Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 2

TEKS PENGACARA MAJLIS

JAMUAN AKHIR TAHUN KKGK 2021

SK SRI KERIAN

PARK AVENUE, SG PETANI

Tuan-tuan dan puan-puan dipersilakan untuk mengambil tempat duduk kerana majlis
akan bermula sebentar lagi.

Alu-aluan Bismillahirrahmanirrahim..
Pengacara
Majlis Sirih berlipat sirih pinang,
Sirih dari Pulau Mutiara,
Pemanis kata selamat dating,
Awal bismillah pembuka bicara.

Assalamualaikum warahmatullahiwabarokatuh..
Yang berbahagia, Puan Hjh Mardiah bt. Wahab
Guru Besar Sk Sri Kerian.

Yang berusaha, Ustaz Fakhruz Hadfi b. Ghazali


Pengerusi Kelab Kebajikan Guru dan Kakitangan SK Sri Kerian

Yang dihormati, Puan Aspaliza bt. Ahmad


Guru Penolong Kanan Pentadbiran.
Yang dihormati, Encik Harisfaizal b. Ishak
Guru Penolong Kanan Hal Ehwal Murid
Yang dihormati, Puan Rusnah bt. Ismail
Guru Penolong Kanan Kokurikulum.

Rakan-rakan guru, staff sokongan, tuan-tuan dan puan-puan yang dikasihi sekalian.
Alhamdulillah, marilah kita bersama-sama memanjatkan kesyukuran ke hadrat Illahi
kerana dengan limpah kurnianya, maka kita diberikan ruang waktu untuk sama-sama
berkumpul di tempat yang permai ini untuk majlis Jalinan Kasih Tautan Budi Sk Sri
Kerian 2021.

Doa Tuan-tuan dan puan-puan sekalian,


Bagi memberkati majlis pada malam ini, dipersilakan Al Fathil
Ustaz Abdul Basit b. Mohamed Nor untuk memimpin bacaan doa. Dipersilakan yang
berbahagia ustaz..

Majlis merakamkan ucapan terima kasih kepada ustaz Abdul Basit b. Mohamed Nor
atas bacaan doa sebentar tadi.

Ucapan Hadirin yang dihormati…


Pengerusi
Kelab Memulakan bingkisan ucapan, majlis dengan segala hormatnya mempersilakan yang
berusaha, Ustaz Fakhruz Hadfi b. Ghazali, Pengerusi KKGK Sk Sri Kerian untuk
menyampaikan sepatah dua kata..

( Ucapan……)
Majlis merakamkan penghargaan dan terima kasih kepada Ustaz Fakhruz Hadfi di atas
ucapan itu tadi.

UCAPAN Hadirin yang dimuliakan,


GURU BESAR Meneruskan bingkisan, majlis dengan penuh takzimnya mempersilakan Yang
Berbahagia Puan Hjh Mardiah bt. Wahab, Guru Besar SK Sri Kerian ke pentas untuk
menitipkan sepatah dua kata.
Dengan segala hormatnya dipersilakan..
( Ucapan… )

Majlis merakamkan ucapan terima kasih kepada Puan Guru Besar atas ucapan itu tadi.

UCAPAN Hadirin yang dihormati sekalian..


YANG DIRAI
Banyak duri perkara duri,
Tidak sama duri durian,
Banyak budi perkara budi,
Tidakkan sama budimu tuan.

Majlis diteruskan lagi dengan ucapan daripada yang diraikan.


Majlis dengan sukacitanya menjemput Ustazah Shafida Azwani bt. Mohd Shafie untuk
menyampaikan sepatah dua kata.
( Ucapan.. )

Seterusnya majlis mempersilakan Puan Siti Sofur bt. Ahmad untuk menyampaikan
ucapan.. Dipersilakan.
( ucapan…)

Majlis diteruskan lagi dengan ucapan daripada Puan Nursyafiqah Ashikin bt. Yahya.
Dengan segala hormatnya dipersilakan.
( ucapan…)

Majlis merakamkan penghargaan atas ucapan yang telah disampaikan oleh guru –
guru yang diraikan itu tadi.

Penyampaia Tuan-tuan dan puan-puan,


n Hadiah
Meneruskan acara kini tibalah majlis penyampaian hadiah.
Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan Guru Besar SK Sri Kerian, Puan Hjh
Mardiah bt. Wahab, diiringi Penolong Kanan Pentadbiran, Puan Aspaliza bt.Ahmad
untuk menyampaikan hadiah.

Dijemput,………
Seterusnya dijemput…

You might also like