Perlembagaan BERSATU

You might also like

Download as pdf or txt
Download as pdf or txt
You are on page 1of 114

PERLEMBAGAAN

PARTI PRIBUMI BERSATU MALAYSIA


(BERSATU)
- PERLEMBAGAAN - GFD

PERLEMBAGAAN
PARTI PRIBUMI BERSATU MALAYSIA

MUKADIMAH

PARTI PRIBUMI BERSATU MALAYSIA berjuang untuk

kemuliaan insan, mempertahankan kedaulatan negara


dan membela kebajikan seluruh rakyat Malaysia tanpa
mengira kaum dan agama menerusi perjuangan politik
yang berpandukan prinsip Demokrasi Berparlimen, Raja
Berperlembagaan, Islam sebagai Agama Persekutuan
dan keadilan sosial demi mewujudkan sebuah
pemerintahan yang adil dan saksama, membasmi
rasuah dan salah guna kuasa, memacu kemajuan dan
pembangunan ekonomi yang mapan, memelihara
perpaduan kaum dan keharmonian agama serta
melahirkan masyarakat yang bersatupadu, aman,
harmoni dan sejahtera.
- PERLEMBAGAAN - GFD

FASAL 1 NAMA

1.1. Nama pertubuhan ini ialah PARTI


PRIBUMI BERSATU MALAYSIA
atau singkatannya BERSATU.

1.2. Di dalam perlembagaan ini,


perkataan “BERSATU” dan / atau
“parti” akan digunakan secara silih
berganti mengikut keadaan ayat
dan maksud bagi tujuan merujuk
kepada pertubuhan ini.

FASAL 2 TAKRIF PRIBUMI

Pribumi bermaksud Warganegara


Malaysia berbangsa Melayu dan
Bumiputera termasuk orang asal dan anak
negeri Sabah dan Sarawak seperti yang
ditakrifkan di dalam Perlembagaan
Persekutuan, Perlembagaan Negeri dan
undang-undang negara.
- PERLEMBAGAAN - GFD

FASAL 3 PEJABAT BERDAFTAR

Alamat dan tempat urusan pejabat


berdaftar parti ialah:

Tingkat 8, Menara Yayasan Selangor


No. 18A, Jalan Persiaran Barat, PJS 52,
46200 Petaling Jaya,
Selangor Darul Ehsan.

FASAL 4 COGAN PERJUANGAN


Cogan perjuangan parti ialah:
BERSATU, BERAMANAH, BERMARUAH.

FASAL 5 BENDERA DAN LAMBANG


- PERLEMBAGAAN - GFD

5.1. Reka Bentuk Bendera dan


Lambang

5.1.1. Bendera dan lambang parti


berupa segi empat tepat
berwarna merah dengan
kadar ukuran 3 kaki (tinggi)
x 6 kaki (lebar).

5.1.2. Di dalamnya terdapat grafik


berbentuk bunga lima
kelopak.

5.2. Pengertian Reka Bentuk

5.2.1. Lima kelopak bunga bererti


lima (5) Rukun Islam sebagai
Agama Persekutuan dan
lima (5) Prinsip Rukunegara.

5.2.2. Lima kelopak bunga yang


bersambung secara
seimbang dan sekata
melambangkan perpaduan
warga Pribumi dan seluruh
rakyat Malaysia yang hidup
- PERLEMBAGAAN - GFD

secara aman dan harmoni


serta mendapat layanan
yang adil dan saksama
dalam sebuah masyarakat
majmuk yang berbilang
kaum dan agama.

5.3. Pengertian Warna

5.3.1. Warna merah bererti


keberanian, semangat
patriotisme dan daya juang
yang jitu.

5.3.2. Warna putih bererti


kesucian, keikhlasan dan
keluhuran dalam
perjuangan serta sifat
amanah, jujur dan
berintegriti yang mesti
dimiliki oleh ahli-ahli parti.
- PERLEMBAGAAN - GFD

FASAL 6 TUJUAN DAN MATLAMAT

Tujuan dan matlamat parti adalah seperti


berikut:

6.1 Mempertahankan kemerdekaan


dan kedaulatan negara.

6.2 Menegakkan Islam sebagai agama


bagi Persekutuan dan
menghormati hak orang bukan
Islam untuk menganut dan
mengamalkan agama masing-
masing secara aman dan harmoni.

6.3 Menjunjung kemuliaan dan


kedaulatan institusi Raja
Berperlembagaan.

6.4 Mempertahankan kedudukan


istimewa orang Melayu dan anak
negeri Sabah dan Sarawak dan hak-
hak dalam Perlembagaan
Persekutuan yang sah untuk semua
kaum.

6.5 Memperkasa Bahasa Melayu


sebagai bahasa kebangsaan dan
- PERLEMBAGAAN - GFD

memelihara hak semua kaum


untuk mempelajari bahasa ibunda
masing-masing.

6.6 Menegakkan sistem demokrasi


berparlimen dan doktrin
pemisahan kuasa dengan
memperkukuhkan institusi
demokrasi menerusi reformasi
institusi yang menyeluruh.

6.7 Memperkasa agenda memerangi


rasuah dan salah guna kuasa untuk
mewujudkan amalan tadbir urus
yang baik dan pemerintahan yang
bersih, beramanah dan berintegriti.

6.8 Memelihara hak-hak asasi rakyat


sepertimana yang termaktub di
dalam Perlembagaan Persekutuan,
menjunjung nilai-nilai keadilan
sejagat yang selari dengan agama
Islam, serta menjunjung keluhuran
perlembagaan, kedaulatan
undang-undang serta prinsip
keadilan dan kesaksamaan.
- PERLEMBAGAAN - GFD

6.9 Membentuk masyarakat Malaysia


yang inklusif, progresif, dinamik
dan saintifik serta menghargai seni,
budaya dan tradisi sebagai acuan
membina sebuah negara maju
yang sejahtera.

6.10 Memperjuangkan keadilan sosial,


mengagih kekayaan negara secara
adil dan saksama, membela
kebajikan rakyat dan membasmi
kemiskinan tanpa mengira kaum
dan agama.

6.11 Mendokong prinsip bahawa setiap


rakyat berhak untuk berjaya
dengan memperolehi pendidikan
yang berkualiti dan sempurna
menerusi satu sistem pendidikan
yang mementingkan
pengembangan bakat, kreativiti,
inovasi dan amalan nilai-nilai murni
serta melaksanakan dasar dan
inisiatif yang konsisten untuk
merapatkan jurang pendidikan
antara bandar dan luar bandar.
- PERLEMBAGAAN - GFD

6.12 Memupuk perpaduan dan


keharmonian antara masyarakat
pelbagai kaum dan agama,
memelihara kestabilan politik dan
keselamatan negara, dan memacu
pembangunan ekonomi yang
mapan demi kepentingan rakyat
dan negara.

6.13 Mengamalkan prinsip-prinsip


Rukunegara serta mendukung
Perlembagaan Persekutuan dan
Perlembagaan Negeri-Negeri.

6.14 Menyertai pilihan raya umum


Persekutuan dan Negeri serta
pilihan raya kecil dengan tujuan
untuk menghantar wakil parti ke
Dewan Rakyat dan Dewan
Undangan Negeri bagi membentuk
kerajaan Persekutuan dan Negeri.
- PERLEMBAGAAN - GFD

FASAL 7 JENIS KEAHLIAN

7.1. Keahlian Parti Pribumi Bersatu


Malaysia terbuka kepada semua
Warganegara Malaysia Pribumi
yang berumur 18 tahun ke atas.

7.2. Ahli-ahli Parti Pribumi Bersatu


Malaysia terdiri daripada dua (2)
jenis:

7.2.1. Ahli Biasa / Ahli Biasa


Seumur Hidup

7.2.2. Ahli Bersekutu / Ahli


Bersekutu Seumur Hidup

7.3. Ahli Biasa ialah Warganegara


Malaysia Pribumi yang berumur 18
tahun ke atas.

7.4. Ahli Bersekutu ialah Warganegara


Malaysia bukan Pribumi yang
berumur 18 tahun ke atas dan
menerima serta mendukung
- PERLEMBAGAAN - GFD

matlamat perjuangan dan dasar-


dasar parti.

7.5. Hanya Ahli Biasa menurut Fasal


7.2.1 berhak untuk mengundi dan
bertanding bagi mana-mana
jawatan dalam parti dan dikira
sebagai korum dalam mana-mana
persidangan parti.

FASAL 8 PENDAFTARAN KEAHLIAN

8.1. Setiap Warganegara yang layak


menjadi ahli berhak mendaftar diri
sebagai ahli Parti Pribumi Bersatu
Malaysia mengikut Perlembagaan
dan Peraturannya.

8.2. Permohonan mendaftar sebagai


Ahli Biasa atau Ahli Bersekutu
boleh dibuat dengan cara berikut:

8.2.1. Mengemukakan borang


permohonan kepada Ketua
Cawangan atau Ketua
- PERLEMBAGAAN - GFD

Srikandi Cawangan atau


Ketua Armada Cawangan
masing-masing yang
dikehendaki menerima dan
meluluskan permohonan
tersebut; atau

8.2.2. Mengemukakan borang


permohonan termasuk
melalui atas talian (online)
kepada Setiausaha Agung
yang hendaklah menerima
dan meluluskan
permohonan tersebut
dengan mengikut
Cawangan sepertimana
kehendak ahli berkenaan
menjadi ahlinya, atau jika
ahli berkenaan tidak
menyatakan kehendaknya,
Setiausaha Agung
hendaklah menempatkan
ahli berkenaan ke dalam
mana-mana Cawangan
yang sesuai dalam Bahagian
yang dipohonnya, dan
- PERLEMBAGAAN - GFD

sekiranya ahli itu tidak


menyatakan Cawangan dan
Bahagian dalam borang
permohonannya Setiausaha
Agung berhak menentukan
Cawangan mengikut Daerah
Mengundi di mana ahli itu
mendaftar sebagai
pengundi oleh Suruhanjaya
Pilihanraya Malaysia
berpandukan kepada
butiran dalam kad
pengenalannya.

Sekiranya ahli berkenaan


belum mendaftar sebagai
pengundi atau belum
mencapai umur layak
mengundi, Setiausaha
Agung berhak dan
bertanggungjawab
menempatkan ahli
berkenaan ke mana-mana
Cawangan yang difikirkan
sesuai berpandukan kepada
- PERLEMBAGAAN - GFD

alamat kad pengenalan ahli


itu.

8.3. Setiap permohonan menjadi Ahli


Biasa atau Ahli Bersekutu
hendaklah disertakan dengan
bayaran Yuran Pendaftaran
sebanyak Ringgit Malaysia Dua
Sahaja (RM2.00) dan Yuran
Tahunan sebanyak Ringgit
Malaysia Dua Sahaja (RM2.00).

8.4. Ahli Biasa atau Ahli Bersekutu yang


ingin mendaftar sebagai Ahli
Seumur Hidup hendaklah
menyertakan bayaran Yuran
Keahlian Seumur Hidup sebanyak
Ringgit Malaysia Satu Ratus Sahaja
(RM100.00).

8.5. Permohonan menjadi Ahli Seumur


Hidup hendaklah disertakan
dengan Yuran Pendaftaran
sebanyak Ringgit Malaysia Dua
sahaja (RM2.00) dan Yuran Seumur
- PERLEMBAGAAN - GFD

Hidup sebanyak Ringgit Malaysia


Satu Ratus sahaja (RM100.00).

8.6. Bagi permohonan yang


dikemukakan di bawah Fasal 8.2.1,
jika pemohon tidak didaftarkan
sebagai ahli dalam masa satu bulan,
pemohon boleh melaporkan hal ini
kepada Jawatankuasa Bahagian
dan Jawatankuasa Bahagian mesti
mengarahkan Jawatankuasa
Cawangan mendaftar pemohon
tersebut sebagai ahli tertakluk
kepada peruntukan Fasal 7
Perlembagaan ini.

8.7. Bagi permohonan yang


dikemukakan di bawah Fasal 8.2.2,
jika pemohon tidak didaftarkan
sebagai ahli dalam masa satu bulan,
pemohon boleh melaporkan hal ini
kepada Majlis Presiden dan Majlis
Presiden mesti mengarahkan
Setiausaha Agung mendaftar
pemohon tersebut sebagai ahli
- PERLEMBAGAAN - GFD

tertakluk kepada peruntukan Fasal


7 Perlembagaan ini.

8.8. Mana-mana ahli boleh melaporkan


kepada Majlis Pimpinan Tertinggi
ke atas mana-mana pemohon yang
difikirkan tidak layak menjadi ahli
serta memberikan sebab-sebabnya.

8.9. Majlis Pimpinan Tertinggi berhak


membuat apa-apa keputusan atas
mana-mana permohonan
pendaftaran keahlian atau taraf
sesuatu pendaftaran itu (termasuk
menarik balik pendaftaran) dan
keputusan itu adalah muktamad.

8.10. Majlis Pimpinan Tertinggi berkuasa


menetapkan borang permohonan,
kaedah permohonan pendaftaran
keahlian, borang tukar
Cawangan/Bahagian dan tidak
tertakluk kepada Fasal 8.3, 8.4 dan
8.5 menetapkan yuran
pendaftaran dan yuran ahli dari
semasa ke semasa.
- PERLEMBAGAAN - GFD

8.11. Kesemua perihal pengurusan


keahlian dan daftar ahli
adalah di bawah bidang kuasa
Setiausaha Agung.

FASAL 9 TANGGUNGJAWAB DAN HAK AHLI

9.1. Setiap ahli mempunyai


tanggungjawab seperti berikut:

9.1.1. Mendukung matlamat dan


tujuan parti serta
melaksanakan dasar-dasar
parti.

9.1.2. Mendaftar diri sebagai


pengundi secara serta-
merta setelah mencapai
umur layak mengundi dan
mengundi dalam setiap
pilihan raya.

9.1.3. Menyokong dan mengundi


calon-calon Parti Pribumi
Bersatu Malaysia yang
- PERLEMBAGAAN - GFD

bertanding dalam pilihan


raya atau mana-mana calon
parti lain yang disokong
oleh parti.

9.1.4. Menjalankan kerja-kerja


parti dan mengambil
bahagian dalam mesyuarat
dan aktiviti-aktiviti parti.

9.1.5. Mematuhi Perlembagaan


Parti serta Peraturan Kod
Etika & Tatakelakuan Ahli
Parti.

9.2. Setiap Ahli Biasa/ Ahli Biasa


Seumur Hidup mempunyai hak-hak
yang berikut:

9.2.1. Bersuara dan


mengemukakan pandangan
dalam mesyuarat-
mesyuarat parti.

9.2.2. Memilih, dipilih dan dilantik


untuk sebarang jawatan di
- PERLEMBAGAAN - GFD

dalam parti menurut


peruntukan Perlembagaan
ini dan peraturan-peraturan
di bawahnya yang dibuat
dari semasa ke semasa.

9.2.3. Membela diri terhadap


sebarang pertuduhan
pelanggaran disiplin parti
mengikut proses dan
tatacara disiplin menurut
Fasal 23.

9.2.4. Ahli Biasa/ Ahli Biasa


Seumur Hidup yang sedang
dalam proses menghadapi
tindakan disiplin tidaklah
secara automatik hilang hak
keahliannya.

9.2.5. Ahli Biasa/ Ahli Biasa


Seumur Hidup yang tidak
menjadi wakil ke
Persidangan Bahagian atau
Perhimpunan Agung boleh
dicalonkan dan bertanding
- PERLEMBAGAAN - GFD

di peringkat yang
berkenaan sekiranya
mematuhi syarat di bawah
Fasal 13.6, 13.7 dan Fasal
19.4.

9.2.6. Ahli Biasa/ Ahli Biasa


Seumur Hidup yang tidak
hadir di Persidangan
Cawangan boleh dicalonkan
dan bertanding sebarang
jawatan atau sebagai wakil
ke Persidangan Bahagian
dengan menyatakan
persetujuannya secara
bertulis.

9.3. Setiap Ahli Bersekutu/ Ahli


Bersekutu Seumur Hidup
mempunyai hak-hak berikut:

9.3.1. Tertakluk kepada Fasal 7.5,


Ahli Bersekutu/ Ahli
Bersekutu Seumur Hidup
berhak hadir, bersuara dan
mengemukakan pandangan
- PERLEMBAGAAN - GFD

dalam mesyuarat-
mesyuarat parti.

9.3.2. Membela diri terhadap


sebarang pertuduhan
pelanggaran disiplin parti
mengikut proses dan
tatacara disiplin menurut
Fasal 23.

9.3.3. Ahli Bersekutu/ Ahli


Bersekutu Seumur Hidup
yang sedang dalam proses
menghadapi tindakan
disiplin tidaklah secara
automatik hilang hak
keahliannya.

9.4. Seseorang Ahli itu tidak berhak:

9.4.1. Menjadi ahli lebih daripada


satu Cawangan dan tidak
berhak bertanding lebih
dari satu jawatan di setiap
peringkat termasuk Sayap.
- PERLEMBAGAAN - GFD

9.4.2. Mewakilkan hak


mengundinya kepada
sesiapa jua pun melainkan
ahli itu adalah yang disebut
di dalam Fasal 12.4.4 atau
Fasal 18.4.3.

9.4.3. Menggunakan haknya di


bawah Fasal 9.2 dan 9.3
sekiranya ia tidak
menjelaskan Yuran
Tahunan mengikut
peruntukan dalam
Perlembagaan.

9.4.4. Menggunakan haknya di


bawah Fasal 9.2 dan 9.3 jika
dilarang di bawah Akta
Pertubuhan 1966 atau
setakat mana ia dikenakan
hukuman disiplin di bawah
Fasal 23.

9.4.5. Menjadi Pengerusi Tetap,


Timbalan Pengerusi Tetap,
Pemeriksa Kira-Kira atau
- PERLEMBAGAAN - GFD

Ahli Jawatankuasa lebih


daripada satu Cawangan
atau Bahagian melainkan
dengan kebenaran bertulis
daripada Majlis Pimpinan
Tertinggi.

9.4.6. Menjadi Ahli Jawatankuasa


di peringkat yang sama di
mana ia telah dipilih
menjadi Pengerusi Tetap,
Timbalan Pengerusi Tetap,
atau Pemeriksa Kira-Kira
dan sebaliknya.

9.4.7. Mengambil bahagian


berucap, mengundi,
memilih dan dipilih dalam
Persidangan Cawangan
atau Persidangan Bahagian
selain daripada Cawangan
dan Bahagian di mana ia
menjadi ahli.

9.4.8. Mengambil bahagian


berucap, mengundi,
- PERLEMBAGAAN - GFD

memilih dan dipilih dalam


mana-mana Cawangan atau
Bahagian baru yang
dimasukinya, kiranya ahli
itu telah menggunakan
haknya di dalam Cawangan
atau Bahagian asalnya bagi
tahun berkenaan.

FASAL 10 PEMBERHENTIAN DAN PEMECATAN AHLI

10.1. Ahli yang hendak berhenti


daripada menjadi ahli parti
hendaklah menyatakan
kehendaknya secara bertulis
kepada Setiausaha Agung.

10.2. Keahlian seseorang ahli terhenti


secara serta-merta apabila berlaku
mana-mana satu yang berikut:

10.2.1. Ahli berkenaan meminta


untuk berhenti menurut
Fasal 10.1.
- PERLEMBAGAAN - GFD

10.2.2. Mengisytiharkan keluar


daripada parti.

10.2.3. Menyertai atau menjadi ahli


mana-mana parti politik lain
di negara ini.

10.2.4. Bertanding dalam pilihan


raya tanpa kebenaran parti
BERSATU atau sebagai calon
bebas atau calon mana-
mana parti atau bertindak
sebagai Pencadang /
Penyokong dalam kertas
penamaan calon bebas atau
calon parti lawan.

10.2.5. Dipecat setelah melalui


proses dan tatacara disiplin
parti menurut Fasal 23.

10.2.6. Seseorang ahli membawa


apa-apa jua perkara parti
atau hak keahliannya ke
mahkamah.
- PERLEMBAGAAN - GFD

10.2.7. Hilang kewarganegaraan-


nya.

FASAL 11 STRUKTUR DAN PENTADBIRAN PARTI

11.1. Susunan struktur pentadbiran parti


adalah seperti berikut:

11.1.1. Pusat - Perhimpunan Agung


atau waktu ketiadaannya
Majlis Pimpinan Tertinggi

11.1.2. Negeri - Badan Pimpinan


Negeri

11.1.3. Bahagian - Persidangan


Bahagian atau waktu
ketiadaannya Jawatankuasa
Bahagian

11.1.4. Cawangan - Persidangan


Cawangan atau waktu
ketiadaannya Jawatankuasa
Cawangan
- PERLEMBAGAAN - GFD

11.2. Majlis Pimpinan Tertinggi berkuasa


menubuhkan satu Badan Pimpinan
Negeri bagi setiap satu Negeri atau
Wilayah Persekutuan, dan
tertakluk kepada kelulusan
Pendaftar Pertubuhan,
menubuhkan satu Bahagian bagi
setiap satu Bahagian Pilihan raya
Persekutuan dan satu Cawangan
bagi setiap satu Daerah Mengundi
seperti yang ditetapkan oleh
Suruhanjaya Pilihanraya Malaysia
dan menentukan perjalanannya
dan boleh menggantung atau
membubarkan Badan Pimpinan
Negeri, Bahagian, Cawangan itu
dan / atau Jawatankuasa masing-
masing, serta menentukan
penubuhan semula dan / atau
pemilihan Jawatankuasa yang
digantung atau dibubarkan itu.
- PERLEMBAGAAN - GFD

FASAL 12 PERHIMPUNAN AGUNG

12.1. Perhimpunan Agung adalah kuasa


tertinggi parti dan perjalanan parti
adalah berasaskan kepada kuasa
dan perintahnya tertakluk kepada
Perlembagaan dan Peraturan Parti.

12.2. Perhimpunan Agung Tahunan


hendaklah diadakan sekali dalam
satu tahun pada tarikh yang
ditetapkan oleh Majlis Pimpinan
Tertinggi dan boleh dilanjutkan
tidak lebih daripada lapan belas (18)
bulan dari tarikh Perhimpunan
Agung yang lalu.

12.3. Tugas-tugas Perhimpunan Agung


Tahunan ialah:

12.3.1. Menentukan dasar-dasar


parti.

12.3.2. Mengkaji kerja-kerja Majlis


Pimpinan Tertinggi.
- PERLEMBAGAAN - GFD

12.3.3. Melantik Juruaudit untuk


tempoh Majlis Pimpinan
Tertinggi.

12.4. Perhimpunan Agung Tahunan


hendaklah dihadiri oleh:

12.4.1. Pengerusi Tetap dan


Timbalan Pengerusi Tetap.

12.4.2. Ahli-Ahli Majlis Pimpinan


Tertinggi.

12.4.3. Wakil yang dipilih oleh


Persidangan Bahagian
sebanyak seorang wakil
bagi setiap tiga ratus (300)
orang ahli dengan syarat
bilangan wakil-wakil itu
tidak melebihi tujuh (7)
orang dari satu Bahagian.

12.4.4. Ketua, Timbalan Ketua,


Naib Ketua, Ketua Srikandi,
Ketua Armada, Setiausaha,
Bendahari dan Ketua
- PERLEMBAGAAN - GFD

Penerangan Bahagian yang


telah selesai mengadakan
Persidangan Bahagian
mereka. Mereka di atas
yang menjadi Ahli Majlis
Pimpinan Tertinggi boleh
melantik gantinya untuk
menghadiri Perhimpunan
Agung yang terdiri daripada
Pengerusi Tetap, Timbalan
Pengerusi Tetap atau Ahli
Jawatankuasa Bahagian.

12.4.5. Tidak lebih daripada


sepuluh (10) orang wakil
Sayap Srikandi dan sepuluh
(10) orang wakil Sayap
Armada yang dipilih oleh
Perhimpunan Agung
masing-masing.

12.5. Perhimpunan Agung Khas


hendaklah diadakan apabila
dikehendaki oleh salah satu
daripada tiga (3) permintaan yang
berikut:
- PERLEMBAGAAN - GFD

12.5.1. Dengan kehendak Presiden


setelah berunding dengan
Pengerusi.

12.5.2. Dengan permintaan bertulis


daripada dua per tiga (2/3)
Ahli-Ahli Majlis Pimpinan
Tertinggi.

12.5.3. Dengan permintaan bertulis


oleh sekurang-kurangnya
satu per dua (1/2) daripada
jumlah semua Bahagian
dengan syarat Bahagian-
Bahagian itu telah
mengadakan Persidangan
Khas berhubung kait
masalah yang sama.

12.6. Setiausaha Agung hendaklah


memanggil Perhimpunan Agung
Khas dalam tempoh 14 hari selepas
menerima notis daripada mana-
mana pihak menurut Fasal 12.5.1,
12.5.2, dan 12.5.3.
- PERLEMBAGAAN - GFD

12.7. Wakil yang layak hadir dalam


Perhimpunan Agung Khas adalah
mereka yang menjadi wakil dalam
Perhimpunan Agung yang terakhir.

FASAL 13 MAJLIS PIMPINAN TERTINGGI

13.1. Majlis Pimpinan Tertinggi adalah


badan eksekutif tertinggi parti
yang menjalankan kuasanya di
bawah perintah Perhimpunan
Agung.

13.2. Keanggotaan Majlis Pimpinan


Tertinggi terdiri daripada:

13.2.1. Pengerusi

13.2.2. Presiden

13.2.3. Timbalan Presiden

13.2.4. Lima (5) orang Naib


Presiden termasuk Ketua
Srikandi dan Ketua Armada
- PERLEMBAGAAN - GFD

13.2.5. Setiausaha Agung

13.2.6. Bendahari Agung

13.2.7. Ketua Penerangan

13.2.8. Tidak lebih daripada dua


puluh (20) orang yang
dipilih dalam Persidangan
Bahagian.

13.2.9. Enam (6) orang wakil sayap-


sayap parti iaitu tiga (3)
orang dari Srikandi dan tiga
(3) orang dari Armada yang
dipilih mengikut Fasal 13.5.

13.2.10. Tidak lebih daripada tujuh


(7) orang wakil yang dilantik
oleh Presiden selepas
berunding dengan
Pengerusi.

13.3. Tertakluk kepada Fasal 14.14,


Pengerusi Tetap, Timbalan
Pengerusi Tetap, Pengerusi,
- PERLEMBAGAAN - GFD

Presiden, Timbalan Presiden, tiga


(3) orang Naib Presiden dan dua
puluh (20) orang Ahli Majlis
Pimpinan Tertinggi hendaklah
dipilih dalam Persidangan
Bahagian tiap-tiap tiga (3) tahun
sekali.

13.4. Tertakluk kepada Fasal 14.14 Ketua


Srikandi, Ketua Armada dan enam
(6) orang wakil sayap hendaklah
dipilih dalam Persidangan Sayap di
Bahagian masing-masing tiap-tiap
tiga (3) tahun sekali.

13.5. Menurut Fasal 13.2.9, enam (6)


orang wakil-wakil sayap adalah
Naib Ketua Srikandi serta dua (2)
wakil Srikandi yang mendapat
undian tertinggi dalam pemilihan
Jawatankuasa Srikandi dan Naib
Ketua Armada serta dua (2) wakil
Armada yang mendapat undian
tertinggi dalam pemilihan
Jawatankuasa Armada tiap-tiap
tiga (3) tahun sekali.
- PERLEMBAGAAN - GFD

13.6. Calon-calon yang ingin bertanding


jawatan Pengerusi, Presiden atau
Timbalan Presiden hendaklah
mendaftar diri di Ibu Pejabat parti
dan mestilah menjadi ahli parti
tidak kurang daripada tiga (3)
tahun dan memegang mana-mana
jawatan sebagai Ahli Pimpinan
Tertinggi atau sebagai Ketua
Bahagian selama satu (1) penggal
dan telah menjelaskan yuran
keahliannya.

13.7. Calon-calon yang ingin bertanding


untuk mana-mana jawatan yang
disebut dalam Fasal 13.3 dan Fasal
13.4 kecuali bagi jawatan
Pengerusi, Presiden atau Timbalan
Presiden, hendaklah mendaftarkan
dirinya di Ibu Pejabat Parti serta
mestilah telah menjadi ahli tidak
kurang daripada dua belas (12)
bulan sebelum tarikh Persidangan
Cawangan atau pernah memegang
jawatan di peringkat Majlis
Pimpinan Tertinggi, Badan
- PERLEMBAGAAN - GFD

Pimpinan Negeri atau Ahli


Jawatankuasa Bahagian atau Ahli
Jawatankuasa Sayap-sayap di
peringkat yang sama dan telah
menjelaskan Yuran Tahunannya.

13.8. Pengerusi dan Presiden tidak boleh


memegang jawatan masing-
masing lebih daripada tiga (3)
penggal, samada secara berturut-
turut atau berasingan.

13.9. Setiausaha Agung, Bendahari


Agung dan Ketua Penerangan
dilantik oleh Presiden selepas
berunding dengan Pengerusi dan
mereka memegang jawatan
selama tempoh Majlis Pimpinan
Tertinggi kecuali mereka berhenti
atau diberhentikan.

13.10. Mesyuarat Majlis Pimpinan


Tertinggi dipengerusikan oleh
Pengerusi dan pada masa
ketiadaannya boleh
dipengerusikan oleh Presiden.
- PERLEMBAGAAN - GFD

Semasa ketiadaan Pengerusi dan


Presiden, Timbalan Presiden boleh
mempengerusikan mesyuarat dan
semasa ketiadaan Pengerusi,
Presiden dan Timbalan Presiden,
salah seorang Naib Presiden boleh
mempengerusikan mesyuarat.

13.11. Majlis Pimpinan Tertinggi


hendaklah bermesyuarat
sekurang-kurangnya sekali dalam
masa dua (2) bulan pada tarikh
yang ditetapkan oleh Pengerusi.

13.12. Cukup bilang bagi mesyuarat ialah


satu per dua (1/2) daripada jumlah
Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi.

13.13. Jawatan Ahli-Ahli Majlis Pimpinan


Tertinggi termasuk Pengerusi,
Presiden dan Timbalan Presiden
boleh dilucutkan atau Majlis
Pimpinan Tertinggi dibubarkan
oleh Perhimpunan Agung Khas
dengan undian tidak kurang dua
- PERLEMBAGAAN - GFD

per tiga (2/3) daripada jumlah


bilangan ahli yang berhak hadir.

FASAL 14 TANGGUNGJAWAB DAN KUASA MAJLIS


PIMPINAN TERTINGGI

Tanggungjawab dan kuasa Majlis


Pimpinan Tertinggi:
14.1. Menjalankan semua ketetapan
yang dibuat oleh Perhimpunan
Agung.

14.2. Menunaikan segala syarat-syarat


yang dikehendaki oleh Akta
Pertubuhan 1966.

14.3. Menghantar kepada Bahagian


Penyata Tahunan berserta dengan
Penyata Kira-Kira Tahunan
sekurang-kurangnya tujuh (7) hari
sebelum tarikh Perhimpunan
Agung.

14.4. Membentangkan kepada


Perhimpunan Agung suatu Penyata
- PERLEMBAGAAN - GFD

Tahunan dan Penyata Kira-Kira


Tahunan yang telah diperiksa dan
disahkan oleh Pemeriksa Kira-Kira.

14.5. Menubuhkan Badan Pimpinan


Negeri dan, tertakluk kepada
kelulusan Pendaftar Pertubuhan,
menubuhkan Bahagian dan
Cawangan menurut Fasal 11.2.

14.6. Menetapkan tarikh Perhimpunan


Agung, tarikh atau tempoh tarikh
Persidangan Bahagian dan tempoh
tarikh Persidangan Cawangan-
cawangan.

14.7. Menentukan tarikh akhir


pembayaran Yuran daripada ahli
menurut Fasal 25.3 dan
menetapkan tempoh tarikh
penyerahan yuran daripada
Cawangan kepada Bahagian dan
Bahagian kepada Ibu Pejabat
menurut Fasal 25.4.
- PERLEMBAGAAN - GFD

14.8. Menubuhkan Lembaga Disiplin dan


Lembaga Rayuan serta
menentukan peraturan-
peraturannya.

14.9. Membuat Peraturan bagi


menubuhkan Jawatankuasa
Pemilihan Parti Pribumi Bersatu
Malaysia serta peraturan untuk
melaksanakan, mengawal dan
menyelia pemilihan jawatan-
jawatan di semua peringkat dan
menubuhkan jawatankuasa kecil
yang lain.

14.10. Melantik Pemegang Amanah bagi


harta dan wang parti dan
memberhentikannya pada bila-bila
masa.

14.11. Menamakan mereka yang


ditauliahkan untuk
menandatangani cek dan
membuat apa-apa peraturan
mengenai kewangan parti bagi
- PERLEMBAGAAN - GFD

menjamin ketelusan dan integriti


dalam pengurusan kewangan parti.

14.12. Melantik seorang Pegawai Awam.

14.13. Majlis Pimpinan Tertinggi berkuasa


membuat peraturan mengenai
perkara-perkara yang tidak
dinyatakan dengan khusus di
dalam Perlembagaan ini asalkan ia
tidak bercanggah dengan
peruntukan nyata Perlembagaan
ini termasuk dan tidak terhad
kepada peraturan-peraturan
mengenai pemilihan, kelayakan
calon-calon yang bertanding dan
Peraturan Persidangan
Perhimpunan Agung.

14.14. Majlis Pimpinan Tertinggi berhak


menangguhkan pemilihan di
peringkat Majlis Pimpinan
Tertinggi, Bahagian dan Cawangan.
Penangguhan ini tidak boleh lebih
daripada lapan belas (18) bulan
- PERLEMBAGAAN - GFD

dari tarikh pemilihan yang


sepatutnya ia diadakan.

14.15. Mengambil sebarang langkah


selain daripada perkara-perkara
yang tersebut di atas bagi
kesempurnaan perjalanan parti.

FASAL 15 MAJLIS PRESIDEN

15.1. Majlis Presiden adalah badan


eksekutif yang mengelola hal
ehwal pengurusan dan
pentadbiran parti.

15.2. Keanggotaan Majlis Presiden


terdiri daripada:

15.2.1. Presiden

15.2.2. Timbalan Presiden

15.2.3. Lima (5) orang Naib


Presiden termasuk Ketua
Srikandi dan Ketua Armada.
- PERLEMBAGAAN - GFD

15.2.4. Setiausaha Agung

15.2.5. Bendahari Agung

15.2.6. Ketua Penerangan

15.3. Tanggungjawab Majlis Presiden:

15.3.1. Mengelola perjalanan


pengurusan dan
pentadbiran parti.

15.3.2. Mewujudkan sebarang


Jawatankuasa atau Biro
bagi tujuan melicinkan
perjalanan pengurusan dan
pentadbiran parti.

15.3.3. Melaporkan kepada Majlis


Pimpinan Tertinggi
mengenai hal ehwal
pengurusan dan
pentadbiran parti.
- PERLEMBAGAAN - GFD

15.3.4. Membantu Majlis Pimpinan


Tertinggi melaksanakan
semua tanggungjawabnya.

15.4. Mesyuarat Majlis Presiden


dipengerusikan oleh Presiden dan
pada masa ketiadaannya boleh
dipengerusikan oleh Timbalan
Presiden. Pada masa ketiadaan
Presiden dan Timbalan Presiden,
salah seorang daripada Naib
Presiden boleh mempengerusikan
mesyuarat.

15.5. Majlis Presiden hendaklah


bermesyuarat sekurang-kurangnya
sekali dalam masa dua (2) bulan.

15.6. Mesyuarat Majlis Presiden


hendaklah diadakan tiap-tiap kali
sebelum Majlis Pimpinan Tertinggi
bermesyuarat.

15.7. Cukup bilang bagi mesyuarat ialah


satu per dua (1/2) daripada jumlah
Ahli Majlis Presiden.
- PERLEMBAGAAN - GFD

FASAL 16 TUGAS PEGAWAI-PEGAWAI TERTINGGI


BERSATU

16.1. Pegawai-pegawai Parti Pribumi


Bersatu Malaysia ialah:

16.1.1. Pengerusi

16.1.2. Presiden

16.1.3. Timbalan Presiden

16.1.4. Lima (5) orang Naib


Presiden termasuk Ketua
Srikandi dan Ketua Armada.

16.1.5. Setiausaha Agung

16.1.6. Bendahari Agung

16.1.7. Ketua Penerangan

16.2. Tugas-tugas Pengerusi:

16.2.1. Menjadi Pengerusi dan


Pemimpin Utama parti yang
bertanggungjawab
- PERLEMBAGAAN - GFD

menjamin kelicinan
keseluruhan perjalanan
pentadbiran dan dasar parti.

16.2.2. Memanggil dan


mempengerusikan
mesyuarat Majlis Pimpinan
Tertinggi.

16.3. Tugas-tugas Presiden:

16.3.1. Memanggil dan


mempengerusikan
mesyuarat Majlis Presiden.

16.3.2. Mempengerusikan
mesyuarat Majlis Pimpinan
Tertinggi semasa ketiadaan
Pengerusi.

16.3.3. Melantik Setiausaha Agung,


Bendahari Agung dan Ketua
Penerangan selepas
berunding dengan
Pengerusi.
- PERLEMBAGAAN - GFD

16.3.4. Melantik tidak lebih


daripada tujuh (7) orang
Ahli-Ahli Majlis Pimpinan
Tertinggi selepas berunding
dengan Pengerusi.

16.3.5. Melantik Ketua dan


Timbalan Ketua Badan
Pimpinan Negeri selepas
berunding dengan
Pengerusi mengikut Fasal
17.4.

16.4. Tugas-tugas Timbalan Presiden:

16.4.1. Membantu tugas-tugas


Presiden.

16.4.2. Mempengerusikan
mesyuarat Majlis Pimpinan
Tertinggi dan Majlis
Presiden semasa ketiadaan
Pengerusi dan Presiden.
- PERLEMBAGAAN - GFD

16.5. Tugas-tugas Naib-Naib Presiden:

16.5.1. Membantu tugas-tugas


Presiden.

16.5.2. Mempengerusikan
mesyuarat Majlis Pimpinan
Tertinggi dan Majlis
Presiden semasa ketiadaan
Pengerusi, Presiden dan
Timbalan Presiden.

16.6. Tugas-tugas Setiausaha Agung:

16.6.1. Bertanggungjawab kepada


Presiden.

16.6.2. Mengelola mesyuarat


Majlis Pimpinan Tertinggi,
Majlis Presiden dan
Perhimpunan Agung dan
memastikan
kesempurnaannya.

16.6.3. Mengelola pentadbiran Ibu


Pejabat Parti.
- PERLEMBAGAAN - GFD

16.6.4. Menyediakan Penyata


Tahunan untuk
dibentangkan dalam
mesyuarat Majlis Pimpinan
Tertinggi dan Perhimpunan
Agung.

16.6.5. Mengelolakan kesemua


perihal pengurusan
keahlian dan daftar ahli.

16.7. Tugas-tugas Bendahari Agung:

16.7.1. Bertanggungjawab
mengurus hal ehwal
kewangan parti dengan
telus dan berintegriti.

16.7.2. Menyediakan Penyata Kira-


Kira Kewangan untuk
diperiksa oleh Pemeriksa
Kira-Kira yang dilantik oleh
Perhimpunan Agung dan
membentangkan penyata
yang telah disahkan oleh
Pemeriksa Kira-Kira kepada
- PERLEMBAGAAN - GFD

Majlis Pimpinan Tertinggi


dan Perhimpunan Agung.

16.7.3. Menyediakan anggaran


pendapatan dan
perbelanjaan tahunan
kepada Majlis Pimpinan
Tertinggi.

16.8. Tugas-tugas Ketua Penerangan:

16.8.1. Bertanggungjawab
melaksanakan program-
program penerangan parti
dan melaporkannya kepada
Majlis Pimpinan Tertinggi.

16.9. Jika Pengerusi berhenti atau


diberhentikan maka Presiden
hendaklah memangku jawatan itu
sehingga diadakan pemilihan
untuk memilih Pengerusi baru
mengikut Fasal 13.3 dan ia
mempunyai kuasa mengikut Fasal
16.2.
- PERLEMBAGAAN - GFD

16.10. Jika Presiden berhenti atau


diberhentikan maka Timbalan
Presiden hendaklah memangku
jawatan itu sehingga diadakan
pemilihan untuk memilih Presiden
baru mengikut Fasal 13.3 dan ia
mempunyai kuasa mengikut Fasal
16.3.

16.11. Jika Pemangku Presiden berhenti


atau diberhentikan, Majlis
Pimpinan Tertinggi hendaklah
memilih seorang daripada Naib
Presiden memangku jawatan itu
sehingga diadakan pemilihan
untuk memilih Presiden baru
mengikut Fasal 13.3 dan ia
mempunyai kuasa mengikut Fasal
16.3.

16.12. Jika kesemua Ahli Majlis Pimpinan


Tertinggi berhenti serentak maka
Pengerusi Tetap atau Timbalannya
hendaklah dalam tempoh tidak
lebih daripada enam puluh (60)
hari mengadakan Perhimpunan
- PERLEMBAGAAN - GFD

Agung Khas bagi menubuhkan


semula Majlis Pimpinan Tertinggi
dan Perhimpunan Agung Khas itu
hendaklah menetapkan tempoh
perkhidmatan Majlis Pimpinan
Tertinggi yang baru tertubuh itu.

FASAL 17 BADAN PIMPINAN NEGERI

17.1. Berpandukan kepada Fasal 11.2


Majlis Pimpinan Tertinggi berkuasa
menubuhkan satu Badan Pimpinan
Negeri bagi setiap Negeri atau
Wilayah Persekutuan. Pentadbiran
dan perjalanan Badan Pimpinan
Negeri adalah tertakluk kepada
Perlembagaan ini serta kuasa dan
perintah Majlis Pimpinan Tertinggi.

17.2. Pejabat Badan Pimpinan Negeri


ditentukan oleh Badan Pimpinan
Negeri dengan memaklumkan
kepada Ibu Pejabat Parti.
- PERLEMBAGAAN - GFD

17.3. Anggota Badan Pimpinan Negeri


terdiri daripada:

17.3.1. Ketua

17.3.2. Timbalan Ketua

17.3.3. Ketua Srikandi Negeri

17.3.4. Ketua Armada Negeri

17.3.5. Setiausaha

17.3.6. Bendahari

17.3.7. Ketua Penerangan

17.3.8. Ketua-Ketua Bahagian

17.4. Ketua dan Timbalan Ketua Badan


Pimpinan Negeri dilantik oleh
Presiden selepas berunding
dengan Pengerusi dan mereka
memegang jawatan sehingga
mereka berhenti atau
diberhentikan.
- PERLEMBAGAAN - GFD

17.5. Setiausaha, Bendahari dan Ketua


Penerangan Badan Pimpinan
Negeri dilantik oleh Ketua Badan
Pimpinan Negeri dan mereka
memegang jawatan sehingga
mereka berhenti atau
diberhentikan.

17.6. Tertakluk kepada Fasal 17.7 Ketua


Srikandi Negeri dan Ketua Armada
Negeri dilantik oleh Ketua Sayap
masing-masing dan mereka
memegang jawatan sehingga
berhenti atau diberhentikan.

17.7. Ketua Srikandi Negeri dan Ketua


Armada Negeri mestilah terdiri
daripada Ketua–Ketua sayap
berkenaan dalam mana mana
Bahagian dalam negeri berkenaan.

17.8. Jika Ketua Bahagian tidak dapat


hadir di Mesyuarat Badan
Pimpinan Negeri, Timbalan Ketua
Bahagian boleh mengambil
tempatnya.
- PERLEMBAGAAN - GFD

17.9. Badan Pimpinan Negeri hendaklah


bermesyuarat sekurang-kurangnya
sekali dalam masa dua (2) bulan
atau:

17.9.1. Pada bila-bila masa yang


dikehendaki oleh Ketua;
atau

17.9.2. Dengan permintaan bertulis


daripada satu per tiga (1/3)
daripada bilangan ahli
Badan Pimpinan Negeri.

17.10. Cukup bilang bagi mesyuarat


Badan Pimpinan Negeri ialah satu
per dua (1/2) daripada jumlah ahli-
ahlinya.

17.11. Tugas-tugas Pegawai Badan


Pimpinan Negeri:
- PERLEMBAGAAN - GFD

17.11.1. Ketua:

17.11.1.1
Melantik Setiausaha,
Bendahari dan Ketua
Penerangan.

17.11.1.2
Memanggil dan
mempengerusikan
Mesyuarat Badan Pimpinan
Negeri.

17.11.1.3
Bertanggungjawab atas
semua pegawai dan
anggota Pejabat Badan
Pimpinan Negeri.

17.11.2. Timbalan Ketua:

17.11.2.1
Membantu tugas-tugas
Ketua.
- PERLEMBAGAAN - GFD

17.11.2.2
Mempengerusikan
Mesyuarat Badan Pimpinan
Negeri apabila ketiadaan
Ketua.

17.11.3. Setiausaha:

17.11.3.1
Bertanggung-jawab secara
langsung kepada Ketua.

17.11.3.2
Bertanggungjawab
memastikan kesempurnaan
mesyuarat-mesyuarat dan
Pejabat Badan Pimpinan
Negeri.

17.11.3.3
Memanggil Mesyuarat atas
arahan Ketua.
- PERLEMBAGAAN - GFD

17.11.4. Bendahari:

17.11.4.1
Bertanggungjawab atas
kesempurnaan perjalanan
kewangan Badan Pimpinan
Negeri.

17.11.4.2
Membentangkan laporan
kewangan kepada Badan
Pimpinan Negeri.

17.11.5. Ketua Penerangan:

17.11.5.1
Bertanggungjawab atas
segala program dan
kegiatan penerangan serta
penyiaran di peringkat
Negeri.

17.11.5.2
Melaporkan kepada Badan
Pimpinan Negeri atas kerja-
- PERLEMBAGAAN - GFD

kerja penerangan yang


dijalankan.

17.11.6. Ketua Srikandi dan Ketua


Armada

17.11.6.1
Tugas-tugas Ketua Srikandi
dan Ketua Armada adalah
seperti yang telah
ditetapkan dalam
Peraturan-peraturannya.

17.12. Tanggungjawab Badan Pimpinan Negeri:

17.12.1. Membantu Majlis Pimpinan


Tertinggi mengatur dan
menyelaraskan perjalanan
Bahagian-Bahagian.

17.12.2. Menyelesaikan sebarang


masalah yang berbangkit di
dalam Bahagian dan
Cawangan atau dengan
arahan Majlis Pimpinan
Tertinggi.
- PERLEMBAGAAN - GFD

17.12.3. Tertakluk kepada Fasal 14.9,


bekerjasama dengan
Jawatankuasa Pemilihan
Parti dalam mengelolakan
pemilihan parti di peringkat
Bahagian.

17.12.4. Melantik Pemerhati ke


Persidangan Tahunan
Bahagian.

17.12.5. Melantik Pemegang


Amanah dan
memberhentikannya pada
bila-bila masa.

17.12.6. Melantik dua (2) orang


pemeriksa kira-kira bagi
memeriksa dan
mengesahkan kira-kira
Badan Pimpinan Negeri
untuk dibentangkan pada
Majlis Pimpinan Tertinggi.
- PERLEMBAGAAN - GFD

FASAL 18 BAHAGIAN

18.1. Tertakluk kepada kelulusan


Pendaftar Pertubuhan dan
berpandukan kepada Fasal 11.2
Perlembagaan ini Majlis Pimpinan
Tertinggi berkuasa menubuhkan
satu Bahagian bagi setiap satu
Bahagian Pilihan Raya Persekutuan
yang ditetapkan oleh Suruhanjaya
Pilihanraya Malaysia. Pentadbiran
dan perjalanan Bahagian adalah
tertakluk pada Perlembagaan ini
serta kuasa dan perintah
Persidangan Bahagian.

18.2. Pejabat Bahagian ditentukan oleh


Jawatankuasa Bahagian dengan
dimaklumkan kepada Pendaftar
Pertubuhan.

18.3. Persidangan Bahagian hendaklah


diadakan sekali setahun tidak
kurang daripada enam puluh (60)
hari sebelum tarikh diadakan
Perhimpunan Agung. Kelonggaran
- PERLEMBAGAAN - GFD

boleh diberikan oleh Majlis


Pimpinan Tertinggi.

18.4. Persidangan Bahagian hendaklah


dihadiri oleh:

18.4.1. Pengerusi Tetap dan


Timbalan Pengerusi Tetap.

18.4.2. Ahli-Ahli Jawatankuasa


Bahagian.

18.4.3. Ketua, Timbalan Ketua,


Setiausaha, Bendahari dan
Ketua Penerangan
Cawangan yang
cawangannya telah
mengadakan persidangan
bagi tahun berkenaan.
Mereka di atas yang
menjadi Ahli Jawatankuasa
Bahagian boleh melantik
gantinya untuk menghadiri
Persidangan Bahagian yang
terdiri daripada Pengerusi
Tetap, Timbalan Pengerusi
- PERLEMBAGAAN - GFD

Tetap atau Ahli


Jawatankuasa Cawangan.

18.4.4. Wakil-wakil yang dipilih


oleh Persidangan Cawangan
sebanyak seorang wakil
bagi tiap-tiap tiga puluh (30)
orang ahli yang layak hadir,
tetapi tidak lebih dari enam
(6) orang dari satu
Cawangan. Sekiranya
kehadiran ahli yang layak
hadir dalam Persidangan
Cawangan itu melebihi satu
ratus lapan puluh (180)
orang ahli, Persidangan
Cawangan tersebut berhak
memilih tambahan wakil
sebanyak seorang wakil
bagi tiap-tiap tiga puluh (30)
orang ahli yang selebihnya.

18.4.5. Ketua dan Naib Ketua


Srikandi Cawangan, Ketua
dan Naib Ketua Armada
Cawangan yang
- PERLEMBAGAAN - GFD

cawangannya telah
mengadakan persidangan
bagi tahun berkenaan.

18.4.6. Tidak lebih daripada


sepuluh (10) orang wakil
Sayap Srikandi dan sepuluh
(10) orang wakil Sayap
Armada yang dipilih oleh
Persidangan Bahagian
masing-masing.

18.5. Tugas-tugas Persidangan Bahagian:

18.5.1. Tertakluk kepada Fasal


14.14 memilih Pengerusi
Tetap, Timbalan Pengerusi
Tetap, Pengerusi, Presiden,
Timbalan Presiden, tiga (3)
Naib Presiden dan dua
puluh (20) Ahli Majlis
Pimpinan Tertinggi tiap-tiap
tiga (3) tahun sekali.

18.5.2. Tertakluk kepada Fasal


12.4.3 tiap-tiap tahun
- PERLEMBAGAAN - GFD

memilih tujuh (7) orang


wakil Bahagian ke
Perhimpunan Agung
daripada penama-penama
yang telah mendaftarkan
diri mereka di pejabat
Bahagian untuk bertanding.
Wakil-wakil yang tidak
dipilih dalam Persidangan
Bahagian atau sebarang
pertukaran selepas
daripada itu adalah tidak
sah. Mana-mana wakil yang
tidak dapat hadir tidak
boleh melantik gantinya.

18.5.3. Membincangkan dan


meluluskan usul-usul untuk
dibawa ke Perhimpunan
Agung.

18.5.4. Memilih dua (2) orang


Pemeriksa Kira-Kira tiap-
tiap tahun.
- PERLEMBAGAAN - GFD

18.6. Persidangan Khas Bahagian


hendaklah diadakan apabila
dikehendaki oleh salah satu
daripada permintaan berikut:

18.6.1. Dengan permintaan bertulis


daripada sekurang-
kurangnya dua per tiga (2/3)
daripada Ahli-Ahli
Jawatankuasa Bahagian.

18.6.2. Dengan permintaan bertulis


oleh sekurang-kurangnya
satu per dua (1/2) daripada
jumlah semua cawangan
dengan syarat semua
Cawangan itu telah
mengadakan Persidangan
Khas berhubung kait
masalah yang sama.

18.6.3. Dengan kehendak Majlis


Pimpinan Tertinggi.

18.7. Setiausaha Bahagian hendaklah


memanggil Persidangan Khas
- PERLEMBAGAAN - GFD

Bahagian itu. Jika Setiausaha


Bahagian tidak berbuat demikian
dalam tempoh empat belas (14)
hari daripada tarikh permohonan
Cawangan yang terakhir itu
diterima maka Persidangan Khas
Bahagian itu hendaklah dipanggil
oleh Majlis Pimpinan Tertinggi.

18.8. Persidangan Khas Bahagian itu


hendaklah diadakan mengikut
kaedah Persidangan Bahagian dan
ahli-ahli yang hadir dalam
Persidangan Bahagian bagi tahun
sebelumnya sahaja boleh hadir
kecuali jika Persidangan Khas
Cawangan itu menggantikannya
dengan ahli yang lain.

FASAL 19 JAWATANKUASA BAHAGIAN

19.1. Ahli-Ahli Jawatankuasa Bahagian


terdiri daripada:

19.1.1. Ketua
- PERLEMBAGAAN - GFD

19.1.2. Timbalan Ketua

19.1.3. Tiga (3) Naib Ketua


termasuk Ketua Srikandi
dan Ketua Armada.

19.1.4. Setiausaha

19.1.5. Bendahari

19.1.6. Ketua Penerangan

19.1.7. Tidak lebih sepuluh (10) ahli


yang dipilih dalam
Persidangan Cawangan.

19.1.8. Tidak lebih empat (4) orang


ahli yang dilantik oleh Ketua
Bahagian.

19.2. Tertakluk kepada Fasal 14.14,


Pengerusi Tetap, Timbalan
Pengerusi Tetap, Ketua, Timbalan
Ketua, Naib Ketua dan sepuluh (10)
orang ahli dipilih di dalam
- PERLEMBAGAAN - GFD

Persidangan Cawangan tiap- tiap


tiga (3) tahun sekali.

19.3. Tertakluk kepada Fasal 14.14,


Ketua Srikandi dan Ketua Armada
dipilih di dalam Persidangan Sayap
Cawangan tiap-tiap tiga (3) tahun
sekali.

19.4. Calon-calon yang ingin bertanding


dalam mana-mana jawatan di Fasal
19.2 dan Fasal 19.3, hendaklah
mendaftarkan dirinya di Pejabat
Bahagian masing-masing serta
mestilah telah menjadi ahli tidak
kurang daripada 12 bulan sebelum
tarikh Persidangan Cawangan atau
pernah memegang jawatan di
peringkat Jawatankuasa Bahagian
atau Jawatankuasa Sayap-sayap
Bahagian dan telah menjelaskan
Yuran Tahunannya.

19.5. Setiausaha, Bendahari, Ketua


Penerangan dan empat (4) orang
ahli dilantik oleh Ketua dan
- PERLEMBAGAAN - GFD

memegang jawatan mereka


selama tempoh Jawatankuasa
Bahagian kecuali mereka berhenti
atau diberhentikan.

19.6. Jawatankuasa Bahagian hendaklah


bermesyuarat sekurang-kurangnya
sekali dalam tempoh dua (2) bulan;
atau

19.6.1. Pada bila-bila masa


dikehendaki oleh Ketua:
atau

19.6.2. Dengan permintaan bertulis


oleh satu per tiga (1/3)
daripada bilangan ahli
Jawatankuasa.

19.7. Cukup bilang bagi Mesyuarat


Jawatankuasa Bahagian ialah satu
per dua (1/2) daripada jumlah Ahli
Jawatankuasa Bahagian.

19.8. Tugas-tugas Pegawai Bahagian:


- PERLEMBAGAAN - GFD

19.8.1. Ketua

19.8.1.1
Bertanggungjawab atas
kesempurnaan perjalanan
Bahagian dan Cawangan di
dalam Bahagian.

19.8.1.2
Bertanggungjawab atas
semua pegawai dan
anggota pejabat Bahagian.

19.8.1.3
Memanggil dan
mempengerusikan
mesyuarat Jawatankuasa
Bahagian.

19.8.1.4
Melantik Setiausaha,
Bendahari dan Ketua
Penerangan dan
bertanggungjawab atas
kesempurnaan tugas
mereka.
- PERLEMBAGAAN - GFD

19.8.1.5
Melantik tidak lebih empat
(4) orang Ahli Jawatankuasa
Bahagian.

19.8.2. Timbalan Ketua

19.8.2.1
Membantu tugas-tugas
Ketua Bahagian.

19.8.2.2
Mempengerusikan
mesyuarat Jawatankuasa
Bahagian apabila Ketua
Bahagian tidak hadir.

19.8.2.3
Mengambil tempat Ketua
Bahagian dalam Mesyuarat
Badan Pimpinan Negeri jika
Ketua Bahagian tidak dapat
hadir.
- PERLEMBAGAAN - GFD

19.8.3. Naib Ketua

19.8.3.1
Membantu tugas-tugas
Ketua Bahagian.

19.8.3.2
Mempengerusikan
mesyuarat Jawatankuasa
Bahagian apabila Ketua dan
Timbalannya tidak hadir.

19.8.4. Setiausaha

19.8.4.1
Bertanggungjawab secara
langsung kepada Ketua
Bahagian.

19.8.4.2
Bertanggungjawab atas
kesempurnaan mesyuarat-
mesyuarat Jawatankuasa
Bahagian dan Persidangan
Bahagian.
- PERLEMBAGAAN - GFD

19.8.4.3
Menyediakan Peringatan
Persidangan yang
mengandungi nama tiap-
tiap seorang ahli yang hadir
dan segala keputusan
Persidangan.

19.8.4.4
Menyediakan Penyata
Tahunan yang
mengandungi laporan
pekerjaan dan aktiviti parti
dalam masa setahun.

19.8.5. Bendahari

19.8.5.1
Bertanggungjawab atas
kesempurnaan perjalanan
kewangan Bahagian itu.

19.8.5.2
Menyediakan Penyata
Kewangan Tahunan yang
disahkan oleh Pemeriksa
- PERLEMBAGAAN - GFD

Kira-Kira untuk
dibentangkan kepada
Jawatankuasa Bahagian dan
Persidangan Bahagian.

19.8.5.3
Memaklumkan kepada
Jawatankuasa Bahagian
kedudukan harta benda
milik Bahagian dan
Pemegang Amanah
sekurang-kurangnya sekali
setahun.

19.8.6. Ketua Penerangan

19.8.6.1
Mengaturkan program dan
kegiatan penerangan
dengan kerjasama Ketua-
ketua Penerangan
Cawangan; dan
- PERLEMBAGAAN - GFD

19.8.6.2
Melaporkan kepada
Jawatankuasa Bahagian
akan tugas-tugas tersebut.

19.8.7. Ketua Srikandi dan Ketua


Armada

19.8.7.1
Tugas-tugas Ketua Srikandi
dan Ketua Armada adalah
seperti yang telah
ditetapkan oleh Peraturan-
peraturannya.

19.9. Jika Ketua Bahagian berhenti atau


diberhentikan maka Timbalan
Ketua akan memangku jawatan itu
dan jika Pemangku Ketua Bahagian
berhenti atau diberhentikan maka
Jawatankuasa Bahagian boleh
melantik Naib Ketua memangku
jawatan Ketua Bahagian itu atau
melantik salah seorang Ahli
Jawatankuasa, jika ketiadaan Naib
Ketua, untuk memangku jawatan
- PERLEMBAGAAN - GFD

itu sehingga diadakan pemilihan


mengikut Fasal 19.2. Pemangku
mempunyai kuasa mengikut Fasal
19.8.1.

19.10. Jika kesemua Ahli-Ahli


Jawatankuasa Bahagian berhenti
serentak maka Majlis Pimpinan
Tertinggi akan mengadakan
Persidangan Khas Bahagian untuk
menubuhkan semula
Jawatankuasa Bahagian itu dan
menentukan tempoh
perkhidmatannya.

19.11. Tugas-tugas Jawatankuasa


Bahagian ialah:

19.11.1. Mengawasi perjalanan dan


menyelesaikan masalah-
masalah Cawangan.

19.11.2. Membentangkan Penyata


Tahunan serta Penyata Kira-
Kira yang telah disahkan
oleh Pemeriksa Kira-Kira
- PERLEMBAGAAN - GFD

kepada Persidangan
Bahagian.

19.11.3. Menghantar kepada


Setiausaha Agung, Penyata
Tahunan Bahagian dan
Penyata Kira-Kira yang telah
dibentangkan dalam
Persidangan Bahagian
dalam tempoh tiga puluh
(30) hari selepas
Persidangan Bahagian.

19.11.4. Menunaikan segala syarat


yang dikehendaki oleh Akta
Pertubuhan 1966
khususnya menyediakan
Borang 9.

19.11.5. Menerima daripada


Cawangan wang yuran ahli
yang dijelaskan kepada
Cawangan dan menyerah-
kan kepada Ibu pejabat
dalam tempoh tarikh yang
- PERLEMBAGAAN - GFD

ditetapkan oleh Maljis


Pimpinan Tertinggi.

19.11.6. Berunding dengan


Jawatankuasa Cawangan
bagi menetapkan tarikh
Persidangan Tahunan
Cawangan.

19.11.7. Melantik seorang (1)


Pemerhati ke Persidangan
Tahunan Cawangan bagi
memerhati perjalanan
Persidangan dan membuat
laporan berhubung
dengannya.

19.11.8. Bekerjasama dengan Ibu


Pejabat Parti dan Cawangan
bagi menyediakan senarai
ahli-ahli yang berhak hadir
dalam Persidangan
Cawangan.

19.11.9. Bekerjasama dengan


Jawatan-kuasa Cawangan
- PERLEMBAGAAN - GFD

bagi mengumpul dan


menyediakan senarai ahli
baru yang terdiri daripada
Ahli Biasa dan Ahli
Bersekutu yang telah
diterima dan diluluskan
serta melaporkan kepada
Setiausaha Agung.

19.11.10. Menentukan perbelanjaan,


menamakan mereka yang
ditauliahkan
menandatangani cek dan
menetapkan tempat
menyimpan wang.

19.11.11. Melantik Pemegang


Amanah dan
memberhentikannya pada
bila-bila masa.

FASAL 20 CAWANGAN

20.1. Tertakluk kepada kelulusan


Pendaftar Pertubuhan dan
- PERLEMBAGAAN - GFD

berpandukan kepada Fasal 11.2


Perlembagaan ini Majlis Pimpinan
Tertinggi berkuasa menubuhkan
satu Cawangan bagi setiap satu
Daerah Mengundi seperti yang
ditetapkan oleh Suruhanjaya
Pilihanraya Malaysia. Pentadbiran
dan perjalanan Cawangan adalah
tertakluk pada Perlembagaan ini
dan kuasa dan perintah
Persidangan Cawangan.

20.2. Pejabat Cawangan ditentukan oleh


Jawatankuasa Cawangan dengan
diluluskan oleh Pendaftar
Pertubuhan.

20.3. Persidangan Cawangan hendaklah


diadakan sekali setahun tidak
kurang daripada empat belas (14)
hari sebelum tarikh diadakan
Persidangan Bahagian.

20.4. Persidangan Cawangan hendaklah


dihadiri oleh:
- PERLEMBAGAAN - GFD

20.4.1. Pengerusi Tetap dan


Timbalan Pengerusi Tetap.

20.4.2. Ahli-Ahli Jawatankuasa


Cawangan.

20.4.3. Ahli-Ahli Parti Pribumi


Bersatu Malaysia di
Cawangan berkenaan yang
telah menjelaskan Yuran
Tahunannya.

20.4.4. Ahli-Ahli Seumur Hidup di


Cawangan berkenaan.

20.5. Tugas-tugas Persidangan


Cawangan:

20.5.1. Tertakluk kepada Fasal


14.14, memilih Pengerusi
Tetap Cawangan, Timbalan
Pengerusi Tetap Cawangan
dan lapan (8) orang ahli
Jawatankuasa Cawangan
tiap-tiap dua (2) tahun
sekali.
- PERLEMBAGAAN - GFD

20.5.2. Tertakluk kepada Fasal


14.14, memilih Pengerusi
Tetap Bahagian, Timbalan
Pengerusi Tetap Bahagian,
Ketua Bahagian, Timbalan
Ketua Bahagian, Naib Ketua
Bahagian dan sepuluh (10)
orang ahli-ahli
Jawatankuasa Bahagian
tiap-tiap tiga (3) tahun
sekali.

20.5.3. Tertakluk kepada Fasal


18.4.4, memilih wakil-wakil
ke Persidangan Bahagian
tiap-tiap tahun. Wakil wakil
yang tidak dipilih di dalam
Persidangan Cawangan
atau sebarang pertukaran
selepas itu tidak sah.

20.5.4. Memilih dua (2) orang


Pemeriksa Kira-Kira
Cawangan tiap-tiap tahun.
- PERLEMBAGAAN - GFD

20.5.5. Membincangkan dan


meluluskan usul-usul untuk
dibawa ke Persidangan
Bahagian.

20.5.6. Mengkaji kerja-kerja yang


telah dibuat oleh
Jawatankuasa Cawangan.

20.6. Persidangan Khas Cawangan


hendaklah diadakan dengan
permintaan bertulis daripada
sekurang-kurangnya satu per dua
(1/2) jumlah ahli. Jika Setiausaha
tidak memanggil Persidangan Khas
Cawangan itu dalam tempoh
empat belas (14) hari maka
Persidangan Khas Cawangan itu
hendaklah dipanggil oleh
Jawatankuasa Bahagian.

FASAL 21 JAWATANKUASA CAWANGAN

21.1. Anggota Jawatankuasa Cawangan


terdiri daripada:
- PERLEMBAGAAN - GFD

21.1.1. Ketua

21.1.2. Timbalan Ketua

21.1.3. Ketua Srikandi

21.1.4. Ketua Armada

21.1.5. Setiausaha

21.1.6. Bendahari

21.1.7. Ketua Penerangan

21.1.8. Tidak lebih lapan (8) orang


ahli yang dipilih dalam
Persidangan Cawangan.

21.1.9. Tidak lebih tiga (3) orang


ahli yang dilantik oleh Ketua
Cawangan.

21.2. Tertakluk kepada Fasal 14.14,


Pengerusi Tetap, Timbalan
Pengerusi Tetap, Ketua, Timbalan
Ketua dan lapan (8) orang
- PERLEMBAGAAN - GFD

Ahli Jawatankuasa Cawangan


dipilih dalam Persidangan
Cawangan bagi tiap-tiap dua (2)
tahun sekali.

21.3. Tertakluk kepada Fasal 14.14,


Ketua Srikandi dan Ketua Armada
dipilih dalam Persidangan Sayap
Cawangan tiap-tiap dua (2) tahun
sekali.

21.4. Setiausaha, Bendahari, Ketua


Penerangan dan tiga (3) orang ahli
dilantik oleh Ketua dan memegang
jawatan mereka selama tempoh
Jawatankuasa Cawangan kecuali
mereka berhenti atau
diberhentikan.

21.5. Jawatankuasa Cawangan


hendaklah bermesyuarat
sekurang-kurangnya sekali dalam
tempoh dua (2) bulan atau:
- PERLEMBAGAAN - GFD

21.5.1. Pada bila-bila masa yang


dikehendaki oleh Ketua;
atau

21.5.2. Dengan permintaan bertulis


oleh satu per tiga (1/3)
daripada jumlah ahli
Jawatankuasa.

21.6. Cukup bilang bagi mesyuarat


Jawatankuasa Cawangan ialah satu
per dua (1/2) daripada Jumlah Ahli
Jawatankuasa.

21.7. Tugas-tugas Pegawai Cawangan:

21.7.1. Ketua

21.7.1.1
Bertanggungjawab atas
kesempurnaan perjalanan
Cawangannya.

21.7.1.2
Melantik Setiausaha,
Bendahari dan Ketua
Penerangan Cawangan dan
- PERLEMBAGAAN - GFD

bertanggungjawab atas
kesempurnaan tugas
mereka.

21.7.1.3
Bertanggungjawab atas
semua pegawai dan
anggota Pejabat Cawangan.

21.7.1.4
Memanggil dan
mempengerusikan
mesyuarat Jawatankuasa
Cawangan.

21.7.1.5
Melantik tiga (3) orang Ahli
Jawatankuasa Cawangan
mengikut Fasal 21.1.9.

21.7.2. Timbalan Ketua

21.7.2.1
Membantu tugas-tugas
Ketua Cawangan.
- PERLEMBAGAAN - GFD

21.7.3.2
Mempengerusikan
mesyuarat Jawatankuasa
Cawangan apabila Ketua
Cawangan tidak hadir.

21.7.3. Setiausaha

21.7.3.1
Bertanggungjawab secara
langsung kepada Ketua
Cawangan.

21.7.3.2
Mentadbirkan perjalanan
Pejabat Cawangan.

21.7.3.3
Melaporkan kepada Ketua
Cawangan segala tindakan
yang diambil berhubung
dengan pentadbiran
Pejabat Cawangan.
- PERLEMBAGAAN - GFD

21.7.3.4
Bertanggungjawab atas
kesempurnaan mesyuarat
Jawatankuasa Cawangan
dan Persidangan Cawangan.

21.7.3.5
Menyediakan Peringatan
Persidangan yang
mengandungi nama tiap-
tiap seorang ahli yang hadir
dan segala keputusan
persidangan.

21.7.3.6
Menyediakan Penyata
Tahunan Cawangan yang
mengandungi laporan
pekerjaan dan aktiviti
tahunan parti di peringkat
Cawangan.

21.7.3.7
Memanggil mesyuarat
Cawangan.
- PERLEMBAGAAN - GFD

21.7.4. Bendahari

21.7.4.1
Bertanggungjawab atas
kesempurnaan perjalanan
kewangan Cawangan.

21.7.4.2
Menyedia dan
membentangkan Penyata
Kira-Kira Kewangan
Tahunan yang telah
disahkan oleh Pemeriksa
Kira-Kira kepada
Jawatankuasa Cawangan.

21.7.4.3
Memaklumkan kepada
Jawatankuasa Cawangan
kedudukan harta benda
milik Cawangan sekurang-
kurangnya sekali setahun.
- PERLEMBAGAAN - GFD

21.7.5. Ketua Penerangan

21.7.5.1
Bekerjasama dengan Ketua
Penerangan Bahagian untuk
mengatur dan menyusun
segala program dan
kegiatan penerangan serta
penyiaran di peringkat
Cawangan.

21.7.5.2
Bertanggungjawab atas
penerangan dan penyiaran
yang dikelolakan oleh
Cawangan.

21.7.5.3
Melaporkan kepada
Jawatankuasa Cawangan
atas kerja-kerja penerangan
yang dijalankan dalam
Cawangan itu.

21.7.6. Ketua Srikandi dan Ketua


Armada
- PERLEMBAGAAN - GFD

21.7.6.1
Tugas-tugas Ketua Srikandi
dan Ketua Armada adalah
seperti yang telah
ditetapkan oleh Peraturan-
peraturannya.

21.8. Jika Ketua Cawangan berhenti atau


diberhentikan maka Timbalan
Ketua akan memangku jawatan itu
dan jika Pemangku Ketua itu
berhenti atau diberhentikan maka
salah seorang daripada Ahli
Jawatankuasa Cawangan boleh
dilantik memangku jawatan itu
sehingga diadakan pemilihan
menurut Fasal 21.2 dan Pemangku
mempunyai kuasa menurut Fasal
21.7.1.

21.9. Jika Ketua dan Timbalan Ketua


tidak hadir di dalam Mesyuarat
Jawatankuasa maka salah seorang
daripada ahli-ahli yang hadir itu
boleh dilantik menjadi Pengerusi.
- PERLEMBAGAAN - GFD

21.10. Tugas-tugas Jawatankuasa


Cawangan ialah:

21.10.1. Menjalankan arahan-


arahan parti seperti yang
ditentukan oleh Majlis
Pimpinan Tertinggi dan
Jawatankuasa Bahagian.

21.10.2. Menyemai perasaan


persaudaraan dan
menggalakkan bantuan
sesama sendiri di kalangan
ahli-ahli parti.

21.10.3. Membentangkan kepada


Persidangan Cawangan
Penyata Tahunan dan
Penyata Kira-Kira yang telah
diperiksa dan disahkan oleh
Pemeriksa Kira-Kira.

21.10.4. Menunaikan segala syarat


yang dikehendaki oleh Akta
Pertubuhan 1966
khususnya Borang 9
- PERLEMBAGAAN - GFD

bersama Minit Mesyuarat


Persidangan Cawangan,
Senarai Ahli Jawatankuasa
Cawangan dan Penyata
Kemajuan dalam masa
enam puluh (60) hari
selepas Persidangan
Cawangan kepada
Pendaftar Pertubuhan.

21.10.5. Menentukan perbelanjaan,


menamakan mereka yang
ditauliahkan
menandatangani cek dan
menetapkan tempat
menyimpan wang.

21.10.6. Melantik pemegang


Amanah dan
memberhentikannya pada
bila-bila masa.

21.10.7. Berunding dengan


Jawatankuasa Bahagian
bagi menetapkan tarikh
Persidangan Cawangan.
- PERLEMBAGAAN - GFD

21.10.8. Melantik dua (2) orang


Wakil Cawangan ke
Persidangan Tahunan Sayap.

21.10.9. Bekerjasama dengan


Jawatankuasa Bahagian
bagi menyediakan senarai
ahli-ahli yang berhak hadir
dalam Persidangan
Cawangan.

21.10.10. Mengutip Yuran Tahunan


daripada ahli Cawangan dan
menyerahkan kepada
Bahagian dalam tempoh
tarikh yang ditetapkan oleh
Majlis Pimpinan Tertinggi.

21.10.11. Mengumpul dan


menyediakan senarai ahli
baru yang terdiri daripada
Ahli Biasa dan Ahli
Bersekutu yang telah
diterima dan diluluskan
untuk dilaporkan kepada
- PERLEMBAGAAN - GFD

Setiausaha Agung melalui


Bahagian.

FASAL 22 PENUBUHAN SAYAP SRIKANDI DAN


ARMADA

22.1. Majlis Pimpinan Tertinggi berkuasa


menubuhkan Sayap Srikandi dan
Angkatan Bersatu Anak Muda
(Armada) dalam semua peringkat
parti dan membuat peraturan-
peraturan mengenainya.

22.2. Keanggotaan Srikandi adalah


terbuka kepada semua ahli wanita
samada yang bertaraf Ahli Biasa
atau Ahli Bersekutu.

22.3. Keanggotaan Armada adalah


terbuka kepada semua ahli lelaki
yang berumur 35 tahun ke bawah
pada 1 haribulan Januari samada
yang bertaraf Ahli Biasa atau Ahli
Bersekutu.
- PERLEMBAGAAN - GFD

FASAL 23 DISIPLIN

23.1. Semua ahli BERSATU hendaklah


cintakan parti dan:-
a) Patuh kepada Perlembagaan ini
dan Kod Etika & Tatakelakuan
Ahli Parti;

b) Mengikut perintah-perintah
parti;

c) Menjalankan dasar-dasar parti;

d) Patuh dan menghormati


keputusan-keputusan parti
termasuk keputusan Lembaga
Disiplin dan Lembaga Rayuan;

e) Menjaga rahsia-rahsia parti;


dan

f) Memelihara nama baik dan


maruah parti.

23.2. Berpandukan kepada Fasal 14.8


Majlis Pimpinan Tertinggi berkuasa
menubuhkan Lembaga Disiplin
- PERLEMBAGAAN - GFD

serta menentukan peraturan-


peraturan, kuasa-kuasanya dan
mengenakan hukuman kerana
melanggar peruntukan
Perlembagaan ini dan kesalahan
lain yang disenaraikan di dalam
Kod Etika & Tatakelakuan Ahli Parti.

23.3. Berpandukan kepada Fasal 14.8


Majlis Pimpinan Tertinggi berkuasa
menubuhkan Lembaga Rayuan
bagi mengendalikan rayuan ahli-
ahli ke atas keputusan Lembaga
Disiplin.

23.4. Struktur organisasi dan tatacara


tindakan disiplin parti adalah
seperti berikut:

23.4.1. Lembaga Disiplin - Majlis


Pimpinan Tertinggi
berkuasa melantik seramai
tidak lebih daripada lima
belas (15) orang untuk
menganggotai Lembaga
Disiplin yang terdiri
- PERLEMBAGAAN - GFD

daripada mana-mana ahli


Parti Pribumi Bersatu
Malaysia yang pada
pendapat Majlis Pimpinan
Tertinggi adalah
berkelayakan dan tidak
memegang sebarang
jawatan di dalam parti dan
melantik seorang daripada
mereka sebagai Pengerusi.

Korum bagi Tribunal


Lembaga Disiplin ialah
sekurang-kurangnya tiga (3)
orang Ahli-ahli Lembaga
Disiplin.

23.4.2. Lembaga Rayuan - Majlis


Pimpinan Tertinggi
berkuasa melantik tidak
lebih daripada lima (5)
orang untuk menganggotai
Lembaga Rayuan yang
terdiri daripada lima (5)
orang perseorangan dalam
kalangan ahli BERSATU yang
pada pendapat Majlis
- PERLEMBAGAAN - GFD

Pimpinan Tertinggi adalah


berkelayakan dan tidak
memegang sebarang
jawatan di dalam parti dan
melantik seorang daripada
mereka sebagai Pengerusi.

Korum bagi Tribunal


Lembaga Rayuan ialah
sekurang-kurangnya tiga (3)
orang Ahli-ahli Lembaga
Rayuan.

23.5. Setiap aduan bertulis sama ada


daripada Majlis Pimpinan Tertinggi,
Badan Pimpinan Negeri, Bahagian
atau Cawangan atau mana-mana
ahli berhubung salahlaku atau
pelanggaran peruntukan
Perlembagaan ini atau kesalahan
lain yang disenaraikan di dalam
Kod Etika dan Tatakelakuan Ahli
Parti oleh mana - mana ahli parti
hendaklah dirujuk kepada
Lembaga Disiplin yang akan
mengambil tindakan menyiasat
- PERLEMBAGAAN - GFD

dan mendengar aduan dan


seterusnya membuat keputusan
seperti berikut:

a) Dibebaskan;

b) Diberi amaran;

c) Digantung keahlian;

d) Dilucutkan jawatan;

e) Dipecat daripada Parti.

Di samping mana-mana hukuman


di atas, Lembaga Disiplin juga
boleh mengenakan lain-lain
hukuman yang difikirkan wajar dan
bersesuaian dengan Perlembagaan
Parti.

23.6. Mana-mana ahli yang didapati


bersalah dan dijatuhkan hukuman
oleh Lembaga Disiplin boleh
mengemukakan rayuan kepada
Lembaga Rayuan dalam tempoh
- PERLEMBAGAAN - GFD

empat belas (14) hari bekerja


daripada tarikh penerimaan notis
keputusan hukuman dijatuhkan.

23.7. Jawatan seseorang ahli yang dipilih


di mana-mana peringkat Majlis
Pimpinan Tertinggi, Bahagian atau
Cawangan termasuk Sayap-Sayap
atau yang dilantik di Badan
Pimpinan Negeri yang telah
digantung, dilucutkan jawatan atau
dipecat daripada Parti oleh
Lembaga Disiplin hendaklah
dikosongkan dan tidak boleh
diganti sehingga selesai proses
rayuan.

23.8. Keputusan Lembaga Rayuan


adalah muktamad. Setiap
keputusan yang dibuat oleh
Lembaga Disiplin dan Lembaga
Rayuan hendaklah dimaklumkan
kepada Majlis Pimpinan Tertinggi.
- PERLEMBAGAAN - GFD

FASAL 24 WANG DAN HARTA PARTI

24.1. Kewangan Parti Pribumi Bersatu


Malaysia adalah diperolehi
daripada yuran ahli, derma dan
ikhtiar-ikhtiar lain yang
dipersetujui oleh Majlis Pimpinan
Tertinggi.

24.2. Setiap sumbangan kewangan atau


harta kepada parti hendaklah
diisytiharkan dan hendaklah
disimpan di dalam akaun parti atau
dipegang oleh Pemegang Amanah
di peringkat masing-masing seperti
berikut:

24.2.1. Di peringkat Pusat kepada


Majlis Pimpinan Tertinggi

24.2.2. Di peringkat Negeri kepada


Badan Pimpinan Negeri

24.2.3. Di peringkat Bahagian


kepada Jawatankuasa
Bahagian
107
- PERLEMBAGAAN - GFD

24.2.4. Di peringkat Cawangan


kepada Jawatankuasa
Cawangan

24.3. Harta tak alih iaitu tanah dan


bangunan hendaklah didaftar atas
nama parti di peringkat masing-
masing.

24.4. Kuasa untuk membeli, menjual,


memindah, mencagar atau
menyewa harta tanah bangunan
tersebut adalah terletak pada
Majlis Pimpinan Tertinggi dan bagi
harta kepunyaan Badan Pimpinan
Negeri, Bahagian dan Cawangan
adalah terletak kepada
Jawatankuasa masing-masing.

24.5. Pemegang Amanah


bertanggungjawab mengurus
wang dan harta yang diamanahkan
semata-mata untuk kegunaan parti
dan mesti mengembalikan semula
wang dan harta tersebut kepada
parti setelah berhenti atau
- PERLEMBAGAAN - GFD

diberhentikan menjadi Pemegang


Amanah.

24.6. Tahun Kewangan Parti Pribumi


Bersatu Malaysia ialah dari 1
Januari hingga 31 Disember tahun
yang sama.

24.7. Bendahari Agung hanya


dibenarkan menyimpan wang
tunai runcit tidak melebihi Ringgit
Malaysia Lima Puluh Ribu
(RM50,000.00) pada satu-satu
masa. Wang sedemikian mestilah
disimpan di tempat yang selamat di
dalam Pejabat Berdaftar untuk
kegunaan perbelanjaan runcit parti.

24.8. Perbelanjaan yang melebihi Ringgit


Malaysia Lima Ratus Ribu
(RM500,000.00) pada satu-satu
masa tidak boleh dilakukan tanpa
kebenaran diperoleh terlebih
dahulu daripada Majlis Pimpinan
Tertinggi.
- PERLEMBAGAAN - GFD

24.9. Pejabat Setiausaha Cawangan,


Bahagian dan Badan Pimpinan
Negeri hendaklah menghantarkan
ke Pejabat Setiausaha Agung,
Penyata Kira-Kira bagi sesuatu
tahun kewangan yang telah
diperiksa dan disahkan oleh
Pemeriksa Kira-Kira.

24.10. Majlis Pimpinan Tertinggi berhak


dan berkuasa ke atas semua harta
benda dan wang (termasuk wang
simpanan dalam mana-mana
institusi kewangan) bagi Badan
Pimpinan Negeri, Bahagian dan
Cawangan yang telah dibubarkan.

24.11. Majlis Pimpinan Tertinggi berkuasa


membuat sebarang peraturan
berkenaan kewangan parti bagi
semua peringkat.

FASAL 25 YURAN TAHUNAN

25.1. Setiap ahli hendaklah membayar


Yuran Tahunan sebanyak Ringgit
- PERLEMBAGAAN - GFD

Malaysia Dua Sahaja (RM2.00)


kepada Cawangan di mana ahli itu
menjadi ahli.

25.2. Seorang ahli yang mendaftarkan


dirinya sebagai Ahli Seumur Hidup
dengan membayar yuran keahlian
seumur hidup sebanyak Ringgit
Malaysia Satu Ratus Sahaja
(RM100.00) dikecualikan daripada
membayar Yuran Tahunan.

25.3. Yuran Tahunan yang ditetapkan


mengikut Fasal 25.1 di atas
hendaklah dijelaskan tidak lewat
dari tarikh mengikut Fasal 24.6
atau satu tarikh yang ditetapkan
oleh Majlis Pimpinan Tertinggi
melainkan ia telah membayar
yuran seumur hidup.

25.4. Tempoh tarikh penyerahan Yuran


Tahunan ahli daripada Cawangan
kepada Bahagian dan Bahagian
kepada Ibu Pejabat adalah

111
- PERLEMBAGAAN - GFD

ditetapkan oleh Majlis Pimpinan


Tertinggi.

FASAL 26 JURUAUDIT

26.1. Perhimpunan Agung Tahunan


hendaklah melantik sebuah
Syarikat Juruaudit Bertauliah yang
sah untuk memeriksa kira-kira
wang dan harta parti.

26.2. Mesyuarat Badan Pimpinan Negeri,


Persidangan Bahagian dan
Persidangan Cawangan hendaklah
melantik/memilih dua (2) orang
Pemeriksa kira-kira untuk
memeriksa kira-kira Badan
Pimpinan Negeri, Bahagian dan
Cawangan masing-masing.

26.3. Majlis Pimpinan Tertinggi, Badan


Pimpinan Negeri, Jawatankuasa
Bahagian dan Jawatankuasa
Cawangan hendaklah melantik /
memilih Pemeriksa Kira-Kira
- PERLEMBAGAAN - GFD

menggantikan Pemeriksa Kira-Kira


yang dilantik / dipilih oleh
peringkat masing-masing jika
mereka menarik diri.

FASAL 27 PERATURAN PERSIDANGAN

27.1. Majlis Pimpinan Tertinggi berkuasa


membuat sebarang Peraturan
Persidangan Perhimpunan Agung
yang diluluskan oleh Pendaftar
Pertubuhan.

27.2. Peraturan Persidangan


Perhimpunan Agung hendaklah
dipakai untuk persidangan parti di
semua peringkat.

FASAL 28 PINDAAN PERLEMBAGAAN

28.1. Perlembagaan ini boleh dipinda


melalui ketetapan yang
dipersetujui oleh tidak kurang
daripada dua per tiga (2/3)
perwakilan yang layak hadir di
- PERLEMBAGAAN - GFD

dalam Persidangan Perhimpunan


Agung Tahunan atau Persidangan
Perhimpunan Agung Khas dan
hendaklah dikemukakan kepada
Pendaftar Pertubuhan menurut
Akta Pertubuhan 1966.

28.2. Pindaan perlembagaan yang


dibuat menurut Fasal 28.1 hanya
akan berkuatkuasa setelah
diluluskan oleh Pendaftar
Pertubuhan.

FASAL 29 TAFSIRAN

Jika berbangkit sebarang perselisihan di


atas tafsiran Perlembagaan ini atau mana-
mana Peraturan yang dibuat di bawah
kuasa Perlembagaan ini, maka tafsiran
yang diberikan oleh Majlis Pimpinan
Tertinggi adalah muktamad.
- PERLEMBAGAAN - GFD

FASAL 30 PEMBUBARAN

30.1. Parti ini boleh dibubarkan secara


sukarela dengan persetujuan tidak
kurang daripada tiga per empat
(3/4) daripada jumlah ahli yang
layak hadir dalam suatu
Persidangan Perhimpunan Agung
Khas.

30.2. Sekiranya parti hendak dibubarkan


secara yang disebutkan di atas,
maka segala hutang dan
tanggungan parti yang sah
mengikut undang-undang
hendaklah dijelaskan dan baki
wang yang tinggal hendaklah
diselesaikan mengikut cara yang
dipersetujui dalam Persidangan
Perhimpunan Agung Khas tersebut.

You might also like