOFF BAKRI
 25 September 2021, 6:33 pm

PETALING JAYA: Tiga fokus utama bagi sektor pendidikan perlu diberikan perhatian khusus
dalam Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK-12) yang dibentangkan minggu depan.
 
Pensyarah Pusat Kajian Pendidikan dan Kesejahteraan Komuniti, Fakulti Pendidikan Universiti
Kebangsaan Malaysia (UKM) Dr. Anuar Ahmad berkata, tiga fokus tersebut termasuk
pemulihan semula sistem pendidikan negara pasca pandemik; memperkasa pendidikan digital
dan pengukuhan latihan perguruan.
 
Katanya, menerusi RMK-12, agenda pendidikan negara terutama selepas pandemik Covid-19
yang  berdepan situasi ‘kelumpuhan’ perlu diselesaikan.
 
“Akibat penutupan sekolah dan  sesi pengajaran serta pembelajaran di rumah (PdPR) yang
disahkan Kementerian Pendidikan  kurang berkesan, didapati ramai murid  keciciran
pembelajaran. Ketiadaan peranti  lebih 1.85 juta turut meningkatkan lagi keciciran pembelajaran
murid-murid di seluruh negara. 
 
“Selain itu,  murid-murid  berhadapan dengan isu kesihatan mental akibat pandemik yang telah
menggugat kehidupan keluarga mereka. Kesan kesihatan mental paling buruk pada murid-murid
dalam kalangan golongan berpendapatan rendah (B40). Kajian menunjukkan mereka hilang
motivasi pembelajaran. Oleh itu, RMK-12 sepatutnya memberikan tumpuan  menjayakan Pelan
Pemulihan Pendidikan Negara bagi memastikan semua murid-murid negara ini kembali belajar
dan dapat menamatkan alam persekolahan mereka,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari
ini.
 
Dalam pada itu, Anuar berkata,  RMK12 seharusnya memberikan fokus kepada pelan
penyediaan infra digital bagi memastikan semua murid-murid berpeluang untuk akses kepada
pendidikan digital. 
 
” Persekitaran endemik juga menyebabkan pembelajaran akan menjadi hibrid dan tidak lagi
seperti sebelum pandemik. “Apa yang sedang berlaku di negara lain seperti di Singapura,
Amerika Syarikat (AS)  dan United Kingdom  (UK) di mana sekolah mereka yang telah dibuka
kemudian terpaksa ditutup beberapa hari bila berlaku kes baru di sekolah perlu diberikan
perhatian. Pdpr akan menjadi sebahagian amalan ketika fasa endemik nanti,” ujarnya.
 
Tambah Anuar, RMK-12 juga mestilah memberikan galakan kepada syarikat teknologi
maklumat tempatan dan sektor industri digital kreatif swasta dengan insentif dan geran untuk
menghasilkan mereka bahan bahan pembelajaran digital untuk digunakan oleh murid-murid. 
 Sementara itu, Anuar berkata, RMK- 12 dalam masa yang sama perlu memberikan peruntukkan
yang lebih besar kepada latihan keguruan kerana tanpa guru-guru yang mahir, matlamat
menghasilkan murid-murid yang menguasai kemahiran teknologi dan pengetahuan masa depan
sukar dicapai. 
 
” Latihan keguruan pasti akan berubah pada masa depan. Guru-guru pada masa depan perlu
mempunyai kemahiran kemahiran pengajaran berteraskan digitalisasi. Keupayaan guru-guru
bukan lagi sekadar sebagai pengajar di dalam bilik darjah semata-mata tetapi mereka adalah
pembimbing dan fasilitator pembelajaran digital yang sifatnya lebih terbuka. 

“Pada masa yang sama, tumpuan RMK-12 juga tidak boleh meminggirkan agenda malar
pendidikan seperti menyelesaikan segera isu prasarana sekolah daif, pemerkasaan Program
Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET),  isu perpaduan integrasi kaum dan
isu meningkatkan aktiviti penyelidikan pendidikan. Agenda malar pendidikan ini adalah
kesinambungan dari Rancangan Malaysia sebelum ini dan mestilah diteruskan di dalam RMK-
12, ” katanya. -UTUSAN ONLINE

1. Baca keratan akhbar di atas berkaitan fokus dalam bidang pendidkan dalam
Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK-12),

a. Anda dikehendaki membuat analisis tiga fokus dan membincangkan


ketiga-tiga fokus tersebut bedasarkan perspektif salah satu teori sosiologi.

( 10 markah)

b. Huraikan faktor-faktor yang mungkin mempengaruhi ‘tiga fokus ’ tersebut


berdasarkan situasi semasa pendidikan di negara kita?

(10 markah)

Bahagian B

1. Buat satu rakaman video berdurasi 5 minit berdasarkan pandangan anda berkaitan isu di
atas dengan m e nyatakan cadangan yang mungkin boleh dilakukan untuk
merealisasikan agenda pendidikan negara dalam RMK-12 ini.

(10 markah)

TAMAT

3/3

You might also like