Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 6

Majlis Bersama Jabatan-Kolej Matrikulasi Teknikal Johor

PERLEMBAGAAN MAJLIS BERSAMA JABATAN


KOLEJ MATRIKULASI TEKNIKAL JOHOR (KMTJ)
KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA
------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

FASAL 1 : NAMA

Majlis ini dikenali sebagai ‘Majlis Bersama Jabatan’ Kolej Matrikulasi


Teknikal Johor (KMTJ) (selepas ini disebut sebagai MBJ KMTJ).

FASAL 2 : TUJUAN

Tujuan MBJ KMTJ adalah untuk:


2.1 Mewujudkan kerjasama yang kolektif di antara Pengurusan KMTJ
dengan warga yang bergaji di KMTJ dalam perkara-perkara yang
berkaitan dengan kelicinan kerja dan kebajikan warga yang
berkenaan;

2.2 Mewujudkan jentera bagi menguruskan soal-soal mengenai syarat-


syarat bekerja; dan

2.3 Mengumpul berbagai idea, cadangan dan buah fikiran daripada


warga melalui wakil-wakil rasmi KMTJ.

FASAL3 : KEAHLIAN

MBJ KMTJ hendaklah mengandungi 18 orang ahli termasuk Pengerusi,


Timbalan Pengerusi dan Setiausaha Bersama yang terdiri daripada 4 orang
ahli yang dilantik oleh Pengarah KMTJ (selepas ini disebut sebagai “Pihak
Pegawai”) dan 16 orang ahli yang dilantik oleh warga yang terdiri dari,
Ketua-ketua Jabatan, Setiausaha Bersama dan ahli-ahli bagi mewakili warga
di KMTJ (selepas ini disebut sebagai “Pihak Pekerja”).

Perlembagaan MBJ-KMTJ-BMKPM 2017


Majlis Bersama Jabatan-Kolej Matrikulasi Teknikal Johor

FASAL 4 : PIHAK PEGAWAI

Ahli-ahli bagi “Pihak Pegawai” hendaklah terdiri daripada 4 orang pegawai-


pegawai KMTJ dan cawangannya seperti berikut:

(a) Pengarah - Pengerusi

(b) Ketua Jabatan Sastera Ikhtisas - Timbalan Pengerusi

(c) Wakil Pensyarah DG48 - Setiausaha Bersama

(d) Wakil Staf N22 - Setiausaha Bersama

FASAL 5 : PIHAK PEKERJA

5.1 Ahli-ahli bagi “Pihak Pekerja” hendaklah terdiri daripada Warga


KMTJ dan dilantik oleh warga yang berkhidmat di KMTJ untuk mewakili
warga tersebut seperti berikut:

(a) Kumpulan Pengurusan & Profesional - 9 orang


- 5 orang mewakili pegawai gred seperti berikut: 1 Wakil
Pensyarah Gred DG 52/54
1 Wakil Pensyarah Gred DG 48
1 Wakil Pensyarah Gred DG 44
1 Wakil Pensyarah Gred DG 41
1 Wakil Staf Gred 41
- Pengerusi Kelab Pensyarah dan Staf
(KePesta)

(b) Kumpulan Sokongan - 7 orang

- Seorang (1) wakil staf N 32


- Seorang (1) wakil staf W 29
- Seorang (1) wakil staf C 26
- Seorang (1) wakil staf C 22

Perlembagaan MBJ-KMTJ-BMKPM 2017


Majlis Bersama Jabatan-Kolej Matrikulasi Teknikal Johor

- Seorang (1) wakil staf N 19


- Seorang (1) wakil staf N 11
- Seorang (1) wakil staf N 1

5.2 Peraturan bagi perwakilan ahli-ahli Pihak Pekerja hendaklah mengikut


peraturan-peraturan yang akan disediakan buat permulaan oleh satu
Jawatankuasa yang ditubuhkan oleh Pihak Pekerja. Peraturan ini
hendaklah diluluskan oleh Pengarah KMTJ dan boleh dipinda oleh Ahli
Lembaga Pengurusan KMTJ dari masa ke semasa seterusnya menjadi
sebahagian daripada perlembagaan ini.
5.3 Kekosongan yang berlaku di dalam keanggotaan Pihak Pekerja hendaklah
dipenuhi oleh calon-calon yang dilantik oleh Pengerusi Bersama bagi baki
tempoh keahlian yang berkaitan.
5.4 Ahli-ahli Pihak Pekerja hendaklah memegang jawatan selama tempoh dua
(2) tahun** mulai daripada tarikh pelantikan mereka dan mereka boleh
terus memegang jawatan tersebut sehingga ahli-ahli yang akan mengambil
alih telah dipilih.
5.5 Ahli-ahli Pihak Pekerja tersebut bolehlah dilantik semula untuk tempoh
berikutnya.

FASAL 6 : JAWATANKUASA PENYELARAS MBJ KMTJ

Jawatankuasa Penyelaras MBJ KMTJ adalah terdiri daripada Pengerusi,


Timbalan Pengerusi dan Setiausaha Bersama. Tiap-tiap pihak dalam MBJ
KMTJ hendaklah melantik seorang daripadanya untuk memenuhi jawatan
Setiausaha Bersama.

FASAL 7 : BIDANG DAN FUNGSI

Bidang dan fungsi MBJ KMTJ hendaklah tertumpu hanya kepada perkara-
perkara yang termasuk di dalam bidang kuasa berikut:

Perlembagaan MBJ-KMTJ-BMKPM 2017


Majlis Bersama Jabatan-Kolej Matrikulasi Teknikal Johor

i) Membincang dan memutuskan akan perkara-perkara mengenai syarat-


syarat bekerja yang ada berkaitan dengan pentadbiran yang berkenaan
kecuali semua perkara mengenai warga perseorangan;
ii) Membolehkan warga mengambil bahagian dan lebih bertanggungjawab di
atas perkara-perkara mengenai kerja- kerja mereka dan mematuhi syarat-
syarat bawah mana tugas- tugas mereka dijalankan;
iii) Menggalakkan warga menerusi pengambilan bahagian dalam
perbincangan-perbincangan untuk mendapat pengetahuan yang lebih lagi
mengenai pentadbiran berbagai Jabatan/ Bahagian;
iv) Menyediakan kemudahan bagi menambahbaik perjalanan dan pengurusan
organisasi pejabat serta peruntukan bagi menerima cadangan dan syor-
syor dari warga mengenai perkara ini; dan
v) Mengadakan saluran untuk mengemukakan isu-isu dan pendapat kepada
Lembaga Pengurusan KMTJ.

FASAL 8 : MESYUARAT-MESYUARAT

8.1 Mesyuarat-mesyuarat biasa bagi MBJ KMTJ hendaklah diadakan sekurang-


kurangnya tiga (3) bulan*** sekali.
8.2 Korum bagi mesyuarat MBJ KMTJ hendaklah terdiri daripada tiga (3) ahli
Pihak Pegawai dan empat (4) ahli Pihak Pekerja.

Perlembagaan MBJ-KMTJ-BMKPM 2017


Majlis Bersama Jabatan-Kolej Matrikulasi Teknikal Johor

8.3 Setiap mesyuarat MBJ KMTJ hendaklah dihadiri oleh Jawatankuasa


Penyelaras MBJ KMTJ atau Ahli Gantian mereka.

8.4 Agenda bagi mesyuarat-mesyuarat MBJ KMTJ hendaklah dibincang dan


disediakan bersama oleh Setiausaha Bersama dan dihantar oleh
Setiausaha-setiausaha tersebut kepada pihak masing-masing tidak kurang
daripada tujuh (7) hari sebelum tarikh mesyuarat. Perkara-perkara yang
tidak termasuk di dalam agenda hanya boleh dibincangkan dengan
kebenaran Pengerusi dan Pengerusi Bersama.

8.5 Mesyuarat Khas MBJ KMTJ boleh diadakan dengan permintaan Pengerusi
atau Pengerusi Bersama bila dikehendaki. Tarikh mesyuarat tersebut
hendaklah dipersetujui oleh Jawatankuasa Penyelaras MBJ KMTJ. Perkara-
perkara yang akan dibincangkan di mesyuarat tersebut hendaklah terhad
kepada perkara-perkara yang dinyatakan dalam notis memanggil
mesyuarat tersebut.

8.6 Minit mesyuarat MBJ KMTJ hendaklah diedarkan dalam masa satu (1)
minggu selepas mesyuarat.

8.7 Ahli-ahli Pihak Pekerja yang gagal menghadiri mesyuarat MBJ KMTJ
sebanyak tiga (3) kali berturut-turut boleh digugurkan dari keahlian MBJ
KMTJ.

FASAL 9 : KEPUTUSAN

9.1 Segala keputusan-keputusan MBJ KMTJ hendaklah dicapai secara


persetujuan di antara kedua-dua belah pihak.
9.2 Keputusan-keputusan yang diambil jika tidak ada hubungan dengan agensi
lain dan tidak pula bercanggah dengan dasar kerajaan bolehlah
diselenggarakan atau dilaksanakan terus oleh KMTJ atau Pejabat Wilayah
di mana berkenaan tertakluk kepada perkara 23.

Perlembagaan MBJ-KMTJ-BMKPM 2017


Majlis Bersama Jabatan-Kolej Matrikulasi Teknikal Johor

9.3 Bagi keputusan yang ada kaitan dengan dasar KMTJ dan Kerajaan ataupun
dengan agensi lain ia hendaklah dirujukkan kepada pihak berkenaan.
9.4 Keputusan-keputusan mesyuarat MBJ KMTJ bolehlah diumumkan,
tertakluk kepada perkara 21 Perlembagaan MBJ KMTJ.
9.5 Setiausaha Bersama MBJ KMTJ hendaklah memastikan bahawa sebarang
keputusan MBJ KMTJ dikemukakan kepada Lembaga Pengurusan KMTJ
untuk mendaat kelulusan pelaksanaan.

FASAL 10 : PINDAAN KEPADA PERLEMBAGAAN

Perlembagaan MBJ KMTJ boleh dipinda di mana-mana satu mesyuarat


Majlis. Notis mengenai pindaan hendaklah diberi dan diedarkan kepada ahli-
ahli Majlis sekurang-kurangnya sebulan sebelum tarikh mesyuarat. Segala
pindaan perlembagaan yang telah diluluskan oleh MBJ KMTJ hendaklah
dikemukakan ke Lembaga Pengurusan KMTJ untuk diluluskan.

Perlembagaan MBJ-KMTJ-BMKPM 2017

You might also like