Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 2

SINOPSIS HIKAYAT HANGTUAH

Hang Tuah merupakan seorang pahlawan legenda berbangsa Melayu yang hidup semasa
pemerintahan Kesultanan Melayu Melaka pada abad ke-15 iaitu tahun 1400-1511 Masehi. Hang
Tuah dipercayai adalah anak jati Melaka dan telah dilahirkan di Kampung Sungai Duyung,
Melaka pada tahun 1444. Pada hari ini Kampung Sungai Duyung merupakan salah satu tarikan
perlancongan di Bandar Hilir, Melaka.
Berdasarkan rekod, ibu bapa Hang Tuah Hang Mahmud dan Dang Merdu Wati. Kedua ibu bapa
Hang Tuah pernah bertugas di istana. Bapa Hang Tuah merupakan seorang hulubalang istana
sementara ibunya adalah seorang dayang di istana. Keluarga hang Tuah sudah biasa dengan
istana maka tak hairanlah apabila beliau juga menjadi pahlawan di istana.
Pastinya anda sudah sedia maklum bahawa Hang Tuah sangat handal bersilat dan bermain
senjata. Hang Tuah juga memiliki 4 sahabat baik iaitu Hang Jebat, Hang Hang Kasturi, Hang Lekir
dan Hang Lekiu. Mereka merupakan sabahat baik sejak kecil, dan apabila remaja mereka telah
pergi  menuntut ilmu di Gunung Ledang. Guru mereka bernama Adiputra.
Kisahnya, pada suatu hari Hang Tuah lima bersaudara telah menyelamatkan Dato’ Bendahara
daripada serangan seorang lelaki yang sedang mengamuk. Kemudian Dato’ Bendahara
mengambil mereka berlima bekerja di istana. Mereka berlima sangat disayangi oleh Sultan
Melaka kerana ketangkasan mereka bersilat dan kesetiaan kepada Sultan.
Hang Tuah dikurniakan gelaran Laksamana. Satu hari Hang Tuah mengikut Sultan Melaka ke
Majapahit dan di sana Hang Tuah telah berlawan dengan Taming Sari iaitu pahlawan jawa yang
kebal dan tidak dapat dicederakan oleh sesiapa. Namun akhirnya Hang Tuah berjaya
membunuh pendekar Taming Sari lalu Raja Majapahit, Suraprabhawa menghadiahkan keris
taming Sari kepada Hang Tuah.
Kemudian Hang Tuah telah diutuskan ke Pahang bagi melamar Tun Teja untuk dijadikan
permaisuri Sultan Melaka. Semasa Hang Tuah pergi ke Pahang, Melor telah turun dari Gunung
Ledang untuk mencari Hang Tuah namun telah ditawan oleh Tun Ali atas hasutan Patih Karma
Vijaya. Melor dipaksa untuk menjadi gundik Sultan Melaka. Tun Ali yang berniat jahat telah
memerangkap Hang Tuah. Sekembalinya Hang Tuah dari Pahang, dia telah bertemu Melor dan
ditangkap atas kesalahan berzina.
Kedua-dua mereka dihukum bunuh oleh Sultan Melaka yang murka. Namun Dato Bendahara
tidak sanggup untuk membunuh Hang Tuah. Hang Tuah bersembunyi di sebuah hutan di Hulu
Melaka. Setelah ketiadaan Hang Tuah, Hang Jebat telah dilantik oleh Sultan sebagai Laksamana
untuk menggantikan tempat Hang Tuah. Malah keris Taming Sari juga dianugerahkan kepada
Hang Jebat. Namun Hang Jebat juga mempunyai agenda tersendiri.
Hang Jebat yang merupakan sahabat karib Hang Tuah kecewa kerana Hang Tuah telah dianiaya
oleh sultan. Hang Jebat telah mengamuk dan merampas istana. Semasa mengamuk, Hang Jebat
telah bermajarajalela di seluruh Melaka dan membunuh ramai rakyat yang tidak berdosa.
Setelah puas mengamuk di pasar, Hang Jebat pergi ke istana dan mengamuk di sana sebelum
bertindak merampas istana. Sultan Melaka terpaksa melarikan diri dan berlindung di rumah
Dato Bendahara. Tiada sesiapa yang mampu menewaskan Hang Jebat yang kebal disebabkan
oleh Taming Sari yang berada di tangannya.

Dato Bendahara memaklumkan Sultan Melaka bahawa Hang Tuah masih hidup. Lalu hang Tuah
dibawa pulang ke istana untuk berlawan dengan Hang Jebat. Setelah bertarung selama tujuh
hari tujuh malam, Hang Tuah akhirnya berjaya merampas Taming Sarinya daripada Hang Jebat
dan membunuh sahabta baiknya itu demi Sultan Melaka.

You might also like