Surat Tanah Simah

You might also like

Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 1

Khatijah bt.

Tomor,
Lot 372, Kg. Bkt. Belimbing,
45000 Kuala Selangor,
Selangor Darul Ehsan

Sesiapa yang berkenaan,


Pejabat Tanah Daerah Kuala Selangor,
45000 Kuala Selangor,
Selangor Darul Ehsan 16 NOVEMBER 2021.

Tuan,
Pemakluman Pemilik Asal Tanah
Perkara di atas adalah dirujuk. Saya sebagai waris kepada Allahyarhamah Simah bt.
Ibrahim, ingin memaklumkan bahawa sebahagian tanah di kawasan tanah saya adalah
miliknya.
2. Rasiah bt. Ibrahim (nenek saya) dan Saripah bt. Abd. Rani (ibu saya) pernah
memaklumkan kepada saya; Khatijah bt. Tomor bahawa tanah di bahagian tersebut (rujuk
lampiran) adalah milik nenek saudara saya iaitu Allahyarhamah Simah bt. Ibrahim.
3. Allahyarhamah telah meninggal dunia sewaktu masih bujang sekitar tahun 1941 iaitu
sebelum tentera Jepun menakluki Malaya lagi. Oleh itu, tanah milik Allahyarhamah Simah
telah diusahakan oleh Rasiah bt. Ibrahim iaitu kakak kepada allahyarhamah merangkap
nenek saya. Setelah nenek saya meninggal dunia, tanah milik Allahyarhamah Simah telah
diusahakan pula oleh Saripah bt Abd. Rani; anak kepada Rasiah bt. Ibrahim merangkap ibu
saya. Kini, tanah itu telah diusahakan oleh saya sendiri; Khatijah bt. Tomor.
4. Untuk pengetahuan pihak tuan, surat mati Allahyarhamah Simah telah hilang
daripada simpanan saya. Surat mati tersebut pernah didaftarkan di JPN Petaling Jaya, Jalan
Othman sekitar tahun 2000.

Sekian, terima kasih.


___________________
(KHATIJAH BT TOMOR)

You might also like