Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 13

MOD UL

K ERTAS KON S EP

PERINGXAT
N EG E RI

S A B A H
2 0 2 1
MODUL STEM Pedalaman Challenge
Kertas Konsep
PENGENALAN
STEM Pedalaman Challenge ini direka khas untuk murid-murid yang tinggal di
kawasan pedalaman atau kawasan tiada capaian internet. Ia bertujuan
memberi peluang kepada murid mengumpul markah kokurikulum bagi
menggantikan aktiviti secara bersemuka sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan
(PKP) akibat penularan pandemik COVID-19. Sebagaimana rakan-rakan di
kawasan yang ada capaian internet berpeluang menjalankan aktiviti kokurikulum
secara atas talian, mereka juga akan melakukannya tetapi secara manual
berpandukan modul yang disediakan.

MATLAMAT
1. Mengembangkan kemahiran STEM dalam kalangan murid ke arah hobi
yang berfaedah.
2. Membuka minda dan menarik minat murid untuk menjadikan STEM sebagai
pilihan kerjaya pada masa akan datang.
3. Memberi pendedahan kepada masyarakat tentang aktiviti STEM yang
boleh dijalankan di kawasan persekitaran tanpa peralatan canggih.

OBJEKTIF
1. Mencungkil bakat murid supaya lebih kreatif, inovatif dan produktif bagi
melahirkan insan yang seimbang daripada aspek jasmani, emosi, rohani dan
intelek.
2. Memberi pengalaman dan peluang kepada murid untuk mempersembahkan
hasil karya ke peringkat negeri, kebangsaan dan antarabangsa.
3. Memberi inspirasi dan mendidik murid yang berbakat secara kreatif dalam
menyelesaikan masalah secara kritis serta berwawasan.
4. Menarik minat masyarakat untuk mendalami bidang STEM dan memahami
wujudnya peluang dalam bidang ini.

SASARAN PENYERTAAN
1. Penyertaan terbuka kepada semua murid SEKOLAH RENDAH (Tahun 1
hingga Tahun 6) dan SEKOLAH MENENGAH (Tingkatan 1 hingga Tingkatan 6)
berdasarkan kategori berikut:

KATEGORI SEKOLAH RENDAH TAHAP 1 : 7 tahun hingga 9 tahun


KATEGORI SEKOLAH RENDAH TAHAP 2 : 10 tahun hingga 12
tahun KATEGORI SEKOLAH MENENGAH RENDAH : 13 tahun
hingga 15 tahun KATEGORI SEKOLAH MENENGAH ATAS : 16
tahun hingga 19 tahun

2. Penyertaan adalah secara individu. Setiap murid hanya layak menghantar satu
penyertaan sahaja.
2|Pag
MODUL STEM Pedalaman Challenge
Kertas Konsep
3. Penyertaan adalah PERCUMA.

3|Pag
MODUL STEM Pedalaman Challenge
Kertas Konsep
SYARAT-SYARAT PENYERTAAN

1. Hanya satu penyertaan sahaja dibenarkan untuk setiap orang murid.


2. Projek atau ciptaan mestilah hasil idea dan kreativiti murid sendiri.
3. Borang dan modul yang telah siap perlu dihantar kepada guru sebelum
atau pada tarikh 16 Ogos 2021.
4. Tiga hasil ciptaan terbaik akan dipilih oleh pihak sekolah untuk ke
peringkat daerah.
5. Dua hasil ciptaan terbaik akan dipilih oleh PPD untuk dihantar ke
peringkat negeri.
6. Keputusan hakim adalah muktamad.
7. Jika ada keperluan, PPD dan JPN boleh meminta sekolah menghantar
hasil projek (fizikal) untuk penilaian terperinci (dengan pematuhan
SOP yang ditetapkan).

LANGKAH PELAKSANAAN
Langkah 1

1.1 Sekolah Rendah : Hasilkan satu ciptaan atau alat yang diperbuat
daripada bahan terbuang iaitu; kertas (Tahap 1) atau plastik (Tahap 2) .
Ciptaan tersebut hendaklah bersifat boleh guna dan berfungsi sebagai satu
alat yang boleh digunakan dalam aktiviti harian.

1.2 Sekolah Menengah : Cari satu isu mudah yang dikenalpasti berlaku di
sekitar kawasan tempat tinggal anda. Cipta inovasi untuk penambahbaikan alat
sedia ada (Menengah Rendah) atau hasilkan satu ciptaan baharu (Menengah
Atas) untuk menyelesaikan isu tersebut.

Alat atau ciptaan tersebut boleh dihasilkan dengan menggunakan bahan-bahan


sedia ada atau bahan semulajadi yang mudah diperoleh di kawasan sekitar
tempat tinggal murid

Langkah 2

2.1 Isi dan lengkapkan borang STEM PEDALAMAN CHALLENGE mengikut arahan
yang diberi.

2.2 Lengkapkan modul dengan menunjukkan langkah-langkah penghasilan


projek (alat/benda/bahan/kaedah) dengan cara menyertakan gambar atau
melukis dengan jelas. Penerangan setiap langkah perlu jelas dan mudah
difahami.
Nota: Jika helaian modul yang dibekalkan tidak mencukupi, murid boleh menambah helaian modul dengan kertas yang sesuai.
4|Pag
MODUL STEM Pedalaman Challenge
Kertas Konsep

5|Pag
MODUL STEM Pedalaman Challenge
Kertas Konsep
Langkah 3

3.1 Hantar borang dan modul yang telah lengkap kepada guru pada tarikh
yang telah ditetapkan.

Nota:

Jika perlu, guru atau pegawai PPD dan JPN boleh meminta murid menghantar
ciptaan (fizikal) yang dihasilkan ke sekolah/PPD untuk tujuan penilaian terperinci
(dengan pematuhan SOP).

PEMARKAHAN DAN ANUGERAH PENCAPAIAN


1. Kriteria pemarkahan:

Pengenalan Projek = 5 markah


Penyataan Masalah = 10
markah Proses Pelaksanaan Projek = 10
markah Kemenjadian Projek = 30
markah
Kesimpulan Projek = 5 markah
Persembahan Projek = 40 markah

Markah keseluruhan = 100 markah

2. Setiap murid akan menerima sijil penyertaan dan sijil pencapaian


peringkat negeri.
3. Sijil pencapaian kedudukan tempat pertama hingga kelima (Top 5) bagi
setiap kategori.
4. Markah Penilaian Aktiviti Jasmani, Sukan dan Kokurikulum (PAJSK)
peringkat negeri.

6|Pag
MODUL STEM Pedalaman Challenge
Kertas Konsep

7|Pag
MODUL STEM Pedalaman Challenge
Kertas Konsep

PANEL PENILAI PERINGKAT NEGERI


1. Panel penilai dilantik oleh Jabatan Pendidikan Negeri Sabah semasa
pertandingan ini berjalan.
2. Sistem penilaian adalah di bawah kawalan Unit Pengurusan Bakat Murid,
Sektor Pembangunan Murid, Jabatan Pendidikan Negeri Sabah.
3. Keputusan penilai adalah MUKTAMAD. Sebarang aduan dan rayuan
berkaitan dengan keputusan pertandingan tidak akan dilayan.

PERTANYAAN
Sebarang pertanyaan boleh hubungi:

1. ENCIK SOZI FAIZAN BIN HARIS


Pengerusi Teknikal Negeri Inovasi STEM dan Alam Sekitar ( Sekolah Menengah Atas)
SMK Gadong, Beaufort Tel: 013-8760669

2. ENCIK JENOS BIN LOMUNTON


Pengerusi Teknikal Negeri Inovasi STEM dan Alam Sekitar ( Sekolah Menengah
Rendah) SMK Ulu Sugut, Ranau Tel: 019-3634839

3. ENCIK STANLEY BIN AIYONG


Pengerusi Teknikal Negeri STEM dan Kitar Semula - Plastik ( Sekolah Rendah Tahap 2)
SK Palak Banggi, Kudat Tel: 011-32788887

4. ENCIK MAXWELL ELITY SULAIMAN


Pengerusi Teknikal Negeri STEM dan Kitar Semula - Kertas ( Sekolah Rendah Tahap 1)
SK Logongon, Nabawan Tel: 014-6974907

URUSETIA NEGERI

PUAN ROSAINEH SUHAIBUL


Penolong Pengarah
Unit Kokurikulum (STEM)
Sektor Pembangunan Murid
Jabatan Pendidikan Negeri Sabah
Tel: 088-537010 samb. 7220
Alamat e-mel: rosaineh@moe.gov.my

8|Pag
MODUL STEM Pedalaman Challenge
Borang Penyertaan

6|Pag
PENGENALAN

Nama Projek

Bahan Projek

Kegunaan Projek

Kenapa anda memilih projek ini?

PERNYATAAN MASALAH

Isu yang dikenalpasti

Bagaimana projek ini


boleh menyelesaikan isu
tersebut?

Nota: Jika helaian modul yang dibekalkan tidak mencukupi, murid boleh menambah helaian modul dengan kertas yang
sesuai

7|Pag
PROSES PELAKSANAAN PROJEK

Nama Pelaksana :
Nota: Sertakan nama ahli keluarga
yang membantu (jika ada)

Kos Projek:
Nota: Senaraikan jika ada

Jalinan Kerjasama:
Nota: Jika mendapat bantuan ahli
keluarga, nyatakan bentuk bantuan
yang diberi.

Proses Kerja :

Buku Log – catatan tarikh dan


proses penghasilan projek

8|Pag
LANGKAH PELAKSANAAN PROJEK
Gambarkan langkah penghasilan projek dengan lakaran atau lukisan

Langkah 1

Langkah 2

Langkah 3

Langkah 4

Nota: Jika helaian modul yang dibekalkan tidak mencukupi, murid boleh menambah helaian modul dengan kertas yang
sesuai ( Kreativiti menyampaikan proses pelaksanaan projek boleh dipelbagaikan)

9|Pag
DAPATAN DAN CADANGAN

Nyatakan kekangan/halangan
penghasilan projek

Kekangan mungkin boleh


diselesaikan dengan cara?

Adakah anda berpuas


hati dengan projek yang
anda hasilkan?

Penambahbaikan yang anda


boleh lakukan pada masa
akan datang

TANDATANGAN DAN TARIKH

Tandatangan Murid Tandatangan Guru

NAMA: NAMA:

TARIKH TARIKH

10 | P a g

You might also like