Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 5

Bahagian A

[20 markah]
Jawab semua soalan.

Tiap-tiap soalan diikuti oleh empat pilihan jawapan, iaitu A, B, C dan D. Pilih satu jawapan sahaja
bagi setiap soalan.

1. Antara berikut, yang manakah berkaitan dengan lapisan biosfera?


A Kawasan sumber air
B Kawasan gunung-ganang
C Merupakan sumber mineral
D Kepelbagaian jenis hidupan

2. Peredaran bumi menyebabkan berlakunya kejadian


A pasang surut
B empat musim
C siang dan malam
D pembiasan angin lazim

3 Apakah faktor yang menyebabkan min suhu tahunan di Cameron Highlands (21°C) lebih
rendah berbanding di Kuala Lumpur (27°C)?
A Pengaruh kelautan
B Pengaruh angin monsun
C Kedudukan garisan lintang
D Ketinggian bentuk muka bumi

4. Antara berikut, manakah yang menunjukkan bentuk muka bumi di peringkat hulu sungai?

A C

B D

5. Maklumat berikut merupakan ciri lapisan atmosfera.

• Lapisan paling dekat dengan permukaan bumi


• Berlakunya kejadian angin, ribut dan kilat

1
Apakah ciri lapisan atmosfera tersebut ?
A Eksosfera C Troposfera
B Mesosfera D Stratosfera

6. Kawasan yang manakah sering mengalami hujan asid dan pulau haba?
A Tawau, Sabah
B Petaling Jaya, Selangor
C Pulau Langkawi, Kedah
D Kuala Besut, Terengganu

7. Mengapakah sungai masih lagi penting sebagai jalan pengangkutan di Sabah dan Sarawak?
I Sungai belum tercemar
II Darjah ketersampaian tinggi
III Pengangkutan jalan raya terhad
IV Bentuk muka bumi bergunung-ganang
A I dan II
B I dan IV
C II dan III
D III dan IV

8. Apakah kepentingan tumbuh-tumbuhan semula jadi kepada ekosistem Hutan Hujan Tropika?
A Kawasan pembalakan
B Bahan mentah industri
C Lokasi ekopelancongan
D Mengekalkan rantaian makanan

9. Maklumat berikut merujuk kepada fungsi petempatan Bandar.

- Terletak di pinggir Bandar utama


Bandar P - Bandar sokongan kepada Bandar utama

Apakah Bandar P?
A Bandar diraja C Bandar sempadan
B Bandar satelit D Bandar pentadbiran

10. Apakah kepentingan pembinaan lebuh raya di Malaysia?


I Mengawal pencemaran udara
II Mengurangkan kos perjalanan
III Memudahkan mobiliti penduduk
IV Mempertingkatkan darjah ketersampaian
A Idan II C II dan III
B I dan IV D III dan IV

11. Bagaimanakah telekomunikasi meningkatkan pembangunan ekonomi di Malaysia?


A Memajukan sistem pendidikan
B Meningkatkan taraf kesihatan penduduk
C Meningkatkan tahap keselamatan negara
D Meluaskan aktiviti perdagangan antarabangsa

2
12. Gambar Foto 1 menunjukkan satu produk kegiatan ekonomi di Malaysia.

Gambar Foto 1

Apakah faktor fizikal yang mengalakkan pembuatan produk tersebut?


A Teknologi
B Sumber air
C Buruh Mahir
D Bahan mentah

13. Lokasi X dan Y dalam Peta 1 adalah lokasi petempatan di Asia Tenggara.

Peta 1: Asia Tenggara

Mengapakah lokasi tersebut menjadi tumpuan penduduk?


А Pusat pentadbiran negara
B Bandar pelabuhan kontena
C Kawasan lembah yang subur
D Lokasi perindustrian petrokimia

14. Berikut adalah maklumat tentang tumbuh-tumbuhan semula jadi.

 Rumput esparto
 Prickly pear
 Kaktus

Kawasan berlorek yang manakah dalam Peta 2 terdapat jenis tumbuh-tumbuhan semula
jadi tersebut?

3
Peta 2 : Dunia

15. Apakah kepentingan jenis pengangkutan dalam Gambar Foto 2?

Gambar Foto 2

A Menyangkut barangan pukal


B Memendekkan masa perjalanan
C Menjadi tarikan pelancong asing
D Meningkatkan migrasi penduduk

16. Kombinasi padanan yang manakah benar?

Sumber tenaga Negara


A Arang batu Iceland
B Petroleum Jepun
C Ceoterma Rusia
D Ombak Perancis

4
17. Berikut adalah maklumat berkaitan tentang sumber air di Malaysia.

Rakyat Malaysia menggunakan air secara puratanya sebanyak 310 liter


air sehari iaitu melebihi piawaian yang ditetapkan oleh PBB sebanyak
165 liter
Apakah kesan buruk yang berlaku sekiranya amalan ini diteruskan?
A Teksturtanah berubah
B Ketidakseimbangan ekosistem
C Kemudaratan kepada manusia
D Bekalan air bersih berkurangan

18. Gambar Foto 3 menunjukkan pembuangan sisa domestik tanpa kawalan.

Gambar Foto 3

Apakah kesan daripada perbuatan tersebut kepada sosioekonomi?


A Pencemaran
B Kejadian banjir kilat
C Penularan wabak penyakit
D Peningkatan kos penyelenggaraan

19. Apakah kegiatan manusia yang mengakibatkan kesan berikut?


• Peningkatan suhu setempat
• Kemerosotan sumber makanan

A Akuakultur
B Penyahhutanan
C Ekopelancongan
D Pembinaan empangan

20. Bagaimanakah usaha pemuliharaan sumber hutan boleh dijalankan untuk pembangunan
lestari di Malaysia?
A Mewartakan taman negara
B Mewujudkan ladang hutan
C Kempen cintai alam sekitar
D Menguatkuasakan undang-undang

You might also like